Tuesday, April 29, 2008

PELAMPAU MENTOHMAH ULAMAK SUNNI

SS SYEIKH MUHAMMAD SOLEH AL-UTHAIMIN



Kitab Syeikh Liqa' Bab al-Maftuh 8,
yang diselia Dr Abdullah bin Muhammad bin Ahmad al-Thayyar,
Cetakan Dar al-Wathan, Riyadh


Garisan kuning : Soalan penanya : "Sbgmana kita menjadikan al-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani kedua-duanya bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah?


Jawapan : "Berdasarkan kepada apa yang dimazhabkan (diputuskan) pendapat mereka di dalam isu-isu perbahasan Nama-nama dan Sifat-Sifat Allah, kedua-dua mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah."


Soalan susulan : "Secara mutlak, mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah?


Jawapan : "Kita tidak menjadikannya secara mutlak. Saya beritahu anda bahawa barangsiapa yang menyanggahi golongan al-Salaf dalam memahami Sifat Allah tidak diberi gelaran mutlak bahawa ia bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ditaqyidkan...hingga bila dikatakan dia (seseorang itu) Ahli Sunnah Wal Jamaah (mungkin) dari sudut feqhiyyah contohnya. Adapun jika tareqat (metodologinya) itu bid'ah..ia bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah."


Ada segelintir manusia bersikap keras kepala apabila Tuan blog menampilkan bukti eksklusif tentang sikap 'ghuluw' beberapa tokoh Wahhabiy terhadap Ulamak Sunni. Mereka menuduh Us Zamihan sengaja mereka cipta atau mentohmah para ulamak Wahhabiy. Kononya Us Zamihan dengki dan sakit hati dengan pencapaian dan sumbangan mereka. Tak kira Wahhabi lokal @ antarabangsa. Bila tak leh lawan hujjah..nilah style mereka.


Sebenarnya, sesekali tidak. Us Zamihan berlepas dari semua itu. Apa yang di paparkan disini ialah satu daya usaha untuk membela Ulamak Sunni dari fitnah yang ditaburkan golongan pelampau Wahhabiy. Bila metodologi yang dipersembahkan ulamak Sunni tidak bertepatan dengan metodologi Wahhabiy..ternyata pelampau Wahhabiy menyerang habis-habisan ulamak Sunni. Bahkan dengan senang lenang..pelampau Wahhabiy mengecop Tokoh Ulamak Sunni kita berakidah dok betul. Lebih malang lagi mereka mendakwa Tokoh Ulamak Sunni berkenaan BUKAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.


Keterangan di atas jelas kepada kita bahawa Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin mendakwa Imam al-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqalani bukan dari kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuhususnya dalam kes akidah yang berhubung dengan metodologi pemahaman nama-nama dan penetapan sifat-sifat Allah SWT. Kalau kedua tokoh ulamak besar ini bukan Ahli Sunnah..ulamak yang ada di Malaysia ni..kecik-kecik je..tentu mudah sahaja dicop ulamak Ahli Punah Wal Ranah.


Malangnya, fahaman ini dieksport ke seluruh dunia. Dan tak heran..kalau anak-anak pelampau mengutarakan isu yang sama sebagaimana posting terdahulu. Setuju...tak setuju..lain cerita. Yang penting..bukti ilmiah terserlah depan mata anda. Siapa yang mentohmah siapa sebenarnya?


Apapun, paparan bukti di atas merupakan satu realiti keghuluwuan fahaman Wahhabiy. Untuk mereka yang masih keras kepala..dinasihatkan agar kita sama-sama bertenang dan berlapang dada untuk menerima kebenaran. Terimalah kebenaran walau pahit untuk ditelan. Selamatlah kamu..lantaran kamu bertenang dengan kesabaran.


Tuesday, April 22, 2008

WAHHABIY PERTIKAI AKIDAH IBN HAJR AL-ASQALANI

Inilah kitab yang dikarang pelampau Wahhabiy yang mengkritik Akidah Imam Ibn Hajr al-Asqalani al-Asy'ari al-Syafi'ie rhm



Inilah dia..wajah macho pelajar Tahun 2 Ekonomi UIAM yang mengetengahkan idea Wahhabiy yang mencanangkan 'kesesatan' Akidah Imam Ibn Hajar al-Asqalaniy
Bukti dari c-box yang terdapat dalam blog beliau apabila ditanya tentang Akidah Imam Ibn Hajar al-Asqalaniy

Sudah menjadi tradisi Wahhabiy... hanya mereka sahaja yang benar. Manakala golongan selain mereka dianggap tidak benar, tidak sunnah atau menyeleweng. Bahkan dengan senang mereka menempelak ulamak yang tidak selari dengan fahaman mereka.


Termasuklah al-Imam al-Hafidz al-Muhaddith Ibn Hajar al-Asqalaniy turut menjadi mangsa kerakusan fahaman rigid Wahhabiy. Buktinya, mereka mengarang kitab al-Tanbih ‘ala al-Mukhalafah al-‘Aqadiyyah fi Fath al-Bariy (Peringatan Terhadap Kesalahan Akidah di dalam Kitab Fath al-Bariy). Kitab ini dikarang oleh salah seorang Pemuka Wahhabiy kontemporari iaiatu Ali bin Abd al-Aziz bin Ali al-Syibli, cetakan Dar al-Syibli dan Dar al-Wathan.


Jangan lupa..Syeikh Abdullah Sa'diy al-Ghamidiy al-Abdaliy juga menulis satu kitab berjudul al-Aktha' al-Asasiyyah fi al-Aqidah Wa Tauhid al-Uluhiyyah Min Kitab Fath al-Bariy Ta'lif Ahmad bin Hajar al-Asqalaniy (Kesalahan Asas Tentang Akidah dan Tauhid Uluhiyyah dari Kitab Fath al-Bariy karangan Ibn Hajar al-Asqalaniy).


Kesembronooan Wahhabiy dalam menghukum ulamak lebih terserlah apabila kitab ini disemak dan diperakui pula oleh beberapa tokoh ulamak Wahhabiy seperti : Abdul Aziz bin Baz, Dr Soleh Fauzan, Abdullah bin Uqail, Abdullah bin Mani’ dan lain-lain tokoh berpengaruh. Kitab ini bukan sekadar tersebar di Saudi. Malah isi kandungan ekstrem ini dieksport keseluruh dunia termasuklah negara kita.


Oleh sebab itu tidak hairan jika ada pelajar tahun 2, jurusan Ekonomi UIAM MEMPERTIKAIKAN Akidah Imam Ibn Hajar Al-Asqalani. Bahkan menganggap akidah Imam Ibn Hajar al-Asqalaniy tidak bertepatan dengan akidah Nabi SAW, para sahabat dan tabi’in. Atau dengan kata lain...Akidah Imam Ibn Hajar DOK BETUL...Mereka cukup lancang dan cukup berani. Subhanallah.

Kesimpulannya, jika ulamak hadis terkenal sanggup ditohmah sedemikian rupa..maka tidak hairanlah jika orang awam menjadi mangsa terhadap fitnah mereka.

Semoga Allah menjauhkan kita dari bersikap biadab terhadap Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan menjauhkan diri dari fitnah fahaman Wahhabiy. Justeru, tiada sebab untuk anda bersimpati dengan fahaman ekstrem Wahhabiy.


Wednesday, April 16, 2008

FITNAH TERHADAP ZAMIHAN AL-GHARI

Inilah Wajah penjenayah (Penagih Tegar) yang menggunakan data peribadi Zamihan al-Ghari


AWAS!!! Ada sesetengah pihak tidak senang hati dengan saya. Mereka cuba mencemarkan kredibiliti saya dengan mengaitkan saya sebagai penagih dadah. Mereka juga berusaha memaparkan fakta berekod jenayah. Kononnya saya pernah ditangkap di No : 28, Lorong Hj Taib, Kuala Lumpur atas kesalahan di bawah Seksyen 19 (3) Kesalahan Akta penagihan Dadah. Paparan fakta itu bersandarkan kepada laporan Balai Polis Gambang Kuantan RPT No. 230/04.


Saya cuba menghubungi Balai Polis Gambang. Tetapi diarahkan untuk mendapatkan keterangan di Pusat Serenti Gambang. Alangkah terkejutnya saya bila mengetahui bahawa nama dan no kad pengenalan saya tepat sebagaimana rekod penjenayah tersebut. Begitu juga dengan beberapa keterangan peribadi saya. Seperti alamat kampung, tempat pemastautin, majikan dan keluarga. Lebih malang lagi, pihak Pusat Serenti meminta saya pulang ke pangkuan mereka. Kononnya, saya lari dari pusat berkenaan. Waduh-waduh..manusia memang benar-benar zalim. Astaghfirullah al ‘Azhim.


Walaupun keterangan data itu tepat, namun demi Allah dan Rasul..saya tak pernah menagih dadah. Usahkan dadah..rokok pun saya tak pernah hisap. Inikan pula hisap dadah. Masya Allah!

Dan demi Allah dan RasulNya saya tak pernah masuk penjara sebagai penjenayah. Masuk penjara sebagai penceramah tu..adalah. Kaedah sumpah ini sengaja saya perturunkan semata-mata menyahut kaedah Fiqhiyyah : “al-Bayyinah ‘ala Mudda’ie..Wal Yamin ‘ala man ankara..” Maksudnya ; “Orang yang mendakwa perlu mengemukakan bukti. Manakala orang yang ingkar harus bersumpah.”


Soalnya, bukti ada, tetapi berlaku pemalsuan data. Maksudnya, data peribadi saya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan maruah saya. Hairan juga saya, bagaimana data peribadi saya dipergunakan sewenang-wenangnya oleh orang tertentu? Dan akhirnya saya dicop sebagai penjenayah. Mungkin ada ketirisan?

Ya, mungkin juga ada pihak yang mengambil kesempatan hasil kehilangan kad pengenalan saya pada tahun 2003 dahulu. Tetapi kad pengenalan berkenaan hilang di Gua Musang. Kenapa pula dipergunakan orang lain sehingga ke Lorong Hj Taib. Sekali sekali geram juga kerana difitnah sedemikian rupa. Sekali sekala gembira juga bila ‘terpaksa’ menanggung fitnah yang besar lagi berat. Teringat kisah Para Nabi dan Wali terdahulu. Mereka lebih senang ‘syuhud’ dan ‘fana’ pada Allah yang Satu.

Aaah..malas nak fikir. Malas nak guna khidmat guaman. Buang masa, tenaga dan harta sahaja. Banyak lagi urusan agama harus diselesaikan. Serah pada Allah apa yang berlaku. Dia Maha Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Saya bukan ingin meraih simpati. Cuma, sekadar berpesan..berhati-hati di ‘JalanRaya.’ Waspada dengan maklumat peribadi anda semua. Dunia ni amat banyak ranjau dan sandiwara. Semoga Allah menyelamatkan kita dari apa jua malapetaka.


Monday, April 14, 2008

PERUBAHAN TEMPAT SA'IE









PENDAHULUAN :

Dunia Islam gempar seketika dengan langkah kerajaan Arab Saudi menokok nambah tempat Sa'ie yang baru. Iaitu pembaharuan yang melibatkan kawasan yang terletak diluar dari tempat Sai'e yang asal. Dengar khabar, cadangan ini turut dibantah secara keras oleh para ulamak Saudi sendiri. Namun, terdapat sebahagian ulamak Wahhabi yang menjadi tunjang kepada pemerintahan Bani Saud menyokongnya. Lalu pembinaan diteruskan juga walau dibantah. Walau wujud pertentangan pendapat dikalangan mereka.


ASAL USUL :
Seperti yang diketahui umum, ibadat sa'ie itu tidak akan sah kecuali dilakukan di antara Bukit Sofa dan Marwah sahaja. Kedudukan mas'a ini sudah diketahui sebagaimana yang termaktub di dalam pelbagai kitab karangan ulamak. Sebenarnya, kita tak kisah jika pembaharuan itu mengikut nas atau maslahat. Namun, dimana nas dan maslahatnya? Isu utamanya : adakah pembaharuan ini berada dalam lingkungan bukit Sofa-Marwah atau sebaliknya? Inilah yang menjadi pertikaian utama.


Jika anda melihat gambaran pengubahsuaian di atas, didapati ibadah Sa'ie dari Sofa ke Marwah tidak bermasalah. Ini kerana ibadah berkenaan masih menggunakan platform yang asal walaupun bersifat sehala.
JALAN BARU :
Perkara yang dipertikaikan ialah jalan sehala Sa'ie dari Marwah ke Sofa yang menggunakan jalan baru (dikatakan oleh para alim ulamak) berada diluar dari kawasan bukit Sofa dan Marwah. Kawasan luar itu sedikitpun tidak pernah dijadikan Nabi, para sahabat RA dan Tabi'in untuk bersa'ie. Ketentuan ini boleh dinilai berdasarkan beberapa keterangan yang berkaitan dengan amalan mereka semasa mengerjakan Sa'ie. Tak percaya, buka Kitab al-Hajj..bab Sa'ie. Justeru, jika ketiadaan nas yang menyokong...dengan apa mereka berijtihad untuk menjustifikasi pembaharuan ini?


MASLAHAH?
Kalau nak disandarkan kepada maslahat tentu jauh menyimpang dari kepenggunaan maslahah itu sendiri. Apa tidaknya, maslahah hanya boleh digunakan selagi tidak bertentangan dengan nas. Bahkan ciri maslahah yang paling ideal bagi menampung keperluan jamaah kini ialah dengan menyediakan tempat Sa'ie secara bertingkat. Cadangan ini telah digariskan para fuqaha' semenjak dulu lagi. Dan ia tidak diperselisihkan dengan kesahihannya. Ternyata ia sah. Cuma antara ahsan dan tidak sahaja. Tapi..ok lah. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan alternatif dalam menangani isu zahmah (kesibukan). Kalau nak menangani zahmah pun bukan sekadar disini je. Kat tempat lain pun zahmah jugak. Boleh ke dengan alasan zahmah dan ingin menampung permintaan penduduk dunia yang ramai diperluaskan pula tempat wuquf di arafah atau mabit di Mina melibatkan kawasan tanah halal. Masya Allah.


JUSTIFIKASI :
Nampak ok pada kita. Tapi tidak diendahkan oleh Saudi. Oleh itu, dengan mudah mereka mengubah haluan Sa'ie dari Marwah ke Sofa ikut jalan baru diluar kawasan sa'ie sepatutnya. Jika jalan ini berada diluar dari kawasan sa'ie sebenar, maka ibadah umrah atau haji seseorang tidak sah. Bahkan selamanya seseorang itu berada di dalam ihram. Balik ke negeri masing-masing perlu bertahlul dan menyelesaikan ihsar. Manakala ibadahnya tergantung bagaikan tak bertali.

Sebenarnya, pemerintah Saudi pun terkesima dengan bantahan demi bantahan dari ulamak seluruh dunia. Setakat ini mereka belum membuat kenyataan rasmi berhubung isu ini kepada negara umat Islam. Malah, jika anda datang ingin membuat penyelidikan tentang isu ini..anda akan diminta menunjukkan permohonan rasmi dari Kerajaan anda.

Saya percaya, jika anda menanyakan Tabung Haji pun...anda tidak ketemui jawapannya. Alasannya, isu ini belum ada hitam putih dari Pemerintah Bani saud. Lalu menyukarkan panel Tabung Haji untuk bersidang dan mencari keputusan yang berkaitan. Ini kerana kaedah feqh telah menggariskan : al-Hukm 'ala syai'in far'un 'an tasawwurihi.."

KESIMPULAN :

Apa yang nyata, terdapat beberapa kesimpulan. Antaranya :

1) Pemerintah Bani Saud tidak prihatin dengan sejarah peradaban umat Islam. Satu demi satu syiar Islam dikorbankan dek kerana ledakan kemajuan ciptaan mereka. Mereka juga tidak peka kepada sensitiviti umat ini.


2) Ulamak pro pemerintah Saudi akan mengiyakan apa sahaja keputusan pemerintah. Namun, ulamak yang benar pasti bangkit menentang sebarang perubahan yang tidak bertunjangkan nas dan melencong dari prinsip maslahah. Mungkin ia boleh dikategori sebagai bid'ah dhalalah?

3) Jika benar, jalan dari Marwah ke Sofa itu diluar kawasan Sa'ie maka ibadah umrah dan haji pasti tidak sah. Satu dari rukun Islam ummat ini bakal terlerai. Dan siapa pula yang bertanggung jawab. Tanggung di dunia..dan jawablah di akhirat.




PENGHINAAN TERHADAP MELAYU DAN ISLAM



LAGI-LAGI BABI...

Lepas pilihanraya, timbul pula isu babi. Tak habis-habis pasal ladang ternakan babi di Tumbuk Darat, Sepang, Selangor. Asalnya, projek ternakan babi berkelompok ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelumnya. Tapi isu ini diwar-warkan media selepas dari pilihanraya. Justeru, apa signifikannya yang sebenar? Pelbagai pihak mengutarakan komentar pro dan kontra berkaitan isu ini.

INISIATIF

Kerajaan Selangor sendiri menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini. Malahan isu ini turut mengundang beberapa pandangan bernas dari pakar Jabatan Haiwan mahupun pakar pengurusan ternakan babi.

Bagi saya, jika daging babi merupakan makanan asas bukan Islam, kita tidak boleh menahan atau menyempitkan hak mereka. Begitu juga dengan arak. Namun permintaan kepada unsur berkenaan biarlah selaras dengan keperluan bukan Islam dan mematuhi enakmen, syarat atau terma yang diperuntukkan.

Selain itu, beberapa masalah yang berkaitan seperti pencemaran alam sekitar dan bawaan wabak penyakit khususnya JE perlu dikawal selia dengan baik dan berkesan. Justeru, langkah penternakan secara moden (biotek) amat diperlukan bagi mengatasi kes yang dibimbangi berlaku.

Jika kita mengambil sikap menghalang keperluan bukan Islam, dikhuatiri berlaku ketegangan antara kaum. Ya..orang melayu jijik dengan babi. Tapi orang cina dan lain-lain menjadikan babi sebagai santapan. Oleh itu, situasi ini perlu diberi satu justifikasi yang jelas. Bagi menjelmakan keharmonian antara kaum. Jika ada sebarang bantahan atau provokasi terhadapnya secara cowboy ( isu penternakan babi secara moden dan bersistematik ini) maka rancangan ini menjadi semakin sukar untuk direalitikan.
HINA BANGSA DAN AGAMA

Apa yang menyedihkan ialah kita sendiri tidak memahami kedudukan isu ini. Ada segelintir kita yang tebal dengan sentimen politik cuba memanipulasi isu. Mereka melancarkan boikot secara sembrono. Akhirnya, boikot mereka melakarkan penghinaan untuk MELAYU dan ISLAM itu sendiri. Cuba Tuan-Puan perhatikan gambar sepanduk diatas. Ada seekor babi (tengah) yang sedang ditunggang oleh Pemimpin PKR. Bila dianalisa, pemimpin dan penyokong PKR rata-rata terdiri dari orang melayu muslim kita. Ada ke melayu Muslim tergamak menunggang babi di negara kita? Masya Allah.

Lakaran babi yang pertama saya tak kisah sangat sebab melibatkan bukan Islam. Tapi jangan cetuskan sentimen yang boleh membawa ketegangan kaum. Kita perlu hormati keperluan mereka. Jika dicetuskan ketegangan...Apa untungnya?

SADIS

Paling sadis ialah lakaran babi yang ke 3. Kononnya babi ke 3 itu ditunggangi oleh pemimpin PAS yang sedang memakai jubah dan serban. Kalau nak kutuk dan memomok parti politik... silakan..Tp jangan kaitkan dengan Tok Guru atau jubah dan serban. Sebabnya, jubah dan serban itu adalah sunnah Nabi yang sunat. Tok Guru pula adalah simbol kepimpinan yang mulia dalam Islam. Jika ia dikaitkan dengan unsur yang jijik lagi hina.. ternyata..paparan ini sebenarnya menghina Bangsa dan Agama.

Kita sensitif jika akhbar dari Sarawak menghina Nabi SAW dengan satu karikatur satu waktu dahulu. Kita juga sensitif jika Geert Wilders menerbit dan menayangkan Fitna. Tapi kita tidak sensitif jika lakaran orang melayu kita yang terang-terangan menghina MELAYU dan ISLAM. Kalau bangsa dan agama sendiri dihina. Dimanakah lagi nilai untuk maruah hidup kita?

Tuesday, April 8, 2008

CEMERLANG, GEMILANG, TUMBANG..


Saya tidak terkejut dengan senario anak Malaysia seperti Sufiah Yusof. Satu waktu dahulu memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun kerana cemerlang dalam ilmu matematik. Sebenarnya, bukan dia sorang je yang cemerlang. Malah orang lain pun berlambak lagi. Tapi tidaklah se sensasi seperti beliau yang akhirnya menjadi pelacur sukarela. Kononnya, selesa dan tidak pernah menyesal apa yang berlaku.

Rentetan itu, terdapat usaha pihak tertentu untuk menyelamatkan Sufiah dari kancah pelacuran. Usaha ini mulia. Tetapi masih terdapat usaha yang perlu diutamakan untuk menyelamatkan maruah melayu muslim kita yang lain menjadi pelacur.

Tak payah pergi jauh sampai Britain. Usahakan dahulu untuk menyelamatkan para pelacur kita di Lorong Hj Taib, Jln Tuanku Abd Rahman, Jln Bukit Bintang, pelayan rumah tumpangan dan GRO di kelab malam yang berdaftar dgn kerajaan. Walupun ada lesen..aktiviti pelacuran tetap haram di dalam Islam. Dulu, kini dan selamanya.
Pendek kata, kalau nak cegah mungkar..biar betul. Biar betul-betul. Operasional ini harus bermula dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Barulah diperluaskan ke arena global. Isu pendidikan, penguatkuasaan, undang-undang dan hak asasi manusia perlu diperinci dan diperkasakan.

Soalnya, macamana nak basmi pelacuran jika kita sendiri yang mengundang unsur berkenaan. Inilah hasilnya apabila manusia amat jahil dengan tuntutan agama. Etika pakaian Islam tidak dipedulikan. Aurat dipertontonkan. Bahkan menjadi nilai komersial artis-artis kita serta dicontohi oleh anak-anak bangsa. Mereka tidak segan-silu menunjuk-nunjuk paras bahaya kehormatan kepada umum. Budaya apa ini? Tentunya budaya Kristian dan Yahudi and The Gang. Ternyata, sebagaimana mereka…begitulah kita. Imam al-Bukhari, Muslim dan selainnya sudah lama menghidangkan kepada kita tentang nasihat Baginda SAW supaya menjaga maruah diri. Tetapi..itulah orang kita..cemerlang dunia..temberang agama.

Diperingkat kanak-kanak atau awal remaja, mereka kelihatan begitu cemerlang. Kecemerlangan mereka mengemilangkan negara. Tiba diperingkat pertengahan remaja atau arus rumahtangga..mereka tumbang kerana hati tidak dipenuhi dengan cahaya iman & taqwa. Mereka tidak kenal siapa Tuhan? Sebaliknya hanya celik mata..kasih dan cintakan keduniaan sahaja.

Justeru, tidak hairanlah jika ada manusia yang cerdik sanggup melacurkan dirinya semata-mata kerana habuan dunia. Tapi harus diingat..sebelum melacurkan diri..sebenarnya manusia terlebih dahulu telah melacurkan agamanya. Zaman kita..manusia lebih mudah melacurkan agama berbanding dirinya dalam sekelip mata. Dan aku ini hanya di dalam kekuasaan Allah. Takutlah akibat yang datang dariNya 24 jam dalam hidup kita. Apa gunanya..cemerlang, gemilang..jika akhirnya tumbang dan isi kehidupan menjadi tunggang langgang.

Nampaknya, gagasan ini hanya tinggal slogan retorik dan tidak realistik terhadap apa yang berlaku. Benarkah begitu? Fikir-fikirkanlah.

Friday, April 4, 2008

GEREJA KATOLIK PERTAMA DI ARAB SAUDI?


Saudi Arabia extends hand of friendship to Pope Richard Owen

The Times, March 17, 2008RomeThe Vatican is believed to be holding talks with Saudi authoritiesover opening the first Roman Catholic church in the Islamic kingdom, where Christian worship is banned and even to possess a Bible, rosary orcrucifix is an offence.

The disclosure came the day after the first Catholic church in Qatarwas inaugurated in a service attended by 15,000 people and conducted by asenior Vatican official.The Vatican and Saudi Arabia do not have diplomatic relations.

However, Archbishop Paul-Mounged El-Hachem, the Papal Nuncio to Qatar, Kuwait,the UAE, Yemen and Bahrain, who attended the Doha inauguration, saidthat moves towards diplomatic ties were under way after anunprecedented visit to the Vatican last November by King Abdullah. This wouldinvolve negotiations for the "authorisation of the building of Catholicchurches" in Saudi Arabia, he said.

The move would amount to a potential revolution in Christian-Muslimrelations, since Saudi Arabia adheres to a hardline Wahhabi versionof Sunni Islam and is home to Mecca and Medina, the most holy sites ofthe religion. No faith other than Islam may be practised.Related Links* Analysis: Saudi Arabia and the Vatican

sumber : <http://www.timesonl ine.co.uk/ tol/comment/ faith/article357 4703.ece>

Father Federico Lombardi, the Vatican spokesman, said that he could not confirm that the two sides were in negotiations. However, he added: "If, as we hope, we reach an agreement authorising the construction of the first church in Saudi Arabia, it will be a step of historic importance."Saudi religious police search the homes of Christians regularly; even private prayer services are forbidden in practice.

Foreign workers have to observe Ramadan but are not allowed to celebrate Christmas or Easter.La Stampa, the Italian daily, said that the talks would have been"unthinkable" until recently. The way was paved by KingAbdullah's talks with the Pope and by the recent setting up of apermanent Catholic-Muslim forum to repair relations between the twofaiths after the Pope's controversial remarks on Islam at theUniversity of Regensburg in 2006.The Pope said that his apparent reference to Islam as inherently violent had been misunderstood and he made amends by praying at the Blue Mosque in Istanbul soon afterwards.

Of the Saudi Arabian population, 94 per cent are Muslim and less than 4 per cent - nearly a million people - Christian, nearly all of them foreign workers. The last Christian priest was expelled from Saudi Arabia in 1985.Qatar, which hopes to bid to host the Olympic Games in 2016, has approved five churches for other Christian denominations, including the Anglican Communion.

March 18, 2008, Negotiations are underway to build the first Catholic church inSaudi Arabia with King Abdullah lending his support for itsconstruction.Vatican Radio reports the Vatican and the Saudi government arecurrently in talks to allow the church despite the kingdoms ban on allowing theconstruction of any non-Muslim place of worship.No religion other than Islam is allowed to schedule public services,and even the possession of bibles, rosaries, and crucifixes is forbidden.


Saudi Arabia is the only country on the Arabian Peninsula without a Catholic Church despite the 800,000 Catholics - virtually all of whoare foreign workers.While Saudi Arabia does not have formal diplomatic relations with the Holy See, King Abdullah became the first reigning Saudi monarch everto visit the Vatican last November.Commenting after his meeting with the Pope Vatican officialsconfirmed the Pontiff pressed for permission to open a Catholic church in the kingdom.

Holy See spokesman Fr Federico Lombardi said that opening a Catholicparish in the Islamic land would be "a historic achievement" forreligious freedom and a major step forward for inter-religiousdialogue.The apostolic nuncio to Kuwait, Qatar, Yemen, the United ArabEmirates, and Bahrain, Archbishop Paul-Mounged El-Hachem, is reportedly thelead Vatican negotiator in talks with Saudi officials.

Kemungkinan, atas dasar liberalisasi dan hak asasi manusia serta tekanan antarabangsa menyebabkan pemerintah Saudi mula membuka pintu untuk kristian bertapak. Suka hatilah..sebab mereka yang berkuasa. Tetapi..renunglah, apa nak jadi dengan keadaan negara yang mempunyai Dua Tanah Suci Umat Islam jika gereja bertapak dan menjalankan aktiviti mrk disana. Bani Saud juga harus menjaga sensitiviti Ummat ini. Apa nak jadi daa..


Tuesday, April 1, 2008

KERANA BOLA...YAHUDI DIPUJA



Afwan... buat semua tetamu kerana lama tak berkesempatan menulis artikel baru. Ini kerana banyak kewajipan pejabat yang perlu diselesaikan sebeberapa segera. Di samping memenuhi undangan majlis Ilmu berkaitan dengan MaulidRasul SAW 1429H. Serta melaksanakan tanggungjawab agama diluar pejabat. Al-hamdulillah, kita kerja dengan Allah. tanggungjawab masih banyak dan berterusan sampai ke akhir hayat. Insya Allah.


Kali ni, cerita pasal bola kembali mencuit hati kita. Bukan kerana MU menang 2-0 mengatasi As ROMA di Rome. Atau Barcelona mengalahkan VFB Stuttgatt 1-0 hasil jaringan Bojan Krcic dalam suku akhir pertama Liga Juara semalam. Tetapi dihebohkan dengan idea YB KJ (Naib Presiden FAM) yang teruja mengundang pasukan Chelsea untuk beraksi menentang Pilihan M'sia Julai ini. Selaku pembaca, anda perlu sedar bahawa Jurulatih Chelsea : Awram Grant dan pertahanannya : Tal Ben Haim merupakan rakyat Israel berbangsa Yahudi.


Undangan ini sekaligus membuktikan dasar kebangsaan untuk tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel tidak dihormati. Seterusnya mengundang pelbagai tafsiran dikalangan Muslim anti kekejaman zionis. Seolah-olah..kerana bola..kita sanggup 'berdiplomasi' dengan Yahudi dan tidak menghiraukan kekejaman mereka terhadap nasib saudara kita di Palestine.


Malangnya, apabila tiada seorangpun dikalangan pemimpin tertinggi negara membantah cadangan berkenaan. Barangan Belanda diboikot kerana menghina Nabi SAW. Tapi bulan Julai nanti, kita mengundang, bagi duit, dan memberi pengiktirafan kepada Yahudi. Fuyoo!


Okaylah, undanglah..jemputlah mereka ke sini. Peduli apa tentang penderitaan dan kesengsaraan saudara seagama. Janji..kita enjooy...itulah dasar anak beranak Yahudi. Jangan kerana bola.. Yahudi dipuja.


sumber :

http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=521529&cc=5739