Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Dan
Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
MOHON TITAH PERINTAH ISU JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) MENYELAMATKAN BEBERAPA UMAT ISLAM DI GEREJA
Kehebatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor sebagai pemimpin amatlah disanjung dan dijulang. Kehaibatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor menyelesaikan apa-apa isu yang timbul sememangnya bernas dan dinilai ia berdasarkan ketegasan mempertahankan Islam sebagai agama yang mulia mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Allah Exists Without A Place). Patik insan yang faqir disisi Robnya sukacita merujuk kepada perkara di atas
2- Isu di Selangor berkaitan pemeriksaan JAIS baru-baru ini ke atas beberapa individu muslim di sebuah gereja yang tidak berdaftar telah memperhangatkan bualan masyarakat dan timbul perasaan dan tindakan tidak senang dari pelbagai lapisan pemikiran masyarakat. Pelbagai cara dikaitkan dengan isu ini demi kepentingan kemasyhuran masing-masing dan tujuan selainnya sehingga ia kelihatan dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu yang mungkin boleh membawa kepada pertelingkahan dan perbalahan yang besar antara masyarakat.
3- Pandangan dari saf kepimpinan Islam dilantik negara dalam isu agama ini seolah tidak lagi dilayan bahkan diherdik dan dikritik dengan tidak beradab sehingga boleh menjejaskan nama baik Islam itu sendiri. Sekalipun jabatan agama negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang memberi pandangan dalam isu ini untuk kebaikan umat sejagat ia tetap dipandang serong oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan kumpulan masing-masing.
4- Justeru itu patik mewakili umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jam'ah sebenar (Al-Asya'irah bukan Musyabbihah moden) memohon titak perintah dari tuanku berdua dalam menangani isu ini dengan selamat dan ia akan dipatuhi. Sebelum ini titah tuanku telah banyak menyelesaikan masaalah yang timbul. Segala titah perintah tuanku berdua dalam isu ini sememang akan menmbuahkan hasil penyelesaian yang terbaik berdasarkan Al-Quran, Al-Sunnah.
5- Setelah warkah pertama patik yang tidak seberapa ini dibaca tuanku berdua. Dimohon agar titah perintah Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor berkaitan isu ini kelak dihebahkan kepada media untuk disalurkan titah perintah tersebut kepada masyarakat umum.
Sekian, ampun tuanku.
Wassalam.
Patik Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary (019-3801979)
www.abu-syafiq.blogspot.com
11-Ogos-2011 Jam 10.00pagi.
Dipetik dari sini
http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/08/isu-jais-gereja-warkah-terbuka-buat-dua.html
No comments:
Post a Comment