Ikuti temu bual wartawan Adha Ghazali bersama Dr Juanda untuk menyelami hala tuju serta harapan beliau sebagai Mufti Perlis yang baru, terutama misi Jabatan Mufti Perlis bakal diterajuinya.
Soalan : ANDA diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Mufti Perlis. Apa pandangan Dr mengenai peranan Jabatan Mufti Perlis terutama dengan peranan tinggi dimainkan Dr Asri sebelum ini?
Jawapan : Dr Asri meletakkan Jabatan Mufti Perlis pada tahap yang tinggi iaitu berstatus nasional dan ini sesuatu yang membanggakan. Bagi saya, peluang mengetuai Jabatan Mufti Perlis adalah tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul, terutama untuk meneruskan kesinambungan usaha Dr Asri. Jika dilihat, isu lantang bersuara tidak perlu timbul, kerana Dr Asri hanya memainkan peranan seperti diamanahkan dan itu jugalah yang akan saya lakukan.
Ulasan :
1) Benarkah Dr asri letakkan Jabatan Mufti Perlis pada tahap tinggi berstatus nasional. Sepatutnya Dr Juanda sedara bahawa kedudukan sesebuah Jabatan Kerajaan Negeri sememangnya berstatus nasional. Ia bukan boleh diletakkan oleh sesiapa. Sebaliknya kedudukan sesebuah Jabatan itu memang bertugas di peringkat nasional. Bukan soal siapa yg meletakknya. Jika JMPs berstatus nasional..Jabatan2 Mufti lain berstatus apa? Amatur ke?
Nampaknya, Beliau menisbahkan Jabatan Mufti Perlis (JMPs) berada di tahap yg tinggi bagi menggambarkan sanjungan beliau terhadap jasa DR MAZA selama ini.
2) Benarkah Jabatan Mufti Perlis berada di tahap yang tinggi. Cuba dapatkan 'greding' dari JPA @ SPA. Berapa bintang yang kita boleh bagi kepada Jabatan ini terutama semasa dibawah kendalian Dr MAZA. Barulah kita tahu samada JMPs bertaraf tinggi @ tidak. Kalau setakat mencetuskan kontroversi dalam memahami agama cara baru..saya rasa, situasi itu bukanlah sesuatu yang dikira 'bertaraf tinggi'.
Soalan : Pendekatan 'lantang' Dr Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini meletakkan Jabatan Mufti Perlis pada satu tahap yang tinggi. Mungkinkah ini memberi cabaran kepada Dr?
Jawapan : Pendekatan saya dan Dr Asri mungkin berbeza, tetapi peranan dan hala tuju kami tetap sama, iaitu terus menghidupkan peranan Jabatan Mufti Perlis. Bagi saya, kelantangan ditonjolkan Dr Asri adalah pendekatan dan kaedah beliau. Namun, peranan dimainkan tetap sama iaitu memberikan rujukan berguna kepada masyarakat dalam hal ehwal berkaitan agama Islam. Mungkin pendekatan yang akan saya gunakan tidak sama.
Ulasan ;
1) Sememangnya cara pendekatan Mufti Lama & Mufti Baru berbeza. Tetapi manhaj mereka sama sahaja. Iaitu memperjuangkan Sunnah ala Salafi-Wahhabiy. Jika satu aliran sahaja yang diperjuangkan di negeri depa..tak mengapa. Tetapi masalahnya perjuangan satu aliran ini menidakkan aliran Sunni majoriti negeri-negeri lain. Bahkan dalam masa yang sama mereka meniupkan tasykik bahawa pegangan Asyairah sesat & menyeleweng, amalan sunat dikatakan bid'ah, menafikan disiplin ilmu tasawwuf. Seorang sahabat saya dari sarawak memberitahu saya bahawa Dr Juanda memberitahunya bahawa Kitab Risalah al-Qusyairiyyah adalah sebuah kitab yang sesat. Subhanallah.
2) Kalau betul pendekatan Dr Juanda berbeza dgn Dr Asri..kita alu-alukan. Namun harus diingat bahawa..apa jua kedudukan anda..anda perlu mengormati hak-hak Mufti dari negeri-negeri lain. Yang mana Mufti sebelum ini seringkali menyindir Mufti2 lebih senior sbg tukang baca doa, konservatif, jumud, tidak proaktif DSB.
Soalan : Perlis sinonim dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apa pandangan Dr dan mungkinkah ini menjadi kriteria utama pemilihan Dr sebagai Mufti Perlis?
Jawapan : Bagi saya, soal sesuai atau tidak, seharusnya tidak perlu timbul. Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah memang terbukti paling afdal (ideal) dan perlu ditegakkan. Malah, fahaman ini juga dianggap bersifat paling terbuka dan tepat, apatah lagi dengan kedudukan al-Quran dan Sunnah nabi sebagai rujukan paling utama. Jadi, tidak wajar jika ada pihak yang mendakwa atau cuba mengaitkan fahaman ini dengan unsur perpecahan. Apa pun, setiap persoalan yang timbul memerlukan penjelasan secara terperinci dan bijaksana dengan berlandaskan 'nas' dan dalil (bukti) yang kukuh daripada al-Quran dan Sunnah. Jadi, di sinilah Jabatan Mufti memainkan peranannya.
Ulasan :
1) Dewasa ini dan selamanya.. ramai yang gemar dengar benchmark "Ahli Sunnah wal Jamaah" termasuklah Perlis Darul Sunnah. Apalah ertinya kalau sekadar f okus perjuangan sunnah hanya kpd perkara2 furuk sahaja. Perjuangan Sunnah yg utama ditinggalkan @ tidak diendahkan. Contohnya : Dlm perlembagaan Perlis diMana hukum hudud, Qisas? Bgamana dgn pengurusan akaun Kerajaan Negeri? Apa pula klasifikasi kafir yang ada? Berapa lesen judi, arak, kelab malam yg diluluskan? Berapa Nisbah masjid berbanding rumah ibadat bukan Islam DLL. Pendek kata Usul al-amr bil ma'ruf Wa nahyi Ani al-Munkar..perlu diberi fokus perjuangan. Berbanding perjuangan membid'ahkan umat Islam dgn isu khilafiyyah.
2)Kenapa manhaj Sunnah wal Jamaah perlis menimbulkan banyak kekeliruan dan perpecahan? Jawabnya..kerana mereka mengutamakan metodologi memahami agama menurut fahaman Wahhabiyyah berbanding majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori Asyairah & Maturidiyyah. Sebelum ini, peratusan pertembungan pemikiran seperti ini adalah kecil. Dan sekarang ini menjadi huru-hara disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkannya. Guna metod salafi-wahhabiy..tetapi masih lagi tidak mengaku sebagai wahhabiy. Itulah Wahhabiy.
Soalan : Bidang Undang-Undang Keluarga Islam adalah pengkhususan dan kepakaran utama Dr dan ia dianggap sesuai serta sinonim dengan Perlis yang sering dikaitkan dengan isu kekeluargaan terutama poligami. Apa komen Dr?
Jawapan : Persoalan dan masalah agama sebenarnya sama di semua tempat. Dalam soal penyelesaian dan penjelasan bab agama, isu label melabel sesuatu mengikut pandangan dan pemikiran individu tidak boleh diambil kira. Apa yang penting, cara isu itu dikendalikan dan diatasi. Jika dilihat undang-undang (Islam) kita sudah cukup kukuh, cuma dari sudut pelaksanaannya kadang-kala sedikit goyah.
Ulasan :
1) Sekarang ni orang sudah tidak mengenal bidang @ disiplin ilmu. Yang penting ijazah kedoktoran. Ada yang ijazah BA B.Arab n tesis Phd hadis pun dilantik mufti.Walaupun jahil dgn Feqah dan usul feqah. walhal, lulusan Phd tu hanya kajian kecil sahaja. Tetapi diangung2kan zaman kita sehingga diagung2kan kita dgn gelaran tertentu. Moralnya, bukan beerti semua yang lulus Phd tu alim dan boleh menjadi rujukan ummat. Kenapa? kenapa penguasaan disiplin ilmunya rendah, kurang bermutu dan tidak matang. Ia tidak bermaksud utk tuan blog meninggi diri. tapi itulah realiti bagi nilai jawatan Mufti kontemporari.
Soalan : Akhir sekali, apa harapan Dr sebagai Mufti Perlis yang baru. Mungkinkah Dr ada misi tersendiri untuk melonjakkan lagi imej Jabatan Mufti Perlis?
Jawapan : Buat masa sekarang, misi dan keutamaan Jabatan Mufti Perlis belum saya terima dan semuanya akan terjawab apabila menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, minggu depan. Apa pun, saya berazam untuk terus menghidupkan peranan mufti dalam memberikan rujukan berguna kepada masyarakat terutama dalam hal ehwal berkaitan agama Islam.
Ulasan :
1) Misi Dan Visi JMPs adalah jelas. Sayangnya disalah kemudikan oleh Dr asri dan kroni-kroninya. Menyebabkan ia menjadi kusut dan kabur. akhirnya, misi dan visi tidak berpijak di bumi realiti. Sebab itu, bilamana Dr Asri ditamatkan kontrak..ramai kawan2 kita yg bertugas di JMps atas perkhidmatan persekutuan angkat kaki cepat2. Alasan mereka..tak tahan dengan bebanan kerja fatwa Perlis yang serabut. Kerana banyak fatwa baru yang diputuskan bertentangan dengan akta dan enakmen yang sedia ada. Contohnya : anak yang lahir bawah 6 bulan dan tidak dinafikan oleh bapaknya boleh dibinkan pada bapaknya. Fatwa ini bukan sahaja VS dgn fatwa kebangsaan. Malah VS juga dengan Enakmen Keluarga Islam 1991 Perlis sendiri dan digunapakai di negeri2 lain. Bahkan bertentangan dengan enakmen Jabatan Pendaftaran Negara.
2) Kesan dari fatwa pelik ini, Saya juga mendengar dari sahabat saya di perlis, bahawa ramai pasangan yang melahirkan anak bawah 5 bulan kahwin ingin mendaftarkan anak mereka di Perlis. Nampaknya, Perlis telah membuka pintu pendaftaran anak-anak tak sah taraf. Dikhuatiri pendaftarannya juga melibatkan anak-anak zina.
3)Hairannya, ketika fatwa baru diputuskan...saya difahamkan bahawa Dr Juanda ada bersama membincangkannya. Masakan graduan Kedoktoran Keluarga Islam tak tahu menahu bahwa fatwa Perlis yg baru itu banyak pertentangannya dgn enakmen yg sedia ada. Atau dia sengaja tak nak ambil tahu atau buat-buat tak tahu. Ternyata, Allah yang terlebih tahu. Tentunya semua ini satu cabaran dan pengalaman baru buat Dr Juanda Jaya. Selamat Maju Jaya.
24 comments:
Assalaamualaikum
Ust..ketahuilah yang perbuatan ust yangt takde kerja lain dari mencari kesalahan orang je ni sebenarnya hnya memalukan negeri kelantan ye...
Dah laa tu ust...kita sama2 doakan agar Dr Jaunda mengemudi JMPs dengan baik sebagaiman zamihan berjaya mengemudi ILIM sehingga ketahapo sekarang. walaupun ana baru je dengar akan kewujudan ILIM kt malaysia ni berbanding institusi JPMs yg terkenal seluruh negara bila berada dibawah kendalian muftinya yg lama...
As Salam ..
Zamihan bertaraf ustaz berkualiti rendah .. Perasaan hasad dan ujub dari dulu sampai sekarang tak penah surut malah makin menebal ..
Memang jenis tak makan saman punya olang .. Sebab dia fikir hanya dia saja yang btl dan bagus.. Kan dah bagitau dulu .. Apa yang zamihan kata kpd Dr.Asri, semuanya berbalik kepada dirinya semula.. Allah Maha Besar ..
Sama2lah kita menilai ... Takde paksaan utk menerima kata2 saya ini.. Anda boleh menilai sendiri ..
By the way, artikel di bawah sesuai sangat2 utk zamihan ..Tapi, spt yg dikata tadi, zamihan ni jenis yg tak makan saman punya orang sebab dia fikir hanya dia saja yang betul ..
Mengapa Perlu Sangka Buruk ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-
كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)
Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.
Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis
ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)
Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-
ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق
Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)
Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya
SANGKA BURUK YANG HARUS
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.
Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.
Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.
SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.
Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.
JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK
Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.
Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.
Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.
Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian mereka.
Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas berkata :-
"Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu"
Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak, sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa (kononnya).
Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi, mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik, tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.
JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN
Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.
Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain. Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.
Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.
Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku kepada Mufti Perlis. Tiba-tiba Mufti Perlis semakin berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya,
*
Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihanraya 8 Mac, iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu barulah dia bersuara untuk ‘membodek' kerajaan pakatan rakyat untuk melantiknya pula.
*
Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di penghujung.
*
"Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi, nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!" Tempelak mereka.
Dan macam-macam lagi.
Saya kerap dengar komen "mengapa baru sekarang!!?" sebagai hujjah untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini?
Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini.
Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, syubhat dan keraguan aqad dalam MLM, pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata:-
"Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join skim lain dan sekarang dah rugi kot" Katanya.
Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.?
Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang menghinggapi kita lalu berkata
"hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.
Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja, mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang.
Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang.
Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur.
Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.
JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN
Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.
Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim haram.
Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :"puas aku fikir dan cari di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia hendak sebenarnya?"
"akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni"
Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA.
Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.
Sebagai contoh lain.
Ada yang menghantar sms, email atau melalui system sms 33221 (sistem ini telah ditutup sementara waktu) bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-
a- "Ustaz ada dengar tak slot Dr ..xxxxx pengasas ayam organik di radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang dakwaan Dr ini dan perjuangannya memartabatkan makanan yang betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak perkayakan diri sendiri jer"
b- "PPIM ni sebenarnya ustaz bukan nak perjuang isu kepenggunaan Islam, mereka nak jual nama persatuan mereka, lepas ni senang nak dapat budjet"
c- "Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!", simpul seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)
d- "eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak' dari penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual agamanya untuk popular di televisyen"
e- "Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu tidak berani berterus terang"
f- "Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah ke?" Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.
g- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa : "jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan"
Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka buruk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.
Malah jika mereka memang punyai agenda tetapi agenda yang halal, maka TIADA salahnya. Selagi mana zahir tindakan mereka tadi adalah baik SERTA menghasilkan kesan yang baik kepada masyarakat umum. Kita wajar bersangka baik dan menyokongnya tanpa perlu menghentam sambil menambah dosa dan menyubur kebencian di hati.
Allah swt mengingatkan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]
Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :
الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ
Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )
Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.
Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.
Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-
قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :
"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),
Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."
Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata
"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :
Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".
Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"
Baginda membalas :-
إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-
إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر
Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )
KESIMPULANNYA
Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ
Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )
Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Namun, apa yang menyedihkan mereka yang kerap bersangka buruk kepada kebaikkan ini suka pula bersangka baik kepada penganjur skim-skim cepat kaya yang tumbuh dengan pelbagai nama dan lesen hari ini. Sepatutnya anda perlu bersangka buruk lebih sedikit dengan skim-skim sebegini. Ia dinamakan berhati-hati yang sebenar.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
12 Mei 2008
Last update: 22-12-2008 06:54
Ni pula luahan seorang pengunjung dan mari kita baca apa pendapat UZAR:
ustaz..kenapa ustaz zamihan suka mencari kesalahan ustaz2 dan mufti perlis? hanya asyik mencari salah dan berburuk sangka ..kalau mcm ni, mcm mana Islam nak bersatu?
Cuba Ustaz Lihat.. Harap ustaz dapat menegur zamihan nih.. Cukup menyedihkan bila melihat blognya .. Terima Kasih..
http://al-ghari.blogspot.com/
UZAR : MAAF, SAYA TIDAK MINAT UNTUK MASUK CAMPUR DALAM MANA-MANA TEAM YANG SEDANG BERTEMPUR SESAMA MEREKA. HANYA MEMBURUKKAN KEADAAAN DAN MERUGIKAN.
BAGI SAYA, BANYAK KEPAKARAN DAN MASA RUGI AKIBAT DARINYA, BANYAK PRIORITI LAIN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBANTU UMMAT.
JIKA MEREKA MERASAKAN BERTEMPUR ITU PRIORITI MEREKA, ITU HAK MEREKA DAN SAYA TIDAK MAHU CAMPUR
Salam utk. semua.
Nampaknya isu ini lebih hangat dari isu umat Islam yang diganyang di Palestine.Isu Yahudi mengganas semakin dilupai maka semakin bermaharajalelalah Yahudi dek sengketa umat Islam.Kalau org. kafir baca perdebatan ini, maka bertepuk tanganlah mereka.Apa pun kita doakan semua negeri dirahmati Allah swt.
Dr. Juanda, berbangsa Melanau, kelahiran Sarawak.. beliau tidak selantang Dr. MAZA sepanjang perhatian saya. Di Sarawak FM, suaranya memenuhi slot 'Islam Hadhari'.
Saya nak lihat bagaimana tokoh kelahiran Bumi Kenyalang ni selepas menjadi Mufti.
assalamualaikum
ust....kpda ustaz zamihan sy igin betnya...knpakah ustz tdak mnjwab bku yg d tlis oleh Dr Azwira yg menjwab tomahan krtas krja ustz...skiranya org seperti Dr Asri,Dr Azwira n Dr Juanda melencong jauh dri kehendak islam yg sbnar,ustz hrus mmbuktiknnya dgn dalil dan fakta yg btul...bknya dgn cara kutuk mengutuk
Islam trbna brdsarkn wahyu dan dalil bknya dri kutuk mengutuk,sy percya bhwa untuk membaiki ssuatu bknya dgn cra kta mengutuk dan memepersendakan org ttpi kta mnerima ape yg bleh d trima dri org lain wlaupun org itu bagi kta jauh lbih truk dri kta
skranya org sperti Dr Asri tdak menepati khndak ahli sunnah wal jamaah ustz hrus mmbktknya dgn Al-Quran dan Hadis bknya dgn tlsan2 yg d pnuhi dgn sfat kbencian...di dlm kta trtnya2 apkah Dr Asri dan ulama lain d phak yg bnar atau tdak sbnarnya ustz tlah menonjolkan sfat yg tdak elok dan tdak d ajar oleh islam...apkah islam akn berbangga dgn cara ustz?
kpda pengunjung blog ini smaada pminat ustz zamihan ATAU ssiapa shja sy igin mencadangkn agar tuan2 membaca bku'SIAPA AHLI SUNNAH YANG SEBENAR'.JAWAPAN TERHADAP TOMAHAN ZAMIHAN AL-GHARI..tlsan Dr Azwira....tuan2 bngdingknlah siapakah d antra dua org ini yg meggunakkn pendekatan ahli sunnah seperti yg d kehendaki oleh agama kta....sekian
Ustaz zamihan,
analah yang dituduh oleh Dr. J atau terkenal panggilah DJ di Jabatan Agama Islam Sarawak ttg kitab Risalah Qusyairiyyah itu sesat. ana doakan dia tak berperangai macam di sarawak ms kat Perlis kelak. Terkenal sgt dengan suka sangat Kutuk orang-orang yang tak sehaluan dengan dia.
Guru ana kata, bila ana menyentuh peribadi beliau, kata mudahnya...
"Orang Berilmu, bila tiada adab, Jadi Biadap".
Teruskan perjuangan Dr. Zamihan al-Ghari..
Salam.
Dengar kata Dr. Juanda ada peluang jadi Mufti Sarawak?Tapi bila Datu Hj.Loling Osman, Mufti Sarawak tahu dia wahabi pekat, terus ditukarkan ke bahagian dakwah.Masa dlm. satu persidangan ulama2 di K.L,Abu Syafiq duduk sebelah Dr.Juanda.Bila Dr.Uthman Muhammadiah naik ke pentas utk. bercakap,Dr.Juanda kata "orang tua ni beraqidah sesat".Mungkin percakapannya itu dirakam oleh Abu Syafiq pakai handphone.Kita tunggu ajalah pendedahan Abu Syafiq nanti.Utk. kepastian cuba talipon Abu Syafiq sendiri.Sekarang kita nak tunggu pula Mufti baru Negeri Sembilan kalau Dato' Murtadza tak dipilih lagi.Us.Fuad mungkin tak terima jawatan Mufti.Kalau assistant Mufti naik, alamat negara ni jadi negara Pak Wahablah.
Wallahhuallam.
Salam.
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah atas kurniaanNya.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda SAW.
Merujuk isu terkini, saya berasa apa yang Ustaz Zamihan ingin sampaikan adalah perkara benar.
Kerana Dr Juanda merupakan sahabat baik kepada Dr Asri, malahan telah dinamakan oleh Dr Asri untuk gantikan beliau sebagai Mufti Perlis.
Kebanyakan orang mungkin melihat tindakan Ustaz Zamihan seperti membuat tuduhan melulu terhadap kumpulan Wahabi tersebut.
Tetapi percayalah untuk menegakkan kembali sistem Islam yang benar tidak semudah menekan tetikus dan menaip.
Pelbagai pihak akan memandang jelek dan serong terhadap sesetengah tindakan kita.
Pihak yang benar tidak perlu berasa takut dan gusar dalam memberi input yang betul demi menjelaskan suasana yang sebenar kepada umum.
Kumpulan Wahabi semakin memuncak ketika ini kerana mereka semakin menguasai media massa dan kerap diberi tumpuan.
Mereka mengguna cara halus dan taktik "bermuka dua" dalam menyebar ajaran sesat Wahabi Al-Mujassimah.
Jadi kita tidak seharusnya berhenti dalam mempertahankan akidah yang benar.
Selagi nyawa dikandung badan dan selagi matahari belum muncul di ufuk barat, maka kita mesti terus gigih memantapkan dan mengukuhkan sistem Islam yng sebenar.
Kita tidak boleh sama sekali membiarkan ajaran sesat Wahabi Al-Mujassimah disebarkan sebagai satu ilmu Islam.
Kepada Ustaz Zamihan, teruskan usaha gigih.
Moga Ustaz zamihan diberi pertolongan oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan.
Salam.
Saya rasa Wahabi tidak patut dibenarkan di Malaysia.
Tindakan menukar Mufti tindakan terbaik.Harap tukar bermakna fahaman juga bertukar walaupun saya mendapat tahu Juanda dan Azwira kawan Asri dan mereka pernah bersama di Indonesia untuk program wahabi..
Cuba lihat bagaimana berita2 tentang wahabi ini yang disiar oleh Utusan Malaysia. Di blog kawan saya ini :
http://ustazmoden.wordpress.com/
Assalamualaikum WBKT
Masing-masing mendakwa membawa ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, sedangkan ada satu pihak lebih banyak diam daripada mengutuk, manakala satu pihak lagi lebih banyak mengutuk daripada memberikan isi (isi mengutuk banyak kot).
Tapi masing-masing mendakwa membawa ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah.
Saya pelik dengan istilah Wahabi ni...sedangkan mengikut disiplin ilmu bahasa Arab, perkataan 'wahabi' ni melanggar kuniyah. Pengasasnya ialah Muhammad Abd Wahab (kan?)...sepatutnya kalau benar wujud aliran Wahabi ni, patut dinamakan sbg Muhammadi. Mintak mana2 pemberi komen yg proaktif utk jelaskan.
Sudahlah Ust Zamihan...pd hemat saya, Ust bukannya mengkritik, tapi melepaskan geram dan dendam sebenarnya...ini bukan ajaran Sunnah kan? Lagi-lagi pulak al-Quran melarang hal ni...rujuk Surah al-Hujurat.
Daripada Ust dok telagah pasal Ust Asri, lagi baik la Ust pi 'serang' hauzah-hauzah Syiah kat Malaysia nun...kat Gombak ada satu kan? Ini lagi bahaya drpd menyerang Ust Asri yg mengajar Sunnah...
Ust Asri dah selamat kat Lampeter ni...usahlah Ust takut dan khuatir...takkan tersesatnya students Malaysia kat sini (InsyaAllah)...lagi baik Ust risau ngan para MUSLIMIN dan MUSLIMAT yg dok bercouple terang2an buat maksiat, takpun pi tegah kerajaan2 negeri yg buat onar kat negeri masing2...
Mencegah kemungkaran pemerintah itu lebih baik drpd menyerang tak tentu pasal seorg ustaz yg setiap hujahnya berlandaskan hadis dan ayat2 al-Quran
Lebih baik kita duduk diam2 daripada "mendiamkan diri meredhai kepincangan serta menghalalkan kemungkaran di Malaysia atas dasar membenci dalam hati!"
Dapat pahala ke kalau kita asyik menyerang org lain yg tak cuit kita sikit pun? Wallahua'lam.
Assalamu'alaikum muhahamd fadzly.
:)
Terima kasih menulis di dalam BLOG USTAZ ZAMIHAN ini.
Saya lihat dalam tulisan anda dan penyokong tegar DR Asri sebagai seorang pentaksub dr asri yang tiada taranya. Dan tidak menulis langsung mengenai apa pendapat mufti lain mengenai dr asri sendiri.
soalan saya kepada anda muhammad fadzly :
1. Dr asri (semasa menjadi mufti)selalu atau tidak bermuzakarah dengan mufti2 lain di Malaysia berkenaan sesuatu isu sebelum mengeluarkan pernyataan di akhbar atau di majalah atau di laman webnya sendiri?
2. Mengapa mufti perak dato harussani zakaria juga menyanggah dan tidak senang hati dengan sikap dr asri sendiri dalam banyak perkara? Dan PENGARAH JAKIM sendiri menyelar perbuatan DR ASRI apabila diadakan mesyuarat ia tidak hadir (diakui sendiri oleh bekas mufti ini) - akhlaq beliau ini salafkah yang mengajarnya sedemikian? Maka mengapa kritikan tidak boleh dibuat atas sikapnya ini?
3. Dan saya juga tertanya - mengapa golongan yang kata nak ikut salaf (salafi) sendiri tidak menjuarai isu akhlaq dan aqidah? Tetapi yang disibukkan adalah isu furuiyyah? Sebagaimana DR ASRI sendiri dan golongan yang berkaitan dengannya? Saya boleh sahaja bagi contoh laman web salaf yang bersepah di alam maya ni. Topik tak lain yang dibesarkan adalah bid'ah, sesat, ulamak itu masuk neraka, umat Islam ini sesat dan masuk dalam neraka.
4. Bagaimana pula dengan sikap DR ASRI - yang telah melekehkan guru-guru pondok? Tidakkah ini menghentam peribadi namanya? Tuduhannya ke atas ahlul bait tanpa bukti dan penyelidikan yang telus? Ini namanya apa? Bukan fitnah besar? Kepada sheikh Barzanji? Isu kalimah ALlah dalam injil yang dibolehkannya? (sedangkan JAKIM sudah mengeluarkan pernyataan mengenai hal ini) di mana adabnya seorang mufti yang tidak boleh dikritik ini? Isu YOGA, muallaf berbinkan AbduLLah (ia sudah dibahas dan dijelaskan oleh JAKIM sehingga terpaksa diterangkan semula) - Apa adabnya seorang mufti memang begitu?
Dan kemudian menghentam rakan sejawatan yang lain dengan tohmahan yang bukan-bukan secara umum. Seolah-olah beliau sahaja yang menjuarai isu ISLAM di negara ini dalam masa yang sama mencucuk jarum untuk melekehkan ulamak, aliran asya'iroh dan sebagainya. INIKAH YANG DIKATAKAN MENGHENTAM PERIBADI TERSEBUT? SEDANGKAN DR ASRI BOLEH PULA BERLELUASA MENGEHTNAM PERIBADI ULAMAK DAN MUFTI LAIN DI MALAYSIA bahkan sheikh nuruddin al banjari?
Lihat berapa ramai ulamak umat Islam dan mufti yang dilekehkan oleh SEORANG BEKAS MUFTI SAHAJA.
Mengajar sunnah tetapi dalam masa yang sama mengajar untuk memunahkan perpaduan umat Islam? Sunnahkah namanya tu?
Lagi satu istilah wahhabi : mengapa anda sibuk pertikaikan kuniyah yang diberikan. Mengapa anda tak tanyakan juga adakah sesuai kuniyah yang diberikan kepada muktazilah - pengasasnya adalah wasil bin atho', bahaiyyah, qadiyaniyah, syiah, anti hadith dan banyak lagi? Pelik nih semata-mata kuniyah anda sibuk nak besar-besarkan?
golongan wahhabi sendiri menggunakan istilah wahhabi pada kitab yang dikarang mereka. Sila rujuk : Al HUjjatussaniyah wat Tuhfatul Wahabiyah pada tahun 1344 Hijrah.
Jadi salahkah menggunakan istilah wahhabi pada mereka?
SILA JAWAB. Terima kasih.
wallahualam.apa nak jadi dengan ustaz2 kat malaysia ni ya Allah...masing2 pandai 'kona' bagi betoi kat depa...
Assalammualaikum...
Kenapa ustaz sudah berpandangan buruk dan merendah-rendahkan seorang yg masih baru lg dijadikan mufti...
Ustaz sendiri kata org2 yg dikatakan "wahabi" ini sibuk mengkafirkan org lain...
Tetapi ustaz sendiri skrg sudah memburukkan Mufti baru ini...
Kalau ustaz anggap mereka ini sebagai "api perpecahan" balaslah dgn air... jgn dibalas dgn api jua...
Kami rakyat Malaysia yg bukan berpangkat "ustaz" ingin lihat perdamaian.. siapa agaknya yg akan menjadi air, saya tgk due due menjadi api skrg...
Assalamualaikum WBKT,
Saudara IbnuNafis,
Isu sekarang ini ialah golongan agama tidak wajar menonjolkan perpecahan. Sudahlah agama kita mengalami byk perpecahan, mengapakah kita perlu menurut rentak itu?
Saya tak kisah la ape jenama yg nak dilabelkan kpd saya - taksub kah, kem Dr MAZA kah, barangan buatan Malaysia kah...itu semua kosmetik semata-mata...
Apa yg penting ialah kesatuan dlm agama Islam. Bukankah ini merupakan tuntutan Islam. Yg baik jadikan panduan, yg buruk jadikan sempadan. Fahamilah peribahasa ini sedalamnya.
Saya bertanyakan mengenai wahabi dengan persoalan nak tahu mengenai istilah itu, sebaliknya dengan nada emosi saudara membidas saya kembali.
Anak muda memerlukan pedoman, bukannya hentaman.
Inilah masalah cerdik pandai agama di negara kita sekarang. Terlalu cerdik sehinggakan tak boleh ditegur.
Baik Ustaz Zamihan, Ustaz Asri - masing2 ada pendekatan; cuma yg saya kecewa ialah kutuk mengutuk, label-melabel dll yg tak wajar. Sekali lagi, ini bukannya ajaran Islam.
Kalau agamawan pun suka bergaduh, tak terbuka, tidak bersifat berlapang dada - bagaimana pula dgn umat?
Kerana itulah pada hari ini rakyat melihat Islam hanyalah sebagai alternatif, sedangkan Islam tercipta sebagai sistem yg unggul.
Saya hadir dgn mesej perpaduan bukannya mesej ketaksuban kerana saya yg menulis ini pun hanyalah seorang manusia.
Kalau hari ini saya tidak menegur, takut2 Allah Taala akan mencela saya di Mahkamah-Nya kelak.
Wallahua'lam.
(Terima kasih kpd Saudara IbnuNafis yg memberikan buah fikiran yg mantap - wajar difikirkan. Terima kasih krn sudi menjengah ke blog saya tuuu...Salam Perantauan dari UK)
Salam saudara Muhammad Fazdly;
Kenyataan anda..
‘Saya pelik dengan istilah Wahabi ni...sedangkan mengikut disiplin ilmu bahasa Arab, perkataan 'wahabi' ni melanggar kuniyah. Pengasasnya ialah Muhammad Abd Wahab (kan?)...sepatutnya kalau benar wujud aliran Wahabi ni, patut dinamakan sbg Muhammadi. Mintak mana2 pemberi komen yg proaktif utk jelaskan.’
JAWAPAN ANA:
Mazhab Syafie - nama penuh Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi'(dinamakan pada moyangnya dan tidak Mazhab Muhammadi sedangkan beliau berketurunan Bani Quraisy dan membesar di Makkah).
Mazhab Hanafi - nama penuh Imam Hanafi ialah Nu'man bin Thabit bin Zautha bin Mah (tidak dinamakan Mazhab Nu'mani malah tiada sorang pun moyangnya bernama Hanafi)
Mazhab Hanbali - nama penuh Iman Hanbal ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (juga dinamakan pada moyangnya tidak dinamakan Mazhab Ahmadi walaupun mazhabnya tersebar luas di Jazirah Arab).
Mazhab Maliki - nama penuh Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir bin Amru (dinamakan Maliki mungkin atas nama beliau atau moyangnya yg bernama Malik juga jadi ada khilaf pada penamaan tersebut).
Maka hujah kuniyah anda tidak sharih malahan sangat longgar.
Memang taktik Mazhab Muhd Wahab nak kaitkan dengan Muhammad iaitu nama Nabi saw.
Sebenarnya semua hujah Mazhab Muhd Wahab ni dah di jawab dengan bernas cuma samada pihak Mazhab Muhd Wahab ni mahu lapangkan dada untuk terima atau tidak.
Nasihat ana supaya saudara banyakkan berguru dah buka minda dari ketaksuban terhadap aliran Mazhab Muhd Wahab ni. Bukan nak kata aliran ini salah tapi keterbukaan perlu ada hingga jangan sampai menyesatkan aliran Asyariyah kerana pegangan seperti ini adalah penyimpangan dari jumhur ulamak.
Assalamu'alaikum gagak.
Anda kenal dengan mufti baru ini (sahibussamahah Juanda Jaya? )
Jika tidak tahu, maka sama-samalah kaji mengapa beliau dipindahkan, apa pegangan dan fikrahnya, dan mengapa Dr Asri mencadangkan beliau menggantikannya. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ustaz Zamihan sendiri.
Jika kita bertanya apa kapasiti Ustaz Zamihan untuk mempersoalkan Dr Juanda Jaya - Kajilah juga bahawa Ustaz Zamihan dekat dengan mufti-mufti di Malaysia ini. Bahkan bersama-sama membentang kertas kerja di seminar.
Tak tahu? Kaji lagi. Jangan hanya terus menghentam tanpa menyelidik. Bukan taksub pada Ustaz Zamihan.
Sebab saya baca dahulu blog Ustaz Zamihan ini sebelum membuat sebarang ulasan. Tidak mahulah jadi orang yang malas membaca kendian terus buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Al Quran dan Sunnah pun tak ajar kita macam tuh.. Fikir-fikirkan.
Kepada Gagak - sama-samalah belajar lagi feqh, usul feqh, adab khilaf ulamak dalam perkara furuk, aqidah, akhlaq.
WaLlahua'lam
Muhammad Fadzly kata begini :
Isu sekarang ini ialah golongan agama tidak wajar menonjolkan perpecahan. Sudahlah agama kita mengalami byk perpecahan, mengapakah kita perlu menurut rentak itu?
-------------------------------------
Siapa yang menimbulkan perpecahan tu muhammad fadzly? Yang anda kaji selama ini siapa yang menimbulkan perpecahan? Siapa yang menimbulkan ulamak itu sesat, amalan itu sesat? Sedangkan hakikatnya ia tidak sesat sama sekali. Jangan bias dalam menilai.
Kedua kata muhammad fadzly :
Apa yg penting ialah kesatuan dlm agama Islam. Bukankah ini merupakan tuntutan Islam. Yg baik jadikan panduan, yg buruk jadikan sempadan. Fahamilah peribahasa ini sedalamnya.
Saya bertanyakan mengenai wahabi dengan persoalan nak tahu mengenai istilah itu, sebaliknya dengan nada emosi saudara membidas saya kembali.
-----------------------------------
Saya tak balas dengan emosi - mungkin anda membaca balasan saya dengan emosi menjadikan tulisan saya panda anggapan anda adalah emosi.
Jadi saya minta maaf jika jawapan saya untuk membuatkan anda berfikir saya beremosi.
Menyentuh tentang perpaduan - jika perpaduanlah yang kita inginkan. Mengapa tidak sahaja menghormati pandangan majoriti dan amalan umat Islam di Malaysia ini yang umumnya bermazhab Syafie? Mengapa perlu ditimbulkan perkara khilafiyyah? Mengapa perlu dihukum sesat tanpa hak? Mengapa tidak mahu bertoleransi? Tetapi yang dibawa oleh golongan salafi dan dr asri adalah menghukum sesat kepada amalan2 ibadah yang sudah dipersetujui ulamak2 lain. Perkara ini nampaknya tidak difikirkan dengan rasional.
Sebab itu saya kata, yang taksub pada Dr Asri dan yang sokong salafi wahhabi perlu baca habis blog Ustaz Zamihan ini sebelum membuat sebarang ulasan dan penilaian.
Yang saya lihat - beliau (ustaz zamihan) menjawab tuduhan yang dibawa oleh dr asri, kemudian menegur sikapnya dengan cara sindiran. Bahkan banyak menjelaskan mengenai salah faham yang dibawa oleh golongan salafi wahhabi sendiri. Tak percaya? - Baca habis2 dahulu dalam blog ini.
Di sini barulah kita tahu benarkah Ustaz Zamihan ini melekehkan peribadi Dr Asri?
Atau ia sedang membetulkan tuduhan yang dibuat oleh Dr Asri dan golongan salafi wahhabi?
Atau ia sedang memberitahu tentang bahayanya salafi wahhabi ?
Kemudian membincangkan sekali tentang sikap dr Asri dengan diberikan bukti dari setiap artikel yang dibuat Dr Asri sendiri.
Jadi kaji dan fikir secara rasional.
hmmm...sampai bila pun tak abis la orang2 agama ni. klu korang nak bergaduh dan berhujah, buatlah. aku dah bosan la...klu pendapat orang2 awam mcm aku, fadzli, perfectwater pun dikatakan taksub kepada dr asri padahal kita cuma tak nak lihat kalangan ilmuwan agama kita bergaduh tak tentu pasal dalam laman web yg semua orang baca, belasah korang la...teruskanlah...sbb aku pun x reti nak balas pakai nas. klu ust zaharuddin pun x nak melayan, buat apa la aku nak layan kan? Jgn sbb perkara ini, artikel2 ust zamihan yg mempunyai nilai pendidikan, orang awam seperti aku ni, tinggal...ingat, ramai yg membaca blog ni utk mendpaatkan ilmu.
Salam mushriff;
Yg hairannya; ana lihat MAZA hentam ulamak2 yg tak selari dengannya dalam warkah beliau di Mingguan Malaysia (terbaru dari UK); tak de pulak dari golongan antum yg nasihatkan beliau supaya jangan cetuskan perbalahan.(Macam berat sebelah je).
Cara MAZA lagi terguris sebab pukul rata je, habis semua ulama terpalit.
Suratkhabar pulak tu bukan blog, satu Malaysia pun boleh baca.
Kalu setakat beri pendapat tak pe la, ni siap condemn lagi.
Ust Zahiruddin lain; dia memang jarang sangat sentuh pasal perkara khilaf golongan Asyariyah & bermazhab.
Ust Zahiruddin & Ust Asri adalah 2 insan yg sangat berlainan.
Jika Ust Zahiruddin dilantik sebagai Mufti Perlis, rasanye ramai yg komen positif termasuk ana sendiri.
nak komen jugak ni.kepada ibnu Muslim. 'golongan antum' tu golongan mana?
and that is actually my point, kenapa mesti kita ikut rentak dr asri?
Jika didiamkan dikatakan kita bersetuju sahaja (akhirnya yang mengelirukan dan mencelarukan dibiarkan terus berkata-kata).
Bila dikritik, disindir di kata pula menghina.
Bila dijelaskan sesuatu isu dikata pula bergaduh.
Bila ada persoalan dikata menghentam.
AlhamduliLLah, masih ada ilmuwan agama yang masih mahu menjawab isu yang menimbulkan kekeliruan dan perpecahan ummah dari golongan salafi wahhabi dan dr asri. Jangan dikata pula mufti-mufti dan ulamak lain telah diam membisu tanda bersetuju. Bahkan Ustaz Zamihan telah membela kembali mufti-mufti dan ulamak yang telah dilekehkan oleh dr asri serta mendedahkan siapa dr asri yang sebenarnya dengan bantuan dari rakan bloggers yang lain. AlhamduliLlah di blog ini telus mendedahkan segalanya.
Bukan sahaja tentang salafi wahhabi, bahkan tentang ideologi liberalism, salah faham tentang hadith, menyentuh isu semasa dan sebagainya ada di dalam blog ini.
Jika ada yang merasakan ustaz zamihan ini menghina, memperlekehkan dr asri. Maka rujuk dahulu tentang sikap dr asri bagaimana (dah panjang lebar diterangkan di atas, apa yang dibawanya? Keutamaan apakah yang dilaung-laungkan? Hinaan apakah yang dibuat oleh Dr Asri?. Dan apa pula yang dilekehkan.Dr Asri melekehkan latar belakang pendidikan pondok, mendabik dada dengan PhDnya bagaimana pula?
Ada pengikut taksub dr asri serta golongan salafi wahhabi yang telah menghina dan merendahkan imam syafie. Menghina sheikh nuruddin al banjari, menghukum sesat pada penggunaan tasbih,menghukum syirik bertawassul, melekehkan aliran asya'iroh dan menghukum sesat kepada ulamak-ulamak muktabar yang mengikutnya. Itu belum masuk lagi jemaah ikhwanul muslimin yang dihukum sesat.
Dr Yusof al Qardhawi, imam an nawawi, ibnu hajar, menghina mereka yang mengikut mazhab syafie dan yang taqlid kepada mazhab ini. Menghina, menghukum sesat dan kafir total kepada pengikut tariqat suffiyah.
Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Sehinggalah hentaman dan hinaan kepada 3 mazhab yang lain. Bahkan sehingga ke peringkat mengkafirkan.
Jika tidak faham siapa itu wahhabi dan siapa wahhabi mujassimah - maka saya anjurkan belajarlah tentang aqidah tauhid yang mengikut majoriti ulamak dan umat Islam.
Jika tidak faham usul feqh, khilaf ulamak, dan mengapa tuduhan bid'ah sesat itu amat berat. Maka belajarlah tentang perkara tersebut dari guru-guru yang bertauliah serta mengikut majoriti ulamak dan umat Islam.
Kepada yang baru belajar, yang ada sedikit asas latarbelakang agama, yang tiada langsung latarbelakang agama. Teruskan belajar dengan ustaz dan ustazah dan alim ulamak yang sudah sedia ada di Malaysia ini. Lihat pada akhlaqnya - membawa kesatuan atau perpecahan.
Jika anda rasa bersimpati pada dr asri. Mengapa tidak pula bersimpati kepada mufti dan ulamak lain yang dilekehkan oleh dr asri? Mengapa pula hanya negatif yang anda hamburkan pada ustaz zamihan tanpa memikirkan sudut positifnya?
Mohon maaf kepada yang tersinggung dengan perkataan saya ketika membalas di dalam ruangan komen.
WaLLahua'lam.
aku hairan...takde sapa pun mempertikaikan pihak yang melantiknya...
saya cadangkan sepatutnya pihak JAKIM bawa rombongan pergi menghadap DYMM Raja Perlis...nyatakan ketidakpuasan hati...beritahu Tuanku bahwa perlantikan ini boleh membawa bencana kepada umat Islam...
kepada pihak JAKIM, sudah tentu tuan/puan alim tentang kes Jeslina Hashim....
boleh tak cerita sikit macam mana kes ini sebenarnya...macam mana Ustaz Malik bersama-sama pegawai2 yang lain hampir menghadapi tindakan dari pihak tertentu....
boleh tak saya tahu apa tindakan JAKIM dalam kes ini....
Assalamualikum w.b.t
sepanjang sy berguru dgn dr Azwira yg di tohmah sebagai wahabi tak pernah pula pengajaran yang dibawa bertentangan dengan fakta sunnah yang sebenar. malahan beliau tidak pernah melalut dengan cerita-cerita yang karut. setiap lontaran idea beliau adalah berlandaskan fakta, tidak pernah membuang masa dengan lawak jenaka dan umpatan seperti pendakwah masa kini. saya merasakan orang yang tidak berguru dan mengenali mereka ini perlu turun padang berguru dengan mereka atau datang ke kuliah-kuliah mereka. nilai.jangan hanya mendengar cakap-cakap orang lain. itu adalah tindakan yang sangat tidak adil. saya bukanlah taksub kepada guru saya tetapi itu adalah pandangan dan penilaian saya kepada beliau sepanjang berguru dengannya. ajaran yang mereka bawa tidak ada yang barunya. semuanya bersandarkan kepada hadith-hadith yang sahih daripada Rasulullah. yang merasakan mereka membawa ajaran baru tu sebab mereka tak buka dan baca kitab hadith. apa yang berlaku taklid pada pelajaran turun temurun yang kadang-kadang fakta tu tak dikaji betul atau pun tidak.suka dengar dan patuh jak.Kalu ajaran yang mereka bawa adalah baru tu bermakna mereka mengadakan fitnah pada Rasulullah s.a.w. tetapi pada hemat saya semua dalil hujah mereka benar2 sunnah Rasulullah. pada pandangan saya pada penulis blog ini lakukanlah penilaian semula. Jangan kerana rasa hasad dengki atau apa-apa pun yang hanya Allah mengetahuinya yang tersembunyi di dalam hati kita sesama muslim berpecah belah dan saling salah menyalah. jika mereka salah betulkan dengan cara dan gaya orang yang berilmu dan bukan dengan cara yang membawa kekeliruan kepada masayrakat awam yang berada pada tahap yang rendah keilmuannya seperti saya.jangan cemarkan kesucian Islam...kita manusia lemah pasti setiap dari kita melakukan kesilapan.tapi bukan dengan cara menghentam dalam membetulkan. itu menambahkan kekusutan. sekian
Post a Comment