Isu Ancaman Pelampau Wahhabiy ini bukan isu picisan atau khilafiyyah semata-mata. Sebaliknya merupakan isu global merangkumi fahaman, pegangan dan tindakan umat Islam. Lantaran itu, benarlah apa yang disabdakan Nabi SAW berkaitan dengan kemunculan fitnah dan kegemparan yang melanda umat Islam diakhir zaman. Bahkan fitnah dan kegemparan ini sentiasa berterusan. Namun begitu, akan ada segolongan umat ini yang berjuang di atas platform kebenaran sehingga datangnya 'perintah' daripada Allah SWT. Perhatikanlah, bahawa fitnah yang digambarkan Nabi SAW benar2 berlaku dan gelombangnya melanda umat ini. Saksikan bukti2 yang kami bawakan kini dan seketika nanti :
Terjemahannya : “Sebahagian dari hadis fitnah juga ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi bahawa Baginda SAW bersabda : “Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : (Bagaimana) dengan negeri Najd kami? Baginda SAW lalu bersabda : Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Dan baginda bersabda pada kali yang ketiga : “Disana (Najad) berlakunya gempa bumi (kegoncangan) timbulnya pelbagai fitnah, dan disana juga munculnya tanduk syaitan.”
Sebahagian ulamak mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan dengan tanduk syaitan ialah kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Muhammad bin Abd Wahhab…”
Di dalam sebahagian kitab sejarah selepas disebutkan kes peperangan Bani Hanafiyyah (disebutkan) Akan keluar di akhir zaman dari negeri Musailamah al-Kazzab seorang lelaki yang mengubah agama Islam.. Dan telah datang sebuah hadis dari Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A menyebutkan bahawa Bani Hanafiyyah itu adalah kaum Musailamah al-Kazzab. Dan telah menyebutkan pada hadis berkenaan bahawa lembah yang dihuni mereka itu sentiasa mengeluarkan fitnah sehingga akhir zaman. Dan sentiasa fitnah itu keluar dari pendusta mereka hingga ke hari Kiamat. Di dalam riwayat yang lain disebutkan : Kecelakaanlah bagi al-Yamamah sebagai satu kecelakaan yang berterusan.”
Tuan Puan dijemput pula menelusuri kitab ini :
Maksudnya ; "Najad : Hadis-hadis yang berkaitan boleh didapati di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmidzi, al-Nisa’ie dan Ibn Majah.
Al-Najd : Ialah kawasan tanah tinggi. Bukanlah satu kawasan yang terlalu tinggi. (umumnya) Setiap kawasan tanah tinggi dari Tihamah dikatakan Najd. Ternakan yang dipelihara di Najd diberi minum airnya di Tihamah. Dan setiap tanah tinggi dari lembah Wadi al-Rummah dikira Najd hingga penghujung Zat Iraq dari penjuru al-Hijjaz keseluruhannya, barat al-Yamamah, Timur al-Hijjaz. Kotanya pada hari ini dikenali dengan Riyadh dan kawasan sekiranya. Seperti al-Qashim, Sudair, al-Aflaj. Dulu-dulu manusia mengira apa-apa jarak selepas 100km dari Timur Madinah al-Munawwarah adalah Najad.”
Al-Najd : Ialah kawasan tanah tinggi. Bukanlah satu kawasan yang terlalu tinggi. (umumnya) Setiap kawasan tanah tinggi dari Tihamah dikatakan Najd. Ternakan yang dipelihara di Najd diberi minum airnya di Tihamah. Dan setiap tanah tinggi dari lembah Wadi al-Rummah dikira Najd hingga penghujung Zat Iraq dari penjuru al-Hijjaz keseluruhannya, barat al-Yamamah, Timur al-Hijjaz. Kotanya pada hari ini dikenali dengan Riyadh dan kawasan sekiranya. Seperti al-Qashim, Sudair, al-Aflaj. Dulu-dulu manusia mengira apa-apa jarak selepas 100km dari Timur Madinah al-Munawwarah adalah Najad.”
Lihatlah peta Najad secara jelas. Semoga pendedahan ini memudahkan kita memahami gambaran sebenar hadis Fitnah yang berkaitan dengan Najad.
Kesimpulan :
1) Najad yang dimaksudkan di dalam lembaran sabda Nabi SAW ialah sebuah kawasan yang terletak di timur Madinah. Disanalah munculnya fitnah dan kegemparan terhadap Islam dan umatnya. Fitnah ini mengucar kacirkan fahaman dan pegangan umat Islam sehingga menyeret kepada pertumpahan darah. Ternyata, kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Gerakan Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abd Wahhab merealisasi gambaran fitnah yang dimaksudkan. Apa tidaknya, Musailamah al-Kazzab adalah Pemimpin Nabi Palsu. Manakala Muhammad Abd Wahhab memimpin gerakan Wahhabiy yang sanggup menyerang, merampas dan berperang menentang Khilafah Uthmaniyyah lebih dari 200 tahun dan menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
Kesimpulan :
1) Najad yang dimaksudkan di dalam lembaran sabda Nabi SAW ialah sebuah kawasan yang terletak di timur Madinah. Disanalah munculnya fitnah dan kegemparan terhadap Islam dan umatnya. Fitnah ini mengucar kacirkan fahaman dan pegangan umat Islam sehingga menyeret kepada pertumpahan darah. Ternyata, kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Gerakan Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abd Wahhab merealisasi gambaran fitnah yang dimaksudkan. Apa tidaknya, Musailamah al-Kazzab adalah Pemimpin Nabi Palsu. Manakala Muhammad Abd Wahhab memimpin gerakan Wahhabiy yang sanggup menyerang, merampas dan berperang menentang Khilafah Uthmaniyyah lebih dari 200 tahun dan menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
2) Walaupun beberapa tokoh Wahhabiy (Internasional/Msia) cuba mengalih perhatian ‘Najad’ dengan maksud yang umum. Atau dialihkan ke Iraq..ternyata usaha itu sesekali tidak berhasil. Ini kerana dilalah yang terdapat di dalam hadis begitu jelas memaksudkan Najad sebagai satu sudut geografi yang amat dikenali sebagaimana Syams dan Yaman. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur. Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N. Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.
3) Apabila anda mengetahui isyarat fitnah dan kegemparan melalui hadis ini..perhatikanlah dengan fitnah yang tersadung dari fahaman Wahhabiy. Bukankah menyesatkan umat Islam dengan perkara furuk, mengkafirkan ulamak dan menghalalkan darah mereka atas unsur khilafiyyah…satu fitnah! Justeru mengertilah, dari mana fitnah dan siapa yang memulakan fitnah. Kita semua wajib menghapuskan keraguan dan fitnah berkenaan. Ketahuilah bahawa aktiviti ini bukanlah unsur kecil atu terpinggir. Malah ia dikira sebagai jihad mempertahankan kesucian Islam. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari sebarang fitnah agama.
Dr Azwira patut membaca artikel ini dan faham betul-betul.Jangan putar belitkan fakta-fakta untuk mempertahankan fahaman Wahabiy.Ini mungkin permulaan bukti dari Ust. Zamihan dan diharap akan ada lagi beberapa bukti konkrit untuk puak-puak yg. cuba membida'ahkan fahaman yg. telah lama disepakati ulama-ulama terdahulu.
ReplyDeleteAna rasa golongan wahabi bahaya yang halalkan darah muslim lain ni mungkin dah tak de lagi. Yang ada adalah saki baki yang masih taksub anuti fahamannya.Harapan ana agar golongan ini perlu akui bahawa Sheikh Muhammad Abdul Wahab agak melampau dalam membasmi khurafat hingga perkara furu' pun dianggap sesat. Contohnya,kalau setakat nak hapus umat Islam yang bina maqam macam rumah & sembah wali-wali di kubur tu memang la patut. Tapi kalau sampai yang buat tahlil (perkara ikhtilaf)pun di kira sesat, jelas la melampau(ghuluw).
ReplyDeletemana ada orang sembah maqam wali...
ReplyDeletebudak tadika pun tahu mana satu kubur mana satu tempat menyembah..
ni lah tohmahan kata orang sufi sembah maqam.
jahat betul.
minta ust komen sikit isu tabarruk dengan maqam dan juga faedah dari ziarah mereka serta nas nas tsabit.
weh panglima_cyber
ReplyDeletebeberapa orang dari keturunan tok nenek aku bangga sangat cerita sembelih kambing atas kubur sheikh pualau manis terengganu. yang buat tu bapak kuat pegang pada tasawwuf nye, sikit-sikit tasawwuf.. mu nok sembang orang tu mari aku bawak gi. deme tu keturunan aku jugak yang samapai nasabnye ke Tok Pulau Manis Terengganu. Oleh kerana dua ahli keluarga aku dah kena jangkitan ni seoarang gila isim, seorang lagi hampir2 nak isim, tu pasal aku dari jalur Tok Pulau Manis ni cuba bersih perkara khurafat ni... nak gi tanya orang tu cuti sekolah ni ikuut aku.. contact aku 03-89257317.. jangan cakap sedap je... nak bertaswawwuf samapi isim mapuh mung la, nak bukti mari nak tunjuk.. Berapa ramai kaum keluarga simpang Tokku Chabang Tiga kuala Terengganu, tempat dakwah Tokk Ku Paloh, keturunan sayid2 semayang pakai niat.. bila ajak berdebat bukan main terror semayang pakai niat.. nak bukti ambik cuti kita gi rumah dia, aku cabar ni.. mapuh nak bertasawwuf.. Tok nenek aku tokku Paloh banyak ilmu dan sahih akidah, tahu syariat tapi hok kemudian ni kenal tasawwuf je bukan kenal syariat... tu bahaya nak saloh sape? saloh pentingkan tasawwuf melebihi syariat, mapuh mung la..cakap saje x guna mari kita gi tengok,, buka sikit minda tu. malah ada kalangan keluarga aku bila menurun zikir banyak cabut serumpun pokok pisang, dinding rumah terajang sebelah kaki, tapi mulut tu tasawwuf lagi.. kan bodo tu!! ambik gi la tasawwuf tu utamakan dia jgn bela hadis dan puak2 pentingkan sunnah ni, orang suka sunnah ni kan sesat puak mung je betul, merapu je takdok guna
mu ni tak gilo isim lagi ko?
ReplyDeleteaku tgk mung gila isim wahhabi jah ni !
aku tak pernah jumpa lagi org tariqat gi sembelih kambing atas kubur.
sapa gila sebenar ?
orang cari sumber asli ko atau orang cari org gilo utk buat dalil burukkan sufi ?
sapo gilo ? org kata anak Nabi Nuh gilo sbb tak naik kapal ko atau org yg kato tu jenis tak reti pulak spesis wahabi jahil tukil.
hebat keturunan demo, tapi malu la tokku pulau manis tgk demo dok anti amalan dia.
tapi org mcm demo ni tok lamo, akan jumpa jalan sufi jugak.
kawe ramai dah jupo stail demo ni..
Tak po.demo lepas perasaan marah dan ammarah dulu...
yg aku tahu, sunat ingat mati dan sunat ziarah org dah mati.
Lagi2 syuhada nabi2 wali2 yg tdk mati bahkan hidup di sisi tuhan.
ok.enough ! bye
Assalammualaikum Cikgu Mohammad Samsuddin Harun,
ReplyDeleteMusykil juga dgn penyataan Akhi perang_cyber...
awat tak habis2 bcrita perihal keturunan enta duhai encik Samsuddin?
sabaq la, tambah musykil lagi ni