Bekas Mufti Saudi berfatwa : "Adapun bertakbir secara berjamaah merupakan sesuatu yang dilakukan pembuat bid'ah. Iaitu dengan cara mengangkat suara-lebih dari dua orang-mereka memulakan dengan serentak dan mengkhirinya dengan serentak dengan satu suara dengan sifat yang khusus. Amalan ini tidak ada sebarang usul dan dalil keatasnya. Sebaliknya ia merupakan amalan bid'ah (yang direka cipta) terhadap sifat takbir sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT. Barangsiapa yang menginkari laungan takbir seperti ini dia sebenarnya berada di jalan yang benar. Berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang melakukan amalan bukan dari urusan(agama) kami maka ia adalah tertolak." Dan sabda Nabi SAW ; "Jagalah diri kamu dari perkara rekaan. Sesungguhnya setiap rekaan itu adalah bid'ah. Setiap bid'ah adalah sesat."
Maka takbir raya secara berjamaah adalah bid'ah. Dan amalan manusia apabila bertentangan dengan dalil syarak yang suci wajib ditegah dan diingkari. Ini kerana amal ibadat adalah tauqifiyyah. Dan ia tidak disyarakkan kecuali melalui al-Kitab dan al-Sunnah. Adapun pendapat manusia tidak boleh dijadikan hujjah padanya apabila didapati bertentangan dengan dalil syarak. Demikian juga Masalih Mursalah tidak boleh menetapkan sesuatu ibadat. Sebaliknya ibadat itu hanya boleh ditetapkan melalui nas al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak yang qath'ie.
Amalan yang disyaritakan untuk seseorang muslim bertakbir raya ialah dengan melakukan takbir ssecara syar'ie. Iaitu dengan bertakbir seorang diri (individual). dan sesungguhnya telah mengimkari amalan takbir raya secara berjamaah ialah Syeikh Muhammad bin Ibrahim-Mufti Saudi terdahulu-Dia telah mengeluarkan fatwa dan menegah orang rami dari amalan sedemikian. Aku juga telah berfatwa mengenainya. begitu juga dengan fatwa yang diterbitkan oleh Lujnah al-Da'imah al-Buhuts al-Ilmiyyah Wa Ifta' (Arab Saudi). Dan Syeikh hamud al-Tuwaijri juga telah menulis satu risalah yang amat bernilai dalam mengingkarinya (takbir raya berrjemaah) dan menegah orang ramai dari amalan sedemikian. Risalah ini telah dicetak dan disebar merata. Padanya terdapat dalil-dalil yang menegah amalan bertakbir secara berjamaah. Ia mencukupi dan merawati..al-Hamdulillah."-selesai petikan Syeikh Abd Aziz Ben Baz. Ia boleh dicapai : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8wfIPEn86JRN3oGpJ9KFv5__vYdnfNZNGj0TwG7BWfjdReZeoLey4t5iGwQjhsfQ880V1RpIAIWrYMEy4AIeQ4LER0yZQjRa_isYPaIiUZLZv7upMpgNGUk-ElF8LQUjazMY9sjfSY1o/s1600-h/binbazTakbir2.bmp
Keterangan :
1) Bekas Mufti Saudi, Syeikh Ibn Baz, Syeikh Muhammad ben Ibrahim dan seorang tokohSyeikh Hamud alTuwaijri secara terang-terangan mendakwa amalan bertakbir raya secara berjamaah yang diamalkan seluruh pelusuk dunia adalah bid'ah yang sesat. Mereka bersungguh-sungguh mengrang kitab, mengeluarkan fatwa dan mencegah orang ramai dari mengamalkannya. Lihatlah betapa lemahnya hujjah mereka. Apakah Islam itu dicorakkan oleh pemikiran Wahhabiy sahaja?
2) Bayangkan bagaimana pula halnya jika para pelampau Wahhabiy sedunia (termasuk Wahhabiy TOTOK MSIA) yang menelan bulat2 fatwa ini dan membid'ahkan berjuta-juta umat Islam di Negara kita. Termasuk kader2 Wahhabiy yang muqallid pun dibid'ahkan juga. Takkan anda ingin berpeluk tubuh dan mendiamkan diri sahaja dalam menyelesaikan kes ini. Mana tanggungjawab anda terhadap virus bertopengkan Sunnah ini?
3) Amat kasihan Umat Nabi SAW diseluruh dunia. Sungguh kasihan.. kerana mereka dibid'ahkan, disesatkan HANYA SEMATA-MATA dengan perkara FURUK. Masya Allah! Inilah penangan Wahhabiy yang perlu diperjelaskan kepada masyarakat. Bertaubatlah dari dosa menyesatkan ummat ini. Semoga Allah senantiasa memberikan taufiqNya kepada kita semua.
Salam Al-Ghari,
ReplyDeleteKalau bertakbir secara berjemaah itu bida'ah apakah main meriam buluh dan mercun malam raya itu lebih baik?Saya bertakbir dan bertahlil dari rumah ke rumah di kampung sampai hampir Subuh dan terus Solat Tasbih sebelum Subuh.Tapi ramai husband-husband yg. marahkan isteri sebab tak kejutkan dia sembahyang raya.Baju sepasang dgn. sampin dah gosok tapi tertidur sampai jam 10 pagi sebab asyik qiamullail dgn. mercun.Isteri tak kejut solat Subuh dia tak marah tapi bila miss solat raya terus mangamuk sebab tak boleh pakai baju melayu baru tunjuk kat orang.Geng wahabi pemalas bertakbir, bertahlil, berzanji lepas tu dengki kat kita.solat tarawikh pun cuma 8 rakaat sebab wahabi pemalas tak larat nak buat 20.semua dia pukul bidaah, kepala hotak dia.
www.hanifsalleh.blogspot.com.
Syukran akhie Hanief atas perkongsian maklumat dan syiar ibadat yang dilakukan. Pedulikan 'golongan yang keras kepala' itu. Asalkan kita terus berpedoman dan ulamak yang hak. Mereka menunjukki kita kefahaman Sunnah yang sebenar. Allahumma saddid khuthakum ila thariqil haqq. Allahumma Ya Allah!
ReplyDeletekelakarla tgk komen2 dua di atas..
ReplyDeletebila kita melarang "majlis" tahlil dgn kepelbagaian "fadhilat" dan "kaifiat"nya tu, dikatakan kita membida'ahkan tahlil..sebut,mana fatwa ulamak yg dikatakan wahhabi tu kata "tahlil" itu bida'ah...yg dikatakan adalah majlisnya itu..tahlil itu sunnah..
bila kita tegur tentang,perkara2 yg dikatakan furu' ini,kita juga menegur perkara2 lain seperti masalah zakat msia,murtad,ekonomi dll..kita tak buta dan tak jumud mcm pemilik blog ini yang tak sudah2 dengan isu wahhabi..
"geng wahabi" pemalas takbir,berzanji dan dan bertahlil..?mana buktinya?dan kita minta dalilnya sebagai asas utk kita buat hal2 di atas...tiada seorang pun antara mereka menharamkan tahlil..jgn jadi pencacai dan pemotong2 fatwa mereka mcm al-ghari yang potong2 dan ubah suai kata2 ibn hajar al-asqalani tu..jgn tiru rentak al-ghari ni..yg jelas2 suka memaut2 nas dan potong2 nas agar nampak benar..
siapa kata wahhabi buat 8 rakaat je?habis kat makkah madinah tu apa?siapa imamnya..ni la angkara bercakap ikut nafsu,tak guna akal..
yang main2 mercun malam2,pasang pelita malam 27 likur, dll ni,angkara siapa..angkara hang pa..yang dibutakan dengan isu wahhabi je...balik umah..wahhabi...datang pejabat..wahhabi..gi msjid..wahhabi..itu aja ke yg diajar selama beberapa tahun di jordan dll?cuba tanya mereka2 yg main mercun ni...yang bininya tak gerak subuh..mereka ni selama ni duk ikut akidah siapa?malaya ni dulu sampai skrg ni..apa akidah mereka..jgn main serang je..berfikirlah sebelum bercakap ya akhi hanif..jgn jadi mcm alghari..hidupnya dengan isu wahhabi saja..makan pun wahhabi..
wallahua'alam..
Salam my-ansarullah;
ReplyDeleteanta pun kelakar juga la. Pertama nampak akhlak kurang dalam berhujjah. Anta kata hanifsalleh tak beradab dalam blog; anta pun ikut cara sama, 2x5 la, apa bezanya? Kemudian kata akidah orang malaya?(mana ade malaya dah sheikh) ni yg main mercun tu dah rosak dek Asyariyah yg Malaysia dok pakai. Ana balik umrah baru ni jumpa pak arab saudi confirm minum air setan siap ada perempuan lagi. Diaorang ni akidah ape lak? Jadi hujah anta tu lagi kelakar.Tanya mutawwif tahu la cerita pak2 arab ni. Ana fikir kalau geng wahabi tak mulakan bidaah geng asyariyah, dah lama dunia Islam aman damai, masing2 hormat masing2. Geng wahabi sama gak la tak habis-habis dibutakan dengan isu bidaah je...balik umah..bidaah...datang pejabat..bidaah..gi masjid..bidaah..itu aja ke yg diajar?Kesian geng Tabligh, Tariqat,Ikhwanul Muslimin pun kena. Tak caya check la buku Sheikh Muqbil Yaman atau kat Nusantara ni Tuan Rasul Dahri punya buku tu. Kadang2 rasa lebih baik jadi geng main golf, karaoke dari join Tabligh atau Tariqat pasal geng Wahabi kata diorang lagi sesat dari pelaku dosa besar hanya sebab bidaah. Tak caya jugak cuba check buku2 aqidah ahli sunnah waljamaah oleh geng wahabi dipasaran. Ana cadang begini je lah..masing2 jagala blog masing-masing. Kalu blog anta tak dapat sambutan, tak perlu la masuk kacau blog Ust Z.
Syukran akhie My Ansarullah dan akhie Syahid..
ReplyDeleteAkhie My Ansarullah,,jgn cuba lari dari fokus. Cuba semak balik : tahlil Sunnah..tp majlis bid'ah..Bukankah tahlil dibuat dlm satu majlis. Knapa perlu ada pemisahan antara dua kandungan yg saling memerlukan? Enta nampaknya masih tidak matang dlm perkara ini. Lihatlah buku Rasul Dahri yg membid'ahkan Umat Islam bertahlil.Lihatlah buku Mufti antum 'Bid'ah Istilah yg disalahfahami tu. Dll. Dsamna secara jelas..amaln bertahlil dibid'ah dan dihukum sesat. Bagi kita, ni masalah furuk.Nak buat silakan..Taknak buat..tak apa.Tp knapa..bila dibuat..umat Islam dihukum sesat.
Enta kuat buruk sangka ya akhie. Ini terbukti apabila enta menuduh ana 'sentiasa bermain dgn Isu Wahhabiy'. Enta silap dlm kes ni.Ana tidak seperti yg enta sangkakan.Sila tengok jadual ana dlm blog.Apa kitabnya, apa tajuknya, apa ceramahnya. tak payah ana nak cerita semua kat enta. Enta sorang ke fikir masalah ummat : akidah,syariat,zakat,sosial dan lain2.Hingga begitu keras tuduh org sbg buta dan jumud.ya akhie..Fikirlah secara matang laa. Jangan main serang, serkap dan sembrono je. Syukran
Hangpa ni hebat-hebat belaka apa kata aku cadangkan hang pa pi buat haji kat Najaf al-Asyraf di Iraq dekat kubur Ali atau di bandar suci Qom tu. Cadangan aku ini sebab ko orang tak boleh buat ibadat Haji kat negeri wahabi. Wahabi kan sesat menurut hang pa.. Setahu aku x salah jika kita mengajak orang kepada menghampiri amalan sunnah dan mengelakkan bid'ah. tapi puak2 ni suka ambik agama dari nenek moyang mereka yang dulu-dulu, sebab tu x suka orang ajak tiru sunnah. fahami isu secara kritis bukan hentam dulu baru nak baca... Payah sangat x leh nak terima diam je la jangan salah niat orang nak ajak kepada amalan sunnah... macam dia tu semua betul, ni asalkan wahhabi x betul... buat haji kat Mekah bleh terima plak ... makna wahabi pun x faham sebenarnya... Aku rasa puak ni memang x suka kepada sunnah kot...
ReplyDeleteSalam Sheikh Mohd, mintak maaf ana kata anta betul2 tak faham. Isu bidaah tak kena mengena dengan pergi Haji. Ingat tak kisah mashyur bagaimana Imam Syafie sendiri tak baca qunut semasa mengimami pengikut Imam Hanafi di Syam walau dia sendiri berpandangan qunut tu patut baca semasa sholat subuh? Pandangan ana, apa yg Ust Z perjuangkan adalah kalau di Malaysia, ikut je la cara ibadah yg dah lama bertunjang kat sini iaitu cara Mazhab Salafiyyah yg memang berpandu aliran salaf (kenapa buang qias & ijmak sedang hadis pertanyaan Nabi pada Muadz semasa melantik beliau sebagai hakim sangat jelas ). Contohnya jangan la pulak bila imam start zikir beramai selepas sholat, geng sunnah konon ni dok pakat cabut tak ikut; nampak sangat tak faham & perpecahan umat. Ana bila kat Mekah, ana ikut je la cara imam sana, tak pulak ana syok sendiri baca qunut atau zikir kuat2 lepas sembahyang. Tak juga ana pakat khutbah kat rakyat sana kata cara korang ni tak betul, yang betul zikir & doa ramai-ramai lepas sholat. Tapi itulah geng Sunnah konon ni buat kat majlis2 agama di Malaysia kata ini bidah itu bidah ; kacau bilau dibuatnya. Maknanya kat Arab Saudi, ikut la cara sana macam contoh Imam Syafie tu; bila balik Malaysia apasal geng Wahabi ni tak mahu ikut cara pegangan imam sini? Bukan itu taksub namanya? Cukup la akhi Mohd. Anta punya hujah macam air lalu je. Tak padat langsung. Pernah tak anta kaji makna bidaah dari pandangan selain fahaman Salafi ni? Ana nasihat ngaji biar ramai guru;takat 3-4 guru dari aliran anta je tak cukup & tak adil. Cuba ngaji pulak dengan hati bersih dari aliran Ust Z atau ulamak2 pondok. Baru anta boleh buat perbandingan yang adil.Ana pun dapat menyimpulkan segalanya setelah mengkaji segala hujah & ilmu dari kedua belah aliran (dinamakan Salaf & Khalaf untuk memudahkan walaupun sebenarnya kedua2nya berdasarkan sunnah namun geng Salaf ghuluw(Wahabi) kata tidak). Akhirnya ana buat kesimpulan bahawa aliran Salaf Ghuluw agak keras sedangkan aliran bermazhab masih dijalan yang benar & tidak terpesong seperti tuduhan melulu puak-puak salafi ghuluw tu.
ReplyDelete