Tuesday, September 9, 2008

INSTITUSI MUFTI DICEMARI

Ketahuilah bahawa dr asri bukan pemegang ijazah Syariah & Pengajian Islam. Ijazah pertamanya hanya dalam bahasa arab dan kesusasteraan sahaja. Tanyalah beliau sendiri. Tesis MA dan Phd tu setakat menulis dan diseliakan. Jika penyelia se aliran dengannya..maka luluslah.. dan bergelar Dr. Beliau kelihatan cukup berbangga dgn jenama kedoktorannya. Kalau kita tengok kat UM, UKM n UIA..takdak pun @ jarang2 Profesor atau PMadya yg buka web/blog/e-mail guna gelaran dr. Tapi beliau tetap bangga dengan dr nya. Ni pun..tanda ujub jugalah. Saya diberitahu oleh seorang sahabat yang mengikuti lawatan Halal dgn rombongan Mufti Ke New Zealand & Australia dulu dimana dr Asri pernah menyifatkan bahawa Mufti2 lain tak setaraf dengan beliau sebab tiada PHD. Masih ingat ke tuan? Mulai dari hari tu, pegawai berkenaan jatuh tsiqah (tak percaya) dengan dr asri bin Abdul Talib @ Zainul Abidin. Jadi benarlah bahawa sikap ujub, riyak dan bongkak itu memang ada padanya. Masya Allah.


Walaupun beliau tidak mempunyai asas agama, namun beliau memiliki semangat gedebe yang lebih dan suka menonjolkan diri. Akhirnya berpaut pada kepartian dan dilantik menjadi Mufti walaupun tak layak. Hasilnya, macam-macam huru hara yang dicetusnya. Dia senantiasa mengkritik orang lain. Tetapi lupa pada dirinya sendiri. Lihatlah artikelnya. Sasaran tulisan beliau ialah JAKIM, badan agama, Para ulamak, Mufti2, Guru2 agama, Guru Pondok dan individu yang menentang pendapatnya. Dia juga banyak memperjuangkan hak bukan Islam. Sehinggakan hak istimewa umat Islam hendak diberikan kepada bukan Islam. Contohnya : Zakat boleh diberi kepada orang kafir. Daging korban & akikah boleh diberi kpd orang kafir. Najis babi & anjing tak perlu disamak. Saf kanak2 dibelakang merupakan khurafat yg disandarkan kepada feqah dan macama-macam ada. Mufti Islam ke bukan Islam ni?


Disamping itu, beliau juga adalah seorang Mufti yang fanatik. Tiada dinukilkan pendapat ulamak yang paling banyak kecuali IBN TAIMIYYAH DAN IBN QAYYIM AL-JAUZIYYAH. Apabila ada tokoh yang menentang pendapatnya dicop pula tokoh berkenaan sebagai fanatik mazhab, syiah atau ahbasyh. Fuyyooo..kelas gitu.


Masya Allah, amat malang rakyat dan Kerajaan Perlis kerana memiliki seorang Mufti yang bersifat kurang adab. Sebelum ni pun, Mufti Perak telah menegurnya, Dr Abdul Aziz Hanafi telah berdebat dengannya. Dr Badrul Amin telah menjelaskan kekeliruannya. Dr Haron Din telah tempelak mubahalahnya. Bahkan Majlis Fatwa yang bersidang di Teganu telah sepakat menolak mubahalah anjurannya. Syeikh Nuruddin Banjari telah menjawab tohmahannya..namun dia tetap berkeras kepala. Bagi saya, Dr Asri kini sama dengan asri urduniyyah yang dulu. Nasihat saya, Hati2 Tuan Mufti, jika anda tenggelam...ramai pengikut anda kelemasan nanti. Kita sebenarnya malas nak layan. Lagipun, banyak kerja yang lebih penting perlu ditumpukan. Tapi kalau tak dijelaskan fenomena 'Asrisme' ni..masalah jugak umat ini. Allahu akbar.


Justeru, Saya amat setuju jika beliau diperadabkan bersesuaian dengan adab2 seorang Mufti. Atau tibalah masanya, kontraknya dikaji semula. Lebih baik jika dilantik hamba Allah yang lebih bertakwa dari beliau. Demi keharmonian agama dan kesejahteraan ummat Islam di negara kita. Saya tidak mahu, kerana seekor kerbau membawa lumpur..habis institusi mufti dicemari. Ini sekadar nasihat dari seorang muslim kepada saudara seislamnya. Intabih ya khuwi. Syukran

8 comments:

  1. assalamualaikum...

    panjang artikel ustadz zamihan kali ini, tapi sgt menarik..
    saya dah lama pertikai latar belakang pengajian dr.asri yg melayakkan dia jadi mufti negeri.

    Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat.” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.”;- (Riwayat Bukhari).

    p/s: saya lebih bimbang sbb ramai golongan penuntut2 universiti dan orang2 awam lebih mengagungkan dan mempercayai kata2 mufti perlis sehingga mereka sanggup menghina, menyelar dan memfasik, menggelar para ulamak, mufti2 lain tanpa silu sedikitpun berlagak seperti mereka lebih ilmu dari para ulamak dan mufti2 yg sebenarnya jauh lebih berpengalaman dari mufti muda pujaan mereka..

    hal ini kerana, sewaktu ust.Dr.Badrul Amin menegur "kasar" tindakan mufti perlis yang semakin berani "bersuara", ramai orang2 awam yang menghina dan mempertikaikan kewibawaan & pengetahuan beliau dlm bidang agama tanpa membuat sebarang rujukan dan "search" tentang latar belakang beliau dan sebab kenapa beliau menegur muftari "berani" ini..
    begitu juga berlaku kpd tuan sheikh nuruddin marbu al-banjari al-makki tanpa menyiasat latar belakang beliau.

    Alangkah memalukan kiranya mereka sedar bahawa tokoh2 ulamak yang mereka hina ini jauh lebih tinggi ilmu mereka berbanding mufti perlis yang menang mudah menyandang jawatan yang tidak layak sebenarnya..

    begitu juga para mufti2 lainnya.. bukankah mereka sememangnya layak memegang jawatan masing2 atas pengetahuan ilmu masing2 berbanding latar belakang pengajian dr.asri..

    jika dibariskan kelayakan utk memegang jawatan mufti negeri yang sebenarnya, agaknya nombor berapa ranking dr.asri?!
    pada saya, ustadz zamihan jauh lebih layak lagi...

    kepada peminat2 dan pembela2 dr.asri, fikirkan semula, siapa sebenarnya yg taqlid buta?!

    p/s2: usah mudah terima berita yang dibawa, selidik dulu latar belakang pengajian dan peribadi mereka yang ingin diletakkan kepercayaan kerana kepercayaan ini membentuk keimanan seseorang..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  2. salam al-ghari....

    ana dah lama hot dengan asri ni.kita baca barzanji & marhaban pun dikomennya macam2.memanglah pengarangnya Jaafar Barzanji tapi salahkah kita baca nak puji Rasullullah.Dahlah tu asri ni tunjuk hebat nak perlekeh ulama pondok pulak.Berapa banyak kitab As'syafie yang dia dah khatam kalau nak banding dgn. ulama2 pondok.Mamat Asri ni sebenarnya jelmaan Astora Jebat yang bersekongkol dgn. Rasul Dahri yg layak kita panggil tok guru bida'ah tak sudah-sudah.Nampak sangat Asri ni masih bangang tapi menonjol diri pandai.Patut hantar mamat Asri ni duduk pondok 3-4 tahun baru dia sedar.Ini silap sebab bagi title Mufti maka besar kepalalah mamat ni.Dia ingat jawatan mufti ni senang nak pegang,suka-suka bagi fatwa ikut selera dia.Bila ajak berdebat dia ponteng atau takut nak datang, apa punya Mufti ni.Ana cabar Asri berdepan dan berdebat dengan Us. Mahfuz al-subki amacam berani ke?

    ReplyDelete
  3. Semoga kebenaran akan tersinar jua. Moga Mufti Perlis ni diberi petunjuk untuk akur kekurangan diri. Bekas Menteri Besar Perlis pun ada silap jugak. Dia punya sebab la dok angkat Asri jadi Mufti.

    ReplyDelete
  4. www.amirul-hakimi.blogspot.com
    www.funpiz.blogspot.com
    www.lagusempoi.blogspot.com
    www.bizniaga.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. saudara...saudara suka mencela...saudara tidak pun berjuang menegakkan agamanya...tetapi sibuk mempertikaikan...itulah caranya saya mengenali saudara...amat malang cara saya mengenali saudara.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. pandainya saudara kata dr asri ujub..dia tulis nama dia 'Dr' terus gelar UJUB? pandainya saudara baca hati dia??

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)