Monday, July 21, 2008

WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ




Seorang tokoh ulamak terkenal mazhab al-Hanafi. Iaitu Imam Allamah Ibn Abidin di dalam hasyiahnya menegaskan bahawasanya Muhammad Ben Abdul Wahhab dan para pengikutnya sebagai khawarij pada zaman ini. Buktinya :

كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن من خالفهم مشركون, " واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم " عساكر المسلمين " عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف. إ.هـ.



Maksudnya: Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Di Zaman Kita.


"…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H..."

Kesimpulan :


1) Fahaman Wahhabiyyah difatwakan sebagai fahaman khawarij oleh al-Imam Ibn 'Abidin disebabkan mereka khuruj (keluar) dari mentaati pemerintahan Islam (Turki Uthmaniyyah) dan melancarkan peperangan terhadap khilafah.


2) Mereka digelar Khawarij kerana mereka menganggap diri mereka Islam yang sebenar. Manakala umat Islam lain dianggap sebagai ahli dhalal, ahli bid'ah @ musyrik. Na'uzubillah.


3) al-Wahhabiyyah sealiran dengan Khawarij apabila selalu gemar mengkafir @ menyesatkan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk. Nau'zubillah.


4) Golongan al-Wahhabiyyah bertanggungjawab sepenuhnya dalam membunuh ulamak dan umat Islam. Menyokong mereka beerti menyokong pemberontakan terhadap daulah Khilafah Uthmaniyyah, menyokong pembunuhan ulamak dan umat Islam.


5) Kenyataan ini adalah jelas. Ia tidak boleh dibeli, ditukar atau diubah dengan royalti minyak atau wang ringgit saudi.


Semoga kita semua diselamatkan Allah dari fitnah Najd dan kejahatan yang terbit dari tanduk syaitan. Aamiin.

2 comments:

  1. Hmm.. kalau kita rujuk kepada kitab yang anti wahabi dah tentu kata macam tu... tapi kalau kita rujuk pada ulama yang tidak menyebelahi mana-mana pihak pula menganggap wahabi ini satu golongan dalam sunnah wal jamaah cuma mereka katakan wahabi ini menggunakan pendekatan yang keras... seperti mana yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang... sila lihat link http://mazhab.sementoji.net/v1/

    Bagi Tuan Guru Hadi, Khawarij adalah khawarij dan wahabi adalah wahabi.. dua entiti yang berlainan

    ReplyDelete
  2. salam.. kita tak boleh nak samakan tuan guru hj hadi dengan Imam Abidin. nak banding dgn Imam Abidin jarak antara keduanya bagaikan langit dan bumi, dari segi keimanannya, ilmunya, ketaqwaannya, keikhlasannya, zuhudnya.. dll.

    Saya juga tak anti wahabi dan saya sokong penuh ibnu taimiyyah, ibnu qayyim dan imm malik bin abdul wahab, tetapi.. saya menentang golongan wahabi sekarang ni seperti albani, ibnu asimin, farid zahdan dll yang telah menyelimpang jauh dari jalan yang sebenar.

    Anda boleh baca kitab2 karangan Said Ramadhan alBhuti.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)