Wednesday, April 16, 2008

FITNAH TERHADAP ZAMIHAN AL-GHARI

Inilah Wajah penjenayah (Penagih Tegar) yang menggunakan data peribadi Zamihan al-Ghari


AWAS!!! Ada sesetengah pihak tidak senang hati dengan saya. Mereka cuba mencemarkan kredibiliti saya dengan mengaitkan saya sebagai penagih dadah. Mereka juga berusaha memaparkan fakta berekod jenayah. Kononnya saya pernah ditangkap di No : 28, Lorong Hj Taib, Kuala Lumpur atas kesalahan di bawah Seksyen 19 (3) Kesalahan Akta penagihan Dadah. Paparan fakta itu bersandarkan kepada laporan Balai Polis Gambang Kuantan RPT No. 230/04.


Saya cuba menghubungi Balai Polis Gambang. Tetapi diarahkan untuk mendapatkan keterangan di Pusat Serenti Gambang. Alangkah terkejutnya saya bila mengetahui bahawa nama dan no kad pengenalan saya tepat sebagaimana rekod penjenayah tersebut. Begitu juga dengan beberapa keterangan peribadi saya. Seperti alamat kampung, tempat pemastautin, majikan dan keluarga. Lebih malang lagi, pihak Pusat Serenti meminta saya pulang ke pangkuan mereka. Kononnya, saya lari dari pusat berkenaan. Waduh-waduh..manusia memang benar-benar zalim. Astaghfirullah al ‘Azhim.


Walaupun keterangan data itu tepat, namun demi Allah dan Rasul..saya tak pernah menagih dadah. Usahkan dadah..rokok pun saya tak pernah hisap. Inikan pula hisap dadah. Masya Allah!

Dan demi Allah dan RasulNya saya tak pernah masuk penjara sebagai penjenayah. Masuk penjara sebagai penceramah tu..adalah. Kaedah sumpah ini sengaja saya perturunkan semata-mata menyahut kaedah Fiqhiyyah : “al-Bayyinah ‘ala Mudda’ie..Wal Yamin ‘ala man ankara..” Maksudnya ; “Orang yang mendakwa perlu mengemukakan bukti. Manakala orang yang ingkar harus bersumpah.”


Soalnya, bukti ada, tetapi berlaku pemalsuan data. Maksudnya, data peribadi saya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan maruah saya. Hairan juga saya, bagaimana data peribadi saya dipergunakan sewenang-wenangnya oleh orang tertentu? Dan akhirnya saya dicop sebagai penjenayah. Mungkin ada ketirisan?

Ya, mungkin juga ada pihak yang mengambil kesempatan hasil kehilangan kad pengenalan saya pada tahun 2003 dahulu. Tetapi kad pengenalan berkenaan hilang di Gua Musang. Kenapa pula dipergunakan orang lain sehingga ke Lorong Hj Taib. Sekali sekali geram juga kerana difitnah sedemikian rupa. Sekali sekala gembira juga bila ‘terpaksa’ menanggung fitnah yang besar lagi berat. Teringat kisah Para Nabi dan Wali terdahulu. Mereka lebih senang ‘syuhud’ dan ‘fana’ pada Allah yang Satu.

Aaah..malas nak fikir. Malas nak guna khidmat guaman. Buang masa, tenaga dan harta sahaja. Banyak lagi urusan agama harus diselesaikan. Serah pada Allah apa yang berlaku. Dia Maha Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Saya bukan ingin meraih simpati. Cuma, sekadar berpesan..berhati-hati di ‘JalanRaya.’ Waspada dengan maklumat peribadi anda semua. Dunia ni amat banyak ranjau dan sandiwara. Semoga Allah menyelamatkan kita dari apa jua malapetaka.


8 comments:

Antusabun said...

Askum,
Malang enta ustaz. InsyaAllah akan ada pembelaan atas usaha murni ustaz. Teruskan menulis ye.

Antusabun said...

http://kancilkuning.blogspot.com

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran atas sokongan. Insya Allah, perjuangan sentiasa diteruskan hingga ke hujung nyawa,Syukran

Admin said...

sabarlah ustaz, perjuangan di dalam medan dakwah, kita diuji dan teruji. Menandakan ALlah sayangkan kita.

Teruskan perjuangan. Semoga selalu istiqomah dan mendapat ketenangan. Amiinnn

hegerian said...

salaam... pity ustaz,,,,,,,,,,,,............. be patient,,,,,,;;;;..

la_abwa said...

innalillahi wa inna ilaihi rojiuun...takziah atas musibah ini. bagaimana asalnya ustaz tahu ttg maklumat tersebut? siapa beritahu ustaz? Mungkin maklumat itu boleh disiasat selanjutnya.

mengikut pusat serenti bila ustaz masuk/keluar? di mana ustaz sebenarnya masa itu (belajar?). perkara ini mesti dilaporkan semula kepada balai polis, tak perlu guna peguam. Tapi ustaz mesti repot dan kemukakan juga laporan kehilangan KP dulu.

Jangan biarkan begitu sahaja. Ini soal maruah dan soal integreti pasukan polis. Kita bantu mereka dan gunakan juga saluran media (spt internet). Siapa yg melakukan dan apa niatnya jangan disentuh langsung. Kita tak boleh menuduh cuma boleh mengemukakan fakta.

Salinan report itu kelak boleh di publish dalam laman ini. Ayat2 repot itu penting, jika perlu semakan, emailkan kpd saya derafnya. InsayAllah saya bantu.

MORAD said...

akum.. ustaz zamihan.. dah setel masalah tu? ana kat bandar tenggara sekarang.. selalu dapat perkembangan enta melalui kawan-kawan di johor.. katanya mereka selalu ajak enta bagi ceramah.. syeikh.. tolong komen tentang rasuldahri kutuk ikhwan muslimin kerana berpegang pada asyairah dan maturidiyyah dan yusof qardahwi kerana menntaqribkan sunni dan syiah dalam youtube. radhi -013-7892078

Edy Hasbullah said...

asalamualaikum tad

apakah ustad kenal dengan Habib ali bin hasan Albahar ?

www.invasi.blogspot.com

Visit Bil.