Sunday, November 2, 2008

FATWA YOGA! Lain mcamana?


Jakim buat kajian mendalam enam bulan


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga Jumaat ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Katanya, fatwa itu dibuat selepas kajian mendalam dilakukan selama enam bulan mengenai perkara itu dan selepas tiga kali perkara itu dirujuk kepada panel Majlis Fatwa Kebangsaan.


Fatwa ini berkaitan akidah orang Islam yang mempraktikkan senaman itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemurnian Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam. Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh me-mesongkan akidah. Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.



Ulasan :


1) Jika Yoga diperkenalkan 3, 300 tahun dahulu.. kenapa ulamak dan umat Islam kita baru sekarang nak keluarkan fatwa?. Kesian berjuta umat Islam yang telah sebati mengamalkannya. Dikhuatiri fatwa yang lewat sukar mengikis sesuatu yang telah lama beradat. Apapun, jika difatwakan haram.. diharap semua pihak dapat mematuhinya. Sekurang-kurangnya ada fatawa mengenainya untuk panduan kini dan generasi akan datang. Jangan pula ada pihak yang menganggap fatwa tersebut konservatif.


2) Jika tuan/puan melakukan analisa dan perbandingan antara solat dan asana (yoga) ternyata kualiti pergerakan dalam solat lebih bermutu dan menyeluruh berbanding asana. Ia merangkumi kesihatan emosional, intelektual dan fizikal. Manakala klimaks spiritual boleh dirasai dengan lebih baik di dalam solat kerana kesemua unsurnya datang dari Pencipta Manusia. Hanya Allah yang terlebih tahu apa yang diperlukan manusia untuk aturan hidupnya.


3) Bukan sekadar Yoga sahaja diharamkan. Program Senaman di Rancangan Selamat Pagi Malaysia pun patut diharamkan kerna secara terangan pelatihnya mendedahkan aurat dan berlakunya ikhtilath haram antara pelatih berkenaan. Program tarian SEHATI BERDANSA Astro pun patut diharamkan berdasarkan illah yang sama. Apa kurangnya dengan rancangan TOM-TOM BAK, Hikayat Putera Shazlan, iklan latar TV3 dan lain-lain. Jelas bagi kita bahawa program ini hanya ciplak dari budaya sekularisme & liberalisme terbitan yahudi dan Kristian. Dan tidak sepatutnya dipaparkan media arus perdana. Justeru, semua pihak harus peka mengenainya bukan sekadar fokus kepada satu isu sahaja.


4) Harapan saya agar semua umat Islam digesa meningkatkan pemahaman agamanya dan perihatin terhadap apa yang dilakukan dalam aktiviti seharian mereka supaya kita semua tidak terjebak dalam unsur yang bertentangan dengan lunas2 akidah, syariah dan akhlak. Hadakumullah.

9 comments:

  1. pada saya, mengarut saja yoga dan seumpamanya..

    saya pernah didesak berkali2 oleh majikan saya utk ikuti satu program yg mdpt tempat di kalangan ramai golongan cendikiawan dan professional sekarang iaitu:-
    SILVA MIND .. konon MEDITASI yang dapat meningkatkan minda, menjana fikiran-fikiran positif, membuang sifat2 negatif, menjana ke arah hidup yang terjamin (wang -SYURGA DUNIA..)sehingga seorang yang sampai ke tingkat tertinggi meditasi ini dapat menjadikannya seorang pakar psikik.. (master of psychic)

    wahh.. betul! banyak sangat keajaiban amalan meditasi yang mereka ikuti ini sehingga benar2 mengubah sikap dan akidah umat Islam.. Inilah ilmu dan ajaran dari wali syaitan yang sebenar-benarnya..

    mereka ini masih mendesak saya hingga sanggup bayar BERIBU-RIBU RINGGIT untuk saya mengubah akidah saya ke arah Islam Liberal..
    alasan mereka agar dapat buang sifat amarah saya.. (siapa tak marah bila kalau dah buat 1 dosa besar, ditambah 1 lagi dosa kerana merubah hukum ALLAH (haram yg dihalal-dpt pahala lagi) dan saya diminta subahat..dan hasil meditasi mereka menjadikan mereka sangat zalim menindas ramai pekerja2 lain meskipun mereka sangat "pemurah" kepada saya)

    kita dah diajarkan solat,tafakur,munajat zikrullah...menghayati bacaan2 Al-Quran (termasuk yasin, al-mathurat, dsb), digalakkan berjalan kaki ke masjid/surau
    semua ini adalah untuk kesejahteraan jasmani dan rohani..

    kenapa merasa tidak cukup apa yang telah Nabi kita ajarkan kepada kita sehingga mengamalkan amalan2 orang2 kafir..?!

    ataukah tidak merasakan ajaran-ajaran ini bermanfaat dan berkesan di hati dan tubuh kita?!

    wallahualam...

    ikhlas,
    aryna

    ReplyDelete
  2. Jika dikaji sehingga membaca mentera,mengamalkan cara meditasi mengikut amalan yg.meniru agama lain,sememangnya haram.Adapun ramai yg. mengamalkannya hanya sekadar pergerakan senaman ringan seperti meniru aksi di klip video2 yoga bagi sang isteri di rumah,(bukan dikhalayak ramai)mungkin tiada salahnya asalkan dgn. niat mencantikkan badan utk. sang suami.Seperti yg. Ust. katakan yang lain juga perlu diharamkan maka bagaimana pula dgn. acara gymrama dlm. kolam air,acara renang,acara angkat berat bagi lelaki dan wanita dan berbagai2 lagi yg. mendedahkan aurat.Ramai yg. melibatkan remaja Islam dlm. acara2 tersebut.Sebenarnya fatwa mengharamkan senaman yoga ini perlu diperjelaskan secara terperinci yg. mana haramnya dan yg. mana dibolehkan.Kita tidak mahu Majlis Fatwa akan dicemuh kerana tidak memperincikan keputusan pengharaman tersebut.Maka akan terjadilah isu penamatan jawatan seperti mana yg. terjadi kepada SS Almarhum Dato' Ishak Baharom kerana mengeluarkan fatwa mengharamkan pertandingan ratu cantik bagi wanita Islam.Walaubagaimana pun biarlah sesuatu tindakan diambil dari awal-awal lagi dan bukannya setelah ia sebati dgn. jiwa seseorang itu sendiri sekian lama.

    ReplyDelete
  3. satu kajian secara saintifik telah dan masih lagi dijalankan di Universiti Malaya tentang kebaikan dan manafaat kesihatan yang boleh diperolehi dengan melakukan solat. Setiap pergerakan fizikal memberikan manafaat fizikal orang yang mengerjakan solat dan juga minda seseorang yang mengerjakan solat akan menjadi lebih tenang kerana pada ketika ini gelombang (wave) otak pada ketika solat ada pada gelombang paling baik.

    Buat pilihan terbaik - solat (hadiah dari Allah). Sebaiknya / dianjurkan tinggalkan Yoga suatu senaman tradisi india dan berbaur ajaran Hindu.

    ReplyDelete
  4. Syukran hasbullah, anta tidak berat sebelah macam sebahagian pengkomentar. Isu ini isu yang bagus dibincangkan & boleh menghasilkan kesepakatan dari setiap orang Islam dari aliran berlainan, namun setengah golongan tidak mahu beri endorsement pasal mereka tak suka Ust Z. Tapi cuba Ust Z komen berkaitan aliran mereka; bertimbun komentar keras datang.

    ReplyDelete
  5. ust...kaedah buang flag tu ana boleh ajar guna YM.

    ustaz add nama email ana

    panglimaperangcyber@yahoo.com.

    bila ust free send msg ko ana.utk urusan chatting.


    tq

    ReplyDelete
  6. seorang lagi pengkaji berbangsa Jepun (tak ingat namanya) mengesahkan pernemuannya - Pergerakkan dalam solat boleh mengubati penyakit arthritis (sakit sendi sendi). Saya tak pasti tahap keseriusan arthritis yang beliau maksudkan. Mungkin yang masih diperingkat awal dan sederhana teruknya. Yang pasti jika dah terlalu teruk, terutam yang mengalami osteoarthritis pada sendi sendi lutut mereka. Kesian tengok mereka, solah duduk atas kerusi. Kalau masih boleh berdiri pun, semasa dua antara dua sujud meraka akan duduk tak serupa duduk (tertonggeng agaknya).

    ReplyDelete
  7. Satu lagi fatwa iaitu pengharaman penkid telah diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Namun sebahagian remaja termasuk yang bukan beragama Islam secara terang-terangan telah berdemo di hadapan KLCC sambil melaungkan perkataan"shot hair who care, stupid fatwa everywhere" telah menghina undang2 Islam itu sendiri.Jurucakapnya Lee Wei San dan Thilaga dgn. lantang menuduh Majlis Fatwa sebagai menyekat kebebasan wanita berpakaian.Sumber video Malaysiakini dan Utube bertajuk "Demo bantah Majlis Fatwa" sebagai bukti kurang ajarnya mereka2 ini.Kalau Teresa Kok ditahan kerana dikatakan membantah laungan azan maka tindakan ke atas jurucakap demo tersebut harus diambil tindakan.Pihak JAKIM dan jabatan2 agama perlu memandang serius perkara ini.Tolonglah ustaz, demi agama Islam, segera utarakan perkara ini memandangkan kedudukan ustaz di JAKIM.Saya rasa ugama Islam dan Majlis Fatwa telah diperlekehkan oleh si kurang ajar ini.

    ReplyDelete
  8. Mari kita sama-sama beri sokongan pada JAKIM/Ust Z. Jangan la kerana lain pandangan perkara yang lebih penting begini tidak dipedulikan.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)