Tuesday, November 11, 2008

BILA USTAZ DITETAK...


IPOH: “Saya terus melarikan diri untuk menyelamatkan diri apabila seorang daripada perompak mahu menetak saya dengan parang,” kata Norazila Mohd Sufian, 30, juruwang stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, yang disamun empat perompak, semalam. Katanya, dia tiba jam 6.45 pagi di tempat kerja kerana mahu mengeluarkan wang dipesan ibu di mesin juruwang automatik (ATM) selain menggantikan Mohd Khairuddin Mohamed Isa, 42, yang bekerja syif malam. Ketika sampai di situ, dia ternampak sebuah Proton Iswara dinaiki empat lelaki berhenti di sebuah pam minyak.



Namun, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mereka pelanggan biasa yang mengisi minyak.“Bagaimanapun, tiba-tiba dua daripada lelaki terbabit yang memakai topi keledar keluar dari kereta dan bersenjatakan parang masuk ke dalam kedai lalu menuju ke kaunter pembayaran.“Saya dengar Mohd Khairuddin yang mesra dengan panggilan ustaz menjerit kesakitan di belakang kaunter pembayaran akibat ditetak di kepala oleh dua lelaki terbabit sehingga berlumuran darah. “Saya yang terkejut dengan insiden itu tergamam seketika berdekatan mesin ATM dan tanpa diduga seorang daripada perompak terbabit datang ke arah saya,” katanya.



Akibat terlalu takut, Norazila berkata, dia segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri sehingga kad ATM-nya ditelan mesin. Dalam kejadian jam 6.50 pagi semalam, Mohd Khairuddin yang juga seorang pembantu tadbir di Jabatan Agama Islam Perak, ditetak sehingga mati oleh perompak terbabit. Norazlina menyifatkan Mohd Khairuddin yang bekerja sambilan sebagai juruwang di stesen minyak itu seorang yang disenangi semua rakan kerana peramah dan berpekerti mulia. “Pemergian arwah meninggalkan kesan kepada semua pekerja kerana dia banyak membantu meringankan tugas kami selain tidak pernah merungut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
“Dalam kejadian itu, dua daripada empat perompak yang bersenjatakan parang menuju ke kaunter pembayaran lalu terus mengugut mangsa sebelum menetak kepalanya. “Mereka merampas wang tunai dianggarkan RM1,000 dan melarikan diri dengan sebuah Proton Iswara dipercayai menggunakan nombor plat palsu,” Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Polis sedang mengenal pasti identiti keempat-empat suspek terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Ulasan :


1) Perasaan saya ditutup bercampur-campur bila menatapi kisah yang menyayat hati ini. Apa tidaknya, apabila seorang ustaz yang terpaksa bekerja lebih masa utk menyara keluarga diperlakukan sedemikian rupa. Memang dasar penjahat yang tidak berhati perut sanggup melakukan apa sahaja.. asalkan hajat mereka tercapai. Marilah kita semua berdoa..agar banjingan keparat ini mampu diberkas dan dihadap kemuka pengadilan. Meskipun hukuman dunia dikenakan keatas kamu. Namun, tunggulah balasan akhirat akibat dari dosa membunuh manusia secara kejam. Confirm tempat di neraka jahannam.. jika warisnya tidak memberi pengampunan.



2) Saya juga terkesima kerana sampai sekarang tidak ada sebarang kenyataan yang membela Ustaz yang syahid di jalan Allah ini. Samada dari pihak Menteri Agama, JAKIM, Jab Agama Islam Perak ataupun dari Pejabat Mufti Perak sendiri. Jika seorang cina @ india mati.. ramai dikalangan pemimpin kita bersuara. Hatta dibawa isu berkenaan ke Parlimen. Namun, bila Ustaz meninggal.. isu Ustaz hanya sekadar picisan atau dilepas pandang sahaja. Masya Allah. Namun, sebagai seorang muslim saya terpanggil untuk membuat sedikit pembelaan terhadap kes ini.



3) Faktor yang menyebabkan Us Mohd Khairuddin bekerja secara part-time kerana pendapatannya tidak cukup utk menyara ahli keluarganya. Maklumlah, gaji bertaraf Pembantu Hal Ehwal Islam S 17 hanya berapa sen sahaja. Bahkan jika dihitung kira dgn pendapatan kontrak beliau.. saya rasa pendapatannya masih berada dlm lingkungan miskin tegar. Kenapa isu ini tidak dijadikan contoh oleh CEUPACS dan tidak juga dibela oleh Menteri Agama, KSN atau agamawan @ pemimpin melayu kononya gigih berjuang membela bangsa dan agama? Dlm kes ini, terbukti..apa sebenarnya yang dibela?



4) Jika tuan-puan perhatikan secara halus mengenai ganjaran dlm pelbagai bidang di negara kita. Ternyata, mereka yang bekerja di sektor agama tidak diberi hak samarata dgn skim lain. Contohnya tangga gaji antara sektor agama (skim S) jauh ketinggalan dengan sektor pengurusan (Skim M @ N). Contoh lain, Guru Mata pelajaran B. Inggeris, Maths dan Sains misalnya mendapat elaun lebih tinggi dari Guru Agama. Pada hal, kedua bidang ini memerlukan pengkhususan tersendiri. Tapi pengkhususan akademik dipandang. Manakala pengkhususan agama dianaktirikan. Begitu juga dgn apa yg berlaku kpd si mangsa. Ini sebagai satu contoh, jadikan ia sebagai pengajaran dan pembelaan kpd mereka yang bertugas di sektor agama. Jangan sampai..bila Ustaz ditetak...semua akalan mati katak.



5) Apabila bercakap soal pendapatan, imbuhan @ kenaikan.. bukan bermakna kita tergila-gilakan harta benda dunia. Akan tetapi, biarlah ganjaran mereka yang bekerja di sektor agama sama taraf dgn sektor yang lain. Saya kira mereka yang menjadi pemerintah bertanggungjawab dalam urusan ini pasti sengit untuk menjawab persoalan yang dilontarkan malaikat di dalam kubur nanti. Justeru, tak kiralah.. samada kamu Agung, Sultan, PM, Menteri Kabinet, peg kerajaan @ sektor swasta..jika kamu menikmati dunia dengan kezaliman.. kamu akan menikmati azab dengan penuh kesengsaraan. Sedarlah, bahawa Allah itu tidak memilih bulu, pangkat, darjat atau lambang kebesaran. Yang dipilih oleh Allah ialah keimanan dan ketaqwaan.



6) Apa sahaja penghargaan yang diberikan kepada keluarga mangsa sudah tidak bermakna lagi. Begitulah resam dunia : semasa hidup..kita menderita. Setelah terkoban nyawa..barulah jasamu dikenang jua. Namun, kasihanilah kpd isteri dan anak-anak mangsa yg masih tidak kenal erti dosa pahala ..terpaksa menangisi pemergian ayahnda tercinta. Apapun ya akhie..pengorbananmu membuat kami semua berasa bangga. Pergimu seorang..kami akan lahirkan sejuta mereka yang sanggup berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Selamat bersemadi wahai saudara. Kami hadiahkan ayat-ayat suci sebagai 'buah tangan' penebus jasa. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah..al-Fatihah...

8 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbth,

    Semoga ALlah mencucuri rahmat ke atas ruh ustaz tersebut. Al -Fatihah..

    ReplyDelete
  2. Jika hukum qisas dapat dilaksanakan, alangkah aman tenteram bumi kita ini di bawah peliharaan Allah.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah untuk jenazah ustaz tersebut.Teringat satu kuliah Maghrib di Masjid ar-Rahimah,Ust.Mohammad seorang Imam dari Masjid Sentul berkata,penyanyi,pelakon mudah dapat Dato'dan anugerah tapi kalau jadi Imam atau pendakwah berpuluh tahun sekalipun takkan dipandang mulia.Kalau jemput Imam baca tahlil dan doa arwah cuma dibayar RM10 sahaja tapi sanggup bayar karaoke beratus2 ringgit.Kalau orang besar lalu terpaksa ke tepi walaupun tujuan kita ke masjid tapi orang besar ke padang golf.Ust.Muhammad bertanya siapa lebih besar antara "orang besar" ataupun Allah.Begitu juga Johan Tilawah ataupun Akedemi Al-Quran, ganjarannya cuma sedikit sahaja berbanding dengan Juara Akedemi Fantasia,Mari Berdansa dan entah apa2 lagi hiburan melalaikan.Imam Ratib di Masjid terpaksa kerja part-time sebab elaun cuma 5-6 ratus ringgit sahaja.Ramai para Ustaz cuba dapatkan slot kuliah di Masjid atau surau sebab gaji kecil sangat nak tanggung keluarga.Para Ustaz di negara ini menabur bakti dan jasa untuk agama dari satu generasi ke satu generasi tapi siapa yang menghargainya?Kalau mengajar anak2 orang lain mengaji Al-Quran dapatlah RM10 sebulan satu orang.Mak Bapak hantar anak ke kelas music sanggup bayar beratus2 ringgit.Dari dulu hingga sekarang para Ustaz dianaktirikan seolah2 tak ada jasa langsung.Cuma 2 Imam Masjid Negara yg. dapat title Tan Sri Dan Dato'.Seorang bekas Imam dah keluar Masjid masuk politik barulah dapat Dato'.Sedih betul situasi begini di negara Islam kita ini.

    ReplyDelete
  4. Ana pernah dijemput untuk megetuai bacaan Yasin,tahlil arwah dan bacaan doa selamat sekali dalam satu majlis malam berinai pengantin yg. begitu hebat sekali sambutannya.Setelah selesai tuan rumah salam dan menghulurkan sampul.Balik rumah apabila dibuka ada RM5.Sebagai manusia biasa hati ini berkata, begitu murahnya doa yg.kita pinta utk. roh2 ibu-bapanya dan doa keselamatan keluarga tersebut.Namun cepat kita beristighifar kerana kata2 tadi.Adalah lebih baik tidak dibagi langsung, cukup dgn. makan sudahlah asalkan hati ini tak berkata2 melihatkan nilai doa yg. murah itu.

    ReplyDelete
  5. Mungkin pada masa akandatang, jika diberi wang, bolehlah tolak dengan cara yang baik. Ataupun selepas menerima wang tersebut sedekah pula kepada orang lain.

    Tetapi dari sudut lain, kita tidak tahu - mungkin juga tuan rumah ingin bersedekah.

    Hati manusia, siapa yang tahu? ALlah..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum wbt...

    saya teringat artikel ust.Zamihan yg ini.. http://al-ghari.blogspot.com/2008/08/artis-ahli-sukan-dipuja.html

    saya sangat terkilan dan sangat kesal dengan sikap badan2 kerajaan,syarikat2 korporat dan individu2 yang hidup bagai raja di negara kita yang bermurah hati tidak pada tempatnya..

    kita yg hidup sederhana, setakat manalah dapat kita hulurkan bantuan buat mereka tambah2 bila keluarga kita, jiran2 dan sahabat handai terdekat lebih memerlukan bantuan kita, kerana mereka wajib diutamakan..

    saya sekarang pun menghadapi masalah bila adik saya memerlukan wang yg besar untuk membeli tanah bersebelahan sekolah pondok ayah demi membesarkan lagi sekolah. bila minta bantuan dari ramai kenalan, termasuk majikan saya, ada saja jawapan yang menguji kesabaran saya walhal bila bicara tentang agama dan bantuan kuderat, nama dialah disebut-sebut dan dibanggakan di hadapan orangramai..

    tapi, mereka sangat pemurah pula untuk berbelanja kepada perkara2 yang tidak perlu, kepada orang2 yang telah mewah dengan wang suapan dan sebagainya..
    sayang sekali mereka tidak tau fadhilat bersedekah..

    tapi iyalah.. sedangkan Nabi Muhammad SAW sampai wafat dalam kemiskinan (harta dunia), apalah nak hairankan para pewaris nabi pula..

    bukankah ujian buat umat Nabi Muhammad adalah harta...
    maka, bagai dijanji ALLAH, beginilah suratan nasib para ustadz, ustadzah bahkan siapa saja pejuang & pencinta ALLAH & Rasulullah SAW..

    moga kemiskinan di dunia adalah kerana ALLAH hendak memberi kekayaan di akhirat yang kekal..

    Al-Fatihah buat ustadz yang syahid.
    Moga rohnya ditempatkan bersama-sama para Rasul dan para sahabat..

    p/s: mungkin kita boleh bina tabung untuk mereka.. saya juga ingin turut serta..

    ReplyDelete
  7. Takziah untuk keluarga ustaz. Meninggal ketika mencari rezeki yang halal. Sudah ditaqdirkan CARA kematiannya begitu. Keluarga kena redha tapi memang sadis dan mengerikan.

    Kat Malaysia memang pelik. Kalau tak ada nama dan status jangan harap ada orang nak pandang. Individu dinilai orang lain dari segi materi dan status yang dia ada. Our people have became too materialistic and individualistic. The don't care about others.

    ReplyDelete
  8. Alah, kalau lulusan lain macam2 kemudahan, cuba kalau bahagian agama?

    Contoh; kalau Teknisyen boleh dapat 9 ganjakan gaji kalau lulusan politeknik tapi kalau Pembantu Hal Ehwal Islam? 4 Thanawi starting gaji pun sama dengan SPM....belum lagi kalau STU/ STAM? Biasanya Pem. Hal ehwal Islam, jarang SPM ngam2, paling kurang pun 4 thanawi......

    Minta OT, dikatanya kita ni tak bersyukur......masa tulah pegawai2 yang biasa pakai tie akan pakai kopiah dan berhujjah macam pak alim dengan kita.......

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)