Isu ALONG @peminjam yang memberi pinjaman berisiko tinggi masih belum ada tanda penyelesaianya. Sebab itu kita sering terdengar pelbagai keluhan akibat kezaliman sistem @ transaksi yang bertentangan dengan Islam ini. Walaupun isu ini sering dibangkitkan, namun tak ramai mereka yang berani membuka mulut termasuklah ADUN, ahli Parlimen atau bapak-bapak Menteri sendiri.
Mari kita lihat kenapa kegiatan ALONG ini aktif mencengkam masyarakat :
1) Kerana ALONG diberi lesen oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk beroperasi. Di samping tu, wujud juga ALONG HARAM. Padahal kedua-duanya menjalankan aktiviti yang haram. Namun, haram yang diperkira hanyalah tiada lesen sahaja. Siapa yang patut disalahkan atas semua ini. Pemimpin yang jahil agama. Atau rakyat yang memilih mereka? Mungkin lebih wajar jika dikatakan kedua-duanya mempunyai syer dosa.
2)Kepincangan produk perbankan yang ditawarkan oleh Bank-bank Perdangan menyebabkan masyarakat mencari alternatif lain. Pinjaman perumahan mengikut perbankan Islam misalnya mengenakan caj bayaran balik sebanyak 30%. Cuba hitung kira jika seseorang membeli rumah dengan harga 300ribu. Berapa pula dia perlu membayar kadar caj pinjaman berkenaan. Adilkah transaksi seperti ini?
3)Kerajaan tidak menggalakkan secara aktif sistem pinjaman berunsurkan Islam. Jika ada, hanya berskala kecil sahaja. Jika diaktifkan pun.. bebanan bayaran balik pinjaman dengan kadar caj yang agak tinggi. Contohnya, pinjaman PTPTN dulunya dikenakan caj 8%. Tetapi setelah dipertikaikan akhirnya menjadi 1%. Ini membuktikan kadar 8% yang dikenakan dulu tidak selari dengan kehendak syarak dan membebankan peminjam. Jika Pinjaman PTPTN diturunkan kadar cajnya menjadi 1% bagaimana dengan kadar caj yang dikenakan oleh bank2 perdagangan atas nama perbankan Islam itu?
Saya rasa, caj bayaran pinjaman yang dikenakan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada kakitangan Awam sebanyak 4% juga perlu dikaji semula oleh JAKIM. Isu utamanya, kenapa perlu caj 4%. Apakah kriteria atau tanggungan pihak kerajaan sehingga perlu mengenakan 4% terhadap pinjaman perumahan untuk kakitangannya sendiri.? Kenapa tak boleh turun 1% sebagaimana PTPTN.
Kes2 ini melibatkan penetapan kadar bayaran balik yang tidak rasional dengan tanggungan peminjam. Tetapi bagaimana dengan ALONG yang mengenakan kadar faedah yang tinggi. Urusan merea secara terang-terangan berteraskan sistem ribawi yang diharamkan secara ijmak. Kenapa kita ambil peduli?
4) ALONG menjalankan transaksi ribawi. Tidak memerangi ribawi @ menggalakkan transaksi ribawi beerti redha dengan transaksi kewangan yang haram. Maka jika ada pihak yang sengsara dengan urusan ini...buat-buat tak tahu je lah. Tak perlu bising-bising. Sebabnya kita sendiri yang mengalu-alukannya.
Dengan sebab inilah, isu ALONG sukar diselesaikan walau timbul pelbagai keluhan, penganiayaan dan kezaliman. Kita akan lihat saban hari bagaimana hasilnya jika individu, masyarakat dan negara yang bergelumang dengan transaksi yang haram. Pada malam Israk & Mikraj, Rasulullah SAW pernah melihat tentang segolongan manusia yang mana perut mereka menjadi sebesar rumah. Bila mana mereka ingin bangun/berjalan mereka jatuh tersungkur tersiksa. Sydna Jibril AS menjelaskan itulah kesudahan bagi golongan yang melibatkan diri dengan transaksi riba-riwayat al-Baihaqi (al-Israk Wa al-Mikraj, Ibn Hajr al-Asqalani/al-Suyuthi, hlm 35). Al-Qur'an pula menjelaskan bahawa orang-orang yang memakan riba itu akan dibangkitkan seperti orang-orang yang dirasuk syaitan lakunya. Nauzubillah min zalik.
Justeru, selagi dasar kewangan liberal tidak kembali kepada Islam selagi itulah anda meletakkan diri anda dalam transaksi yang dimurkai al-Rahman. Bersama kita renungkan.
salam.. apa khabar...
ReplyDelete