Friday, January 2, 2009

SELAMATKANLAH PALESTIN


Prihatin dgn nasib umat Islam Palestin, Us Zamihan menyeru para jamaah USJ 18-24 supaya kembali menelusuri sejarah asal Negara Palestin sebagai tempat kelahiran dan kediaman Para Nabi A.S, Qiblat pertama umat Islam dan bumi berkat. Kini 2/3 bumi Palestin menjadi milik Israel setelah PBB membuat Ketetapan 181 Nov 1947. Hanya 1/3 shj yg diperuntukan utk umat Islam. Semenjak itu, kehidupan ikhwan kita tidak pernah aman. Saban hari, bulan dan tahun ada sahaja ikhwan kita yang menjadi mangsa. Kini, sekali lagi mereka bermandikan darah. Kejayaan Obama sbg Presiden Amerika seolah memberi 'lampu hijau' kepada Israel utk terus bertindak lebih rakus terhadap ikhwan kita disana. Dan Israel juga seakan berpesta apabila melakukan serangan mengakibatkan lebih 400 maut sempena sambutan tahun baru Kristian. Seperti biasa, Pak-Pak Arab yang kaya raya hanya berani mengutuk sahaja. Mereka berfikiran jumud kerana tidak berani melakukan sesuatu untuk membantu saudara seagama.


Fadilatul Ustaz juga memberitahu bahawa Umat Islam WAJIB bersatu padu menentang penjajahan rejim zionis. Kekuatan umat ini perlu dijana dengan sikap keprihatinan mereka terhadap perintah agama. Beliau juga menggena supaya umat Islam memberi sokongan kepada gerakan Islam (Hamas-Fatah dan Hizbullah) yang berjuang utk membebaskan diri mereka dari cengkaman yahudi. Umat ini haram untuk terus berpeluk tubuh atas pencerobohan Israel. Malah perlu meningkatkan sensitiviti dgn perkembangan umat Islam seluruh dunia. Jika kita bencikan Yahudi dan sekutu-sekutunya : Katakan tidak kepada barangan Amerika & Kroninya. Ungkapkan bantahan anda dengan memulau produk syarikat proksi yahudi. Ringankanlah tangan untuk menghulurkan pelbagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan sekadar termampu. Al-Fadhil Ustaz juga mengadakan qunut nazilah ketika mengimamkan solat jumaat tengahari tadi. Mudah-mudahan Allah mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dizalimi. Sekaligus mengalahkan gerombolan tentera kuffar dgn kekalahan yang hina-dina. Ya Allah, selamtkanlah Palestin.Takbir!

11 comments:

Ibn Salleh. said...

Teringat kepada doa qunut solat sunat Tarawikh yang dibaca oleh Syeikh Muhammad Al-Mohasani pada Tahun 1422H di Mekah.Doa yang mengutuk rejim Israel dan Amerika telah membuatkan Syeikh Muhammad Al-Mohaisani ditangkap dan dipenjara oleh pemerintah Arab Saudi.Apakah ini angkara Wahabiy yg. bersekongkol dengan rejim Amerika dan israel?Begitu mudah pemerintah Arab Saudi tunduk kepada dajal durjana yang meratah umat Islam di Palestine.

Ibnu Ali said...

Salam

Ustaz Zamihan.

Fatah bukan geraka Islam. Fatah gerakan nasionalis arab yang bedasarkan qaumiyah. Merekalah yang menjadi tali barut Israel menghancurkan Palestin.

Presiden mereka sendiri, secara nyata selalu bersama dengan Israel.

SEkadar memberitahu apa yang tahu.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Dua KEKUATAN yang sangat penting untuk menang:

1. Kekuatan dalaman - Keteguhan IMAN kepada Allah dan Kesungguhan dalam mengamalkan dan menghayati keseluruhan perintah Allah dan Rasul s.a.w. Doa dengan tawajuh kepada Allah untuk Nusrah Nya. Kalau ni masih lekeh, susah BANYAK lah. Terkadang suatu amalan sunnah yang yang dianggap kecil boleh memberi kesan yang besar untuk mencapai kemenangan fi sabilillah.

2. Kekuatan Materi- Suatu ketika kita menguasai 2/3 dunia ini. Kita kaya dengan ILMU dan TEKNOLOGI yang masyarkat barat sendiri mencedoknya dari kita. Kini kita menjadi masyarakat paling terpinggir dan diperlekehkan. Kalau ada yang kaya, mereka hanya sekadar mengisi perut dan menyenang diri sendiri tanpa peduli saudara islam yang lain. Yang berilmu ada yang serius mengembangkan ilmunya dan ada yang asyik tunjuk kehebatan dan ketinggian ilmunya dengan berdebat dan berhujah atas perkara perkara yang tidak ada prioritasnya. Sehingga semua jawatan penting dalam semua peringkat lokal hingga global dibolot habis oleh golongan YAHUDI. Termasuk dengan sistem kewangan yang penuh dengan riba'.
Yahudi sememangnya berpegang teguh dengan Dogma mereka:- mereka sahaja manusia, selain Yahudi adalah 'Haiwan'. Mereka menghalal apa saja terhadap selain yahudi.

Dari sudut Materi,ruang agak sempit dan mengambil masa yang panjang untuk membinanya. Untuk membina suatu sistem yang boleh digunapakai oleh semua umat islam memerlukan kesatuan fikiran yang jitu menembusi tembok 'asyohiah.

Hanya satu peluang yang boleh dicapai dalam jangka pendek dan panjang. Kembali kepada Deen Islam yang shumul dengan penghayatan tanpa berbelah bagi barulah NUSRAH ALLAH akan bersama kita. Berhenti berhujah dan berbalah dalam perkara furuk yang tidak ada prioritas.

wassalam.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Ralat: menembusi tembok 'asyohiah (menembusi tembok 'asyobiah).

Admin said...

Assalamu'alaikum wbth,

terima kasih saudara HasbuLLah di atas saranan tersebut. Saya amat bersetuju. Walau bagaimanapun, unsur-unsur yang memecah belahkan umat Islam kita perlu kenal pasti juga dan berusaha membasminya.

Kerana kedapatan unsur-unsur itu sudah berkembang.

Insya ALLah, semoga kita terus mengutamakan apa yang lebih utama.

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Memang betul Abunafis, tidak hanya tembok 'asyobiah yang harus ditembusi, malah tembok tembok firkah dan pemikiran yang ghuluw yang menjadi punca unsur unsur pecah belah juga perlu terus dihancurkan demi kesatuan matlamat untuk menegak Deen ini. Bukankah ini suatu tuntutan?, dan ini adalah suatu keutamaan yang utama. Sekurang kurangnya wajib sanggup berlapang dada dan wajib menahan nafsu untuk berbalah atas perkara yang tidak prioritas dan furuk. Jika semua mencontohi Rasulullah, sahabat dan .....termasuk mencontohi akhlak imam imam mazhab yang masyhur, insyallah kita kembali kuat dari sudut keimanan, kesatuan dan insyallah juga materi seperti di zaman awal lahirnya Islam.

Masih bolehkah kita melahirkan seorang lagi Umar Abdul Aziz akhir zaman. Kesedihan telah memuncak ketahap 'psychotic depression' melihat akhlak remaja, belia dan dewasa di kalangan umat islam. Dari timur ke barat dan boleh dikatakan di semua pelusuk negara negara Islam. Hatta, di kota Makkah sendiri. Teringat saya semasa mengerjakan haji beberapa tahun lalu, seorang ahli jamaah yang kerap mengerjakan umrah dan haji berulang kali mengatakan -"kat Makkah ni semua benda dan perkara yang pelik pelik tapi benar ada di sini". Jadi indahnya islam dan Beribadah hanyalah dalam Masjidil Haram. Sedihkan??...

Dr. Hasbullah Ahdar, MD. said...

Ralat: pelik pelik tapi benar--- perkara maksiat

Ibn Salleh. said...

Saudara Hasbullah menulis,kalau ada yang kaya mereka hanya sekadar mingisi perut dan menyenangkan diri sendiri tanpa peduli saudara Islam yang lain.
Memang benar kata2 saudara kerana perpecahan umat Islam semakin ketara dek berebutkan jawatan dan kedudukan.Akibatnya golongan kafir mengambil peluang di atas kelemahan perpaduan Islam itu sendiri.Lihat saja apa dah jadi dengan senario politik di negara kita.Yang berbalah adalah Islam vs Islam dan yang menang adalah golongan kafir yang menangguk di air keroh.

Ibnu Muslim said...

Salam semua;
Ana berharap agar tajuk perbincangan oleh ilmuan agama selepas ini lebih difokuskan kepada fiqh keutamaan pada zaman ini iaitu perpaduan umat Islam dalam menangani ancaman golongan musyrik. Harapan ana semoga saudara Dr MAZA tidak lagi mengutamakan mengungkit permasalahan furu' yg takkan ada penamat dalam artikel2 beliau. Syabas pada Ust Z atas tulisan terbaru ini begitu juga dengan Dr MAZA di dalam Mingguan Malaysia baru2 ini.

Cuma ana ingin komen sedikit disini bahawa dalam kelantangan Dr MAZA mengkritik Amerika, beliau perlu sedar bahawa fakta sejarah jelas menyatakan bahawa negara yg beliau menginap sekarang (Britain) merupakan perintis & penyebab kepada penubuhan negara Israel.Rujuk kenyataan berikut yg dipetik dari majalah National Geographic bulan Dec 08.
' A Jewish home in the land of the ancient Israelites-the dream of European Zionists-became reality after BRITAIN took control of post-WWI Palestine & offered its SUPPORT.'

Sangka baik ana adalah beliau tidak tahu menahu fakta tersebut.Oleh itu, adalah lebih baik Dr MAZA tidak memilih untuk menghabiskan sabbatical leave beliau di sana kecuali jika tersangat perlu kerana secara tidak langsung beliau menambah jana pendapatan negara Britain yg secara halus juga merupakan tali barut Israel.
Wallahualam.

Azim said...

Assalam
minta ustaz syarah hadis ini yang saya petik dari Buku hadis sahih terbitan klang book centre...memandangkan hal perjuangan rakyat muslim Palestine ini ada hubungan dengan peristiwa hampir kiamat


jazakallahu khairan kasyiran

Apabila Nabi Isa AlaihisSalam Turun

Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”

Hadis 128

Jabir bin Abdullah r.a mendengar Nabi saw. Bersabda”Akan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang” sementara itu nabi ‘Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: “Sudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.” Jawab Nabi ‘Isa a.s ,”Tidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat ini”.



Dari Ibnu Umar r.a katanya Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau “Sesungguhnya Allah Taala tidak picek (buta matanya sebelah). Ketahilah sesungguhnya Al masih Dajjal yang picek mata kanannya seperti buah anggur mengembung”

Dari Anas bin malik r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tidak ada seorang Nabi melainkan dia mengingatkan ummatnya supya waspada terhadap sipicek pembohong besar. Ketahuilah dia picek, sedang Tuhanmu tidak picek. Antara kedua matanya tertulis k-f-r (kafir)

Dari Hudzaifah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ aku lebih tahu tentang dajjal daripada dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagai api bergejolak yang sedang mengalir.Siapa yang menemukannya hendaklah didatangi sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu picingkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air. Sejuk. dajjal matanya tertutup oleh selapi daging tebal. Antara kedua matanya terdapat tulisan”kafir” yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin baik yang tahu tulis baca atau tidak”

Dari Hudzaifah r.a dari Nabi saw. Sabdanya”dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedang air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka”

Dari Nawas bin Sam’an r.a katanya “Pada suatu pagi Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal. Tempo-tempo beliau merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah. Petang hari kami mendatangi beliau. Beliau sudah tahu persoalan kami. Tanya beliau “apakah kabar kalian?” jawab kami” Ya Rasulullah, tadi pagi anda berbicara mengenai dajjal. Kadang kadang anda merendahkan suara kadang-kadang meninggikan suara sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah” Jawab Rasululah saw. “Bukan dajjal yang mengkhuatirkanku terhadap kamu sekelian. Jika dia muncul, sedang aku sudah tidak berada disampingmu, maka ummat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala penggantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim. dajjal pemuda berambut kerinting, mata picek. Aku lebih condong mengatakannya serupa dengan abdul uzza bin qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya bacakan kepadanya permulaan surat Kahfi. Dia muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. “Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!. “Tanya kami”Ya rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi” jawab Rasululah saw.”empat puluh hari. Satu hari seperti setahun,satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan(minggu)dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.” Tanya kami” ya Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?” Jawab beliau”tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya”Tanya kami berapa kecepatannya berjalan dibumi?” Jawab beliau “Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya iman kepadanya, lalu meraka iman dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkannya langit supaya hujan maka turunlah hujan. Diperintahkannya bumi supaya subur maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu lebih besar cukupmakan. Kemudia didatanginya kaum yang lain dan diajaknya mereka supaya iman kepadanyaTetapi mereka menolak ajakannya. Maka ia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kerontang dan kekayaanan mereka habis ludes. Kemudian dia lewat di suatu negeri yang telah rusak binasa. Katanya”keluarkan perbendaharaanmu. Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggil seorang muda remaja lalu dipukulnya dengan pedang sehingga anak muda itu belah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali. Dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil tertawa. Sementra dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merusakkan, Allah Taala membangkitkan Isa Al Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan dekat menara putih sebelah timur Damsyiq, memakai dua pakai bewarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan turun,dan apabila dia mengangkat kepala berjatuhan daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak diperkenankan bau nafasnya. Siapa yang menciumnya dia langsung mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicari dajjal dan bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud. (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya dajjal. Kemudian didatanginya kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikabarkan kepada mereka kedudukannya di Syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s ”Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tak terkalahkan oleh sesiapa pun Kerana itu selamatkanlah hamba-hambaKu yang Soleh ke bukit” lalu Allah Taala membangkitkan ya’juj dan Ma’juj Mereka turun melanda dari tempat yang tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis air telaga tersebut Kemudian lewat pula kumpulan yang lain. Kata mereka”sesungguhnya dahulu di sini ada air. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan) Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga AllahTaala menghancurkan ya’juj ma’juj maka dikirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti pada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian nabi Isa dan para sahabatnya turun ke Bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga Allah sudi menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu. Maka dikirimkan Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut. Dan dilemparkannya di tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian diturunkan Allah hujan, sehingga walaupun rumahnya tanah liat dan rumah-rumah bulu di bersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca Kemudian diperintahkan Allah kepada bumi “ Tumbuhkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikanlah keberkatanmu. Ketika itu sekelompok keluarga kenyang makan sebuah delima. Dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya, Rezeki mereka sangat berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk orang sekampung. Susu seekor sapi cukup untuk orang satu qabilah. Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat. Ketika mereka berada dalam keadaan keredhaan Tuhan yang demikian, tiba-tiba Allah mengirimkan angin baik melewati ketiak mereka, maka tercabut ruh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang jahat belaka, bercampur-baur seperti keldai. Maka ketika itu terjadilah Kiamat.

Dari Abu Said Al Kudri r.a katanya :”Rasulullah saw menceritakan yang panjang mengenai dajjal. Antara lain beliau menceritakan: dajjal itu datang. Dia terlarang masuk Madinah. Kerana itu dia berhenti di sebuah kebun di pinggir kota. Pada hari itu datang kepadanya seorang lelaki elok. Kata lelaki itu”Aku memastikan bahwa engkau adalah dajjal yang diceritakan Rasulullah saw kepada kami” kata dajjal kepada para pengikutnya “Bagaimana pendapat kalian, jika kubunuh orang ini, aku bisa menghidupkannya kembali. Ragukah kalian akan hal itu.? Jawab mereka”Tidak maka dibunuhnya orang itu, kemudian dihidupkannya kembali. Setelah hidup kembali lelaki itu berkata kepada dajjal,”Demi Allah ,sekarang aku tambah yakin engkau sesungguhnya Dajjal”.Dajjal hendak membunuhnya kembali, tetapi dia tidak sanggup lagi melakukannya. Kata Abu Ishaq ”Lelaki itu ialah Nabi Khidhir ‘alaihissalam”


Dari Anas bin Malik ra.a katanya Rasulullah saw bersabda:”Tidak sebuah jua negeri, melainkan semua diinjak oleh dajjal.Kecuali makkah dan madinah. Semua jalan yang menuju ke sana dijaga malaikat dengan berbaris. Maka berhenti dajjal disebuah kebun (dipinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui dajjal”

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:”Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara (1) Sebelum matahari terbit dari barat (2)keluar dajjal (3) keluar dabbatul ard (binatang melata) (5) peristiwa yang menimpa dirimu sendiri(maut) (6) peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)

Dari Ma’qil bin Yasar r.a katanya rasulullah saw bersabda:”Beribadat masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku”

Dari Abdullah r.a dari Nabi saw sabdanya:”Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia

Perang besar antara dua kekuatan besar (Sahih Muslim jilid 4)
Hadis 2461 dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bersabda “Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi satu sama lain, sedangkan kurban di kedua pihak sangat besar pula.dan alas an kedua-duanya hanya satu”

Hadis sahih Muslim No 2463jilid 4.
Dari Tsauban r.a katanya rasulullah saw, bersabda”sesungguhnya Allah taala telah memperlihatkan kapada ku peta bumi secara keseluruhannya, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan barat dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Taala kepadaku. Kepadaku diberikan dua jenis perbendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku agar mereka tidak binasa dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kuasa asing selain mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman “Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka keputusanKu tidak dapat diubah lagi Aku memperkenankan doamu untuk ummatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebagian mereka membinasakan yang sebagian dan mereka saling tawan menawan.

Hadis no 2464 jilid sahih Muslim
Dari Amir bin saad dari bapanya ra. Katanya “Pada suatu hari Rasulullah saw. Datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid bani Muawiyah baginda masuk ke masjid lalu solat dua rakaat.kami pun solat pula bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa baginda menoleh kepada kami lalu bersabda “Aku memohon kepada tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan ummatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Firaun yang tenggelam di lautan), permohonanku itu diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesame mereka. Permohonanku ini tidak diperkenankan”

Hadis no 2474 sahih Muslim jilid 4 dari Abu Hurairah r.a dari nabi saw, sabdanya “Belum terjadi kiamat sebelum dibangkitkan dajjal, pembohong besar yang jumlahnya hampir 30 orang. Semuanya mengatakan bahawa mereka adalah rasulullah.

Hadis no 2486 jilid 4 sahih Muslim ,kiamat sudah dekat:
Dari Anas r.a katanya rasulullah saw bersabda “(Jarak waktu) aku diutuskan dan hari kiamat seperti ini “Baginda memberikan isyarat dengan merapatkan telunjuk dengan jari tengah”

Hadis no 127 jilid 1 sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a katanya rasulullah saw bersabda “Demi Allah yang jiwaku di TanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang Adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia (layak ) menerima pemberian”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin Malik r.a. katanya rasulullah saw bersabda “sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu agama , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis (extince) kaum lelaki, dan yang tinggal hanya wanita, dengan nisbah seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita”

Hadis sahih Muslim jlid 4 no 2014
Dari Mughirah bin Syu’bah r.a katanya “Tidak ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal dajjal yang lebih banyak dari pertanyaanku” Kerana itu Rasulullah saw. Bersabda kepadaku, “Hai anakku, Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu” Kataku, “Orang ramai mengatakan dajjal mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti.” Sabda baginda, “Itu amat mudah bagi Allah Ta’ala menciptakannya.”



Robohnya Kaabah
Hadis 1512 Bukhari
Aisyah r.anha berkata :”Nabi s.a.w. bersabda :”Kaabah itu akan diperangi oleh musuh , tetapi mereka mereka itu lalu ditenggelamkan dalam bumi yakni di Baida’, suatu tempat antara Makkah dan Madinah”

Hadis 1513 dari Ubaidillah bin Akhnas , katanya :”Aku diberitahu oleh Ibnu Abi Mulaikah dari Ibnu Abbas r.anhuma dari Nabi s.a.w. , sabdanya: ”Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”

Hadis 1514 dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Musayyab bahawasanya Abu Hurairah r.a. berkata:” Rasulullah s.a.w bersabda :” Kaabah itu akan diruntuhkan oleh yang mempunyai dua betis yang kecil, berasal dari negeri Habasyah (Abesenia)”

Keterangan:
Ya’juj dan ma’juj keluar, Kaabah dirobohkan dan tidak ada yang berhaji di baitullah adalah tanda-tanda dekat hari Kiamat tiba.

Hadis 94 jilid 1 Muslim
Dari Abu Hurairah r.a, katranya Rasulullah saw. Bersabda “Sesungguhnya Allah akan meniupkan angin dari Yaman lebih lembut dari Sutera. Namun tidak seorang pun yang tertinggal (iman) di hatinya” Abu Alqamah mengatakan “Walaupun seberat biji bayam?” Kata Abdul Aziz “Iman yang seberat debu pun akan tercabut olehnya”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2293
Dari Anas bin malik r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah hapusnya Ilmu (Agama Islam), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan merajalelanya perzinaan (pelacuran)”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin malik r,a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah : hapusnya Ilmu (Agama Islam) , ber jangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis/extince kaum lelaki dan yang tinggal hanya wanita dengan perbandingan seorang lelaki berdiri ditangah-tengah lima puluh wanita.


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2295
Dari Abdullah dan Abu Musa r.a. keduanya berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda :”Sebelum terjadi hari kiamat terlebih dahulu hapus ilmu (Addin) dan berjangkit kejahilan (maksiat, kejahatan dan sebagainya) dan banyak terjadi pembunuhan.



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2296
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tanda hari Kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) Ilmu (Addin), lalu timbul fitnah (bala bencana/kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan”



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya”


Bila wanita lebih banyak daripada pria/pemuda
Hadis 965 sahih Muslim jilid 2
Dari Abu Musa r.a dari Nabi saw. Sabdanya “Kelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan”

Bila zaman makmur
Hadis 966 sahih muslim jilid 2
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda “Tidak akan terjadi Kiamat sebelum harta kekayaan telah bertumbuk tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi kemana-mana sambil membawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia / layak menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai”

Hadis 967 Sahih Muslim jilid 2

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. Sabdanya “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah (kemakmuran telah merata); sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab; “Aku tidak memerlukan sedekah anda”

Hadis 968 sahih Muslim jilid 2

Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”kerana inilah aku putuskan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikitpun.

Azim said...

AllahummansurilMujahidiin fil Falastin Amin

Visit Bil.