Tuesday, October 28, 2008

ANDAIAN PANDIR


Penulis tiada sebarang sengketa peribadi dengan Mufti Perlis. Tetapi apabila beliau galak mengecam agamawan, penulis merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi respon terhadap apa yang diutarakannya. Walaupun sudah confirm dipecat, Mufti Perlis masih lagi meneruskan hobinya mengecam para pendakwah dan agensi agama yang menjalankan misi dakwah. Jika tabiat buruk ini tidak dihentikan segera. Dia pasti akan mendapat bayaran 'cash' dari Allah hasil dari usahanya. Kali ini Beliau secara terang-terangan melakarkan seni kutukan yang tidak berperi keagamaan sama sekali. Berikut merupakan hasil wacana minda kotornya dalam Mingguan Malaysia Ahad bertarikh 12 Oktober 2008 :



Dr Asri menulis : "Umpamanya jika pengamal undang-undang berfikir bagaimana untuk menghasilkan wang semata sehingga mengenepikan soal keadilan. Atau jika ahli politik menganggap kegiatan politiknya untuk mengaut keuntungan sekalipun mengkhianati amanah rakyat. Atau jika penyampai dakwah Islam bertujuan memperoleh habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah. Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.



Ulasan :


1) Tulisan ini langsung tidak berpijak di atas landasan ilmiyyah. Bahkan bersifat andaian semata-mata. Ini kerana beliau banyak menggunakan perkataan JIKA dalam jajaran ayatnya. Kemudiannya memperakui dengan katanya : 'namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.' Seolah kata : Dr Asri menggunakan 'in syarthiyyah..dan "namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.." adalah jawabnya. Mafhumnya..Mufti Muda ini seorang yang amat hebat kerna mampu menjadikan andaian dirinya sebagai sesuatu realiti.



2) Amat menarik juga apabila tulisan beliau turut memuatkan senario kehakiman dan ahli politik. Namun, adalah sangat kejam apabila beliau mengakhirkan tulisan 'andaian' ini dengan mencemuh golongan agama. Hal ini terbukti dengan katanya : "Atau jika penyampai dakwah Islam bertujuan memperoleh habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah."

Selain itu untuk memperlihatkan 'kebejatan pendakwah Islam' kepada awam, Dr Asri menyambung terus tulisannya dengan katanya : "Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi." Ya..tidak dinafikan bahawa ada segelintir penceramah yang mengambil kira soal masyuk. Termasuk tuan Syeikh Sahibus Samahah pun. Tak ingat ke..persidangan ketua-ketua jabatan di Seremban hari tu. Tuan Syeikh ambil bilik hotel..tapi tak masuk mesyuarat. Bila diselidiki..Tuan Syeikh dikhabarkan pergi ceramah di luar. Kenapa kejar yang diluar dengan meninggalkan tugas utama. Tak kira masyuk ke? Pendek kata.. kes ni ada.. tapi segelintir sahaja yang terlibat..Takkan itu pun sudah dikira 'menghancurkan dunia". Bukankah masih ada sebahagian besar asatizah yang mengikhlaskan diri mereka di jalan dakwah. Soalnya, kenapa dipertontonkan kejelekan isu terpencil berbanding peranan sebahagian besar yang lebih utama.? Ingat Allah ya akhie.



3) Saya ingin pertanyakan beliau : "Apakah dengan faktor kehakiman, ahli politik dan pendakwah yang cintakan dunia benar2 menyebabkan alam ini menjadi pincang, rosak imbangan, musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Nampaknya, Mufti Muda ini sendiri tidak mengetahui apa yang ditulisnya. Bahkan dia hanya pandai bermain kata untuk menyedapkan bait-bait ayatnya untuk menarik perhatian manusia.



4) Apabila kita mengambil kira faktor yang menyeluruh ternyata kepincangan alam, kerosakan imbangan dan kemusnahan peraturan serta tujuan kehidupan (idea Dr MAZA) hanya difokus dua perkara sahaja. Pertama : Kerana manusia tidak mengenal Allah @ Tuhannya (yg bukan Islam). Kedua : kerana Manusia menuruti apa sahaja kemahuan nafsu serakahnya. Singkaplah berapa banyak ayat dan hadis, anda pasti mampu mengubah persepsi anda yang menyeleweng itu.



5) Jika anda hanya mengambil kira peranan tiga sektor sahaja untuk menganggarkan kehancuran dunia..ternyata anda bukanlah seorang penilai yang bijak. Bahkan hanya seputar dan berputar kepada pemikiran jumud. Lebih memalukan apabila andaian dan anggaran itu datang dari seorang Sahibus Samahah. Nampaknya, tulisan dan sikapnya menjustifikasikan beliau sememangnya tidak layak untuk digelar Sahibus Samahah.



6) Pemerhatian mendalam kepada tulisan beliau juga menemukan kita satu hakikat bahawa tulisan beliau hanya omongan kosong belaka. Dan tidak begitu mudah untuk mempengaruhi generasi minda Ulul al-bab. Kecuali andaian Pandir ini berjaya menyemai rasa taksub dikalangan pengikut yang semetodologi dengannya. Beliau sepatutnya menerima pelajaran dari sebarang teguran yang matang. Semoga Allah jauhi kita dari pelampau dan bersikap melampau dalam agama.

Tuesday, October 21, 2008

PROTAZ BIAS WAHHABIY



Disini disertakan bukti penulisan seorang pegawai bank mutakkarrij UIA dalam bidang Komunikasi yang dikenalpasti secara terang-terangan menyebarkan fikrah fahaman pelampau. Buku beliau FAHAMAN WAHHABI MENULAR : Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Utusan Malaysia menjelaskan kepada kita segala-galanya. Buktinya, pada halaman 149 buku ini beliau mengatakan : "..Amalan seperti Mawlid Nabi ini bukan sekadar bid'aah tetapi ianya juga menyerupai upacara keagamaan golongan Kristian yang menyambut Krismas bersempena dengan hari kelahiran Nabi Isa A.S. Seterusnya...beliau memanipulasi sabda Nabi SAW bermaksud : "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia (terdiri) dari kalangan mereka.." Hadis ini diambil secara tidak berdisiplin untuk disesuaikan dengan pemikiran beliau.

Hasil dari tulisan ini, timbul beberapa persoalan:


1) Apakah upacara sambutan Maulid al-Rasul disepakati secara ijmak merupakan bid'ah yang sesat? Jika ia terdiri dari perkara furuk yang diperselisihkan dikalangan ulamak kenapa harus dihukum sesat bagi mereka yang menyambutnya dengan bacaan al-Qur'an, Selawat, memuji Nabi SAW, berzikir, bertazkirah dan berdoa. Amalan ini bukan sekadar amalan orang awam. Tetapi turut diraikan ulamak muktabar seluruh dunia. Tergamakkah anda menghukum sesat ulamak muktabar dan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk agama?



2) Apakah mekanisme yang digunakan penulis untuk menjustifikasi sambutan Maulid al-rasul dengan sambutan Hari Kelahiran Nabi Isa A.S. Benarkah sebahagian besar umat Islam yang meraikannya mengadakan upacara sebagaimana golongan Kristian? Kalau begitu, mudah benar umat ini...dicop meniru Kristian hanya semta-mata perkara furuk. Atau semua ini sekadar pandangan streotype seorang profesional yang ingin mengustazkan dirinya dengan pemikiran tertentu. Apapun, jelas kepada kita bahawa penulis buku ini sealiran dengan pemikiran Wahhabiy. Walaupun beliau tidak mengaku sedemikian, namun metod yang dipergunakan adalah jelas, terang lagi bersuluh.



3) Tegasnya, kita perlu mengambil sikap berhati-hati untuk membicarakan sesuatu perkara. Pendek kata, semua instrumen ilmiyyah diteliti sebaik mungkin sebelum dipersembahkan dalam bentuk pemikiran mahupun penulisan. Agar ia tidak mendatangkan fitnah terhadap umat ini. Lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan kes-kes furuk seperti di atas. Maka berhati-hatilah dengan pemikiran seperti ini.
Inisiatif ini cuba diperjelaskan oleh Us Zamihan bukan semata-mata isu peribadi. Sebaliknya ia merupakan langkah bagi menangani pemikiran-pemikiran liar yang menyusup masuk ke dalam masyarakat dan menghuru-harakan fahaman dan amalan mereka. Semoga fahaman dan amalan umat ini sentiasa harmoni dan tidak sesekali terbeban dengan pemikiran liar. Jika anda berhajat untuk berbincang kandungan buku anda secara eksklusif dengan Tuan Blog sila hubungi : 012 2465518. Jazakumullah khayran katsiran.

ANGKARA PELAMPAU WAHHABIY

Sila ikuti ucapan Imam Masjid University Cambridge tentang Pelampau :


REACTION in Britain's Muslim community to the 7 July bombings was swift and seemingly unanimous. "These killings had absolutely no sanction in Islam," said a conference of imams convened at the London Central Mosque, while the British Muslim Forum delivered a fatwa that classified the London bombings as hiraba, an Islamic legal term denoting aggravated violence against the innocent. All implicated in the crimes were to be "excluded from the Muslim community and places of worship until their repentance has become manifest".

The loud unanimity of the leadership has done much to assuage the fears of other communities. Yet the arguments are not at an end. The leadership has issued decree that is the nearest thing Islam has to excommunication. Yet it has not so clearly given an answer to a pressing question: why should some apparently devout young men regard their terroristic acts as sanctioned by religion?

One explanation is that Western crimes against Muslims, such as the Iraq sanctions and the subsequent invasion, have been so provocative that a Muslim radical backlash was entirely predictable. This makes some sense; but only as psychology, not theology. Another theme prominent in the Muslim reaction is that Islam is not the only world religion currently afflicted by lunatic fringes. The London bombers simply represented a Muslim version of this tragic, omnipresent distortion.

Again, such observations are not unhelpful. Yet as a serious religious explanation they do not satisfy. They resemble a self-exoneration through finding like faults in others, a moral vice stoutly condemned in Islamic ethics. Muslims still need to offer to the outside world a clear diagnosis that explains how such an aberration could emerge. Given that the use of terrorism for "Islamic" political ends has been steadily increasing since its emergence a quarter of a century ago, it is time that more Muslims question themselves. After all, the saints and the prophets, despite their perfection, are endlessly self-critical; as the founder of Islam said: "I seek God's forgiveness 70 times each day."

Fortunately, this picture of a Muslim community enmeshed in a mentality of hurt innocence is not quite accurate. While Muslim leaders may often reach for a language of self-exoneration in public, behind the scenes, and in publications and conferences intended for insiders alone, there is a growing disquiet and a passionate debate. This debate juggles two intimately related themes. First, the established leaders of the religion are aware that the radicals are not listening to them. Each Muslim country has its authoritative scholars, often led by a mufti, who will rule on controversial issues. To become a mufti, a scholar must have received an ijaza, an elaborate certification of teaching competence, from a comparably certified figure. The radicals, like the London bombers, and Osama bin Laden, have no such qualifications. According to the traditional system they should be bound by the rulings of the muftis; yet they refuse to submit. The classically authorised scholars denounce terrorist acts, which they generally stigmatise as hiraba. However over the past decade, these men have been increasingly denounced by the radicals as weaklings and stooges. From al-Qaida's perspective, the religion's leaders have failed to realise that America's "evil empire" can only be halted when Western civilians, terrified by urban mayhem, vote against their governments' expansionist policies.

There is a second crisis that is now distressing the traditional leadership. This takes the form of a profound doctrinal disjuncture. Al-Qaida sympathisers regard the traditional Sunni muftis and imams, not only as politically spineless, but as heretical. Mainstream imams, including those trained in the UK's 16 Muslim seminaries, follow traditional Sunnism, while al-Qaida is rooted in Wahhabism, the eighteenth-century reform movement of central Arabia. Strict Wahhabis consider the theology and piety of mainline Sunnism to be kufr (disbelief). Hence Wahhabi radicals have not hesitated to kill Muslims, including senior scholars; indeed, Muslims have always been al-Qaida's principal victims.

Wahhabism represents a sort of Islamic Reformation: scripturalist, literal-minded, hostile to the veneration of saints and to philosophical theology. Hence Wahhabi zealots are no more likely to heed the voice of the muftis than, say, Cromwell would have been responsive to the entreaties of the Pope as his Puritan armies laid waste to Ireland. A revealing example of this dysfunctional Islam is supplied by Osama bin Laden's 1998 fatwa, where he urges Muslims to "kill the Americans and their allies, military and civilians, in any country where this is possible". The fatwa lacks any reference to the classical methods of Islamic law, and simply takes its cue from a Quranic verse that runs "slay the idolators wherever you find them". Classically this passage is taken to refer to Arab idol-worshippers, a category now extinct; but the Wahhabi method allows bin Laden to disregard the views of the classical schools, and impose his own meaning on the text. The sanctity of civilian life, affirmed by orthodox jurists, is not even mentioned. The fatwa stands in flagrant violation of the orthodox consensus ( ijma). But from his drastically reformed perspective, his followers alone are the true believers, and the consensus may simply be disregarded.

Muslim leaders have often been coy about publicly acknowledging the role of this schism in the current crisis. Sometimes this is because of physical threats: in Pakistan or Iraq, it is now possible to be murdered for criticising Wahhabism. Sometimes, more innocently, it is because of squeamishness about recognising that the seamless garment of Islam has been so disastrously torn. On other occasions, institutions and states may be nervous of publicly venting their anger at Wahhabism for fear that the cornucopia of Saudi donations might suddenly end.
Wahhabism was generally loathed in the Islamic world when it made its first appearance in the eighteenth century. The collapse of Ottoman power during the First World War allowed it to assert itself and, amid scenes of shocking massacre, the Holy Cities were annexed. In the late twentieth century, the explosion of oil wealth allowed Saudi Arabia to export this same puritanism to the outside world.

It is in the context of Wahhabi theology that Osama bin Laden and his admirers operate. Saudi Arabia thus finds itself in the difficult position of maintaining a moderate, pro-Western international profile, while simultaneously supporting a doctrinal system that is easily seized upon by the angry and disaffected as a justification for mass murder. After the 11 September attacks, the Saudi authorities worked hard to rein in and monitor their missionary infrastructure, even banning Saudi charities from operating abroad. Saudi Arabia is struggling to temper its Wahhabi inheritance; but it is still quietly regarded by the Muslim leaders of my acquaintance as the heart of darkness in the current crisis. On a recent visit to Bosnia I learned how the impoverished Muslim community is working hard to establish colleges from which Wahhabism is excluded, as part of a reaction against the often-fierce intolerance of Bosnian Muslims who have benefited from Saudi largesse by training in Wahhabi schools.
Even more revealing is the case of Indonesia. This large Muslim democracy offers little comfort to theorists of fundamentalism. Yet a recent conference at the Islamic University in Jakarta heard detailed accounts of how Saudi-backed groups were crucial in shaping the ideology of the terrorists charged with the Bali bombing of October 2002. Among alienated and confused young Muslims in the United Kingdom, there is also a Wahhabi influence. One Muslim bookseller tells me that mainstream Islamic bookshops cannot compete with the radical alternative, since Saudi organisations supply the radical shops with books free of charge. No less troubling to established mosque leaders is the tendency of some young British Muslims to study in new Wahhabi colleges in Pakistan and elsewhere.

The picture is complex, but it does suggest that the medicine for terrorism must be supplied from within the Muslim community, and within the theological resources of Islam. Sociological explanations outline circumstances, but cannot disclose the religious underpinnings of these aberrations, or offer a counter-argument. Legislation, and any other form of government interference, are unlikely to put an end to the problem; and may make it worse. It is clear that only Muslims can heal this wound. Fortunately, serious moves are under way to challenge the extremists on religious grounds. The most recent was an ecumenical conference in Jordan, held between 4 and 6 of July, at which the assembled leaders of Sunni and Shia Islam issued a joint statement banning the key Wahhabi practice of considering other Muslims to be unbelievers. The immediate context for the conference was Wahhabi violence against Shia and other non-Wahhabi communities in Iraq; but the problem was acknowledged to be global. In the United Kingdom, an increasingly educated Muslim community is now developing a religious identity that has little time for zealotry.
The unanimity and temper of the community's response to the recent outrages point to the progress that has been made in the 15 years since the Salman Rushdie debacle. The community is discussing itself in increasingly mature novels, plays, films, and poems. Perhaps this maturation will be accelerated by the recent horrors, and in our lifetime we will see orthodox British Muslims travelling to Saudi Arabia and other troubled lands, offering not only formal theological advice, but an alternative and more convivial style of engaging with modernity.-Abdul Hakim Murad teaches Islamic Studies in the Faculty of Divinity, University of Cambridge, is imam of the Cambridge Mosque, and chair of the Muslim Academic Trust.

Monday, October 20, 2008

KEGERUNAN HADIS NAJD

Isu Ancaman Pelampau Wahhabiy ini bukan isu picisan atau khilafiyyah semata-mata. Sebaliknya merupakan isu global merangkumi fahaman, pegangan dan tindakan umat Islam. Lantaran itu, benarlah apa yang disabdakan Nabi SAW berkaitan dengan kemunculan fitnah dan kegemparan yang melanda umat Islam diakhir zaman. Bahkan fitnah dan kegemparan ini sentiasa berterusan. Namun begitu, akan ada segolongan umat ini yang berjuang di atas platform kebenaran sehingga datangnya 'perintah' daripada Allah SWT. Perhatikanlah, bahawa fitnah yang digambarkan Nabi SAW benar2 berlaku dan gelombangnya melanda umat ini. Saksikan bukti2 yang kami bawakan kini dan seketika nanti :






Terjemahannya : “Sebahagian dari hadis fitnah juga ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi bahawa Baginda SAW bersabda : “Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : (Bagaimana) dengan negeri Najd kami? Baginda SAW lalu bersabda : Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Dan baginda bersabda pada kali yang ketiga : “Disana (Najad) berlakunya gempa bumi (kegoncangan) timbulnya pelbagai fitnah, dan disana juga munculnya tanduk syaitan.”





Sebahagian ulamak mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan dengan tanduk syaitan ialah kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Muhammad bin Abd Wahhab…”







Di dalam sebahagian kitab sejarah selepas disebutkan kes peperangan Bani Hanafiyyah (disebutkan) Akan keluar di akhir zaman dari negeri Musailamah al-Kazzab seorang lelaki yang mengubah agama Islam.. Dan telah datang sebuah hadis dari Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A menyebutkan bahawa Bani Hanafiyyah itu adalah kaum Musailamah al-Kazzab. Dan telah menyebutkan pada hadis berkenaan bahawa lembah yang dihuni mereka itu sentiasa mengeluarkan fitnah sehingga akhir zaman. Dan sentiasa fitnah itu keluar dari pendusta mereka hingga ke hari Kiamat. Di dalam riwayat yang lain disebutkan : Kecelakaanlah bagi al-Yamamah sebagai satu kecelakaan yang berterusan.”


Tuan Puan dijemput pula menelusuri kitab ini :





Maksudnya ; "Najad : Hadis-hadis yang berkaitan boleh didapati di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmidzi, al-Nisa’ie dan Ibn Majah.

Al-Najd : Ialah kawasan tanah tinggi. Bukanlah satu kawasan yang terlalu tinggi. (umumnya) Setiap kawasan tanah tinggi dari Tihamah dikatakan Najd. Ternakan yang dipelihara di Najd diberi minum airnya di Tihamah. Dan setiap tanah tinggi dari lembah Wadi al-Rummah dikira Najd hingga penghujung Zat Iraq dari penjuru al-Hijjaz keseluruhannya, barat al-Yamamah, Timur al-Hijjaz. Kotanya pada hari ini dikenali dengan Riyadh dan kawasan sekiranya. Seperti al-Qashim, Sudair, al-Aflaj. Dulu-dulu manusia mengira apa-apa jarak selepas 100km dari Timur Madinah al-Munawwarah adalah Najad.”




Lihatlah peta Najad secara jelas. Semoga pendedahan ini memudahkan kita memahami gambaran sebenar hadis Fitnah yang berkaitan dengan Najad.


Kesimpulan :

1) Najad yang dimaksudkan di dalam lembaran sabda Nabi SAW ialah sebuah kawasan yang terletak di timur Madinah. Disanalah munculnya fitnah dan kegemparan terhadap Islam dan umatnya. Fitnah ini mengucar kacirkan fahaman dan pegangan umat Islam sehingga menyeret kepada pertumpahan darah. Ternyata, kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Gerakan Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abd Wahhab merealisasi gambaran fitnah yang dimaksudkan. Apa tidaknya, Musailamah al-Kazzab adalah Pemimpin Nabi Palsu. Manakala Muhammad Abd Wahhab memimpin gerakan Wahhabiy yang sanggup menyerang, merampas dan berperang menentang Khilafah Uthmaniyyah lebih dari 200 tahun dan menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.

2) Walaupun beberapa tokoh Wahhabiy (Internasional/Msia) cuba mengalih perhatian ‘Najad’ dengan maksud yang umum. Atau dialihkan ke Iraq..ternyata usaha itu sesekali tidak berhasil. Ini kerana dilalah yang terdapat di dalam hadis begitu jelas memaksudkan Najad sebagai satu sudut geografi yang amat dikenali sebagaimana Syams dan Yaman. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur. Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N. Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.

3) Apabila anda mengetahui isyarat fitnah dan kegemparan melalui hadis ini..perhatikanlah dengan fitnah yang tersadung dari fahaman Wahhabiy. Bukankah menyesatkan umat Islam dengan perkara furuk, mengkafirkan ulamak dan menghalalkan darah mereka atas unsur khilafiyyah…satu fitnah! Justeru mengertilah, dari mana fitnah dan siapa yang memulakan fitnah. Kita semua wajib menghapuskan keraguan dan fitnah berkenaan. Ketahuilah bahawa aktiviti ini bukanlah unsur kecil atu terpinggir. Malah ia dikira sebagai jihad mempertahankan kesucian Islam. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari sebarang fitnah agama.

WAHHABIY MENGGANAS DI CHECHNYA

Shaykh Ahmad Kadirov


Pelampau akan menggunakan apa saja cara untuk memusnahkan fahaman, pegangan dan amalan anda yang tidak selari dengan mereka. Mereka bukan sekadar membiD'ah, mentafsiq, mentadhlil (menghukum sesat) dan mentakfirkan anda dengan isu khilafiyyah. Bahkan dikemuncaknya..mereka sanggup membunuh individu/jamaah yang tidak sehaluan dengan fikrah dan amalan mereka. Berikut disiarkan satu email dari saudara kita di Chechnya berkaitan kes pembunuhan yang berlaku di Chechnya angkara pelampau Wahhabiy :



Al-Hamdu Lillahi Rabbi-l-'alamin, wa sall-Allahu 'ala Ashraf al-Mursalin. Dear Brothers and Sisters, After the recent resignation of the provisional Chairman Bislan Gantamirov, the noble Shaykh Ahmad Kadyrov, the Chief Mufti of Ahlu-s-Sunnah wa-l-Jama'ah of Chechnya (hafazah-Ullah) , has taken in his blessed hands the administration of the Republic of Chechnya.



May Allah help his to serve in this new role of his with the same determination he proved during his anti-Wahhabi jihad, wherein he sacrifice his house and his noble students for the salvation of Islam and the defense of the Chechen people against fitnah an-Najdiyyah. During the last years, Shaykh Kadyrov fought with ikhlas to protect Muslims of Chechnya from the Wahhabi fitnah, and to save his people from wolves under the garment of sheep; as a consequence of his noteworthy and uncompromising fatawa in defense of the Sunni 'aqidah, the Wahhabi thugs repeatedly tried to kill him, but Allah Ta'ala protected him for their savage plots.



Since the gangsters lead by Basayev and Khattab were not able to capture him, those criminals took revenge by killing many of his pure students and some of his innocent relatives. Those brothers of ours - may Allah reward them with al-Firdaws - are added to the list of Believers who received martyrdom by the hand of the Wahhabis butchers. Being conscious of his duty toward Allah Ta'ala, the Shaykh repeatedly exhorted his predecessor Mashkadov to take a serious stand against the bloodthirsty Saudi-paid bandits. Instead of listening to this noble 'alim, the miserable Mashkadov shamefully betrayed both his Din and his country, and openly sided with the criminals he was called to punish.



While deserving nothing more than an equitable trail and a severe punishment, the Wahhabi marauders were all of a sadden changed into "generals" and "field commanders", and the secret police received the order to capture the noble Shaykh. Al-hamdu Lillah, Allah prevailed in Him decree, and today Shaykh Ahmad Kadyrov - being a worthy heir of Shaykh Shamil an-Naqshbandi - is taking the pledge of leadership from the hands of his noble people, and none except heretics and hypocrites can refuse to help him in the cause of Allah.



Our Majlis declares that helping the new President of Chechnya al-Hajj al-Shaykh Ahmad Kadyrov by hands, by charities or at least by hearts and du'ahs is fard kifayah for the Ummah of those who believe in Allah and the last Day. May Allah Ta'ala give Shaykh Ahmad Kadyrov His help and a close victory. May He make him a victorious Ghazi and a worthy heir of Sayyiduna Omar and Sayydna Khalid Sayf-Ullah, of Sayyiduna Abu Ayyub Sultan and of Salahu-d-Din, of Sultan Mehmet Fathi and of Muhammad 'Ali Pashah.



May He help in in raising the sword of Tawhid, and in applying Allah's judgment to those Wahhabi marauders who have exceeded in sedition and rebellion. Allah Ta'ala says,"The only reward of those who wage war against Allah and His Messenger and strive to create sedition in the land, is that they be slain, or crucified, or their hands and feet be cut off on account of their enmity, or they be expelled from the land. That shall be a disgrace for them in this world, and in the Hereafter they shall have a greater punishment; except those who repent before you have them in your power. So know that Allah is Most Forgiving, Merciful." (al-Ma'idah, 36-37)Praise be to Allah and Allah knows best.Wa-s-salamu 'alaykum wa rahmat-Ullahi wa barakatuH.

Tuesday, October 14, 2008

ALASAN TAMAT


Jimadie Shah Othman Oct 9, 08 2:34pm


Institusi mufti di negara ini "tidak pernah ditekan" oleh pemimpin politik kerajaan dan isu ini tidak pernah berbangkit dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, kata seorang mufti berpengalaman."Selama 24 tahun saya menjadi mufti, tidak ada (tekanan). Saya bebas mengeluarkan pandangan," kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria kepada Malaysiakini. "Di negeri-negeri lain pun, setahu saya tidak (kes tekanan)."



Diminta mengulas dakwaan wujud "permainan politik" sehingga menyebabkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meletakkan jawatan hujung bulan ini, Harussani berkata "saya tidak tahu." Harussani, yang juga ketua Majlis Mufti Malaysia, berkata beliau sekarang tidak lagi mengeluarkan banyak kenyataan kepada media bukan kerana tekanan politik. "Bukan saya tidak keluarkan pandangan. Tetapi tidak ada orang yang datang bertanya. Kalau setiap hari orang datang bertanya, setiap harilah saya berikan pandangan," katanya.



Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bagaimanapun menganggap perkembangan di Perlis itu sebagai "pengulangan" kes-kes tekanan pemimpin politik terhadap institusi mufti seperti yang terjadi pada bekas mufti Selangor Datuk Ishak Baharom dan Harussani sendiri. Yang Dipertua PUM Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata insiden ini menunjukkan kurangnya pengiktirafan terhadap institusi ulama di negara ini. "Isu yang lebih besar adalah pengiktirafan kepada institusi ulama. Kita tidak boleh lihat semata-mata dalam konteks politik. "Institusi mufti mesti diiktiraf dan diambil pandangannya. Ia harus diberi kebebasan tanpa tekanan politik," katanya..."-malaysiakini



Ulasan :


1) Faktor penamatan kontrak seseorang Mufti ada banyak. Antara pihak yang berhak menamatkan kontrak adalah orang politik memandangkan mereka yang membentuk kerajaan. Dan Kerajaan pula mempunyai kuasa untuk melantik atau menamatkan kontrak sesiapa sahaja. Justeru, melihat kepada satu faktor dalam penamatan sesuatu kontrak bukanlah sesuatu pandangan yang bijak. Sebaliknya, kebijakan dalam menilai sesuatu perlu mengambil kira pelbagai faktor.



2) Antara faktor terbesar yang boleh dijangka ialah DR MAZA ini selalu mencetuskan kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan beliau timbul dari keghairahan beliau yang ingin mengetengahkan tajdid agama (pembaharuan) menerusi fahaman 'asrisme' . Fahaman Asrisme bolehlah ditakrifkan sebagai fahaman tulin Dr Asri hasil adunan dari fahaman pelampau al-Wahhabiyyah dan liberal. Walaupun beliau keras menafikan beliau bukan Wahhabiy..tetapi jika diperhatikan secara halus (observasi) melalui karya dan ucapannya..beliau sebenarnya menggunakan metodologi Salafi Wahhabiy. Namun, kekadang, fahaman dan gayanya menjurus kepada liberal dan menguntungkan golongan berkenaan. Disebabkan kontroversi yg dicetuskan, munculnya pelbagai tentangan, bantahan, jawapan balas serta komentar keras terhadap beliau. Akhirnya situasi ini dinilai oleh pucuk pimpinan..dan ditamatkan kontraknya lebih awal. Kaedah mengatakan : 'Menutup ruang kerosakan lebih baik dari membawa kebaikan."



3) Adalah tidak logik jika orang politik tidak 'campur tangan' dalam perlantikan dan penamatan kontrak mufti. Sbb itu dalam bidang kuasa mereka. Namun, amat tidak manis jika orang politik 'campur tangan-kaki' dalam bidang tugas Mufti. Namun, gandingan dengan perasaan saling memahami dan bukan saling kepentingan itu lebih baik bagi memartabatkan Institusi Mufti sendiri. Mungkin kedudukan Mufti Perak berada di zon selesa. Tapi bagaimana dengan kedudukan Mufti2 yang lain di negara kita. Bila agaknya untuk di wujudkan jawatan Mufti Malaysia?



4) Saya terdengar dari lidah Mufti Wilayah Persekutuan sendiri bahawa ada golongan yang cuba berunding dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri supaya jawatan Mufti Wilayah Persekutuan ini diberi kepada Dr MAZA. Tetapi saya difahamkan bahawa DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak gemar dengan gaya dan pendekatan Dr MAZA yang banyak mengundang kontroversi itu. Maknanya, ada cubaan untuk mendapatkan jawatan..tetapi hampa.



5) Elok juga ditamatkan kontrak @ beliau berhenti awal sbgmana di dakwa. Sekurang2nya fahaman, amalan dan tumpuan kita tidak terganggu dengan isu remeh. Sekaligus membolehkan kita memberi fokus kepada agenda memantapkan dan membangunkan ummah dalam pelbagai aspek. Oleh itu, memandangkan kontrak telah ditamatkan maka semua alasan perlu dibuang. Wassalam.


Monday, October 13, 2008

KASIHAN UMAT ISLAM


KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.



BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Sykt Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara. Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit. Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.



Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya. BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan. “Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.



Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat. Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit. Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.



Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram. Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain. Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata. “Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu. Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

NAIK TURUN MINYAK

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel akan turun 10 sen seliter dalam masa terdekat jika harga minyak mentah dunia kekal di bawah paras AS$100 dolar setong. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kerajaan akan menurunkan harga minyak sekali lagi jika trend harga minyak mentah dunia berterusan. "Bagaimanapun, penurunan harga petrol dan diesel tidak boleh sampai 30 sen kerana ia boleh menjejaskan sistem pengedaran seperti di stesen minyak. "Jika harga minyak terus pada paras bawah AS$100 dolar setong, tidak mustahil rakyat akan menikmati penurunan harga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Pada 25 September lalu, harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 kini RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). Pelarasan terbaru harga petrol dan diesel adalah kali kedua dilakukan kerajaan sejak yang pertama pada 23 Ogos lalu.

Ulasan :
1) Perkembangan terbaru menyaksikan harga minyak hanya USD87 setong. Tetapi standard harga minyak mentah kita masih berada di tahap yang sama. Alasan yang sering dikemukakan pihak tertentu ialah..mengkaji-mengkaji..Dan lafaz 'kemungkinan diturunkan' sentiasa ada menyebabkan masyarakat sering ternanti-nanti. Bilakah ia diturunkan? Berapakah pula kadar penurunan itu? Setakat 10 sen @ 7sen..ia tidak mempengaruhi penurunan harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran. Ternyata, situasi ini adalah satu bebanan kepada rakyat.
2) Jika harga bahan bakar diturunkan 30sen dikhuatiri menjejaskan sistem pengedaran di stesen minyak. Siapa yang mengecapi untung dan rugi berkenaan? Siapa yang perlu diraikan dalam kes ini? Pengusaha atau rakyat jelata. Jika harga minyak pasaran mengalami penurunan, margin keuntungan pengusaha semakin membesar. Begitulah sebaliknya. Sedangkan pengguna semakin tersepit kerana terpaksa membelanjakan nilai yang banyak untuk takaran bahan bakar yang sama. Bolehlah diandaikan bahawa keputusan untuk tidak menrunkan harga minyak lebih 30sen itu sedikit sebanyak ditunjuki oleh sistem ekonomi kapitalis. Demikianlah, peri pentingnya kepada kita untuk mengembalikan sistem ekonomi kita kepada sistem Islam kerna ia memberi keadilan dan kebajikan untuk semua.
3) Walaupun harga bahan bakar naik, tol naik, barangan dan caj perkhidmatan juga naik. Sayangnya, keimanan dan ketaqwaan kita masih statik. Sepatutnya, selepas menyelami hakikat ramadhan+syawal..indeks keimanan kita melonjak naik mencecah Taqwa. Namun, lebur di hari raya dan di bulan syawal. Dimana puasa sunat untuk menyempurnakan kewajipan kita. Dimana pula solat-solat sunnat gantian terhadap ibadah tarawih kita. Bagaimana pula dengan gantian tadarrus di hari2 rutin kita? Kalau setakat harga barangan naik...tak mengapa. Tapi..kalau ketaqwaan yang tak meningkat naik. Ternyata, Situasi ini menggariskan sesuatu yang mendukacitakan perjalanan hidup kita kepadaNya. Jangan sampai kita bersikap begitu prihatin dengan kenaikan harga minyak. Tetapi tidak ambil peduli dengan nilai keimanan yang tidak melonjak. Awas..Hitungan dunia sering memerangkap. Bersama kita renungkan. Wassalam.

Sunday, October 12, 2008

AWASI NABI PALSU!!!

Para pembaca budiman, fenomena mengaku menjadi Nabi @ Rasul bukan perkara baru dalam agama dan masyarakat kita. Termasuklah kes Nabi @ Rasul Palsu Puan Maryam bt Ahmad Shaharudin ini. Sebelum ini beliau pernah mengaku menjadi nabi Isa AS. Tetapi 'kononnya' setelah dinaikkkan ke makam yang lebih tinggi, beliau mendakwa dilantik oleh Allah sebagai Rasul Perempuan Melayu pula. Beliau pernah dikenakan tindakan oleh JAIP atas dakwaannya itu. Tetapi, beralih angin pula ke Selangor. Kini operasionalnya berpusat di Ampang dan Lembah Klang. Tuan Blog sudah lama mengikuti perkembangan beliau. Dan pendedahan kepada pihak berwajib telahpun dibuat. Namun memandangkan aktiviti Rasul Palsu ini semakin berleluasa dalam menyesat dan memesongkan pegangan umat Islam. Maka sekali lagi Tuan Blog terpanggil untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan beliau.

Berikut merupakan dakyah yang disebarkan oleh beliau :

1) Mengaku sebagai Rasul Perempuan Melayu yang diutuskan oleh Allah SWT. Buktinya, beliau mengatakan : "Saya dengan ini mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah dengan bukti dan petunjuk ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa di dunia ini boleh mengatasi apa jua kuasa yang Allah berikan kepada saya yang membuatkan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh mengambil apa jua tindakan terhadap saya sebagai bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah. Begitulah cara Allah membuktikan kebenaran saya sebagai Rasul Allah untuk difahamkan kepada semua yang membaca email ini.( Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 30 hb. September, 2008 : email yg di hantar kepada Tuan Blog).


Meriam mendakwa lagi : "Bukan mudah menjadi Rasul, terutama perempuan pula. Jika tidak kerana Allah membela, melindungi, menyayangi saya, tak tahulah bagaimana untuk saya berhadapan dengan anda yang begitu kejam menghina saya tanpa sebab." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 September 2008)


2) Menyifatkan sesiapa yang tidak menerima kerasulan beliau akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Buktinya : "Untuk makluman semua tidak ada gunanya lagi sesiapa jua melawan dan menentang apa jua yang saya bawa dari Allah ini untuk kita semua saksikan bagaimana akhirnya Allah membuka mata anda semua untuk membolehkan anda semua melihat kebenaran dari Allah yang saya bawa ini. Terus terang saya katakan inilah masanya kamu semua yang selama ini menidakkan kebenaran saya dapat melihat dengan mata kepala kamu semua bagaimana laknat Allah menimpa kamu semua yang sampai sudah tidak mahu menerima kebenaran saya ini.



3) Mendakwa Islam telah diselewengkan oleh Dajal 7 Anti Hadis. Buktinya : "Tak perlulah takut sebab saya bukan bawa apa jua ajaran agama yang lain atau yang baru tetapi ajaran yang sama seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Untuk makluman semua ajaran yang Allah sampaikan menerusi Nabi Muhammad telah habis semua sekali diselewengkan oleh dajal sejak ujudnya kitab dajal yang bernama hadis. Sejak itulah kita semua dalam kesesatan." Meriam mendakwa lagi : "Sebenarnya yang buruk itu, yang hina itu adalah agama dajal; bukan agama Islam agar anda semua fahamkan apa yang saya perangi selama ini bukannya ajaran dan agama Islam, tetapi ajaran dan agama dajal yang kita anuti sejak 700 ( tujuh ratus) tahun dahulu."
(Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 23 hb. September, 2008, email kpd Tuan Blog)
4) Mencela Institusi Agama : Buktinya, beliau mengatakan : "Khas buat Jabatan Agama Islam Perak: Saya amat tahu apa yang saya lakukan ini hanyalah drama yang Allah perlu pentaskan. Jadinya jangan bimbang bila JAIP saya saman. Tidak ada apa jua jalan lagi untuk kes ini dibawa ke mahkamah melainkan hanya dengan cara ini sahaja. JAIP pernah mendakwa saya bukan menurunkan kata-kata Allah pada tahun 1994 dahulu. Allah benarkan JAIP berbuat begitu sebab Allah ada perancanganNya membenarkan JAIP berbuat begitu. Untuk makluman semua sebabnya adalah begini, dengan apa yang JAIP lakukan itu memberikan peluang kepada saya untuk menyaman JAIP. Ini semua hanya lakunan Allah sahaja. Allah sebenarnya mahukan kebenaran saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan diumumkan menerusi saluran yang suci, ia-itu mahkamah. Satu-satunya jalan yang ada ialah menyaman JAIP." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 Sept 2008)
Malah, Meriam turut mengecam JAKIM dan para Mufti yang lain di negara ini. Tuan Blog akan memperjelaskan beberapa provokasinya. Insya Allah.
5) Lebih jelas lagi Rasul Palsu ini selalu mendakwa diakhir emailnya :
Saya yang menurut perintah Allah / Tuhan,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Tuhan


6) Utk maklumat lanjut : Rasul Palsu ini boleh dihubungi di alamat berikut :


Meriam bt Ahmad Shaharudin
19A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan


7) Ayuh saudara, mari kita bersatu untuk membanteras Rasul Palsu ini. Untuk acara debat, berhujjah, forum @ diskusi, pengikut Rasul Palsu boleh hubungi saya : Zamihan Mat Zin 012 2465518 @ 03 89218449. Syukran

Monday, October 6, 2008

Kontrak Mufti Perlis ditamatkan

Gambar : Kelihatan Dr MAZA sedang dimake-up juru andam sebelum 'show'.

Waaauu..ada kelas gitu. Macam artis laa.



KANGAR 6 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan bertemu dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membincangkan kontraknya yang akan tamat bulan ini. Kata Mohd. Asri, beliau telah menghantar surat permohonan berkhidmat semula dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini sebelum menguruskan pemergian untuk membuat kajian di luar negara.


‘‘Saya telah maklumkan kepada USM untuk kembali berkhidmat dengan universiti itu dan akan berjumpa dengan Tuanku Raja Perlis dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini. Surat kepada kerajaan negeri saya akan hantar kemudian. ‘‘Sepatutnya kontrak saya tamat pada 2009 tetapi disebabkan masalah tertentu membabitkan pengurusan, saya bercadang mengambil keputusan ini dan mungkin kontrak saya akan tamat dalam bulan ini (Oktober),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan khidmatnya sebagai Mufti Perlis akan ditamatkan. Mohd. Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib. Mohd. Asri yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan antara mufti termuda di negara ini. Beliau yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di USM. Sementara itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas penamatan kontrak Mufti Perlis itu berkata, tindakan tersebut tidak menghormati keputusan kerajaan negeri terdahulu yang menyambung perkhidmatan Mohd. Asri sehingga tahun depan. Dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Ulasan :

1) Elok juga ditamatkan kontraknya disebabkan provokasi Dr MAZA yang terlalu banyak kepada agensi agama, para ulamak dan individu yang tidak selari dengan pandangannya. Sekaligus mencacatkan kredibiliti Kerajaan Negeri Perlis dan rakyatnya.

2) Sekurang-kurangnya reda sedikit huru-hara dan kacau bilau pemikiran agama Umat Islam di negara kita ini. Namun, saya kira Dr MAZA akan tetap meneruskan doktrin ganjilnya (menentang pendekatan agama arus perdana) kerna beliau memang sengaja diproduksi untuk tujuan itu.

3) Bila kontraknya ditamatkan, Dr MAZA tidak perlu mengambil keputusan. Sepatutnya beliau patut berkata : Saya redha dengan ketentuan Allah SWT bahawa kontrak saya ditamatkan lebih awal dari jangkaan (2009). Tetapi perkataan diatas sengaja disebut seolah2 penamatan kontrak itu hasil keputusannya. Walhal tidak sedemikian. Graduan Jordan makruf bahawa Dr Asri memang pakar dalam putar alam.


4) Kita juga akan melihat setakat mana kesanggupan USM untuk menerimanya kembali di atas sikap dan aksinya semasa menjawat jawatan Mufti. Posisi Mufti Perlis tu setahu saya grednya S 48 sahaja. Tetapi aksi dr MAZA (semasa jd Mufti) bukan sekadar melebihi JUSA. Sebaliknya melampaui tahap jawatan 'Mufti Malaysia'. Kalau beliau kekal dgn jawatan Pensyarah terdahulu, mungkin jawatan sekarang sudah mencecah DS 52 tau Pensyarah Kanan. Mungkin beliau seorang yang tidak 'hubb al-Ri'asah'. Tetapi qarinah n dilalah memperlihatkan beliau seorang 'hubb al-Jah". Dan akhirnya dilihat 'merajuk' selepas ditamatkan kontrak. Lalu bercadang untuk membawa diri ke luar negara atas nama 'kajian'. Kajian apa tu Cik Abang. Saudi Arabia tanggung ke?Wallahu'alam. Sebenarnya, saya sudah ketemu ramai para ulamak dan bertanyakan pandangan mereka terhadap Dr MAZA ni. Katanya mereka : 'Tunggulah..asri tu tok lama'...cepat naik..cepat jatuh.."


5) Semenjak kemenangan PR keatas 4 buah negeri dgn kejatuhan DS Shahidan Kassim, halatuju pemikiran Dr MAZA turut berubah. Beliau juga dilihat banyak terlibat dalam wacana kepartian. Suka hati beliau lah. Tetapi, Kenapa sampai nak keluar negara bila ditamatkan kontrak? Cubalah dapatkan jawatan Mufti Wilayah ke? Melobi jawatan Mufti Selangor ke? Atau dah cuba...tp memang tak dapat. Perak tabley la bang. Istana lebih sukakan DS Harussani dari enta. Pulau Pinang.. tabley la bang..sbb kontrak Syeikhuna Dato' Hj Hassan baru je disambung 2 bulan lepas. Kalau dapat jawatan dari dua negeri tu, bolehlah beri lampu hijau 'jawatan Mufti Perlis' kepada Fathul Bari bin Datuk Mad Jahya kan? Tak gitu?

Apapun, syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perlis yang baru kerana berani bertegas menamatkan kontrak Mufti yang banyak menimbulkan provokasi agama selama ini. Selamat hara-kiri ya akhie Dr Mohd Asri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kembalilah kepada Fitrah. Kembalilah kepada Allah.

Jangan Gugat Hak Islam - KP JAKIM



MUTAKHIR ini terdapat cubaan sama ada secara disengajakan atau tidak untuk ‘menggugat’ keistimewaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Ia dilakukan melalui pelbagai cara. Antaranya penganjuran forum kontroversi ‘Memeluk Islam’ oleh Majlis Peguam, Ogos lalu, penyebaran artikel menghina dan merendah-rendahkan Islam menerusi blog dan juga campur tangan dalam upacara keagamaan Islam.



Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz di pejabatnya, Ahad lalu bagi mengupas persoalan ini.



UTUSAN: Apabila Islam itu agama rasmi negara, maka apakah hak bagi umat Islam untuk mempertahankannya?
WAN MOHAMAD: Perlembagaan di mana-mana negara di dunia pun dianggap undang-undang dasar tertinggi.



Di dalam Perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut: Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan: (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain dan tidak ada persamaan dalam perkara ini. Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu adalah ketua bagi agama Islam di negeri-negeri berkaitan.



Jadi, apabila Islam dipilih sebagai agama bagi Persekutuan ia bermakna rakyat dan sistem pemerintahannya mesti seiring. Meletakkan Islam sebagai asas utama pentadbiran negara.
Menurut pakar undang-undang, tidak ada kesalahan yang lebih besar bagi rakyat selain menolak Perlembagaan negara.



Di Malaysia, antara contoh kesalahan ‘dosa besar’ adalah menyentuh atau mempertikai kedudukan raja-raja Melayu. Apa yang sepatutnya berlaku adalah ketentuan ini yang disokong dan diterima pakai oleh kontrak sosial mesti dijunjung oleh setiap rakyat. Bukan hanya orang Islam atau Melayu sahaja. Ini adalah teras kepada jalinan hubungan antara kepelbagaian etnik dan agama di negara kita. Justeru, kalau ada pihak yang hendak merungkainya, pasti ada pihak akan tampil mempertahankan Perlembagaan dan hak masing-masing.



Oleh itu, apabila ada yang mempertikai kenapa ada Jakim dan bukannya Jakam (Jabatan Kemajuan Agama-agama Malaysia) dan cadangan ditubuh pelbagai jabatan agama-agama lain, ini pastinya bertentangan dengan semangat Perlembagaan kita. Sudah pasti, pihak yang paling berhak mempertahankan Islam di Persekutuan adalah Jakim. Saya juga amat yakin banyak pihak bersama Jakim dalam hal ini.Mengapa hal ini perlu dibendung? Sejak merdeka bahkan sejak pra merdeka, bumi bertuah ini sudah lama menjadi negara pelindung. Dalam erti kata, menjadi tumpuan rakyat negara lain yang berhijrah ke Persekutuan Tanah Melayu. Mereka datang sama ada untuk bekerja atau menetap di sini.Dan dengan murah hati, kita (orang Melayu) memberi hak menjadi warganegara kepada mereka.



Selepas merdeka, hal ini makin ketara di mana keadilan ditegakkan kepada semua kaum dan agama. Ini terbukti melalui pelbagai petunjuk baik dalam segi ekonomi mahu pun sosial. Golongan yang asalnya pendatang itu tadi kini dapat hak yang sama sebagai warganegara.Oleh itu, mereka mesti hormati jaminan hak keistimewaan peribumi iaitu orang Melayu. Mereka perlu menghormati hak asasi manusia dan pada masa yang sama kena hormati hak peribumi dan Islam sebagai agama rasmi.



Apakah boleh saudara tunjukkan jika ada negara lain yang memberi ruang kepada sistem pendidikan yang bukan teras tradisi penduduk tempatan seperti Malaysia. Sebaliknya, kerajaan Malaysia membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga Cina.
Sehinggakan orang Islam merasakan nasib sekolah-sekolah agama rakyat seperti diabaikan. Mujurlah, hal ini diatasi melalui penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama oleh Kementerian Pelajaran.



Yang menjadi masalah apabila tuntutan-tuntutan yang dikemukakan bukan berpunca daripada kehilangan hak. Sebaliknya hendak merebut hak orang lain (Islam). Pada masa yang sama nak menggugat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Islam adalah agama toleransi. Tetapi setakat mana tolak ansur dibenarkan? Pada asasnya, hubungan Islam dengan agama lain adalah didasari oleh wasatiah atau kesederhanaan. Ini pula perlu ditafsir dengan tepat.



Islam menuntut dalam persoalan akidah tidak boleh paksa pihak lain terima akidah Islam. Ini juga ditegaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...(al-Baqarah: 256) Sebabnya akidah adalah soal hati yang juga disebut sebagai tunjang keimanan. Sebab itulah penganut bukan Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan damai. Tetapi dalam bab kehidupan bernegara, kita semua terikat dengan undang-undang. Bagi orang Islam kita terikat dengan syariat Allah. Orang bukan Islam yang hidup di negara Islam, mereka bebas ada rumah ibadat masing-masing yang dibina mengikut undang-undang.Dan kita tidak pula mengambil langkah ekstrem seperti membakar atau meroboh rumah ibadat bukan Islam. Pernahkah ia berlaku di Malaysia?



Namun, nasib orang Islam di negara bukan Islam adalah sebaliknya. Masjid Babri di Ayodhya, India yang penuh dengan sejarah misalnya dirobohkan. Begitu juga masjid di Yugoslavia. Perbuatan ini bukan sekadar penghapusan etnik tetapi menolak terus hak orang Islam mempunyai rumah ibadat di negara berkenaan. Bahkan di Eropah hak orang Islam untuk menutup aurat diganggu. Islam memang mengajar umatnya bersikap moderate tetapi jangan lupa Islam juga mewajibkan kita mempertahankan agama sehingga ke tahap sanggup syahid.
Sebab itu, Jakim tampil membuat laporan polis untuk bendung kegelisahan dan keresahan umat Islam terhadap artikel yang disiarkan dalam blog Malaysia Today. Kita percaya bahawa undang-undang yang sedia ada mampu wujudkan ketenteraman awam.



Malangnya, ada segelintir masyarakat bukan Islam tidak menghargai semua ini. Mungkinkah kelemahan umat Islam masa kini menjadi punca mereka semakin berani mencabar kita?
Semua rakyat khususnya yang bukan Islam patut rasa tenang tinggal di Malaysia kerana mereka hidup dengan aman dan tidak ada suicide bomber. Selama ini siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana sederhana ini di negara kita kalau bukan sikap kerajaan yang amalkan pendekatan wasatiyah tadi. Toleransi umat Islam jika disalah guna dan dipandang rendah akan sebabkan timbulnya kumpulan militan yang sanggup mempertahankan maruah agama melalui apa juga cara termasuk kekerasan. Terutama apabila mereka fikir agama Islam itu dihina dan dicabar.



Ini yang sepatutnya kita bendung dan kita sudah pun berjaya membendungnya daripada berlaku dalam negara. Kalau situasi tidak terkawal ia akan merebak daripada pertembungan penganut agama kepada kaum. Sebabnya realiti etnik di Malaysia, penganut agamanya diwakili majoriti sesuatu kaum. Ini berbeza dengan negara lain termasuk di Asia Barat. Di Lebanon atau Syria, mereka semua berbangsa Arab tetapi ramai yang menganut Katholik dan Protestan.
Yang agak pelik, mereka yang mencabar Islam itu ada di antaranya orang Islam sendiri. Mengapa berlaku sedemikian? Hal ini bukanlah ganjil. Dalam konteks sejarah Islam, ia boleh disifatkan sebagai pengulangan sejarah. Ia pernah berlaku di dunia Arab, benua Indo-Pakistan hingga lahir ajaran Sikh, Bahai dan Qadiani. Semua ini asalnya diasaskan oleh sama ada orang Islam atau yang ada kaitan dengan Islam.



Di satu pihak lagi, musuh-musuh Islam lebih selesa dan rasa selamat jika memperalatkan orang Islam yang jahil untuk timbulkan keraguan terhadap agama Islam. Ini disebut strategi tashkik atau membangkitkan rasa syak terhadap agama sendiri. Malangnya, saudara-saudara kita mungkin tidak sedar permainan ini kerana ia mungkin bertopengkan kebebasan dan hak asasi manusia. Sebab itu, pelbagai konvensyen antarabangsa cuba dikenakan ke atas negara Islam supaya kita terikat sebagai penandatangan deklarasi tersebut.



Hal ini pula berjalan serentak dengan kempen melalui media antarabangsa. Isu yang selalu diguna adalah wanita dan kesaksamaan gender. Peluang tashkik ini direbut sepenuhnya apabila terdapat sesetengah negara Islam atau komuniti Islam yang ceduk nilai adat dalam ajaran Islam. Mereka mendakwa, nilai itu adalah ajaran Islam tetapi yang sebenarnya ia lebih untuk memenuhi kehendak golongan tertentu. Tidak menghargai kebebasan yang dinikmati adalah antara sebab tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikenakan ke atas beberapa individu. Apakah pandangan Islam terhadap undang-undang seperti ISA?
ISA termasuk kategori undang-undang pencegahan. Mencegah sesuatu mudarat yang dijangkakan adalah menjadi tanggungjawab pemerintah.



Pemerintah perlu bertindak atas dasar memelihara maslahat (kepentingan) ummah. Dalam kaedah fiqh disebut tasorruful imam ala ar-ra’ieyat manutun bil maslahah. Ia bermakna setiap tindakan atau dasar yang diputuskan oleh pemerintah mesti diasaskan menjaga maslahat rakyat. Dalam menentukan maslahat ini, pemerintah melihat kepada kepentingan hak majoriti rakyat yang perlu diberi keutamaan berbanding hak asasi seorang atau sekelompok rakyat.
Ini bermakna, undang-undang pencegahan memang menjadi tanggungjawab pemerintah dan ia selari dengan tuntutan Islam. Yang selalu dipertikaikan adalah tahanan tanpa bicara. Kita mempunyai pelbagai undang-undang yang boleh digunakan untuk dakwa seseorang termasuklah Akta Hasutan 1948 dan juga di bawah Kanun Keseksaan.



Kerajaan pun sudah mengambil pendirian mengkaji semula ISA supaya tahanan tanpa bicara itu dilakukan dengan lebih teliti. Ia supaya tidak ada ruang berlaku salah guna. Apa pula tindakan yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam keadaan ditekan dan diserang sebegini?
Di Malaysia, kita perlu pastikan kesahihan sesuatu berita. Contoh, apabila tersebar berita orang Islam atau institusi Islam dihina, dicemari ia bukan bermakna kita boleh ambil tindakan bersendirian. Kita hidup dalam masyarakat yang bersistem. Islam di Malaysia ada pelindungnya iaitu raja-raja Melayu yang diperkasa dengan peruntukan undang- undang.



Cara terbaik, bagi ruang kepada sistem perundangan berjalan supaya orang yang menghina Islam diadili mengikut proses undang-undang. Hatta, jika kita terpaksa bangkit mempertahankan hak dan maruah Islam pun perlu melalui undang-undang. Hanya orang yang tidak sabar sahaja yang tergamak mengambil tindakan di luar batasan jadi ia membawa kepada wujudnya gerakan militan atau subversif. Pengalaman negara jiran, tertubuhnya gerakan ini kerana mereka rasa sistem undang-undang begini tidak berjalan dan agama tidak mendapat perlindungan pemerintah.Hal ini tidak boleh dibenarkan wujud di Malaysia sebab ia akan menghancurkan negara, rakyat sama ada yang Islam atau bukan Islam. Sebab itu kita ingin melihat ruang yang ada digunakan sepenuhnya supaya tidak dijadikan alasan oleh kumpulan ekstrem tadi. Kalau bertindak di luar batasan undang-undang, mereka juga berhak dikenakan tindakan undang- undang.



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam pula jangan ‘mengundang’ kumpulan militan Islam Malaysia bertapak di sini. Sebaiknya bagi kepercayaan kepada kerajaan melaksanakan undang-undang yang sebaiknya demi kepentingan rakyat pelbagai kaum. Jangan cuba bawa kumpulan pelampau luar negara yang mempunyai sejarah pertelingkahan agama ke Malaysia. Jangan juga import masalah ke sini seperti tindakan Hindraf. Apa komen Datuk tentang sikap segelintir umat Islam yang seolah-olah tidak berasa apa-apa pun apabila agama mereka dihina?
Deria sensitiviti umat Islam semakin lemah. Sampaikan orang hina Nabi Muhammad SAW masih ada yang boleh ketawa.



Apakah sehingga orang lain menghina emak atau ayah kita baru nak merah muka? Hanya anak yang terencat akal tidak ada rasa kasih sayang pada ibu bapa yang merelakan ibu bapanya dihina. Tetapi saya masih bersangka baik, umat Islam masih sayangkan agama tetapi sikap pasif ini menunjukkan betapa lemahnya pegangan dan iman kita. Jangan tunggu terkena atas batang hidung baru nak bangkit. Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang Jakim seronok atau berasa ‘menang’ dengan penangkapan Raja Petra di bawah ISA? Jangan ingat kita seronok atau melompat kegembiraan bila Raja Petra ditahan ISA. Sebenarnya kita doakan agar dia cepat dibebaskan dengan syarat dia segera insaf.

Sunday, October 5, 2008

TAKBIR RAYA BID'AH!

Takbir Raya berjamaah bid'ah yang sesat? Itulah fatwa Wahhabiy yang popular berkaitan hari raya. Ikuti terjemahan yang dipaparkan :


Bekas Mufti Saudi berfatwa : "Adapun bertakbir secara berjamaah merupakan sesuatu yang dilakukan pembuat bid'ah. Iaitu dengan cara mengangkat suara-lebih dari dua orang-mereka memulakan dengan serentak dan mengkhirinya dengan serentak dengan satu suara dengan sifat yang khusus. Amalan ini tidak ada sebarang usul dan dalil keatasnya. Sebaliknya ia merupakan amalan bid'ah (yang direka cipta) terhadap sifat takbir sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT. Barangsiapa yang menginkari laungan takbir seperti ini dia sebenarnya berada di jalan yang benar. Berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang melakukan amalan bukan dari urusan(agama) kami maka ia adalah tertolak." Dan sabda Nabi SAW ; "Jagalah diri kamu dari perkara rekaan. Sesungguhnya setiap rekaan itu adalah bid'ah. Setiap bid'ah adalah sesat."




Maka takbir raya secara berjamaah adalah bid'ah. Dan amalan manusia apabila bertentangan dengan dalil syarak yang suci wajib ditegah dan diingkari. Ini kerana amal ibadat adalah tauqifiyyah. Dan ia tidak disyarakkan kecuali melalui al-Kitab dan al-Sunnah. Adapun pendapat manusia tidak boleh dijadikan hujjah padanya apabila didapati bertentangan dengan dalil syarak. Demikian juga Masalih Mursalah tidak boleh menetapkan sesuatu ibadat. Sebaliknya ibadat itu hanya boleh ditetapkan melalui nas al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak yang qath'ie.




Amalan yang disyaritakan untuk seseorang muslim bertakbir raya ialah dengan melakukan takbir ssecara syar'ie. Iaitu dengan bertakbir seorang diri (individual). dan sesungguhnya telah mengimkari amalan takbir raya secara berjamaah ialah Syeikh Muhammad bin Ibrahim-Mufti Saudi terdahulu-Dia telah mengeluarkan fatwa dan menegah orang rami dari amalan sedemikian. Aku juga telah berfatwa mengenainya. begitu juga dengan fatwa yang diterbitkan oleh Lujnah al-Da'imah al-Buhuts al-Ilmiyyah Wa Ifta' (Arab Saudi). Dan Syeikh hamud al-Tuwaijri juga telah menulis satu risalah yang amat bernilai dalam mengingkarinya (takbir raya berrjemaah) dan menegah orang ramai dari amalan sedemikian. Risalah ini telah dicetak dan disebar merata. Padanya terdapat dalil-dalil yang menegah amalan bertakbir secara berjamaah. Ia mencukupi dan merawati..al-Hamdulillah."-selesai petikan Syeikh Abd Aziz Ben Baz. Ia boleh dicapai : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8wfIPEn86JRN3oGpJ9KFv5__vYdnfNZNGj0TwG7BWfjdReZeoLey4t5iGwQjhsfQ880V1RpIAIWrYMEy4AIeQ4LER0yZQjRa_isYPaIiUZLZv7upMpgNGUk-ElF8LQUjazMY9sjfSY1o/s1600-h/binbazTakbir2.bmp




Keterangan :


1) Bekas Mufti Saudi, Syeikh Ibn Baz, Syeikh Muhammad ben Ibrahim dan seorang tokohSyeikh Hamud alTuwaijri secara terang-terangan mendakwa amalan bertakbir raya secara berjamaah yang diamalkan seluruh pelusuk dunia adalah bid'ah yang sesat. Mereka bersungguh-sungguh mengrang kitab, mengeluarkan fatwa dan mencegah orang ramai dari mengamalkannya. Lihatlah betapa lemahnya hujjah mereka. Apakah Islam itu dicorakkan oleh pemikiran Wahhabiy sahaja?



2) Bayangkan bagaimana pula halnya jika para pelampau Wahhabiy sedunia (termasuk Wahhabiy TOTOK MSIA) yang menelan bulat2 fatwa ini dan membid'ahkan berjuta-juta umat Islam di Negara kita. Termasuk kader2 Wahhabiy yang muqallid pun dibid'ahkan juga. Takkan anda ingin berpeluk tubuh dan mendiamkan diri sahaja dalam menyelesaikan kes ini. Mana tanggungjawab anda terhadap virus bertopengkan Sunnah ini?



3) Amat kasihan Umat Nabi SAW diseluruh dunia. Sungguh kasihan.. kerana mereka dibid'ahkan, disesatkan HANYA SEMATA-MATA dengan perkara FURUK. Masya Allah! Inilah penangan Wahhabiy yang perlu diperjelaskan kepada masyarakat. Bertaubatlah dari dosa menyesatkan ummat ini. Semoga Allah senantiasa memberikan taufiqNya kepada kita semua.