Tuesday, July 14, 2009

MEMBURUKKAN IMEJ AGAMA


Saya sebenarnya tidak ingin sesekali mengikut rentak Dr asri dalam penulisan stereotypenya. Tetapi, apabila seseorang itu bertindak melampau, maka kita perlu memperbetulkan apa yang dilakukannya. Cara beliau dalam memisterikan istilah 'Wahhabiy' agak keterlaluan. Bg saya. ia perlu dita'dibkan. Seorg sarjana tidak sepatutnya mengemukakan hujjah dgn alasan dogeng, menokok nambah cerita, memburukkan pihak berkuasa agama semata2 utk dianggap hero. Sayangnya, itulah yang berlaku jika kita meneliti kebanyakkan hasil tulisan beliau. Masa demi masa, hobinya tetap sama.

Perhatikan dakwaannya dalam memburukkan ahli agama dengan katanya : ”Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: "Siapa tak setuju dengan saya dia Wahabi".


Katanya lagi : "Di sesetengah tempat, seseorang dituduh Wahabi kerana menentang amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat.

Dr Asri menambah lagi : ”Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar 'ustaz', bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka 'sang ustaz' itu dengan mudahnya akan menyebut: 'awak Wahabi'.
Asri menulis lagi : ”Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar 'ustaz', bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka 'sang ustaz' itu dengan mudahnya akan menyebut: 'awak Wahabi'.

Asri menulis lagi : "Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah 'mereka ini' apabila menjadi 'penasihat-penasihat' bank, bagi memenuhi keperluan bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab.


Ulasan :

1) Soalnya ialah, apa yang diingat oleh Dr Asri tu dari mana datang puncanya. Mana isnadnya tuan syeikh.?


2) Sebenarnya, Jenama 'Wahhabiy' tidak diberikan kpd perselisihan khilafiyyah tuan syeikh. Sebaliknya, jenama "Wahhabiy" merujuk kpd metodologi dalam memahami agama. Mafhumnya, sesiapa sahaja yg memahami agama menurut kaedah pemahaman dan tindakan Muhammad Abdul Wahhab layak dikira Wahhabiy. tak kiralah samada seseorg itu melayu, cina, india, amerika, euro, afrika @ arab sekalipun. Nampaknya, entum sendiri tak memahami Wahhabiy. Anehnya cuba memisterikan Wahhabiy.


3) Dakwaan Asri "orang yang menentang amalan khurafat" dituduh Wahhabiy..." adalah tidak benar sama sekali. Secara dasarnya, pihak Majlis Fatwa, JAKIM, Jabatan Agama, Jabatan Mufti, Majlis Agama @ NGO lain ditubuhkan untuk mempertahankan kesucian akidah. Sekaligus memerangani khurafat, bid'ah @ apa jua bentuk kesesatan yang disepakati ulamak menyalahi syarak. Mereka tidak dituduh Wahhabiy pun. Tetapi, kenapa ada pihak yang mendakwa diri mereka memperjuangkan aliran Salaf, Sunnah, Tajdid...selalu membid'ahkan (menyesatkan) umat islam yg berqunut subuh, berzikir & berdoa beramai2, bertahlil, baca yasin mlm jumaat dan lain2. Jika ia dari amalan furuk, kita sepatutnya berlapang dada. Bahkan terima dgn baik kerana ia diputuskan pihak autoriti agama. Malangnya, ada golongan yang menentang dan galak bertindak menyesatkan umat Islam, inilah sebahagian wajah-wajah wahhabiy.

4) Mengambil pandangan ulamak berasaskan kpd mazhab muktabar adalah sesuatu yg rutin diamalkan para ulamak sekian lama. Ia tidak beerti anda menjadi wahhabiy. Sebaliknya, ia menunjukkan betapa luasnya hukum hakam dlm Islam dan betapa tingginya nilai ijtihad ulamak berkenaan. Soalnya, kenapa Asri menpersoalkan tindakan penasihat-penasihat bank di Msia yang mengambil pandangan ulamak mujtahid utk diamalkan secara lebih luas berhubung muamalat? cuba tuan-tuan buat semakan dari bank2 yg ada, nescaya tuan-tuan dapati bahawa penasihat syariah yg dilantik bukan terdiri dari pelobi @ individu yg sembarangan. Lgpun pihak bank ada kriteria tersendiri dlm memilih penasihat syariah. Nampaknya, disamping tidak menguasai usul feqh dgn baik, Dr asri juga gagal memahami prosedur bank dan keahlian org lain dlm soal muamalat. jika anda tidak terpilih sbg penasihat, kenapa anda harus memperli mereka secara kasar.

MISTERI SEBENAR

Setelah kita mengamati beberapa perenggan tulisanya ini. Timbul beberapa persoalan yang menjadi misteri sebenarnya. Benarkah ada Imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya? Jika ada, sila tuan nyatakan imam berkenaan dari daerah dan negeri mana? Imam kerajaan @ swasta? Bukan apa, Senang bagi kami utk merujuk bagi mengatasi kes salah laku imam berkenaan.

Benarkah ada Imam dengan mudah mengatakan : ”Siapa yang tak setuju dengan saya dia Wahabi? Benarkan semua ini wujud? Atau ia sekadar omongan kosong dan tokok tambah sesedap rasa penulisnya sahaja. Wallahu a’lam.

Tambahan pula, berapa peratuskah imam spt yg didakwa ini wujud di negara kita. Kalau ada, mungkin satu dalam sejuta. Ia kes terpencil ”an-nadir kalma’dum”.
Oleh itu, untuk apa ia diwar-warkan. Ia satu misteri!

Bagi saya, misteri sebenarnya ialah : Kenapa Dr Asri gigih membela fahaman wahhabiy? Kenapa beliau gemar mengkritik pendekatan beragama di Malaysia? Kenapa beliau suka memburukkan agamawan @ pihak autoriti agama? Kenapa beliau bersusah payah ke lampeter, UK untuk belajar hadis dsana? Kenapa beliau menghabiskan wang yang banyak utk menjelajah eropah sempena sabatikalnya? Dimana datangnya wang yang banyak utk beliau buat rakaman MENERAJU BAHTERA PERUBAHAN sebanyak 13 siri? Ini sebenarnya satu misteri!

TINDAKAN SEPARUH BALIGH

Jika kes yang didakwa benar2 wujud, Tuan sepatutnya membuat laporan kepada Jabatan Agama, Majlis Agama @ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Barulah tindakan bijak. Ini tidak, kes terpencil pun ingin dihebohkan dalam surat khabar. Bahkan hendak dijadikan instrumen untuk memisterikan Wahhabiy. Situasi ini benar2 menyerlahkan tuan persis anak kecil separuh baligh.

Justeru, demi prinsip akademik, Saya pohon jasa baik tuan untuk mengemukakan bukti terperinci tentang perkara di atas jika tuan tergolong dari kalangan yang benar. Hal ini penting supaya Imam @ ustaz berkenaan boleh diperbetulkan fahaman dan sikapnya itu. Tuan yang mendakwa boleh menghubungi saya di talian : 012 2465518. atau email ;
al_ghari@yahoo.com atau melalui faks : 03 89218507.

Jika tuan gagal mengemukakan bukti terhadap periwayatan kisah Imam di atas tuan dianggap sebagai pengritik tak bertauliah. Dan izinkan saya menganggap tuan sebagai penglipur lara yang mereka2 cerita untuk mencari glamour. Jika itu sifatnya, maka benarlah kata hukama : In tukhalifa tu’raf (jika anda kepelikan, anda akan dikenali ramai).
Ya akhie, tulislah perkara yang bermanfaat utk ummat. Krtitiklah secara membina. Berhentilah memburukkan imej agama. Usah bersikap bengis hanya semata-mata ingin menegakkan metod anda yang minoriti itu. Sedarlah, ini adalah malaysia. Bukan Saudi Arabia. Tiba masanya utk antum anjakkan minda dari tertutup kepada terbuka. Syukran. Barakallahu fikum.

26 comments:

ARTS VISION ENT. PEKAN BANDAR DI RAJA said...

assalamualaikum ustaz

semoga terus di beri kekuatan..sy nampak tulisan dan artikel yg dr asri tulis sangat memalukan ..

Ibn Salleh. said...

Salam, nampaknya masih ada lagi spesis Astora Jebat yg menulis dalam akhbar.

Hafiz Handasah said...

Syabas ustaz.Teruskan menulis dan mentahzir kepada masyarakat akan bahaya agama Wahabi .

AyKay said...

Ust.

lebih menyedihkan bila ada segelintir sdr yg lain yg rajin mengforwardkan apa yg ditulisnya dan dikira spt pangdangan seorg ilmuan, 'bekas mufti' dan sangat benar... dan mendapat tempat di akhbar

tarbiyahibnumasran said...

Saya cadangkan diwujudkan satu wacana ilmu antara \\\'pro-wahabi\\\' dan \\\'anti-wahabi\\\'.

Zaman kegemilangan Islam, para Khalifahnya suka akan perdebatan ilmu, maka wajarlah wacana ini diadakan.

Fahaman muktazilah pernah menguasai para Khalifah dan akhirnya dapat dikikis dari tampuk politik hingga ke akar umbi masyarakat.

Jadi, fahaman \\\'anti-wahabi\\\' atau \\\'pro-wahabi\\\' wajar di\\\'WACANA ILMU\\\'kan agar ianya tidak membingungkan ummah.

Mungkin JAKIM, ILIM, jabatan mufti atau jabatan tertentu boleh menjadi orang tengah dalam isu ini.

Biar masyarakat akhirnya dapat menilai hujah yang haq. Jika dibawa ke mahkamah amat memalukan.

wan said...

saya rasa pandangan dr.asri ada benarnya...walaupun ada yang saya tidak bersetuju...dr asri melontarkan "bom minda" supaya jgn jumud dan taklid...selagi hujahnya akademik kita terima dan balas secara akademik...bukan peribadi...jgn rasa diri kita sentiasa betul..mungkn ada salahnya

Yusoff bin Ishak said...

Wan,

Akedemik mende tulisan mamat Asri tu. Semuanya penuh dengan dakwaan palsu dan buruk sangka. Sayang sekali dia ni cerdik tapi telah termasuk kelorong yang salah.Apa nak buat telah begitu takdir Allah. kalaulah dia bersama ASWJ, nescaya bertambah bahagia umat Malaysia ni...wallahu'alam

kingkong said...

Asri banyak buat dakwaan palsu. Apa yg Ulama tak cakap, dituduhnya bahawa ulama cakap begitu.

Ini jelas satu JENAYAH AKADEMIK ASRI.

Maka syabas diucapkan kepada Ustaz Zamihan al ghari kerana BEGITU BERANI MENDEDAHKAN KEPALSUAN ASRI DAN WAHABI MALAYSIA demi menyelamatkan akidah umat islam keseluruhannya.

wan said...

PakLongChup...

Hujahan DRMAZA ada asasnya..kritikan yang dilontarkannya kita ambil sebagai "pembuka minda"...idea yang baik kita terima, tetapi idea yang tidak baik kita tinggalkan..."Konflik Pandangan" harus dimurnikan secara hikmah, melalui debat dan seminar atau apa sahaja...kita juga memerlukan pandangan ustz. zamihan sebagai "check n balance" kpd pandangan DRMAZA...bagi saya kedua2 tokoh ini ada karisma ilmunya...

wan said...

pokok tumbang...

adakah anda merujuk asas kepada pandangan DRMAZA? saya melihat asasnya kepada hujahnya ada...tetapi interpretasi terhadap asasnya berbeza...saya juga tidak bersetuju dengan beberapa pandangan DRMAZA soal furu', kita harus berlapang dada dlm dlm soal ini...namun lontaran ideanya dlm soal politik, tamaduan dan kemanusiaan boleh kita jadikan ia "'ibrah" dlm mendepani kekalutan zaman ini....

Unknown said...

ustaz,bagi meleraikan persengketaan ustaz dengan puak wahabi,apa kata ustaz cabar mereka debat terbuka,cabaran itu juga mesti terbuka.kalo wahabi benar mereka patut berani sahut berdepan dgn ustaz.

saya syorkan ustaz buat seminar jemput mereka berforum,boleh ustaz tegakkan kebenaran,baru asri mati hujjah dgn ustaz.

Unknown said...

org awam akan terus terpibnga-pinga.wahabi berkokok di drmaza.com,ustaz pula di al-ghori.blogspot.com


baik buat forum,masing2 berhujjah,bila ustaz menang baru org awam tahu siapa asri ni sebenarnya.lepas tu barula asri kena tendang dari utusan.com.my

bolehla ustaz ganti dia.

hidup ustaz!

Syihabudin Ahmad said...

perdebatan yang berlaku bukan antar ustaz zamihan ( yang saya kasihi ) dengan dr mohd asri ( juga saya kasih ).. akan tetapi, perdebatan itu adalah... berdebat tentang kata2 Allah..... jika ustaz betul, maka kita dijalan yang sama, jika dr asri yang betul, maka sama-samalah kita ikut dia.. dalam beragama.. kita mesti jujur, jangan suka menuduh orang kafir, kerana, kita sedang mengkafirkan sahabat yang kita kasihi dan kita sayangi...

Unknown said...

ust mesti menang,asri mesti kalah,kalau ustaz cabar asri secara terbuka mesti beliau tak berani,ustaz cepat cabar asri berdebat,hidup ustaz.

chiq86 said...

Salam ust, saya tahu mungkin ustaz sedaya upaya membongkar ajaran wahabi yang pada pandangan saya ustaz tidak begitu menyokong malah mungkin mengharamkannya. Tetapi tuduhan mengatakan tindak-tanduk Ust Asri sebagai wahabi amatlah saya sedih sehingga segala cadangan, teguran dan pendapatnya lantang dikritik oleh ustaz. Bagaimanapun, saya merasakan ust sebagai seorang yang dikatakan 'ilmuan' tidaklah perlu sehingga menyerang seseorang secara peribadi yang saya rasakan bukan ajaran Islam. Ya, saya tahu saya mungkin kurang ilmu dalam bidang agama kerana saya hanyalah pelajar jurusan sains yang ilmu agamanya amat sedikit berbanding ust. Tetapi, apa yang saya perhatikan, kata2 MAZA lebih memberikan kesan kepada msyarakat di Malaysia berbanding kata2 ust (sy sudah beberapa kali menghadiri ceramah ust terutamanya di ILIM). Setiap kata2 ust hanyalah kata2 ilmuan dan motivasi yang tidak mengubah perilaku manusia. Tetapi kebanyakan cara MAZA dalam sesuatu isu, sangat meyakinkan masyarakat dan mampu memberikan kesedaran. Malah saya sendiri terpengaruh dengan kata2nya yang membuatkan saya begitu memandang tinggi dengan islam, kaedahnya, hukumnya, dan pelbagai perkara. Tetapi, kata2 ust selama ceramah yang saya dengar hanyalah menarik ketika berlangsungnya ceramah itu sahaja dan apabila saya pulang, tiada yang melekat dihati. Mungkin ust patut menilai diri ust dengan keegoan ilmu yang sering ust banggakan (saya selalu mendengar ust seolah2 memuji ilmu yang dimiliki ust). Jikalaupon MAZA itu sendiri wahabi, tetapi beliau sungguh berani mengemukakan berbagai cadangan, berani berhadapan dengan pemimpin, berani mengemukakan pendapat dalam majlis mufti walaupun seringkali ijtihadnya dipertikai. Sungguh, saya merasakan bahawa MAZA itu beribu kali ganda berjaya membawa kesedaran kepad kecintaan dan kebenaran islam berbanding apa yang ustaz zamihan lakukan.. Cuma, bagi pencinta kemanisan islam itulah perlu menilai tahap kualiti pandangannya supaya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika baik kata2 MAZA, terimalah dan jika buruk, tegurlah (bukan seperti ust yang selalu memandang serong semua cadangan yang diberikan beliau). Saya juga mencadangkan ust berhenti daripada menuduhnya sebagai wahabi (walaupun jika ianya benar) kerana itu mencerminkan peribadi ustaz sebagi seorg penuduh yang bukannya satu penerimaan dalam islam. Saya tidak pernah berjumpa MAZA secara langsung walaupun sekali tetapi ustaz zamihan sudah beberapa kali. Adakah ustaz menyedarkan saya? Tidak. Kata2 dan ceramah ustaz habis disitu shj. Tetapi MAZA merupakan mufti yang mampu sedikit sebanyk menyedarkan saya hakikat keindahan islam. Cuma, saya perlu lebih memahami dan mengkaji AQ dan AS supaya saya sendiri dapat menilai kebenaran hujah MAZA dan tidak tergolong dikalnangan mereka yang sesat. Maafkan segala kat2 saya. Amin..

rentap said...

kepada chiq86,
u r the man. memang saya tgk, ust zamihan seolah-olah ego dengan ilmunya. masyarakat duk kalut pasal masalah sosial, dia duk kalut pasal benda ni. Jakim selama 50 tahun lebih berkuasa, imej Islam semakin merudum. mujurlah ada gerakan2 islam yang menyedarkan masyarakat. Drmaza pun ade peranan juga dalam membantu masyarakat. pandangan beliau amat kritikal dibanding dengan ust zamihan. ust kena akur dengan teguran ni dan muhasabah diri sebaik-baiknya.

wan said...

buat chiq86 dan rentap

saya cukup bersetuju dengan pandangan anda...apa guna hanya berani menentang didlm blog dan seminar..tapi x berani nk lontarkan pandangan melalui media...DRMAZA lebih berani bersemuka dengan artis,menegur artis, tegur pemimpin..PM dulu pun kena tegur, kritik jakim, apakah org jakim x berani nk kritik mereka...saya pun pernah hadiri seminar ustz zamihan, orangnya banyak ilmu, malah kita juga perlukan beliau tetapi kita harapkan beliau lebih berani dlm melontarkan pendapat, memberi idea bkn kritik shj, semua org pandai kritik tapi x pandai nk beri alternatif...klu boleh beliau juga berani la dlm memberi teguran tidak kira kepada sesiapa pun walaupun JAKIM...saya harap JAKIM jgn takut dengan kritikan, sekiranya membina kita kutip dan sebaliknya...saya ingin bertanya kepada ustz zamihan dan penyokongnya...ADAKAH ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN SEMUA IDEA YG DILONTARKAN OLEH DRMAZA? APAKAH TIDAK ADA KEBENARAN DLM SEMUA HUJAHNYA? APAKAH ANDA TIDAK MENGAKUI KEBERANIANNYA? tepuk dada tanya iman...

chiq86 said...
This comment has been removed by the author.
wan said...

Sedih aku lihat pemimpin kita sambut hari pahlawan dengan meletak kalung bunga kt tugu Negara...perkara ni lebih teruk la daripada wahabi...majlis fatwa keluarkan fatwa kali kedua plak...diorang buat2 x tahu plak ia HARAM

ajim said...

berbeza soal pandangan tidak mengapa.. itu norma pemikiran..
namun jika ada yg tidak mampu duduk bersama dalam soal menjaga akhlak, itu satu kedangkalan!

jika yg datang itu ilmiah, maka nilai dari sudut ilmiah.. guna kaedah rasional.. bukan emosional..

wan said...

ust. zamihan..
ulas sikit pasal sambutan mlm nisfu syaaban...bidaah @ tidak?

irwan said...

salam,
klu nak dicabar ust asri tu...ana mmg yakin dia akan menyahut cabaran anda..bahkan dia mmg mengalu2kan...sblm ni dh brp ramai yg tak sanggup klu ditanya sape lagi panel forum....pengalaman saya masa di UIA ketika nak menjemput panel forum...
bila di sebut je Ust asri bin zainal abidin semuanya menolak...

klu anda benar emailkan ke admin@drmaza.com tu...lagi2 dia dah nak balik malaysia ni...

cuma bg saya ...dia bukan nak tegakkan yg dia tu wahabi..cuba dia nak tunjukkan dia masih berpegang dgn ajaran ahli sunnah wal jamaah...
saya tak rasa dia menganut ajaran WAHABI...dia cuma minta kita berfikiran terbuka...beramal berdasarkan amalan yg di tinggalkan Nabi yg tercinta...
salahkah org yg mementingkan dan menjaga sunnah rasulullah di tuduh bermacam2...

saya menunggu perdebatan yg betul dan bermanfaat kepada semua umat Islam..

suhili said...

assalamu'alaikum ustaz,

boleh saya tanya? Apa pendapat ustaz tentang buku Hafiz Firdaus Abdullah, "Pembongkaran Jenayah Ilmiyyah Salafiyyah Wahabiyyah"... Saya lihat dalam buku tu banyak pembongkaran terhadap pengyelewengan ustaz... Ustaz hentam wahabi buta tuli, tetapi pernahkah ustaz bertanya sendiri dengan wahabi? Kalau nak faham satu ajaran jangan bertanya dengan musuhnya... Saya bertanya dengan golongan wahabi, tetapi menreka nafikan... bahkan menurut pengkajian saya... mereka difitnah...

suhili said...

Jangan lah kamu berkata tentang satu perkara yang kamu tidak tahu tentangnya... banyak2lah tanya dengan wahabi, duduk sama-sama... Fahami wahabi ikut cara mereka, jangan ikut kepala ustaz saja... nanti tersilap langkah... ustaz rasa sesuaikah kalau saya bertanya tentang diri ustaz dengan musuh ustaz... adilkah... 0165876228

Dakwah Orang Awam said...

Salam semua, saya dok pening dengar ceramah ustaz-ustaz la ni.Sorang kata buat lagu ni bidaah sesat, sorang kata bukan bidaah tapi sunnah.Yang tak nak buat kena panggil Wahabi.Mai KL baru saya dengar perkataan Wahabi.Masa kat kampung tak ada dengar Wahabi, yg dok dengar ialah selsema babi.Wahabi ni apa dia?Bangsa ke? Ugama ke?Ustaz yg dok ceramah kata Imam Masjidilharam tu Wahabi.Kira oklah tu sebab Imam besar Mekah.Apa pun saya dok ikut Tok Guru pondok saya ajar beramal tak payah pening2 kepala.Saya dah tak percaya dengan ustaz-ustaz yang baru2 la ni.Nak kata bidaah ke, sesat ke, syirik ke saya tak percaya kat hampa.Tok Guru saya anak murid syeikh Daud Fathani pun tak kata lagu tu.Lantak hanglah.

nobody said...

Wan,chiq86,rentap, suhaili...Keh!..Keh!...Hujah2 puak wahabi ni mmang nampak mcm lojik pada akai yang pendek, mmg syok dgr, bersemangat, mcam betul je...tapi jika kita ngaji 'mendalam' sikit lagi, ..nanti nampak le 'tembelangnya'...Usaha ustaz Zamihan ni mmg bagus dan patut diteruskan...dalam mengekang faham 'culas'/ilmuan sempit dan jumud kaum wahabi mcm dr Asri ni...

Visit Bil.