Cover Depan Himpunan Karya 'Syeikh al-Islam Muhammad bin Abd Wahhab"
Kitab: MU'ALLAFAAT SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB.
CETAKAN: JAMI'AH UMMUL QURA MAKKAH AL-MUKARRAMAH.
BAHAGIAN KELIMA: AR-RASAIL ASY-SYAKHSIYYAH.
MUKASURAT: 186-187.
CETAKAN: JAMI'AH UMMUL QURA MAKKAH AL-MUKARRAMAH.
BAHAGIAN KELIMA: AR-RASAIL ASY-SYAKHSIYYAH.
MUKASURAT: 186-187.
Jika anda masih ragu-ragu tentang ajaran Wahhabiy. Ikutilah paparan Akidah Takfir yang diambil dari karangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali sendiri. Yang lebih mesranya dikenali dengan dengan Anak Pak Wahhab atau sinonim dengan jenama 'Wahhabiy" oleh abangnya: Syeikh Sulaiman bin Abd Wahhab, SS Mantan Mufti al-Syafi'iyyah di Makkah : Syeikh al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Ulamak Ulung Mazhab al-Hambali : Imam Ibn 'Abidin dan ramai lagi dikalangan ulamak muktabar.
Istimewa untuk anda semua, kami bawakan : Teks berbunyi :
" DARIPADA MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB KEPADA ORANG ISLAM YANG SAMPAI KEPADANYA KITAB AKU INI : ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH...
"AKU MEMBERITAHU KEPADA KAMU SEMUA MENGENAI DIRIKU DAN DEMI ALLAH YANG TIADA TUHAN MELAINKAN DIA, BAHAWA SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENUNTUT ILMU DAN AKU PERCAYA BAHAWA ADA YANG MENGANGGAP AKU MEMPUNYAI ILMU MA'RIFAH TETAPI KETAHUILAH SESUNGGUHNYA AKU SEBENARNYA PADA WAKTU ITU TIDAK MENGETAHUI LANGSUNG MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH), DAN AKU TIDAK TAHU LANGSUNG MENGENAI AGAMA ISLAM SEBELUM INI BEGITU JUGA GURU-GURUKU TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN MEREKA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH)."
..."BARANGSIAPA YANG MENDAKWA KONONNYA ULAMA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) ATAUPUN MENDAKWA ULAMA ITU MENGETAHUI MAKNA ISLAM SEBELUM WAKTU INI ATAUPUN MENDAKWA ULAMA ANTARA MEREKA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH MAKA SESUNGGUHNYA ORANG ITU TELAH MENIPU DAN BERDUSTA ".
Ulasan :
1) Kenyataan SMAW amat merbahaya kerana secarat terangan mengandungi doktrin Takfir ulamak dan umat Islam. Buktinya, beliau sendiri mengakui bahawa sebelum dari menuntut ilmu, dia sendiri tidak langsung mengetahui makna لا إله إلا الله Beliau juga memperakui bahawa beliau sebelum itu tidak mengetahui langsung hal-ehwal yang berhubung dengan agama Islam. Ketahuilah bahawa kenyataan ini bukan sekadar gambaran tauhid @ akidahnya...bahkan seakan menafikan kesahihan pegangannya sendiri.
2) Tidak cukup dengan menggambarkan perihal dirinya, beliau (SMAW) mendakwa bahawa Guru-gurunya juga tidak mengetahui langsung maksud لا إله الا الله . Sedangkan guru-gurunya seperti Syeikh Muhammad Hayat al-Sindi dan lain-lain merupakan barisan ulamak terkenal pada waktu itu. Dan tidak seorangpun yang mempertikaikannya kecuali dari kenyataan di atas.
3) Pada rangkap yang terakhir, beliau kembali mengulangi penegasan bahawa para ulamak tidak mengetahui makna syahadah @ makna Islam sebelum ini. Kenyataan ini menjustifikasikan bahawa zaman sebelum beliau (kecuali zaman al-Salaf al-Soleh) merupakan zaman syirik, bid'ah dan khurafat. Atas alasan golongan ulamak tidak mengetahui secara benar makna Islam dan tauhid. Na'uzubillah!
4) Kesimpulannya, berdasarkan kepada penegasan di atas, penafian SMAW bahawa ulamak @ umat ini tidak memahami Islam dan tauhid secara automatik mengklasifikasi mereka dibawah paras syirik dan keadaan sesat barat. Justeru, tidak hairanlah jika golongan ini menyemarakkan api perjuangan dengan motto : Membasmi syirik, bid'ah dan khurafat. Akhirnya, sanggup berperang sesama umat Islam melebihi 2oo tahun lamanya atas nama ' jihad fi sabilillah..."
5) Ini adalah salah satu bukti eksklusif tentang bahaya pemikiran Takfir dari pengasas fahaman/Gerakan Wahhabiy yang dimasyurkan dengan gelaran Syeikh al-Islam ini. Tidakkah itu semua adalah fitnah terhadap Islam, ulamak Islam dan umat Islam keseluruhannya. Justeru, Katakan tidak kepada fahaman pelampau Wahhabiy.
Ustaz. Z, di Malaysia ni ada tak suatu kumpulan ulama yang mengkaji tulisan tulisan ini secara dalam dan terperinci setiap ayat dan perkataan yang diangap menyimpang dari syarak?.
ReplyDeletetujuan saya bertanya soalan di atas ialah sekiranya ada ramai (beberapa orang ulamak) yang mengkaji dan membuat tafsiran masing masing secara 'indipendent',dan mendaprinya menyimpang dari ajaran islam, tentu suatu tindakan boleh diambil (contohnya mengeluarkan fatwa tertentu berhubung denga aliran ini).
ReplyDeleteSaya pun terfikir juga sejauhmana tahap penyimpangan akidah masyarkat SMAW ketika itu sehigga beliau begitu bersungguh sunguh ingin membersihkan unsur unsur penyimpang tersebut. Dari satu sudut pandang, pembersihan begini memang wajar demi menjaga kemurnian Deen (Islam) ini.
sepekara lagi, adakah doktrin ini terpakai hanya untuk masyarakat beliau ketika itu. Pada pendapat dan pengetahuan ustaz. Z sejauhmana doktrin ini masih terpakai KINI oleh mereka mereka di golongkan sebagai wahabii ini.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMuhammad Ibnu Wahhab mengaku sendiri yang dia tidak tahu dan guru dia tidak tahu kalimah asas dlm Islam..sedangkan ini merupakan kalimah tauhid.tanpanya kita boleh jadi kafir.nauzubillah minzaliik.Dgnya org kafir boleh jadi Muslim.Mana mungkin Nabi SAW tidak mengajar akan maknanya..ittaqillah ya akhi yang masih bersama wahabi..Islam bukan agama seperti burung belatuk..bunyi tanpa tahu makna.Setiap apa yg diajar di dalam Islam ada hujjahnya..seperti firman Allah;
قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين
Katakan (wahai Muhammad pada org yg menetang kamu) datangkan burhan (ya3ni hujjah kamu) jika kamu org yg benar. Apa yg kita faham mafhum mukholafah dr ayat di atas "Org yg tdk ada hujjah dikira sbg tdk benar"
Saya merasa pelik knp masih ada yg mengikut fahaman atau ideologi ini sedangkan tuan punya fahaman mengaku dia tidak tahu ttg Islam..
Patutlah dia amat berani mengkhianti umat Islam dengan permusuhan beratus2 tahun sehingga ari ini dengan slogan menentang syirik dan bidaah kerana dia tdk memahami apa itu kalimah tauhid dan apa itu Islam justeru mengkafirkan umat Islam dgn apa yg dia tdk tahu..Smg Allah mengampuni dosa dia dan dosa kita sekalian..
Dia dah pergi,,skrg dia sdg dihisab..persoalannya kita yg masih hidup.. knp kita harus mempertahankan seorg sehingga menolak sebegitu ramai ulama' yg lain??
Akhirnya,,cuba tanya pd diri kita. Apakah jika kita tidak memahami makna tauhid kita dikira sebagai Islam??
Sayang sekali kerana Syeikh Muhammad Ibn Wahab menjadi sanjungan beberapa tokoh di Malaysia.Dalam Salafiah Wahabiah, Dr. Azwira menganggapnya sebagai pendukung ASWJ.Begitu juga dgn. pensyarah UM iaitu Saudara Ahmad Faisal menukilkan Muhammad Ibn Wahab sebagai tokoh Islam yg. hebat sewaktu membentangkan kertas kerja di Seminar Pemurnian Akidah 2008 baru2 ini.Pejabat Mufti dah salah pilih orang sehinggakan menjadi keraguan Dr. Uthman Muhammadiah dan Ust.Mahfuz tentang Saudara Ahmad Faisal.Hadis Najd telah menjelaskan siapakah Muhammad Ibn Wahab yg. sebenar.
ReplyDeleteal-kurtubi. al-bahgadadi, al-katakai. al-sarbani, al-peruti aparah ini tarekatiiiii
ReplyDeleteJika SMAW ini menjadi isu besar yang boleh dianggap berbahaya kepada ummah, bukan kah baik jika semua fakta yang salah dan yang benar mengenai diri dan alirannya dikumpulkan dan dianalisa secara 'adil dari sudut 'ilmiah. Suatu rumusan dengan fakta yang kukuh tanpa prajudis dikeluarkan adalah lebih baik dan lebih 'adil untuk semua orang (Ummat islam) yang perlu tahu mengenainya.
ReplyDeletePsikologi manusia berkencenderungan untuk lebih mengetahui lebih lanjut, - mereka akan tanya 'apa'?,'kenapa','siapa'?dan sebagainya. Bagi seorang yang berfikiran kritik dan analitikal, anda mesti membawa fakta fakta yang mestilah jelas, bernas dan 'adil yang dapat menjawab sesuatu persoalaan itu. Jadi, tanggung jawab orang yang menimbulkan persoalan ini dan juga mereka mereka yang mempunyai pengetahuan penuh tentang isu ini untuk menerangkannya.
Masyarakat kini dah semakin bijak dan mereka mahukan jawaban yang benar dan 'adil dari sudut 'ilmiah. Semua ustaz ustaz dalam blog ini akan bersetuju bahawa kita tidak boleh bertaklid buta.
Wallahu 'alam.
salam ustaz......sy mengucap tahniah kepada ustaz kerana bersungguh2 menyebarkan dakwah di tanah air kita,namun sy agak tidak bersetuju dengan pendekatan ustaz yang terus menerus mengkritik ulama terutamanya ulama yang di gelar sebagai aliran wahabiah.....kita hidup d zaman yang jauh berbeza dengan zaman ulama yang menjadi pencetus kepada fahaman ini.kita tidak berpeluang untuk hidup bersamanya,bercakap dengannya dan mendengar sendiri pandangannya tentang akidah islam.Membuat kesimpulan kepada sseorg melalui pengetahuan yang cetek mengenainya adalah ssuatu yang tidak adil apatah lgi kesimpulan itu boleh mengaibknnya,sy amat percaya bhawa kita hnya membaca sdikit shaja dri tlisan,risalah dan kitabnya,kita tdak tahu bhwa nun dsana ade bnyak lgi tlsan yg mnghraikn tlsan yg lain yg trdhulu..keghairahan kta mengkritik org lain tnpa menyelidikinya melambngkn kejahilan kita tngtngnya,jangan lah kita menyangka bhawa ape yg ada pada kta adalah jauh lbih baik dri ape yg sptutnya kita bleh pljari dri org lain.....sy dngn pnuh rsa rndah dri mghrap agr ustz mngambil perhatian dan fikir2 knlh tngtng perkara ini...syukran
ReplyDeleteBenar sekali apa yg dikatakan oleh akhi khairul rijal..
ReplyDeleteUstaz.. Jgnla menyebar fitnah .. selidiki betul2 dahulu.. kerna, kesannya begitu buruk sekali kpd org awam ..
Malah, ustaz sendiri yg akan terima azab yg pedih nanti ..
Jgnlah kerana berdendam,geram terhadap golongan tertentu, kita jadi cepat melatah tanpa menyelidiki sesuatu perkara dgn mendalam ..apatah lagi melibatkan fitnah terhadap ulama .. nauzubilah min zalik ..
Bertaubatlah wahai ustaz..
Ingatlah firman : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa (al-Ma'idah:8).
Jawapan Kepada Tuduhan
ReplyDeleteSetelah menyatakan sebahagian kekarutan serta sampah
sarap para penentang dalam usaha mereka memfitnah dakwah
al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab
rahimahullah dengan tuduhan mengkafirkan serta
membenarkan pertumpahan darah di kalangan kaum Muslimin,
kami sertakan pula jawapan-jawapan kukuh para ulama’ al-
Salafiyyah yang tersebar di segenap lapangan dan tempat
terhadap segala kepalsuan ini. Ini bagi menunjukkan betapa
karut serta jijiknya tuduhan yang dikenakan terhadap mereka
yang boleh diumpamakan seolah-oleh buih yang tidak
memberikan apa-apa faedah serta manfaat kepada manusia.
Pertama: al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab.
ReplyDeleteDalam menafikan segala tuduhan ini, beliau berkata dalam risalahnya kepada penduduk Riyadh seperti berikut:
Adapun kata-kata mereka bahawa kami mengkafirkan kaum muslimin, bagaimana mereka melakukan demikian? Bagaimana mereka melakukan demikian? Secara realiti, kami tidak sekali-kali mengkafirkan kaum muslimin, bahkan kami
hanya mengkafirkan kaum musyrikin sahaja. Dalam perutusannya kepada salah seorang pemimpin Sarmada’, al-Syeikh al-Imam berkata:
Adapun apa yang dikatakan para penentang terhadapku bahawa daku mengkafirkan kaum muslimin berasaskan sangkaan ( al-Zhan), ataupun mengkafirkan si-jahil di atas sifat kejahilannya, maka Hadza Buhtanun ‘Adhim (ini merupakan
suatu pembohongan besar) terhadapku. Mereka lakukan ini
supaya manusia menjauhi agama Allah serta Rasul-Nya.
Dalam perutusannya kepada penduduk al-Qasim, al-Syeikh al-Imam dalam menjawab kembali tuduhan Ibn Sahim
terhadapnya bahawa beliau mengkafirkan serta membunuh
kaum muslimin. Beliau berkata:
Allah Maha Mengetahui bahawa dia (Ibn Sahim)membuat tuduhan ke atasku dalam perkara yang daku tidak lakukan serta tidak terlintas di dalam hatiku melakukannya. Ini
menerusi kata-katanya: “Daku mengatakan bahawa manusia
pada sekian sekian zaman itu tidak mengetahui suatu apapun,
daku mengkafirkan sesiapa yang bertawassul dengan orang
yang salih, daku mengkafirkan al-Busayri, daku mengkafirkan
sesiapa yang bersumpah selain nama Allah …” maka sebagai
jawapan terhadap pertuduhan ini daku mengatakan Hadza
Buhtanun ‘Adhim(ini suatu pembohongan besar).
Al-Syeikh al-Imam seterusnya menetapkan kebatilan tuduhan ini menerusi risalahnya kepada Muhammad al-Tuwayjiri:
ReplyDeleteDemikian lagi, dalam penyamaran serta sikap berselindung mereka terhadap orang awam, mereka
mengatakan Ibn ‘Abd. al-Wahhab berkata: “Sesiapa yang tidak mentaatiku maka dia kafir.”
Maka jawapan kami: Subhanaka Hadza Buhtanun‘Adhim (Maha Suci Engkau Ya Allah!, ini merupakan suatu
pembohongan besar). Kami bersaksikan Allah, yang Maha
Mengetahui segala isi hati kami, bahawa sesiapa yang mentawhidkan Allah serta berlepas diri dari perbuatan syirik dengan segala jenisnya, dia adalah seorang muslim tanpa mengira dia berada di zaman atau tempat mana pun jua. Kami
hanya menyatakan kekufuran terhadap sesiapa yang menyekutukan Allah pada ketuhanan-Nya. Itupun setelah
datang kepada mereka segala hujah di atas kebatilan perbuatan syirik tersebut.
Dalam situasi lain, al-Syeikh al-Imam menetapkan kebatilan setiap dakwaan tersebut yang penuh dengan
pembohongan menerusi jawapannya terhadap soalan yang
dikemukakan seseorang170 kepadanya:
Di antara pembohongan mereka seperti berikut:
Daku mengkafirkan orang secara umum, kewajipan berhijrah kepada
kami bagi sesiapa yang ingin menzahirkan amalan agamanya,
daku mengkafirkan sesiapa yang pada hakikatnya tidak kafir
serta menghalalkan pembunuhan terhadap sesiapa yang tidak
harus dibunuh. Maka segala kenyataan ini merupakan
pembohongan yang berperanan menjauhkan manusia dari agama
Allah serta Rasul-Nya.
al-Syeikh al-Imam dalam perutusannya kepada salah
ReplyDeleteseorang ulama’ Madinah kerana membantah tuduhan
mengkafirkan manusia secara umum, berkata:
Kenyataan bahawa mereka (golongan al-Salafiyyah)
mengkafirkan umat Islam secara umum, maka kami berkata:
Subhanaka Hadza Buhtanun ‘Adhim (Maha Suci Engkau Ya
Allah!, ini merupakan suatu pembohongan besar). Kami sekalikali
tidak mengkafirkan sesiapa yang naik saksi bahawa Tawhid
itu merupakan Din Allah serta Rasul-Nya dan seruan kepada
selain agama Allah adalah batil.
Al-Syeikh al-Imam dalam perutusannya kepada Isma’il
al-Jara‘i, salah seorang pemimpin Yaman, berkata:
Adapun kenyataan bahawa kami mengkafirkan secara
umum, maka ini adalah pembohongan para musuh yang
bertujuan menghalangi manusia dari agama Allah. Sebagai
jawapannya kami mengatakan: Subhanaka Hadza Buhtanun
‘Adhim (Maha Suci Engkau Ya Allah!, ini merupakan suatu
pembohongan besar).
Dalam jawapannya terhadap perutusan al-Syeikh ‘Abd.
al-Rahman bin ‘Abd. Allah al-Suwaydi, salah seorang tokoh
ulama’ Iraq, yang bertanya kepadanya tentang pertuduhan
mengkafirkan kaum muslimin, al-Syeikh al-Imam berkata:
Mereka ingin jadikan kami kuda tunggangan syaitan,
menerusi penyebaran pembohongan sehingga amat malu untuk
orang yang berakal menyatakannya. Antara kata-kata yang sampai kepadamu bahawa daku mengkafirkan umat Islam kecuali bagi sesiapa yang mengikutiku serta kononnya daku mendakwa tidak sah pernikahan yang dilakukan sebahagian
umat Islam. Betapa ajaibnya hal ini boleh keluar dari mulut
orang yang berakal. Adakah yang menyatakannya seorang
muslim, kafir mahupun orang gila?
Kedua: al-Syeikh Husin bin Ghannam.
ReplyDeleteDalam menafikan tuduhan mengkafirkan kaum muslimin
di sisi al-Syeikh al-Imam, bahkan sebaliknya al-Syeikh al-Imam
pula yang dituduh kafir serta dihalalkan darahnya di kalangan
sebahagian para penentang, beliau berkata:
Secara realiti, al-Syeikh al-Imam rahimahullah ketika zahirnya segala penentangan di segenap waktu serta tempat,sementara manusia pula tenggelam di dalam perlakuan dosa,maksiat serta cenderung ke arah melakukan penentangan dan
menuruti hawa nafsu, beliau tidak pula tergesa-gesa menjatuhkan hukum. Selain itu tidak terlintas sama ada secara zahir mahu pun batin untuk mengkafirkan kaum muslimin yang terlibat di dalam perlakuan tersebut. Bahkan beliau mengambil sikap amat berhati-hati dalam menghadapinya.
Namun muncul golongan penentang dengan mengambil sikap mengkafirkan beliau serta pendokongnya di segenaplapangan dan tempat. Dan mereka tidak pula menetapkan
bahawa apa yang mereka bawa itu merupakan fitnah serta
pembohongan. Bahkan dengan keberanian serta penuh pemerhatian mereka menjadikannya sebagai bahan penulisan serta perdebatan. Namun al-Syeikh al-Imam rahimahullah
tidak pula memerintahkan pertumpahan darah atau pun
pembunuhan terhadap majoriti dari golongan yang menuruti hawa nafsu serta melakukan kesesatan.
Ketiga: al-Syeikh ‘Abd. Allah bin Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab:
ReplyDeleteAda pun apa yang didustakan ke atas kami merupakan penutup kepada kebenaran. Ia seperti berikut:
“Tanpa sebarang keraguan kami mengkafirkan umatIslam sama ada yang berada di zaman ini mahu pun selainnya kecuali sesiapa yang menyokong kami. Kami tidak menerima
janji setia ( bai’ah) sesiapapun kecuali setelah menghukumnya
sebagai musyrik sebelum ia mengikat janji setia serta menetapkan bahawa kedua ibubapanya mati dalam keadaan
menyegutukan Allah.”
Maka sebagai jawapan terhadap persoalan ini:
Subhanaka Hadza Buhtanun ‘Adhim (Maha Suci Engkau Ya Allah!, ini merupakan suatu pembohongan besar).
Secara realiti sesiapa yang meriwayatkan demikian dengan menyandarkannya kepada kami, maka dia berdusta terhadap kami. Sesiapa yang menyaksikan keadaan kami atau
pun menghadiri majlis kami maka dia akan dapati segala kenyataan tersebut merupakan hasil penipuan musuh-musuh agama serta rakan-rakan syaitan mereka.
Hakikatnya mereka cuba menghalangi manusia dari tunduk dengan ikhlas dalam mentawhidkan Allah dari sudut
peribadatan serta meninggalkan perbuatan syirik dengan segala macamnya. Sudah termaklum bahawa Allah tidak mengampuni dosa syirik tetapi mengampuni dosa-dosa lainnya
bagi sesiapa yang dikehendakinya.
Kami mempercayai bahawa sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh seorang muslim tanpa hak,berzina, memakan riba, dan minum arak, dia tidak terkeluar
dari lingkungan Islam serta tidak kekal pembalasannya di
dalam neraka sekiranya dia mati dalam mentawhidkan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Tuan Syeikh ini menambah:
Adapun pengarang al-Burdah serta selainnya dimana perkataan-perkataan syirik boleh didapati menerusi lidah mereka dan juga golongan pelampau ( al-Ghulluw) agama, apabila mereka mati tidak dihukumkan mereka itu kafir. Namun wajib ditolak kata-kata syirik mereka itu.
Selain itu perlu diperjelaskan bahawa sesiapa yang
mempercayai kata-kata tersebut maka dia boleh terjerumus
ke dalam kemusyrikan serta kekufuran. Adapun si-penuturnya,
apabila dia meninggal dunia, kita serahkan perbuatannya
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini kerana tidak diketahui
sama ada dia mati dalam keadaan bertaubat atau tidak.
Dan ini khas untuk hanifsalleh berkenaan hadis najd ..
ReplyDeleteNasihat utk hanif.. Seeloknya, selidiki dan belajar secara mendalam dulu sesuatu ilmu sebelum berani mengatakan sesuatu ilmu agama yg penting.. Kecuaian hanif boleh mengakibatkan anda taqlid buta dgn zamihan.. Sedarlah bahawa ilmu agama zamihan sebenarnya tak tinggi mana pun .. Harap hanif lain kali dptkan nasihat drpd org yg betul2 berilmu agama yg mantap..
Sila lihat link bawah nih utk keterangan lanjut ttg hadis tersebut..Dikupas dan diulas dgn begitu mendalam dan berkesan.
Nasihat ana, berlapang dadalah bila membaca ulasan tersebut demi kebenaran Islam ..Takutlah kpd Allah..
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SiapakahAhliSunnah/Tohmahan4.htm#kedua
salam..
ReplyDeletemenulis atas dasar akademi...
sy telah mendapat berita bahawa ustaz berkelulusan syariah dari jordan. tetepi ustaz telah mengkritik begitu hebat akan seorang ulama hadis yg tersohor di negara kita. adalah amat tidak adil utz menilai ustaz azwira sedemikian rupa.
ustaz berkelulusan degree syariah, manakala ustaz azwira berkelulusan P.h.d hadis. ini adalh tidak adil keraa utz kurang arif dalam bidang hadis, dan terus menuduh utz azwira tesesat. ustaz umpama jururawat@ pembantu doktor haiwan. manakala ustaz azwira adalah pakar bedah. uztaz sebagai jururawat@ pembantu doktor haiwan telah mengomen ustaz azwira sebagai tersilap dalam pembedahan sedangkan ustaz tidak mahir pun dalam bidang itu.. ini akan menyerlahkan ke lg kejahilan utz yg selama ini terpendam. jd samalah dalam bidang hadis utz tidak mahir tetapi mengomen pakar hadis. ani menyerlahkan lg kejahilan utz.. sedangkan master utz d ukm pun tidak berjaya ditamatkan kerana utz tidak dapat meneruskan pengajian akibat kurangnya ilmu dalam bidang hadis, akibat kegagalan utz, utz memburukan nama utz azwira pula yg menggagalkan utz,... kalu utz mahu mengomen perlulah ada ilmu, barulah tidak menyerlahkan kejahilan ustaz.
Salam ustaz ustaz semua,
ReplyDeleteMenyerang peribadi seseorang adalah tidak sunnah tak kira lah Al ghari ke, dr. maza ke atau siapa juga pun. Orang yang suka menyerang peribadi orang lain adalah mereka mereka (dari sudut psikiatri) yang mempunyai 'inferiority'- konflik jiwa. Ia juga secara tak langsung / tak disedari menyerlahkan siapa 'dia' sebenarnya (subconciously). Sama sam kita jauhi.
Sepanjang diskusi tajuk ini banyak info berguna saya perolehi terutama dari saudara sharil. Dan saya sendiri juga mencari jawapan persoalan yang Ustaz. Z timbulkan. Ada beberapa jawapan yang saya perolehi terutamanya dari tulisan Dr.Azwira, Kapten Firdaus dan satu web site salafy dari indonesia. Banyak info berguna dalam menjawab persoalan ini dari isu Tajsim, takfir, bidaah dan sebagainya.
Ada tulisan khusus dari Rd. Azwira yang menjawab banyak mungkin saya boleh katakan sebagai salah tafsir fakta fakta yang dimaksudkan oleh SMAW.
Dari satu sudut pandang, salah tafsir mereka mereka ini pun bagus juga dari sudut ilmu sebab suatu penerangan / penjelasan boleh dibuat seca ilmiah. Asal saja SENGAJA menyalah tafsir untuk mengelirukan masyarakat atau kerana agenda peribadi.
Wallahu 'alam
Salam utk Shahril yg. menasihati saya supaya tidak taqlid buta dgn. Ust. Zamihan dan meminta saya merujuk tulisan ebook hafizfirdaus.Hafizfirdaus seorang pilot yg. bersekolah di St.John Bkt.Nenas dan tidak berguru dgn. sesiapa pun.Dalam rancangan Blog di TV1, Saudara Hafiz Firdaus mengatakan gurunya hanyalah pengarang kitab yg. dibaca dan bukannya secara "face to face" belajar ugama.Beliau hanya menulis mengikut cita rasanya tanpa merujuk daripada ulama2 ataupun guru2 agama.Saya pernah merujuk tentang Hadis Najd sewaktu Seminar Pemurnian Akidah 2008 dan dibentangkan oleh Ust. Mahfuz dgn. jelas.Dalam seminar tersebut, Dato'Dr.Wan Zahidi(Mufti Wilayah) pun ada,Dr.Utman Muhammadiah pun ada.Begitu juga dengan Pro.Dr.Abd. Razak Abd. Rahman As Sa'diy(Pensyarah UIA) membenarkan hujah Ust.Mahfuz Al-Khalil.Apakah Saudara Hafiz Firdaus lebih hebat dari mereka2 ini yg. saya rujuk?Belajar ugama perlu berguru dan kitab2 perlu ditafsirkan oleh guru dan bukannya dgn. mengkaji secara sendiri oleh Saudara Hafiz Firdaus.Hadis Najd tidak saya rujuk dlm. internet tetapi bertanya sendiri utk. kepastian kpd.para alim ulama dan disaksikan oleh puluhan orangramai sebagai bukti.
ReplyDeleteJika seorang sahaja ulamak yang menolak wahhabi lainlah ceritanya. Tetapi ramai ulamak yang menolak, bahkan ulamak dari 4 mazhab menolak sama fahaman wahhabi. Bahkan sudah dibuktikan dengan kitab scan tulisan Muhammad Bin Abdul Wahhab.
ReplyDeletePelik pula saranan dari mereka yang menyokong salafi wahhabi. Mereka tidak dapat pula membuktikan kata-kata mereka untuk menangkis bukti juga melalui kitab tulisan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Ada bukti? Sila tunjukkan.
Peringatan Ulamak Islam Tentang Golongan Pemecah Belah
ReplyDeleteKitab ini merupakan risalah kecil yang ditulis dengan tujuan untuk menjelaskan pelbagai pemahaman. Ia terdiri dari kumpulan 100 pertanyaan yang telah meresahkan pemikiran khalayak ramai pada abad ke 14 Hijrah. Baik sengaja mahupun secara tidak sengaja. Kes-kes tersebut terus muncul sehingga menjadi kayu ukur untuk mengelompokkan kaum muslimin dan memecah belahkan mereka ke dalam pelbagai golongan.
Pada sebahagian golongan, persoalan-persoalan tersebut digembar-gemburkan sebagai perkara qot’ie yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Mereka ini berkeyakinan pendapat yang benar hanyalah pendapat mereka.
Sementara orang yang berpendapat di luar apa yang mereka katakan adalah orang yang keluar dari agama, fasiq, menyumpang atau sekurang-kurangnya tidak komitmen (taat) serta cenderung kepada memudahkan masalah. Ramai yang dituduh tidak mencintai RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam, berhati keras dan kepada batu seperti orang-orang Arab Badwi di masa lalu yang keras dan kasar. Malahan lebih daripada itu banyak yang dituduh munafiq, zindiq, dan musyrik.
Akhirnya kaum Muslimin pun memeraskan seluruh tenaga dan pemikirannya dengan persoalan-persoalan ini. Walaupun pada hakikatnya ia termasuk dalam lingkungan perbezaan pendapat serta setiap mazhab dan aliran mempunyai dalilnya masing-masing. Walau bagaimanapun jumlah masalah-masalahyang disepakati jauh lebih banyak daripada yang dipersilisihkan.
Jika dihitung masalah-masalah feqah yang berasal dari ulama’ terdahulu dengan segala bentuknya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Apabila dihitung peratusan perbezaan pendapat maka rasionalnya tidak lebih daripada satu masalah pada setiap 10,000 masalah. Jadi apakah logic (masuk akal) dan dapat diterima bahawa kita sepakat di dalam 10,000 masalah, lalu apabila kita berbeza pendapat, setiap daripada kalangan kita menyerang dengan ungkapan yang tajam terhadap temannya? Sehingga hal itu menjadi suatu jihad tanpa peperangan. Hal seperti ini jelas hanya menggambarkan kekosongan fikiran, malahan rendahnya penguasaan ilmu feqh dan pemahaman terhadap agama secara keseluruhan.
Sumber : Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
Peringatan Ulamak Islam Tentang Golongan Pemecah Belah II
ReplyDeleteSesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bid'ah.
Pada Hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.
Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya "al-Salafiyyah al-Mu'assarah" menulis :
"Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama ALlah... kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan... hingga memporak perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid'ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..."
Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalah gunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh RasuluLlah s.a.w dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:
"Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka."
Sumber : Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu Al Fadl AbduLLah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor
Ustaz Z, IbnuNafis dan Saudara,
ReplyDeleteAliran Salafi wahabii telah mendapat tentangan dan nama yang tidak baik di kalangan umat islam khususnya di Malaysia. Apakah faktor faktor penyebab ramainya di kalangan cerdik pandai islam (bertaraf ustaz dan mufti) dan kalau di luar Malaysia ada yang bertaraf ulamak, tidak kurang juga di kalangan profesional yang menerima aliran ini sebagai pegangan mereka. Jika anda mencabr mereka, mereka akan mengeluarkan nas nas (berdasarkan al quraan dan hadist yang sahih)pada setiap perkara dari yang berkaitan denga akidah, fiqh dan sebagainya.
Tentang sikap melampau - ianya tidak terhad kepada aliran ini saja tetapi berlaku juga di aliran / mazhab yang lain.
Apakah usaha JAKIM sendiri dalam menanggani alirin ini.
Ustaz Z, IbnuNafis dan Saudara,
ReplyDeleteAliran Salafi wahabii telah mendapat tentangan dan nama yang tidak baik di kalangan umat islam khususnya di Malaysia. Apakah faktor faktor penyebab ramainya di kalangan cerdik pandai islam (bertaraf ustaz dan mufti) dan kalau di luar Malaysia ada yang bertaraf ulamak, tidak kurang juga di kalangan profesional yang menerima aliran ini sebagai pegangan mereka. Jika anda mencabr mereka, mereka akan mengeluarkan nas nas (berdasarkan al quraan dan hadist yang sahih)pada setiap perkara dari yang berkaitan denga akidah, fiqh dan sebagainya.
Tentang sikap melampau - ianya tidak terhad kepada aliran ini saja tetapi berlaku juga di aliran / mazhab yang lain.
Apakah usaha JAKIM sendiri dalam menanggani alirin ini.
Salam saudara Shahril/Hasbullah.
ReplyDeleteAna tak perlu jelas panjang meleret & berserabut macam akhie Shahril.
Sila rujuk buku tempatan ni dah memadai bertajuk 'MANHAJ AKIDAH ahli sunnah waljamaah' terbitan ACCESS INFOTECH (M) SDN BHD oleh Ismail Omar,cetakan ke-2 2006 harga RM40. Sila rujuk mukasurat 486 hingga 488 Bab 11.7.2 tajuk 'Dosa Bid'ah Pada Dasarnya Lebih Berat Dari Dosa-dosa Besar'. Jelas lagi bersuluh penulis mengkategorikan pembuat bid'ah lebih berat dari pembuat dosa besar (setahu ana dosa syirik je la yang lebih dari dosa besar; maknanya habis semua segala umat islam yang zikir beramai, buat tahlil, belajar sifat 20, baca Yassin malam Jumaat contohnya INDIRECTLY di TAKFIR! Walaupun beliau ada kata bahwa ada bidaah dianggap dosa kecil namun bersyarat pulak iaitu 1)Tidak berterusan (habislah ana; ziarah pusara datuk moyang setiap tahun pada setiap hari raya tak pernah miss) 2)Tidak mengajak orang lain (habis jugak ana; ana ajak kawan tahlil & jamuan beramai-ramai lepas pakcik ana meninggal baru2 ni) 3)Tidak dilakukan di khalayak ramai(tak lepas juga la ana; pasal ana selalu lepas jadi imam baca doa amin beramai-ramai dengan makmum. 4)Tak mudahkan perbuatan tersebut(lagi la ana gagal, bagi ana apa yang ana buat tu bidaah hasanah maka pada ana pahala dapat bukan dosa!)
DARI MANA PUNYA KAEDAH USHUL FIQH YANG TERSASAR NI PENULIS BELAJAR? Pada biodata diterangkan beliau belajar dari ulamak di Mekah & Jeddah (Mesir,Jordan,Syria memang tak ada, Mahgribi lagi jauh - maknanya Wahabi la tu).Ana ni kira dah dikafirkan secara tidak langsung! Cubaaa la fikir secara ilmiah, adeee ke patut orang yang baca Yassin malam Jumaat,belajar sifat 20, zikir dalam kumpulan, sapu muka lepas salam & baca doa amin beramai lepas sholat dianggap lebih teruk di sisi Allah dari kaki dangdut, minum arak,kaki betina, kaki tinggal shalat,puasa dsbnya? Betul ke kaedah ilmu aqidah macam tu? Ape nak disangkal lagi?
Assalamu 'alaikum,
ReplyDeleteNampaknya banyak soalan soalan yang saya timbulkan tidak berjawab. Mungkin ianya terlalu remeh atau mungkin tidak terlalu menimbulkan provokasi.
Bicara tentang doktrin SMAW yang dikatakan tersasar dari al quraan dan sunnah, saya sempat memabaca satu blog - BAHAYA SYIRIK -Tarekat-Sufi-Tasawuf.
Dalam blog ini ada mendedahkan doktrin doktrin Tarekat-Sufi-Tasawuf yang SAMA TERSASAR dari al quraan dan As-Sunnah.
Satu tajuk yang menarik ialah Tasawuf menurut pertimbangan Al Kitab dan As sunnah. Tulisan ini ditulis sendiri oleh Muhanmad Bin Jamil Zainu, bedasasrkan pengalamannya semasa di dalam Sufi. Tulisan ini telah diterjemah oleh Ustaz Rasul Bin Dahari.
Oleh kerana Ustaz Z mempunyai M.A dalam Bidang Tasawwuf, maka adalah lebih layak Ustaz untuk memberi penjelasan sejauh mana kesan buruk dari sudut Aqidah dan amalan aliran tarekat-sufi-tasawwuf ini. Apa perbezaan bahaya kedua dua Doktrin doktrin ini (doktrin SMAW dan doktrin tarekat-sufi-tasawwuf) yang dianggap tersasar dari al quraan dan As Sunnah.
Mohon penjelasan.
Salam utk. Saudara Hasbullah,
ReplyDeleteAnta bertanya apakah usaha JAKIM dlm. menangani aliran Wahabi.JAKIM & Jabatan Mufti negeri2 (kecuali Perlis)selalu mengadakan Seminar Pemurniaan Akidah sepanjang tahun utk. menjelaskan bahayanya aliran2 seperti yg, anta sebutkan.Selain itu Jabatan Agama Negeri2(kecuali Perlis)tidak membenarkan mereka yg. beraliran begini menyampaikan ceramahnya demi penyatuan umat Islam.Anta membaca kitab Tasawuf menurut pertimbangan Al Kitab As Sunnah yg. diterjemahkan oleh Rasul Dahri.Ketahuilah bahawa Rasul Dahri telah mengatakan bacaan Yassin malam Jumaat,bertahlil,kenduri arwah,berzanji dan mengadakan sambutan maulidur Rasul sebagai pekerjaan yg. mungkar.Dalam videonya ditunjukkan pula contoh solat Rasullullah s.a.w dan salah satu darinya ialah dgn. menggerak-gerakkan jari telunjuk sewaktu tahiyyat.Apabila bercakap mesti ikut Al-Quran dan Hadis.Kenapa Ijma'ulama langsung tak mahu pakai?Kita lihat di negara kita berapa ramai yg. diketogerikan sebagai melakukan bida'ah dholalah.Imam Masjid Negara,Agung,Menteri,Imam Masjid Negeri2 dan semua jemaahnya dikatakan melakukan bida'ah dholalah dan mungkar.Bagaimana pula dgn. orang tua kita,arwah datuk dan nenek kita,pakcik2 kita,adik-beradik kita,apakah sanggup kita mengatakan mereka sesat dan melakukan pekerjaan mungkar?Inilah kerja Rasul Dahri yg. pernah ditangkap di Johor kerana secara bersembunyi menyampaikan dakyahnya di premis2 kediaman dan bukannya di masjid2.Dalam pengajian Tasawuf diajar cara berzikir utk lembutkan hati jangan keras supaya mudah kita menginsafi diri tentang dosa2 kita.Kitab Mukashalaf Al-Qulub tulisan Imam Al-Ghazali banyak membentangkan tentang Tasawuf.Namun utk.mempelajarinya perlu berguru dan bukannya baca mengikut kefahaman sendiri.Kenapa kita pilih Hafiz Firdaus & Rasul Dahri saja dan bukannya ulama2 muktabar spt.Dato'Harussani,Dato'Harun Din,Dato'Ismail Kamus,Dato.Hasan Din Al-Hafiz,Dato'Hashim Yahya dan ramai lagi utk. rujukan?Begitu juga dalam ramai2 Mufti di negara ini, yg. satu itu aja yg.kita pilih.Mungkin muda dan handsome dan tak susah payah nak mengaji utk.arwah,bertahlil,belajar berzanji maka kita perkenan dgn. cara itu.
Assalamu'alaikum wbth;
ReplyDeleteAliran Salafi wahabii telah mendapat tentangan dan nama yang tidak baik di kalangan umat islam khususnya di Malaysia. Apakah faktor faktor penyebab ramainya di kalangan cerdik pandai islam (bertaraf ustaz dan mufti) dan kalau di luar Malaysia ada yang bertaraf ulamak, tidak kurang juga di kalangan profesional yang menerima aliran ini sebagai pegangan mereka. Jika anda mencabr mereka, mereka akan mengeluarkan nas nas (berdasarkan al quraan dan hadist yang sahih)pada setiap perkara dari yang berkaitan denga akidah, fiqh dan sebagainya.
---------------------------------
Sila berikan nama2 mufti dan golongan profesional yang menjadikan wahhabi sebagai fahaman mereka. Silakan.
Ada di antara mereka ini yang teruja dengan motto bawaan wahhabi seperti Kembalilah kepada ajaran al Quran dan hadith sahih, Kami adalah Pendokong Sunnah, Kami pengikut Salaf, Kami adalah golongan muwahhidun, najihin.
Dan kemudian dengan slogan2 ini, mereka juga hanya menggunakan al Quran dan Hadith sahih (yang sahih hanya pada mereka) dan kemudiannya ada yang menolak hadith dhoief secara total. Sedangkan , mereka ini tiada asas di dalam pembelajaran ulumul hadith, riwayah dan dirayah, qawaid fiqhiyyah, ulumul quran. Tidak memahami perbezaan darjat hadith, penggunaan hadith pada tempatnya.
Apabila baru belajar sahaja terus cenderung untuk menghukum sesat kepada umat Islam dan ulamak Islam yang muktabar yang berbeza pendapat dengan mereka.
Dalam satu keadaan mereka akan menggunakan hadith sahih, dalam keadaan yang lain mereka akan gunakan pula hadith hasan dan kadangkala hadith dhoief. Begitulah yang terjadi dengan sheikh albani iaitu dikatakan sebagai pakar hadith, tetapi dari ilmu feqhnya ramai ulamak yang tidak bersetuju bahkan menolak beliau. Seperti fatwanya yang mengatakan haram wanita memakai emas, bahkan beliau pernah menyamakan kristian dengan mazhab hanafi ini telah dibuktikan oleh Dr Said Ramadhan Al Bouti. Dan banyak lagi.
Ramai mufti, ulamak, profesional yang mengikut wahhabi bukanlah ia sebagai hujjah pegangan ini wajar diterima (dilihat juga banyak kerosakan, kekeliruan, pecah belah, jenayah ilmu). Kerana hadith rasuluLlah banyak menyebutkan menyuruh kita mengikut IJMAK ULAMAK dan kaum MUSLIMIN sehingga ia mencapai taraf hadith mutawattir maknawi.
Memang setiap mazhab pun ada yang fanatik, taksub. Tetapi dalam kondisi sekarang ini (konteks Malaysia) siapa sebenarnya yang telah menjadi melampau? Sebelum kelahiran blog2 yang menentang wahhabi, siapa dahulu yang memulakan serangan? Bagaimana pula jika kita sama2 semak sejarah kedatangan Islam, perkembangan, serta pemikiran yang dibawa oleh kaum muda ke Malaysia.
Sekarang ini lebih teruk lagi dengan mengatakan ulamak dahulu yang menyebarkan Islam ke Tanah Melayu dituduh sebagai penyebar syiah. Guru-guru pondok memundurkan pelajar, dan banyak lagi tuduhan sehingga ke peringkat sesat, masuk neraka dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama boleh pula bertoleransi dengan KRISTIAN.
Tentu saudara HAsbullah boleh berikan pengikut wahhabi yang toleran dan berlapang dada dalam perkara khilafiyyah.
Assalamu 'alaikum,
ReplyDeleteSaudara/Ustaz Ibnu Muslim, saya sepanjang membicarakan isu 'doktrin Takfir' tidak pernah menujukan apa apa kenyataan Takfir kepada sesiapa pun secara langsung atau tidak. Kebanyakan comments yang saya hantar hanya berbentuk persoalan. Maaf kalau anda tersalah anggap dan rasa tersinggung dengan soalan saya. Terima kasih dengan buku cadangan anda, insayallah saya cari dan baca.
Saudara/ ustaz Ibnu Muslim + Hanifsaleh,
saya dalam usaha cuba memahami suatu persoalan / suatu fenomena yang sangat membimbangkan di mana secara umumnya para ilmuan islam dalam aliran yang berbeza saling mambawa hujah hujah Al quraan dan As sunnah menyalahkan atau menganggap tidak betul di antara satu sama lain. Masing masing cuba memalukan antara satu sama lain. Terdapat 'inferiority complex' dalam diri ilmuan tersebut untuk memahami dan menganalisa nas nas yang di kemukakan di antara mereka.
Saya sendiri menerima apa juga ajaran yang meliputi semua bidang dari 4 mazhab ahlussunnah wal jamaah dan saya juga meneliti hujah hujah al quraan dari contohnya kebetulan ust. Rasul dahari, dalam isu isu yang anda kemukakan dalam ulasan anda begitu juga yang berkaitan dengan tarekat-sufi-tasawwuf. Bagi saya hujah dan nas benar berkaitan isu yang beliau bincangkan. Anda semua sebagai seorang yang berpengetahuan (bukan orang awam yang selalu bersikap ghulu), Adakah disebabkan perbezaan aliran kita tidak mahu berlapang dada menilai nas nas al quraan yang mereka kemukakan.
Saya sendiri sejak kecil sebelum memahami apa itu islam sering terarah dan mempunyai naluri untuk tidak berminat dengan hal hal yang bidaah atau apa apa juga ajaran yang berkaitan dengan tarekat-sufi-tasawwuf yang pelik pelik dan tak masuk aqal. Dalam banyak keadaan yang temui- ada yang dah sampai 'maqam Hakikat'hingga tak payah solat, solat dengan niat.
Saya pilih pendekatan yang mudah selagi ia selari dengan al quraan , As Sunnah dan ijmak ulamak. Kalau asyik cabar mencabar sampai bila tak selesai.
Ibnunafis,
ReplyDeleteanda bijak berhujah tapi anda terlalu 'exited' dan tak menjawab soalan saya.
Saya tanya apakah faktor faktor penyebab golongan bijak pandai, ustaz, mufti dan profesional memilih aliran salaf as you named it wahabii. Tak hanya dengan slogan slogan je mereka memilih aliran itu. Adakah anda ingat mereka bodoh dan tak tahu nas Al Quraan dan As Sunnah?. Tentu ada faktor faktor lain. Adakah pendekatan yang menyentuh bidang aqidah, fiqh dan sebagainya adalah benar dan diterima aqal mereka yang bijak dalam agama ini?.
Tentang siapa mereka yang anda minta tunjukkan, rasanya Tak payahlah saya nak list nama nama ustaz, mufti dan profesional yang mengikuti aliran salaf anda pun sedia tahu.
Tentang tohmahan sesat, takfir dan mundur itu kerja kerja orang ghulu. Tetapi cuba anda kaji kenapa mereka kata begitu. Saya tak berminat mentohmah orang lain. Kalau anda berminat menjadi diri anda rendah macam mereka yang ghulu, itu hal anda saya tak nak masuk campur.
Wassalam.
Salam buat Saudara Hasbullah,
ReplyDeleteJawapan kepada saudara tentang fatwa tertentu berhubung dengan aliran wahabi(comment no2).Tuan boleh mendapatkan nashkah "Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa" Siri Ke 2 terbitan JAKIM.
Di dalamnya terkandung Muzakarah J'kuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 12(1985),Kali ke 14(1985),Kali ke 16(1986),Kali ke 40(1986),Kali ke 42(1997),Kali ke 44 (1998).
Juga terdapat "Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM Kali ke 14(2000),Kali ke 20(2002)dan Kali ke 23(2003).
Keputusannya adalah menyekat ajaran wahabiyah kerana menggugat perpaduan umat Islam.
Kami yg. berpegang dgn.ASWJ tidak akan mengatakan seseorang itu sesat dan kafir selagi dia berpegang kepada Islam walaupun seseorang itu tak pernah solat.Tetapi sikap golongan wahabi ini yg. membida'ahkan amalan ASWJ sebagai sesat dan mungkar maka kami terpanggil utk.menentangnya.Jika mereka tidak mahu bertahlil,membaca Yasin malam Juma'at,mengaji di kubur,bertalqin,itu terpulanglah kpd. mereka tetapi bagi kami yang mengamalkannya dituduh sebagai melakukan perkara mungkar dan masuk Neraka.Cuba check balik ucapan Rasul Dahri.Sepanjang pengajian saya di pondok pada tahun 70an dulu,tak pernah pun timbul fahaman begini di Malaysia.Semua guru2 pondok saya mengajar amalan berzikir,bertahlil,berzanji dan sebagainya maka jika guru2 yg. telah banyak berjasa mengambil ajaran ulama terdahulu dituduh melakukan bida'ah, maka wajib bagi kami mempertahankannya.Bagi persoalan yg. lain, Tuan bertanya sendiri dgn.pihak berwajib JAKIM kerana mereka adalah agensi yg. ber'authority' dan dilantik oleh ulul amri yg. memerintah.Sememangnya puak wahabi ini boleh mengeluarkan nas dan hujah tetapi apakah itu pandangan Ijma'Ulama?Dalam Web Malaysia Today,Raja Petra juga berhujah dgn.maksud ayat2 Al-Quran tentang kewajipan bertudung bagi wanita.Apakah orang ini yg. nak kita ikut dan mengenepikan Ijma'Ulama?Saya tahu banyak persoalan yg. bermain di kepala Tuan,tetapi bertanyalah sendiri kepada para alim ulama ataupun para ustaz yg. pernah mengajar Tuan dahulu tentang fikrah golongan2 tertentu ini.Semoga Tuan akan mendapat jawapannya dalam kekeliruan yg.bermain di minda Tuan.
1)..hujah hujah al quraan dari contohnya kebetulan ust. Rasul dahari.
ReplyDelete2)apakah faktor faktor penyebab golongan bijak pandai, ustaz, mufti dan profesional memilih aliran salaf as you named it wahabii..
Saudara Hasbullah, anta kenal betul2 ke Rasul Dahri ni? Mengape dengar cakap dia instead of mufti2 kita macam Hanifsalleh/IbnuNafis jelaskan? Bukankah beliau menulis buku 'Ikhwanul Muslimin atau Ikhwanul Muflissin?' kemudian sanggup mentohmah Al-Banna bersekongkong dengan Syiah? Bukankah beliau menyesatkan golongan Asyariyah & Maturidiyah?Bukankah dengan tindakan beliau ini maka beliau tergolong dalam golongan ghulu jugak? Bagaimana saudara Hasbullah boleh kata tak mahu campur hal ini tapi guna Rasul Dahari sebagai hujah pulak?
Ana ada satu set buku2 photostat beliau berkaitan akidah hinggalah kepada isu2 furu'. Namun ana kaji, buat perbandingan dengan semua hujah ulamak2 bukan terus percaya je.
Biar jelas disini bahawa ana bukan anti aliran salaf. Malah adalah sangat tersasar jika dikatakan bahawa kami bukan aliran salaf sedangkan mazhab yang 4 tidak pernah terpesong dari Quran, Hadis,amalan sahabat & tabiin.
Cumanya ada perbezaan antara golongan salaf yang berlapang dada & golongan salaf ghulu(wahabi).
Ana contohnya hormati Qaradawi, Butti,Al-Banna,Zuhaili,Ali Jum'ah, Al-Tantawi. Qaradawi misalnya membenarkan & tidak membidaahkan Mawlid namun golongan Wahabi sendiri mengkritik keras beliau. Contohnya Qaradawi pernah digelar anjing menyalak sebagai tajuk buku tohmah oleh Sheikh Muqbil Hadi Yaman serta pernah dianggap murtad oleh Sheikh Uthaimeen jika tidak bertaubat atas hal yang kecil.
Tentang faktor ramai bijak pandai memilih salafi tu sebenarnya tak betul. Tak ramai yang fahaman macam tu cuma golongan ni rajin tulis artikel,buat blog, masuk majalah I, suka di'interview' dsbnya maka nampak ramai. Macam kenyataan Harussani baru-baru ni la..bukan beliau tak banyak buat kenyataan tapi beliau tidak mencari2 media untuk buat kenyataan (maknanya ramai lagi golongan ini tapi bukanlah mereka jenis suka menonjol (mufti pun dah berapa ramai(yg ikut salafi ni sorang je!),belum campur tok2 guru pondok lagi campur pulak golongan profesional seluruh Malaysia memang majoriti(kecuali segelintir di kawasan2 bandaraya & Perlis). Rata-rata golongan bijak pandai contohnya di kawasan ana di Perak jumhurnya buat tahlil, baca Yasin malam Jumaat,doa lepas shalat amin beramai).Alhamdulillah semuanya aman tenang tenteram & bermasyarakat.
Ngape mereka yang terkecuali ni pilih salafi? MAJORITI menuntut di Saudi atau berguru dengan guru yang berguru di Saudi je dan tak mahu 'check & balance' berguru pula dengan golongan selain yang dinyatakan di atas atau hanya baca/kaji buku2 salafi(tak mahu kaji hujah-hujah buku2 sunni).
3)'..tidak berminat dengan hal hal yang bidaah atau apa apa juga ajaran yang berkaitan dengan tarekat-sufi-tasawwuf yang pelik pelik dan tak masuk aqal'
Saudara, sebelum membicarakan tentang bidaah eloklah anta fahami/kaji dulu kesemua hujah2 berkaitan pengertian bidaah itu sendiri. Jika fikiran anta dipenuhi oleh kefahaman bidaah dari Rasul Dahari,Dr Azwira,Mohd Yaakub,pilot Hafiz & ulamak Saudi je maka jika anta jujur, anta perlu kaji pula penerangan oleh pihak yang lagi satu. Begitulah yang ana lakukan. Library ana ada buku2 Albani, Rasul Dahari contohnya & ada buku2 Ghumari,Ali Jum'ah. Tapi ana kaji hujah kedua2nya dengan niat untuk cari kebenaran serta 'check & balance'. Banyak buku yang boleh dirujuk namun ana cadangkan anta telaah buku2 berikut dahulu;
1)Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi (al-Ghumari)Middle East Global(M) Sdn Bhd-disemak oleh 3 Mufti & YDP Persatuan Ulama Malaysia.
2)Salah Faham Terhadap Bid'ah (Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi)Terbitan Darul Nu'man
3)Liku-liku Bid'ah..dan masalah khilafiyah(HMH AL-Hamid Al-Husaini)Pustaka Nasional
4)Aqidah Kaum Terselamat Dari Sesat & Bid'ah(Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani)Pustaka Nasional-ditahqiq oleh Syed Ahmad Semait.
5)Akidah Salaf & Khalaf(Dr Yusuf Qaradhawi)Pustaka Al-Kautsar
Berkaitan tasawuf, tolong jangan generalize semua tasawuf sesat.
Ana bukan ahli tariqat namun ana tengok akibat dari meng'negatif'kan tasawuflah yang buatkan golongan salaf ghulu ni akhlaknya teruk. Ana cadang anta telaah buku 'Hakikat Tasawuf' ('Abdul Qadir Isa)Qisthi Press
Insyaallah jika anta kaji dengan penuh jujur, anta akan dapati bahawa kami bukanlah ahli bidaah. Anta juga akan faham mengapa setengah pegangan oleh Hafiz pilot,Dr Azwira,Mohd Yaakub memang perlu dikritik.
Anta juga akan nampak sebenarnya pihak ana/IbnuNafis,Hanifsalleh/Ust Z contohnya mengkritik berhujah ilmiah dengan Al-Quran & Hadis Shahih bukan mentohmah mengutuk mendengki tak tentu pasal.
Ustaz Ibnumuslim,
ReplyDeleteterima kasih di atas penerangan yang sangat jelas. Saya dapat rasakn keikhlasan tuan memberipenerangan dengan penuh hikmah. Semoga Allah kurniakan saya hikmah seperti tuan.
Insyaallah,sama-sama kita ke arah Islam yang syumul & berakhlak.
ReplyDeleteAna juga serba kekurangan selain seorang yg banyak cacat celanya..hanya mengharapkan hidayah & panduan dari Allah senantiasa.
Ustaz Hanifsaleh,
ReplyDeleteterima kasih diatas info fatwa tu. saya setuju dengan tuan berkaitan dengan tahlil, doa lepas solat, qunut subuh dsb. Bagi saya sendiri tidak mempunyai masalah dengan perkara perkara ini. Ia bukan satu isu besar jika kita faham. Even sebelum saya telah bertemu dengan golongan bermazhab Muhammadiah di Indonesia. Mereka juga tak buat itu semua. Yang Ghulu tu memang kekadang out spoken juga tentang pegangan mereka. Yang terkini (bagi saya) golongan salafii pun tidak menjadi perkara baru bagi saya sebab situasinya sama. Selalunya saya boleh tolerate. Mereka juga membawa hujah hujah shahih Al quraan dan As Sunnah. Jangan lebel apa apa kepada mereka. Saya paling takut secara tak sengaja terjerumus dalam menghina Al quraan Dan As Sunnah dalam keghairahan memgkritik mereka balik dalam hal hal yang kita bercanggah dengan mereka.
Dalam banyak hal masalah paling besar ialah kefanatikan yang melampau dan tidak boleh tolerate (mereka /kita)dengan golongan lain.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbth,
ReplyDeleteIbnunafis,
anda bijak berhujah tapi anda terlalu 'exited' dan tak menjawab soalan saya.
Saya tanya apakah faktor faktor penyebab golongan bijak pandai, ustaz, mufti dan profesional memilih aliran salaf as you named it wahabii. Tak hanya dengan slogan slogan je mereka memilih aliran itu. Adakah anda ingat mereka bodoh dan tak tahu nas Al Quraan dan As Sunnah?. Tentu ada faktor faktor lain. Adakah pendekatan yang menyentuh bidang aqidah, fiqh dan sebagainya adalah benar dan diterima aqal mereka yang bijak dalam agama ini?.
Tentang siapa mereka yang anda minta tunjukkan, rasanya Tak payahlah saya nak list nama nama ustaz, mufti dan profesional yang mengikuti aliran salaf anda pun sedia tahu.
Tentang tohmahan sesat, takfir dan mundur itu kerja kerja orang ghulu. Tetapi cuba anda kaji kenapa mereka kata begitu. Saya tak berminat mentohmah orang lain. Kalau anda berminat menjadi diri anda rendah macam mereka yang ghulu, itu hal anda saya tak nak masuk campur.
Wassalam.
-----------------------------------
Faktor-faktor yang saya berikan adalah antara penyebab mengapa golongan-golongan tersebut mengkut aliran wahhabi. Harap saudara HasbuLLah dapat memahaminya. Dan mungkin ada banyak lagi faktor yang lain yang boleh memberikan tambahan.
Saya sudah menjawab soalan anda. Mungkin anda tidak dapat menerimanya, maka terpulanglah.Anda meminta, dan saya sudah memberi pandangan.
Dan anda sendiri sudah ada jawapannya iaitu GHULUW.
Manakala soalan saya mengenai glongan profesional dan mufti (anda menyebut seolah-olah ramai sangat yang mengikut fahaman wahhabi ini) maka saya meminta senarai nama mereka. Silakan.
Terima kasih :)
Insya ALlah, semoga kita semua tidak ghuluw. Amiinn