AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KONTEMPORARI 1)Berpaksikan al-Qur'an,al-Sunnah & Ijmak Ulamak 2)Menyusuri Kebenaran melalui Ulamak yang Haq 3)Berprinsip Wasathiyyah 4)Membanteras fahaman Pelampau Agama 5)Memperkasakan kerohanian
Monday, November 28, 2011
Majlis Ilmu Bersama Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.
Mari kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Bin Haji Mat Zin al-Ghari bagi memantapkan lagi kefahaman kita tentang aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Diskusi Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih akan dikupas bagaimana cara solat yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar umat Islam mendapat kualiti solat yang lebih baik.Akan diadakan juga jualan buku-buku "Sifat Solat Nabi Yang Sahih" cetakan kelima dengan penambahan mukasurat serta gambar-gambar yang mudah untuk dipelajari oleh segenap umur masyarakat.
Dicatat oleh hanifsalleh.blogspot.com.
Tuesday, November 22, 2011
Sifat Solat Nabi Yang Sahih - Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana majlis ilmu untuk menghuraikan "Sifat Solat Nabi Yang Sahih" telah berjaya disempurnakan di Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 13 November 2011.Rata-rata jemaah yang hadir berasa puas dengan kehadiran Ustaz Zamihan al-Ghari dengan penjelasan yang begitu memberansangkan.Walaupun pada malam tersebut hujan turun berterusan tanpa henti di Bukit Mertajam tetapi ia tidak menghalang orangramai untuk datang beramai-ramai bagi mendapatkan ilmu yang bermanafaat yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.Sebagaimana lazimnya, di akhir ceramah, Ustaz Zamihan al-Ghari akan memberi peluang kepada jemaah yang hadir untuk bertanyakan apa jua soalan dan kesempatan ini diambil oleh beberapa jemaah untuk bertanyakan tentang permasalahan fahaman Wahhabiy yang semakin menular di kawasan mereka.Dengan berbekalkan buku bertajuk "Siapa Sebenarnya Wahhabiy", maka sidang hadirin semakin jelas dengan fahaman yang merosakkan kesatuan umat Islam di Negara ini.Syabas kepada semua penduduk Bukit Mertajam yang hadir bersama-sama dalam memartabatkan ilmu yang berteraskan kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Monday, November 14, 2011
Teguran Ke Atas Aizam Mas'od atas penyelewengan fakta Akidah
Assalamu'alaikum.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memohon agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM memintan Mohd Aizam Bin Mas'od agar bertaubat kepada Allah kerana ;
1- Aizam Mas'od telah mendakwa Allah itu bersifat KAKI dan Allah itu BERKAKI. Sedangkan perkataan "Qodam" apabila disandarkan bukanlah ia bererti Allah itu bersifat kaki atau berkaki. Maha suci Allah dari bersifat makhluk berkaki. Malangnya Aizam Mas'od dengan jelas mendakwa sifat bagi diri dan zat Allah itu adalah KAKI.
Mantan Ketua Pengarah Jakim Dato Wan Mohamed dengan jelas menyatakan sesiapa yang mendakwa Allah itu berkaki maka ketahuilah bahawa itu bukan Allah kerana KAKI itu bukan sifat bagi Allah. Kenyataan Mantan KP JAKIM ini amat sesuai dengan displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia juga dapat menjawab tohmahan orang kafir kononnya umat Islam menyembah sama seperti mereka berhala berkaki cuma ia tiada/tidak nampak.
Kenyataan Aizam bahawa sifat bagi zat Allah itu berkaki boleh didengari sendiri dengan jelas dalam tazkirahnya di surau-surau seperti dalam rakaman bertarikh 12.5.2011 pada minit 22:00 - 22:30 ketika mana dia (Aizam) mengajar sebuah kitab yang jelas cenderung kepada pemikiran TAKFIR dan Wahhabi berjudul Al-Iman Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqidhuhu karangan Muhammad Naim Yasin yang jelas didalamnya mengkafirkan sesiapa yang mentakwil istawa bagi Allah itu sebagai menguasai dan juga mengkafirkan takwilan ayat-ayat lain walaupun secara hak.
Sedangkan ulama Salaf sendiri seperti Ibnu Mubarak mentakwilkan istawa bagi Allah dengan erti Menguasai. Mengapakah sampai terlalu MELAMPAU mengkafirkan pula sesiapa yang mentakwilkan ayat mutasabihaat tersebut. Nah! buku inilah yang diajar oleh Aizam di surau-surau disamping disana terpadat banyak penyelewengan yang amat jelas.
2- Aizam Mas'od juga mendakwa Allah bersifat MENIPU secara mutlak tanpa di'qaid'kan dengan membalas tipu daya orang musyrik ke atas orang Islam. MAKAR itu bukanlah sifat bagi Allah yang boleh diitlaqkan begitu sahaja sehingga menampakkan MENIPU & TIPU itu adalah sifat mutlak bagi Allah. Yang dimaksudkan dalam ayat bukan menetapkan sifat MAKAR itu bagi Allah tetapi dengan makna Allah membalas mereka orang kafir di atas tipu daya mereka kepada umat Islam.
Aizam MAs'od juga mendakwa sifat Allah itu adalah TERTARIK HATI, TURUN, DATANG, BERSEMAYAM secara HAKIKI. Sedangkan jika disebut semua tadi sebagai sifat Allah secara HAKIKI maka ia jelas boleh membawa kepada TASHBIH menyamakan Allah dengan makhluk.
Aizam Mas'od juga setuju dengan kenyataan bahawa Allah itu BERSIFAT SAMSENG. Semua ini boleh didapati dalam tazkirahnya ketika menyebarkan ajarannya di surau-surau bertarikh rakaman 12.5.2011 bermula pada minit 33:00 - 45:10.
3- Aizam Mas'od juga dengan mempergunakan nama Pegawai Penyelidikan Akidah JAKIM telah membuat banyak majlis-majlis sulit tersembunyi dikumpulkan pegawa-pegawai agama lalu menebarkan fitnah dalam pembentangan tersebut bahawa ulama Islam dan ramai umat Islam sebagai sesat dan sebagainya. Aizam Mas'od dalam program2 tertentu itu menuduh kononnya ulama-ulama Islam menghalalkan riba, menkafirkan sahabat Nabi dan pelbagai tohmahan palsu tanpa bukti. Sudahlah ulama-ulama Islam itu dihina dan dituduh dalam majlis2 tersebut kemudian tuduhan itu pula tiada bukti bahkan hanya sekadar fitnah mahu memburuk-burukkan ulama Islam. Inilah Aizam Mas'od yang kini menjaja jawatannya sebagai orang besar JAKIM tetapi menghina dan menuduh ulama Islam TANPA BUKTI.
Kenyataan Aizam tersebut boleh didapati pada file kajian akidah JAKIM dan saya amat sedih apabila kajian dikaji atas nama Penyelidikan JAKIM tetapi TANPA BUKTI kukuh kemudian menuduh/memfitnah pula.
Dan banyak lagi penyelewengan pegawai JAKIM ini yang sering menjaja dirinya sebagai orang besar JAKIM. Saya memohon agar orang yang benar-benar besar dalam JAKIM terutama Ketua Pengarah JAKIM agar meminta Aizam Mas'od ini bertaubat dengan taubat nasuha atas kenyataan-kenyataannya yang bahaya pada akidah dan menghina ulama dan umat Islam dengan tuduhan tanpa pembuktian sehingga apabila ditanya dimana bukti2nya maka dijawab bukti memang tiada yang ada cakap-cakap orang sahaja.
Bertaubatlah Wahai Aizam Bin Mas'od ! Apalah nak jadi dengan kau nih!
Sekian.
Oleh: PENGARAH PENYELIDIKAN BERBUKTI. Untuk bacaan sebelum klik SINI
Friday, November 11, 2011
Diskusi Ilmiah Dan Ceramah Perdana.
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, Al-Faqir Illallah Ustaz Hj Zamihan Bin Hj Mat Zin dijemput untuk satu diskusi ilmiah bertajuk, "Memperkasakan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" di Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru pada 12 November 2011. Seterusnya saya akan ke Pulau Pinang untuk satu lagi diskusi berkenaan "Sifat Solat Nabi Yang Sahih" yang akan diadakan di Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada hambaNya untuk berjalan menuju jalan dakwah yang sahih walaupun ada cubaan halangan dari golongan Munafiq yang tidak mahu menerima kebenaran dalam majlis ilmu yang hendak disampaikan.Kepada semua dijemput beramai-ramai menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan ini, semoga kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yang bersatu dalam aqidah yang sahih lagi diredhai Allah dan RasulNya.
Wednesday, November 9, 2011
Jawapan Untuk Aizam Mas'od.
Tawhib Bukan Sebarang Tawhib Tapi Berbukti!!!
Dalam blog yang menggunakan nama Abu Haseef yang sebenarnya
ditulis oleh Aizam Mas'od, salah seorang Pegawai Aqidah di JAKIM,
beliau menulis tentang "Fenomena Mentawhibkan Orang dengan
erti kata melabelkan seseorang dengan fahaman Wahabi.Hairan
juga saya,kenapa Aizam Mas'od tidak suka dengan gelaran Wahabi
yang dilemparkan kepadanya sedangkan dalam masa yang sama
beliau begitu gigih dalam mempromosikan kebaikan pengasas
Wahabi Muhammad Ibn Wahab kepada masyarakat.Aizam Mas'od
juga begitu tidak selesa apabila persoalan Wahabi disampaikan
kepada masyarakat sedangkan terlalu banyak kitab-kitab yang
ditulis oleh Wahabi sendiri yang terang-terangan menjisimkan Zat
Allah.Ini bab aqidah yang wajib kita terangkan kepada masyarakat
umum.Lihat sahaja kitab Wahabi Al-Dhiya' al-Shariq di bawah
bagaimana biadapnya golongan Wahabi bila berkata-kata tentang
Zat Allah swt. Apakah Aizam Mas'od tidak pernah membaca kitab-kitab
sebegini??? Bagaimana pula dengan naskah terbaru Al-Quran dan
terjemahannya yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi dengan
kerjasama Kerajaan Indonesia yang terdapat pada Surah Al-Baqarah
ayat 255 ketika mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan Kursi itu
ialah TEMPAT LETAK KAKI ALLAH!!!
Apakah peranan Aizam Mas'od sebagai Pegawai Cawangan Akidah
JAKIM bagi membendung fahaman Tajsim Dan Tasybih ini???
.Aizam Mas'od juga mungkin sengaja tidak memperdulikan
tentang kerakusan golongan Wahabi apabila kekejaman
demi kekejaman yang dilakukan oleh Wahabi sewaktu
menakluki Kota Mekah dan Madinah sehingga mengobankan
ribuan nyawa umat Islam termasuklah keturunan Baginda
Rasulullah s.a.w. Apakah Aizam Mas'od selaku Pegawai
Cawangan Aqidah di JAKIM rela apabila Wahabi begitu
celupar dengan sewenang-wenangnya mangkafirkan
ulama-ulama muktabar dalam kitab-kitab tulisan mereka.
Di bawah ini saya sertakan dua kitab yang ditulis sendiri
oleh tangan-tangan golongan Wahabi agar Aizam Mas'od
dapat menelitinya kerana sikap Aizam Mas'od yang begitu
baik, malah turut menjadi promoter kepada fahaman Wahabi
sehingga mengaggong- agongkan Muhammad Ibn Wahab
dalam satu tulisannya. (lihat bukti gambar di bawah sekali)
Dua Kitab Wahabi mengkafirkan Ulama-Ulama Muktabar.
Mari kita lihat pula bagaimana Aizam Mas'od memahami
konsep Nur Muhammad dalam tulisannya sendiri dalam
tajuk "Bida'ah dan Kurafat".Petikan di bawah membuktikan
bahawa pemikiran yang dianuti oleh Aizam Mas'od amat
sinonim dengan apa yang dibawa oleh golongan Wahabi
dalam membicarakan konsep Nur Muhammad.
Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan
di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal
Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM)
kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos
1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir
berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang
bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya
mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat
bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan
tidak disiarkan di media massa.
zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-
kepada
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
kepada
نبي محمد صلى الله
ليس لها من دون الله كاشفة
Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih
baik yang ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan
yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu
'hasbi rabbi..' ditukar kepada 'hasbiyallah...' kerana
'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan oleh al-Qur'an dalam
surah al-Taubah ayat 129.
kerana menisbahkan salawat kepada 'nur' bukan kepada
nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin
'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah
Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'.
konsep Nur Muhammad sedangkan para ulama memanggil Nabi
Muhammad s.a.w. dengan "Nur" berdasarkan firman Allah swt dalam
Surah Al Maaidah ayat ke 4 yang bermaksud,"Sesungguhnya telah
datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.)
dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya".
Selaku Pegawai Aqidah di JAKIM, sepatutnya Aizam Mas'od mestilah
hormat dengan apa yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM
sendiri, Datuk Mustafa Abdul Rahman dalam satu kenyataannya
tentang Wahabi di akhbar Bernama. Sebaliknya Aizam Mas'od
dilihat seperti cuba menyembunyikan agendanya sendiri apatah lagi
pemikiran Wahabi yang dipromosikan oleh Aizam Mas'od dibongkar
oleh Ustaz Zamihan Bin Mat Zin al-Ghari dalam bukunya "Siapa
Sebenarnya Wahhabiy"?. Demi untuk menyelamatkan dirinya dari
diketahui oleh orangramai tentang kegiatannya mempromosikan
Wahabi di JAKIM, maka Aizam Mas'od bertindak pula melabelkan
Ustaz Zamihan sebagai pembawa ajaran Syiah tanpa ada
buktinya. Yang jelas bagi kami pendukung Ahli Sunnah Wal Jamaah
yang mencintai Ahli-Bait dan merayakan Sambutan Hari Asyura
akan dituduh oleh Aizam Mas'od sebagai Syiah. Dari beberapa
sumber yang sahih dari JAKIM sendiri, saya menerima maklumat
bahawa Aizam Mas'od kini sedaya upaya cuba menyekat dakwah
yang dibawa oleh Ustaz Zamihan al-Ghari dengan mentohmah beliau
agar dakwahnya dapat disekat.
Salah satunya ialah tentang konspirasi yang dilakukan oleh Aizam
Mas'od untuk menyekat Ustaz Zamihan untuk menyampaikan
dakwahnya di seluruh Sabah baru-baru ini. Oleh itu saya amat
berharap agar pihak tertinggi di JAKIM dapat melihat tentang
bahayanya apabila adanya Pegawai Aqidah seperti Aizam Mas'od
terus berkhidmat dengan JAKIM dan dalam masa yang sama secara
halus ingin mempromosikan fahaman Wahabi yang diasaskan oleh
Muhammad Ibn Wahab kepada masyarakat umum
.Artikel di bawah sudah cukup bagi saya bahawa fahaman Wahabi
adalah ditolak oleh JAKIM tetapi bukannya oleh Aizam Mas'od.
PUTRAJAYA 27 Nov. – Fahaman wahhabi jika tidak disekat amalannya
boleh menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa
Abdul Rahman. Beliau berkata, Jakim berpandangan serius mengenai
penyebaran fahaman ini yang boleh menyebabkan umat Islam bertelingkah
dan tidak sealiran pendapat mengenai sesuatu amalan sunat yang sudah
diketahui ia biasa diamalkan di negara ini. Fahaman itu yang dikenalpasti
diamal dan disebar di kalangan orang Islam oleh segelintir pensyarah tidak
wajar diikuti kerana ia boleh membantutkan semangat kesederhanaan
dan ukhwah dalam Islam yang dibawa dan diamalkan sejak Islam bertapak
di Malaysia, menurutnya.
Katanya Jakim sedang mengawasi golongan pangamal Wahhabi ini dan
sedang memantau kegiatan dan cara fahaman ini disebarkan oleh
pengamalnya, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Mustafa berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Mingguan Malaysia
hari ini mengenai fahaman wahhabi yang dikatakan sedang tersebar meluas
di negara ini terutamanya di kalangan golongan intelek Islam.
Menurut laporan itu, universiti tempatan difahamkan telah dijadikan pangkalan
dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakoservatif itu.
Beliau berkata fahaman Wahhabi pada mulanya diikuti secara `sendiri-sendiri’
oleh pengamalnya tetapi bagaimanapun ia telah disebar kepada orang lain kerana
memikirkan ia `wajar’ dikongsi bersama.
Secara ringkasnya fahaman wahhabi ditakrifkan sebagai amalan yang menyifatkan
kebanyakkan amalan sunat golongan ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan orang
Islam di negara ini tidak perlu, katanya. Amalan-amalan sunat ahli sunnah wal-jamaah
adalah di`pantang’kan daripada dilakukan oleh pengikut fahaman wahhabi.
“Tapi bagi kita (Jakim) dan orang Islam yang lain amalan-amalan seperti tahlil arwah,
membaca surah Yasin pada malam Jumaat, membaca qunut dan talqin misalnya)
tiada apa salahnya daripada segi Islam.” “Daripada segi Islam, amalan yang diamalkan
orang Islam adalah sama ada termasuk di dalam `bid’ah Hassanah’ atau
`bida’ah Sayyi’ah` maknanya (amalan) baik dan juga tidak baik.”
“Yang kita buat hari ini (amalan sunat) baik-baik belaka, tiada apa salahnya,
” kata Mustafa. Katanya Jakim akan bertegas untuk menyekat daripada tersebarnya
fahaman ini bagi mengelakkan daripada perpaduan Islam terancam.
Beliau berkata Jakim telah mengadakan kajian mengenai fahaman ini dan boleh
mengambil tindakan mengikut undang-undang kepada sesiapa terbukti menyebarkan
fahaman ini. – Bernama
BUKTI!!! Aizam Mas'od "PROMOTER" kepada pegasas WAHABI
MUHAMMAD IBN WAHAB!!!
Dipetik dari http://www.hanifsalleh.blogspot.com.