al-Hafiz al-Musnid ad-Dunya Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani diantara alim ulamak yang mengkritik Wahhabiy. Lantaran itu beliau amat dibenci golongan ini.
Istilah Wahhabiy begitu sinonim dengan sejarah peradaban Islam. Ia merujuk kepada aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir pada tahun 1115H di Wadi Hanifah, daerah Uyainah dalam negeri Najd (kini Riyadh). Ayahnya Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf seorang qadhi dalam mazhab hambali.
Menurut Imam Ibn Humayd, Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) dikatakan tidak menguasai disiplin ilmu sebagaimana yang menjadi tradisi alim ulamak dan keluarganya pada waktu itu. Tetapi MAW begitu fanatic dengan fahaman dua ulamak kontroversi dalam mazhab hambali iaitu: Syeikh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Situasi ini menyebabkan ayahnya begitu murka kepada beliau. (Imam Muhammad bin Abdillah bin Ibn Humayd al-Hambali, mantan Mufti Mazhab Hambali di Makkah, wafat 1295), t.thn, Maktabah Imam Ahmad, hlm 275)
Perlu diketahui bahawa Muhammad Abdul Wahhab tidak menzahirkan fahamannya semasa ayahnya masih hidup kerana dikhuatiri menimbulkan amarah ayahnya. Akan tetapi setelah kewafatan ayahnya, beliau mula giat menyebarkan fahamannya. Hal ini menyebabkan beberapa tokoh ulamak di zamannya bangkit bersuara dan berfirasat supaya masyarakat berhati-hati dengan dakyah Muhammad Abdul Wahhab. (Ibid, hlm 275). Walaupun firasat bukan hujjah qat'iyyah. Namun ia cukup dijadikan sandaran dgn Sabda Nabi SAW : "Takutlah kamu firasat dari orang-orang yang beriman (alim-ulamak) kerana dia melihat dengan cahaya dari Allah SWT."- riwayat Tirmidzi.
Malah, setelah berlaku penyebaran fahaman Wahhabi, abangnya sendiri Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab telah mengarang dua buah kitab bagi menjelaskan kepincangan fahaman adiknya itu.Iaitu Kitab Fashlu al-Khitab Fi Raddi ala Muhammad Ibn Abdil Wahhab dan Sawa’iq al Ilahiyyah Fi Raddi ala Al-Wahhabiyyah. Dalam penolakan hujjah ilmiyyah ini, abangnya sendiri menjenamakan fahaman pelik adiknya itu dengan fahaman Wahhabiy.
Bagi saya, keterangan melalui buku ini cukup membuktikan bahawa Syeikh Sulaiman lah antara orang yang pertama menjenamakan fahaman pelik adiknya dengan gelaran "Wahhabiy". Lafaz ini kemudian dipergunakan secara meluas oleh para alim ulamak, sejarahwan (timur & barat) dan awam masyarakat. Seterusnya penjenamaan Wahhabiy ini terus digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, istilah Wahhabiy bukan lagi misteri!
Memandangkan kemunculan fahaman disanggah para alim ulamak dan rekod hitam yang dimiliki gerakan ini, penjenamaan baru dirasakan perlu bagi menerapkan metodologi Wahhabiy. Jika anda mengkaji sejarah, setelah gerakan ini menguasai Jazirah Arab, mereka mula memperkenalkan diri mereka dengan gelaran Salafiy, Salafiyyah dan Ikhwan al-Najd. Manakala di Malaysia, zaman pasca dan sesudah merdeka mereka menggelarkan diri mereka dengan fahaman Pan Islamisme, Kaum Muda, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah.
Dan kini, mereka mendakwa mereka adalah golongan Tajdid, al-Sunnah, Protaz dan pelbagai istilah yang sedap didengar. Hakikatnya, mereka memperjuangkan metodologi yang sama seperti perjuangan MAW dahulu. Awas! mereka ini akan menggunakan pelbagai sumber dan kekuatan untuk menerapkan fahaman mereka. Sayangnya, ramai dari kalangan alim ulamak dan cerdik pandai kita masih diulit mimpi lena tentang isu ini. Sesetengah kita pula hanya tahu mengucapkan perkataan : "..alah, ni soal khilafiyyah." Insya Allah, saya akan buktikan pada anda semua bahawa isu Wahhabiy bukan sekadar khilafiyyah. Sebaliknya isu yang berkait rapat dgn soal akidah, syariah, sejarah, akhlak, perpaduan ummah dan keselamatan negara.
Pembaca budiman, anda perlu sedar bahawa terdapat beratus-ratus kitab menjelaskan kekeliruan Wahhabiy. Diantara ulamak terkemuka yang menulis dan menjelaskan tentang Wahhabiy ialah : Imam Ibn ‘Abidin, Imam Ibn Humayd al-Hambali (mantan Mufti Hambali di Makkah), Syeikh Sayyed Ahmad Zaini Dahlan (Mantan Mufti Syafi’iyyah di Makkah), Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab (abang pengasas Wahhabiy), Imam Habib Abdullah Alawi al-Haddad, Syeikh Muhammad hayat al-Sindi, Syeikh Abd Rahman al-Kuzbari, al-Musnid Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsari, Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari , Syeikh al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani dan ramai lagi.
Antara ulamak besar kontemporari yang menempelak sikap pelampau Wahhabiy ialah : Syeikh Umar Hasyim (mantan Rektor al-Azhar), Syeikh Ali Jumaah (Mufti Mesir- Mufti ini sendiri pernah ditumbuk pelampau Wahhabiy dalam satu masjid selepas beliau mengatakan harus menyambut maulid Nabi SAW) sebahagian besar ulamak al-Azhar al-Syarif, Dr Yusof al-Qardawi (Qatar) Syeikh Yusuf Hasyim al-Rifaie (Kuwait),Syeikh Jamil Halim al-Husaini, Syeikh Ahmad 'Ajour (Lubnan) Syeikh Ahmad Khalili (Mufti Oman), Syeikh Nuh al-Qudah (Mufti Jordan), Syeikh Hassan al-Saqqaf (Jordan) Syeikh Nuh Keller (US) Syeikh Salim Ulwan al-Hasani (AUS), Syeikh Wahbah Mustafa al-Zuhaili, Syeikh Usamah Sayyid (Mesir), Syeikh Mutwalli Sya’rawi (Mesir), Syeikh Mahmud Said Mamduh (UAE), Syeikh Ibrahim al-Kattani, Habib Umar al-Hafiz, Habib Anis al-Musawa (Yaman) dan ramai lagi.
Di nusantara pula sebahagian besar ulamak yang beraliran tardisi-talaqqi menolak fahaman Wahhabiy. Antara ulamak nusantara yang mengkritik keras fahaman Wahhabiy ialah :
1) Syeikh PaK Da Eil al-Fathani dan sebahagian besar ulamak Fathoni
2) Syeikh Abdullah Fahim
3) Syeikh Hj Yahya Kupang
4) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fathoni
5) Tok Kenali, Tok Selehong, Tok Pulau Pisang, Tok Ku Paloh
6) Syeikh Abdullah Fahim, Habib Ali al-Jufri, Habib Anis Solo (Indon)
7) Syeikh Pak Chu Him Gajah Mati, Tn Guru Hj Lah Lubok Tapah, Tn Guru Hj Hasyim, Pasir Tumboh
8) Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh Habib Noh
9) Syeikh Alwi binTohir al-Hadd, Kiyai Hj Sirajuddin Abbas, Syeikh Mustafa Suhaimi DLL
10) Para Mufti dari Brunei, Singapore, Kemboja, MUI, Mufti Malaysia (kecuali Perlis) semuanya menolak Wahhabiy.
Di nusantara pula sebahagian besar ulamak yang beraliran tardisi-talaqqi menolak fahaman Wahhabiy. Antara ulamak nusantara yang mengkritik keras fahaman Wahhabiy ialah :
1) Syeikh PaK Da Eil al-Fathani dan sebahagian besar ulamak Fathoni
2) Syeikh Abdullah Fahim
3) Syeikh Hj Yahya Kupang
4) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fathoni
5) Tok Kenali, Tok Selehong, Tok Pulau Pisang, Tok Ku Paloh
6) Syeikh Abdullah Fahim, Habib Ali al-Jufri, Habib Anis Solo (Indon)
7) Syeikh Pak Chu Him Gajah Mati, Tn Guru Hj Lah Lubok Tapah, Tn Guru Hj Hasyim, Pasir Tumboh
8) Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh Habib Noh
9) Syeikh Alwi binTohir al-Hadd, Kiyai Hj Sirajuddin Abbas, Syeikh Mustafa Suhaimi DLL
10) Para Mufti dari Brunei, Singapore, Kemboja, MUI, Mufti Malaysia (kecuali Perlis) semuanya menolak Wahhabiy.
Hakikat ini diketahui semua termasuklah bagi mereka yang bertindak sebagai pendakwah Wahhabiy. Namun, terpulang bagi mereka samada mendustakan hakikat atau terus ingin menggunakan metodologi wahhabiy bagi menyanggah fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana : akidah (Asyairah/maturidiyyah), feqah (mazhab jumhur ulamak) atau tasawwuf (Sufi yang Haq). Atau mereka juga tetap ingin bersikap keras kepala dengan para alim ulamak Sunni di atas. Kenyataan ini membuktikan kepada kita bahawa tiada yang misteri dalam fahaman Wahhabiy. Istilah Misteri sepatutnya dilabelkan kpd sesiapa yang bersungguh2 memperjuangkan Wahhabiy. Kenapa mereka menghabiskan duit yang banyak dan bermati-matian menyebarkan Wahhabiy. Ini satu misteri. Bersambung di sesi akan datang. InsYa Allah. Semoga kita semua mendapat hidayah Allah.
Adakah imam-imam di Mekah & Madinah berfahaman wahhabiy ?
ReplyDeleteSalam, Ulama silam Dato'Hj.Abdullah Bin Hj Sijang telah menulis tentang kesesatan Wahabi di dalam bukunya.Begitu juga dalam penulisan Syed Ahmad Bin Syed Zaini Dahlan,buku Permata Yang Berharga menerangkan secara terperinci sifat keji yg dilakukan oleh Muhammad Ibn Wahab.Memang benar, ramai yg menganggap hanya isu khilafiyyah sedangkan isu aqidah berpandukan Tauhid Ulluhiyyah,Rubbubiyah,Asma wa Sifat yg nyata terpesong tidak diperhatikan.
ReplyDeletewahabi ni golongan serpihan sahaja seperti golongan syiah dan lain2 pecahan Islam..
ReplyDeleteMereka keluar daripada majoriti ulama' sebab itu jumhur ulama' menolak mereka..
Wahabi bertopengkan salaf utk menghalalkan apa jua pandangan dan kegiatan mereka..
Mereka duk bela muhammad ibnu wahhab sedangkan ulama' sezaman dia seperti Syeikh Zaini Dahlan mengkritik..sudah tentu orang yg sezaman lebih mengetahui perihal dia..
Abang dan ayah dia juga menentang muhammad ibnu wabhab..kalau abang dah ayah yang dikira mempunyai hubungan darah menentang,,tiba2 datang orang yang sudah ratusan tahun slps dia mengatakan dia betul pandangan yg mana kita nak ikut??
Mereka sudah takut utk menggelarkan mereka dengan wahabi sebab sudah banyak bukti ilmiah yg membongkar kepincangan muhammad ibnu wahab..mereka guna pulak nama salafi..lepas ni nama apa pulak mereka nak guna..yang pasti wahabi tetap wahabi daripada kacamata ahli sunnah wal jamaah..
Salam...ustaz, bleh ceritakan tentang Sheikh Ali Jum'ah ditumbuk tu?
ReplyDeleteSyukran
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteAlhamdullillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para auliya, para ulama, para umara, dan sekian muslimin muslimat.
Golongan pelampau Wahhabi semakin bertaburan di atas muka bumi terutama di Malaysia khususnya Perlis Darul Sunnah.
Sebenarnya, kepimpinan utama yang memegang tampuk pemerintahan negara kita gagal melihat aspek ini sebagai satu ancaman besar terhadap akidah dan fahaman serta kehidupan umat Islam di Malaysia. Pihak berwajib tidak mampu buat apa-apa kerana mereka hanyut dibuai mimpi senang.
Satu gugusan kuasa Islam perlu diwujudkan bagi menyekat ideologi Wahhabi yang mana menggunakan konsep musyawarah bagi menyelesaikan masalah.
Media massa perlu digunakan seluasnya untuk menghapuskan ideologi Wahhabi. Saya melihat 'ulama' Wahhabi semakin mempelopori media massa sekarang contohnya 'Ustaz' Asri ex-mufti Perlis kerap menulis di dalam akhbar nasional dan mufti terbaru Perlis 'Ustaz' Juanda Jaya juga menjadi panel penulis di dalam akhbar nasional yang mana kedua-duanya sering menyalahguna kebebasan menulis untuk menyebarkan ideologi Wahhabi dan menghasut masyarakat untuk menolak Ahli Sunnah Wal Jamaah al-Asyairah dan al-Maturidiah berasaskna mazhab Syafie.
Harapan akhir sebelum ideologi Wahhabi menguasai negara adalah satu persatuan Ahli Sunah Wal Jamaah al-Asyairah dan al-Maturidiah berasaskan mazhab Syafie diwujudkan bagi menghalang ideologi Wahhabi.
Sekian.
tidak semua imam di mekah dan madinah wahabi...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteNape geram dengan wahabi?
minta la jakim haramkan....
nanti semua org tunduk...
kalo xmenyeluruh, nt org keliru
Salams ustaz....ana nak tau ada tak sumber tertulis yang dikeluarkan oleh Syaikh Wahbah al-Zuhaili dalam membantai Wahabi? sebab orang Wahabi selalu menggunakan artikel2 Wahbah al-Zuhaili demi membela akidah mereka...seperti Asri menukil pendapat Wahbah ttg Ibn Taimiyyah dan mengclaim bahwa Wahbah saja memuji Ibn Taimiyyah...Salafi wahabi di Indon juga selalu mengidentikkan Wahbah sebagai tokoh yg juga memiliki ideologi seperti mereka..padahal secara hakiki, Wahbah adalah orang yang sangat ilmiah dan konsisten...dan beliau sangat menjunjung tinggi bermazhab...
ReplyDeletemengapa saudara zamihan hanya menceritakan perkara yg tidak baik ttg wahaby? Adakah wahaby itu sesat? Ramai ulama sunnah di selangor ditangkap kerana tiada tauliah dan kerana dikatakan menyebarkan fahaman wahaby, ttp sampai sekarang case2 itu tidak dpt diselesaikan kerana apa yg disampaikan adalam terang2 ada di dlm quran dan hadis yg sahih. Byk lagi ttg wahaby yg baik seperti menyatukan imam yg 4 di mekah, kalau tidak, saudara zamihan kene pilih nak solat dibwh imam yg mana satu. Di malaysia nie, kata sahaja bermazhab syafie ttp di manakah dlm kita syafie yg mengatakan kita boleh buat tahlil? Itu semua patut diterangkan kpd ummah di malaysia. SUdahlan dgn menfitnah wahaby. Lagi baik kita umat islam maju ke depan dgn mengikut islam yg sungguh indah.
ReplyDelete