Thursday, April 15, 2010

PUBLISITI MURAHAN

Telan air liur: Asri diminta beri penjelasan


SHAH ALAM 13 April - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memberi penjelasan berhubung 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwanya dilakukan oleh seorang tokoh agama di negeri ini. Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kerjasama Mohd. Asri itu amat diperlukan kerana setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut . "Setakat ini, memang kita tidak membuat tindakan kerana tidak tahu mengenai perkara yang didakwa oleh beliau (Mohd. Asri).


"Namun apabila ia didakwa oleh seorang bekas mufti, ini amat berat dan kita perlukan kerjasama beliau untuk menjalankan siasatan, kalau betul ada bukti tindakan tegas akan diambil. "Dalam hal ini Mohd. Asri tidak boleh mempersoalkan mengapa JAIS mengambil tindakan ke atas pensyarah yang tidak ada tauliah tetapi kes ini (telan air liur) tidak diambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Mohammed Khusrin memberikan penjelasan demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohd. Asri yang disiarkan dalam kolum beliau di portal berita propembangkang, Malaysiakini. Mohd. Asri mendakwa, upacara telan air liur tokoh agama untuk mendapat keberkatan itu dilakukan di sebuah masjid oleh seorang yang ada tauliah dan berjawatan di Selangor.


Menurut bekas Mufti Perlis itu, pengikut tokoh agama yang menghadiri kuliahnya akan disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liurnya.
Mohammed Khusrin memberitahu, dakwaan tersebut adalah kes pertama yang didengar oleh JAIS tetapi sehingga kini pegawai-pegawainya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara berkenaan.


ULASAN :


1) Setelah disepikan dari media arus perdana, Dr MAZA tetap juga mahu mencari publisiti. Isu kecil sengaja diperbesarkannya kepada media. Terutamanya isu yang melibatkan JAIS yang bertindak menangkap dan mendakwanya mengajar agama tanpa tauliah. Beliau sememangnya bersalah kerana membelakangi undang2. Tetapi beliau tetap ingin menampakkan kepincangan di pihak orang lain.


2) Isu 'Telan air liur' seorang tokoh agama bukanlah isu besar yg perlu dikaitkan dengan JAIS. Tetapi sengaja ditimbulkan bagi memperlihatkan kpd masyarakat seolah-olah JAIS tidak peka dengan situasi yang berlaku. Dr Maza kelihatan ketandusan modal agama untuk menglamerkan dirinya.Nampaknya, beliau masih berpegang dgn prinsip : in tukhalif tu'raf.


3) Selaku sarjana hadith, Dr MAZA sepatutnya tampil membawakan riwayat yang sahih tentang isu berkenaan. Bukannya sekadar meluahkan dlm portal politik secara umum. Bagi saya, MAZA amat biasa dgn pendekatan mengkritik secara tidak membina dan mempersalahkan orang lain. ia sinonim dgn metodologi Wahhabiy yang menganggap diri mereka yang paling benar dan menyalahkan pihak lain dgn tuduhan 'tidak sunnah' @ tidak islamik. Macam sama jek?


4) Tindakan Ustaz yg meludah air liur ke dlm air jampi utk ditelan bagi org lain mmg salah dan bertentangan dgn perubatan Islam. Ia bukan sekadar tidak bersandarkan nas. Tetapi ia juga bermaksud menghina mereka yang memerlukan bantuan spiritual berkenaa. Perbuatan ini tidak dilakukan oleh org yang berakal. Soalnya, jika Asri mempunyai fakta, dia seharusnya tampil mengemukakan bukti kpd JAIS selaku pihak berkuasa agama di Selangor. Jika tidak, Asri boleh dianggap fattan kerana mencetuskan polemik tanpa sebarang bukti. Hasilnya, publisiti murahan seperti ini hanya memerangkap asri sendiri. Sebenarnya dah ramai dikalangan kita yang 'tertelan airliur' Asri tanpa sedar.Miskin - miskin.

3 comments:

  1. Assalammualaikum Ustaz..

    terbaru,asri dlm tulisan di blog satira beliau dok salahkan Dato' Khusrin.

    Mohon dr asri jawab je la sapa Ustaz yg dituduhnya tu..Fitnah la dr asri..buat malu nama wahabbi nuu..

    ALLAH ALLAH..

    ana dok gelak sakan baca lawak dr asri..tu blum baca kisah jantung,tak pasai-pasai crita jantung.

    ALLAH ALLAH

    ReplyDelete
  2. salam,

    rasanya ini bukan kali pertama Asri cakap macam ni, banyak lagi dakwaan yang tidak berasas dan tanpa bukti hanya nak menampakkan kekalutan dan kecelaruan pihak lain sedangkan diri sendiri tak berpijak dibumi yang nyata. Jangan sampai Karpal Singh pula suruh kamu bertaubat Asri

    ReplyDelete
  3. salam.asri dah takde modal.air ludah tu nak tarik perhatian orang untuk baca column hentam tariqah naqsyabandi tu sebenarnya.mula kaji air liur.lepas ni kaji DNA pulak!

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)