Sunday, February 15, 2009

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH


SEKITAR PROGRAM SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD, ANJURAN : JAWI, IIUM, DENGAN KERJASAMA : NGO MUAFAKAT, PUM DAN YAYASAN SOFA.
Seminar ini berlangsung pada hari SABTU, 7 Februari 2009 bersamaan 12 صفر H 1430, bertempat di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung

Seminar yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Che Mat Bin Che Deraman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapat sambutan yang amat menggalakkkan daripada pelbagai peringkat masyarakat terutamanya golongan mahasiswa/wi IPTA dan IPTS dari seluruh pelusuk tanahair. Majlis turut diserikan dan dihangatkan lagi dengan kehadiran para penceramah jemputan yang ternyata begitu komited serta bersemangat dalam penyebaran Ilmu-ilmu Islam khususnya Aqidah. Selain dari itu para penceramah turut menerangkan serta memberi pengawasan terhadap beberapa ajaran songsang yang sebahagiannya semakin membarah dalam masyarakat seperti golongan Al-Wahhabiyah, Syiah, Liberal, ajaran sesat dan golongan yg menyeleweng dari prinsip tasawwuf.

Program bermula seawal jam 8:30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis diikuti ucapan penghargaan oleh Yang Berbahagia Dato' Syed Omar bin Abdul Qadir Al-Aidrus, Penaung Yayasan Sofa Negeri Sembilan, seterusnyai ucapan alu-aluan daripada Assoc. Prof. Dato' Dr. Syed Zahir Idid Syed Osman Idid, Dekan Pusat Asasi UIAM.

Sesi pembentangan kertas kerja pertama bermula kira-kira jam 10:00 pagi oleh penceramah sensasi Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin Al-Ghari. Berikut adalah sinopsis ringkas kertas kerja beliau :

Penceramah : Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin Al-Ghari. Tajuk : Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membanteras Penyelewengan Agama No Telefon : 012 2465518 Blog : www.al-ghari.blogspot.com Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya : " Bunga Bukan Sekuntum...Beruk Bukan Seekor !!! ... " Lu Fikirlah Sendiri !!! "
Antara Isi Penting Kertas Kerja 1 :

Mahasiswa Muslim adalah kelompok Intelektual yang mampu bertindak sebagai mekanisma kawalan : antara tuntutan agama, dasar pemerintah dan keperluan ummat. Selaku agen perubahan ummat, mahasiswa seharusnya memainkan peranan proaktif dlm semua lapangan. Terutamanya akidah, syariah & akhlak bagi memperkasakan tamadun. Namun, dimana qualitinya?

PERANAN MAHASISWA :
BERILMU PENGETAHUAN MATANG
MENDOKONG VISI AGAMA
BERJAMAAH – وحدة الفكر ووحدة العمل
DAKWAH MENUJU ALLAH SWT
INTEGRITI

SUMBANGAN :

LANGKAH PEMANTAPAN :
Proaktif dengan perubahan
Programkan minda
Utamakan yang utama
Berfikir menang-menang
Faham-memahami
Sinergi-bantu membantu
Pandangan yang jauh

KESIMPULAN :
QUALITI MAHASISWA TERLETAK PADA ILMU, AMALAN STARTEGINYA. MAHASISWA BERKUALITI MAMPU BERTINDAK SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN UMMAH. SEKALIGUS MENGANGKAT MARTABAT ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP BERMUTU.
Sesi pembentangan kertas kerja kedua pula bermula kira-kira jam 11:30. Berikut adalah sinopsis ringkas kertas kerja kedua :

Penceramah : Ustaz Hj. Mahfuz Hj. Muhammad Tajuk : Kesamaran Yang Perlu Dijelaskan Dalam Memahami Agama No Telefon : 019 2206622 Blog : http://www.al-subki.blogspot.com/
Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya : "Aku Punya Pasal Lah !!! "
Di Antara Isi Penting Kertas Kerja 2 :
PENYELEWENGAN GOLONGAN WAHHABI DALAM AQIDAH
Beliau Secara Jelas Mengkafirkan Golongan yang SUKA MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM :Al-Mujassimah dan Al-Musyabbihah Serta Tidak Sah solat Di Belakang Mereka
PENYELEWENGAN GOLONGAN TABDI` DALAM FIQH
PENJELASAN TERPERINCI ISU BID'AH

Kertas kerja ke 3 pula dibentangkan pada jam 2:15 petang oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj. Mohd. Alwi. Sinopsis kertas kerja beliau adalah seperti berikut :

Penceramah : Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj. Mohd. Alwi Tajuk : Pegangan Jitu Seorang Muslim No Telefon : 019 9181278 Email : fa_him@hotmail.com Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya : " Konon-Kononya !!! "
Di antara Isi Penting Kertas Kerja 3 :
1-KEPENTINGAN ILMU AGAMA 2- PENJELASAN AKIDAH DAN MEMAHAMI RUKUN IMAN 3- MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 4- PEGANGAN ‘ALLAH ADA TANPA TEMPAT’ (AYAT DAN HADIS MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT) 5- GOLONGAN YANG MURTAD DAN BERCANGGAH DENGAN AHLI SUNNAH 6- MEMAHAMI TAWASSUL, TABARRUK, BIDA’AH, ZIARAH KUBUR MUSLIM 7- PENGKAFIRAN TERHADAP AL MUSYABBIHAH AL MUJASSIMAH 1. KEPENTINGAN ILMU AGAMA :
KEDUDUKAN MAJLIS ILMU AGAMA ADALAH TINGGI DI SISI ISLAM
KEMULIAN PENUNTUT ILMU AGAMA DAN PENYEBARNYA
CARA PENGAMBILAN ILMU AGAMA ADALAH DENGAN BERTALAQI
BAHAYANYA SESEORANG YANG HIDUP DALAM KEJAHILAN
2. AKIDAH :
AKIDAH ADALAH PEGANGAN DALAM HATI
AKIDAH ADALAH SYARAT PERTAMA SUPAYA IBADAH SEORANG MUSLIM DITERIMA OLEH ALLAH DALAM AKIDAH TIADA PERSELISIHAN PEGANGAN
TIDAK ADA BERTOLAK ANSUR DALAM PERKARA AKIDAH
MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH
3. MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH :
Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah :
Mereka yang mengikut sunnah iaitu akidah Nabi Muhammad.
Mereka yang seakidah jamaah para sahabat dan umat Islam.
Sumber dalil Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:
Al-Quran.
Al-Hadith.
Al-Ijmak.
Keperluan mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) kerana :
Perintah agama dari sabda Nabi Muhammad.
Menyelamat dari segala ajaran yang bercanggah dengan ISLAM
Imam al Asy ary dan Imam al Maturidi adalah pemimpin besar dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bermazhab dalam amalan ibadah seperti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki Dan Hanafi Siapa yang menyimpang dari manhaj Ahli Sunnah maka dia adalah sesat. Fakta Dari Ulama' Mu'tabar & Dar Al-Ifta', MESIR :
4. PEGANGAN ‘ALLAH ADA TANPA TEMPAT
DALIL DARI AL QURAN, HADIS DAN PARA ALIM ULAMAK
MAHA SUCI ALLAH DARI MENYERUPAI SEKALIAN MAKHLUK
DALIL AKAL YANG MENAFIKAN KEWUJUDAN ALLAH DENGAN BERTEMPAT
ALLAH TIDAK BERADA DI MANA-MANA
Fakta Dari Ulama' Mu'tabar , Ulama' Nusantara, BAHEIS & Dar Al-Ifta', MESIR : 5- GOLONGAN YANG MURTAD DAN BERCANGGAH DENGAN AHLI SUNNAH


6- MEMAHAMI TAWASSUL, TABARRUK, BIDA’AH, ZIARAH KUBUR MUSLIM
DEFINASI TAWASSUL , TABARRUK DAN ZIARAH KUBUR
DALIL DARI AL QURAN, HADIS DAN ALIM ULAMAK YANG MENGHARUSKANNYA GOLONGAN WAHHABI YANG MENGINGKARI KEHARUSANNYA


7- PENGKAFIRAN TERHADAP AL MUSYABBIHAH AL MUJASSIMAH PENDIRIAN PARA ULAMAK AHLI SUNNAH TERHADAP PEGANGAN AL MUSYABBIHAH AL MUJASSIMAH :

Sebelah petang pula sejurus selepas solat asar bermulalah sesi suai kenal dan tausiyyah bersama Al-Mukarram Syeikh 'Afeefuddin Al-Jailani dan Al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin Al-Hamid.

Sesi malam pula dikhabarkan begitu meriah dan mendapat sambutan di mana ianya telah diisi dengan ceramah daripada Ustaz Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al-Maliki. Rata-rata audien yang hadir berpuas hati dengan Seminar ini kerana banyak manfaat yang terhasil daripadanya. Terima Kasih kepada semua. Mudah-mudahan Allah memberi keteguhan kepada kita dalam memperjuangkan Akidah yang benar. Barakallhu fikum.

Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki

AJK Fatwa Negeri Sembilan, Penasihat Yayasan Sofa

2 comments:

  1. assalamualaikum wbt,
    nampaknya saya yang jadi org pertama komen post ini.

    Jadi soalan saya, saya berminat untuk mendalami ilmu usuluddin, dan antara sebabnya adalah, ilmu itu adalah ilmu yang banyak membincangkan hal akidah. Tapi, ramai yang tidak mahu mengambil kos in kerana "SUSAH",tidk kurang juga ada yang mengatakan"TAKT JADI GILA"...

    saya kurang faham kenapa ada label sebegini pada Ilmu Usuluddin sdangkan ia ilmu akdah. Jadi mohon ustaz bagi kata-kata semangat pada saya untuk terus mengambil ilmu ini supaya dapat membantu bagi kefahaman pada mayarakat ttg penyelewengan yang semakin menular dalam masyarakat kita.

    Selain itu, saya sbagai mahasiswa, saya sedar yang masyarakat saya sendiri di sabah mempunyai potensi untuk terpengaruh dengan penyelewengan agama yang tinggi. Jadi, apa yang patut pihak berwajib beri kepada masyarakat ini agar mereka terselamat , apa pula peranan saya sebagai ahli dalam masyarakat itu?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    saya ingin tahu bagaimana kalau saya lebih berminat untuk ikut akidah imam syafiei , imam bukhari , imam muslim, tanpa perlu menisbahkan kepada imam maturidi dan asyairah, ada tak kitab yang menulis tentang akidah imam-imam yang saya sebutkan tadi?

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)