Wednesday, February 13, 2008

AWASI DAKYAH KRISTIAN

SINOPSIS :

Melihat tulisan Joseph Masilamany di akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 berjudul "Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan Allah saya rasa sakit hati. Geram bercampur marah. Ternyata apabila pemimpin kita ‘berlembek’ dan banyak ‘memberi muka’, maka pelampau Kristian negara kita mula tunjung belang kebiadaban secara terbuka. Tidak salah bertoleransi. Tapi toleransilah pada maudu’, masa dan tempatnya.

Selaku wartawan, Joseph Masilamany berdakyah bahawa "penggunaan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan begitu meluas untuk beberapa generasi di banyak negara. Beliau mendakwa lagi : “Ia bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam",

Benarkah begitu? Hakikatnya, dakwaan beliau bukan lagi menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi menghina dan menyakiti hati umat Islam se Nusantara. Saya percaya bahawa lontaran idea ini merupakan nukilan pendapat Paderi Lawrence Andrews. Pandangan ini disajikan kepada masyarakat untuk meluaskan pengaruh dakwah mereka terhadap melayu muslim kita.

Buktinya, Paderi Lawrence secara jelas mendakwa, "Istilah Allah yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan.”

Mereka mendakwa : “Kami sebenarnya mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan Allah sebagai terjemahan dari istilah God dan 'Tuhan' sebagai terjemahan bagi istilah Lord."

Beliau seterusnya mendakwa bahawa "Mulai awal abad ke-19, para penganut Katholik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan Allah telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God."

Beliau turut menyatakan bahawa "para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat."

Menurut Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri, "Para penganut Kristian yang tinggal di negara-negara majoriti Muslim menggunakan kalimat Allah apabila merujuk kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci kami.”

Pendapat yang serupa turut dinyatakan dalam satu laporan terbitan akhbar The Star pada 28 Disember 2007.


MENCABAR :

Cara dua wakil Kristian di atas berhujah sebenarnya mempatrikan satu dakyah. Dakyah untuk mengaut keuntungan dakwah kristian melalui bahasa. Dasar pendirian dan pendekatan mereka sama sekali tidak benar. Bahkan tersasar dan benar-benar mencabar keistimewaan umat Islam.


APA ADA PADA BAHASA :

Mereka lupa “Bahasa Jiwa Bangsa”. Dan bahasa jugalah menjadi perantara untuk mengilmukan bangsa. Kekuatan suatu bahasa mempengaruhi pemikiran manusia. Pengaruh pemikiran pula bertindak sebagai pencorak pegangan dan memberi impak terhadap cara seseorang berfikir. Hati-hati berbahasa kerana bahasa juga mendefinisi budi - bahasa kita.

No comments:

Post a Comment

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)