Tuesday, January 27, 2009

MUFTI BARU PERLIS



KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu. Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam, sekali gus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu.


"Ya, Dr Juanda akan dilantik menggantikan Dr Asri sebagai Mufti Perlis yang baru. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. "Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudi meluluskan peminjaman Dr Juanda untuk berkhidmat di Perlis," katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di Dewan Khoon Aik, di sini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Jawatan Mufti Perlis kosong apabila kontrak Dr Asri yang dipinjamkan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kerajaan negeri tamat tempoh pada 1 Disember lalu. Malah, Dr Asri sebelum berangkat ke England untuk membuat kajian berkaitan perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis di Lampetex, United Kingdom pernah menamakan beberapa calon, termasuk Dr Juanda yang dianggap sesuai sebagai pengganti beliau. Dr Juanda dari keturunan Melanau adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Md Isa berkata selain diperkenan Tuanku Raja Perlis, pemilihan Dr Juanda untuk mengisi kekosongan jawatan Mufti Perlis berdasarkan kelayakan peribadi, terutama akademiknya yang tinggi serta sumbangannya kepada agama Islam. "Paling penting, beliau dianggap calon paling sesuai kerana begitu memahami mengenai Mazhab Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan perlembagaan negeri," katanya.


Ulasan :

1) Kenyataan ini pertama-tamanya memberi pengesahan kepada kita bahawa Jawatan Dr Asri sebagai Mufti terdahulu bukannya 'meletak jawatan'. Akan tetapi 'kontraknya ditamatkan' hasil kontroversi yang dicetuskannya. Kini, Dr Asri tidak habis-habis dengan isu-isu kontroversinya seantero dunia. Nampaknya, dia lebih selesa mempopularkan dirinya dengan cara begitu.

2) Perlantikan Dr Juanda hanya meneruskan legasi Wahhabiy yang dicetuskan Dr Asri dan rakan-rakannya atas jenama perjuangan al-Sunnah. Hakikatnya, obor Sunnah yang diperjuangkan mereka hanya menurut persepsi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Tak percaya? Lihatlah, apakah 'tajdid' yang dilakukan oleh Dr Asri semasa menjawat jawatan Mufti Perlis dahulu. Berapa banyak pula keputusan fatwa Perlis yang bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Dan siapakah yang membawa masuk geng2 Dr Asri seperti Dr Johari Mat, Dr Azwira Abd Aziz dan Dr Juanda sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis bagi memperkuatkan perjuangan Sunnah 'ala masyrab al-Wahhabiyyah. Walaupun segelintir manusia yang ambil kira. Namun semua ini telah direkodkan Allah Azza Wa Jalla.


3) Benarkah Dr Asri ke UK untuk membuat kajian perbandingan tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis? Atau sekadar bercuti disamping perabih duit kepada kuffar sahaja? Jika benar dia ingin mengkaji hadis..kenapa tidak dilakukan di negara yang dipenuhi dengan ulamak Islam. Berapa ramai orientalis yang menguasai ilmu Islam secara bersanad? Bolehkah kajiannya ditsiqahi? Apa yang pasti, Dr Asri bercuti sabatikal. Bolehkah penjawat yang bercuti sabatikal melakukan kajian? Dan badan mana pula yang menaja kajian beliau? Atau beliau hanya syok dengan kajian diri sendiri? Wallahua'lam. Semuanya mesti diperjelaskan.

4) Sebenarnya, tahap kelayakkan akademik Dr Juanda tidaklah terlalu tinggi Jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih tinggi nilai taraf akademiknya berbanding beliau. Perlis bukan takdak ulamak yang hebat. Ada..tetapi, tidak diperkenankan oleh pemerintah. Lantaran itu, Kerajaan terpaksa mengimport calon luar sekali lagi bagi mengisi jawatan Mufti. Anak-anak Perlis seolah-olah tidak berdaya saing untuk mengisi jawatan berkenaan. Khabar dari Sarawak memberitahu penulis bahawa Dr Juanda sebenarnya telah di 'reject' dari Timbalan Mufti Negeri Sarawak dahulu disebabkan sikapnya yang suka membid'ah dan menyesatkan umat Islam Sarawak yang bertahlil, bertalkin, baca Ya`sin malam jumaat dan lain-lain. Sayangnya, diambil pula oleh Perlis kononya bagi meneruskan legasi Sunnah. Hakikatnya, sama sahaja dengan Mufti sebelumnya. Tak percaya. Sama-samalah kita saksikan nanti.

5) MB Perlis sebenarnya telah mendedahkan kepada kita syarat terpenting utk menjadi Mufti Perlis. Iaitu memahami mazhab Sunnah Wal Jamaah yg selari dengan perlembagaan negeri. Ya ka..Dato Seri MB? Betui ka? Kalau betul..kenapa Perlis acapkali memperjuangkan tafsiran Sunnah al-Wahhabiyyah? Selalu mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Nampaknya Sunnah pada mereka itu hanya Sunnah retorik sahaja. Tapi tidak secara berjamaah. Contoh terdekat, negeri Perlis masih menggunakan gelaran 'Raja' yang merupakan pengaruh hindu berbanding negeri-negeri lain yang menggunakan gelaran Sultan yang menampakkan syiar Islam.Bagaimana pula dengan keseluruhan pengurusan kerajaan Negeri.? Secara perbandingan congak minda : Mana yang sunnah? Kelantan ke Perlis?

Apapun kita lihatlah nanti bagaimana rentak tari Mufti yang baru ini. Saya percaya, Majlis Fatwa Kebangsaan ada pendekatan tersendiri dalam situasi ini. Kita mengalu-alukan sesuatu yang positif untuk umat. Namun begitu, menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbetulkan keadaan jika syubhat dan tasykik yang ditimbulkan oleh beliau. Selamat bertugas dan Selamat perjuangkan Ahli al-Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

36 comments:

Ibn Salleh. said...

Tahniah untuk Dr.Juanda Jaya.Jika benar apa yang diperkatakan oleh Al-Ghari,terpaksalah Dato' Seri Harussani menjawab dan menangkis apa-apa yang tak kena.Semoga Dr.Juanda tidak seperti yg. diperkatakan dan dapat bersama-sama berjuang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam memperkasakan Islam.Saya tidak berani mengulas apa2 tentang beliau kerana belum lagi melihat rentak tarinya mengemudi Negeri Perlis.Semoga beliau dirahmati Allah dengan tugas barunya.

Musafir Kelana said...

Assalamualaikum WBKT

Lebih menghairankan ialah ustaz sendiri membawa ajaran 'Sunnah' yang penuh dengan hasad dan kebencian pula ya?

Admin said...

Assalamu'alaikum wbth,

ustaz mana tu fazdhly?

Dr. Al said...

Assalaamualaikum..

Dr. Al said...

Dah laa tu ustaz zamihan...kenapa laa ust ni dengki sangat kt dr asri. dia dah takde kat malaysia pun ust masih nak mengata kt dia lagi..ust ni tak de kerja lain ke dari mengutuk dr asri siang malam?..buat malu rakyat kelantan je ust ni...

Khairi Jalalluddin said...

Harap mufti baru ini tidaklah seperti mufti lama yang asyik "ta'dud bin nafsi" atau membilang diri (ujub). Begitu juga mufti baru ini diharap mengambil pendekatan diplomasi bukan konfrantasi dengan ulamak senior dan institusi agama yang ada di Malaysia. Kita harap juga Mufti baru ini juga tidak menghina dan membid'ahkan amalan soleh yang dilakukan oleh umat Islam menurut Mazhab Syafie & Asyairah.

MR. SATU UMAT said...

Aslkm,

Sama-sama kita membaca gerak langkah mufti baru ni ustaz. Jika dia masih meneruskan apa yang salah (apa yang benar tidak pernah kita tolak) daripada bawaan Dr.Asri dulu, kita berganding bahu membanterasnya.

Alexanderwathern
29.1.09

Divine love said...

Salam.

Tahniah kepada Dr Juanda Jaya atas kurniaan Allah untuk menjadi Mufti Perlis Darus Sunnah.

Tapi harapan ramai rakyat Perlis pastinya ialah rakyat Perlis sendiri untuk memegang jawatan itu.

Tapi apakan daya rakyat Perlis, kerana Raja yang berkuasa maka Raja lah yang membuat perhitungan.

Harapan rakyat Perlis seterusnya ialah hapuskan ajaran Wahhabi Al-Mujassimah yang dibawa oleh golongan "ujub" dan "pengtakfir" sebelum ini.

Ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah berteraskan Al-Quran dan Sunnah yang dipelopori oleh Al-Asha'irah dan Al-Maturidiah adalah dilihat sempurna dan telah menjadi amalan umat Islam berkurun lamanya.

Tapi setelah si "pentajdid" Muhammad Abdul Wahab dan Raja Saud menghancurkan sistem khalifah Uthmaniah di Jazirah Arab dan membunuh ulama-ulama yang alim lagi warak, maka wujudlah amalan songsang Wahhabi Al-Mujassimah.

Golongan Wahhabi Al-Mujassimah inilah yang merosakkan kebenaran dan kesucian Islam.

Maka, kepada Ustaz Zamihan yang dihormati dan dikasihi, teruskan usaha Ustaz demi kesucian dan kebenaran agama Islam yang sebenar.

Usaha Ustaz Zamihan menegakkan ajaran Islam yang syumul amat dihargai dan disokong seluruhnya.

Teruskan perjuangan menegakkan Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah di dalam rumpun Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan Al-Asha'irah dan Al-Maturidiah.

Kami sentiasa menyokong Ustaz Zamihan.

Salam.

Unknown said...

saya setuju dengan Abe Al...dah2 la tu ustaz zamihan. hinaan ustaz ni hanya merosakkan islam dan saya tak nampak kebaikan langsung kebencian ustaz terhadap dr asri dan rakan2 dia. serangan peribadi hanya menjatuhkan maruah ustaz sebagai pendakwah...kalau nak berhujah sangat dengan dengan golongan yg ustaz kata pengikut wahabi ni, ustaz berhujah je la berdasarkan hujah...tak payah la nak serang peribadi plak...

Admin said...

Assalamu'alaikum Dr AI

Lama tak nampak :)

Saya doakan anda sudah berubah dan tahu mana yang dinamakan kritikan dan mana yang dinamakan penghinaan dan seterusnya.

Saya juga berharap anda sudah meminta maaf kepada guru-guru pondok serta imam dan orang yang pernah anda tuduhkan dengan menuduh orang yang bangun selepas solat dan tidak berdoa itu sebagai wahhabi.

Saya masih ingat lagi perbahasan anda di dalam cbox dengan seorang user dahulu.

Admin said...

Kepada mushrif - saya harap anda sudah habis membaca keseluruhan blog ini sebelum membuat lagi fitnah baru.

Saya melihat trend mereka yang memusuhi ustaz zamihan ini tidak mahu membaca blog secara keseluruhan.


Nampak sangat bias dan rasa bencinya tu. Setahu saya dah lama ustaz zamihan tidak menyentuh mengenai dr asri. Tetapi apabila dibawa perbincangan sedikit (setelah lama tidak dibicarakan tentang dr asri) terus melenting mereka yang taksub pada bekas mufti ini.

Dr. Al said...

Ana minta maaf kalau ana buat silap. Ana sebenarnya kesiankan mereka yang suka mengata2 orang, merendah2kan orang lain. Yang ana kesian lagi bila mana orang yang selalu di maki & di keji itu tak ada pun nak layan sangat orang yang mengata dia tu. syok sendiri laa si pengata tu nampaknya. Dalam website dia pun rasanya tak pernah dia sebut tentang ust2 yang suka sangat mencari kelahan dia ni.

Apa nak jadi pun ana tak tahu laa. Buat malu rakyat kelantan je..

Anonymous said...

Salam..

Kepada yang tidak tahu secara keseluruhan cerita tentang wahhabi yg di gembar-gemburkan hendaklah lebih baik berdiam diri...takut2 menjadi fitnah pulak...jgn duk baca blog jer..pastu terus amek pakai...p mengaji dulu..baru bleh kritik orang lain..

Admin said...

:)

Apa yang anda sebut tuh wahai doktor ? tak faham saya. Semoga ALlah memberi hidayah kepada anda dan kepada kita semua Aminnn

Kepada tempayanbudu.. ya, jangan baca kat blog je, bukak kitab dan tanya guru sekali. Kendian cari guru pun jangan yang sokong wahhabi je, carik kedua2 sekali. Baru adil namanya.

Unknown said...

kepada semua, betul la tu kata2 korang. jgn dengar sebelah pihak je n jgn tuduh2 jer...kepada ibnunafis,saya bukannya taksub pun pada bekas mufti ni malah saya ada jugak statement dia yg saya tak setuju tp kita kena ingat kenapa kita duk belasah sangat dr asri tu sampai ke mengata peribadi dia.ni ust zamihan plak nak memburukkan dr juanda plak...apehal? saya lihat ramai jugak ust2 yg walaupun x bersetuju dengan dr asri ok jer berkawan dengan dia, xde plak duk mengata mcm2 kat dia...ust hasrizal, ustaz nasruddin tantawi, etc. sbg contoh.I am not a religious scholar so pandangan saya adalah berdasarkan pandangan orang awam dan bagi saya apa yg ustaz zamihan buat ni(memburukkan dr asri, dr juanda etc) tidak membantu langsung perkembangan islam dan saya tak nafikan pandangan2 ust zamihan di dalam blog ini adalah baik. satu tu jer saya tak berkenan. tp terpulang la kepada semua.kita ada pandangan masing2 dah semoga allah membantu kita semua.

xxx said...

Hanifsalleh: Saya dahulu kerap mendengar ceramah Dr. Juanda di Sarawak FM. Memang benar, cara penyampaiannya berbeza dengan Dr. MAZA, namun apa yang disampaikan sama dengan Dr. MAZA.

Dahulu, semasa menjadi Ketua Penolong Mufti, dia selalu dijemput bagi slot 'Soal Jawab Agama'. Selepas bersara dari jawatan itu, beliau dijemout untuk slot 'Islam Hadhari'.

Patutlah kebelakangan ini saya jarang dengar suaranya di Sarawak FM. Beliau dipilih menjadi Mufti Perlis rupanya.

AbulAbas Aljuwaini said...

Aku berterima kaseh dan berbangga dengan mereka yang seperti ustaz Zamihan ini yang berani menjawab dan menjelaskan untuk menulak pengeliruan yang dibawa oleh mereka tertentu untuk memfitnah umatIslan dan melemahkan perpaduan dan keamanannya selama ini.

Usahanya seperti ini merupakan tanggong-jawab seluruh umat terutama mereka yang berkuasa dan ada kemanpuan , bukan kerja salah dan tidak boleh dipertikaikan terutama oleh mereka yang bertujuan jahat itu sendiri , kita tahu mereka itu selamanya tidak bersetuju dengan perpaduan dan kemesraan umat . mereka itu sentiasa dendam dan iri hati dengan kekuatan umat Islam selaras dengan perancangan jahat musuh Islam itu sendiri sebab mereka sudah lama di kuasai musuh Islam terutama segala harta kekuatan umat Islam diserahkan kepada puak yahudi dan amereka

perfectwater75 said...

Salam,

kali pertama menjengah dan memberi komen tentang hal berkaitan Dr.MAZA.

Ana rasa komen anta tentang penamatan kontrak mantan Mufti Perlis kurang tepat. Ana sendiri pernah bertanya kepada seorang YB Perlis tentang hal berkenaan dan ternyata anta punya telahan ini sekadar mengutip bulat2 dari media semata2. Bagaimana seorang yang berilmu tinggi seperti anta mengutip berita dari sumber yang kurang sahih sekadar hendak menguatkan dalil anta?

Suka ana bertanya sumber mana yang anta telah kutip tentang penamatan 'kontrak' Dr. Asri ini?

Kalau setakat hendak sedap menulis sesiapa pun boleh, kalau setakat yang ada ana rasa boleh dipertikaikan lagi.

Anta menjelas tentang ujub Dr.Asri dan kengkawannya tetapi anta sendiri pun sama juga dengan meletakkan sisipan berita dan cerita anta berceramah di sana sini. Apa keperluan anta menyatakan semua ini. Adakah untuk menunjukkan anta seorang ilmuwan yang tinggi ilmunya dan selalu dijemput memberi ceramah di serata negeri?

Apa yang lihat Anta lebih suka menanamkan kebencian dan hasad tentang orang lain, Sudahlah....

Ini yang susah bila ilmu yang ada terasa lebih daripada orang lain...

AbulAbas Aljuwaini said...

Aku pun tertanya-tanya kenaapa ulama yang ramai dari perlis sendiri, seperti dr Harun din ,dr 'Abdul 'Aziz Hanapi dan ramai lagi yang lain-lain tidak diberi keutamaan untuk menyandang jawatan penting tersebut ,mereka memang diakui semua tentang ilmu dan kepakarannya dalam agama tetapi tidak diterima dan dilantek sebagai mufti sahingga berlaku pinjam meminjam tukar-menukar dan sebagainya .Tetapi bagi ulama kita biasanya mereka tidak tertarik kepada jawatan dan pangkat dalam sebarang jawatan . Bersamalah kita doakan mudah-mudahan mufti yang baru ini dapat menyumbang kepada kekuatan dan perpaduan umat, dapat berkerjasama dalam usaha kebaikan kasih sayang perpaduan dan ketaqwaan dan tidak (terlibat)bekerja sama atas kerja dosa dan perseteruan,perpecahan dan permusuhan Amin!

AbulAbas Aljuwaini said...

Setahu aku sekarang timbul lagi fahaman dan ajaran baru yang dibawa dari satu kawasan sebelah timur dari Madinah yang telah diberitahu oleh Rasulullah saw. dalam satu hadis sahihnya bahawa itulah kegemparan (ajaran)yang lahir bersama tanduk syaitang yang mana pemimpinnya yang bernama syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab mendapat tentangan bukan sahaja dari kebanyakan ulama Islam pada masa itu, tetapi juga ditentang oleh bapanya(Abdul Wahhab ) dan abangnya (syaikh Sulaiman bin Abdul Wahhab) sendiri sahingga beliau mengarang sebuah buku khusus yang diberi nama al sawa'iqul ilahiah untuk menulah fahaman wahabiah yang baru diperkenalkan itu. menurtut ajaran itu semua umat Islam sebelum itu abad ketujuh syirik dan bid'ah termasuk ulama besar Islam .Sebab itu dalam perbincangan mereka selalu menyebut nama-nama ulama muta'akhirin seperti Syaikh Ibnu Taimiah , Syaikh Ibnul Qayyim al Jauziah ,Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.dan sekumpulan nama ulama yang muta'akhirini seperti Syaikh Albani , binn Baz, Saleh Fauzandan lain-lain , sedangkan ulama salaf yang sebenar jarang sekali namanya terkeluar dari bibir mereka , seperti Imam kita al Safie ra.Gazali,al 'Asy'ari, Nawawi Ibni Hajar dan lain-lain melainkan kiranya terdapat perkataan mereka yang boleh membantu dan menyukong pendapat mereka sahaja .Inilah antara lain, sikap dan tanda pengenalan mereka tersebut. Manakala ajarannya tertumpu kepada mentakfirkan dan membid'ahkan memecah-belahkan perpaduan umat yang tidak sama fahaman dengan mereka sahaja .

Admin said...

Baiklah - sekarang saya nak tanya tentang serangan peribadi kepada Dr Asri yang disebut oleh Ustaz Zamihan - boleh tunjukkan buktinya dan artikel mana. Untuk sama-sama kita koreksi.

Ingat ya - PERIBADI.

Terima kasih.

perfectwater75 said...

Salam,

ulasan ketiga seperti menghentam peribadi juga kan...???

3) Benarkah Dr Asri ke UK untuk membuat kajian perbandingan tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis? Atau sekadar bercuti disamping perabih duit kepada kuffar sahaja? Jika benar dia ingin mengkaji hadis..kenapa tidak dilakukan di negara yang dipenuhi dengan ulamak Islam. Berapa ramai orientalis yang menguasai ilmu Islam secara bersanad? Bolehkah kajiannya ditsiqahi? Apa yang pasti, Dr Asri bercuti sabatikal. Bolehkah penjawat yang bercuti sabatikal melakukan kajian? Dan badan mana pula yang menaja kajian beliau? Atau beliau hanya syok dengan kajian diri sendiri? Wallahua'lam. Semuanya mesti diperjelaskan.

thx!

Admin said...

perfectwater - saya nak tanya anda tahu beza antara menghentam peribadi dengan soalan pertanyaan yang inginkan penjelasan ? SILA JAWAB

Anda ini mengapa terlalu emosi? Terlalu taksubkah anda pada dr asri sehingga kritikan kepadanya tidak boleh dibuat langsung?

Sekurang-kurangnya di dalam blog ini ramai yang boleh mengkritik dan menghentam semula ustaz zamihan kembali tanpa beliau (ustaz zamihan) mendelete kritikan anda. (bukan susah pun nak delete tulisan yang tidak berkualiti dan memaki hamun) Lihat ketelusan ustaz zamihan sendiri di blog ini.

CUba baca apa tulisan terakhir ustaz zamihan iaitu - Semuanya mesti diperjelaskan.

Jangan butakan mata wahai saudara.

Jadi dimana yang dinamakan menghentam peribadi? Sila jawab.

perfectwater75 said...

Salam Ibnu Nafis,
Ini bukan soal saya taksub atau ta'ajub dengan Dr.Asri tetapi soalnya sekarang apa yang di'dendang'kan sampai menghukum kumpulan lain sebagai golongan 'ujub' dan 'takfir',

Adakah tuan ada hak untuk menghukum orang lain atau memang tuan berkuasa untuk menyatakan orang lain salah dan tuan sahaja yang benar atau memang tuan sahaja yang mempunyai nilai tulisan dan pendapat yang paling 'berkualiti'?

Tak payahlah tuan hendak menggertak hendak men'delete' pendapat saya ini jika tidak sehaluan dengan aliran tuan tetapi bagi saya apa yang benar tetap akan benar dan tak perlu sampai hendak 'menunjuk' kuasa menghukum orang lain seolah-olah kita ini juga 'maksum' dari melakukan kesilapan dan dosa?

Mungkin Ustaz Zamihan ini seorang yang bertaraf wali yang mencapai tahap iman 'mardhiah' hingga tak lut untuk dinasihat atau ditegur tentang tulisannya?

Maaflah kalau ulasan saya kurang menepati citarasa dan kualiti yang tuan inginkan kerana saya hanya orang biasa sahaja dan tidaklah 'tinggi kesarjanaan jika hendak dibandingkan dengan ilmu tuan yang hebat ini.

thx!

perfectwater75 said...

Salam Ibnu Nafis,
Saya cuba jawab sikit2...,

1)Benarkah Dr Asri ke UK untuk membuat kajian perbandingan tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis?

Soalan yang ditanya seperti hendak meragui dan bersangka tidak baik kepada apa yang cuba dibuat beliau. Bagi saya, saya lebih suka bersangka baik kerana itu yang dianjurkan Islam yang syumul, tak taulah bagi pihak ibnu nafis yang tinggi kealimannya ini.

2)sekadar bercuti disamping perabih duit kepada kuffar sahaja?

Lihat tajuk kajian pun sudah tahu keperluan di mana yang perlu dijalankan kajiannya. Adakah golongan Agama yang melampau di Malaysia? Siapa pula yang menjadi jaguh orientalis di negara ini?

3)Jika benar dia ingin mengkaji hadis..kenapa tidak dilakukan di negara yang dipenuhi dengan ulamak Islam.

Kekadang bila difikirkan soalan ini sepatutnya tidak keluar dari orang yang alim seperti tuan ini kerana menunjukkan ilmu Allah ini tidak luas dan hanya tertumpu di sesetengah tempat sahaja. Soalan tuan boleh saya samakan dengan puak-puak UMNO yang bermati-matian mempertahankan KETUANAN MELAYU sedangkan tiada dalam mana nas naqli Al-Quran dan Sunnah nabi SAW yang menjelaskan tentang orang Melayu dan ketuannya? Ilmu Allah ini maha luas da apakah menjadi kesalahan untuk menjalankan kajian di tempat yang agak asing? Mungkin tuan seorang yang stereo-type yang hanya yakin keperluan menjalankan kajian di tempat yang berkenaan asahaja.

4)Berapa ramai orientalis yang menguasai ilmu Islam secara bersanad?
Soal kuantiti pula yang dipertikaikan, tak sangka ini pun boleh dijadikan soalan. kalaupun hanya ada seorang kuffar yang menguasai ilmu Islam secara bersanad, maka tentunya kualitinya ada. Lebih baik dari ramai seperti buih di lautan luas.

5)Bolehkah kajiannya ditsiqahi?
Apa yang menadi masalah kepada tuan dalam hal sebegini. Bukan tuan yang ditugaskan memperakui kesahan kajiannya dan bukan juga tuan ini dari MQA yang memperakukan ijazah di Malaysia kini.

6)Apa yang pasti, Dr Asri bercuti sabatikal. Bolehkah penjawat yang bercuti sabatikal melakukan kajian?

Tuan telah menambah ramuan kelucuan dalam soalan tuan kerana mempertikaikan beliau yang bercuti sabatikal melakukan kajian. Tuankah yang membayar gaji kepada Dr.Asri atau USM? Mungkin ada keperluan bagi tuan mengkaji setiap pekeliling kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan jawapan yang lebih segar dan memuaskan hati.

7)Dan badan mana pula yang menaja kajian beliau? Soalan ini tuan jawablah sendiri kerana tuan pun tahu jawapannya dan tuan seolah-olah sengaja mengundang polemik dengan bertanyakan soalan ini kepada umum yang membaca blog 'hebat' tuan ini.

8)Atau beliau hanya syok dengan kajian diri sendiri?

saya jadi hairan tentang apa sebab yang menyebabkan soalan ini boleh terpacul keluar dari tuan yang tinggi alimnya ini? Bila dipertikaikan, tuan terus melenting tetapi cara bertanya soalan macam budak sekolah rendah. Apapun saya tahu tuan ini 'tinggi alimnya' kan???

maaflah orang biasa ini...

thx!

Admin said...

Terima kasih kepada perfectwater atas jawapan agak-agak anda.

Pernyataan anda :

Soalan tuan boleh saya samakan dengan puak-puak UMNO yang bermati-matian mempertahankan KETUANAN MELAYU sedangkan tiada dalam mana nas naqli Al-Quran dan Sunnah nabi SAW yang menjelaskan tentang orang Melayu dan ketuannya? Ilmu Allah ini maha luas da apakah menjadi kesalahan untuk menjalankan kajian di tempat yang agak asing? Mungkin tuan seorang yang stereo-type yang hanya yakin keperluan menjalankan kajian di tempat yang berkenaan asahaja.

-----------------------------------
Celahan saya :

Apa kaitannya UMNO dalam hal ini? Jangan dibawa masalah parti politik dalam perkara ini.

Hal Melayu dan ketuanannya kena rujuk balik pada sejarahnya. Begitu juga dengan bangsa arab dan ketuanannya, bangsa cina dan ketuanannya di negara China dan begitulah seterusnya.

-----------------------------------

Tulisan perfectwater :

Mungkin Ustaz Zamihan ini seorang yang bertaraf wali yang mencapai tahap iman 'mardhiah' hingga tak lut untuk dinasihat atau ditegur tentang tulisannya?
-----------------------------------

Celahan saya :

Anda sudah pun menulis dalam blognya bukan? Dan begitulah jika anda baca banyak lagi balasan lain dari mereka yang marah dengan ustaz zamihan bila menegur dr asri. Berapa banyak yang didelete?

-----------------------------------

Tulisan perfectwater :

Tak payahlah tuan hendak menggertak hendak men'delete' pendapat saya ini jika tidak sehaluan dengan aliran tuan tetapi bagi saya apa yang benar tetap akan benar dan tak perlu sampai hendak 'menunjuk' kuasa menghukum orang lain seolah-olah kita ini juga 'maksum' dari melakukan kesilapan dan dosa?

-----------------------------------

Jawapan saya :

Tiada gertakan pun :). Jangan bersangka-sangka pula ya perfectwater. Betul la tu, yang benar tetap benar - dan kita memang tahu kebenaran itu yang bagaimana akhirnya. Dr Asri membawa kebenaran dengan menghukum sesat kepada ulamak Islam dan umat Islam? Melekehkan ulamak lain? Melekehkan aliran asya'iroh dan pengajiannya? Bersangka buruk dengan Al Subki (ulamak syafieyyah)? Banyak lagi yang didedahkan di dalam blog Ustaz Zamihan ini.

-----------------------------------

Tulisan Perfectwater :

4)Berapa ramai orientalis yang menguasai ilmu Islam secara bersanad?
Soal kuantiti pula yang dipertikaikan, tak sangka ini pun boleh dijadikan soalan. kalaupun hanya ada seorang kuffar yang menguasai ilmu Islam secara bersanad, maka tentunya kualitinya ada. Lebih baik dari ramai seperti buih di lautan luas.

--------------------

Jawapan saya :

Bersanad tuh bukan soal kuantiti, Tetapi kualiti :) Dengan siapa kita mengambil hadith, apa kriterianya? Nak tahu kepentingan bersanad dan apa kaitannya dengan Islam? Anda boleh rujuk di sini :

1. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/kepentingan-sanad-dalam-sistem_06.html

2. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/kepentingan-sanad-dalam-sistem.html

3. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/kepentingan-sanad-dalam-sistem_1140.html

p/s; Baca sampai habis ya..jangan sekerat-sekerat je tau..

-----------------------------------

Tulisan perfectwater :


5)Bolehkah kajiannya ditsiqahi?
Apa yang menadi masalah kepada tuan dalam hal sebegini. Bukan tuan yang ditugaskan memperakui kesahan kajiannya dan bukan juga tuan ini dari MQA yang memperakukan ijazah di Malaysia kini.

-----------------------------------

Jawapan saya :

Kajian yang mempunyai kredibiliti, bolehdipercayai amatlah penting. Sebab itulah timbul pertanyaan sebegini. Ulamak di timur masih ramai lagi. Muhaddithin di sana masih ada untuk dirujuk. Mengapa di UK juga tempatnya? Jadi disitu timbullah persoalan ini. Soal pun salah juga ke? :)

-----------------------------------

Unknown said...

kepada ibnunafis, soal memang tak salah tp apa bezanya tuan dengan dengan puak yg tuan anggap wahabi tersebut. Tal bolehkan ustaz zamihan tanya dengan elok?ini macam cuba memperlekehkan ulama2 dari sebelah UK pulak.bukannya dr asri buat dengan orientalis pun kajian dia,dengan ulama jugak kan...cuba la tanya elok2...ustaz zamihan ni kan belajar agama. apa kata ust zamihan sendiri yg jawab persoalan2 yg dikemukakan.ke ibnu nafis ni pun ust zamihan jugak???

Admin said...

saudara mushrif.

kepada ibnunafis, soal memang tak salah tp apa bezanya tuan dengan dengan puak yg tuan anggap wahabi tersebut. Tal bolehkan ustaz zamihan tanya dengan elok?ini macam cuba memperlekehkan ulama2 dari sebelah UK pulak.bukannya dr asri buat dengan orientalis pun kajian dia,dengan ulama jugak kan...cuba la tanya elok2...ustaz zamihan ni kan belajar agama. apa kata ust zamihan sendiri yg jawab persoalan2 yg dikemukakan.ke ibnu nafis ni pun ust zamihan jugak???

-----------------------------------
Mushrif - saya bukan ustaz zamihan. Saya pun tertanya juga siapa ulamak hadith yang ada di UK tuh?

Mungkin agaknya di timur tengah kekurangan ulamak hadith ?

Aha.. mushrif.. saya nak tahu juga siapa ulamak yang ada di UK. Terima kasih.

Unknown said...

Ibnu Nafis, nak kena bagi jugak ker? saya ni bukannya kenal sangat siapa ulama kat UK tu. Cuba la Ibnu Nafis cari yer...at least saya bagi la satu, Dr Mawil Izzidien.

Unknown said...

takde komen la plak ari ni.
saya nak komen sikit commenter Hiz:Komen Hiz:'Tapi setelah si "pentajdid" Muhammad Abdul Wahab dan Raja Saud menghancurkan sistem khalifah Uthmaniah di Jazirah Arab dan membunuh ulama-ulama yang alim lagi warak, maka wujudlah amalan songsang Wahhabi Al-Mujassimah.'
Pandangan ini yg bahaya ni...sila baca pandangan Ustaz Hasrizal.
http://saifulislam.com/?p=1801 and
http://saifulislam.com/?p=2216 .

Admin said...

Mushrif - sejarah tentang wahhabi salafi ada yang rekodkan :) Bukan sedikit ulamak yang membahaskannya. Bahkan ulamak yang mengikuti perkembangan sendiri di arab saudi.

Contohnya seperti K.H Sirajuddin Abbas, Mufti Zaini Dahlan (Wahhabi amat memusuhi mufti ini). Begitu juga prof syed Muhammad alawi (ulamak di Mekah) almaliki yang telah dihalau dari mengajar di Masjidil Haram.

Kita juga tertanya tentang pemimpin arab saudi dan hubungannya dengan amerika. Begitu juga dengan ulamak wahhabi yang ada memfatwakan agar rakyat palestin keluar dari tanah palestin.

Lihat apa fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak salafi wahhabi ini :

1. http://satuumat.blogspot.com/2009/01/zionis-saudi-tak-kurang-hebatnya.html

2. Al-Bani mengkafirkan umat islam di Palestian secara mutlak dan mewajibkan umat Islam keluar dari Palestin dalam Majalah Al-Liwa' Jordan keluaran tarikh 7/7/1993 m/s 16 , kitab AlBani sendiriberjudul "Fatawa Al-Bani" m/s 18 Jam'u 'Ukkashah Abdul Manan cetakan Maktabah At-Turoth dan jugan dalam rakaman ceramah AlBani dirumahnya pada tarikh 22/4/1993 serta surat khabar As-suhuf 1/9/1993.

Banyak lagi yang boleh dibuktikan. Sampai sekarang apa usaha pemimpin arab saudi (selain dari kumpul dana selepas menyaksikan ribuan umat Islam di Palestin mati) serta ulamak-ulamak wahhabi salafi?

Saya tidak hairan mengapa ulamak muktabar banyak yang menentang wahhabi. Sebab itu kita diwajibkan mengikut majoriti ulamak Islam dan umat Islam.

Sejarah hitam wahhabi salafi ada direkodkan dan kita menyaksikan kebenarannya hingga kini.

WaLlahua'lam.

Unknown said...

to IbnuNafis, Apa pandangan Tuan tentang artikel Ustaz Hasrizal? Memandangkan Ust Hasrizal juga belajar di Jordan dan pandangan beliau pun based on pandangan ulama yg muktabar jugak kan? And then in his article, he did say that he didn't know why Mufti Zaini Dahlan is against Sheikh Muhammad Abdul Wahab, maybe u can enlighten us on that. tq

Admin said...

kepada mushrif sila baca kitab Sheikh Zaini bin Dahlan mufti Syafie : Ad Durar as Saniah fi radd ála al wahhabiyyah. Terima kasih. Mungkin Ustaz Hasrizal boleh membacanya juga.

JAdi apa pandangan mushriff pula pada bukti yang telah saya berikan tentng ulamak wahhabi di atas? :)Atau ada sesiapa nak menjawab?

Unknown said...

Nnt saya baca kitab tu cuma IbnuNafis, anda still tak komen lagi pendapat/artikel Ustaz Hasrizal berkenaan Tingkap yg disangka pintu tu, dah baca ke belum?

Admin said...

SaifulIslam.com tu ada juga saya jenguk. Semasa saifulislam ada masalah server beberapa kali pun saya mengikuti perkembangannya :) (saya mengikuti perkembangan ustaz hasrizal :)).

Ustaz Hasrizal dia lebih moderate dibandingkan dengan salafi yang lain. Bahkan beliau sendiri sudah tidak mengikuti al-ahkam.net sebab banyak isi di dalamnya yang suka menghukum sahaja. (tetapi tidak tahulah sekarang ini).

Bukan bermakna saya membaca laman web Ustaz Hasrizal maka saya bersetuju kepada semua artikelnya. Kebanyakannya yang berbentuk nasihat dan dakwah saya bersetuju. Anda juga perlu membaca artikelnya yang mengkritik tentang salafi (bacaan saya adalah wahhabi salafi) yang tidak mahu berzikir selepas solat dan kemudian terus mengasingkan diri di bahagian belakang dari imam yang berdoa dan berzikir kemudian di situ bual-bual kosong, mengumpat. etc.

Silakan.

ramli sam sam said...

blog ni ada org lain uruskan ke ustaz zamihan sendiri? macam pelik jugak kalau ustaz sendiri menulis "Us Zamihan al-Ghari diberi pengormatan.." kat sana sini tepi blog ni..hmmm..Semuanya mesti diperjelaskan untuk mengelak pembaca menganggap penulis blog agak ujub riya'...

Visit Bil.