Sunday, August 24, 2008

ARTIS, AHLI SUKAN DIPUJA


Saya memang menjangka Lee Chong Wei layak ke akhir olimpik. Begitu juga dengan habuan yang bakal diterimanya. Termasuk gelaran 'Datuk' yang dipertikaikan banyak pihak. Namun, bagi saya sesiapa sahaja yang berusaha keras dan berjuang melonjakkan nama negara berhak mendapat pengiktirafan seperti itu walaupun di usia muda belia.


Cuma yang saya kesalkan ialah fokus kita terlalu berat sebelah. Berat kepada unsur keduniaan berbanding keakhiratan. Segalanya terbukti apabila ahli sukan atau penyanyi meraih kejayaan..mereka dicurahkan dengan pelbagai ganjaran dan gelaran. Namun apabila alim-ulamak atau agamawan berjuang habis-habisan...kelihatan agak sukar bagi pihak istana @ Yang DiPertua Negeri untuk menganugerahkan gelaran Datuk. Akhirnya, jasa mereka tidak dikenang. Pengorbanan mereka dilupakan.


Maka tak hairanlah sekarang..orang lebih suka berlumba-lumba jadi penyanyi @ ahli sukan berbanding agamawan. Sebab ia adalah salah satu fokus dalam pentadbiran kerajaan kita dan menjadi 'pemakanan' masyarakat. Akhirnya, orang lebih kenal artis dari ulamak. Biar anak2 hebat bersukan..tak mengaji agama pun tak pa. Nilai artistik nilai utama. Manakala nilai agama dipandang sebelah mata. Masya Allah! Inikah environtment yang terhasil dari Islam Hadhari?. Bersama kita fikirkan.


Kesimpulannya, pihak Istana @ Yang Dipertua Negeri sepatutnya lebih menghargai para alim ulamak atau tokoh agamawan berbanding artistik. Walaupun para alim ulamak tidak mengharap..tetapi jasa dan pengorbanan mereka perlu dihargai semasa hayat mereka. Saya sedih apabila menziarahi Tok-Tok Guru pondok yang tidak lagi aktif mengajar. Mereka dalam keadaan uzur serba serbi. Hidup mereka penuh naif. Jika Tuanku @ Yang Dipertua selaku Ketua Agama Islam tidak membantu mereka...maka siapa lagi yang diharapkan untuk tampil membela. Yang pasti..anda dan saya bakal ditanya. Jangan letakkan diri di zon selesa. Dunia yang dipuja memerangkap kita. Akhirat yang dibela memuliakan manusia.

No comments:

Post a Comment

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)