Tuesday, August 31, 2010

PENETAPAN TARIKH AWAL SYAWAL

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
sila klik sini

Laporan penetapan tarikh awal bulan Syawal dikemukakan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 13 April 2010 Miladiah untuk diterimapakai oleh ahli mesyuarat segala keputusan penetapan tersebut yang telah dianalisa mengikut kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :


1) Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 2° dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 3°. Atau :


2) Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam
( selepas ijtimak berlaku).



Manakala Data-data Kajian Rukyah dan Hisab Awal Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah :


i) Koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur)
U 5° 16’ 55"T 119° 15’ 15"


ii) Koordinat Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)
U 6° 26’ 10"T 99° 38’ 30"


Oleh itu, penentuan Awal Syawal 1431 Hijriah adalah seperti berikut :


1.1. Pada petang hari merukyah hilal Syawal pada 29 Ramadan 1431 Hijriah bersamaan 8 September 2010 Miladiah (Rabu). Ijtimak (conjunction) berlaku pada jam 6.30 ptg (18:30)

1.2. Data-data kedudukan hilal pada 8 September 2010 Miladiah (Rabu) seperti berikut :

i) Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur)

J MMatahari Terbenam : 18 06
Bulan Terbenam : 17 52
Tinggi Bulan : -04° 03’
Jarak Lengkong : 05° 09’
J MUmur Bulan : -00 38
J MBulan Di ufuk Barat : -00 14


ii) Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)
J MMatahari Terbenam : 19 25
Bulan Terbenam : 19 13
Tinggi Bulan : -03° 20’
Jarak Lengkong : 05° 07’
J MUmur Bulan : 00 44
J MBulan Di ufuk Barat : -00 12


Urusan penentuan merukyah hilal adalah tanggungjawab pemerintah melalui kebijaksanaan para ulamak. Mana-mana individu atau pihak tertentu dibenarkan untuk merukyah hilal. Tetapi keputusan muktamadnya adalah berada di bawah kelolaan pemerintah. Jika perisytiharan telah dilakukan dan masih ada golongan yang tidak mahu menerima perisytiharan berkenaan, sebaliknya membuat perisytiharan yang lain ia dikira mencetuskan fitnah terhadap umat Islam. Kumpulan ini boleh didakwa dan dikenakan hukuman takzir. Wassalam.

Tuesday, August 24, 2010

ISU DOA KPD LGE

1)Tindakan al-Fadhil Us Zakaria Ahmad yang mendoakan agar KM PP : Lim Guan Eng mendapat hidayah adalah diharuskan syarak. ketentuan ini boleh diperolehi dengan benar apabila kita membuka kitab2 fekah pelbagai mazhab sekalipun. Malahan Nabi SAW sendiri pernah mendoakan agar dua Umar (Umar al-Khattab /Amr bin Hisham) mendapat hidayah dan memeluk Islam.

2)Mendoakan seorang Raja, Sultan @ YDP Agong adalah sesuatu yang harus hukumnya. Namun ia bukanlah satu rukun khutbah yang wajib dibaca oleh khatib. Malah khutbah tetap dikira sah tanpa doa khusus kepada VVIP di atas. apa yang berlaku di negara kita hanyalah satu adat yang dipandang mulia sahaja memandangkan Sultan, Raja dan YDP Agong bertanggungjawab sbg Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri. Justeru, meninggalkan adat bukan satu kesalahan.

3) Salah satu dari rukun khutbah yang 5 ialah : mendoakan umat Islam. Jika mana-mana khatib melafazkan doa utk umat Islam ia sudah merangkumi semua VVIP di atas dalam konteks yang umum. Kecuali raja tersebut rajagopal, rajaswari, rajalinggam dan yang se hindu dengannya. Untuk raja yang berkategori seperti ini ia tidak termasuk dalam umum doa di atas.

4) Tindakan Us Zakaria adalah menepati syarak. Saya mengenalinya. Malah dua abangnya : Dato Hj Saleh dan Dato Hassan adalah mursyid saya. Tetapi praktik yg dilakukan Us Zakaria adalah di masa dan tempat yang salah. Sekaligus menimbulkan fitnah terhadap ummat kerana mengkhususkan doa utk LGE dan melafazkan secara umum doa pemerintah Umat Islam. Akhirnya, mazhinnatul fitnah itu menggegerkan umat ini dgn pemikiran politik kepartian. Lahir pula pengulas politik kepartian yang memburukkan keadaan. Maka bertaqwalah kita semua kepada Allah SWT. dan ingatlah waktu kita semua dikembalikan kepadaNya.

5)Peristiwa ini membuktikan kepada kita bahawa ilmu dan semangat sahaja tidak mencukupi. Malah ia turut memerlukan kebijaksanaan dalam berdakwah. Hasilnya, kita mampu membawa keharmonian kepada orang yang beriman dan menarik hati golongan bukan Islam utk memeluk Islam. والله المستعان وإليه التكلان

Tuesday, August 17, 2010

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI





Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERMUJAHADAH



Selamat Menyambut bulan Ramadhan 1431 H dengan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT melalui sunnah Nabi SAW. Dapatkan pancaran amalan dari ilmu yang bermanfaat hasil sentuhan para alim ulamak ahlillah. Semoga mujahadah ibadat secara hakikat menyampaikan kita kepada makrifat dan semua ini dijadikan bekalan pulang ke akhirat. Barakallahu fikum buat semua umat Islam, saudara di jalan Allah dan rakan seperjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wa syukran.

Monday, August 9, 2010

ABB ditahan lagi

Siapa orang ini? Apa akidah dan pemikirannya?Mengapa ABB berfahaman ekstrem?

JAKARTA 9 Ogos - Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir yang pernah dipenjarakan kerana kaitannya dengan serangan bom di Bali pada 2002 ditangkap hari ini kerana didakwa terlibat dengan satu rangkaian militan yang baru. Peguamnya, Muhammad Ali berkata, Abu Bakar ditangkap polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat pagi ini.
Dia didakwa terlibat dengan kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh, kata ketua unit antikeganasan kerajaan, Ansyaad Mbai.


Polis kelmarin menangkap lima suspek dan merampas bahan letupan dalam serbuan berasingan di beberapa kawasan di Jawa Barat. Pihak berkuasa pada Februari lalu menemui kumpulan baru tersebut yang didakwa merancang untuk membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai ke atas warga asing di negara ini. Berpuluh-puluh suspek yang dikaitkan dengan kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka al-Qaeda di Aceh, ditangkap atau dibunuh dalam serbuan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Khabar angin tersebar sejak berminggu-minggu lalu bahawa Abu Bakar yang terkenal kerana ceramah berapi-api yang menghamburkan kebencian terhadap warga asing, termasuk dalam senarai suspek yang akan ditangkap.


Abu Bakar paling dikenali sebagai pengasas dan pemimpin agama Jemaah Islamiah (JI), kumpulan yang melancarkan serangan bom yang meragut 202 nyawa di pulau Bali pada 2002.
Dia menjalani hukuman penjara selama beberapa tahun kerana pembabitannya dengan JI tetapi dibebaskan pada 2006. Abu Bakar yang juga pengasas pesantren al-Mukmin di Ngruki, Solo kini memimpin kumpulan Jema'ah Ansharut Tauhid (JAT). Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang berpangkalan di Brussels dalam laporannya pada bulan lepas mendakwa, beberapa anggota JAT didapati terlibat dalam komplot keganasan yang berjaya dipatahkan oleh polis. - AP/Reuters

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo