Monday, February 4, 2008

BOIKOT PROKSI YAHUDI




MINYAK NAIK LAGI LEPAS PILIHANRAYA,
BAGAIMANA PERANAN KITA?

Nukilan rasa :
Zamihan al-Ghari


Pakar ekonomi meramalkan harga petrol akan menghampiri RM 2.00/liter awal tahun depan. Meranalah bagi yang memiliki kereta dan mempunyai pendapatan kecil. Alah..yang ada kereta besar pun sama. Yang hairannya, jika ditinjau kenyataan OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyak bertindak mengaut keuntungan besar dari situasi ini. Lintah darat akan cuba menghisap sebanyak mana darah manusia. Mereka tidak mempedulikan kejerihan kita asalkan mereka kenyang berbuntal.




TINDAKAN

Oleh itu, kita memerlukan tindakan yang bijak secara bersepadu dan menyeluruh dalam menentang kenaikan harga minyak yang tidak terkawal ini.

Jika kita berkempen atau berpiket "jangan beli petrol" (seperti yang berlaku pada April atau Mei lalu) Syarikat minyak hanya akan mentertawakan kita semua. Sebabnya merekatahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ternyata langkah itu
lebih menyusahkan pengguna berbanding penjual.
Oleh itu, kita memerlukan pelan perancangan yang benar-benar berkesan bagi membendung kenaikan harga minyak. Kita sebagai pengguna perlu bertindak secara agresif untuk 'mengajar' pembekal bahawa pembeli juga ada hak dan kuasa. Iaitu hak untuk mendapatkan keadilan terhadap sumber. Dan kuasa pembeli untuk yang mengawal harga barangan. Artinya, hak pengawalan harga bukan ditentukan penjual secara sembrono sahaja.




SARANAN

Salah satu cara yang disarankan oleh pakar ekonomi untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan kepada 'market leader' industri berkenaan. Iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu yang mendominasi pasaran. Langkah ini boleh dilakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Contohnya, sepanjang tahun ini, Jangan beli petrol dari Tiga Syarikat Minyak Terbesar Dunia iaitu ESSO, MOBIL dan SHELL. Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri. Sistem ini sebenarnya sejajar dengan cara bisnes sistem ekonomi kapitalis Yahudi. Sistem ini menekankan prinsip pasaran bebas. Iaitu kuasa kehendak dan pendapatan yang tidak terhad menguasai pasaran sepenuhnya. Sistem ini langsung tidak mempunyai perasaan bertimbang rasa sesama manusia.

Oleh itu, apa salahnya..bahkan lebih baik jika kita mengutamakan premis PETRONAS. Sekurang-kurangnya terpatri rasa cintakan negara. Bukankah cinta negara adalah salah satu dari hak agama kita. Lagipula, keuntungan PETRONAS sedikit sebanyak mengalir dalam negara sendiri walau tidak melibatkan kita secara langsung. Ayuh Neng!..berfikir menang-menang dari sekarang.





KESAN

Apabila kita bertindak sebagaimana yang disarankan di atas, secara automatik ‘jualan’ mereka merudum. Mereka pasti merasakan penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba. Sedangkan pesaing mereka khususnya PETRONAS akan terus maju. Mereka pasti merangka kempen atau peraduan baru untuk menarik perhatian pelanggan. Harapnya, PETRONAS tidak mula lupa diri dan tanggungjawab terhadap agamanya.

Jika langkah pertama gagal, mereka mula berunding dengan kerajaan. Memandangkan anak syarikat kerajaan je yang menguasai pasaran. Dan kemungkinan rundingan tersebut menganjakkan cadangan sepakat menurunkan harga minyak. Rasionalnya, kerajaan pun setuju kerana tak payah lagi nak tanggung subsidi berbilion ringgit dan bentangkan kepada rakyat secara mendabik dada. Sebenarnya, rakyat pun resah-gulana dengan ‘harga-harga’ barangan selepas pilihanraya.


REALITI



Sebahagian kita sudah maklum bahawa terdapat syarikat tertentu yang menjadi proksi kepada Yahudi Zionis. Tak dapat tidak, macai Yahudi Zionis juga terdiri dari muslim kita seluruh dunia. Bisnes jualan francais punya hal..orang kita sanggup jadi macai. Terpulanglah.

Bagi saya, jika anda benar-benar bencikan yahudi zionis, sematkan CINTA BOIKOT MINYAK yahudi ke dalam hati anda. Jangan beri sesen pun duit anda kepada mereka. Yakinlah bahawa Allah menghitung setiap zarah dari kelakuan kita. Jika anda Ahli Sunnah yang sebenar KATAKAN TIDAK PADA YAHUDI.



Hendaklah orang yang mengetahui menyampaikan kepada ikhwan kita yang masih belum mengerti. Sebarkan dakwah dan seruan jihad menentang ketidakadilan dan manipulasi pasaran. Kekalkan komitmen dan partisipasi anda sedaya mungkin. Semoga harta benda Allah tidak dimanfaatkan oleh musuh-musuh Allah dan digunakan untuk membunuh habibullah.

3 comments:

mfrstudio said...

salam ustaz,tahniah. saya sangat menyokong ustaz menulis pelbagai isu dan tidak menumpu pada isu wahabi saja dalam blog ustaz ini.


seruan menentang kapitalis yang amat dekat dengan jiwa saya selama ini dalam merenung usaha musuh Allah memperalatkan ekonomi demi menguasai dan menindas manusia.

namun dalam isu minyak ini saya tak faham satu perkara saja. Jika Arab Saudi negara Islam dan pengeluar minyak terbesar dunia, apakah kenaikan harga minyak akan meningkatkan ekonomi arab saudi seterusnya memakmurkan orang Islam?

walaupun saya tahu, kenaikan harga minyak akan mengakibat kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan dunia kerana minyak sudah menjadi penggerak industri selama ini. sebab itu perang iraq pun dikatakan kerana minyak.

yang pasti amerika sudah mula mendesak OPEC yang akan bersidang mac ini untuk meningkatkan pengeluaran dan amerika mendakwa ekonomi amerika jatuh kerana harga minyak naik.

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran Ya akhie, semoga Allah pertemukan kita dalam kebaikan. Apa sahaja isu yang berkaiatan dengan agama adalah tanggungjawab kita. Kita tanggung di dunia dan bakal jawab di akhirat sana.

Sememangnya negara Umat Islam Teluk gagal memainkan peranan mereka sebagai kuasa minyak. Mereka kurang arif dalam menjadikan 'minyak' sebagai 'senjata' umat Islam. Membina, membangun dan memodenkan ummat ini dari pelbagai dimensi belenggu kehidupan. Yang ada hanya monopoli dan sekian negara yang kaya minyak kebanyakkannya bersikap 'keakuan". Bahkan mereka lena diulit kekayaan dan kemewahan. Mereka seakan tidak mempedulikan nasib umat ini. Kalau ada usaha..usaha itu tidak lebih sebagai melepaskan batuk ditangga sahaja. Sedihnya, bila kita gagal mengurus 'limpahan' khazanah dari Allah. Dan dalam masa yang sama, limpahan itu dikawal oleh Amerika Laknatullah. Bersama kita mendoakan agar akan lahir pemimpin Islam yang benar-benar berjiwa Sunnah. Jazakallah khayran.

amankim said...

Salam..

saya tertarik dengan posting ni. cuma ingin tahu lanjut.
jika kita boikot myk ahudi seperti esso / mobil di malaysia, bagaimana pula dengan pengusaha/pemilik premis(petrol kiosk) tersebut?
Jika pemilik kiosk adalah Muslim , bagaimana?

Terima kasih.

Visit Bil.