Monday, March 21, 2011

Pengharaman Buku-Buku Rasul Dahri al-Wahhabiy


Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang dengan ini telah membuat keputusan berikut : 

 1) Bahawa buku-buku tulisan Encik Rasul Dahri adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang sebagaimana pengharamannya di peringkat kebangsaan.


2) Buku-buku tersebut ialah :-
    i) Tajuk : Bahaya Taqlid Buta Dan Ta'sub Mazhab
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
    ii)  Tajuk : Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah Tahlilan, Yasinan dan Selamatan
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
   iii) Tajuk : Amalan-amalan Bid'ah  Pada Bulan Sya'ban
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
   iv)  Tajuk : Bahaya Tariqat Sufi / Tasawuf Terhadap Masyarakat
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
  v)  Tajuk : Hukum Mengenai Rokok Dan Mencukur Janggut
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
 vi)  Tajuk : Setiap Bid'ah Menyesatkan
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
vii)  Tajuk : Persoalan Bid'ah Menyesatkan
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
3. Pengharaman buku-buku ini adalah kerana didapati boleh :-
    i) Bercanggah dengan garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam.
       (a) (i) Mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ali Sunnah   Wal Jamaah.
        (b) (ii) Menyebarkan kenyataan yang menggemparkan fikiran orang ramai dan menimbulkan keraguan dan kegelisahan kepada masyarakat awam.


4. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar kandungan buku tersebut adalah dilarang sama sekali.


5. Pengharaman ini juga meliputi untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasi atau apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau apa-apa media atau apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran dan isi kandungan buku-buku tersebut.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Nombor Rujukan: 
 PU/PP 3200 Jld. 1

1 comment:

  1. Assalamu'alikum,

    apa guna buku diharam ttp orangnya masih bebas mengembangkan ideologynya di masjid2 di Malaysia sedangkan dia warga singapura.

    Patut JAKIM lebih tegas dengan beliau, haramkan beliau mengajar di malaysia! Malah dia ada website yg punyai beribu peminat.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)