Ketua Pengarah JPJ, Dato' Ahmad Mustafa sedang menyampaikan amanatnya kepada audien
Peserta kursus khusyuk mendengar ceramah
Golongan Muslimat tidak ketinggalan memberi komitmen menjayakan kursus

ILIM ( JAKIM) KOMITED BINA IMAN
LATARBELAKANG :
ILIM menerusi Pusat Pengajian al-Qur’an dan Ilmu-ilmu Teras (PQIT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah berjaya melaksanakan Kursus Pemantapan Iman kepada anggota JPJ Putrajaya. Kursus yang bermula pada Sabtu 16/2/08 berakhir pada hari Ahad 17/2/08 ini melibatkan seramai 380 anggota.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Mustafa Abd Rashid Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Hj Solah Mat Hassan (Timbalan Ketua Pengarah JPJ) dan Pengarah-pengarah Bahagian.
PENGISIAN :
Para peserta yang mengikuti Kursus ini didedahkan dengan program Muhasabah Diri Membentuk Pekerja yang Efektif. Ceramah ini disampaikan oleh Us Hazman Hashim dari MAIWP. Diikuti kuliah yang kedua berjudul Kemantapan Iman Asas Integriti disampaikan oleh Us Ismail Ahmad. Selain paparan fakta melalui kuliah, program ini juga melibatkan induksi spritual.
Para peserta mula bangun awal empat pagi untuk mengikuti program Qiyamulail yang dipimpin oleh Us Hassan al-Fadhli Abd Rahman (MAIWP) merangkap Imam Besar Masjid al-Muqarrabin. Beliau merupakan bekas johan Tilawah al-Qur’an peringkat Wilayah Persekutuan.
Al-hamdulillah, dalam latihan spritual ini, peserta berkesempatan menunaikan solat sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih dan solat hajat memohon hidayah dan rahmat dari Allah. Alunan kemerduan Zikr Munajat dan doa dalam keheningan pagi dari Us Hassan al-Fadhli menambahkan lagi aroma kerohanian peserta.
Setelah menunaikan solat subuh berjamaah, para peserta dihidangkan pula dengan kuliah Subuh bertenaga berjudul Muslim Cemerlang yang disampaikan oleh Us Zamihan al-Ghari. Beliau berjaya mencungkil rahsia-rahsia Iman buat santapan audien. Beliau juga menghidangkan lawak-renungan sebagai rangsangan pengajaran berkesan dalam kehidupan. Sekaligus memberikan tips memperkasakan Ihsan bagi menjustifikasikan Jati Diri Muslim Cemerlang dalam perkhidmatan. Antara nasihat beliau : “Apa yang ada di tangan kamu tidak sampai ke mana-mana. Tetapi qualiti hatimu itu akan menyampaikan kamu kepada Allah. Kenalilah Allah dengan mata hati yang suci.”
JUSTIFIKASI :
Rata-rata para peserta yang mengikuti Kursus Pemantapan Iman yang julung-julung kali diadakan ini berpuas hati dengan pengurusan, penginapan dan prasarana yang disediakan. Mereka amat bersyukur dengan modul Pemantapan Iman yang diadakan dan begitu teruja untuk mengikutinya di masa-masa akan datang.
Mudah-mudahan, dengan iman yang mantap para peserta berkemampuan menyemarakkan ketakwaan pada Allah dalam segenap ruang kehidupan mereka. Sekaligus dapat menghindarkan diri dari salah laku, rasuah, pecah amanah dan lain-lain yang mengundang kemurkaanNya. Bersama kita mencari keredhaanNya.

Pelaksanaan kursus ini membuktikan bahawa ILIM-JAKIM begitu komited dalam usaha membangun modal Insan manusia menerusi pembinaan Iman dan Takwa. Bersama mantapkan Iman Demi Agama, Bangsa dan Negara.
No comments:
Post a Comment