Monday, August 18, 2008

PENYELEWENGAN MUBAHALAH


Amat berat bila dikatakan seorang Mufti menyeleweng. Namun, itulah hakikatnya yang perlu ditelan oleh Mufti Perlis dan mereka yang fanatik dengannya. Penyelewengan ini adalah terang lagi bersuluh jika tuan-puan mengikuti ulasan beliau terhadap isu liwath yang membabitkan DSAI dan bekas pembantunya : Mohd Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini.

PENYELEWENGAN 1 :

Sahibus Samahah Dr Asri mengatakan :" Dalam al-Quran Allah mengajar mubahalah sebagai penyelesaian bagi perbalahan yang tidak diuruskan secara baik dan mengikut peraturan.” Ini kerana ada pihak yang menunjukkan sikap keras kepala sehingga menimbulkan kekusutan. Mubahalah bermaksud mereka yang berbalah bertemu dan berdoa agar Allah menurunkan kelaknatan ke atas pendusta antara mereka.(lihat: Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 11/71). (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm )


Keterangan :

Sebenarnya asri tidak memahami maksud al-Mubahalah. Al-Mubahalah bermaksud “memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya Allah melaknat @ membinasakan musuh kita (musuh agama) apabila mereka tidak menerima keterangan syariat yang jelas. (Tafsir al-Munir, juz 3, ayat 61 ali-Imran). Dia menggunakan kamus Lisan al-Arab dari sudut bahasa tetapi tidak merujuk kepenggunaan istilah menurut Tafsiran syarak bagi menjustifikasi hukum yang tepat.


Selain ayat 59-61 Ali Imran, Isu ini juga diterangkan hadis riwayat al-Bukhari dan kisah para ulamak. Walaupun kes ini pernah berlaku, ia tidak menjurus kepada kes yang belum terbukti di muka pengadilan. Atau diselesaikan oleh pihak yang bertelingkah sahaja. Sebaliknya kes dibicarakan melalui penghakiman syarak.


Ia berbeza dengan takrifan asri : MUBAHALAH SBG PERBALAHAN YG TIDAK DIURUSKAN SECARA BAIK. Ternyata, takrifan beliau tidak berdalilkan kepada mana-mana ayat, hadis, atsar atau keterangan para ulamak. Sebaliknya merupakan kebijakkan dari dirinya sendiri. Justeru, mana-mana takrif yang tidak berdasarkan sumber yang jelas dikira menyeleweng.



PENYELEWENGAN 2 :

Jika Asri mentakrifkan al-Mubahalah : SBG PERBALAHAN YG TIDAK DIURUSKAN SECARA BAIK maka secara automatik ‘menghina Nabi SAW’. Ini kerana ayat 59-61 surah ali Imran menunjukkan bahawa al-Qur’an memerintahkan Nabi SAW melakukan al-Mubahalah dengan delegasi Kristian dari Najran (Nigeria) yang tidak menerima hujjah syariat yang disampaikan Nabi SAW. Khususnya dalam kes Kenabian Baginda SAW, Isa bukan anak Allah dan lain-lain. Sila rujuk sebab turun ayat ini untuk kepastian.

Timbul persoalan, apakah perintah al-Mubahalah disini kerana Nabi SAW tidak dapat menguruskan perbalahan dengan baik atau kerana golongan Kristian tidak ingin menerima pakai keterangan syarak yang dijelaskan Nabi SAW. Jawabnya : Tafsiran ayat secara jelas membuktikan bahawa langkah al-Mubahalah dianjurkan apabila golongan menyeleweng atau sesat tidak menerima hujjah syariat yang dikemukakan oleh golongan yang benar.


Jika dikatakan Nabi SAW bermubahalah kerana gagal menguruskan perbahalan dengan baik dan mengikut peraturan artinya anda telah memfitnah Nabi SAW dan menafikan penghujahan syariatnya. Tidak syak lagi bahawa ini adalah satu penyelewengan. Nau’zubillah.


PENYELEWENGAN 3 :

Jika al-Mubahalah ditakrifkan sebagai perbalahan yang tidak diuruskan dengan baik dan mengikut peraturan..anda menafikan ketentuan hukum syarak yang sedia ada seperti Lian, Zihar, Qazaf, Syahadah (kesaksian) dan lain-lain. Sedangkan proses perundangan ini adalah jelas termaktub dalam acara syarak.

Apa tidaknya, jika ada sebarang perbalahan.. sikit-sikit al-Mubahalah..Sikit-sikit al-Mubahalah (sumpah laknat). Bila pula masanya untuk manusia perlu menepati hukum yang ditetapkan pemerintah. Lebih tinggi lagi, bila pula manusia perlu mengikuti perundangan syarak jika asyik bermubahalah. Ternyata, kesalahan dalam takrifan memberi implikasi yang jelek terhadap pematuhan hukum sivil dan syarak. Takrif ini sebenarnya tidak pernah dikemukakan oleh orang-orang yang berakal kecuali beliau. Saya dikhabarkan oleh orang yang dipercayai bahawa Asri pernah menyifatkan JAKIM sebagai jakun. Naahh! dengan takrif ini terserlahlah bahawa siapa sebenarnya yang jakun itu. Hola! Hola!.. perundangan yang ada..meh kita ikut mubahalah yang dicadangkan dr asri sebagai pemikir Islam kontemporari. Nescaya orang akan menganggap Islam agama yang jumud pula.


PENYELEWENGAN 4:

Asri mengatakan : " Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Ini seperti dalam kes tuduh menuduh dalam negara kita sekarang, maka satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut: “Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku” ".


Keterangan :

Perkataan yang dimerahkan adalah contoh qias yang fasiq kerana ketidaksamaan illah antara kes al-Mubahalah dan isu liwath yang berlaku.

Pertama : Kes mubahalah melibatkan pihak yang benar berpaksikan hujjah syarak bertembung pihak yang bathil. Keengganan pihak yang bathil menerima hujjah yang benar (setelah dibicarakan gagal dibuktikan di mahkamah)membawa kepada mubahalah. Manakala kes Mohd Saiful Bukhari VS DSAI masih diperingkat dakwaan sahaja dan belum terbukti siapa yang bersalah samada pendakwa atau tertuduh.

Kedua : Kes Mubahalah melibatkan hujjat syariat. Manakala kes liwath Mohd Saiful VS DSAI masih dalam siasatan polis. Walaupun kes ini telah diadu tertuduh di bawah enakmen Qazaf kemungkinan ia tidak diproses melalui perundangan syarak. Kenapa? Kerana TIADA PERUNTUKAN UNDANG2 SYARAK KEATAS KES LIWATH DI MALAYSIA. Kalau kes tuduhan rogol.. ya. Liwath takdak la Cik Abang ooii. Walau begitu, jelas disini bahawa kedua-dua kes diatas tidak boleh disamakan. Dan penyamaannya tidak benar sama sekali.

Ketiga : Kes Mohd Saiful VS DSAI bukanya tuduh-menuduh sebagaimana yang disifatkan asri. Ini kerana realitinya, Mohd Saiful yang menuduh DSAI meliwathnya. DSAI pula adalah pihak yang dituduh. Tuduhan Mohd Saiful pula tidak menampilkan 4 org saksi. Atau bersaksi dengan dirinya sendiri di mahkamah. Sumpah dihadapan Imam tidak cukup untuk dijadikan kesaksian kes. Disamping butiran pendakwaan yang tidak jelas, pemeriksaan kesihatan terhadap Mohd Saiful juga tidak menunjukkan beliau pernah diliwath.

Manakala mubahalah pula bersifat dakwaan antara hujjah yang benar menentang hujjah yang bathil. Ringkasnya, hujjah dalam mubahalah telah diketahui. Manakala hujjah dalam tuduhan liwath belum diketahui kerana belum dibicarakan. Bagaimana asri boleh menyamakan antara dua kes yang berbeza dlm keadaan dia tidak mengetahui kesamarataan antara keduanya. Ajaib sekali. Kesimpulannya, menyamakan antara dua kes yang berbeza adalah satu penyelewengan.


PENYELEWENGAN 5:

Dr Asri menyeleweng kalam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam mentakrifkan al-Mubahalah. Buktinya, Teks asal Ibnu Qayyim mengenai Mubahalah dalam kitabnya Zad Al-Ma'aad tertera kalimat إذا قامت عليهم حجة الله

Maksudnya : “Iaitu (berlaku mubahalah) setelah ditegakkan hujjah Allah (dalil syarak) ke atas mereka. Tetapi lafaz Allah telah dibuang oleh asri dalam nukilannya. Lalu menjadikan definisi mubahalah sebagai penyelesaian perbalahan yang tidak diuruskan secara baik dan mengikut peraturan.

Kesimpulannya, apa yang ditakrifkan oleh Ibn Qayyim berbeza dengan apa yang dinukil dan difahami oleh asri. Dan tidak syak lagi bahawa ini adalah salah satu penyelewengan darinya. Maka tidak hairanlah jika SS Dato Seri Mufti Perak menyifatkan Dr Asri sebagai seorang yang terlebih pandai dalam hal ini.

PENYELEWENGAN 6:

Asri berkata lagi:" Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (tokoh yang dituduh membawa ajaran Wahhabi) pernah mencabar mereka yang menyanggahinya bermubahalah, namun penentangnya enggan ". Dr asri juga mendakwa para ulamak telah melakukan banyak mubahalah. Jawapan :

Kami katakan, jika Muhammad Abdul Wahhab mengajak ulamak bermubahalah sila jelaskan siapa ulamak berkenaan. Atau isyaratkan kepada kami kitab mana? Bab apa, cetakan dan berapa halamannya. Atau apa yang berlaku antara Muhammad Abdul Wahhab sebenarnya bertentangan dengan dakwaan beliau. Justeru, bolehlah disifatkan bahawa dakwaan asri tidak berasas sama sekali. Ternyata, jika dia ingin menegakkan sesuatu nescaya dijenamakan sesuatu mengikut kehendaknya walhal hakikat sebenar tidak sedemikian.

KESIMPULAN :

1) Dr Asri salah faham maksud mubahalah secara bahasa, takrifan syarak dan realiti penghakiman.

2) Penyamaan beliau terhadap Mubahalah Nabi SAW VS golongan Kristian Najran dengan kes Liwath DSAI & Mohd Saiful Bukhari tidak benar sama sekali.

3) Jika sesuatu isu hendak dimubahalahkan kenapa perlunya hukum syarak: dakwaan, hakim, mahkamah, kesaksian dll dalam Islam.

4) Jika dimubahalah pun, kes DSAI & Mohd Saiful Bukhari tidak akan selesai dan boleh menimbulkan keraguan dikalangan masyarakat jika kedua-dua pihak masing2 bersumpah. Padahal antara yang menuduh dan dituduh pasti ada yang berdusta.

5) Sebagai Mufti, asri sepatutnya menunjukkan jalan keluar kepada masyarakat. Bukan mengusutkan lagi keadaan yang ada.

6) Jika apa yang disuarakan Dr Asri benar tentang al-Mubahalah kenapa kenyataan beliau disanggah oleh Mufti Perak, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hasyim Yahya (Bekas Mufti Wilayah), Dato’ Soleh Hj Ahmad (Pensyarah UIA), Dato’ Dr Haron Din dan ramai lagi ulamak tempatan. Maknanya, ada sesuatu yang tak kena pada buah fikiran Dr asri sendiri. Ini satu huraian terhadap cetusan kekusutan.Afwan ya akhi.

6 comments:

  1. Maaf ya akhi,sekadar berkongsi fikira.

    Nampaknya Ustaz sudah jadi ada unsur 'politik' sikit bab ini.

    Soalan saya Saiful bukhari adakah jenis mangsa atau jenis menuduh/ mengadakan tuduhan yang layak kena qazaf ?

    Andai kata benar benar Saiful Bukhari menuduh apa penyelesaiannya ?

    Jika beliau mangsa dan bersumpah membebaskan diri dari tuduhan beliau menerima wang juta juta apakah kena caranya sumpah itu? jika tidak apa kaedah terbaik ?

    Saya rasa akhi pun kusut juga. Saya lagi kusut.

    Maaf bertanya tetapi saya yakin sifat ' si'ata sodri' menjadi amalan insan bernama Zamihan Al Ghari..

    Innassyaitan Yjri minibni Adam majraddammi Fadhoyyyiqu Majariyahu biljuu''

    Adakah ada 'panas ' dalam tulisan di atas ekoran pertikaman lidah saudara dengan Asri satu ketika dulu ?

    harap 'wuduk kemaafan' ada dalam tindakan saudara.

    Harap saudara jelaskan dgn benar.

    Anda layak dan buanglah sebelah muyul ke mana mana pihak.

    Demi Allah Rasul dan Amanah Ilmu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan,

    Ana rasa tak nampak unsur politik dalam tulisan diatas, cuma 'kekerasan' Us Zamihan memang jelas menangkis pandangan singkat Dr Asri. Dan Ana rasa media yang teruja dengan kesembronoan Dr Asri, lantas isu 'mubahalah' ini menjadi serabut.

    Berkenaan kes DSAI dan Saiful, eloknya kita dok diam dulu, selepas dibicara cara syara', lihatlah hasilnya, jika sabit kesalahan.. salahlah, jika tak sabit, barulah layak Saiful kena bicara fitnah qazaf. Yang penting, selagi tidak disabitkan kesalahan, DSAI masih tidak bersalah secara syariatnya, secara hakikatnya hanya depa 2 orang dengan Allah sahaja lebih mengetahuinya. Allahu a'lam.

    Apapun ana menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada Us Zamihan diatas usaha beliau menentang keceluparan Wahabi.

    JazakaLlahu Khair..

    ReplyDelete
  3. Sememangnya Mufti Perlis terasa dirinya ulama besar namun isu mubahalah yang dicanangkannya diterima pakai oleh golongan yang jahil ugama.Pandangan ulama besar seperti Dato' Hashim,Dato'Harun Din,Dato'Harussani hanya dipandang sepi oleh mereka yang berkepentingan duniawi.Nampaknya nasib ulama besar ini akan sama seperti yang dialami oleh Almarhum Dato'Ishak Baharom.

    ReplyDelete
  4. saya nengok us zamehan ni memang banyak rasa tidak berpuas hati terhadap Dr asri, masing-masing mengatakan mereka berada atas jalan yang benar, masing-masing mengaku ahli sunnah wal jamaah, saya sebenarnya keliru, kalau dua dua ahli sunnah wal jamaah maka tdak perlu lah nak bertegang urat lagi, tapi ada pihak yang menuduh sebelah pihak lagi sebagai sesat. jadi sampai bila baru nak berdamai? orang islam asyik berpecah je.....HARAP KEDUA-DUA US ZAMEHAN & DR ASRI BERMUBAHALAH, biar LAKNAT allah menyedarkan mereka....maaf terkasar bahasa..

    ReplyDelete
  5. Bagi mereka yg pro wahabi atau nt usolli, mrk todak membaca dengan mata hati walaupun fakta yang dibentangkan oleh Ust Zamihan jelas. Sebaliknya golongan ini terus saja melihat isu ketidakfahaman Asri-Zamihan.

    Saya kira ini taktik lapuk gol pro wahabi. Mrk tak ada hujah balas maka itulah yg mereka akan komen-panas baran lah, ada personal vendata lah...sebenarnya depa malu sendiri.

    Ustaz Zamihan turuskanlah, sebaiknya bukukan ulasan ustaz ini untuk generasi akan datang. Jangan biarak wahabi terus bongkak.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)