Setelah kecewa dengan pembongkaran berbukti kukuh tentang pemikiran dan fahaman Wahhabiy oleh Us Zamihan al-Ghari, muncul Mohd Aizam Mas'od (MAM) dengan sewenang-wenangnya ingin mengharamkan buku Us Zamihan : Salafiah Wahhabiyah Satu Penilaian. Saya difahamkan usaha MAM ini bermula semenjak 2006 lagi. Iaitu setelah beliau diterima masuk sebagai pegawai JAKIM. Salah seorang dari KPP Bahagian Penyelidikan dan Ahli Panel Jawatankuasa Kajian Akidah JAKIM pernah memberitahu saya berkenaan tindakan MAM ini. Nampak ketara bahawa beliau tidak senang hati dengan kritikan terhadap Wahhabiy.
Apa nak dihairankan sangat, sebelum MAM menyertai JAKIM, beliau telah menulis beberapa artikel menyanjung tinggi Muhammad Abdul Wahhab (pengasa Wahhabiy). Beliau dengan penuh takzim menggelarkan pemimpin Wahhabiy tersebut dengan gelaran Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab. Soalnya, setakat mana keilmuan Muhammad Abdul Wahhab?. Berapa banyak karya aslinya yang disumbangkan kepada kesarjanaan Islam berbanding mukhtasar-mukhtasarnya? Siapakah yang mengiktiraf Muhammad Abdul Wahhab sebagai Syeikhul Islam al-Imam? Orang sezaman dgn Muhamad Abdul Wahhab atau selepas Kerajaan saud dibantu British? Bagaimana pula dgn pandangan ulamak muktabar dalam hal ini?
Sebaliknya, bagaimana pula dengan doktrin takfir Muhammad Abdul Wahhab terhadap umat Islam? Apakah tindakan muhammad Abdul Wahhab menyerang, merampas dan membunuh umat Islam dianggap sebagai 'jihad fi sabilillah'? Bagaimana pula dengan beratus kitab yang dikarang ulamak muktabar menjelaskan tembelang Wahhabiy? Apa yang hendak dipertahankan MAM sebenarnya sehingga beliau gigih membela dan menyanjung Wahhabiy? Apakah beliau simpati kepada fahaman Wahhabiy atau memang nak jadi pahlawan Wahhabiy? Lu pikir la sendiri..
Lihat sahaja tulisan Ustaz Aizam Mas'od yang begitu sinonim dengan pemikiran Wahhabiy di laman http://al-fikrah.net/News/article/sid=928.html. Lihat juga beberapa artikelnya yang diterbitkan atas nama JAKIM membela Wahhabiy. Artikel ini membuktikan bahawa fahaman Wahhabiy yang dibawa beliau begitu ketara sekali. Jika anda ke bahagian Penyelidikan JAKIM dan pertanyakan tentang Wahhabiy..ternyata jawapan yang diberikan mereka agak pro Wahhbiy. Apa semua ini?
MAM juga pernah mendakwa bahawa Pengerusi Jawatankusa Fatwa Kebangsaan sendiri telah memuji tokoh Wahhabiy dalam jurnal akademik UKM sehinggakan masyarakat terpedaya dengan tindakan sesetengah individu yang membayangkan seakan JAKIM mengiktiraf Wahhabiy. Padahal itu pandangan peribadi Tan Sri Shukor Husin sahaja yang kekurangan sumber kajian tentang Wahhabiy. Dan JAKIM tidak pernah mengiktiraf Wahhabiy. Bahkan sebelum ini terdapat 12 kali mesyuarat JK Fatwa Kebangsaan berkaitan Wahhabiy. Keputusannya jelas bahawa JK Fatwa bertindak untuk menyekat fahaman Wahhabiy dari disebarkan. Bukan kerana sad al-Zara'ie..tapi mmg kerana akidah Wahhabiy menyeleweng. Baca la beratus karangan ulamak tenatng Wahhabiy tu bro.
Saya melihat MAM sebenarnya ketiadaan hujjah dalam membela Wahhabiy. Namun akibat timbul rasa tidak senang hati keatas Us Zamihan maka dengan mudah beliau mengaitkan Us Zamihan dengan syiah. Rakaman video di atas menjadi saksi bahawa beliau sanggup mentohmah Us Zamihan sebagai syiah sebelum kemunculan buku Us Zamihan : SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY lagi. Tapi bila bersemuka dengan Us Zamihan dalam Kelas Tafaqquh atau majlis2 JAKIM..pandai pula berlakon. Wahhabiy pun taqiyyah juga ke? Bagi saya, jika Us Zamihan tidak membuat pendedahan pun..Aizam mas'od mmg dikenali dengan pegawai JAKIM yang bias Wahhabiy. Beliau sebenarnya adalah tukang fitnah. Jika tidak sila bawakan bukti tentang kesyiahan Us Zamihan sebagaimana yang enta dakwakan. Silakan syeikh..jangan hanya pandai melempar batu sembunyi tangan.
Untuk itu, Saya menyarankan agar Ketua Pengarah JAKIM membuat satu siasatan rapi ke atas MAM dan rakan-rakanya dalam Penyelidikan JAKIM.Atau beliau bersama kroninya ditukarkan ke tempat lain. Hal ini penting sebelum satu persatu racun Wahhabiy menular dalam tulisan terbitan JAKIM tanpa kita sedari. Jika ini tidak dilakukan, JAKIM sendiri akan terkena bahang fitnahnya. Malah tidak mustahil Negara ini akan mendapat bala dengan fahaman Wahhabiy yang akan menghancurkan kesatuan ummat dan merosakkan aqidah umat Islam keseluruhannya.
ikhlas dari saya,
Hanif Soleh
No comments:
Post a Comment
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)