Tuesday, January 22, 2008

PENDAKWAH WAHHABI MEMFITNAH KERAJAAN MALAYSIA


PENDAKWAH WAHHABI MEMFITNAH

KERAJAAN & RAKYAT MALAYSIA!!!

KES : Rasul Dahri menerusi bukunya IMAM AL-SYAFI’IE MENGHARAMKAN KENDURI ARWAH, YASINAN DAN TAHLILAN mendakwa amalan kenduri arwah, membaca Yaasin dan Tahlil adalah bid’ah sesat dan masuk neraka.

Kenyataan ini disokong oleh Us Abd Wahhab Bustami dalam bukunya MENJAWAB SYUBHAT ZAMIHAN AL-GHARI terhadap Kenduri Arwah dan para pendakwah Wahhabi yang lain.

HAKIKAT : Sebenarnya amalan ini mempunyai dalil-dalilnya tersendiri sbgmana termaktub di dalam mazhab dan Ashab. Tetapi dipandang lemah oleh golongan Wahhabi. Bahkan dihukum bid’ah dan sesat oleh mereka.

TINDAKAN : SEDARILAH SAUDARAKU SEKALIAN…BAHAWA KENYATAAN MEREKA INI SEBENARNYA MENJUSTIFIKASIKAN FITNAH TERHADAP NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA!!!

MAKA..AWASLAH DENGAN FAHAMAN EKSTERIMIS WAHHABI!!!

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MENGIRINGI YDP AGONG PADA MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1429H


( GAMBAR DI ATAS )

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Maal Hijrah 1429H/2008M telah berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 9 Januari 2008, bermula jam 6.00 malam. Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah sudi berangkat hadir ke Majlis ini. Turut hadir ialah Y.A.B. Perdana Menteri dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri serta Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)