Kewujudan Laylatul Qadr adalah sesuatu yang wajib dipercayai. Mengingkarinya dikira kufur kerana ia tsabit berdasarkan qath'ie dilalah dari al-Qur'an al-Karim dan Sunnah yang Sahih lagi mutawattir. Surah yang paling jelas yang membicarakannya ialah Surah al-Qadr.
1)Surah al-Qadr merupakan surah ke-97 dari 114 surah. Dari kandungan 30 juzuk, 60 hizb, lebih 6000 ayat. Ia diturunkan sesudah surah 'Abasa dan mempunyai perkaitan dgn surah al-Bayyinah. Menurut Jumhur Ulamak ia adalah Makkiyyah. Sebahagian ulamak mengatakan ia adalah Madaniyyah. Ia mengandungi 5 ayat. Walaupun ada pendapat yg mengatakan 6 ayat, namun pendapt tersebut tersangat lemah. (Umar Sulaiman al-Ujaili, al-Futuhat al-Ilahiyyah,1996, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut)
2) Bilakah Laylatul Qadr?Ulamak berselisih pandangan dalam menentukan malam al-Qadr secara tepat. Khilaf panjang lebar. Ada pelbagai petanda pada siang dan malamnya. Cukuplah kalau kita beli borong dengan pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkannya. Kalau sebulan ramadhan lagi bagus. Yang penting kewujudannya jelas pada malam2 yang ganjil di sepuluh terakhir. Wujudkan perasaan rugi jika kita gagal merasai kehadirannya. Selamat bermujahadah untuk meraih makrifatullah.
3) Sebab turun ayat : Nabi SAW pernah menyebut2 tentang seorang dari Bani Israel yang berjuang fi Sabilillah menggunakan senjatanya selama 1000 bulan terus menerus. Sehingga ia dikagumi oleh kamu muslimin. Lalu Nabi SAW berasa teruja agar kebaikan ini turut diberikan kepada umat ini yang umurnya pendek dan sedikit beramal. Maka Allah SWT turunkan surah ini yang mana bonusnya lebih baik dari 1000 bulan dari pemuda Bani Israel.( Lubab al-Nuqul Fi Asbab al-Nuzul, al-Suyuthi, 1986,hlm 658)
4) Surah ini menjelaskan beberapa pemerincian :
i) Al-Qur'an diturunkan sekaligus dari Luh Mahfuz-Langit dunia pada malam Laylatul Qadr. di kali yg pertama. Kemudian Sayyidina Jibril menurunkannya pula kpd Nabi SAW dalam tempoh 23 tahun. Ini merupakan jangkamasa pembelajaran dan pengajaran Baginda SAW.
ii) Dinamakan Laylatul Qadr kerana ia mempunyai pelbagai kemuliaan, kesejahteraan dan ketetapan untuk makhluk yg hidup. Disebutkan juga dgn Laytul Taqdir, Laylatul Hukm, Laylatul Syarifah, Laylatus Salimah Dll.
5) Keistimewaan utama Laylatul Qadr ialah :
i)Ganjaran ibadah lebih baik dari 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan. Ternyata bonus Allah lebih baik dari bonus Kerajaan Pak Lah. Tahun sudah bonus tarak. Tahun ni sebulan je. Bonus minyak pun 10 sen. Amat jauh nilainya jika dibandingkan dengan bonus Kerajaan Allah.
ii) Turunnya Jibril dan 70, 000 Para Malaikat berbondong-bondong pada permulaannya. Diikuti gerobolan yang lain yang menduduki Muntaha. Malaikat tidak turun sekaligus kerana kedudukan bumi tidak mampu menampung kehadiran mereka serentah.Jibril turun dgn membawa 4 bendera. Dipacakkan di Kaabah, Maqam Nabi SAW, di Thur Sayna' & di Bayt Maqdis serta menyeru kpd para malaikat untuk round seluruh dunia dgn mengucapkan salam kpd hamba2 Allah.
iii) Malam Kesejahteraan berpanjangan hingga terbit fajar. Jibril AS mengucapkan salam kepada mereka yang sedang duduk beribadat. Manakala malaikat mengucapkan salam kpd mereka yang sedang tidur. (al-Gunyah, al-Jailani, t.th, hlm 16)Ada juga yang berjabat tangan dgn Malaikat. Imam Abd Qader al-Jailani mengatakan : Apabila Jibril turun dari Langit Dunia ke bumi, Jibril menyeru semua hamba2 Allah yg beriman dgn ucapan salam dan berjabat tangan dengannya.( al-Jailani, hlm 16) Petandanya ialah : Kulit dan bulu roma meremang, hati menjadi lunak dan mata mengalirkan airmata taqwa. (Siyar al-Salikin, al-Falembani,2002, hlm 271)al-Qurtubi mengatakan : Laylatul Qadr mengandungi kesejahteraan dan penuh kebaikan serta tiada kejahatan padanya sehingga terbit Fajar.
Kesimpulan:
1) Sebenarnya banyak bonus yang ditawarkan oleh Kerajaan Allah untuk kita semua. Marilah kita tingkatkan riadhah dan mujahadah dgn ibadah yang boleh menyampaikan hati kita kepada makrifatullah.
2) Kedatangan Ramadhan, Nuzul Qur'an, Laylah al-Qadar DLL tidak akan bermakna jika kita menyediakan lapangan hati yang suci bagi meraih cinta sejati terhadap Rabb al-Jalil. Terlepas atau bakal mendatang hanya.. Dia yang Maha Mengetahui.
3) Kesan segera 'bonus' ini tentunya ada perubahan pada qauli, fi'li dan qalbi. Ilahi anta maqsudi Wa ridhaka mathlubi...Selamat pulang kepangkuan Allah. Syukran
Diriwayatkan lelaki Bani Israel itu bernama Syam'un, berperang dengan musuh selama seribu bulan, tak pernah kering bulu tengkuk kudanya.Sesungguhnya orang2 kafir gentar bila berhadapan dengannya.
ReplyDeleteBerkata Abu Hurairah,"Pada malam Qadar para Malaikat yg. turun ke bumi lebih banyak daripada jumlah batu kerikil di bumi.Pintu langit dibukakkan utk. mereka turun dan tersingkaplah kerajaan ini dengan pancaran cahaya.
walau seribu kali datangnya lailatulqadr, namun kau tidak juga mahu bangun apalah gunanya hidup kau lagi. tak habis2 dengan syarah itu lah, syarah ini lah.... ini zaman yang memerlukan aksi yang lebih menonjol. Islam dah terlalu lama kojol. Paham ker tak faham ustaz2 semua ni.
ReplyDelete