Thursday, November 13, 2008

PENGKID MELAMPAU..PDRM TERPUJI

Wanita nak jadi lelaki
Pengkid mencari mangsa

1) Tindakan dua NGO bukan Islam : KataGender dan Food-Not-Bombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan “pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki adalah satu kebiadaban dan melampau. Mereka bukan sekadar tidak menghormati Majlis Fatwa sebagai badan tertinggi Islam di negara ini, tetapi turut tidak menghormati Majlis Raja-raja yang menaungi majlis tersebut. Bahkan dalam masa yang sama 'menghina' para Mufti serta membangkitkan kemarahan umat Islam. Termasuk Tuan Blog yang fakir ini.

2) Lantaran itu, tidak hairanlah jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada kpd mereka agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pengkid. Tan Sri KPN berkata : “Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena “Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam. “Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati,” katanya. Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan. “Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya,” katanya.


Bagi saya.. memang benar. Kami benar-benar terasa bahawa kamu telah mencabar kewibawaan kami. Dan kami sekelumit pun tidak merelai Institusi Agama di negara ini diperkotak-katik dengan sewenang-wenangnya. Jangan cuba bermain api!


3) Kita khuatir sentimen PENGKID ini dicetuskan oleh golongan Islam Liberal atas dasar hak kesetaraan gender yang diperjuangkan mereka. Sebenarnya, aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk pemikiran kontemporari yang dicetuskan pemikir Yahudi dan dipopularkan di barat era 80-an lagi. Kemudiannya ia disebarluaskan muslim berpendidikan barat berdasarkan prinsip 'rational discouse', pluralisme, demokrasi beragama, perjuangan hak asasi manusia, feminisme, kesetaraan gender dan lain-lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka berani berpiket menentang fatwa kerana aspirasi perjuangan mereka adalah Liberalisme Agama. Seolah kata, nak jadi PENGKID, LESBIAN, GAY, GIGOLO..itu adalah hak asasi manusia. Sebagai muslim, sebenarnya mereka lupa hak asasi Allah SWT.


4) Kepada semua Pengkid : samada wanita nak jadi lelaki @ lelaki nak jadi wanita..sedarlah akan fitrah kamu. Jika kamu wanita..selamanya kamu tak mampu jadi lelaki. Begitu juga sebaliknya. Ini kerana bukan manusia yang cipta manusia. Tetapi pencipta manusia adalah Allah. Dia yang mendesign (merupa bentuk) kejadian kita dan mencetuskan kenafsuan dalam kehidupan. Justeru, tiada guna melawan arus fitrah. Akurlah, Pulanglah kepangkuan jalan. Binalah kehidupan dengan kenyataan. Jangan sesekali kamu membangkangi Allah dgn mencampakkan hidup ke lembah kebinasaan.


5) Isu ini sebenarnya bermula dari dasar liberalisasi pendidikan negara. Kurikulum tak seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Arus globalisasi songsang, budaya pemikiran import, budaya tak peduli agama, sikap pemimpin, sikap mak-bapak dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua terlibat. Dan sudah menjadi tradisi, bila terhantuk baru tengadah. Jika kita serius ingin mengatasi isu ini, kembalilah kepada Allah dalam semua perkara.


6) Malangnya, ada juga Mufti Glamour yang ponteng mesyuarat JawatanKuasa Fatwa, Tetapi begitu lantang mengkritik fatwa yang mengharamkan PENGKID. Beliau tanpa ilmu dan tanpa segan silu meminta MFK menyemak kembali fatwa tersebut atas alasan kemungkinan ada NGO @ pihak tertentu merasakan kewujudan pilih kasih pada fatwa tersebut. Rujuklah Utusan Msia m/s 12 segmen dlm negeri. Anda pasti bahawa permintaan Dr MAZA itu sendiri mencerminkan dirinya tidak mengetahui siapa pengkid, lelaki lembut ori atau lelaki lembut buatan (tiruan). namun secara keseluruhannya, komentar Dr Maza itu sendiri memberi kredit kepada pengkid,NGO Liberalisme Agama, kaum lesbian dan yg sekufu dgn mereka. Bila berbincang ... ponteng..bila difatwa dia pula yang bising. Tahniah Mufti Pengkid.


7) Perlu diingatkan : Jika anda terus mengecam Majlis Fatwa dan membela Pengkid, anda boleh di dakwa menurut Seksyen 12, di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Akta 559 atas kesalahan menyebar pendapat yg bertentangan dgn fatwa yg sedang berkuatkusa di Wilayah Persekutuan. Anda boleh di denda RM3000, dipenjarakan tidak lebih 2 tahun @ kedua-duanya sekali. Anda juga boloeh di dakwa menurut Seksyen 9 pada Akta yang sama. Paling bagus, mereka boleh ditangkap di bawah ISA atas dasar mencetuskan suasana ketidakharmonian dikalangan umat Islam.


Amat wajar jika pihak PDRM, JAKIM dan Jab Agama Islam Negeri mengadakan operasi pembasmian Pengkid secara besar-besaran seluruh negara secara berperingkat. Kebarangkalian mereka terlibat dgn dadah, pelacuran, seks rambang, lesbian, merempit dan lain-lain gejala sosial amat tinggi. Kepada ibu-bapa, sayangi. Mencegah lebih baik dari merawat. Jgn ragu-ragu utk menghubungi pihak berkuasa atas salah sikap keterlaluan anak anda. Kepada pengusaha media, berhentilah dari menayangkan slot tak berfaedah utk agama, bangsa dan negara. Ketahuilah bahawa sketsa hidup kita semua pasti akan ditayangkan oleh Allah SWT.


Walauapapun, insya Allah kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada PDRM bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini dari terus memesongkan cara hidup umat Islam. Insya Allah. Takbir!

45 comments:

Ibnu Muslim said...

Ana memang tak faham apahal dengan Mufti yg sorang ni? Hal pengkid ni memang isu BESAR; perlukan satu keputusan mesyuarat untuk fatwa RASMI. Kalau tidak, geng pengkid ni akan kata ada mufti yang tak tegur pun, kami buat macam biasa la. Ape kaedah fiqh yg Mufti ni pakai? Awat buat komen yang macam nak suruh kaji balik fatwa? Takkan nak tunggu sampai macam malaikat lingkupkan kampung kaum Nabi Lut baru nak sedar? Niat Tuan Mufti ni suci kerana Allah ke atau kerana tak ngam dengan Majlis Fatwa? Kan masa mesyuarat boleh bincang ngape asyik ponteng? Takkan alsunnah je, waljamaahnya mana? Isu ini isu umum; tak kira la kita Salaf ke Khalaf ke, semua umat Islam kena bersatu benteras anasir ni! Mohon maaf la Tuan Mufti, komen anta tu ana sangat2 tak setuju & demi Islam yang suci(bukan hasad dengki peribadi), anta memang patut dikritik keras oleh Ust Z berkaitan isu ini pasal dari segi fiqh pun anta memang SALAH!

Shahrill said...

Salam..
Wahai akhi ibnu muslim dan zamihan si pendengki Dr.MAZA...

Pertama sekali.. sila lah faham btl2 maksud kenyataan Dr.MAZA itu..
Inilah jadinya bila seseorg itu nampak segala2nya buruk terhadap Dr.MAZA .. Yg si penyokong pula, mestilah mengipas saja apa yg dikatakan oleh tuan rumah..

Mari ana quote semula kata2 Dr.MAZA..

"Katanya, pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa itu memang tindakan yang wajar tetapi pada masa yang sama, fatwa berkaitan lelaki lembut perlu dinyatakan dengan jelas agar tidak wujud keadaan pilih kasih atau double standard".

Jelas sekali Dr.MAZA nyatakan bhw fatwa tersebut adalah WAJAR..
Point tambahan Dr.MAZA ialah agar mewujudkan fatwa yg sama terhadap lelaki2 yg lembut ini..

Tujuannya,ialah menutup ruang bagi NGO's yg memperjuangkan hak wanita agar mereka berasa tidak ditindas.. NGO's ini merungut knp wanita sahaja yg dipersoal,sedangkan lelaki2 lembut pun ramai juga kat negara kita ni yg berpakaian dan bersikap spt wanita.. Knp tak ada fatwa pun terhadap golongan ini...

Apa yg salahnya dari segi fiqh wahai ibnu muslim?
Ttg zamihan tak payah nak kata apa la.. bukan kat blog ni saja.. kat ceramah2 pun dia asyik mengata pasal Dr.MAZA..

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran akhie shahril yg terangan menyokong Dr Asri.

1) Kalau benar Asri setuju dgn fatwa..kenapa beliau meminta fatwa berkenaan disemak semula.?

2) Fatwa isu lelaki lembut pula boleh dibuat berasingan dari fatwa ini. Isu ini perlu dimuzakarah dulu dlm Majlis fatwa.Barulah boleh dfatwakan.Entum tahu tak proses yg berkaitan pemfatwaan ini.

3)Tidak ada fatwa berkaitan dgn lelaki lembut tidak bermaksud fatwa pengharaman PENGKID bersifat doble standard. So, Rumusan jenis apa yang ingin dijustifikasikan Dr Asri dlm kedua2 isu ini.

4)Apa salahnya ana berikan tahdzir kpd org ramai tentang pandangan melampau Dr Asri melalui ceramah ana? Entum percaya Dr Asri bukan maksum.Kalau dia boleh mengkritik org lain..bersedialah utk dkritik.Lgpun bukan ana seorg shj yg menjwb ra'yu syadznya itu.Malahan beribu sarjana yg lain.Hatta Majlis Fatwa, KP JAKIM, Mufti dan cendiakiawan lain. Kalau tak setuju, jwblah balik kritikan ana.Atau enta cadangkan muzakarah ana secara live dgn beliau. Hubungi ana : 012 2465518.Syukran

aryna said...

salam..

wahai en. Shahril,
".. Yg si penyokong pula, mestilah mengipas saja apa yg dikatakan oleh tuan rumah.."

hati-hati kerana berkata sesuka hati..!!! cakap biar fikir dulu..

inilah antara akhlak penyokong2 Dr.Asri yang suka mencetus pergaduhan..
kenapa kami pula yang dipersalah?!

bagaimana pula kami nak percaya dengan kata2 anda bila akhlak anda begini?!

Shahrill said...

Wahai akhi zamihan...

Lihatlah respon Dr.MAZA.. Walau anta terus menerus kritik beliau di blog ini yg penuh pasal kritikan Dr.MAZA, dan di ceramah2 anta pun sama, ada beliau membalas kat anta?

Pasal Dr. MAZA suruh semak semula, knp anta tidak berjumpa sahaja dengannya.. Tak perlu la asyik bagi no.hp. Terus pergi berjumpa beliau di ofisnya dan selesaikan terus ketidakpuasan hati anta yg semakin mencengkam jiwa itu..

Sekiranya Dr.MAZA tidak setuju,knp beliau katakan fatwa ini WAJAR? Jgn ler cepat membuat tafsiran terhadap beliau...Jumpa dengannya dan bertanya padanya sendiri..

Dan,satu lagi.. salahkah beliau bila beliau mengatakan sepatutnya fatwa pengharaman terhadap lelaki bersifat seperti wanita juga harus dilakukan.. Sepatutnya anta menyokong kenyataan beliau..
Nak bertanya kpd anta.. Antara Pengkid dan Maknyah,pondan, mana yg lebih menyumbang kpd masalah sosial negara sejak sekian lama?

Mmg btl kata2 Dr.Asri agar sepatutnya kuarkan fatwa juga terhadap golongan lelaki menjadi wanita ini ..

Shahrill said...

Hmm.. sape yg makan cili dia terasa pedas kan wahai aryna... ini satu lagi contoh penyokong yg sentiasa nampak zamihan tidak ada salah pun.. hanya btl sahaja...

aryna said...

iyalah tu...
yg kes tangkap khalwat kat hotel, dr.asri bantah.. kata kena semak, kaji baik buruk
yg kes penkid pun sama.. semak, kaji..
tapi, bab buat ibadat ketaatan kepada ALLAH, dialah dulu yg bersuara lantang kata itu tak boleh, ini bid'ah... naper tak ckp semak, kaji dulu?
gitu juga menolak hadith.. naper tak kaji bertahun-tahun dulu?
nak lagi? banyak lagi sahabat2 dan saudara2 kita di sini akan bentang dan hujahkan..

memang dasar cakap ikut suka rasa citarasa sendiri...

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Ya akhie shahril,

1)Jika Dr Asri anggap wajar keputusan MFK.. kenapa beliau menyeru 'perlu disemak semula.' Dimana nilai kewajaran jika perlu disemak semula.

2)Dr Asri minta dok semak semula fatwa ertinya tidak mengiktiraf peranan Mufti. Dia sendiri tidak mainkan peranan secara aktif dlm majlis Fatwa.Sebaliknya asyik ponteng sahaja.

3) Apakah majlis Fatwa Negeri Perlis sendiri telah kemukakan fatawa berasingan tentang PENGKID, Lelaki lembut, pondan, makNyah yg anda pertanyakan.Apa yg dilakukannya semasa menjadi Mufti @sebelum turun dari jawatan Mufti?

4)Ni bukan soal jumpa tak jumpa.Sebaliknya, soal iqamatul hujjah.Hujjah yg salah bahkan menguntungkan pengkid n liberalisme amat wajar dijelaskan kpd awam. Jika Asri mengkritik kamu gembira. Jika asri dikritik kamu kecewa...Allahu Allah.

Ibnu Muslim said...

Salam Saudara Shahril,
Ust Z dah jawab hampir kesemuanya. Ana nak tambah sikit ngapa dari segi fiqh pun salah walaupun anta sebenarnya dah jawabkan untuk ana pun iaitu jumpa la dulu(jangan la ponteng) dengan Majlis Fatwa (sebagaimana anta suruh Ust Z jumpa MAZA). Dari segi adab ulamak, kan sepatutnya MAZA jawab lebih kurang begini : 'Fatwa itu wajar namun maaf, saya tidak hadiri Majlis tersebut jadi ada beberapa isu yg saya tak dapat nak hujahkan contohnya fatwa berkaitan lelaki lembut. Insyaallah saya akan bawa ke mesyuarat hadapan untuk diperjelaskan'. Kan cantik fiqh begini? Ngapa tak ikut kaedah fiqh Imam Malik? Jawapan 'aku tidak tahu' sangat sinonim dengan beliau. Tak gopoh-gapah bagi pandangan malah dikatakan beliau tidak akan keluarkan fatwa/pandangan selagi beliau tidak alami sendiri masalah yang ditanya.Subhanallah, ana mohon ampun pada Allah jika kedengkian melekat di hati ana kepada MAZA. Hakikatnya untuk apa ana dengki dia;tak de dalam senarai nak ganti dia sebagai Mufti pun. Ust Z; bersemuka pun ana tak pernah. Namun ana sedih pasal ramai ulamak sekarang suka buat kenyataan berlebih-lebihan dalam akhbar. Tiada lagi ulamak sekurang2nya macam Almarhum Syeikh Marbawi yang sangat tawadduk hingga bila kerajaan mintak beliau balik dari Mesir ambik anugerah Maal Hijrah pertama, beliau jawab ana bukan nakkan anugerah, ana nakkan keredhaan Allah.Puas kena pujuk baru nak balik ke Malaysia ambik; kemudian sepanjang majlis tunduk diam tak nampak bangga pun. Masa mintak bagi ucapan tak mahu, berkali pujuk baru bangun bagi & anta tahu apa ucapannya? 'Alhamdulillah' & duduk balik. Kitab beliau Bahrul Mazi (Syarah Sunan Turmudzi) yg dok bertimbun belajar di pondok/masjid tu satu sen pun tak mintak royalti. Masyaallah, jika MAZA ada unsur begini, ana orang pertama ucap syukur pada tuhan.Tuduhan bahawa ana pendengki MAZA & kaki kipas Ust Z tu, kalau anta mohon maaf ana terima lebih dari kemaafan anta. Selainnya ana serah pada Allah untuk membalasnya.Tambahan tentang jumpa MAZA sendiri ni, ana terfikir jugak; waktu keluar tohmahan hadis musalsal kepada Sheikh Nuruddin Al Banjari dulu, ada ke agaknya MAZA berdiskusi/mintak penjelasan dulu dari Sheikh Nuruddin? Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

Amir Abu Bakar Julaihi said...

Salam untuk semua,
1. Hal pengkid memang isu besar.
2. Fatwa yang jelas terang telah di keluarkan oleh pihak berwajib.
3. Saya tak faham mengapa dr maza di kutuk lagi oleh zamihan@JULAN,sedangkan kalau kita baca statment dalam utusan tempohari semua orang boleh faham sebagaimana yang telah di jelaskan oleh akhi sharil..
4.Tindakan zamihan yang berterusan menyerang dr maza melambangkan beliau ada penyakit hati..
5.Kita tahu dr maza akan meninggalkan jawatan mufti hujung bln nanti...insyaallah akan di ganti oleh DR Azwira atau Dr Juanda.
6.Saya percaya zamihan akan hentam lagi mufti baru perlis,kerana calon mufti perlis(sekiranya Dr Azwira yang di lantik)adalah mahaguru zamihan masa di ukm..tapi zamihan ni derhaka kepada tuan guru masternya iaitu Dr Azwira..
7.Cara mu nulis ni supa ore lain tak ngaji belaka...ore lembaga tau salasilah mu yak kecik lagi...mu berani ko idup pura2 jadi alim?

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran JIN HELWA..saudara yg sebenarnya ada penyakit hati. Dan tak perlu menduga apa yg ada pada hati saya. Apakah semua mereka yg menjawab metod pemikiran Dr Asri dikira berpenyakit hati.Subhanallah.

1)Anda sebenarnya yg berpenyakit hati.Tak habis2 menyebut nama kampung saya dan panggilan manja saya.Kononnya utk memalkukan saya dikhalayak forumer.Sebutlah, sedikitpun saya tak terkesima.Sbbnya..apa ada pada nama?

2)Ya..sesiapa shj yg membawa metod suka membid'ahkan umat Islam, menghina ulamak,menyesatkan @ mentakfir awam dgn perkara khilafiyyah...merupakan satu keganasan dan pencerobohan terhdp umat ini dan perlu ditahdzir.Tak kira samada dia Dr, Prof @ Mufti..atau sesiapa shj.Pendek kata, akan ada ulamak yg bangkit menentangnya..walau tidak zamihan @ Julan.

3)nampaknya mmg spesis jin suka berbohong. Dr Azwira bukan mahaguru @ murahguru saya.Sepincing pun saya tak berguru dgnnya. Sebaliknya pernah mengkafirkan saya dlm bukunya : Ahl Sunnah yg sebenar. Nak saya heret ke mahkamah kes ni.Boleh aje Jin. Justeru, jgn anggap saya derhaka kpdnya.Salamun alaikum bima kadzabtum ya khui.


4) Kalau tak setuju cara saya menulis, sila jawab secara iqamatul hujjah.Atau buat blog sendiri. Persilakan.

5)Ya, ana mmg dikenali di kampung sedari kecil lg. Dipersilakan Tuan Jin jelaskan kejahatan dan keburukan saya.Atau jika Tuan Jin masih tak berpuashati.Saya boleh datang utk bersemuka dgn Tuan Jin atas semua topik.Hubungi saya : 012 2465518 utk menghentikan segala tohmahan Tuan Jin disini. Julan ni bukan spesis Jin yang berpenyakit lempar batu sembunyi muka.Syukran

sUpEr bUnNy said...

salam...

ibnu muslim: Kan masa mesyuarat boleh bincang ngape asyik ponteng? Takkan alsunnah je, waljamaahnya mana?

syeikh, anta kalau x faham apa itu 'al-jamaah' baik jgn sebut...
anta cari hadith nabi tentang al-jamaah 2, tengok penerangan nabi saw (hadith at-tirmizi, hasan)

aryana: yg kes tangkap khalwat kat hotel, dr.asri bantah.. kata kena semak, kaji baik buruk

ana rasa anti x faham isu tentang 'tajassus' ni...
sblum dr.maza menimbulkan isu ni, dr.yusuf al-qardhawi dah pun membincangkan nya dlm bukunya halal & haram dlm islam...
anti kena juga refreshkan mentaliti anti, baca lah juga buku2 fiqh semasa...

aryana: tapi, bab buat ibadat ketaatan kepada ALLAH, dialah dulu yg bersuara lantang kata itu tak boleh, ini bid'ah... naper tak ckp semak, kaji dulu?
gitu juga menolak hadith.. naper tak kaji bertahun-tahun dulu?

anti, dr.maza kata macam 2 coz dia dah kaji la...
2 la kebanyakan p'dapat beliau berlandaskan nas syara', wlaupun ia bertentangan ngn adat mlayu...
yang x mengkaji 2 orang2 yg bertaqlid buta dgn fiqh2 yang sempit n jumud yang x bersandarkan kpd sunnah nabawiyyah sohiihah...
dan dr.maza juga menolak hadith slepas beliau mgkajinya...
orang2 yg malas utk mengkaji n suka bertaqlid je yg tolak dr.maza ni...
mungkin anti boleh mula mengkaji bermula harini...

ya syeikh al-ghari...

ana nk tanya p'dapat anta...
macam mana anta atau MFK nk berinteraksi dgn golongan2 yg turun ke jalan menolak fatwa ni?
selain dr menggunakan quwwah (polis)...

Ibnu Muslim said...

Jin helwa/super bunny dah silap isu. Pasal waljamaah ni tak payah la hujah disini. Pokoknya anta aliran apa? Salaf (gelar Wahabi nanti marah) ke Khalaf? Hujah aliran ana semestinya anta tak mahu pakai sebagaimana juga sebaliknya jadi takkan selesai sampai bila-bila. Isu sebenarnya adalah kalau MAZA tak selalu ponteng mesyuarat & belajar tahan lidah dari kupas berlebih-lebihan, tak de la jadi isu. Cuba fikirkan saudara Jin/Super bunny; untuk apa bagi pandangan bagaikan fatwa tu tak complete dalam akhbar (kena tambah pasal lelaki lembut pulak)? Kesannya baik ke buruk pada pandangan orang awam? Mesyuarat Majlis kan ada? Cadangan tu simpan la masa mesyuarat akan datang. Buat apa hebohkan dalam akhbar? Orang awam nampak macam Majlis Fatwa tak reti buat fatwa lengkap, ade je yg tertinggal.
Baru la ana tahu, mengikut kaedah fiqh kaum-kaum Jin Bunny, HARAM hukumnya kritik MAZA ni atau satu lagi kaedahnya adalah SETIAP orang yang kritik MAZA adalah pendengki tetapi setiap kritikan MAZA terhadap orang lain adalah kerana niatnya suci. Cantik la tu, contohnya, Sheikh Nuruddin (ahli hadis jugak, ingat ade MAZA sorang je ke yg betul kajiannya) boleh kena kritik oleh MAZA, tapi MAZA sendiri tak boleh dikritik pasal dia maksum - begitulah pandangan Kaum Jin Bunny berdasarkan tulisan mereka.

sUpEr bUnNy said...

salam ya akhie ibnu muslim...

masyallah syeikh, ana komen posting anta ntok pastikan anta faham apa itu ahli sunnah wal jamaah je...
ana takut anta ingat al-jamaah tu pendapat orang ramai...
anta mesti ingat, x semua perkara yg dibuat oleh org ramai itu adalah betul...
kayu pengukur kebenaran itu ialah al-quran & as-sunnah shj...

ana bukan lah bermanhaj salaf or khalaf, ana aswj...
jadi, al-jamaah yg anta fahami ana rasa mestilah sama sbagaimana yg ana faham...

syeikh, ana x pernah kata dr.maza ni maksum & x boleh dikritik...
ada juga beberapa pendapat drmaza yg ana x boleh terima...
tapi drmaza adalah ulama' yg ana sanjung, dan juga syeikh al-banjari...
mungkin anta juga ada menyanjung tinggi beberapa org ulama'...

ana rasa adalah menjadi lumrah kpd manusia utk mempertahankan orang yg disanjungi JIKA orang itu dikritik TIDAK PADA TEMPATNYA ataupun dia DIFITNAH.

cuba anta baca balik posting ana, ada x ana kata komen dr.maza ke atas fatwa mfk itu adalah tindakan yg betul?
ana hanya mempertahankan dr.maza dlm isu tajassus & tajdidnya sahaja kerana ana rasa beliau betul dlm isu2 tersebut...

kesimpulannya, semua orang boleh dikritik jika mereka melakukan kesilapan...
x kira la syeikh al-bani ke, ibn taimiyyah ke, syeikh abu syafiq ke, syeikh abdullah al-harari ke...
kecuali rasul saw...

Admin said...

Assalamu'alaikum wbth,

Bagi saya sepatutnya jika MAZA nak komen majlis fatwa, beliau patut hadir semasa persidangan dan mesyuarat. Jadi apa-apa yang beliau tidak puas hati terus cakap semasa dalam majlis. Bukan dah diputuskan barulah beliau heboh di dalam akhbar. Inilah sepatutnya yang dilakukan, agar tidaklah timbul 'cakap-cakap belakang'.

Bukan apa, nanti akibatnya buruklah di mata orang ramai, bagaimana ada mufti yang tak sepakat dalam hal ini. Buruklah mata di pandangan orang ramai. Bukankah ALlah memang mengajar kita agar bermesyuarat apabila timbul satu-satu permasalahan.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang
menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya” (Quran, Surah al-Shura 42: 38)

Ibn Salleh. said...

Alhamdullillah, isu NGO kafir berdemonstrasi ini mendapat perhatian pihak polis dan juga Dato' Zahid Hamidi.Ana dah tulis dalam blog betapa kurang ajar dan biadapnya mereka2 ini.Tunggu apa lagi,perlulah kita bertindak memanggil sikurang ajar ini bagi memperadabkan mereka.Sesuatu keputusan Majlis Fatwa adalah secara berjemaah dan bukannya sorang-sorang buat fatwa.Ijma' ulama adalah kata persepakatan ramai ulama.Jadi jika ada pihak yang nak isu lelaki lembut difatwakan haram,perlulah duduk semeja untuk dibentangkan.Kalau cakap sorang-sorang dalam ceramah,tulisan tak payahlah.Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dihormati dan bukannya di kata itu dan ini.Para komentar yang tak puas hati dengan Ustaz Zamihan, berhujahlah dengan beliau secara berdepan.Buat appointment,call beliau dan berhujah.Itu pun kalau dada tu dah penuh ilmu nak berhujah.Kalau main hentam saja nak hentam Us. Zamihan,budak tadika pun boleh cakap. Dengkilah,bohonglah dan macam2 lagi.Sebenarnya bukan Us.Zamihan sorang aja yg. cakap pasal Dr Asri malah kebanyakan kuliah di masjid2 & surau2, ramai penceramah akan menyentuh tentang Dr.Asri.Malah ada jurunikah yg. kata kepada pasangan pengantin, perlu bawa sijil nikah sementara ini ke mana2 cuma tak payah bawa kalau berada di Perlis.Kalau kita rajin dengar kuliah kita akan dengar betapa ramainya para Ustaz yang menyentuh tentang Dr.Asri.Cuma Ustaz2 yg. lain tu tak ada blog nak tulis tentang Dr.Asri.Sebentar tadi ana dengar kuliah Maghrib tentang ibadah korban.Pun ada sebut Dr.Asri yang mengatakan daging korban boleh dibagi kepada orang bukan Islam.Jadi tak salahlah kalau Pengarah JAKIM sendiri ingin memperadabkan Dr.Asri yang semakin melampau.

sUpEr bUnNy said...

salam akhie hanif salleh...

syeikh, ana rasa disebabkan syeikh al-ghari publish article ni kat public, lebih relevan kalau article ni juga dijawab di public dgn beradab supaya orang ramai boleh menilai sendiri article syeikh al-ghari ni...
kalau nk tunggu ilmu penuh di dada 2 memang sampai kiamat la x penuh syeikh...

mengenai 'ustaz2' yg selalu menyentuh dr.maza 2...
ana x pernah kata dr.maza ni x pernah buat salah, tapi anta kena ingat allah pernah berfirman:
'injaa akum faasiqum binabain FATABAYYANU'
(kalau ada org beri suatu perkhabaran periksa dahulu)...
anta pertama2 nya sekali kena pastikan suatu perkhabaran itu betul sebelum anta nk sebarkan kepada org lain, lebih2 lagi kalau berita itu memburukan2 kan seseorg...

mengenai daging korban diberi kpd non-muslim:

mengikut kaedah usul fiqh, asal suatu perkara keduniaan itu ialah boleh dibuat (mubah)...
kalau anta nk kata bagi daging korban kpd non-muslim 2 x boleh, tunjukkan nas pengharamannya...
ustaz ataupun ulama' tidak boleh mengharamkan sesuatu...

mengenai apa yg diperkatakan oleh dr.maza mngenai daging korban 2:

anta boleh search ceramah beliau di youtube...
type: Daging Korban Boleh Bagi Kat Orang Kafir
anta dgr sndiri apa yg dr.maza kata...
jgn percaya bulat2 cakap org...

sUpEr bUnNy said...

lagi satu, fatwa dari majlis fatwa kebangsaan bukan lah ijma' ulama'...

ibnuadnan said...

nyata mufti sorg 2 hanya nk publisiti..knp beliau x membangkitkan dlm muzakarah majlis fatwa? sdgkn beliau ahli majlis..bila fatwa dah keluar beliau heboh2 di akkhbar..sy stuju jika dkatakan Mufti Glamour..cari publisiti murahan

sUpEr bUnNy said...

masyallah syeikh ibnu adnan...
begitu mudah anta menghukum orang...

Admin said...

Assalamu'alaikum wbth

Super bunny,memang majlis fatwa kebangsaan bukan ijmak, tetapi ia adalah kesepakatan antara ulamak di negara ini.

Oh ya, Mengenai anak zina boleh dinasabkan kepada 'suami' dari fatwa negeri Perlis itu dari ijmak ke atau pendapat yang terpencil? Menolak ijmak? menambahkan kekeliruan lagi? Orang2 awam dah banyak berbunyi tu.

Kita takut ada orang yang taksub membuta tuli dan fanatik pada seorang mufti sahaja.

Cuba beritahu sikit. Terima kasih.

Admin said...

Ini jawapan kepada superbunny dan pentaksub kepada MAZA mengenai tidak boleh mengagihkan daging korban kepada yang bukan Islam

Rujuk :

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic10_2000.htm

Mu'tamad dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah yang agung, HARAM memberi daging korban, sama ada korban sunnat apatah lagi korban wajib kepada kafir dzimmi (kafir harbi lagilah tak boleh). Kalau diberi, maka wajib diganti balik dengan daging yang setara. Begitulah juga hukumnya dengan daging aqiqah.

Nas Kitab:-
1. "Hasyiah Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi", jilid 2, mukasurat 302:-

*
......Maka tidak harus/tidak boleh memberikan sesuatu daripadanya (yakni daging korban) kepada orang kafir walaupun daripada korban yang sunnat.

2. "I`anathuth-Tholibin", jilid 2, mukasurat 379:-

*
..... dan disyaratkan bahawa mereka yang menerima daging korban tersebut terdiri daripada orang-orang Islam, adapun selain mereka (yakni orang kafir) tidak harus diberikan sesuatu daripadanya (yakni daripada daging korban).

3. "Sabil al-Muhtadin", juzuk 2, mukasurat 229:-

* .......dan tiada harus memberikan dia (yakni daging korban) bagi kafir......

4. "Bahrul Wafi wan Nahrush Shofi", mukasurat 559:-

*
....Maka tiada harus diberi sesuatu daripada udhhiyyah kepada fakir dan miskin kafir dzimmi hingga jikalau mengambil oleh fuqara-ul-muslimin akan udhhiyyah atas jalan sedekah dan orang yang kayanya atas jalan hadiah, haram atas mereka itu bersedekah dan hadiah dengan sesuatu daripadanya (yakni daripada udhhiyyah tadi) kepada kafir dzimmi demikian lagi menjual kepada mereka itu.

Saya mendapat tahu ada orang yang berbangga mengatakan PErLIS adalah mengikut mazhab Syafie tulen? Tetapi mengapa dalam menghalalkan anak zina dibinkan kepada lelaki penzina mengikut pendapat ibnu taimiyyah dan ibnu qayyim? Dalam pengagihan daging korban ulamak yang membolehkan untuk orang kafir itu pertamanya mengutamakan orang Islam terlebih dahulu.

Tetapi yang kata boleh secara total - ulamak wahhabi seperti uthaimin.

ibnuadnan said...

to supper bunny:
sy bkn menghukum, ttp pandangan berdasarkan situasi semasa..
slhkah pndgn begitu? mufti 2 xleh dkritik ke? maksum ke dia?

Ibn Salleh. said...

Syukran kepada IbnuNafis kerana telah menjawab sanggahan superbunny.Segala persoalan dirujuk oleh IbnuNafis melalui kitab nas dan bukannya ikut ceramah Dr.Maza diYoutube.Janganlah taksub dengan seorang Mufti sehingga menepikan persepakatan mufti2 yg. lain.Bak kata Dato'Harussani, Mufti Perak,Dr.Maza ni dah terlebih pandai.Kalau ikut kata Ust.Badrul Amin lagi teruk Dr.Maza ni.Cuma yg. boleh terima beliau berceramah ialah di Surau Muhajirin Taman Sri Ukay,Ampang,sarang Pak Wahab.Nak bagi ramai orang tengok ceramahnya maka dimasukkanlah ke Utube.

sUpEr bUnNy said...

salam...

ibnu nafis: Super bunny,memang majlis fatwa kebangsaan bukan ijmak, tetapi ia adalah kesepakatan antara ulamak di negara ini.

untuk mengatakan mfk itu kesepakatan ulama' di msia adalah tidak mungkin, MUNGKIN hanya ijma' sesama mufti di msia...

ibnu nafis: Oh ya, Mengenai anak zina boleh dinasabkan kepada 'suami' dari fatwa negeri Perlis itu dari ijmak ke atau pendapat yang terpencil? Menolak ijmak? menambahkan kekeliruan lagi? Orang2 awam dah banyak berbunyi tu.

ana pun agak keliru dgn fatwa ni, insyallah kita sama2 boleh lihat sendiri dan menilai hujah bagi fatwa tersebut kalau ada masa...

ya akhie ibnu nafis...

pertama2 kalinya ana nk mengingatkan kpd diri ana & semua org bahawa TIDAK SEMUA yg ditulis di dalam kitab2 agama itu adalah benar dan boleh diterima, KECUALI jika penulisan mengenai agama itu DISANDARKAN kepada nas-nas syara'..
tidak kira la drpd sesiapa pun, ibnu taimiyyah ke, al-bani ke...
kita tak boleh menerima terus pendapat mereka ni...

jika ijtihad seorang faqih itu tidak berdasarkan al-quran & as-sunnah, kita masih boleh mempertikaikan ijtihad itu...
hatta jika ijtihad itu drpd imam muktabar, kerana anak adam tidak boleh lari dr melakukan kesilapan...

bagi ana, adalah tidak relevan utk anta dgn hanya mengambil kata2 ulama2 dr kitab2 mereka tanpa diberitahu apakah sumber nas pengharamannya...
kata2 ulama bukan lah wahyu...

ibnu nafis: Saya mendapat tahu ada orang yang berbangga mengatakan PErLIS adalah mengikut mazhab Syafie tulen?

syeikh, ana rasa satu msia tahu yg perlis ni darussunnah, tak pun darul wahabi...
bila masa lak diorang ni pure syafie...
ana rasa teramat lah susah utk jumpa syafie tulen kt msia ni, percaya lah...

sUpEr bUnNy said...

salam akhie ibnu adnan...

syiekh, ana memang sgt bersetuju dgn anta yg drmaza ni tidak maksum dan boleh dikritik...

tapi, adakah anta tidak khuatir dgn mengatakan bahawa drmaza ini 'cari publisiti murahan' mungkin boleh menimbulkan fitnah?

adakah dgn membuat kenyataan di media masa dikira mencari publisiti murahan?

macam mana anta tahu yg drmaza buat statement 2 sebab nk cari publisiti murahan?

lagi satu, macam mana anta tahu yg isu ni drmaza tak bangkitkan semasa muzakarah mfk?

kalau anta ada jawapannya, alhamdulillah...
anta terselamat dari melakukan fitnah...

sUpEr bUnNy said...

salam akhie hanif salleh...

masyallah, ana tgk anta selalu sgt memperkecilkan drmaza...
tapi ana harap semoga niat anta itu baik la yek...

hanif salleh: Segala persoalan dirujuk oleh IbnuNafis melalui kitab nas dan bukannya ikut ceramah Dr.Maza diYoutube.Janganlah taksub dengan seorang Mufti sehingga menepikan persepakatan mufti2 yg. lain.

ya akhie, ana suruh anta tgk youtube tu bukan untuk suruh anta ikut...
ana hanya nk anta dgr sendiri kenyataan drmaza mengenai isu daging korban ni, ana x nak anta percaya bulat2 apa yg diceritakan oleh ustaz kuliah maghrib anta berkenaan drmaza...
syeikh, bagi ana adalah lebih baik mengikut ceramah youtube yg bersandarkan nas daripada membaca atau belajar dgn ustaz2 jelmaan mengenai agama yg tidak berasaskan nas syara'...

lagi satu, kata2 manusia ataupun gelaran yg diberikan oleh manusia ana sangat2 tak hairan dan tak ambil kisah...
nak panggil anak wahab ke, bapak setan ke...
tafaddhol... (dipersilakan)

hanif salleh: Dr.Maza ni.Cuma yg. boleh terima beliau berceramah ialah di Surau Muhajirin Taman Sri Ukay,Ampang,sarang Pak Wahab.

syeikh, anta pernah tak pergi sarang pak wahab ni?
dr.maza dtg bagi kuliah mengenai kitab riyadus solihin, ustaz2 ana pulak yg datang dari uia beri kuliah tentang hadith...
rugi kalau anta tak datang...
jangan lah asyik nak mengadap kuliah tasawuf je, fiqh dan hadith pun anta kena tahu jugak...
owh lupa, KGPA pun lubuk pak wahab gak kadang2...

Ibn Salleh. said...

untuk rujukan superbunny:
Dato'Mufti Sabah, SS Datuk Hj. Ahmad Alawi Bin Adanan berkata tentang Mufti Perlis,min juhala wa qillatil Adab.Utk.pengesahan telephone pejabat Mufti Sabah,088-218322@Faks:088-263679.
Dato'Mufti Pulau Pinang,Syeikhuna Dato'Hasan Ahmad 04-2632975@Faks:04-2632985.Tanya tentang Dr.Maza apabila beliau gagal berhujah dengan Dr.Hayyi.
Dato'Mufti Pahang,SS Dato'Abd. Rahman Bin Hj.Othman,09-4224890@Faks:09-4224887.
Mufti Johor,SS Dato'Noh Gadut 07-2282915@Faks:07-2230925.
Beliau melarang Dr.Maza datang ke Johor untuk memecahbelahkan fahaman umat Islam.
Dato'Ismail Yahya,Mufti Terengganu melarang ceramah Dr.Maza di KETENGAH tetapi dibawa masuk oleh orang dalam.Dalam ceramahnya beliau mengutuk sifat 20 dan menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan adat orang Kristian.
Di Perak,Dato'Harussani sudah lama tidak berkenan dengan Dr.Maza.
Di Wilayah Persekutuan,Dato'Dr.Wan Zahidi Wan Teh juga tak mengizinkan Dr.Maza berceramah memporakperandakan umat Islam di Wilayah Persekutuan..Cuma Surau Muhajirin saja tempat beliau diterima.Apakah superbunny masih keliru lagi?Bukanlah tujuan Ana memperkecilkan Dr.Asri tetapi apa jua kenyataannya harus dirujuk terlebih dahulu dan bukannya terima bulat2.Ustaz Anta daru UIA beri ceramah,Alhamdullilah.Jadi mudahlah anta rujuk dengan 2 orang pensyarah UIAM iaitu Dato'Hj.Hashim Yahya (bekas Mufti Wilayah)dan juga Dato'Hj.Saleh Hj.Ahmad(YDP Persatuan Ulama Malaysia) tentang Mufti pujaan anta.Mungkin ini akan lebih memuaskan hati anta sendiri.Kami akan terus menentang mereka2 yg.membida'ah dan menghukum kami sebagai sesat dan mungkar tentang amalan2 yang diperturunkan oleh para ulama terdahulu.Apatah lagi Dr.Asri sendiri sering memperlekehkan ulama pondok dan amalan berzanji.

Ibnu Muslim said...

Salam super bunny; ana takkan sentuh pasal ASWJ kalau ana sendiri tak faham. Takkanlah 'pendapat orang ramai' dikira pendapat waljamaah. Tolong janganlah rendahkan tahap ilmu ana sampai begitu sekali. 'Ijmak ulamak' jauh bezanya dengan 'pendapat orang ramai'. Sebenarnya ada 5 tafsiran yang masyhur berkaitan waljamaah. Ana mintak anta check sendiri balik tafsiran2 tersebut. Kita ni mesti kena ikut ijmak ulamak di Malaysia kerana mereka dilantik oleh ulil amri yang sah iaitu kerajaan kita & ulil amri perlu ditaati sejajar dengan perintah ayat al quran apatah lagi dalam hal ini hukum Islam memang dipatuhi. Kerana itu ana kata dari segi fiqh pun MAZA dah silap. Fatwa MAZA tentang daging korban,tangkap khalwat, bagi salam pada kafir dsb hanya mengelirukan masyarakat sedangkan ia berkaitan ijtihad sahaja bukannya aqidah. Ana tak kata fatwa MAZA salah namun anta pun tak boleh kata Fatwa Majlis Agama kita salah, cuma di Malaysia kita tak ikut fatwa Uthmaineen atau Ibnu Baaz.Kat Arab Saudi,lantak la korang nak bagi satu lori daging korban kat Ayappan pun, memang fatwa dia kata ok. Buat ape timbulkan isu yang boleh buat masyarakat keliru di Malaysia dengan menggunakan fatwa Imam Arab Saudi atau Mesir ke? Banyak isu lain yang lebih penting dari melaga2kan fatwa yang sedia ada.

Anonymous said...

Ya Allah ya Tuhan kami. kalau beginilah akhlak alim ulama kami, yang hanya bersangka buruk, mengutuk, menghina dan menyindir alim ulama yang lain, maka macam manakah keadaan kami orang biasa yang kurang ilmu agama ini ya Allah! Adakah kami hendak mencontohi alim ulama ini ya Allah! Macam mana kah tahap akhlak kami kalau ulama pun masih di tahap ini akhlaknya Ya Allah! Tunjukkanlah kami jalan yang benar, bukan jalan2 orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat..

Anonymous said...

Asm wbt. Ustaz zamihan.. ini sy petik dr blog Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.. Moga2 ustaz mendapat manfaat darinya.. Perpecahan dan pergaduhan hanya merugikan umat kita.

Komen Tersebut:

ustaz..kenapa ustaz zamihan suka mencari kesalahan ustaz2 dan mufti perlis? hanya asyik mencari salah dan berburuk sangka ..kalau mcm ni, mcm mana Islam nak bersatu?
Cuba Ustaz Lihat.. Harap ustaz dapat menegur zamihan nih.. Cukup menyedihkan bila melihat blognya .. Terima Kasih..

http://al-ghari.blogspot.com/

UZAR : MAAF, SAYA TIDAK MINAT UNTUK MASUK CAMPUR DALAM MANA-MANA TEAM YANG SEDANG BERTEMPUR SESAMA MEREKA. HANYA MEMBURUKKAN KEADAAAN DAN MERUGIKAN.

BAGI SAYA, BANYAK KEPAKARAN DAN MASA RUGI AKIBAT DARINYA, BANYAK PRIORITI LAIN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBANTU UMMAT.

JIKA MEREKA MERASAKAN BERTEMPUR ITU PRIORITI MEREKA, ITU HAK MEREKA DAN SAYA TIDAK MAHU CAMPUR

Ibnu Muslim said...

Salam saudara Ianiaz,
Jika Ust Zaharuddin dilantik Mufti Perlis yg baru memang ana sangat setuju sebab beliau akhlaknya bagus. Namun cuba fikirkan wahai saudara; komen2/fatwa2 MAZA di dalam media adakah membawa perpaduan atau lebih mengelirukan? Kerana mahukan perpaduanlah maka konsep waljamaah perlu difahami dengan sebaiknya. Ana memang ANALISA kebanyakan tulisan MAZA & ana nampak ada kebaikan namun banyak pula kritikan2 keras pada institusi agama & ulamak2 di Malaysia.Adakah itu tidak dianggap condemn ulamak? Apakah patut kita diamkan sahaja? Ust Z berhujah secara telus pun untuk perbetulkan MAZA bukan nak takfirkan. Jika anta jujur, maka tegurlah juga MAZA barulah adil & buatlah seruan yang sama kepada MAZA supaya hentikan kritikan2 kerasnya itu. Perlu ingat, umum mengetahui beliau yang memulakan maka sepatutnya beliau jugalah yang mengakhiri dengan kemaafan. Sila baca tulisan beliau di Mingguan Malaysia sejak kebelakangan ini, tentu anta faham maksud ana.Mari sama2 mohon pada Allah agar budaya condemn sesama ulamak ni tidak lagi berlaku selepas MAZA berhenti jadi Mufti nanti, insyaallah.

Unknown said...

Slm sejahtera kepada antum sekalian.

Menyebut tentang isu fatwa berkaitan dengan pengharaman golongan pengkid, ana merasakan bahawa tindakan itu wajar sama sekali walaupun pengharamannya sudahpun jelas kepada setiap orang Islam hatta yang tidak tinggi ilmu agamanya.

Namun demikian, ramai juga golongan yang membantah fatwa ini dengan alasan hak asasi manusia. Amatlah menyedihkan terdapat sebilangan besar juga yang menentang fatwa merupakan mereka yang seagama dan sebangsa dengan kita semua.

Ana tidaklah seorang yang berpengetahuan luas dalam agama sebagaimana antum semua. Tetapi bagi pandangan ana yang tidak seberapa ini, bukankah elok sekiranya kita lebih menumpu dan mencari jalan penyelesaian kepada penentangan sebilangan manusia terhadap fatwa ini dengan beralasankan hak asasi manusia?

Sayang sekali apabila tajuk post ini sudah nyata, terang dan jelas menumpukan perhatian kepada isu penentangan fatwa terhadap golongan pengkid. Ditambahkan pula dengan beberapa line yang menghuraikan lagi isu tajuk utama.

Tetapi daripada post yang pertama sehinggalah post yang terbaru, kita hanya menumpukan kepada satu point iaitu point yang ke-6 daripada 6 point-point yang lain, yang mengisahkan kisah Dr MAZA menyuruh fatwa itu dikaji semula.

Pada hemat ana, bukankah lebih menarik dan lebih releven untuk membincangkan soal bagaimana hendak memastikan fatwa ini diakui dan diikuti oleh masyarakat kita, dan juga bagaimana langkah-langkah untuk mematikan hujjah pihak yang menentang atas dasar hak asasi manusia, bersesuian dengan isi huraian dan tajuk post ini. Betulkan ana sekiranya ana katakan sekadar mengeluarkan fatwa sahaja tidak cukup untuk menyedarkan masyarakat kita yang semakin hari semakin teruk kebelakangan ini.

Matikan perbincangan mengenai perbezaan pendapat antum, mengenai pandangan Dr MAZA dalam sesetengah perkara, menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya. Kita ada perkara dan isu yang lebih besar untuk dibincangkan. Bukankah itu yang antum gembar-gemburkan di dalam blog ini?

Dan kepada Utz Zamihan, ana tidak ingin mempersoalkan ketinggian ilmu ust, bahkan ana menghormatinya. Tetapi apakah tujuan Ust meletakkan point itu di dalam tajuk yang besar ini? Adakah hanya sebagai pemberitahuan ataupun sebagai ........
Yang pasti, jika tujuan Ust hanya untuk sebagai makluman kepada kami anak murid sekalian, sudah menjadi tanggungjawab ust untuk mengawal komen-komen untuk post ini. Janganlah sehingga pelbagai berita yang tidak dipastikan kesahihannya disebarkan di dalam blog ini.

Akhir sekali, segala salah silap perkataan harap dimaafkan kerana saya hanyalah seorang manusia biasa sahaja sebagaimana Dr MAZA dan Ust Zamihan juga.

May Allah bless us all. WaAllahua'lam.

sUpEr bUnNy said...

salam...

ya akhie hanif salleh...

syeikh, ana nak tahu 1 benda...
tang mana yg dr.maza ni memecah belahkan umat islam kt negara kita?
kalau memperbetulkan apa yg silap tu dikira memecah belahkan tak?

syeikh, kalau anta boleh faham bahasa arab dan tahu sedikit ilmu hadith anta akan tahu di mana cacatnya text barzanji ni...

mengenai mufti-mufti yg kurang senang dgn dr.maza, bagi ana itu adalah hak mereka untuk tidak senang dgn sesiapa yg mereka suka...


ya akhie ibnu muslim...

ana minta maaf sebab tersalah faham posting anta...
tapi, ana juga tidak memaksudkan al-jamaah sebagai ijma' ulama...
ana memahami al-jamaah sebagaimana yg difahami oleh imam asy-syatibi dlm kitabnya al-i'tisom...
mungkin anta pun boleh baca kitab ni...

ibnu muslim: Kita ni mesti kena ikut ijmak ulamak di Malaysia kerana mereka dilantik oleh ulil amri yang sah iaitu kerajaan kita & ulil amri perlu ditaati sejajar dengan perintah ayat al quran apatah lagi dalam hal ini hukum Islam memang dipatuhi.

syeikh, ijma' ulama di malaysia tidak semestinya perlu diikuti sekiranya fatwa atau ijtihad yg dikeluarkan tidak selari dgn syara...
bukan ijma' mereka yg kita ikut, kita ikut nas syara' yg mereka gunakan dlm berijtihad...
seperti isu pengkid ni, bukan fatwa MFK yg kita ikut tetapi nas yg mereka guna (spt hadith dari bukhari yg melarang lelaki myerupai perempuan dan sebaliknya)...
jika mereka mengeluarkan fatwa tanpa sandaran kpd al-quran atau as-sunnah, kita masih boleh tolak...

ibnu muslim: Fatwa MAZA tentang daging korban,tangkap khalwat, bagi salam pada kafir dsb hanya mengelirukan masyarakat sedangkan ia berkaitan ijtihad sahaja bukannya aqidah.

syeikh, kalau kita membetulkan seseorang adakah ia dikira sebagai mengelirukan dia?
ana rasa masalahnya sekarang ialah kita menjumudkan fikiran kita dgn tidak mahu menerima pendapat baru walaupun ia disokong dgn nas syara' dan pendapat ini adalah lebih rojih hanya kerana pendapat lama yg kita pegang dibuat oleh ulama' dulu2 yang konon-kononnya mereka ini tak pernah silap dan diamalkan oleh ramai orang termasuk nenek moyang kita...
kekeliruan hanya akan wujud jika anta jahil atau berkeras hati...
kalau anta menerima sesuatu berdasarkan hujahnya, anta takkan keliru...
pilot pun boleh faham syeikh...

syeikh, siapa kata islam ni mengenai aqidah je?
islam ni iman DAN amal...
urusan ibadat dan khilaf mengenainya bukanlah perkara furu'...
jika seseorang melakukan ibadat tidak menepati syara' ataupun bersandarkan nas yg lemah sedangkan ada nas yg lebih kuat, dia mesti diperbetulkan...
ini yang payahnya kalau orang kata aqidah je perkara usul...

ibnu muslim: Kat Arab Saudi,lantak la korang nak bagi satu lori daging korban kat Ayappan pun, memang fatwa dia kata ok. Buat ape timbulkan isu yang boleh buat masyarakat keliru di Malaysia dengan menggunakan fatwa Imam Arab Saudi atau Mesir ke?

ok la syeikh, ana jawab bodoh-bodoh dulu yek...
islam turun di malaysia atau arab saudi?
so, rasanya yg mana yek lebih betul...

syeikh, sekali lagi ana nak ulang...
fatwa itu tidak diikuti berdasarkan di mana ia dikeluarkan, ia diikuti berdasarkan nas syara' yg digunakan...
kalau orang nak keliru tu satu hal, islam ni bukan dicipta untuk disesuaikan dgn kejahilan mereka supaya mereka tidak keliru...
kalau islam dah kata A, tetap A...
walaupun anta dah biasa melakukan B hatta dah 100 tahun orang melakukan B, B tetap salah...

Ibnu Muslim said...

Ya akhie Bunny;
Kan ana dah kata awal-awal dalam komen terdahulu. Perbezaan fatwa tidak bermaksud yang satu lebih baik dari yang lawannya (contohnya Fatwa Arab Saudi tidak semestinya tepat dari fatwa Malaysia). Pada pandangan anta mungkin fatwa Albani,Al-Baaz lebih rajih tapi pernah tak anta baca hujah dari Al-Ghimari,Alawi Al-Maliki pula contohnya?
Pendapat yang rajih juga bergantung kepada pandangan & kefahaman ahli dibidang tersebut. Hadis sendiri contohnya selain Bukhari & Muslim, kesahihannya berbagai. Ada sesuatu hadis dianggap sahih oleh sesetengah ahli tetapi dianggap dhaif pula oleh sesetengah yang lain. Syarah sesuatu hadis yang sama juga terkadang berbeza(termasuk Bukhari Muslim). Juga ada hadis shahih yang membawa maksud berlawanan. Kerana itulah aliran (salaf & khalaf) memainkan peranan. Yang penting, kedua-duanya menggunakan Al-Quran & Hadis Shahih sebagai panduan.
Hadis/kisah yang masyhur tentang tolak ansur dalam perbezaan ijtihad ni banyak, mohon anta kaji sendiri. Kerana itulah ijmak ulamak itu penting untuk menyeragamkan (standardization) fatwa di sesuatu daerah jajahan. Oleh kerana ulil amri kita adalah institusi Raja2 Malaysia yang telah melantik Majlis Fatwa maka perlu kita ikuti selagi ianya dianggap RAJIH oleh ijmak ulamak.
Jika pada pandangan anta, MAZA berjuang untuk kes daging korban, tangkap khalwat, salam orang kafir untuk membetulkan akidah atau urusan ibadat dan khilaf mengenainya bukanlah perkara furu' maka mohon maaf; anta dah tersilap.
Ana bagi 3 contoh mudah dalam urusan ibadat shalat pun cukup 1) Membaca Basmalah sebelum al-Fatihah:Kuat atau Perlahan? 2)Wajibkah makmum baca Al-Fatihah pada setiap rakaat? 3)Semasa turun untuk sujud dalam shalat, tapak tangan dulu sampai ke lantai atau lutut dahulu? Bukankah khilaf ulamak disepakati bahawa kedua-dua pandangan/pilihan diterima? (baca atau tak baca/tangan dulu atau lutut dulu).Kenapa diterima khilaf walhal ini urusan ibadat tunjang? Kerana disepakati ia adalah perkara FURU' & kefahaman tentang hadis yang sama berbagai; taraf(ranking)keshahihan hadis2 yang digunakan juga berbagai & masing2 kata hujah masing2 RAJIH.
Tentang daging korban contohnya pada ana hujah dari ibnunafis oleh ulamak dahulu rajih kerana masih bersandarkan Quran & Hadis Shahih namun pada anta tidak (sila baca kitab yang disyorkan beliau sepenuhnya). Kefahaman maksud Jamaah pun berbagai; ada banyak yang masyhur, anta baru baca Syatibi,so jangan jumud, sila baca pandangan ulamak muktabar lain pula terutama aliran khalaf.
Cukuplah tu, ini balasan komen ana yang terakhir dibahagian ini, ana berlapang dada terhadap segala pandangan kecuali yang memulakan kritikan keras terhadap sesama ulamak. Ana hanya menyokong 'pihak yang menegur' terhadap 'pihak yang memulakan' & pihak yang tidak berlapang dada dalam masalah furu'.
Jika Ust Z buat silap pun insyaallah ana akan komen sejujurnya cuma dalam kes ini ana yakin dia benar.

Ibn Salleh. said...

Salam untuk super bunny,nampaknya anta masih belum merujuk dengan mufti-mufti yang lain.Baiklah sila rujuk "Bicara Agama" tulisan Dr.Asri pada 5/8/2007 yg. memperlekehkan kursus haji,cara berniat dalam solat,memperkatakan tentang jenis2 air utk.wuduk dan yg. lebih teruk lagi memperlekehkan ulama yang mengajar sifat 20 dengan mengatakan ia adalah falsafah lama.Tak ke ini memecah-belahkan mereka yg. dulunya belajar dari ulama silam dengan golongan yg. baru nak kenal ugama pakai ikut aja kata2 dan tulisan Dr.Asri?Kitab Barzanji dikarang oleh Syeikh Ja'afar Barzanji, seorang Mufti Shafie Mesir.Jika difahami secara zahir memang ramai yg. tak faham,jadi pengajian membaca barzanji akan ditafsirkan apa yg. tersurat dan tersirat dalam kitab tersebut.Kisah kelahiran Rasullullah s.a.w dan kisah para sahabat dinukilkan untuk diceritakan kepada umat Islam.Kini ramai yg. kenal salasilah penyanyi daripada mengenali Rasullullah s.a.w.Ana rasa cukuplah di sini pengakhiran ulasan ana kerana ana juga pernah berhujah dgn.geng Al-Arqam tapi pendirian dan hujahnya tetap sama kerana terlalu taksub dgn. gurunya yang satu.

aryna said...

kata tuan Hanif,
"Ana rasa cukuplah di sini pengakhiran ulasan ana kerana ana juga pernah berhujah dgn.geng Al-Arqam tapi pendirian dan hujahnya tetap sama kerana terlalu taksub dgn. gurunya yang satu."

maka, saya sangat bersetuju dengan kata2 tuan ini.. berbuihlah mulut, habislah airliur, keringlah tekak, mereka tetap tak mendengar.
kenapa? kerana mereka hanya buka mulut dan menutup telinga..
kita membaca dan melihat dengan matahati, mereka?

cikgurahim said...

Blog ini mendapat respons yg baik dari pengunjung. Tahniah Ustaz.

KALAU ADA ISU2, TOLONG CC KE

Forum terbuka al Fikrah

ajim said...

pam pong pang pong.. isi pun tarak.. umat yg sedang merugikan dirinya..

** ustaz zaharuddin 2 rasanya bersahabat baik dgn dr maza..

Admin said...

Assalamu'alaikum wbth

syeikh, kalau kita membetulkan seseorang adakah ia dikira sebagai mengelirukan dia?
ana rasa masalahnya sekarang ialah kita menjumudkan fikiran kita dgn tidak mahu menerima pendapat baru walaupun ia disokong dgn nas syara' dan pendapat ini adalah lebih rojih hanya kerana pendapat lama yg kita pegang dibuat oleh ulama' dulu2 yang konon-kononnya mereka ini tak pernah silap dan diamalkan oleh ramai orang termasuk nenek moyang kita...
kekeliruan hanya akan wujud jika anta jahil atau berkeras hati...
kalau anta menerima sesuatu berdasarkan hujahnya, anta takkan keliru...
pilot pun boleh faham syeikh...

------------------------------------

Kepada supperbunny - apa yang dikatakan membetulkan kekeliruan? Bagi saya jika benar-benar hendak membetulkan kekeliruan, ia perlu dilakukan di dalam saluran yang betul. Duduk berbincang dengan ulamak yang ada di Malaysia ini bersama-sama.

Kemudian bincangkan solusi memandangkan yang dikata keliru oleh MAZA itu semuanya ada nas dan dalilnya dari ulamak muktabar yang diikuti oleh majoriti umat Islam di Malaysia ini. Jika ia sudah jelas ada dalil dari al Quran dan Hadith, mengapa pula dikatakan sebagai keliru pula? Mengapa dituduh oleh mereka yang kononnya ikut salaf ini sebagai sesat? Terkeluar dari aqidah Ahlu Sunnah wal Jama'ah?

Benarkah ulamak dahulu itu silap? ADA BUKTI? Dengan bukti ape supperbunny mengatakan mereka itu silap hanya dengan perkataan seorang MUFTI? Adakah semua ulamak dahulu bersetuju dengan KESILAPAN?

Mudahnya nak mengatakan ulamak itu silap, tersalah, hanya dengan merujuk sahaja seorang mufti dan pendapat beberapa ulamak yang berfikrah salafi wahhabi?

Pilot? Faham ape tuh sheikh supper bunny? Dalam majalah I seorang PILOT Juga menuduh asya'iroh dan ulamak muktabar sebagai sesat dengan mengikut fahaman jahmiyyah. Mana pilot ini belajar tentang aqidah nih? Sedangkan ulamak muktabar ramai mengikut aliran asyai'roh dan al maturidiyyah. Jadi semua ulamak itu adalah sesat? Sumber mana yang mengajar supaya dihukum sesat sewenang-wenangnya?

Admin said...

Assalamu'alaikum cikgu.

Terima kasih atas jemputan. Al Fikrah .net itu yang anda jemput untuk dibawa berbicang?

Muslimz87, masri@mujahid salah seorang panel di situ bukankah yang telah menuduh satu laman web islamik sebagai MUSUH SUNNAH hanya kerana menyaring fahaman Salafi Wahhabi/ alla mazhabiyyah yang dibawanya?


Melihat tindak tanduk user yang jumud dengan allamazhabiyyah di dalam fikrah.net dikepalai oleh THTL. Amat menjengkelkan.

Admin said...

Kata AJIM :

pam pong pang pong.. isi pun tarak.. umat yg sedang merugikan dirinya..

** ustaz zaharuddin 2 rasanya bersahabat baik dgn dr maza..

-------------------------------------

ehem.. RASA-RASA tuh perkataan pasti ke? Kalau tak pasti baik duduk diam je sheikh.

Dok kata isi takdak tuh bagi orang yang rasa dirinya lebih betul, dirinya/golongannmya lebih 'berisi' dari orang lain.

Mentaliti ape nih? ProTajdid bawaan MAZA ke?

ajim said...

IBN NAFIS..
sila lihat blog UZAR.. saya tidak berasa-rasa lagi..

Admin said...

Assalamu'alaikum saudara ajim,

sila berikan bukti dan linknya terima kasih.

ajim said...

http://www.zaharuddin.net/content/view/711/72/

http://www.zaharuddin.net/content/view/777/72/

baca mau habis yea..

Visit Bil.