Wednesday, April 21, 2010

SUKA LANGGAR PERATURAN


Anak bekas mufti mohon petisyen pembatalan


KUALA LUMPUR 19 April - Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya hari ini memfailkan petisyen pengisytiharan untuk membatalkan penggunaan Seksyen 53 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) bagi mendakwa beliau kerana mengajar agama tanpa tauliah di negeri itu.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Seremban pagi ini bagi mengisytiharkan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tiada bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah seksyen tersebut. Petisyen ke atas kerajaan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu dibuat melalui peguam Kamarul Hisham Kamaruddin.

Fathul Bari, 30, berkata, tindakan itu diambil untuk menegakkan haknya seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan beliau memohon petisyen. "Saya tidak menafikan peranan institusi agama. Tetapi bidang kuasa yang digunakan untuk mendakwa saya bersama rakan lain tidak menurut Perlembagaan Persekutuan," jelasnya pada sidang akhbar selepas permohonan tersebut difailkan di sini hari ini.

Turut hadir, Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25, yang membuat permohonan yang sama.
Fathul Bari dan Nik Amirul Faiz bersama dua pengikutnya, Abdullah Sanusi Othman, 40; dan Khairudin Daud, 55, ditahan oleh JHEAINS pada pukul 11.30 pagi, 28 Februari lalu. Ketika itu beliau sedang menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul kepada 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk soal siasat selain beberapa buah buku serta peralatan yang digunakan turut dirampas dalam serbuan itu.
Fathul Bari dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah dan dituduh di bawah seksyen tersebut manakala pengikutnya ditahan mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama kerana dituduh bersubahat.

Keempat-empat mereka tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan jaminan RM2,200 ke atas Fathul Bari dan RM2,000 kepada setiap pengikutnya. Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.


Ulasan :

1) Kesalahan mengajar agama tauliah merupakan satu enakmen negeri yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan @ Yang Dipertuan negeri sebagai ketua Agama Islam negeri berkenaan. Sesiapapun samada Datuk, Profesor, Tengku, Dr, Ustaz mahupun Cikgu perlu mendapatkan tauliah utk menyampaikan ceramah agama. Kecuali mereka diberi pelepasan dengan pengecualian tertentu. Manakala permit polis diperlukan untuk sebarang ceramah politik kepartian. Ketetapan ini terunjur dari akta dan enakmen sedia ada dalam negara kita. Barangsiapa yang tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada boleh dikatakan sebagai samseng. Bukan sekadar samseng undang-undang konvensional. Tetapi ramai juga yang cuba berlagak samseng mencabuli enakmen agama.

2) Maahad Ittiba' al-Sunnah Kuala pilah memang dikenali menyebarkan fahaman kaum muda sejak dulu lagi. Pengasasnya, Arwah Ustaz Hashim Ghani pernah mengarang buku : HARAM DAN SESAT BERMAZHAB. Jika kita menganalisa buku ini didapati beliau secara sengaja menghukum sesat,bid'ah dan haram kepada berjuta-juta umat Islam di dunia ini yang berpegang kepada pandangan mazhab muktabar. Walhal beliau bukan seorang ulamak. Bukan pula seorang mujtahid. Sebaliknya beliau juga seorang pentaqlid kepada pandangan Syeikh Ma'syumi Khojandi yang berfikrah Wahhabiy. Nampaknya, secara tanpa sedar, Ustaz Hasyim Ghani juga menghukum dirinya sendiri dan juga gurunya sebagai pembuat bid'ah, haram dan sesat. Idea ini kemudiannya diperjuangkan oleh anak dan pengikutnya. Bahkan sesiapa sahaja yang sehati sejiwa dengan metodologi kaum muda kelihatan mempunyai keterikatan dengan dengan maahad ini. Termasuklah individu di atas.

Inilah buku yang didakwa 'Sunnah' tetapi sebenarnya bersikap anti mazhab serta menghukum sesat umat Islam yang berpegang kepada pandangan mazhab muktabar. Mereka bukan sekadar mendakwa diri mereka suci (golongan sunnah) tetapi dlm masa yang sama menuduh orang lain sbg ahli bid'ah, sesat, jumud, syiah, ahbash dan pelbagai gelaran yang buruk. Jelasnya, ini adalah sebahagian dari pemikiran yang punah - ranah.

3) Selain itu, Rasul Dahri juga dikesan berkeliaran di Maahad ini bagi menyebarkan dakyahnya. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa individu dari kumpulan Muhammadiyah Singapore turut menghadirkan diri dalam beberapa program yang dianjurkan. Oleh itu, saya menyeru pihak JAHEINS, PDRM dan SB supaya terus melakukan siasatan dan pemantauan kerana kemungkinan besar maahad ini dijadikan pengkalan untuk melakukan aktiviti yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan tidak mustahil aktiviti mereka menjurus kepada aktiviti radikalisme agama memandangkan beberapa pemimpin JI pernah menjadikan maahad ini sebagai markaz mereka satu waktu dahulu.

4) Untuk makluman semua, Us Fathul Bari sebelum ini pernah ditangkap JAIS kerana mengajar agama tanpa tauliah. Kesnya sama dgn Dr MAZA, Dr Abdullah Yasin, Rasul Dahri dan beberapa individu lain. Kronologi kes ini membuktikan kepada kita bahawa pemahaman dan pemikiran agama mereka ditolak oleh pihak berkuasa agama kerana bertentangan dgn prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Walaubagaimanapun, mereka tetap mencari jalan untuk melepaskan diri dari disabitkan kesalahan dengan apa cara sekalipun. Bagi mereka : menyambut maulidurrasul bid'ah sesat. tetapi kalau mereka ceramah..tak bid'ah pulak. Inilah sikap sebenar perjuangan mereka. Iaitu mengeluarkan hukum terhadap orang lain sesuka hati sahaja. Tetapi 'melepas pandang' untuk diri sendiri. Mereka juga gemar bersikap keras kepala dan membelakangi undang-undang yang berkuatkuasa dalam negara. Anak Pak Wahhab memang suka langgar peraturan pihak autoriti agama.

Penulisan bekas mufti cari glamour

Imbas kembali ketika Dr MAZA di tahan dan hadir di mahkamah Syariah Gombak Timur


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin cenderung kepada pandangan kumpulan seperti Muhammadiyyah di Indonesia dan Ibnu Taymiyyah di Asia Barat, berdasarkan penulisan artikelnya bertajuk Cabaran Gerakan Pembaharuan.

Beliau juga berkata, artikel Mohd Asri itu yang didakwa berunsur hasutan terhadap agama dan institusi Raja-Raja Melayu, boleh dilihat sebagai lebih kepada tujuan mencari publisiti. “Penulisannya yang seolah-olah memperkecil Raja dan ulama adalah satu fitnah serta tuduhan melulu,” katanya kepada Berita Harian.
Ahad lalu, 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membuat laporan polis terhadap Mohd Asri yang didakwa menulis artikel di sebuah laman web berunsur hasutan terhadap agama dan institusi Raja-Raja Melayu.Laporan polis itu dibuat oleh Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Yusri Mohamed. Yusri berkata, dakwaan Mohd Asri dalam artikel itu jelas menunjukkan Raja-Raja Melayu dan istana menolak pembaharuan agama kerana didakwa tunduk kepada penjajah serta diampu oleh ulama.




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, turut sependapat bahawa kebanyakan isu yang ditimbulkan satu persatu oleh Mohd Asri lebih kepada bertujuan mencari publisiti. Sebagai ulama, katanya, kenyataan yang dikeluarkan Mohd Asri perlu ada bukti supaya tidak mengakibatkan orang ramai hilang kepercayaan kepada kewibawaan beliau.“Mohd Asri tidak wajar mencetuskan isu berkaitan agama secara terbuka bagi mengelakkan berlaku lebih banyak lagi kekeliruan dalam masyarakat.“Beliau sebagai bekas mufti mesti tahu bahawa kita ada jawatankuasa dan juga perjumpaan antara mufti dan ulama... di situlah tempat untuk menyalurkan apa saja yang tidak puas hati,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) di sini, semalam.



Sementara itu di SHAH ALAM, kehadiran Mohd Asri ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kelmarin, untuk membantu siasatan berhubung tulisannya bertajuk 'Telan Air Ludah Ustaz' dalam laman berita portal Malaysiakini.com pada 12 April lalu, disifatkan gagal membuahkan hasil. Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman, berkata Mohd Asri tidak dapat memberikan maklumat tepat dan spesifik membabitkan sumber asal maklumat penulisannya yang diperlukan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi mengekang dan membanteras kegiatan berkenaan.



Lakaran kartunis yang dmuatkan Dr Asri di laman webnya boleh disifatkan menghina JAIS berhubung tangkapan terhadapnya yang mengajar agama tanpa tauliah. Menghina Jabatan Agama beerti menghina Sultan negeri berkenaan memandangkan Tuanku Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri berkenaan.

Katanya, dakwaan Dr Mohd Asri bahawa beliau mendapat maklumat untuk penulisannya daripada lima indi-vidu yang terpaksa dirahsiakan nama mereka kerana sudah diamanahkan untuk berbuat demikian, adalah tidak konsisten dengan prinsip bersama menjaga agama.“Sebaliknya, pendedahan bersifat terbuka kepada umum sebegitu rupa boleh dikatakan sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab dan bersifat subjudis atau `baling batu sembunyi tangan', yang memungkinkan lahir senario baru dan persepsi tidak baik umat Islam di Selangor dan Malaysia terhadap aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang selama ini menjadi pegangan,” katanya.


Ulasan :

1) Berdasarkan keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa isu yang dicetuskan Dr Asri bukan hanya bersifat individual antara beliau dgn Zamihan atau dgn tokoh yg lain. Tetapi polemik yg dicetuskannya turut dibantah oleh NGO Islam, para Mufti, ulamak dan ahli politik. Sememangnya, perbezaan ideologi dan metodologi merupakan teras perjuangan Wahhabiy, Kaum Muda, Muhammadiyah, Tajdid Sempit (Gerakan Pembaharuan), Muslim Progresif dan pelbagai jenama lagi. Pendek kata, dimana sahaja mereka berada, mereka akan mencetuskan 'kepelikan' fahaman dan amalan berbanding umat Islam arus perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah.


2) Selain itu, Dr Asri juga gagal menyalurkan komentar mengikut saluran yang benar. Sebaliknya lebih gemar meneruskan tabiat mengkritik secara destruktif. Metod begini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh Muhammad ben abdul Wahhab @ Wahhabiy. Observasi penulis mendapati metod antara kedua individu ini dilihat mempunyai persamaan. Dan akhirnya untuk memenangi metodnya..dia terpaksa berbaik dgn orang politik dan melibatkan diri dgn politik kepartian.


3)Kegagalan Dr Asri membuktikan kegiatan 'telan air liur Ustaz' membuktikan kepada kita bahawa beliau bukan seorang perawi yang tsiqah. Tidak juga berstatus dhaif. Bahkan hampir dikategorikan sebagai 'Matrukul hadith' yakni ditinggalkan ceritanya. Ini kerana beliau mewawarkan dakwaan dalam akhbar upacara brkenaan. Tetapi bila dituntut utk mengemukakan bukti..beliau gagal berbuat demikian. Bahkan sanggup menyembunyikan perawi yg meriwayatkan cerita berkenaan. Dalam ilmu hadis, tindakan sebegini dikira sebagai tadlis (menyembunyikan perawi). Padahal fakta penceritaan, status perawi dan silsilah sanad amat penting untuk kita mempercayai sesuatu perkhabaran. Bagi saya,kegagalan Dr asri menampilkan bukti boleh dikategorikan sebagai 'hadis mauduk'. Yakni cerita yang sengaja direkacipta bagi memburukkan imej orang lain. Katakan tidak kepada riwayat yang dhaif, matruk dan rekacipta.

Tuesday, April 20, 2010

ATASI KEKELIRUAN ISTILAH ANTARA AGAMA-KAUM

Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my
PENUBUHAN Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama terus mengundang kontroversi. Pelbagai pihak mengeluarkan pendapat berhubung perkara tersebut. Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), mufti-mufti dari seluruh negara yang mengadakan pertemuan di Putrajaya baru-baru ini sepakat mencadangkan agar perkataan agama ditukar kepada perkataan kaum.

Para mufti mencadangkan agar nama Jawatankuasa Khas Antara Agama ditukar kepada Jawatankuasa Khas Antara Kaum bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan rakyat.
Perkara itu dicapai hasil pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan mufti-mufti negeri berhubung penubuhan jawatankuasa khas itu yang menimbulkan kontroversi. Dalam meneliti perkara ini, isu yang timbul berpunca daripada penggunaan perkataan agama bagi menamakan jawatankuasa tersebut. Jika perkataan lain yang dipilih, tentu ia tidak akan menimbulkan kontroversi. Ada asasnya kenapa penolakan itu berlaku kerana apa sahaja yang dikaitkan dengan agama boleh disalah tafsir, diputar belit dan dikelirukan oleh pihak yang masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Jika kaum Cina, sudah tentu keutamaannya adalah kepada agama Buddha, begitu juga jika kaum India, perkara utama yang paling dipentingkan adalah agama Hindu yang menjadi pegangan hidup mereka. Dan sudah tentu, kaum Melayu yang merupakan penganut agama Islam di negara ini akan sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan ketinggian darjat agama suci itu tidak tergugat. Masalahnya, jika semua kaum mahu mempertahankan agama masing-masing dan membuat tuntutan yang bukan-bukan, maka apa akan jadi dengan matlamat penubuhan jawatankuasa itu.

Itulah yang ditakuti berlaku oleh pihak-pihak yang menolak penubuhan jawatankuasa yang menggunakan perkataan agama di dalam menamakan jawatankuasa itu. Selain itu, perlu difahami bahawa dua perkataan itu membawa maksud dan pemahaman yang berbeza. Perkataan kaum merujuk kepada etnik sama ada Cina, India, Kadazan atau Dayak. Agama pula adalah anutan atau kepercayaan seseorang terhadap Tuhan mengikut ajaran masing-masing seperti Islam, Hindu, Buddha atau Kristian.

Tetapi perlu kita fahami bahawa dalam hal ini, ada orang Cina menganut agama Islam, begitu juga kaum India dan Kadazan yang memilih Islam sebagai penyuluh hidup. Di antara etnik dan agama, tentulah agama diletakkan di tempat yang paling atas. Ini kerana etnik yang berbeza itu boleh menganut agama pilihan masing-masing dan dalam perkara ini, tentulah agama Islam berada di tempat paling atas dalam apa sahaja jawatankuasa agama yang ditubuhkan di negara ini.

Ini kerana agama rasmi negara Malaysia adalah Islam dan itulah yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, apa sahaja jawatankuasa yang dibentuk secara automatik akan mengangkat agama Islam di kedudukan paling atas. Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Khadijah Hambali menjelaskan perkara tersebut.

Menurutnya, kekeliruan timbul apabila orang ramai termasuk pihak tertentu tidak faham mengenai apakah yang dimaksudkan dengan hubungan etnik, dialog antara agama, dialog tamadun Islam dan lain-lain yang seumpamanya. Katanya, istilah yang berbeza itu digunakan sebagai satu pendekatan terhadap peserta atau orang ramai yang perlu didekati untuk memahamkan mereka terhadap sesuatu isu berkaitan agama. "Kalau etnik, ia merujuk kepada kaum dan sesiapa pun boleh duduk di tempat paling atas dalam jawatankuasa yang ditubuhkan itu. "Ini bermaksud jika etnik Cina atau etnik India yang duduk di tempat itu, maka tentulah mereka akan 'mewarnakan' perjalanan jawatankuasa tersebut mengikut kepentingan etnik masing-masing. Itu berlaku jika kita pilih nama Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.

"Tetapi kalau kita guna perkataan agama (Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama), agama yang dimaksudkan itu jelas merujuk kepada Islam kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara dan status itu membuatkannya berada di kedudukan paling atas dalam satu-satu jawatankuasa agama yang dibentuk," katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 6 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Khas bagi Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang akan membincangkan pelbagai isu berhubung antara agama dalam negara.

Mengulas lanjut, Dr. Khadijah berkata, kontroversi yang timbul ini menunjukkan seolah-olah orang Islam sendiri tidak faham Perlembagaan Persekutuan.

"Jika Perlembagaan ini dihayati dengan teliti, sudah tentu tidak timbul sebarang kontroversi dan jika ada pun kekurangan terhadap pembentukan jawatankuasa tersebut, ia boleh diperbaiki menerusi perbincangan," katanya. Justeru, katanya, golongan mufti sepatutnya turut berada di dalam jawatankuasa tersebut kerana tanggungjawab mereka adalah untuk memastikan agama Islam terus terpelihara. "Mereka (mufti) very powerful. Peranan mereka penting dalam meletakkan syarat-syarat atau peratusan atau mekanisme yang wajar dalam menggerakkan jawatankuasa tersebut. "Begitu juga, kalau nak pilih ahli jawatankuasa, maka hanya mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang agama sahaja diletakkan di dalam jawatankuasa tersebut," ujar Dr. Khadijah.
Ulasan :
1) Saya juga tidak bersetuju dengan penubuhan IFC. Penubuhannya bukan sekadar mencabar keistimewaan Islam sbg agama persekutuan, tetapi mencabar bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat sesebuah negeri mahupun kuasa eksekutif YDPA.
2) Apakah selama ini agensi agama yang ada seperti Majlis Raja2, Majlis Kebangsaan Islam (MKI), Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, JAIN, Majlis Agama Islam, Jabatan Mufti gagal memainkan peranannya dalam dialog agama dan peradaban? Atau adakah mereka gagal memberi keadilan kepada golongan bukan Islam di negara kita? Sebaliknya kita melihat apa juga kemelut sebelum dapat diselesaikan secara hikmah dan bijaksana.
3) Keanggotaan IFC juga diragui. Mengapa Majlis Raja2, Majlis Fatwa @ para Mufti tidak dimaklumkan tentang penubuhan ini dan keanggotaannya. Sebaliknya ia hanya diputuskan kabinet sahaja. Tentu ada udang disebalik mee!
4) Apakah kewujudan IFC akan menjadi penimbang tara kepada dasar2 agama Islam yang diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi Islam di negara ini. kalau setakat nak dialog, kita tak memerlukan kepada Suruhanjaya kelulusan kabinet. Sebaliknya hanya cukup dengan perwakilan tertentu yang sedia ada sahaja.
Nampaknya, perjuangan golongan Islam Liberal untuk meliberalisasikan dasar pengurusan agama di negara kita semakin kukuh. maka saya mengingatkan semua pihak agar sentiasa berwaspada dan kita semua perlu lebih proaktif dalam usaha membentuk pemikiran sesat ini. Jazakallah khayran jazak.

Monday, April 19, 2010

WARAN TANGKAP UTK MINDA TAJDID

Waran tangkap jika Mohd. Asri tidak hadir

SHAH ALAM 15 April - Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin jika beliau gagal hadir dalam tempoh seminggu untuk menjelaskan tentang 'upacara telan air liur' yang didakwanya dilakukan seorang tokoh agama di negeri ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tempoh seminggu yang bermula hari ini hingga 21 April diberi kerana pihaknya belum mendapat kerjasama Mohd. Asri untuk menjelaskan dakwaannya itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengepos dan menghantar melalui faksimili surat arahan supaya Mohd. Asri hadir membuat penjelasan. Menurut beliau, surat arahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (Nombor 9) 1995.

"Kita memerlukan maklumat mengenai 'upacara telan air liur' daripada beliau. Sebelum ini kita memang tidak mempunyai maklumat mengenai 'upacara' itu atau menerima aduan mengenainya daripada mana-mana pihak sehinggalah Mohd. Asri mendedahkannya di portal berita Internet. "Jika Mohd. Asri gagal hadir seperti diarahkan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 58 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 iaitu mengeluarkan waran tangkap," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini petang ini.

Mohammed Khusrin menegaskan, JAIS tidak mempunyai masalah dengan Mohd. Asri tetapi jika beliau enggan bekerjasama tindakan mengikut undang-undang akan diambil.
Sementara itu Dr. Mohd. Asri mendakwa JAIS mengetahui mengenai kewujudan 'upacara telan air liur' yang melibatkan seorang tokoh agama di negeri ini.
Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa aduan mengenai upacara itu telah dikemukakan kepada JAIS pada Isnin lalu, iaitu hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenainya di sebuah portal berita propembangkang. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang dikatakan membuat aduan mengenai kegiatan tokoh agama itu.

Justeru menurut Mohd. Asri, beliau tidak perlu menjelaskan isu itu kepada JAIS kerana pihak berkuasa agama itu sudah maklum mengenai perkara tersebut. "Saya rasa Pengarah (JAIS) sendiri sudah mengetahui perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ulasan :
1) Saya kira jika Dr MAZA gagal mengemukakan bukti beliau wajar ditangkap oleh JAIS. Ini kerana dakwaannya itu merupakan satu tohmahan kepada tokoh agama berpengaruh di Selangor. Bahkan maruah JAIS selaku badan induk autoriti agama turut terjejas dengan dakwaan beliau. Seolah JAIS hanya bertindak dalam soal 'ceramah tanpa tauliah' tetapi tidak bertindak terhadap bentuk penyelewengan lain.
2) Jika Dr MAZA ikhlas mengkritik secara membina. Beliau tidak perlu malu untuk hadir mengemukakan bukti. Bukankah kaedah feqhiyyah menyebutkan : al-Bayyinah Mudda'ie wal yamin ala man ankara." al-Qur'an juga menuntut kita utk tampil mengemukakan bukti jika kita dari kalangan yang benar. So, mana prinsip dr MAZA?
3) Pada hemat saya, isu yang dikemukakan oleh Dr MAZA bukan bersifat pengemudi bahtera minda tajdid. Tetapi lebih menjurus kepada meributkan umat Islam dengan isu-isu yang remeh temeh. Manakala kesalahannya hendak ditudingkan kepada Jabatan Agama. Lebih2 lagi beliau mempunyai kes mahkamah dengan JAIS. Maka dia kelihatan berusaha dengan apa jua cara untuk membersihkan namanya sebaik mungkin. Dalam masa yang sama cuba menyalahkan agensi yang kontra dengan pemikirannya. Jika benar tajdid, alhamdulillah. Tetapi jika tersasar tajdid..nauzubillah.

Sunday, April 18, 2010

IKAN KELI MAKAN ORGAN BABI HARAM

PUTRAJAYA: Memakan haiwan ternakan, termasuk ikan keli yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Amri Abdullah, berkata fatwa pengharaman itu wajar menjadi panduan kepada umat Islam bagi mengelak membeli hasil ternakan haram dimakan. "Umat Islam perlu berhati-hati dan mengelakkan memakan ternakan seumpama kerana fatwa mengenai kesahihan haram atau halal sudah dikeluarkan," katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai seorang penternak ikan keli di Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya di Kuala Selangor, Mohd Fadzil Ibrahim, mendakwa ada ikan keli yang diternak bukan Melayu diberi makan seperti perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Namun, Mohd Amri berkata walaupun Jakim bertanggungjawab terhadap persijilan halal seperti ditetapkan oleh standard ISO MS150 2009, pihaknya tidak berhak memeriksa produk yang tidak mempunyai persijilan halal atau tanpa logo halal. "Jakim hanya boleh memeriksa pengeluaran, penyediaan, pemberian makanan, penyembelihan, pengendalian, penyimpanan dan pembungkusan bagi produk yang ada sijil halal, Pendek kata, semua proses dari ladang hingga sampai kepada konsumer di meja makan adalah dalam bidang kuasa Jakim.
"Bagaimanapun, bagi produk yang tiada persijilan halal atau menggunakan logo halal, ia tidak bermakna bahan terbabit haram dimakan tetapi pengguna harus menggunakan budi bicara dan jangan beli sekiranya was-was," katanya. Beliau berpendapat adalah berbaloi bagi pengusaha hasil ternakan seperti ikan keli, yang sebahagian besar pelanggannya adalah orang Melayu atau umat Islam, memohon persijilan halal bagi menghapuskan syak wasangka terhadap kesahihan status halal produk yang dipasarkan.

Thursday, April 15, 2010

PUBLISITI MURAHAN

Telan air liur: Asri diminta beri penjelasan


SHAH ALAM 13 April - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memberi penjelasan berhubung 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwanya dilakukan oleh seorang tokoh agama di negeri ini. Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kerjasama Mohd. Asri itu amat diperlukan kerana setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut . "Setakat ini, memang kita tidak membuat tindakan kerana tidak tahu mengenai perkara yang didakwa oleh beliau (Mohd. Asri).


"Namun apabila ia didakwa oleh seorang bekas mufti, ini amat berat dan kita perlukan kerjasama beliau untuk menjalankan siasatan, kalau betul ada bukti tindakan tegas akan diambil. "Dalam hal ini Mohd. Asri tidak boleh mempersoalkan mengapa JAIS mengambil tindakan ke atas pensyarah yang tidak ada tauliah tetapi kes ini (telan air liur) tidak diambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Mohammed Khusrin memberikan penjelasan demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohd. Asri yang disiarkan dalam kolum beliau di portal berita propembangkang, Malaysiakini. Mohd. Asri mendakwa, upacara telan air liur tokoh agama untuk mendapat keberkatan itu dilakukan di sebuah masjid oleh seorang yang ada tauliah dan berjawatan di Selangor.


Menurut bekas Mufti Perlis itu, pengikut tokoh agama yang menghadiri kuliahnya akan disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liurnya.
Mohammed Khusrin memberitahu, dakwaan tersebut adalah kes pertama yang didengar oleh JAIS tetapi sehingga kini pegawai-pegawainya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara berkenaan.


ULASAN :


1) Setelah disepikan dari media arus perdana, Dr MAZA tetap juga mahu mencari publisiti. Isu kecil sengaja diperbesarkannya kepada media. Terutamanya isu yang melibatkan JAIS yang bertindak menangkap dan mendakwanya mengajar agama tanpa tauliah. Beliau sememangnya bersalah kerana membelakangi undang2. Tetapi beliau tetap ingin menampakkan kepincangan di pihak orang lain.


2) Isu 'Telan air liur' seorang tokoh agama bukanlah isu besar yg perlu dikaitkan dengan JAIS. Tetapi sengaja ditimbulkan bagi memperlihatkan kpd masyarakat seolah-olah JAIS tidak peka dengan situasi yang berlaku. Dr Maza kelihatan ketandusan modal agama untuk menglamerkan dirinya.Nampaknya, beliau masih berpegang dgn prinsip : in tukhalif tu'raf.


3) Selaku sarjana hadith, Dr MAZA sepatutnya tampil membawakan riwayat yang sahih tentang isu berkenaan. Bukannya sekadar meluahkan dlm portal politik secara umum. Bagi saya, MAZA amat biasa dgn pendekatan mengkritik secara tidak membina dan mempersalahkan orang lain. ia sinonim dgn metodologi Wahhabiy yang menganggap diri mereka yang paling benar dan menyalahkan pihak lain dgn tuduhan 'tidak sunnah' @ tidak islamik. Macam sama jek?


4) Tindakan Ustaz yg meludah air liur ke dlm air jampi utk ditelan bagi org lain mmg salah dan bertentangan dgn perubatan Islam. Ia bukan sekadar tidak bersandarkan nas. Tetapi ia juga bermaksud menghina mereka yang memerlukan bantuan spiritual berkenaa. Perbuatan ini tidak dilakukan oleh org yang berakal. Soalnya, jika Asri mempunyai fakta, dia seharusnya tampil mengemukakan bukti kpd JAIS selaku pihak berkuasa agama di Selangor. Jika tidak, Asri boleh dianggap fattan kerana mencetuskan polemik tanpa sebarang bukti. Hasilnya, publisiti murahan seperti ini hanya memerangkap asri sendiri. Sebenarnya dah ramai dikalangan kita yang 'tertelan airliur' Asri tanpa sedar.Miskin - miskin.

Friday, April 9, 2010

Bila Sudah Tahu, Apa Yang Perlu Kita Buat ?

Ini adalah buku yang ditulis oleh RASUL DAHRI, namanya terkenal di kalangan mereka yang mengakui sebagai salafi (wahhabi) di Malaysia. Dan beliau masih giat menyampaikan ceramahnya samada di dalam radio, kuliah agama dan melalui penulisan. Yang mana ia juga turut disebarluaskan di dalam youtube, facebook dan sebagainya.




Di dalam buku ini ditulis oleh RASUL DAHRI iaitu :



Sekiranya diklik pada scan buku di atas akan tertera perkataan :

Termasuk dalam kategori ini (bid'ah iktikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asy'ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.


Ulasan penulis :

Lihat betapa beraninya penulis ini memasukkan sejumlah ulamak dan umat Islam yang bukan sahaja berada di Malaysia, Brunei, Indonesia bahkan di seluruh dunia ke neraka dan kekal di dalamnya.

Firman Allah yang bererti :

وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُوٓاْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا فُتِحَتۡ أَبۡوَٲبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُہَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ رُسُلٌ۬ مِّنكُمۡ يَتۡلُونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَـٰتِ رَبِّكُمۡ وَيُنذِرُونَكُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَـٰذَا‌ۚ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَـٰكِنۡ حَقَّتۡ كَلِمَةُ ٱلۡعَذَابِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٧١) قِيلَ ٱدۡخُلُوٓاْ أَبۡوَٲبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۖ فَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَڪَبِّرِينَ (٧٢)

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir. (71) (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. (72)
(surah Az Zumar ayat 71-72)

Jelaslah di dalam firman Allah di atas bahawa yang kekal di dalam neraka adalah Orang Kafir. Lalu bagaimana penulis buku ini boleh menghukum golongan asya'iroh sebagai kekal di dalam neraka sebagaimana orang-orang kafir ?

Dan golongan yang berfahaman seperti Rasul Dahri ini sedikit sebanyak telah menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam yang tidak tahu/kurang pengetahuan mengenai agama. Dan akhirnya berlakulah hukuman sesat, kafir, masuk di dalam neraka ke atas umat Islam tanpa hak!


Siapakah antara ulamak Islam yang mengikut aliran asya'iroh ini ?

Antara Peringkat Para Ulama’ Al-Asya’irah

Peringkat Pertama (Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari)

Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri

Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri

Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi

Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi

Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi

Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi

Abu Yazid Al-Maruzi

Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi

Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili

Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari

Abu Al-Hasan Ali At-Thobari

Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi

Abu Abdillah Al-Asfahani

Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri

Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani

Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi

Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi

Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani

Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi

Peringkat Kedua

Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani

Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi

Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi

Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani

Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)

Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi

Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili

Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani

Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi

Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi

Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi

Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani

Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi

Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani

Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi

Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini

Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi

Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani

Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

Peringkat Ketiga

Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi

Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi

Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi

Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri

Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi

Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi

Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz

Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)

Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)

Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani

Abu Ja’far As-Samnani

Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini

Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri

Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)

Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi

Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri

Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki

Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini

Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat

Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi

Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi

Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi

Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini

Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi

Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini

Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi

Abu Abdillah At-Thobari

Peringkat Kelima

Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi

Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)

Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.

Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi

Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi

Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi

Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani

Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri

Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji

Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)

Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi

Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani

Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi

Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah

Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini

Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)

Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)

Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam

Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib

Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)

Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd

Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji

Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)

Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi

Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal

Sheikh Zainuddin

Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki

Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib

Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani

Sheikh Jamaluddin bin Jumlah

Sheikh Jamaluddin bin Jamil

Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi

Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri

Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)

Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…

(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya)


Na'uzubillah, sekian ramai ulamak Islam bahkan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia telah dihukum kafir oleh penulis ini.


Sedangkan sudah jelas di dalam Al Quran, Allah telah berfirman :




ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ (٣٢) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا يُحَلَّوۡنَ فِيہَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬اۖ وَلِبَاسُہُمۡ فِيہَا حَرِيرٌ۬ (٣٣)

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32) (Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. (33)
Surah al Fathir ayat 32-33)

Dan dari hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

Sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله و في قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Ertinya : "Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "


Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

يقول الله تعالى : وعزتي وجلالي وكبريائي وعظمتي لأخرجن منها (أي من النار) من قال لا إله إلا الله

Ertinya : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"


Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"
Apa yang perlu kita lakukan ?

Di dalam internet terdapat laman web RASULDAHRI.COM dan di sinilah fikrahnya berpusat dan disebarkan oleh pengikut-pengikutnya. Bahkan terdapat juga di dalam 'group Facebook' yang ada menghubungkan 'group'nya dengan RASULDAHRI.COM.

Pihak yang berkenaan silalah ambil tindakan susulan yang sepatutnya memandangkan fahaman ini sedang bergerak cergas di Malaysia. IbuBapa dan Penjaga perlulah mengambil tahu dari mana sumber-sumber artikel agama diambil, kita takut anak-anak kita pada suatu hari nanti akan menghukum pula IbuBapanya sebagai sesat, kafir dan masuk ke dalam neraka.

Jangan lupa apa yang telah diberitahu oleh Dr Yusof al Qardhawi (tokoh Ma'al Hijrah 2009) :

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.


وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

p/s : berhati-hati dan perhatikan nama-nama penulis sebelum membeli buku agama takut-takut fikrah suka menyesatkan umat Islam pula yang dibaca.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo