Tuesday, April 26, 2011

Syeikh AbdulRahman Sudais Bukanlah Seorang yang Maksum Dan Tidak Boleh Dikritik



Sesiapa sahaja boleh mengkritik dan dikritik kecuali para Nabi dan Rasul yang diberikan ismah (kemaksuman) oleh Allah SWT. Kritikan beradab adalah amalan sihat dan digalakkan dalam Islam kerana ia boleh dijadikan mekanisme penentuan baik-buruk atau benar salah sesuatu perkara. Ia juga digunakan sebagai instrumen penambahbaikan bagi seseorang. Justeru kita melihat sesiapa sahaja yang berharta, berkuasa atau bertahta tidak sunyi dari kritikan. termasuklah kritikan saya terhadap Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais yg memegang jawatan Imam Besar dan Khatib Masjid Haram di Mekah al-Mukarramah. Beliau seorang tokoh yang seringkali mengkritik ulamak sunni, kerajaan saudi dan umat Islam...tentunya tidak terlepas dari kritikan.

Saya tidak kisah jika beliau hadir ke Malaysia membicarakan tentang dakwah, pembangunan modal insan dan ketamadunan Islam. Malah saya menyanjunginya atas usaha dakwah, nasihat dan bimbingan berkenaan. Jazakumullah khayran ya Syeikh.

Namun jika beliau hadir dalam Seminar Berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah di Royal Chulan hotel pada 22-24hb April lalu bertujuan memberi sokongan dan kredit kepada speaker-speaker berfahaman Wahhabiy dan menyokong dakwah Wahhabiy ia adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Ini kerana :

1) Fahaman Wahhabiy tidak diterima pakai di negara ini.

2) Fahaman Wahhabiy bukanlah satu mazhab yang setaraf dengan mazhab muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3) Metodologi Fahaman Wahhabiy sering bertentangan dengan Fatwa dan metodologi pengurusan Islam di negara ini.

4) Sering menimbulkan kerancuan terhadap umat Islam dengan isu remeh (khilafiyyah).

Tambahan pula, beliau merupakan tetamu kerajaan dan tidak wajar jika ingin bersikap campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam negara kita. Apatah lagi menghadirkan diri ke seminar yang dianjurkan tanpa permit dari Jabatan Agama dan pihak keselamatan negara kita.

Saya pun hairan mengapa JAWI tidak mengambil tindakan pada Seminar yang dianjurkan tanpa permit dan tauliah berceramah. Dan Saya yakin bahawa kebanyakkan speaker yang bercakap (samada penceramah tempatan, Thailand dan Arab Saudi) tidak ada tauliah berceramah. Ia berbeza dengan JAIS. dan saya difahamkan sebelum ini penganjur bercadang untuk mengadakan seminar di De Palma, Ampang. Namun, atas arahan Tuanku Sultan Selangor, seminar tersebut terpaksa dialih ke Royal Chulan Hotel. Mungkin area Kuala Lumpur lebih 'selamat' berbanding Selangor. Memang pelik jika ada peruntukan undang-undang dan aduan..tetapi tidak ada penguatkuasaan terhadapnya.

Berbalik kepada isu Syeikh al-Sudais. Secara peribadi saya katakan bahawa beliau salah seorang Syeikh Salafi yang bercakap tidak serupa bikin. Semasa dia di Malaysia di ceramah-cerahamnya & khutbah di Masjid Wilayah, beliau berkata :

kita tidak boleh melampau dalam menghukum, jgn membawa perkara yg memecah belah ummat & bersatulah. 

Tetapi dalam masa yang sama beliau juga yang bersifat melampau dalam menghukum. Buktinya :

1- Syeikh As-Sudais menghukum secara melampau kononnya AMALAN MAULID RASUL sebagai amalan yang SALAH. Bahkan menganggap sambutan MaulidurRasul sebagai BID'AH yang SESAT. Dan sesiapa yg menyambutnya dikira SESAT. Beliau juga secara terang-terangan menyatakan amalan sambutan Maulid itu adalah perbuatan MUNGKAR dan perlu dicegah. Tidak cukup dengan itu, beliau secara tegas mendakwa sambutan maulidRasul adalah AMALAN SERUPA AHLI KITAB DAN SERUPA GOLONGAN KAFIR. Subhanallah.

Tidak cukup dengan dakwaan di atas, beliau secara keras mendakwa TIDAK SAH IMAN (JADI KAFIR) SESIAPA YG BUAT BID'AH INI & MAULID. La haula wala quwwata illa billah. Bukankah ini dari jalur fahaman ekstrem? Dan apakah fahaman jenis ini tidak boleh dikritik memandangkan beliau tetamu Kerajaan dan berjawatan Imam Besar Masjidil Haram. Dan apa pula kesannya kepada umat Islam sedunia yang menyambut MaulidRasul saban tahun? Dan bagaimana pula dengan pemerintah kita yang menyambutnya? Bukankah beratus dan beribu ulamak sunni mengharuskan kita menyambut maulidRasul? Apakah jenis fahaman beliau? Sesuaiakah fahaman jenis ini disampaikan di negara kita?

Justeru, tidak hairan jika beliau hadir ke seminar untuk bersama-sama dengan orang yang se pemikiran dengannya. Jika tidak, untuk apa belia hadir ke seminar berkenaan dan turut menyampaikan kata-kata aluan.

Semua kenyataan dan ucapan di atas boleh didapati secara jelas dalam Khutbahnya sendiri yg disampaikan utk semua umat Islam ketika beliau berkhutbah di Mekah al-Mukarramah. Berikut merupakan link&download rakaman khutbah Syeikh al-Sudais..Sila dengar baik2 dan faham betul2 :


http://audio.islamweb.net/audio/downloadmp3_.php?audioid=28232

Manakala teks khutbah itu telah dicatat dan boleh didapati disini : http://iman.hooxs.com/t105-topic

Imam al-Sudais juga mendakwa bid'ah lagi sesat jika kita menyambut Israk dan Mikraj. Isu ini boleh didapati pada teks khutbahnya yg diletakkan dlm laman webnya sendiri:

- http://www.alsudays.com/articles.php?action=show&id=34

Imam As-Sudais juga mendakwa Org Kafir Quraish lebih memahami makna Tauhid Dua Kalimah Syahadah daripada orang Islam yang meminta pada org lain (maksud dia sudah pasti yg bertawassul itu syirik) . Isu ini boleh didapati di webnya sendiri : http://www.alsudays.com/articles.php?action=show&id=50

Sebenarnya, banyak lagi pendapat-pendapat yang pelik yang ditimbulkan beliau. nantikan pendedahan kami. Disebalik semua ini timbul persoalan : Apakah seseorang yang berilmu tidak boleh mengkritik pandangan Imam ini sedangkan beliau bukanlah seorang yang maksum.

Mengapa timbul seruan dari anak-anak Pak Wahhab yang membantah kenyataan saya. Bahkan mereka menuntut Kerajaan memecat saya semata-mata kritikan sebegini. Ternyata mereka tidak 'gentleman' dalam bicara ilmiah dan ketandusan hujjah serta begitu fanatik dengan Syeikhnya. 

Semoga Allah mengembalikan kita kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, menjauhkan kita dari fahaman ekstrem, bersikap fanatik dan melampau batas dalam menghukum umat Islam.

12 comments:

A.Fathi said...

100% benar apa yg ustaz utarakan

Nasrullah al-Qadahi said...

ni syeikh, kalu nk membantah syeikh sudais, datangkan dalil percakapan beliau yg bercanggah dgn quran dan sunnah..kita bkn taksub..bkn tdk boleh dikritik..tapi nk kritik, datangkan hujah..kita bkn taksub mcm anda yg terang2 taksub dgn satu mazhab dan taksub dgn aqidah asyairah..DATANGKAN DALIL BAHAWA PERCAKAPAN BELIAU BERCANGGAH DGN QURAN DAN SUNNAH..MCM NI PUNYA BERCAKAP BOLE JADI PEGAWAI JAKIM???ALLAHUL MUSTA'AN

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

ya syeikh Nasrullah. Apa hukum orang yang mengkafirkan orang Islam ? Adakah umat Islam yang solat di belakang beliau di Masjidil Haram adalah kafir hanya kerana menyambut maulidul rasul yang di dalamnya ada membaca selawat, membaca al Quran, zikruLlah ? bahkan ada majlis tausiyah? ?

Dan masuk neraka kerana menyambut isra' dan mi'raj ?

Saya lihat anda ini pun tak layak nak guna nama NASRULLAH. Amat memalukan dan perbuatan anda ini bertentangan dengan AL QURAN DAN SUNNAH.

p/s : Kita bukan taksub (kata nasrullah) - tapi bila lihat tulisannya memang taksub dengan syeikh sudais. Maksum ?

jejak dunia untuk akhirat said...

betul jugak tu...ini kira adillahkan puak salafi selalu kritik Imam Syafie..klu bnding Sudais ngn Imam Syafie..Lu pikirlah sndri

pemilik blog faqir said...

ulama saudi termasuk syeikh sudais terlalu rigid dengan bab hukum terutama hadith ppular mengenai hukum sesuatu yg baru bukan dari nabi adalah bid'ah....tetapi syeikh perlu ingat syeikh perlu menghormati waqi' dan situasi rakyat Malaysia yang sudah terlalu lama dengan amalan maulid dengan niat memuliakan dan menghidupkan sunnah Rasulullah...syeikh tetamu kerajaan Malaysia,maka yeikh sudais semestinya tau adab sbgai ttamu..mungkin dikalangan yang hadir dalam seminarnya turut tidak bersetuju dengan kenyataan syeikh yang begitu rigid dalam memberi hukum,tetapi disebabkan beliau seorang imam besar masjid mulia,jadi amat segan atau malu untuk mengkritik beliau...akan tetapi syeikh sudais tinggak di arab saudi yang rata-rata ulama2 nya sudah sebati dengan manhaj sunnah, tetapi syeikh sudais lebih berhati-hati dalam memberi komentar hukum lebih2 lagi apabila dia berada diluar saudi...

Hamba Allah. said...

Syukran dan Syabas Ustaz Zamihan yang bernai menegakkan kebenaran tanpa berselindung.Hendaknya akan ada ramai laGI para Ustaz2 yang berjawatan berani menegakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah TANPA perlu takut dan gentar.Sekali lagi Syabas Ustaz Zamihan.

JeffalQura said...

Sudah diberikan bukti masih meminta bukti.walau diutarakan 1000 dalil, jika hati tidak terbuka oleh Allah, seperti mencurah air di daun keladi. cuba anta amalkan membaca mana2 istighfar 100 kali atau lebih setiap hari. Dan lihat ada perubahan tak dalam 30 hari.ingatan untuk pengkomen juga ini juga...

Muhammad said...

Nasrullah tu buat malu orang Kedah jer yang hampir 100% berfahaman ASWJ (wahabi tak termasuk yer)

akarimomar.wordpress.com said...

Tahniah Ustaz.

http://muafakatmalaysia.wordpress.com/2011/04/27/ancaman-fahaman-fahaman-asing-terhadap-akidah-ahli-sunnah-wal-jamaah-di-malaysia/

IsLaM @ The Way Of LiFe.... said...

Skong pndapat JomFikir...

alqadahi said...

فالعجب كل العجب أن يكون كفار قريش أعلم بمقتضى هذه الكلمة من بعض من ينتسبون إلى الإسلام اليوم، ممن يكررون هذه الكلمة ويلقونها بألسنتهم بدون وعي، فتجدهم يقعون في صرف بعض أنواع العبادة لغير الله، فما معنى لا إله إلا الله عند هؤلاء وما فائدتها؟...!

ini adalah petikan khutbah syeikh as-sudais..maksud syeikh sudais dgn "kuffar quraisy lbih memahami makna laa ilaha illallah" adalah, mereka org arab, kafir mengetahui jika mereka mengucapkan kalimah tersebut, maka mereka harus meninggalkan segala sembahan mereka dan meletakkan seluruh kebergantungan, keibadahan mereka terhadap Allah..berbeza dgn muslim skrg, yg mengucapkan kalimah tauhid tersebut, tetapi keibadahan, kebergantungan mereka tdk seratus peratus terhadap Allah..inilah perbandingannya..dan juga tidak ana dapati dlm seluruh khutbah ini beliau mengatakan org tawassul adalah syirik seperti yg ustaz zamihan dakwa..ittaqillah ya akhi..jangan memutar belit fakta wahai ustaz zamihan

Panglima tua said...

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Tabik pada ust zamihan. Sangat beradab dalam ucapan dan penulisan, walaupun pada musuh agama!

Orang2 seperti Suddais yang berfahaman wahabi ini tak layak di gelar Imam solat apalagi Ulama'. Dia adalah kudis dan racun dalam jasad. Bahkan Wahabi adalah musuh Islam.

Bagi mereka tak puashati dengan ust zamihan, Tak payah minta dalil2 dan hujjah kejahatan wahabi. Sudah terlalu banyak hujjah2 Ulama Ahlus Sunnah. Rujuk sini..

http://kerjayahalal.blogspot.com/2011/02/ulama-ahlus-sunnah-menyatakan-kesesatan.html

Teruskan perjuangan ust zamihan. Jangan pedulikan salakan manusia2 yang menyalak di perjalanan!

Visit Bil.