Monday, April 14, 2008

PENGHINAAN TERHADAP MELAYU DAN ISLAM



LAGI-LAGI BABI...

Lepas pilihanraya, timbul pula isu babi. Tak habis-habis pasal ladang ternakan babi di Tumbuk Darat, Sepang, Selangor. Asalnya, projek ternakan babi berkelompok ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelumnya. Tapi isu ini diwar-warkan media selepas dari pilihanraya. Justeru, apa signifikannya yang sebenar? Pelbagai pihak mengutarakan komentar pro dan kontra berkaitan isu ini.

INISIATIF

Kerajaan Selangor sendiri menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini. Malahan isu ini turut mengundang beberapa pandangan bernas dari pakar Jabatan Haiwan mahupun pakar pengurusan ternakan babi.

Bagi saya, jika daging babi merupakan makanan asas bukan Islam, kita tidak boleh menahan atau menyempitkan hak mereka. Begitu juga dengan arak. Namun permintaan kepada unsur berkenaan biarlah selaras dengan keperluan bukan Islam dan mematuhi enakmen, syarat atau terma yang diperuntukkan.

Selain itu, beberapa masalah yang berkaitan seperti pencemaran alam sekitar dan bawaan wabak penyakit khususnya JE perlu dikawal selia dengan baik dan berkesan. Justeru, langkah penternakan secara moden (biotek) amat diperlukan bagi mengatasi kes yang dibimbangi berlaku.

Jika kita mengambil sikap menghalang keperluan bukan Islam, dikhuatiri berlaku ketegangan antara kaum. Ya..orang melayu jijik dengan babi. Tapi orang cina dan lain-lain menjadikan babi sebagai santapan. Oleh itu, situasi ini perlu diberi satu justifikasi yang jelas. Bagi menjelmakan keharmonian antara kaum. Jika ada sebarang bantahan atau provokasi terhadapnya secara cowboy ( isu penternakan babi secara moden dan bersistematik ini) maka rancangan ini menjadi semakin sukar untuk direalitikan.
HINA BANGSA DAN AGAMA

Apa yang menyedihkan ialah kita sendiri tidak memahami kedudukan isu ini. Ada segelintir kita yang tebal dengan sentimen politik cuba memanipulasi isu. Mereka melancarkan boikot secara sembrono. Akhirnya, boikot mereka melakarkan penghinaan untuk MELAYU dan ISLAM itu sendiri. Cuba Tuan-Puan perhatikan gambar sepanduk diatas. Ada seekor babi (tengah) yang sedang ditunggang oleh Pemimpin PKR. Bila dianalisa, pemimpin dan penyokong PKR rata-rata terdiri dari orang melayu muslim kita. Ada ke melayu Muslim tergamak menunggang babi di negara kita? Masya Allah.

Lakaran babi yang pertama saya tak kisah sangat sebab melibatkan bukan Islam. Tapi jangan cetuskan sentimen yang boleh membawa ketegangan kaum. Kita perlu hormati keperluan mereka. Jika dicetuskan ketegangan...Apa untungnya?

SADIS

Paling sadis ialah lakaran babi yang ke 3. Kononnya babi ke 3 itu ditunggangi oleh pemimpin PAS yang sedang memakai jubah dan serban. Kalau nak kutuk dan memomok parti politik... silakan..Tp jangan kaitkan dengan Tok Guru atau jubah dan serban. Sebabnya, jubah dan serban itu adalah sunnah Nabi yang sunat. Tok Guru pula adalah simbol kepimpinan yang mulia dalam Islam. Jika ia dikaitkan dengan unsur yang jijik lagi hina.. ternyata..paparan ini sebenarnya menghina Bangsa dan Agama.

Kita sensitif jika akhbar dari Sarawak menghina Nabi SAW dengan satu karikatur satu waktu dahulu. Kita juga sensitif jika Geert Wilders menerbit dan menayangkan Fitna. Tapi kita tidak sensitif jika lakaran orang melayu kita yang terang-terangan menghina MELAYU dan ISLAM. Kalau bangsa dan agama sendiri dihina. Dimanakah lagi nilai untuk maruah hidup kita?

1 comment:

  1. Assalamualaikum ustaz...
    Hari dalam blog saya nadifikir.wordpress.com ada satu komen yang telah dipostkan. Saya betul-betul curiga dan geram. Adakah ini satu lagi bentuk dakyah menyerang Islam?? Saya lampirkan disini petikan komen tersebut dan minta tuan panjang-panjangkanlah isu ini...
    _______________________________
    NOW AVAILABLE CHRISTIAN MADE IN MALAYSIA!!!
    ================
    ================
    EVERY CHRISTIAN NOW MUST LEARN ARABIC. THE FIRST LESSON IS SAY “ALLAH” AND NOT “GOD”.
    This is because English language not suitable anymore because the original bible is in Arabic.

    Get the full story here: http://ckasih.blogspot.com
    _________________________________
    Pengirimnya ckck8800@gmail.com | 124.82.69.62


    Harap tuan dapat bertindak...
    Wassalamualaikum.

    ReplyDelete

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)