Thursday, February 28, 2008

JOHOR AKTIF BANTERAS FAHAMAN EKSTREM

Wajah kebangkitan Ahli Sunnah Wal Jamaah Original
di Pusat Islam Iskandar, Johor Darul Ta'zhim
Kelihatan Syeikh Dr Umar Abdullah Kamil - Ulamak dari Arab Saudi (sedang memegang tongkat), disebelahnya ialah Syeikh Dr Abdullah al-Baitiy al-Yamani dan Syeikh Muhammad Ismail Zayn al-Makki.


MUFTI CEMERLANG JOHOR GEMILANG
Jabatan Mufti Johor menganjurkan Multaqa Ulamak Yaman & Arab Saudi bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Wahhabi Jadian M'sia. Multaqa ini berlangsung pada Selasa 20/2/2008 di Pusat Islam, Iskandar Johor Bahru.

Para pembentang memaparkan tentang fenomena Salafiah Wahhabiyyah, Isu Khilafiah-Bid'ah, Pemecahan Tauhid kepada 3 (Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma Wa Sifat) , tanggung jawab umat Islam terhadap agamanya dan lain-lain. Pendekatan sederhana berjaya memberi pendedahan kepada audien tentang isu sebenar yang berlaku. Sekaligus merungkai segala syubhat yang ditimbulkan oleh golongan yang berfahaman ekstrem.

Peserta yang hadir dianggarkan melebihi 2000 orang. Mereka terdiri dari Guru-guru agama Kementerian Pelajaran, Guru-guru J-Qaf, Guru-guru agama Kerajaan Negeri, Kakitangan Kerajaan dan orang awam yang berpendidikan. Bravo! Dato' Noh. Seorang Mufti yang berani mempertahankan kebenaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mufti Cemerlang Johor Gemilang.

Tuesday, February 26, 2008

BILO NGUNDI..INGATLAH ALLAH


Ini sebuah puisi selamba tentang pilihanraya. Sila baca dalam bahasa Kelantan Ibunda :


Negheri Kelate..negheriku
IbuKotanya..Kota Bharu
Negheri Kecil tapi Sohhor
Rakyaknyo peramoh, comel-lote, hidup makmur

So (satu) negheri.. 10 daerah
Ngadap Laut.. Cino Selatan
Negheri Baik.. anugerah Allah
Sakko untuk warisan beriman

Monsun Timo Laut.. Angin Barat Daya
Sama-sama sapa di Klate
Sekarang musim pilihanraya
Masing-masing dok ngempen, nok bene

Setan ngempen, Allah pun ngempen
Mengajak manusia mnuju jalanNya
Ngempen pilihanraya sifatnya sementara
Ngempen Kok Akhirat kekal selamanya

Kito smua.. ngempen kok mano?
Silap ngempen kita dosso
Bena ngempen.. ikut ugama
Doso kita teket Nerako
Pahlo kito Anak Kuci Syurga

Sedak kelih.. Calon Pilihanraya
Sengih-sengih.. tunjuk muko
Ideologi parti kena ambil kigho
Pasal Calon pun so kagho jugok

Ramai rakyak 1.4 juto
Mari pakak.. keluar ngundi
Jange lupo tanggong jawak kito
Pilihlah hok mano.. kene de hati

Hati-hati bila memilih
Silap haribulan.. kito 'mati dipilih'
Hok tange kita.. buleh kelih
Kuaso Tuhan tak nampok la weeh…

Ingat matti..jadi jurruh
Ingat dunio..jadi cakduh
Maso jadi calon..waduh-waduh
Bila kalah..aduh-aduh
Kaloh dunia tok ngapo
Kaloh akhirat..Calon Nerako

Petugas Peti Undi sibuk berkawal
Tiap-tiap male .. Qiyamulail
Bila smaye raso ngantuk dan lonla
Tapi bila ngundi.. jadi khayal
Nilah style cara hidup dhalal
Mengundang kemurkaan Allah Azza Wajalla

Pilih hok baik..buang hok jahat
Pilih ulamak..ketepikan juhalak
Kalu tuan-puan mikkir hakikat
Hidup Dunia Sampai Akhirat

Bila pilihanraya.. masing-masing teruja
Semua pakkak brebut kuasa
Dapat kuasa..gunalah sebaik-baiknya
Jange lupa daulatkan Agama

Allah tahu semua kagho
Zahir-batin.. peruk pedal kito
Masa ngundi, jage lupa dosa pahala
Letakkan diri dalam musyahadahNya

Ambo ni.. takdok go skara
Sekadar tazkirah sesamo kita
Kalu bermanfaat ambik lah blako-lako
Kalu terkurang..maah la hendaknya


Anak Klate de Prantawan


Zamihan al-Ghari,

Bangi, Selangor

Monday, February 25, 2008

PERAKUAN ULAMAK TERHADAP METODOLOGI 'ASYAI'RAH




Ini Satu kitab berjudul AHLI SUNNAH AL-‘ASYA’IRAH. Kitab ini memuatkan perakuan para alim ulamak kotemporari terhadap Akidah Ulamak ‘Asya’irah. Metodologi ini diguna pakai secara meluas oleh majoriti umat Islam kini. Kitab ini disusun oleh Syeikh Ahmad al-Sinnan dan Syeikh Fauzi al-Anjari. Nak baca isi panjang. Apa kata..kita tengok kulit je. Kira okay la kan. Terutamanya bagi mereka yang memerlukan keyakinan secara ekspress dan kesuntukan masa untuk menelaahnya. Bagi mereka yang ‘alim tesis’ pun boleh boleh merujuk kepada kitab ini. Dan jangan lupa untuk mendapatkan naskahnya yang original. Pastikan yang ori.

Antara alim ulamak yang mengesahkan kebenaran metodologi ‘Asya’irah aialah :

1) Syeikh Prof Dr Muhammad Hassan Haito
2) Syeikh Prof Dr Muhammad Faouzi Faydullah
3) Syeikh Prof Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi
4) Syeikh Prof Dr ‘Ujail Jasim al-Nesymi
5) Syeikh Prof Dr Ali Jumaat – Mufti Mesir
6) Syeikh Prof Dr Muhammad Abd Ghaffar Syarif
7) Syeikh Prof Dr Wahbah al-Zuhaili
8) Syeikh Dr Abd Fattah al-Bazami - Mufti Syiria
9) Syeikh Dr Hussain Abdullah al-Aliy
10) Syeikh Ali Zainal Abidin al-Jufri

KESIMPULAN :

1) Jika para alim ulamak terdahulu dan terkemudian memperakui metodologi ‘Asya’irah adalah benar, maka tiada alasan atau hujjah bagi kita untuk menyesat, mengkafirkan dan mengeluarkan mereka dari Islam tercinta. JUSTERU, TERIMALAH KEBENARAN DENGAN BUKTI-BUKTINYA.

2) Sesungguhnya mengeluarkan mereka dari Islam merupakan satu jenayah terbesar. Bahkan tindakan ini merupakan satu usaha untuk menghancurkan khazanah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
BERSAMA PERTAHAN KETUANAN ULAMAK

Sunday, February 24, 2008

AHLI SUNNAH AL-ASYA'IRAH




Ini satu Fasal

Maksudnya : “Anda hendaklah memperelokkan pegangan anda, memperbaikinya dan meneguhkannya berdasarkan metodologi ‘Golongan Yang Berjaya’. Ia merupakan satu golongan yang amat dikenali dalam Pemikiran Islam. Iaitu golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan mereka berpegang dengan apa yang dipegangi Rasulullah SAW dan para sahabatnya RA. Dan anda, jika anda memiliki fahaman yang lurus berdasarkan hati yang suci dalam memahami kandungan al-Kitab dan al-Sunnah yang mengandungi ilmu keimanan dan jika anda menyelidiki sejarah para Salaf Soleh yang terdiri dari kalangan sahabat dan tabi’in anda akan dapati sesungguhnya kebenaran itu terpatri/termaktub dengan golongan ‘Asya’irah. Iaitu satu golongan yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hassan al-Asy’ari RHM. Sesungguhnya beliau telah menyusun atur kaedah Akidah yang Benar (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan membentangkan dalil-dalinya. Ia merupakan akidah yang disepakati para sahabat dan golongan yang terplilih selepas mereka. Ia adalah akidah yang benar merangkumi masa dan tempat…”

JUSTIFIKASI :

1) Akidah Asya’irah adalah merupakan pegangan yang benar berasakan peninggalan Nabi SAW, para sahabat dan tabi’in yang terpilih.

2) Dakwaan yang mengatakan bahawa akidah golongan ‘Asya’irah bertentangan dengan Nabi SAW, para sahabat dan tabi’in adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya mereka pejuang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah semenjak zaman berzaman.

3) Golongan yang mengeluarkan mereka dari lingkungan umat Islam adalah dikira golongan pelampau. Tak kira samada Wahhabiyah, Syiah, Liberal atau aliran yang sewaktu dengannya.

JAUHI FAHAMAN PELAMPAU

'ASYA'IRAH PELOPOR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH




Fokus : Fasal yang Ke-2


Maksudnya : “Apabila dipergunakan lafaz Ahli Sunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan mereka adalah dari golongan ‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah.”

Al-Khayyali mengatakan di dalam Hasyiahnya ke atas Syarh al-‘Aqa’id : Golongan ‘Asya’irah adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah (istilah) yang dikenali secara masyur di negeri Khurasan, Iraq, Syam, kebanyakkan negeri umat Islam dan negeri-negeri di belakang dua sungai (Sg Sehon & Jehon. Iaitu Bukhara, Samarkand, Khawarizmi DLL). Dipergunakan lafaz ‘al-Maturidiyyah’ merujuk kepada para sahabat al-Imam Abu Mansur al-Maturidiy. Antara dua pihak (‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah) terdapat perselisihan pendapat pada sebahagian masalah seperti permasalahan sifat Takwin dan lain-lain.”

JUSTIFIKASI :

1) Akidah golongan ‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah adalah Akidah yang diwarisi dari Nabi SAW, Para sahabat, tabi’in dan golongan yang mengikuti mereka. Bahakan mereka merupakan pelopor kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mempertahankan kesuciannya dari dicemari.

2) Majoriti Ulamak dan umat Islam berpegang kepada metodologi ini. Sehinggalah datang beberapa tokoh kontroversi yang mendakwa ‘mereka pengikut Salaf yang sebenar’. Tetapi dalam masa yang sama mengecam ulamak ‘Asya’irah, menyesat dan mengkafirkan mereka. Seterusnya mengeluarkan mereka dari umat Islam. Masya Allah.

3) Sikap suka menyesat dan mengkafirkan umat Islam ini sebenarnya bukan berasal dari golongan SalafusSoleh. Sebaliknya merupakan manifestasi dari ajaran sesat dan menyeleweng dan bertentangan dengan Islam.

KESIMPULAN :

1) Doktrin menyesat dan mengkafirkan ulamak bukan dari ajaran Salaf. Sebaliknya merupakan ajaran salah yang mmenyalahi prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2) Jika Pelampau Wahhabi menjadikan fahaman ini sebagai doktrin asas mereka maka KATAKAN TIDAK PADA WAHHABI.

3) Jauhkan diri anda dari taburan fitnah pelampau agama. Besederhana sebaik-baik jalan untuk kita. Wallahu’lam.

Tuesday, February 19, 2008

ILIM JAYAKAN KURSUS PEMANTAPAN IMAN JPJ

Ketua Pengarah JPJ, Dato' Ahmad Mustafa sedang menyampaikan amanatnya kepada audien
Peserta kursus khusyuk mendengar ceramah

Golongan Muslimat tidak ketinggalan memberi komitmen menjayakan kursus


ILIM ( JAKIM) KOMITED BINA IMAN

LATARBELAKANG :

ILIM menerusi Pusat Pengajian al-Qur’an dan Ilmu-ilmu Teras (PQIT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah berjaya melaksanakan Kursus Pemantapan Iman kepada anggota JPJ Putrajaya. Kursus yang bermula pada Sabtu 16/2/08 berakhir pada hari Ahad 17/2/08 ini melibatkan seramai 380 anggota.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Mustafa Abd Rashid Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Hj Solah Mat Hassan (Timbalan Ketua Pengarah JPJ) dan Pengarah-pengarah Bahagian.

PENGISIAN :

Para peserta yang mengikuti Kursus ini didedahkan dengan program Muhasabah Diri Membentuk Pekerja yang Efektif. Ceramah ini disampaikan oleh Us Hazman Hashim dari MAIWP. Diikuti kuliah yang kedua berjudul Kemantapan Iman Asas Integriti disampaikan oleh Us Ismail Ahmad. Selain paparan fakta melalui kuliah, program ini juga melibatkan induksi spritual.

Para peserta mula bangun awal empat pagi untuk mengikuti program Qiyamulail yang dipimpin oleh Us Hassan al-Fadhli Abd Rahman (MAIWP) merangkap Imam Besar Masjid al-Muqarrabin. Beliau merupakan bekas johan Tilawah al-Qur’an peringkat Wilayah Persekutuan.

Al-hamdulillah, dalam latihan spritual ini, peserta berkesempatan menunaikan solat sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih dan solat hajat memohon hidayah dan rahmat dari Allah. Alunan kemerduan Zikr Munajat dan doa dalam keheningan pagi dari Us Hassan al-Fadhli menambahkan lagi aroma kerohanian peserta.

Setelah menunaikan solat subuh berjamaah, para peserta dihidangkan pula dengan kuliah Subuh bertenaga berjudul Muslim Cemerlang yang disampaikan oleh Us Zamihan al-Ghari. Beliau berjaya mencungkil rahsia-rahsia Iman buat santapan audien. Beliau juga menghidangkan lawak-renungan sebagai rangsangan pengajaran berkesan dalam kehidupan. Sekaligus memberikan tips memperkasakan Ihsan bagi menjustifikasikan Jati Diri Muslim Cemerlang dalam perkhidmatan. Antara nasihat beliau : “Apa yang ada di tangan kamu tidak sampai ke mana-mana. Tetapi qualiti hatimu itu akan menyampaikan kamu kepada Allah. Kenalilah Allah dengan mata hati yang suci.”

JUSTIFIKASI :

Rata-rata para peserta yang mengikuti Kursus Pemantapan Iman yang julung-julung kali diadakan ini berpuas hati dengan pengurusan, penginapan dan prasarana yang disediakan. Mereka amat bersyukur dengan modul Pemantapan Iman yang diadakan dan begitu teruja untuk mengikutinya di masa-masa akan datang.

Mudah-mudahan, dengan iman yang mantap para peserta berkemampuan menyemarakkan ketakwaan pada Allah dalam segenap ruang kehidupan mereka. Sekaligus dapat menghindarkan diri dari salah laku, rasuah, pecah amanah dan lain-lain yang mengundang kemurkaanNya. Bersama kita mencari keredhaanNya.
Pelaksanaan kursus ini membuktikan bahawa ILIM-JAKIM begitu komited dalam usaha membangun modal Insan manusia menerusi pembinaan Iman dan Takwa. Bersama mantapkan Iman Demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sunday, February 17, 2008

AHLI SUNNAH SEPAKAT MENOLAK FAHAMAN TABDI' DAN TADHLIL




AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
SEPAKAT MENOLAK DOKTRIN TABDI’ & TADHLIL
Kitab : IMAM ABDUL QAHER BIN THAHIR AL-BAGHDADI (W 429H – 1037M)
EDARAN : MUHAMMAD ALI BAIDHUN, CETAKAN DAR AL-KUTUB AL-‘ILMIYYAH, 1997,hlm 283-284, BAYRUT: LUBNAN
Fasal Ke-3

Dari Fasal-fasal dalam Bab ini
Penjelasan tentang Usul yang disepakati secara Ijmak oleh Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Seterusnya Imam Abd Qaher al-Bagdadi menyenaraikan 15 Usul Ahl Sunnah Wal Jamaah).

Fokus Perenggan Ke-2 :

Imam Abd al-Qaher bin Thaher al-Baghdadiy mengatakan : “Inilah Usul yang disepakati oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kaedah-kaedahnya (yang ditetapkan). Dan mereka menghukum sesat golongan yang menentang usul yang disepakati ini. Dan dari setiap rukun ini terdapat beberapa masalah Usul dan beberapa masalah furuk. Dan mereka bersepakat dengan Ijmak tentang Usul. Boleh jadi mereka berselisih pendapat dalam sesetengah dari masalah furuk. Dan perselisihan furuk itu sesekali tidak diwajibkan untuk dihukum sesat atau fasiq.”

KESIMPULAN :

DOKTRIN WAHHABIYYAH YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM BERASASKAN PERKARA FURUK SPT : TALAFFUZ NIAT, MEMBACA BASMALAH, SAPU WAJAH SLPS SOLAT, WIRID, ZIKR JAMAAH, TAHLIL, TALQIN, QUNUT SUBUH, YASIN MLM JUMAAT DAN LAIN-LAIN.. BERTENTANGAN DENGAN USUL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR.
GEJALA INI TIDAK PERNAH BERLAKU DI ZAMAN NABI SAW, PARA SAHABAT, TABI'IN DAN DIKALANGAN IMAM MAZHAB YANG MUKTABAR. BAHKAN MULA DIPOPULARKAN OLEH FAHAMAN YANG MENDAKWA DIRI MEREKA SEBAGAI SALAFIYYAH. HAKIKATNYA, MEREKA ADALAH SALAFIYYAH AL-WAHHABIYYAH.

KESESATAN GOLONGAN PELAMPAU WAHHABIYYAH BOLEH DITENTUKAN DENGAN KAEDAH AKADEMIK YANG JELAS. IAITU MANA-MANA ALIRAN YANG MENGKAFIRKAN @ MEMBID'AHKAN UMAT ISLAM BERASASKAN PERKARA FURUK DIKIRA BERTENTANGAN DENGAN USUL INI. TERNYATA, DOKTRIN MEREKA MENYELEWENG DARI LANDASAN YANG BENAR. WALLAHU’ALAM

JUSTERU, KATAKAN TIDAK PADA GOLONGAN YANG SUKA MEMBID’AH DAN MENYESATKAN UMAT ISLAM DENGAN PERKARA FURUK’. WALLAHU’ALAM

PELAMPAU MENYESATKAN ULAMAK 'ASYA'IRAH



PELAMPAU MENYESATKAN ULAMAK 'ASYA'IRAH

BUKTINYA : KITAB DAKWAT AL-TAUHID, DR SYEIKH MUHAMMAD KHALIL HARRAS (PROF AKIDAH ISLAMIYYAH AL-AZHAR, BEKAS KETUA JABATAN AKIDAH, CAWANGAN PENGAJIAN TINGGI, FAKULTI SYARIAH, MAKKAH & PEMIMPIN ANSAR AL-SUNNAH, MESIR), T.TH, CET DAR AL-KUTUB AL-ILMIYYAH, BAYRUT : LUBNAN

FOKUS PERENGGAN 1 : TAJUK : AL-'ASYA'IRAH

BELIAU MENGATAKAN : "DAN MAKRUF, SESIAPA YANG TERLIBAT DENGAN MENTAKWILKAN NAS-NAS MUTASYABIHAT DARI GOLONGAN 'ASYA'IRAH SEPERTI IBN FAWROUK SEBAGAIMANA (TERDAPAT) DI DALAM KITABNYA 'AL-TAKWILAAT" KEMUDIAN DIIKUTI SELEPAS ITU (OLEH) ULAMAK MUTAAKHIR AL'ASYAIRAH SEPERTI IMAM AL-HARAIMAYN, AL-GHAZALI, AL-RAZIY, AL-HULAIMIY, AL-AaMIDIY, IBN A'QIL, IBN JAUZIY DAN LAIN-LAIN. DAN SESUNGGUHNYA TELAH SESAT DALAM BAB INI (MENTAKWIL) KEBANYAKKAN ULAMAK 'ASYA'IRAH YANG MANA MEREKA MEMPUNYAI ILMU YANG MENDALAM, AHLI IBADAH DAN MENGHAFAZ AL-SUNNAH SEPERTI IMAM AL-NAWAWI, IZZUDDIN ABD ALSALAM DAN SELAIN DARI KEDUANYA."


JUSTIFIKASI :

1) FAHAMAN PELAMPAU INI MENGANGGAP TAKWIL YANG BENAR SEBAGAIMANA YANG DIRINTIS ULAMAK AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEBAGAI AMALAN SESAT.

2) FAHAMAN INI MENUDUH SEBAHAGIAN BESAR ULAMAK 'ASYA'IRAH SEBAGAI SESAT TERMASUK IMAM AL-NAWAWI DAN SULTAN ULAMAK : IMAM IZZUDDIN ABD AL-SALAM. INIKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI METODOLOGI SALAFUSSOLEH?. INIKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI ANSAR AL-SUNNAH?

3) MALANGNYA, PENDAPAT BERACUN INI DITELAN BULAT-BULAT OLEH WAHHABIY JADIAN MALAYSIA DAN MEREKA TANPA RASA MALU MENGKAFIRKAN & MEMBID'AHKAN ULAMAK DAN UMAT ISLAM YANG MENELUSURI METODOLOGI 'ASYA'IRAH DAN MATURIDIYYAH DI NUSANTARA.

HASILNYA, TUDUHAN INI BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP SEBENAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. BAHKAN MENGUNDANG FITNAH TERHADAP ULAMAK AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PERLU DIBENDUNG DARI MENULAR. SEDARLAH WAHAI SAUDARA.


"BERSAMA PERTAHAN MARUAH ULAMAK"

Thursday, February 14, 2008

PENDEDAHAN EKSKLUSIF




BAHAYA ANCAMAN TAKFIR PELAMPAU AL-WAHHABIYYAH


Buktinya :

Kitab Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam : Shaykh al-Islam Ibn Taimiyyah & Shaykh al-Islam Muhammad bin Abd al-Wahhab, Dr Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, 1408H,
Cet : Riasah al-Ammah al-Idarat al-Buhuth al-Alamiyyah Wa al-Ifta' Wa al-Dakwah Wa al-Irsyad, Riyadh, Arab Saudi


Fokus : Perenggan Ke-5 :

“Golongan al-‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah bertentangan dengan (metodologi) Para Sahabat, al-Tabi’in dan Imam Mazhab Empat dalam kebanyakkan masalah I’tiqad (Akidah) dan Usul Agama. Lantaran itu mereka tidak berhak untuk di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka (‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah) bukan sekadar bertentangan dengan Syeikh al-Islam sahaja. Tetapi mereka turut menyalahi Umat Islam dan Para Ulamak yang berjalan (berpegang) kepada metodologi al-Salaf.”

KESIMPULAN :

1) Bukti akademik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Dr Soleh Fauzan (salah seorang Pemuka Wahhabiyyah Arab Saudi) mendakwa akidah golongan ‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah bukan warisan dari Sahabat, Tabi’in dan Mazhab Empat. Ertinya Akidah mereka bukan lagi dari Akidah Islam. Ini kerana sumber Akidah Islam di ambil dari mereka. Subhanallah!

2) Jika Akidah ‘Asyairah dan al-Maturidiyyah menyalahi Umat Islam dan Para Ulamak Salaf serta Imam Ibn Taimiyyah ertinya secara automatik kenyataan ini mengeluarkan mereka dari Islam tercinta. Inilah sebahagian dari fitnah Agama. Allah Allah!


“KASIHI UMAT INI"

"JAUHI BAHAYA TAKFIR PELAMPAU WAHHABIYYAH”


Wednesday, February 13, 2008

ANCAMAN TAKFIR PELAMPAU WAHHABIYAH










ANCAMAN TAKFIR GOLONGAN PELAMPAU WAHHABI

Buktinya :

Kitab Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tauhid, Syeikh Abd Rahman bin Hassan bin Muhammad Abd Wahhab, ed : Samah Syeikh Abd Aziz bin Abdullah bin Baz (Bekas Mufti Arab Saudi), Cet : Pertama, 1992/1413H, Maktabah al-Fayha’ & Maktabah Dar Salam : Riyadh


Fokus : Perenggan ke-5 :

“Sesungguhnya Jahm bin Sofwan dan pengikutnya mendakwa tiada dalil yang membuktikan wujudnya sifat yang berdiri (melengkapi) Dzat Allah SWT. Dan golongan yang mengikut mereka atas pendapat itu ialah puak-puak dari Muktazilah, Asya’irah dan selain mereka. Maka dengan sebab itu mereka dikafirkan oleh kebanyakkan dari golongan Ahl Sunnah.”

KESIMPULAN :

FAHAMAN PELAMPAU WAHHABIYYAH TIDAK SEGAN SILU MENGKAFIRKAN GOLONGAN ‘ASYA’IRAH YANG MERUPAKAN PELOPOR KEPADA TEOLOGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

KITAB INI DIKARANG OLEH CUCU MUHAMMAD ABDUL WAHHAB SENDIRI DAN DI TAHKIK OLEH SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ (BEKAS MUFTI ARAB SAUDI) DAN MERUPAKAN RUJUKAN UTAMA AKIDAH WAHHABI

ISU TAKFIR UMAT ISLAM ADALAH ISU USUL AKIDAH YANG SENSITIF, SAYANG..WAHHABIYYAH JADIAN MALAYSIA PULA YANG MEMPELOPORINYA

JUSTERU, BAGAIMANA WAHHABIYYAH HENDAK DIKATAKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR JIKA MEREKA MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM.

Disediakan oleh: Al-Ghari

MUSLIM..DIMANA TANGGUNGJAWABMU?


KITA PERLU SEDAR


Sebenarnya Yahudi dan Kristian bukan agama. Sebaliknya merupakan ‘kepercayaan’ yang direka cipta dari unsur manusia sahaja. Al-Qur’an menjelaskan kepada kita bahawa mereka telah mengubah kitab terdahulu mengikut selera hawa nafsu mereka. Mana bisa mungkin ‘ciptaan’ atau ‘tokoh tambah manusia hendak dianggap agama @ Agama Samawi.

Lihatlah percanggahan intisari kitab mereka antara satu sama lain.
Barangsiapa yang menganggap Nabi Isa menyeru kepada ajaran Krisitian atau Nabi Musa menyeru kepada agama Yahudi. Atau Nabi Ibrahim menyeru kepada berhala maka sesungguhnya dia telah menentang qath’ie dilalah yang menafikan kesyirikan para anbiya’. Dan mengingkari qat’ie dilalah adalah kufr lagi murtad. Na’uzubillah min zalik.

Berdasarkan status ini, mereka perlu sedar bahawa mereka tidak berhak untuk ‘meminjam’ atau ‘mengimport’ kalimah Allah ke dalam ‘kepercayaan’ mereka.


PENGGUNAAN ARAB KRISTIAN:

Penggunaan lafaz 'Allah' oleh Kristian Arab di Asia Barat hanyalah bahasa pertuturan. Kelaziman mereka berdasarkan kebudayaan hidup. Dan ia bukan membayangkan kepercayaan yang bersatu dengan Islam. Justeru, penggunaan Arab Kristian terhadap kalimah Allah bukannya satu hujjah.

Saya rasa, Paderi Lawrence atau Rev. Herman Shastri tidak pernah membuat kajian terjemahan Bible dalam bahasa Arab?

Apakah mereka menguasai bahasa Arab? Kalau menguasai bahasa pun, teologi Kristian tidak menghidangkan tasawwur yang jelas mengenai 'Allah'. Bahkan, agama lain juga begitu. Jika tidak mempunyai tasawwur Ketuhanan Allah yang jelas, maka anda tidak berhak menggunakan istilah 'Allah' samada di gereja mahupun di dalam Injil (al-Kitab) yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

PENGGUNAAN TUHAN DIKALANGAN ORANG MELAYU

Terang lagi bersuluh bahawa 'Tuhan' menurut Melayu Muslim dipergunakan untuk dua maksud. Pertama, Tuhan bermaksud Tuhan semua agama. Ini adalah pengertian umum. Kedua, Tuhan bermaksud Allah. Pengaplikasian ini lazimnya berdasarkan kepada dilalah tertentu seperti dalam pengucapan doa, kalimah sandaran, amalan ritual, maksud ucapan dan selainnya. Pengunaan lafaz yang kedua ini amat sinonim dengan Melayu Muslim.

Tegasnya, Allah bukanlah 'Tuhan' Kristian. Oleh itu, pengaplikasian bangsa Melayu terhadap kalimah Tuhan bermaksud Allah tidak mencerminkan Tuhan Kristian. Sebaliknya merupakan syubhat yang sengaja ditimbulkan oleh Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri sahaja. Ia juga tidak mencerminkan sebahagian besar penganut Katolik, gereja, atau Paus.

PADERI SEMAKIN BERANI :

Ketahuilah, Paderi ini tidak sekadar meluahkan idea di dalam akhbar. Setelah mereka gagal diakhbar serta dihujah pelbagai pihak. Paderi ini berkomplot pula dengan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk membuat tuntutan rasmi kepada JAKIM agar dibenarkan menggunakan kalimah Allah di gereja dan di dalam al-Kitab (Injil versi Melayu) mereka. Mereka berhujah berdasarkan al-Qur’an, al-Sunnah dan serjarah. Namun, pihak kami berjaya membalas hujjah-hujjah mereka secara beradab dan ilmiyyah. Akhirnya, tuntutan mereka tidak dibenarkan sama-sekali.

Lantaran bungkam dengan penjelasan JAKIM, mereka ‘mengugut’ JAKIM untuk mendapatkan hak melalui mahkamah. Disebabkan itulah The Star pada 28 Disember 2007 mendedahkan Paderi Lawrence berkata, "Kami telah mengambil keputusan supaya kedudukan kami dari segi undang-undang mengenai penggunaan perkataan tersebut (Allah- di gereja & Injil versi Melayu) diselesaikan melalui ketetapan mahkamah."

Sebenarnya mahkamah tidak memiliki kuasa ke atas tradisi pemikiran agama? Mahkamah juga tidak memiliki kuasa untuk memutuskan ketetapan mengenai siapa yang lebih berhak ke atas lafaz Allah! Beliau sebenarnya tahu, tapi sengaja membakar kemarahan orang melayu.

Tidakkah Paderi Lawrence sedar bahawa antara isi kandungan surat dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri bertarikh 16 Mei 1986 menyentuh empat peristilahan Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible. (dalam apa-apa jua keadaan) iaitu: Allah, Kaabah, Baitullah, dan Solat.
Keputusan ini menjustifikasikan sikap Paderi yang sanggup membangkitkan isu sensitif agama sebenarnya membelakangkang Jemaah Menteri, Timbalan Perdana Menteri, mahkamah. Bahkan mengundang ammarah Umat Islam se nusantara.

KESIMPULAN :

1) Usaha Paderi dan rakan sekutunya untuk menggunakan kalimah ALLAH sebenarnya adalah satu dakyah untuk mengaburi Melayu Muslim.

2) Mereka sengaja mencetuskan polemik bagi kemarahan orang melayu.

3) Ayuh, bangkitlah saudara-saudariku, pemimpin agama, pemimpin bangsa. Sedarlah..melayu, agamamu dalam bahaya. Lakukan sesuatu untuk mempertahankannya.

4) Jika kita pentingkan ‘pertelingkahan dalaman sahaja’ (Syiah-Wahhabi-Liberal DLL) siapa pula yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama dari ‘ancaman luar.’

5) Saudara Lawrence & Herman Sastri sedarlah bahawa anda tidak berhak menterjemahkan peristilahan Islam ke dalam tradisi pemikiran agama anda. Paderi kita sibuk mempertikaikan penggunaan kalimah Allah, sedangkan Archbishop of Certerbury, London mengizinkan Shariah Law (Perundangan Syariah) diamalkan di Britain untuk umat Islam. Renungkan!

6) Berhati-hatilah dalam melontarkan idea. Jangan sampai ‘membakar’ bangsa dan agama. Yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu. Penulis bukan pengapi, tapi sekadar memberi peringatan supaya kita tidak mudah lupa diri.


Allah Tuje Malum, Allah Tuje Malum, Allah Tuje Malum

AWASI DAKYAH PADERI


HUJAH KELIRU PADERI

Bagi menegakkan benang yang basah. Paderi Lawrence mendakwa, "Bible bahasa Melayu menggunakan Allah untuk God dan 'Tuhan' untuk Lord." Sebenarnya dakwaan ini tidak benar sama sekali. Paderi Lawrence dan Herman Sastri bukan arif dan pakar bahasa. Mereka berdua tidak perlu mengajar Melayu Muslim tentang istilah dan kepenggunaan bahasa yang betul dalam bahasa Melayu?

Sebenarnya, Bahasa Melayu memahami istilah Tuhan merujuk kepada God bukannya Lord. Dalam kes ini, Syed Ali Tawfik (Ketua Pengarah IKIM) mengulas : “Orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab iIah digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris God dan istilah Melayu Tuhan. Apabila istilah Arab Rabb digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris 'Lord'.

Oleh yang demikian, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya Tiada Tuhan melainkan Allah, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai There is no God but/except Allah. Sekiranya istilah God diterjemahkan sebagai Allah, maka terjemahan tersebut akan berbunyi Tiada Allah melainkan Allah (''There is no Allah but Allah"). Terjemahan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bahasa orang Melayu.

Ia dilihat satu kontradiksi dengan realiti semasa. Bahkan mengundang kebuntuan dalam memahami agama.

Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa Paderi Lawrence sengaja menggunakan rangkai kata bahasa Melayu tetapi tidak merujuk kepada disiplin bahasa melayu itu sendiri.

Apabila dikhuatiri penggunaan bahasa janggalnya itu dipertikai, beliau mula berpindah ke penggunaan 'bahasa Malaysia' dalam terbitan mingguan katholik mereka. Kononnya ia digunakan untuk memenuhi keperluan "ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia" di negara ini. Langkah ini memanifestasikan kenyataan bahawa beliau sendiri yang mencipta kekeliruan bahasa untuk memerangkap bangsa.

Akhirnya beliau berselindung di sebalik keputusan Jemaah Menteri yang memutuskan bahawa bahasa Melayu dirujuk sebagai 'Bahasa Malaysia'. Bagi saya, ini adalah satu propaganda dalam menjadikan bahasa sebagai medium terbaru dakwah mereka ke atas Melayu Muslim kita. Apakah golongan kristian sudah ketandusan idea dan miskin bahasa?

DAKWAAN SUMBANG

Paderi Lawrence juga mendakwa, "Kami mengikut Bible," mengenai penggunaan istilah 'Allah' bila merujuk kepada istilah 'God'. Apakah itu benar? Apakah beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan atau versi Bible mana yang beliau rujuk? Rujuk Bible ke buku bahasa Melayu sekolah rendah?

Sebenarnya dalam Last Testament @ New Testament perkataan Tuhan diistilahkan dengan Yahweh, Yehovah, Eloah, El, Elohim dan lain-lain lagi. Penganut Kristian tentu lebih arif tentang nama-nama Tuhan mereka. Justeru, apakah motifnya untuk dipergunakan kalimah Allah dalam kitab Suci dan di gereja mereka. Bukan setakat melayu muslim sahaja keliru. Penganut Kristian katholik pun dikhuatiri keliru dan binggung akibat kenyataan Paderi Lawrence yang membengongkan itu. Jelasnya, beliau tidak merujuk Bible. Tetapi sekadar bermain api bahasa sahaja.


LAFAZ ALLAH DALAM BAHASA ARAB :

Perlu disedari bahawa Islam menggunakan lafaz Allah adalah nama khas. Sedangkan lafaz 'Tuhan' ('God') adalah istilah umum boleh dikongsi antara kepercayaan. Dan Hanya Islam bersifat eksklusif. Keekslusifan Islam terasing dalam perkongsian tadi.

Penggunaan Lafaz Allah dalam Islam menunjukkan keEsaan, objek tumpuan (al-Somad) kemuliaan teragung (Jal al-Jalaluh), Pencipta (al-Khaleq) dan Pemerintah Alam Semesta (Rabb ‘Alamin).

Justeru, istilah Allah hanya sah untuk Tuhan yang Sebenar iaitu Allah. Istilah inilah yang dibawa Para Anbiya’. Ini kerana semua mereka menyeru kepada Islam. Cuma matang dan lengkapnya Islam di zaman Nabi Kita Muhammad SAW.

Manakala mengikut ajaran Kristian, tidak ada nama khas Tuhan dalam Bible. Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah samada Lord (di syurga), God (Jesus-menunggu wahyu) atau Roh Kudus (turun ke bumi).

Kita sedia maklum, konsep Ketuhanan Kristen boleh dipecah-belah. Tiga dalam Satu. Semacam ramuan syampu atau kopi tertentu. Cumanya cabang fahaman berbeza. Kristian Unitarian percaya Bapa ialah Tuhan sebenar. Jesus dan Roh Kudus adalah lebih rendah darinya.

Kristian Trinitarian pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesus adalah Tuhan Sebenar. Tiga Peribadi dalam Satu Peribadi. Tapi boleh dipecah-belah dengan 3 watak berbeza.

Walau bgaimanapun, mereka tidak mengistilahkan Tuhan Bapa @ Tiga Peribadi Satu Peribadi itu adalah ALLAH.

Sedangkan di dalam Islam adalah jelas. Tuhan Sebenar adalah Allah sahaja. Dialah yang Esa yang tidak boleh dipecah-belah. Jika fahaman ini dipersamakan (antara Allah dgn Tuhan yang lain) ia menjustifikasikan fahaman Islam Liberal. Iaitu fahaman yang menganggap Satu Tuhan Untuk Semua Agama. Nau’zubillah min zalik.

PENELITIAN :
Lebih lanjut mari kita meneliti secara mendalam apa yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai siapa Tuhan? menerusi versi terjemahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali : Surah al-Ikhlas : "Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua perkara, kepada-Nya kembali semua benda; Dia tidak beranak, berbapa atau berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur'an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.)

Kalimah Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur'an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714).

Oleh itu, jelaslah bahawa bahagian akhir penerangan tafsir berkenaan, Al-Qur'an secara jelas menyanggah konsep Tuhan Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible. Jika wujud percanggahan kenapa hendak dipergunakan juga kalimah Allah?.

Jika ada yang mendakwa nama khas Tuhan adalah Lord, kenapa istilah Lord diterjemahkan dengan 'Tuhan Bapa'. Buktinya :

“…biarlah dunia percaya yang BAPA telah mengutus aku (Jesus).”(Yohanes,17:21)

“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA SAHAJA.”(Markus 13: 32)

Justeru, Jika ada yang mendakwa nama khas Jesus ialah ALLAH, kenapa tidak diterjemahkan sedari dulu lagi JESUS ALLAH. Sebaliknya dipergunakan TUHAN JESUS. Ternyata, mereka cuba merencanakan sesuatu yang tidak berfakta dan tidak masuk dek akal.

AWASI DAKYAH KRISTIAN

SINOPSIS :

Melihat tulisan Joseph Masilamany di akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 berjudul "Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan Allah saya rasa sakit hati. Geram bercampur marah. Ternyata apabila pemimpin kita ‘berlembek’ dan banyak ‘memberi muka’, maka pelampau Kristian negara kita mula tunjung belang kebiadaban secara terbuka. Tidak salah bertoleransi. Tapi toleransilah pada maudu’, masa dan tempatnya.

Selaku wartawan, Joseph Masilamany berdakyah bahawa "penggunaan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan begitu meluas untuk beberapa generasi di banyak negara. Beliau mendakwa lagi : “Ia bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam",

Benarkah begitu? Hakikatnya, dakwaan beliau bukan lagi menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi menghina dan menyakiti hati umat Islam se Nusantara. Saya percaya bahawa lontaran idea ini merupakan nukilan pendapat Paderi Lawrence Andrews. Pandangan ini disajikan kepada masyarakat untuk meluaskan pengaruh dakwah mereka terhadap melayu muslim kita.

Buktinya, Paderi Lawrence secara jelas mendakwa, "Istilah Allah yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan.”

Mereka mendakwa : “Kami sebenarnya mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan Allah sebagai terjemahan dari istilah God dan 'Tuhan' sebagai terjemahan bagi istilah Lord."

Beliau seterusnya mendakwa bahawa "Mulai awal abad ke-19, para penganut Katholik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan Allah telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God."

Beliau turut menyatakan bahawa "para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat."

Menurut Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri, "Para penganut Kristian yang tinggal di negara-negara majoriti Muslim menggunakan kalimat Allah apabila merujuk kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci kami.”

Pendapat yang serupa turut dinyatakan dalam satu laporan terbitan akhbar The Star pada 28 Disember 2007.


MENCABAR :

Cara dua wakil Kristian di atas berhujah sebenarnya mempatrikan satu dakyah. Dakyah untuk mengaut keuntungan dakwah kristian melalui bahasa. Dasar pendirian dan pendekatan mereka sama sekali tidak benar. Bahkan tersasar dan benar-benar mencabar keistimewaan umat Islam.


APA ADA PADA BAHASA :

Mereka lupa “Bahasa Jiwa Bangsa”. Dan bahasa jugalah menjadi perantara untuk mengilmukan bangsa. Kekuatan suatu bahasa mempengaruhi pemikiran manusia. Pengaruh pemikiran pula bertindak sebagai pencorak pegangan dan memberi impak terhadap cara seseorang berfikir. Hati-hati berbahasa kerana bahasa juga mendefinisi budi - bahasa kita.

Monday, February 4, 2008

BOIKOT PROKSI YAHUDI




MINYAK NAIK LAGI LEPAS PILIHANRAYA,
BAGAIMANA PERANAN KITA?

Nukilan rasa :
Zamihan al-Ghari


Pakar ekonomi meramalkan harga petrol akan menghampiri RM 2.00/liter awal tahun depan. Meranalah bagi yang memiliki kereta dan mempunyai pendapatan kecil. Alah..yang ada kereta besar pun sama. Yang hairannya, jika ditinjau kenyataan OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyak bertindak mengaut keuntungan besar dari situasi ini. Lintah darat akan cuba menghisap sebanyak mana darah manusia. Mereka tidak mempedulikan kejerihan kita asalkan mereka kenyang berbuntal.




TINDAKAN

Oleh itu, kita memerlukan tindakan yang bijak secara bersepadu dan menyeluruh dalam menentang kenaikan harga minyak yang tidak terkawal ini.

Jika kita berkempen atau berpiket "jangan beli petrol" (seperti yang berlaku pada April atau Mei lalu) Syarikat minyak hanya akan mentertawakan kita semua. Sebabnya merekatahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ternyata langkah itu
lebih menyusahkan pengguna berbanding penjual.
Oleh itu, kita memerlukan pelan perancangan yang benar-benar berkesan bagi membendung kenaikan harga minyak. Kita sebagai pengguna perlu bertindak secara agresif untuk 'mengajar' pembekal bahawa pembeli juga ada hak dan kuasa. Iaitu hak untuk mendapatkan keadilan terhadap sumber. Dan kuasa pembeli untuk yang mengawal harga barangan. Artinya, hak pengawalan harga bukan ditentukan penjual secara sembrono sahaja.




SARANAN

Salah satu cara yang disarankan oleh pakar ekonomi untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan kepada 'market leader' industri berkenaan. Iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu yang mendominasi pasaran. Langkah ini boleh dilakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Contohnya, sepanjang tahun ini, Jangan beli petrol dari Tiga Syarikat Minyak Terbesar Dunia iaitu ESSO, MOBIL dan SHELL. Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri. Sistem ini sebenarnya sejajar dengan cara bisnes sistem ekonomi kapitalis Yahudi. Sistem ini menekankan prinsip pasaran bebas. Iaitu kuasa kehendak dan pendapatan yang tidak terhad menguasai pasaran sepenuhnya. Sistem ini langsung tidak mempunyai perasaan bertimbang rasa sesama manusia.

Oleh itu, apa salahnya..bahkan lebih baik jika kita mengutamakan premis PETRONAS. Sekurang-kurangnya terpatri rasa cintakan negara. Bukankah cinta negara adalah salah satu dari hak agama kita. Lagipula, keuntungan PETRONAS sedikit sebanyak mengalir dalam negara sendiri walau tidak melibatkan kita secara langsung. Ayuh Neng!..berfikir menang-menang dari sekarang.





KESAN

Apabila kita bertindak sebagaimana yang disarankan di atas, secara automatik ‘jualan’ mereka merudum. Mereka pasti merasakan penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba. Sedangkan pesaing mereka khususnya PETRONAS akan terus maju. Mereka pasti merangka kempen atau peraduan baru untuk menarik perhatian pelanggan. Harapnya, PETRONAS tidak mula lupa diri dan tanggungjawab terhadap agamanya.

Jika langkah pertama gagal, mereka mula berunding dengan kerajaan. Memandangkan anak syarikat kerajaan je yang menguasai pasaran. Dan kemungkinan rundingan tersebut menganjakkan cadangan sepakat menurunkan harga minyak. Rasionalnya, kerajaan pun setuju kerana tak payah lagi nak tanggung subsidi berbilion ringgit dan bentangkan kepada rakyat secara mendabik dada. Sebenarnya, rakyat pun resah-gulana dengan ‘harga-harga’ barangan selepas pilihanraya.


REALITI



Sebahagian kita sudah maklum bahawa terdapat syarikat tertentu yang menjadi proksi kepada Yahudi Zionis. Tak dapat tidak, macai Yahudi Zionis juga terdiri dari muslim kita seluruh dunia. Bisnes jualan francais punya hal..orang kita sanggup jadi macai. Terpulanglah.

Bagi saya, jika anda benar-benar bencikan yahudi zionis, sematkan CINTA BOIKOT MINYAK yahudi ke dalam hati anda. Jangan beri sesen pun duit anda kepada mereka. Yakinlah bahawa Allah menghitung setiap zarah dari kelakuan kita. Jika anda Ahli Sunnah yang sebenar KATAKAN TIDAK PADA YAHUDI.



Hendaklah orang yang mengetahui menyampaikan kepada ikhwan kita yang masih belum mengerti. Sebarkan dakwah dan seruan jihad menentang ketidakadilan dan manipulasi pasaran. Kekalkan komitmen dan partisipasi anda sedaya mungkin. Semoga harta benda Allah tidak dimanfaatkan oleh musuh-musuh Allah dan digunakan untuk membunuh habibullah.

CAHAYA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERSEMARAK DI JOHOR



JOHOR DARUL TAKZIM NEGERI PERTAMA BANGKIT
MEMPERTAHANKAN KEBENARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Mufti Negeri telah menganjurkan Multaqa Penjelasan Isu-isu Aqidah & Syariah pada 2 Zulhijjah 1428H bersamaan 12hb Disember 2007M di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Majlis ini dirasmikan oleh SS YB Dato’ Noh Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim dengan kehadiran kira-kira lebih 4000 perserta terdiri dari Dif-dif Kehormat DALAM & Luar Negara, AJK Fatwa Negeri, Pegawai & Kakitangan Kerajaa Negeri, Nazir Masjid, Para Imam, Guru-guru Takmir Negeri, Ngo Islam dan individu tertentu. Multaqa ini diserikan dengan sesi soal jawab dan resolusi sebagai tindakan pihak Jabatan Mufti Negeri Johor, Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam negeri Johor Darul Takzim.


Antara Panel Pembentang :


1) Dr Muhammad Uthman el-Muhammadi (Fellow Amat Utama ISTAC)

2) Us Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari (Pen Pengarah ILIM)

3) Us Hj Mahfuz Muhammad (Pengarah Urusan Middle East Global Sdn Bhd)

4) al-Shaykh Dr Abd Rahman 'Amasyh (Bayrut, Lubnan)


Seminar ini amat berjaya dan rata-rata peserta berpuas hati dengan tahap kualiti akademik pembentang dan pengurusan Jabatan Mufti Negeri Johor.



"SYABAS DAN TAHNIAH BUAT KERAJAAN JOHOR"