Thursday, May 5, 2011

Mufti Perlis Wajib Bertaubat & Mohon Maaf

Assalamu'alaikum.

Adalah terlalu melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai SESAT, Khawarij dan Pengkhianat Islam. Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca/menghina keatas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam. Bukan perbincangan kepartian yang diutarakan disini tetapi ghuluw/melampau dalam menghukum adalah sikap yang amat memalukan institusi agama negara, inikan pula dihentam secara melulu. Dengan ini diminta agar Mufti Perlis menarik kembali dan bertaubat dari kata-kata yang menghukum ulama Islam dan umat Islam secara umum sebagai SESAT,KHAWARIJ dan PENGKHIANAT ISLAM. Mohon tarik balik dan bertaubat dengan segera sebelum terlambat.

 MalaysiaKini

MalaysiaKini2

themalaysianinsider

utusan

http://www.kl-today.com

1 comment:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM ZIARAH USTAZ. MOHON KEIZINAN DARI USTAZ UNTUK SAYA PETIK ARTIKEL USTAZ YANG MENARIK INI DALAM BLOG SAYA. SEMOGA PERJUANGAN USTAZ DAPAT DI SEBARKAN DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENGHALANG KEBATILAN..AMINN

Visit Bil.