Wednesday, February 11, 2009

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY


Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.



Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).


Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks. Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan parti buih.’ Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar.



Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama ‘Valentine’s Special.’ Di samping itu, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.


Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).


Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.


Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.


Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian
Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.


Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari. Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.



Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja. Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St.Valentine Church di Buffalo, New York.


Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.; “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)


Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. ;“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”-Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.-sumber :
http://www.islam.gov.my/

16 comments:

Ibn Salleh. said...

Ini barulah betul amalan yang sesat.Bila kita sambut Maulid Nabi,ada pulak puak2 membida'ahkannya dan mengatakan sebagai satu sambutan orang2 Kristian.Pihak berwajib dari jabatan agama perlu memantau hotel2 di ibu kota yg. akan mula penuh dihuni pasangan2 Melayu Islam terutamanya remaja2 pada malam sambutan hari mengingati kekasih ini.Ini bukan perbuatan mengintai sebagaimana yg. pernah dikatakan oleh seorang bekas Mufti dulu, tetapi mencegah kemungkaran adalah tanggung-jawab semua umat Islam.

aryna said...

dalam amalan orang2 Islam, hari kekasih adalah tiap hari.. itupun bagi yang telah diikat dgn ikatan yang sah...
jadi, saya samasekali tidak bersetuju bila ada yang mempertahankan bahawa mereka menyambut hari kekasih 14 februari dengan menjaga tatasusila agama dan adat biar bagaimana sekalipun bentuknya. (sekadar ucapan atau hadiah sahaja)

selagi meraikan pada 14 feb, maka tetap haram kerana menyamakan/menggalakkan perayaan kaum kafir tersebut..
[kecuali la kebetulan saja 14 feb tarikh perkahwinan atau harilahir atau tiap hari meraikannya..]

perayaan ini saya setuju dikatakan bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Khairul Rrijal said...

Assalamualaikum.............sy myokong arktikel ustaz...sy sbgai rmaja mrasa amat rngsing dgn keadaan kbnyakan rmaja kta pda msa kini yg sdah terpengaruh dengan hari kekasih yang jelas haram disisi islam....smoga kta sama2 dpat membimbing msyarakat kta

kepada saudara hanifsalleh...sy nk tnya.ape rsionalnya anta meyelitkan komen anta dengan kata2 yang seolah2 membenci kenyataan bekas mufti?..anta mahu mendedahkan ape sebenarnya??????

Ibn Salleh. said...

Salam utk. saudaraku Khairul Rrijal.
Seorang bekas Mufti pernah menulis,"Amat dukacita jika penguatkuasa agama ada masa yg. cukup utk. pergi mengintip,memecah pintu milik peribadi org. lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak"
"Aduhai dukacita jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2,3 pagi utk. mengintip".
Ini adalah susulan daripada berita penangkapan khalwat pasangan artis terkenal yg. dilakukan oleh pihak Jais.Bukanlah bermaksud membenci kenyataan bekas Mufti tersebut, tetapi kesal kerana tindakan jabatan agama membenteras maksiat diumpamakan sebagai mengintip olehnya.Sepatutnya beliau mempertahankan atau menyokong tindakan jabatan agama tersebut dan bukannya mengkritik dgn. hebat.Maka kita tidak mahu sekiranya dilakukan operasi mencegah maksiat di hotel2 akan disama ertikan dengan mengintip.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Kepada anda semua,

Benar kata Arya. Setiap hari adalah hari kasih sayang, cinta mencintai hari 'beribadah' pada mereka yang tela berumah tangga.

Perayaan dan amalah KAFIR celaka ini HARAM diamalkan oleh semua orang islam. Lihat berita akhbar hari ini. Berapa ramai umat islam yang berzina dan ada yang terus jadi murtad mengaku bukan islam lantaran untuk melampias nafsu seks serkah mereka.

Ini isu BESAR tak payah sindir menyindir dan dengan isu lain yang tak berkenaan. Kalau anda berniat membentras amal orang kafir ni. serius lah jangan cari dosa dari sudut lain sekadar nak justify anda bijak dan pandai berhujah dan seorang ahli dakwah yang baik. JAKIM harus WARWAR kan HARAM nya perayaan ini sekurang kurangnya sebulan sebelum tarik ini tiba bukan sehari dua sebelum tarikh ini.Peringatan sepanjang tahun juga penting.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Al Ghari,

JAKIM sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia kena ambil tindakan segera menasihat RTM + stesen TV lain lain dan juga akhbar akhbar di Malaysia sebelum 14.02.2010.

Lihatlah laporan akhbar Aliran Perdana ini:

15.02.2009 (Berita Harian)
Sedutan ghairah RTM dibidas

KUALA LUMPUR: Tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan sedutan filem mengghairahkan sempena Hari Kekasih di TV2 dilihat banyak pihak sebagai tidak wajar.

Presiden, Persatuan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM), Datuk Zulkifli Mohammad, berkata sebagai stesen milik kerajaan, RTM harus menitikberatkan nilai keislaman dan budaya masyarakat Melayu.

Kerajaan tidak perlu mengagungkan budaya yang bercanggah dengan masyarakat negara ini.

“RTM harus lebih peka sebelum menayangkan sedutan filem Barat dan mengambil kira pandangan penonton yang berbeza peringkat umur,” katanya mengulas perkara itu yang dibangkitkan melalui ruangan Surat & E-mel akhbar ini semalam.

Exco Undang-Undang, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Jufitri Joha, berkata RTM boleh menayangkan slot Hari Kekasih, namun harus mengambil kira sensitiviti umat Islam.

15.02.2009 (Harian Metro)
Remaja hidu gam
Oleh SALMAN HAMAT dan AHMAD TAJOL ANSAR IBRAHIM
am@hmetro.com.my

CEGAH MAKSIAT.. antara remaja yang ditahan dalam operasi
Hari Kekasih 2009 di Ampang, semalam.
CEGAH MAKSIAT.. antara remaja yang ditahan dalam operasi
Hari Kekasih 2009 di Ampang, semalam.

HULU LANGAT: Jika pasangan lain memilih bunga ros dan coklat untuk meraikan sambutan Hari Kekasih, sepasang remaja yang kemaruk bercinta dikatakan menghidu gam bagi membangkitkan rasa ghairah sebelum berasmara pada hari istimewa itu.

Lebih mengejutkan apabila dua remaja terbabit sanggup bermalam dalam khemah di pinggir hutan pusat rekreasi Sungai Congkak, di sini, bagi meraikan sambutan itu.

Bagi meraikannya, mereka yang berasal dari kampung berhampiran sanggup datang seawal jam 4 petang ke pusat rekreasi berkenaan dengan menaiki bas dan merancang pulang keesokan harinya.

Remaja itu yang dikenali sebagai Lia turut mengaku, sejak bertunang tiga bulan lalu dia dan tunangnya beberapa kali melakukan hubungan seks.

“Bagi saya ia tidak menjadi kesalahan, tambahan sempena Hari Kekasih untuk menunjukkan rasa sayang serta cinta pada bakal suami saya.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan dan percaya dia (bakal tunang) akan bertanggungjawab jika berlaku perkara buruk,” katanya.

Sementara itu, tiga lagi rakan remaja terbabit turut ditahan untuk tindakan lanjut kerana didapati dalam keadaan khayal selepas menghidu gam, manakala tiga tin gam dipercayai digunakan kumpulan remaja terbabit untuk dihidu serta peralatan lain, termasuk plastik, dirampas.

Operasi Hari Kekasih 2009 yang dijalankan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) mensasarkan beberapa lokasi sekitar Ampang, Hulu Langat, Klang dan Shah Alam serta menahan kira-kira 100 pasangan kekasih yang berkelakuan tidak senonoh.

Ketua Keselamatan Operasi Hari Kekasih 2009, Wan Zahari Wan Daud, berkata kebanyakan remaja ditahan berikutan berkelakuan tidak senonoh dan mendatangkan syak di kawasan sunyi serta gelap.

“Ketika ditahan, ada di kalangan remaja ini asyik berasmara, tidak kurang juga berpelukan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.

“Kaunseling diberi kepada pasangan yang diperiksa berdasarkan modul khas program kami bagi membentuk kembali keinsafan dan rasa takut kepada azab Tuhan,” katanya.

Wan Zahari berkata, kurangnya acuan agama dalam diri remaja mendorong mereka melakukan perkara yang dilarang dan bimbang dianggap kolot oleh rakan sebaya antara faktor sambutan Hari Kekasih perlu mereka raikan.

“Remaja sepatutnya sedar tindakan mereka meraikan Hari Kekasih tidak sepatutnya berlaku dan pengaruh bahan lucah, termasuk ubat kuat haram yang berlambak di pasaran, antara faktor pasangan remaja kemaruk ingin melakukan hubungan seks tanpa memikirkan risiko,” katanya.

15.02.2009 (Harian Metro)

Mengaku bukan Islam ketika daftar hotel

MUAR: Semata-mata ingin memuaskan gelora nafsu sempena Hari Kekasih semalam, enam pasangan kekasih di sini sanggup mengaku bukan Islam semata-mata untuk mendaftar menginap di hotel murah dan rumah tumpangan bagi meneruskan niat bermadu kasih, sekali gus mengelak dikesan pihak berkuasa.

Tidak cukup dengan itu, ada pula kakitangan hotel murah bersekongkol dengan pasangan kekasih muda terbabit apabila menyembunyikan identiti tetamu mereka dengan alasan mereka tidak mendaftarkan nama.

Bagaimanapun, tipu muslihat itu tidak mampu mengaburi mata pihak berkuasa yang kemudian berjaya menghidu taktik lapuk pasangan terbabit sebelum masing-masing ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Operasi bermula jam 10.30 malam itu diketuai Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Daerah Muar, Nordin Mohamad dan disertai 20 kakitangan Jabatan Agama Johor (JAJ) serta Majlis Perbandaran Muar.


Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Noh Kadri, berkata pada awalnya pasukan berkenaan menghadapi masalah mengenal pasti pasangan kekasih terbabit kerana kebanyakannya mendaftar masuk menggunakan nama bukan Islam.

Katanya, melihat reaksi segelintir kakitangan hotel yang mula cuba bersekongkol dengan menyembunyikan identiti pasangan, pihak berkuasa terpaksa mengetuk bilik hotel satu per satu.

“Tindakan itu membuahkan hasil apabila enam pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 30-an, termasuk pekerja kilang dan pemandu, dicekup dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Difahamkan, hotel murah yang diserbu dalam operasi lima jam itu dikenal pasti sebagai antara lokasi tumpuan pasangan kekasih melakukan perbuatan maksiat.

Sementara itu, di kawasan Rekreasi Tanjung Emas, di sini, beberapa pasangan kekasih yang asyik bermadu asmara turut ditahan sebelum diberi kaunseling.

Mereka yang kebanyakannya remaja belasan tahun dikatakan mengambil kesempatan sempena Hari Kekasih untuk bertemu dan bermadu kasih dengan pasangan.

Noh berkata, pihaknya akan meneruskan operasi besar-besaran bagi membersihkan perbuatan maksiat di hotel murah dan rumah tumpangan seluruh negeri ini.

ummu aiman said...

Assalamualaikum...

itu adalah realiti yg berlaku dlm masyarakat kita skarang ni...

dan apa yg dibentangkan oleh saudara Hasbullah itu hanyalah kes2 tertangkap atau yang dilaporkan sahaja...yang tak tertangkap n tak dilaporkan BERLAMBAK lagi...inilah realiti yang berlaku di negara kita...sungguh menyedihkan...

almukminun said...

Pasai apa ada yg terasa? Betul la tu kata Saudara Hanafi..kita ambil contoh kata hati bekas mufti dahulu, sbgai iktibar atas kecerdikannya mengeluar kata2..

kpd encik Hasbullah boleh la jalankn kaedah teknik "aversive conditioning"-teknik membenci atau lencong- kpd encik khairul,atau encik hasbullah sendiri guna atas diri..

dlm teori ni diajar bgaimana nk bantu manusia yg penuh sangkaan buruk nih, boleh guna u rawat obsessif- compulsif (esp thadap fahaman wahabbi yg ghuluww) dan penyelewengan fakta, biadab pada org alim pun agak sesuai...

mungkin akhirnya, pakat guna teknik positif reinforcement..bagi teguhkan sikit hormat kritis pada ulama, esp yg menentang kekarutan pemegang ideologi wahabbi,syiah dan liberal dan skalian kesesatan..

ALLAHU ALLAH..

xxx said...
This comment has been removed by the author.
xxx said...

Hari Valentine ni bukan bid'ah namanya... itu menyerupai perbuatan orang kafir yang ada kaitan dengan agama Kristian... malah terdapat banyak amalan-amalan semasa Hari Valentine yang saya lihat bid'ah di dalam agama mereka...

(Orang Ahli Kitab yang telah menyelewengkan Kitab mereka buat bid'ah dalam agama sendiri.. kerja kebanyakan Bani Israel yang menyelewenglah ni)...

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

almukminun,
Saya beri nasihat secara umum tanpa pro kat siapa pun, sama bekas mufti ke atu al ghari.

Saya menyatakan pendapat saya yang saya rasa boleh diterima secara umum. Ini isu besar bukan isu nak kutuk mengutuk sesiapa. Anda boleh keluar kata hati dan kutukan atau sindiran anda ikut suka anda. Ini menandakan anda adalah ORANG MELAYU yang suka berpuak puak,lebel melebel, suka berbalah dan berhujah nak tunjuk siapa lebih pandai. Komen anda tidak membawa kepada perpaduan ummah. Ini perangai seorang yang 'psychopathic'.

You can throw all those jargon words in psychiatry / psychology to show that you good in that field.

Are promoting peace or war among us (muslim)?. Don't mis use your good knowledge. All are gift from Allah.

almukminun said...

encik Hasbullah..
ana xbmaksud tunjuk pandai.
Yang enta kata ni apa?"Ini menandakan anda adalah ORANG MELAYU yang suka berpuak puak,lebel melebel, suka berbalah dan berhujah nak tunjuk siapa lebih pandai."

bukan lebel ke akhi..

Nanti dulu, tengok sapa yg bingkas beri komen kt blog nih pas satu-satu artikel di upload..enta kira la akhi..ana ke enta yg mendahului dari sudut emosi kewahabbian...

Ni, baru ana nk "mencadangkan", sangkaan tu akhi..sangkaan [psychopathic]..

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

almukminun,

Tang mana dalam komen saya yang saya ni wahabiiyun dan beremosi wahabiiyyun. Kan saya tulis jangan sindir menyindir. Your hatred is too much. Your mind is 'FLOODED' with hatred to wahabii. YOU / YOUR mind is what you hate.

......Assalamu'alaikum......

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Almukminun and to whom it may concern,

A copy from Blog Lengang kangkug

Dilarang bermusuhan sesama Islam
*
Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujuuraat:11]

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman." [AzZariyat:55]

Semoga KITA dapat manafaat bersama.

Unknown said...

valentine ni bukan lg dipanggil bidaah, ni amalan org kafir kristian, bidaah tu tokok tambah, dah Nabi ajar mcm ni, tak cukup plak, ditambahnya ikut sesedap rasa, mcm tambah ajinomoto dlm asam pedas yek? hmmm...jelik sungguh aku baca thread ni, suka meng'wahabi' kan org, betol la kata Nabi SAW, akhir zmn umat islam akan berpecah kpd 73, hanya satu yg benar...sapa yg benar? yg ikut mazhab syafie kah? mazhab hanafi kah? hambali kah? maliki kah? atau al-ghari kah? pikir2kan la yer...jgn dok sindir menyindir, bertekak sana sini...gi ngaji kasik paham Quraan dan Sunnah tu dulu...

acik said...

ust. zamihan nih, buat kerja di JAKIM tu dulu, JAKIM banyak hal yang tak selesai lagi, bagai mana ISLAM HADHARI? Mengapa diam, adakah anda bersekongkol sama?

Visit Bil.