Sunday, February 1, 2009

BLOG HINA ISLAM

Berikut merupakan antara blog yang aktif melancarkan penghinaan terhadap agama Islam tercinta. Pelbagai aduan telah disampaikan kepada pihak berkuasa, namun tuan blog ini tetap aktif melancarkan permusuhannya terhadap Islam. Jika tuan -puan melayari blog ini, Tuan-puan akan dapati beberapa artikel yang benar2 mencabar kesabaran kita. Beliau mendakwa Al-Qur'an sbg kitab rasis, Islam agama keganasan, Nabi SAW seorang Nabi palsu dan bernafsu seks tinggi, Solat daripada Iblis dan pelbagai karikatur menghina kita. Semua ini cukup untuk menggambarkan penulisnya sebagai seorang yang biadab dan tidak siuman. Saya tidak berminat utk menjelaskan kandungannya. Tuan-puan boleh telusuri blog ini : http://syurga-islam.blogspot.com/
Bagi saya, blog ini benar2 mencabar agama Islam kita. Saya menyeru kepada Tuan-puan agar melakukan apa sahaja yang termampu untuk menangkis serangan musuh Allah ini. Anda wajib mempertahankan agama anda dari dicemari oleh individu yang tak bermaruah ini. Bersama kita isytiharkan perang kepada mereka yang menghina Islam.

7 comments:

xxx said...

Salam, Ust.

Ya, blog ini memang menghina Islam, malah berani penulis tersebut menggunakan nama 'Nabi Muhammad s.a.w.'. Malah mengaitkam junjungan kita dengan perkataan yang tidak seharusnya dikaitkan dengan baginda.

"PERHATIAN: Orang-orang muslim berisiko tinggi untuk pingsan atau berubah agama apabila membaca artikel-artikel di sini."

Malangnya, penulis blogini tidak tahu, masih ada ulama yang akan membanteras penulis blog ini. Ust, kenapa tak adu je hal ini dengan polis, macam JAKIM buat masa kes Raja Petra dahulu?

Sama-samal kita memurnikan kembali maruah Islam, Ustaz.

Musafir Kelana said...

Assalamualaiukm WBKT,

Agaknye kan, ingat tak Buletin Utama ada siarkan satu blog hina Nabi SAW yg penuh dgn gambar pastu kaitkan blog ni ngan seorang wanita? Pastu blog tu disekat oleh pihak berwajib.

Sekarang ni muncul pulak blog SyurgaIslam yang mmg menghina Islam tanpa diragui lagi. Points yang penulis biadab tu keluarkan merupakan points yg biasa digunakan oleh masyarakat Anti-Islam di sini (dunia barat) utk hentam Islam.

Umat Islam yg tidak begitu arif dlm menjawab hal2 yg ditimbulkan, dinasihatkan agar tak bukak blog tu, takut-takut terjerat dlm kerja iblis pulak kan...

Semalam saya ade menulis satu artikel pasal sekularisme dan religious view, ape yg saya dpt tafsirkan ialah segala yg terjadi (usaha penentangan terhadap Islam) merupakan usaha puak-puak sekularis tegar yg berselindung atas pelbagai jenama.

Ini sangat berbahaya. Ustaz Zamihan dan team Jakim mesti bertindak. Kalau perlukan kami, beritahu cepat2. InsyaAllah, untuk membanteras kemungkaran - kita perlukan support yg kuat!

ummu aiman said...

Assalamualaikum...

Saya rasa negara kita Malaysia sepatutnya membuat satu undang2 menyekat individu2 dari menghina agama di msia...dengan hukuman yg ketat n berat bukan bayaran2 seratus dua yg org kaya mampu nk bayar atau penjara seminggu dua...

n undang2 ini adalah utk semua agama,penganut kristian x dibolehkan menghina agama islam,penganut islam x boleh hina kristian,begitu juga hindu dan lain2 agama...

xxx said...

Saya sangat bersetuju dengan cadangan saudara Jakfariyah. Kita sekarang memerlukan undang-undang sedemikian, agar tidak lagi berlaku kes Raja Petra dan kes blog yang menghina Islam.

Saya pun hairan, saya rasa kita tak kacau agama depa, yang depa pi kacau agama kita apahal pulak?

Oh ya, mungkin memang dah sikap sesetengah kaum kafir. Lupa pulak ana...

Ibn Salleh. said...

Salam.

Jika pihak berwajib boleh menyekat beberapa website untuk menghalang rakyat melabur di internet,tidak mustahil perkara yg. sama juga boleh dilakukan terhadap blog ini.Ini lebih bahaya dari website pelaburan kerana secara terang2an menghina Rasullullah s.a.w dan Islam.
Kerajaan tidak boleh membiarkan blog spt. ini wujud, begitu juga dgn. tuannya.Tangkap tuannya dan biarkan dia berehat di tahanan sehingga dia bertaubat.Jangan hanya memantau sahaja tetapi perlu bertindak secara effisyen.

aryna said...

salam..

buat masa ini, kita flag blog tersebut dgn sebanyak yg terdaya..
klik je tab FLAG BLOG kat sebelah kiri atas sekali blog tersebut, kemudian pilih SPAM dan ikut arahan seterusnya...

aryna said...

salam..

buat masa ini, kita flag blog tersebut dgn sebanyak yg terdaya..
klik je tab FLAG BLOG kat sebelah kiri atas sekali blog tersebut, kemudian pilih SPAM dan ikut arahan seterusnya...

Visit Bil.