Mangsa Ekstremis Agama
KABUL 1 Sept. - Militan Taliban telah bertindak ganas memotong hidung dan kedua-dua belah telinga seorang petani Afghanistan, Lal Mohammad, 40, ketika lelaki itu keluar mengundi pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 20 Ogos lalu."Saya menyesal saya pergi mengundi."Apa kebaikan yang saya dapat daripada mengundi?" katanya sambil menangis di katil hospital di Kabul. Lal adalah salah seorang daripada berjuta-juta penduduk yang tidak mempedulikan ancaman Taliban supaya tidak keluar mengundi dalam pilihan raya 20 Ogos lalu.
KABUL 1 Sept. - Militan Taliban telah bertindak ganas memotong hidung dan kedua-dua belah telinga seorang petani Afghanistan, Lal Mohammad, 40, ketika lelaki itu keluar mengundi pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 20 Ogos lalu."Saya menyesal saya pergi mengundi."Apa kebaikan yang saya dapat daripada mengundi?" katanya sambil menangis di katil hospital di Kabul. Lal adalah salah seorang daripada berjuta-juta penduduk yang tidak mempedulikan ancaman Taliban supaya tidak keluar mengundi dalam pilihan raya 20 Ogos lalu.
Sebelum pilihan raya itu, militan Taliban mengugut akan mencederakan pengundi serta melancarkan serangan peluru berpandu dan bom pada hari pengundian sebagai ancaman menghalang rakyat Afghanistan keluar mengundi. Lal berkata, dia menyesal tidak mengendahkan amaran itu. Ketika kejadian militan Taliban telah menyerbu, menahan dan memeriksanya sebelum dia dipukul dengan raifal AK-47 selepas mereka menemui kad pengundi bersama-samanya. "Selepas itu salah seorang daripada mereka (Taliban) mengeluarkan pisau dan meletakkannya pada hidung saya. "Saya merayunya supaya mereka tidak mencederakannya tetapi sia-sia," katanya, sambil menambah kata, dia pengsan dengan berlumuran darah dan hanya sedar beberapa jam kemudian apabila seorang penduduk kampung menemuinya. - Agensi
Ulasan :
1) Gerakan Taliban merupakan salah satu dari gerakan ekstremis kontemporari yang berdaftar atas nama agama Islam di Afghanistan. Perjuangan golongan ini muncul apabila mereka tidak berpuashati dgn peranan kerajaan campuran pemimpin Islam (Hekmatyar+Rabbani) yang dulunya berjaya mengalahkan penjajahan Soviet Union dahulu. Bagi Taliban, pihak pentadbir didakwa mereka tidak Islamik @ tidak Sunnah. Pergerakan ini akhirnya membentuk pakatan sendiri lalu mengangkat senjata memerangi golongan yang setentang dgn fahaman mereka. Kemunculan mereka persis kemunculan Gerakan Wahhabiy satu waktu dahulu. Mereka akhirnya bersekongkol dengan al-Qaedah untuk mendapat lebih kuasa dan pengaruh. Dan berjaya melakukan huru-hara dalam Afghanistan. Sehinggalah mengundang kehadiran tentera Amerika. Muncul pula mudharat yang lebih besar terhadap rakyat Afghanistan itu sendiri.
2) Setelah Hamid Karzai dilantik sebagai Presiden, keadaan huru-hara tetap tidak berubah. Malah gerakan yang berasaskan kepada ajaran Tauhid 3T dan al-Sunnah ini semakin mengganas. Mereka tidak segan silu menggunakan nama agama untuk melakukan serangan, tembakan dan pengeboman walaupun melibatkan umat Islam. Bagi mereka, umat Islam berkenaan tidak lagi mengamalkan Sunnah, Wala' kepada Amerika, Ahli Bid'ah, Sesat dan melakukan amalan khurafat lalu..dihalalkan semua tindakan mereka atas nama agama. Hingga kini, beribu nyawa umat Islam Afghanistan sudah menjadi mangsa. Dan kisah Lal Abdullah di atas adalah salah satu contoh kepada kekejaman Taliban.
3) Walaupun Isu Lal Abdullah adalah isu terpencil, namun kesannya begitu ketara. Dek kerana mengundi dalam pilihanraya je, telinga dan hidung beliau dipotong. Kenapa berlaku sedemikian. Ini kerana golongan Taliban berpendapat Pilihanraya itu tajaan Amerika, tidak ada zaman Nabi SAW, tidak Sunnah...lalu mereka memulaukannya dengan melakukan serangan, tembakan dan melancarkan peluru berpandu walaupun keatas umat Islam sendiri. Kalaulah Taliban tidak setuju dengan pilihanraya ini..mengapa umat Islam harus menjadi mangsa kekejaman mereka. Ternyata, mereka mengambil kebenaran dgn kekerasan. Mengapa tiada perasaan belas kasihan sesama Islam? Bahkan ingin diceroboh hak mereka sebagi muslim? Bukankah ini bertentangan hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Aku memerintahkan kamu supaya memerangi golongan kuffar (yg memerangi Islam) sehingga mereka mempersaksikan Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila mereka melakukan sedemikian, haramlah darah mereka dan harta benda mereka dengan sebab mereka memeluk Islam kecuali dengan cara hak yang ditentukan Islam dan perhitungan disisi Allah SWT."- riwayat al-Bukhari DLL.
4) Anda bayangkan jika situasi ini wujud dinegara kita. Sememangnya sudah ada golongan yang memboikot dan membid'ahkan umat Islam yang menyertai pilihanraya. Tetapi golongan mereka amat sedikit kerana baru mula berputik. Tetapi awas, bila mereka kuat...mereka akan mengkafir dan menyesatkan anda...Pabila mereka memiliki senjata..mereka akan mengancam keselamatan anda. Waspadalah terhadap sebahagian watak-watak militan modern yang berselimut ini. Diharapkan semua pihak mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Syukran.
Assalamualaikum wrh bkth, ya Ustaz, ana nak bertanya tentang hukum Fiqh Solat Jemaah.
ReplyDeleteAdakah salah jika makmum masih sujud, tetapi imam sudah bertasyahud? Jika Salah, apa dalilnya? Jika dibolehkan, apa dalilnya?
Baru-baru ini, saya bertanya banyak pihak dan banyak respond, namun, ada 2 jawapan.
Tidak boleh, berdasarkan hadith Muslim yang lebih kurang bermaksud, "Jika Imam rukuk, makmum kena rukuk, jika imam sujud, makmum kena sujud"..syarah Syeikh Uthaimin.
Namun, ada yang cakap boleh...tapi tak kemukakan hujah dan syarah2 imam2 tertentu..meminta rujuk kitab Fiqh Solat Jemaah. Namun, saya tidak ada kitab seperti itu.
Mohon, ustaz tolong jawabkan persoalan ini boleh?
Assalamualaikum wa rohmatullah, Ustaz;
ReplyDeleteAlhamdulillah, teburai sedikit kekeliruan yang melingkari otak ini tentang tahap pegangan Islam Taliban ini dengan penjelasan Ustaz ini. Tampaknya, mereka menggunakan Islam untuk mewajarkan tindakan mereka itu.
Menurut berita dari Metro, Osama bin Laden sebenarnay dah mati dan jelaslah kepada kita apa fahamannya: Wahhabi.....
ReplyDeletesila rujuk berita Metro Ahad 13/9/09.....berita dunia...