Tuesday, September 29, 2009

IMAM SUNNI DITUKAR

Masjid al'A'la, Behor Temak, Perlis : Lambang campurtangan Wahhabiy Perlis

Imam bukan Wahabi ditukar?

Jimadie Shah Othman Sep 28, 09 5:17pm


Arahan pertukaran beberapa orang imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi. Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.


Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman ‘Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.


Walaupun Perlis menerima ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan ‘Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie. Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman ‘Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu. Menurut sumber, fahaman ‘Sunnah Perlis' atau ‘Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis. Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.


‘Tidak beri alasan pertukaran'
Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandangani pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula imam di Perlis."Sekarang mereka mula dengan Masjid Al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya."Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.


Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini. Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan "fatwa" supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan imam masjid. Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.


Penduduk hantar memo
Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangani kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu. Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO - Institut Sunnah Perlis - dikaitkan sebagai usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.


Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania. Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957.Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad (walaupun jahil tukil) dan menolak bid'ah dalam Islam (walaupun ianya sunnat menurut mazhab lain). Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/113749


Ulasan :

1) Saya tidak terkejut langsung apabila mendengar ada imam ditukar di Perlis atas alasan tidak mamatuhi peraturan Sunnah ala Wahhabiy yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Perlis. Kekeliruan berhubung pengurusan hal ehwal agama Islam di Perlis sentiasa berlaku apabila pentadbirnya bersikap keras kepala untuk tidak berpegang kepada pandangan mazhab muktabar. Mereka sebenarnya bukan berpegang kepada pandangan terkuat dikalangan ulamak. Akan tetapi lebih cenderung kepada pendapat Wahhabiy. Iaitu, metodologi Syeikh Muhammad Abdul Wahhab yang berinspirasikan pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Akhirnya, mereka jenamakan sebagai pendapat Sunnah @ Salafi. Jika benar mereka mengikut sunnah @ salafi, nescaya tiada 'pertelingkahan' dalam soal usul mahupun furuk. Tetapi jika sering berlaku pertelingkahan..inilah padahnya berpedomankan Salafi Wahhabiy.


2) Menurut observasi yang dilakukan, sekali sekala, mereka juga mengikut pandangan terkuat. Tetapi kebanyakkannya mereka mengutip rukhas ulamak(pandangan yg ringan dikalangan ulamak). Contohnya, dalam kes anak yang lahir dibawah 6 bulan boleh di daftarkan kepada bapa yang menyetubuhi ibunya. Mereka telah fatwakan. Ternyata, keputusan ini bertentangan dgn Ijmak ulamak dan Enakmen Negeri Perlis sendiri dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebab itulah, fatwa ini dibantah oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Lalu ia tidak boleh dikuatkuasakan. Perlu disedari bahawa pertelingkahan agama yang sering berlaku ini bukan hanya dalam negeri Perlis sahaja. Sebaliknya turut menghuru-hara fahaman umat Islam se-Malaysia.


3) Pada hemat saya, Imam tersebut tidak perlu meletak jawatan. Tunggu sahaja untuk dipecat. Kemudian ambil tindakan undang-undang. Ini kerana pemakaian 'Sunnah' di negeri Perlis itu banyak tafsirannya. Lagipula, undang-undang tubuh negeri yang berasaskan 'Sunnah' tidak pernah dikuatkuasakan sehingga kini. Ia hanya conggakan beberapa individu tertentu sahaja. Jika hendak dikuatkuasakan pun, undang2 Sunnah Wahhabiy perlis pula perlu diselaraskan dengan Enakmen Undang2 Syariah yang sedia ada di Negara kita. Kita akan lihat apa yang boleh diterima dan ditolak.


4)Sepatutnya, pihak berkuasa agama menghormati pandangan dan amalan majoriti 65% penduduk Perlis.Menyelesaiakan kekusutan yang berlaku. Sayangnya, mereka hilang fungsi. Sebaliknya hanya tunduk akur kepada arahan individu tertentu sahaja. Dr asri dengan Dr Juanda tu 5x10 sahaja. Mana2 mereka yang tak kick "Salafi-Wahhabiy' pasti tak dapat jadi Mufti Perlis. Inilah penangannya. Orang lain dah lama maju, kita dok berbalah benda2 yang merugikan ummat. Allah akbar!


5) Hamba rakyat yang tidak berpuas hati boleh menghantar memorandum kepada Raja Perlis. Jika tiada tindakan, hantar kepada Agung dan PM. Kalau tak puas hati juga, tukar kerajaan sempena pilihanraya akan datang. Kalau tak puas hati juga, swastakan masjid berkenaan. Jadikan ia bebas dari pihak berkuasa agama.

Saturday, September 19, 2009

EIDULFITRI SEBAGAI IBADAT


1 Syawal bakal bertamu menggantikan Ramadan yang melabuhkan tirainya sehari dua lagi, sekali gus mengisytiharkan hari kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpantang daripada makan minum dan kehendak nafsu.Hari kebesaran itu disyariatkan Allah kepada umat Islam untuk merayakannya dengan penuh kesyukuran.Bagi masyarakat kita, hari raya itu digelar Aidilfitri atau Hari Raya Puasa.


Dalam istilah Arab 'Idulfitri' iaitu rangkai kata 'id dan al-fitr. Kata 'id' (hari raya) berasal daripada perkataan 'aud' ertinya yang berulang-ulang, iaitu peristiwa berulang pada setiap tahun membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam, manakala 'fitr' bermakna fitrah atau semula jadi.Semuanya termasuk bukan Islam bergembira kerana dapat menyambut hari raya, malah sebelum ketibaannya sudah ada yang bersiap sedia dalam segala aspek, tidak sabar menanti fajar heningnya menyinsing. Dalam Islam cara untuk menyambut 1 Syawal juga diterangkan dengan menyeluruh sebagai panduan kepada umatnya, seperti menghiasinya dengan takbir (ucapan membesarkan Allah) dan tahmid (memuji Allah) sebagai menandakan kesyukuran.

Satu hadis, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w, bersabda, maksudnya: "Hiasilah hariraya kamu dengan takbir." (Riwayat Tabrani)Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, berkata takbir itu dimulai pada malam hari raya puasa sampai waktu mengerjakan solat. Malam raya adalah antara malam yang diberkati. Daripada Abu Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: "Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Riwayat Ibn Majah)


Doa pada malam raya diperkenankan Allah, sebagaimana jelas Imam Syafie dalam kitab Al-Umm: "Dinyatakan kepada kami, doa sangat mustajab pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaban."Pada hari yang mulia itu Nabi s.a.w dan sahabat bertakbir, malah bersolat hari raya secara berjemaah.


Menurut sebuah hadis (riwayat Nafi' dari Abdullah), Rasulullah s.a.w biasanya keluar pada pagi kedua-dua hari raya bersama-sama sahabat baginda sambil bertakbir beramai-ramai sepanjang perjalanan sehingga sampai ke tempat solat.Di antara sahabat baginda yang turut serta ialah Saidina Ali, Abdullah bin Abbas, Zaid bin Harithah dan kedua-dua cucu baginda, Saidina Hasan dan Hussain r.a.Begitulah caranya yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang menyambut hari raya sebagai ibadat. Tetapi yang mengikut adat, warna sambutannya sungguh berlainan sekali kerana yag penting ialah asalkan 'beraya sakan'.


Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, berkata beliau mengakui trend beraya sekarang ini lebih mirip kepada trend jahiliyah tanpa panduan ilmu.Menurutnya, apabila ramai orang jahil, mereka memperlakukan sesuatu itu mengikut selera bahkan tiba saja Syawal diri merasakan sudah bebas daripada disiplin sebulan Ramadan. "Bagi orang seperti ini dia berasakan puasa adalah sebulan, jadi raya juga sebulan dan kerana itu mereka beraya sakan," katanya.

Jika mengikut ibadat, pada hari raya, umat Islam dianjurkan saling mengucapkan selamat dan tahniah kerana dapat menyempurnakan ibadat puasa pada Ramadan, berbaik sangka dan tidak keberatan memaafkan segala salah dan silap. Seorang tabi'in, Jubair bin Nufair berkata: "Apabila sahabat Rasulullah bertemu pada hari raya, mereka mengucapkan tahniah di antara satu sama lain. Ucapan mereka bermaksud, mudah-mudahan Allah menerima daripada kami dan menerimanya daripada anda."Umat Islam digalakkan ziarah kerana dengan cara itu dapat mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan persaudaraan manakala bagi tuan rumah perlu bersikap rendah diri menerima tamu, menghormati dan melayan mereka sebaik mungkin.

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturahim. Sesiapa beriman kepada Allah serta hari akhirat hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik, jika tidak hendaklah dia diam."

Zamihan berkata, tidaklah salah untuk bergembira, berhias dan berbelanja pada hari raya, sesuai dengan hari kebesaran dan kemenangan, cuma bairlah ia secara sederhana."Sesiapa boleh berbelanja untuk menyambut raya, tetapi ukurlah kemampuan diri dan jangan sampai berhutang sehingga hari raya yang dinanti menjadikan suatu beban pula. "Berbelanja jangan sekali-kali mengikut nafsu, kerana buruk akibatnya manakala peniaga mulalah ambil kesempatan dengan pelbagai bentuk jualan murah," katanya, menasihati masyarakat Islam.

Katanya, trend apabila hari raya semuanya mesti baru, bermula daripada aksesori pakaian sehinggalah kain langsir dan perabot yang baru juga sewajarnya dihentikan kerana merugikan sahaja. "Baju baru itu sunat sahaja. Yang penting bersih dan kebersihanlah yang dianjurkan Nabi s.a.w."Demikian juga warna putih dan hijau adalah sunat dan jika tiada tidak mengapa, boleh beraya dengan gembira, tidak perlu bersedih dan rendah diri kerana yang penting bersih."Tetapi bagi orang yang beraya mengikut adat, tiada baju baru dan perabot baru seperti tiada makna raya baginya, malah berasa malu pula kerana pengaruh material dan tiada ilmu."Sedangkan pada zaman Nabi s.a.w dan sahabat, mereka tidak memandang material iaitu harta benda, namun mereka kaya dengan hati dan spritual."Contohnya Saidina Ali, pada pagi raya menangis kerana insaf dan bersyukur, tetapi kita bermegah-megah dengan harta benda baru pula, manakala spritual kita begitu sempit dan miskin."


Menyambut raya sebagai ibadat bukanlah bermaksud bersolat dan berzikir sepanjang hari, seolah-olah Islam menutup rapat pintu untuk berhibur. Sesiapapun boleh bergembira dan berhibur pada hari raya asalkan tidak terkeluar dari batas syariat. Ini kerana Nabi s.a.w juga bergembira sebagaimana yang diperlihatkan kepada umatnya mengenai perilaku dirinya pada hari raya.

Seperti sebuah hadis diriwayatkan Aisyah, bermaksud: "Rasulullah masuk kepadaku dan di sisiku ada dua anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats (lagu Arab). Lalu baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya."Kemudian Abu Bakar as-Siddiq masuk, lalu beliau mengherdikku dan berkata, seruling syaitan di sisi Nabi Muhammad. "Rasulullah s.a.w menghadap Sayyidina Abu Bakar, kemudian berkata, `biarkan mereka berdua." Mengikut hadis riwayat Hisham, baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, setiap kaum ada hari rayanya dan hari ini adalah hari raya kita."-Disiarkan wartawan Metro,Idris Musa, jumaat 18 Sept 2009 dan boleh dilayari :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090918103615/Article/index_html

EID MUBARAK


Manusia dituntut tunai aku janji pada Allah
Oleh : Hasliza Hassan


FITRAH seperti diisyaratkan hadis sahih bermaksud suci bersih manakala al-Quran pula menetapkan fitrah sebagai satu agama lurus. Kedua-dua pengertian ini saling melengkapi antara satu sama lain iaitu kehidupan manusia akan kekal suci selagi berpedomankan Islam yang lurus. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain, berkata kembali kepada fitrah yang dikaitkan dengan Aidilfitri bermaksud pulang ke pangkuan Allah. Katanya, keistimewaan Ramadan yang menjengah setahun sekali diharapkan mampu menjadi medan menyucikan dosa serta noda seterusnya mengembalikan mereka yang melaksanakan ibadat itu dengan sempurna kepada keadaan lebih baik.

“Hakikatnya, ada hati yang syahdu pada hari raya kerana Aidilfitri bukan sekadar gembira dengan pakaian baru, makanan enak atau berkumpul dengan saudara baru. Aidilfitri adalah hari manusia pulang ke pangkuan Allah. “Seperti persiapan kita untuk balik kampung berhari raya, begitu jugalah sepatutnya bekalan kembali ke pangkuan Allah. Maknanya bekalan kita perlu lengkap, puasa yang sempurna dan amalan sunat yang banyak sepanjang Ramadan ini,” katanya. Beliau yang menyampaikan ceramah kepada jemaah surau The News Straits Press Sdn Bhd (NSTP) di Balai Berita di ibu negara berkata, ciri kembali kepada fitrah bermaksud kembali kepada akidah yang benar menurut prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri lain ialah kembali mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap aktiviti hidup seperti terkandung dalam doa , “Sesungguhnya solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekalian Alam.

Zamihan berkata: “Sepatutnya aku janji ini terus segar dan mekar dalam jambangan hati kita sentiasa. Walau saat berganti minit, berganti jam berganti hari, bulan dan tahun, kita kerja dengan Allah dan terikat pada syariat. Allah akan membayar segala gaji, bonus dan dividen kita walau sebesar zarah,” katanya. Katanya, fitrah kejadian manusia juga menuntut mereka terus menjaga suruhan serta menjauhi larangan Allah dengan mengekalkan prestasi takwa pada bulan lain.

Zamihan berkata, manusia yang bersih dan terpuji mampu mencapai kejayaan sebenar selagi mereka mengikut fitrah. Sebaliknya, jika bertentangan dengan fitrah, hidup manusia membawa kehancuran. Oleh itu katanya, umat Islam perlu memperbanyakkan bersyukur kepada Allah pada malam menanti kedatangan satu Syawal, meneruskan rukuk dan sujud sebagai tanda pengabdian berterusan untuk mengembalikan diri kepada Allah. Berdoa juga amalan digalakkan pada malam menjelang Aidilfitri kerana menurut Imam al-Syafi’ie, doa di malam raya dimakbulkan Allah SWT jika dilakukan dengan hati ikhlas dengan mengakui kebesaran-Nya selain jangan dilupa zakat fitrah sebagai tol hidup setahun sekali kepada Allah.

“Pada waktu itu kita digalakkan memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil sebagai bukti kita merindukan Allah. Selalunya malam raya kita sibuk kemas rumah, masak lemang, masak rendang hingga lupa untuk memuji Allah. “Esok harinya marilah beramai menunaikan solat sunat Aidilfitri dan digalakkan juga bersedekah di jalan Allah. Aidilfitri juga membuka ruang untuk kita saling bermaafan kerana itu yang disukai Allah selain menghidupkan amalan ziarah menziarahi,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi harapan Syawal kali ini mengembalikan umat Islam ke pangkuan Allah dengan bekalan yang dikumpul sepanjang Ramadan sebagai persiapan untuk meneruskan perjalanan pulang ke akhirat nanti.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20090918024358/Article/

Friday, September 18, 2009

RASUL MELAYU KANTOI

Kahar bin Ahmad sewaktu meletak jawatan sbg Rasul 3 tahun dulu

Selepas tiga tahun menyembunyikan diri dari dibicarakan, ketua ajaran sesat 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara Sg Buloh apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan. Mahkamah turut menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Abdul Kahar ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang. Selepas 'sarapan pagi' di rumah hinggapnya itu. Semasa operasi dilakukan, beliau kelihatan sedang berehat sakan sambil tengok TV. Serbuan yang dilakukan pihak berkuasa pada pagi itu menyebabkan Kahar terperanjat beruk. Nasib baik, pihak penguatkuasa 'mesra pelanggan' walaupun terhadap 'Rasul Palsu'. Kalau bukan kerana ramadhan dan perasaan belas kasihan, dah lama orang tua ni kena belasah secara berjemaah. Saya pun agak hairanlah, jika kita berasa amarah dan 'naik syeikh' dengan peragut fiskal..mengapa kita tak berasa amarah dengan peragut akidah. Maaflah agak emosi sedikit.

Lantaran itu, Ketua Pendakwa Syar'ie Selangor memohon mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini. Kerana kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa Jais, Katanya "Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada (akidah) dan agama Islam jika tertuduh dijamin," katanya.

Abdul Kahar (sebenarnya Abdul Nafs) mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri. Rasul ni pun pandai beri alasan kelentong gak. Sama level dgn Nabi Palsu Mariam kat Ampang, Ripin Besut dan lain-lain. Semua kaki autar. Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya. Bagi saya, takkan ada peguam Syar'ie yang nak bela Nabi@Rasul palsu. kalau ada, peguam tu peguam palsu.


Rasul Palsu akhirnya merayu :"Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga. Kelakar ya, Rasul palsu pun nak beraya jugak. Puasa tak nak. Masuk penjara pun tak nak. Nak tunai tanggungjawab pada keluarga konon. Tanggungjawab agama mana. Kamu tanggung..dan kamu jawablah di akhirat wahai pengkhianat.



JANJI PALSU

Selepas rayuannya tidak diterima mahkamah. Rasul palsu berjanji : "Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan," katanya. Ni janji palsu, dari Rasul Palsu yang mengembangkan ajaran Palsu. Siapa yang nak percaya. Melainkan beberapa orang anak dan pengikutnya yang fanatik. Yang mana mereka tak guna fikiran untuk hidup. Tak merujuk ulamak untuk memahami al-Qur'an dan al-Sunnah. Hanya taqlid buta kepada Rasul cetak rompak sahaja. Itulah padahnya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

ANTARA KESALAHAN KAHAR

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai "rasul orang Melayu di zaman ini" sedangkan pernyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar, dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.


Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: "Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan" dan "buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi".

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuatkuasa di Selangor.

Tertuduh, bekas pekerja am zoo negara, lulus darjah 5 sahaja kini tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.


KESIMPULAN

1) Jangan jadi macam abdul Kahar. Hajinya haaji tak guna. Gugur semua amalannya. Dia bukan lagi Islam. Patut dipenjarakan seumur hidup. Perlu diberi ruang bertaubat sambil berpuasa. Jika enggan bertaubat. Boleh dihukum hudud - bunuh mandatori.

2) Jangan jadi macam pengikut Kahar. Dah tahu kahar sesat,ikut juga. Letak jawatan sebagai nabi pun ikut juga, menafikan solatpun ikut juga, mengaku dapat wahyu pun ikut jugak. Letih..bila layan manusia yang tak guna akal ni. tapi, akhirnya bila kahar kantoi..pengikut2nya turut kantoi. Terasa benar kemenangan dalam memperjuangkan akidah sunniyyah. al-Hamdulillah.

3) Perkasakan undang2 yang berkaitan dengan murtad, ajaran sesat, minum arak,zina dan lain-lain. Setakat maksima 3 tahun penjara,rm5000 dan 6x setakat buat malu Malaysia sebuah negara Islam sahaja. Ketua agama Islam spt Raja-raja Melayu harus prihatin dengan akta2 ni. Begitu juga dengan agen pelaksana undang2 dalam negara kita. Mampukah kita bersoal-jawab dengan Allah SWT di mahkamah maahsyar naanti. Fikirkanlah!

Monday, September 14, 2009

LAYLATUL QADAR

PENDAHULUAN

Kita amat bersyukur menjadi Umat Islam kerana sentiasa diberikan bonus oleh Allah SWT. Ada bonus yang bersifat berterusan seperti kontrak nyawa, subsidi hidup dan bantuan ihsan. Ada pula yang boleh didapati secara berkala sempena kedatangan bulan, minggu, hari dan malam tertentu. Antara bonus terbesar ialah perutusan Nabi SAW (MawlidurRasul), Nuzul al-Qur'an, Bulan Ramadhan dan Idul Fitri. Bonus-bonus khusus untuk orang -orang yang beriman dan beramal soleh. Firman Allah SWT : "Mereka itulah sebaik-baik makhluk atas muka bumi ini. Bagi mereka ganjaran syurga yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah SWT. Hal yang demikian berlaku kerana mereka takutkan Allah SWT. "al-Bayyinah, ayat 7-8


INTISARI AL-QADR

Laylatul Qadr adalah tidak terkecuali dari senarai bonus tahunan Allah SWT untuk umat Habibina al-'Azham.

1) Turunnya al-Qur'an secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baytil Izzah dan dari Baytil Izzah ke Langit dunia. langit dunia kemudiannya dikawal ketat oleh para Malaikat. Kemudiannya Jibril A.S menurunkannya kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Penurunan al-Qur'an adalah intisari terbesar dalam sejarah peradaban dunia. Ia lebih penting dari segala-galanya. Jika al-Qur'an tidak diperturunkan nescaya manusia tiada panduan dalam mengurustadbir hidupnya. namun, disebalik nuzul al-Qur'an, tidak beerti jika kita tak mampu berkomunikasi dengannya : memahami, menjiwai dan memartabatkanya dalam semua aspek kehidupan kita secara bersepadu dan menyeluruh.

Peristiwa nuzul Qur'an ini membuktikan kepada kita bahawa Allah TIDAK BERADA DILANGIT sebagaimana yang disangka oleh mereka yang berfahaman Tajsim (mengkhayalkan Allah berjisim). Jika Allah berada dilangit, siapa pula berada di Arasy, Jika Allah di Arasy siapa pula di Luh Mahfuz, Jika Allah di Luh Mahfuz siapa pula di Baytil Izzah. Sedangkan langit berada di bawah semua objek ini. Dan langit pula adalah jisim. Patutkah Allah SWT bersentuh, bersambung dan berpindah randah dengan makhluk ciptaanNya. Patutkah kamu menjisimkan Allah sebagaimana yahudi yang suka meremehkan kedudukan Allah SWT. Subhanallah !




2) Ibadat yang dilakukan dalam malam tersebut digandakan balasannya secara minima melebihi 1000 bulan. Bahkan nilainya lebih baik daripada itu. (Al-Qadr ayat 3). Cuba bayangkan, mana ada orang, syarikat korporat @ kerajaan sanggup bayar gaji pekerjanya, kerja semalam dibayar lebih 83 tahun gaji. Ternyata manusia tak mampu membayarnya. Tetapi Allah tetap Maha Kaya walaupun membayar bonus tahunan (kerja semalaman) bagi seorang lebih 83 tahun gaji. Subhanallah. Tak layak untuk dibandingkan dengan bonus mana-mana Kerajaan yang ada termasuk kerajaan 1 Malaysia. Allah..Allah..

2) Pada malam berkenaan juga turunnya delegasi malaikat dari langit yang diketuai Exco Kanan Malaikat Allah SWT, Jibril A.S dan puluhan ribu malaikat yang lain(al-Qadr ayat 4). Kedatangan para malaikat ke bumi bermula dengan terbenamnya matahu didada dan maata hati yang buta...anda tidari. Anda sepatutnya terasa kehadiran para malaikat ke rumah anda sewaktu anda berbuka puasa. Tapi dek kerana cintakan dunia, melayani nafsu di dada dan mata hati yang buta, anda tak terasa apa-apa..Sedarlah..betapa jauhnya antara kita dengan Allah SWT.

3) Para malaikat kemudiannya mengucapkan salam (doa dan berjabat tangan) kepada hamba-hamba Allah yang beriman sehingga terbitnya fajr. (al-Qadr ayat 5) Syeikh Abd Qader al-Jailaniy menjelaskan : "Dikatakan, apabila Jibril A.S turun dari langit ke bumi pada malam Laylatul Qadr ia memberi salam kepada setiap manusia (yang beriman) dan menjabat tangannya dan tiada seorangpun yang ditinggalkanya. Petandanya ialah kulit tubuh tubuh badan seseorang itu menjadi gementar, hatinya lunak dan matanya berlinangan."- Sairussalikin, Pustaka Nasional, 2002, juz 1, hlm 271

Beruntunglah bagi orang-orang yang alim. Disamping mereka mengetahui dan mengamalkan ilmunya, mereka juga turut merasai 'kemanisan doa malaikat' dan berpeluang 'berjabat tangan' dengan Jibril A.S. Amat merugilah bagi orang-orang yang jahil. Mereka hanya sekadar berpuasa tetapi masih teruja dengan adat (makan minum) dan bergelumang dengan maksiat. Barangsiapa yang tiada nasib dunia, dia juga tiada bahagian dari akhirat.

SURAH AL-QADR bermaksud ketetapan, kemuliaan atau kadar tertentu. Surah ini merupakan surah yang ke-97 dari 114 surah al-Qur'an. Ia diturunkan selepas surah 'Abasa di Makkah al-Mukarramah sebelum Nabi SAW berhijrah keMadinah al-Munawwarah. Situasi ini menjadikan ia sebagai surah al-Makkiyyah. Namun ada juga pandangan ulamak yang mengatakan bahawa ia adalah madaniyyah. Walau bagamainapun, pendapat tersebut didapati (marjuh) tidak kuat.

SEBAB DITURUNKAN

Imam al-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibn Jarir al-Thabari meriwayatkan dari al-Hassan bin ali KWJ bahawa Nabi SAW pernah bermimpi melihat bani Umayyah di atas minbar sesudah Baginda wafat. Baginda merasa tidak senang dengan keadaan itu. Maka turunlah surah al-Kautsar dan turun pula surah al-Qadr 1-5. Imam al-Tirmidzi berkata : Hadis ini adalah gharib. Manakala al-Muzani dan Ibn Katsier berkata bahawa hadith ini munkar sekali.

Dikemukakan oleh Ibn Abi Hatim dan al-wahidi bersumberkan Mujahid bahawa Rasulullah SAW menyebut2 kisah seorang lelaki dari Bani Israel yang menggunakan senjatanya berjihad di jalan Allah SWT selama seribu bulan. lalu para sahabat begitu kagum dengan kisah perjuangan lelaki itu, maka Allah SWT pun menurunkan surah al-Qadar ayat 1-5."-al-Suyuthi, Lubabun Nuqul Fi Asbabin Nuzul, hlm 658

Menurut riwayat Ibn Jarir al-Thabari : Dahulu ada seorang lelaki dari bani Israel yang tekun beribadat pada malam hari-pagi dan berjuang melawang musuh pada siang hari hingga ke petang selama seribu bulan. Maka Allah SWT turunkan surah al-Qadar ayat 1-5." -ibid, hlm 659

HUBUNGAN SURAH

Surah al-Qadr mempunyai kaitan dengan surah 'Abasa. Ia juga berkait rapat dengan al-Bayyinat ayat 7-8, al-Baqarah 183 - 185. Perkaitan ini membolehkan kita menafsirkan al-Qur'an dengan al-Qur'an. Dan ia merupakan salah satu metod penafsiran yang ma'thur.

ERTI AL-QADR

AL-QADR ( قدر - قدر - تقدير ) itu mempunyai beberapa pengertian. Antaranya :


1) Qadaratan @ Taqdir : menyatakan kadarnya @ menentukannya. Takdir Allah SWT ada dua jenis. Pertama : memberikan kekuasaan kepada sesuatu. Kedua : menjadikan sesuatu menurut kadar dan keadaan yang tertentu menurut Qudrat dan IradatNya. Seperti mentakdiran mani manusia menjadi manusia, bukan binatang. Mentakdirkan biji padi menjadi padi DLL.

2) Malam Qadr iaitu malam yang menentukan semua urusan dan memutuskannya @ malam yang mulia.

3) Memuliakan : Contoh ayat : "Mereka itu tidak mengetahui hakikat Dzat Allah SWT @ Mereka (yahudi) tidak mengangungkan Allah SWT menurut hak kebesaranNya."

4) Allah Qadiir : Allah berkuasa untuk mengadakan sesuatu menurut kadar yang sesuai dengan hikmahNya dgn keadaan tidak lebih dan tidak lebih dan tidak lebih dan tidak kurang. Ia hampir sama dengan al-Muqtadir.

5) Jika dikatakan : Qudira alayhi rizkuhu : disempitkan rezekinya

6) Qidr : periuk

Menurut Imam Sulaiman al-Ujaili, ditafsirkan al-Qadr itu dengan makna Taqdir. Menurut al-Qurtubi dari Mujahid : Laylatul Qadr bermaksud Laylatul Hukum. Dinamakan Laylatul Taqdir kerana Allah SWT mentaqdirkan pada malam berkenaan bagi seseorang apa sahaja yang dikehendakiNya daripada urusan kematian, ajal, rezeki dan lain-lain. Dan urusannya diserahkan pula kepada penigendalinya yang terdiri dari Israfil, Mika'ilm Izra'il dan Jibril A.S.

Kesimpulannya, pengertian bahasa yang pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima amat sinonim dengan kehadiran malam Laylatul Qadr. Manakala pengertian yang terakhir itu dilihat terlalu jauh dan agak tidak sesuai dengan perbincangan. Walau apapun, pemahaman dari sudut bahasa sedikit sebanyak membantu kita memahami hakikat Laylatul Qadr.


KESIMPULAN

Maka setiap diri hendaklah memahami ketentuan ini dan bermujahadah untuk mendapatkan saat yang teramat berkat ini. Janganlah umur, tenaga dan nikmat yang Allah kurniakan dibazirkan tanpa memperolehi anugerah yang besar ini. Terimalah saham akhirat di malam2 terakhir ini dengan memperbanyakkan amalan soleh yang diredhaiNya. Bersihkanlah hatimu dengan setulusnya, kamu akan rasainya kemanisan beribadat sebagai seorang hamba yang sebenar. Belajarlah untuk pulang kepada Allah kerna kita semua datang dariNya.

Wednesday, September 9, 2009

HAPUSKAN SEGERA RASUL PALSU

Rasul Melayu al-Kazzab bersama cucunya sdg memberi wahyu kepada ikannya di sebuah kolam di Ulu Yam. Padahal ikan dan makhluk yang lain pun turun melaknat beliau kerana pengakuannya sbg Rasul.

Rasul Palsu Kahar (baju putih) sewaktu berada disebuah pondok persembunyian di Ulu Yam, Selangor. Rasul palsu yang mahir dengan ilmu ghaib yang tinggi.


Fenomena orang Islam mengaku jadi Wali, Nabi dan Rasul Palsu sentiasa ada. Tak pernah pula kedengaran ada orang yang mendakwa dia adalah Jin, Setan @ Malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT ke muka bumi ini. Atau dia adalah Dewa Hindu, Tuhan Budha, Tuhan Kristian. Kenapa? Sebabnya mudah sahaja. Lantaran kedudukan Para Wali, Anbiya dan Para Rasul itu mulia, maka manusia yang durjana cuba mengambil alih jawatan kemuliaan berkenaan. Padahal portfolio Nabi dan Para Rasul telah berjaya disempurnakan oleh Nabi kita Muhammad SAW sebagai Utusan Allah dan Penutup segala Nabi (al-Ahzab 40).

Salah seorang makhluk perosak kepada akidah ummat ialah Kahar bin Ahmad. Beliau pernah mendakwa dirinya sebagai Rasul Melayu. Kemudiannya meletak jawatan sebagai helah untuk tidak diburu oleh pemerintah. Tetapi masih mengaktifkan ajaran di sekitar lembah Klang dan beberapa kawasan pedalaman. Saya sendiri pernah bersama dengan Dato Mufti Selangor, Dato Timblan Mufti dan AJK Fatwa Selangor turun ke Kg Kemensah bagi menjelaskan penyelewengan Kahar Ahmad. Al-hamdulillah agak reda seketika, namun ajaran songsang ni hidup balik walau setelah dijatuhkan hukuman ‘sesat lagi menyesatkan’ oleh Mahkamah Syariah.

Kini, Kahar lari bersembunyi. Walau JAIS menawarkan RM20,000, beliau masih gagal ditangkap. Dalam pelarian, anaknya pula, Zul Kahar bertindak sebagai moderator untuk menyampaikan wahyu yang kononnya diperolehi bapanya itu melalui blog : http://messengerofgodtoday.blogspot.com. Atas tema : The Mighty Servant @ Hj Kahar.

Blog ini dijadikan pengkalan oleh mereka untuk menyampaikan Wahyu Tembelang Kahar kepada para pengikut yang masih setia dan baru beriman. Menerusi blog ini, jelas kepada kita kesesatan, penyelewengan dan pemurtadan yang dilakukan Kahar Ahmad dan pengikut fanatiknya. Ia dapat difokuskan seperti berikut :

1) Kahar bin Ahmad masih mendakwa dirinya sebagai Rasul Melayu.
2) Ajaran Kahar Ahmad menafsirkan Al-Qur’an sesuka hati dan sesedap rasa (bil Ra’yi)
3) Menuduh pihak berkuasa agama terutamanya JAIS dan MAIS dan sesiapa sahaja yang mengingkari kerasulannya sebagai penentang Al-Qur’an/Allah SWT
4) Mendakwa Allah SWT tidak hanya menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW sahaja. Bahkan diurunkan surah Yaasiin kepadanya sebagai bukti Rasul Melayu
5) Mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya pasti ke syurga disebabkan kerasulannya itu
6) Mengancam pihak berkuasa agama yang ingin mengambil tindakan ke atasnya.
7) Kahar Ahmad dan pengikut-pengikutnya bukan sekadar murtad. Tetapi mereka giat berdakwah untuk memurtadkan umat Islam di Negara ini.

LANGKAH BANTERAS

1) Pihak Berkuasa seperti JAKIM, JAIS dan lain-lain seharusnya lebih agresif dalam menangani jaran sesat. Ini kerana ia dikira virus paling merbahaya dan merupakan jenayah paling berat dalam Islam. Pembawanya murtad dan memurtadkan umat ini. Justeru, pihak berkuasa agama sepatutnya mempunyai kerjasama yang erat dgn pihak keselamatan dalam membanteras gejala ini. Bukannya mengharapkan seorang dua pegawai bergerak atas inisiatif sendiri.

2) Undang-undang Kanun Jenayah Syariah, Akta 559- 1997 yang digunapakai diseluruh negara atas nama Sultan sebagai ketua Agama Islam tidak releven dan tidak syar’ie. Oleh itu ia perlu dipinda dari maksima 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6X sebatan kepada Hudud, Qisas dan Takzir. Kenapa kita tidak yakin dengan hukum Allah SWT? Ini soal dasar, sepatutnya Para Sultan dan pemimpin aktif dalam isu2 akidah. Siapakah yang menjadi pemerintah di akhirat nanti? Allahu Allah!

3) Paling minima pun khusus untuk pengasas dan penyebar ajaran sesat dikenakan 20 tahun penjara dan 40 sebatan dan wajib menjalani pemulihan akidah. Hukuman ini membolehkan ajaran berkenaan disekat dan penyebarnya kembali bertaubat.

4) Konsep pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu amatlah diperlukan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat tentang bahaya ajaran sesat. Bahkan melantik mereka sebagai informer kerajaan dalam isu ini.

Akhirnya, saya menyeru kepada semua pihak samada individu, persatuan, pertubuhan, pasukan keselamatan dan Jabatan Agama untuk bangun dari mimpi yang lena. Marilah kita bersatu hati, gembeleng tenaga dan usaha untuk menghapuskan ajaran sesat ini dengan pelbagai cara apa sekalipun. Anda patut sayang akidah anda, saudara seislam anda dan agama anda dari terus dinodai insan-insan yang durjana. Hapuskan Akidah bid’ah, marilah hidupkan Akidah Sunniyyah. Sesiapa yang ada sebarang maklumat, atau Kahar Ahmad, anaknya dan pengikutnya ingin berhujjah dgn tuan blog, hubungi saya : Zamihan : 012 2465518 @ 03 8921 8449 (P). Takbir!.

Monday, September 7, 2009

SALAHFAHAM FATWA

SS Dr Allamah Syeikh Ali Jum'ah : Mufti Negara Mesir.
Beliau pernah ditumbuk oleh salah seorg ekstremis Wahhabiy Mesir di atas sebuah Masjid slps kuliah kerana pendapatnya yang mengharuskan sambutan MaulidRasul SAW

Baru-baru ni wartawan utusan melaporkan bahawa Darul Ifta telah memberikan pengecualian kepada Pemain bola sepak Mesir dari berpuasa di bulan ramadhan kerana pemain berkenaan perlu mengikuti latihan bola sepak bagi Kejohanan Remaja Dunia yg bakal berlangsung 23 September depan. Laporan itu sedikit sebanyak mendatangkan kekeliruan umat Islam seluruh dunia. Sila lihat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Sukan_Luar_negara&pg=sl_07.htm&arc=hive

Demi mengelakkan kekeliruan dan meluruskan pandangan yang adil terhadap para ulamak, maka perlulah kita mengetahui pandangan sebenar isu berkenaan : Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah Hafizahullah ketika menjawab kekeliruan orang ramai tentang perkara ini berkata :

“Seorang pemain bola sepak, terikat dengan kontrak yang dimeterai antaranya dengan kelab atau pasukan tersebut maka ianya dikira seorang yang dibayar gaji diatas pekerjaan tersebut. Jika pemain telah mengikat kontrak ini hanya memperoleh sumber rezekinya daripada pekerjaan sebagai pemain bola sepak, maka jika terdapat perlawanan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan maka dibenarkan untuknya berbuka puasa untuk perlawanan tersebut jika mutu permainannya akan terjejas disebabkan berpuasa. Ini merupakan rukhsah kepada pemain tersebut kerana dia dianggap sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji dan perkerjaannya akan terjejas jika pemain tersebut tidak bertenaga. Ini seperti yang disebutkan oleh ulama Hanafiyah di dalam kitab-kitab mereka, seseorang yang dibayar gaji di dalam tempoh tertentu (kontrak) maka dibenarkan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan jika dia tidak mampu untuk berpuasa ketika melaksanakan kerjanya.(Maka pekerjaan kontrak sebegini termasuklah kepada pekerjaan sebagai pemain bola sepak).

Menurut al-Imam Ibn Abidin rahimahullah di dalam kitabnya “ Raddul Mukhtar a’la Durri al-Mukhtar” : "Di dalam permasalahan kerja kontrak, jika pekerja tersebut masih terdapat pendapatan yang mencukupi untuk dirinya dan keluarganya (selain pekerjaan yang memerlukan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan) maka diharamkan kepada pekerja tersebut untuk berbuka puasa pada Bulan Ramadhan. Tetapi jika dia tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain pekerjaan tersebut untuk menampung perbelanjaan keluarganya, jika dengan disebabkan berpuasa tersebut menjejaskan mutu kerjanya maka dibenarkan untuknya berbuka..." .


Katanya lagi : "Kes Ini hanyalah untuk perlawanan yang terpaksa dibuat pada waktu siang yang menyebabkan seseorang pemain tersebut mungkin tidak berupaya. Manakala untuk latihan, perlulah kepada jurulatih untuk membuat latihan pada waktu malam kerana latihan malam itu tidak akan menjejaskan ibadah puasa itu sendiri. Jika pihak pengurusan sebenarnya mampu untuk melaksanakan latihan pada waktu malam tetapi tidak dilaksanakan maka berdosa hukumnya meninggalkan puasa...”-intaha


Pencerahan :

1) Berdasarkan keterangan ini, jelas kepada kita bahawa apa yang dilaporkan oleh Wartawan Utusan Malaysia di atas amat bertentangan dengan kenyataan sebenar sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah. Kenyataan sebenar ialah dibenarkan (diberi kelonggaran) untuk berbuka puasa jika sesi latihan disiang hari. Maksudnya, bersahur dan berniat puasa terlebih dahulu, jika keletihan @ mudharat baru berbuka. Bukannya dikecualikan dari ibadat berpuasa di bulan Ramadhan.


2) Kenyataan SS Mufti Mesir berpandukan kepada rukhsah (kelonggaran hukum). Manakala laporan akhbar utusan mengulas tentang 'azimah (ketetapan hukum asal). Dalam disiplin Usul Feqh, Antara rukshah dan 'azimah terdapat perbezaan yang amat ketara.


3) SS Allamah Dr Ali Jum'ah juga berhujjah mengikut laras pandangan mazhab Hanafi berasaskan kontrak pekerja yang tidak mempunyai pendapatan lain untuk menyara diri @ keluarganya. Gaji pula dinilai berdasarkan prestasinya. Maka jika puasa menyebabkan hilang prestasi kerja kerana terpaksa membanting tulang disiang hari, maka diharuskan berbuka. Dan dikenakan qadha ke atas puasa yang ditinggalkan itu. Bukannya dikecualikan terus hukum yang wajib berkenaan semata-mata kerja berat @ bermain bolasepak dan selainnya. Kendatipun ia masih dikira dalam ruangan rukshah. Jika pekerja @ pemain berkenaan berkeupayaan utk bermujahadah. Maka ia lebih afdhal. Soal menutup aurat seperkara lain. Puasa tetap sah jika tidak menutup aurat. Tetapi nisbah pahalanya berkurangan kerana melakukan ibadat berkalang maksiat. Saya pernah merujuk SS Dato Mufti Penang dalam masalah ini. SS Dato Tuan Guru kami menjelaskan senario pandangan al-Syafiiyyah terhadap pekerja kontrak hampir sama.
4) Laporan picisan akhbar ini juga menggambarkan seolah-olah Darul Ifta membenarkan pemain tersebut ponteng fardhu puasa pada waktu latihan dgn sewenang-wenangnya. Sedangkan ia hanyalah rukhshah jika latihan disiang hari. Manakala cadangan latihan malam yang disyorkan SS Mufti tidak pula dihighlight.
Bagi saya, laporan tidak adil ini secara langsung menyebabkan umat Islam pesimis dgn kredibiliti Darul Ifta al-Masriyyah dan peranan para ulamaknya. Saya lebih tsiqah kepada para ulamak dari para wartawan yang memahami sesuatu pandangan secara kabur. Dan hanya bertindak mengedit isu-isu tertentu untuk melariskan jualan akhbar mereka. Nauzubillah. Sepatunya, rujuklah sesuatu fatwa kepada ahlinya. Semoga Allah terus memuliakan para alim ulamak kita yang ikhlas berjuang menegakkan syiar agamaNya.

Sunday, September 6, 2009

EKSTREMISME AGAMA

Mangsa Ekstremis Agama

KABUL 1 Sept. - Militan Taliban telah bertindak ganas memotong hidung dan kedua-dua belah telinga seorang petani Afghanistan, Lal Mohammad, 40, ketika lelaki itu keluar mengundi pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 20 Ogos lalu."Saya menyesal saya pergi mengundi."Apa kebaikan yang saya dapat daripada mengundi?" katanya sambil menangis di katil hospital di Kabul. Lal adalah salah seorang daripada berjuta-juta penduduk yang tidak mempedulikan ancaman Taliban supaya tidak keluar mengundi dalam pilihan raya 20 Ogos lalu.


Sebelum pilihan raya itu, militan Taliban mengugut akan mencederakan pengundi serta melancarkan serangan peluru berpandu dan bom pada hari pengundian sebagai ancaman menghalang rakyat Afghanistan keluar mengundi. Lal berkata, dia menyesal tidak mengendahkan amaran itu. Ketika kejadian militan Taliban telah menyerbu, menahan dan memeriksanya sebelum dia dipukul dengan raifal AK-47 selepas mereka menemui kad pengundi bersama-samanya. "Selepas itu salah seorang daripada mereka (Taliban) mengeluarkan pisau dan meletakkannya pada hidung saya. "Saya merayunya supaya mereka tidak mencederakannya tetapi sia-sia," katanya, sambil menambah kata, dia pengsan dengan berlumuran darah dan hanya sedar beberapa jam kemudian apabila seorang penduduk kampung menemuinya. - Agensi


Ulasan :

1) Gerakan Taliban merupakan salah satu dari gerakan ekstremis kontemporari yang berdaftar atas nama agama Islam di Afghanistan. Perjuangan golongan ini muncul apabila mereka tidak berpuashati dgn peranan kerajaan campuran pemimpin Islam (Hekmatyar+Rabbani) yang dulunya berjaya mengalahkan penjajahan Soviet Union dahulu. Bagi Taliban, pihak pentadbir didakwa mereka tidak Islamik @ tidak Sunnah. Pergerakan ini akhirnya membentuk pakatan sendiri lalu mengangkat senjata memerangi golongan yang setentang dgn fahaman mereka. Kemunculan mereka persis kemunculan Gerakan Wahhabiy satu waktu dahulu. Mereka akhirnya bersekongkol dengan al-Qaedah untuk mendapat lebih kuasa dan pengaruh. Dan berjaya melakukan huru-hara dalam Afghanistan. Sehinggalah mengundang kehadiran tentera Amerika. Muncul pula mudharat yang lebih besar terhadap rakyat Afghanistan itu sendiri.


2) Setelah Hamid Karzai dilantik sebagai Presiden, keadaan huru-hara tetap tidak berubah. Malah gerakan yang berasaskan kepada ajaran Tauhid 3T dan al-Sunnah ini semakin mengganas. Mereka tidak segan silu menggunakan nama agama untuk melakukan serangan, tembakan dan pengeboman walaupun melibatkan umat Islam. Bagi mereka, umat Islam berkenaan tidak lagi mengamalkan Sunnah, Wala' kepada Amerika, Ahli Bid'ah, Sesat dan melakukan amalan khurafat lalu..dihalalkan semua tindakan mereka atas nama agama. Hingga kini, beribu nyawa umat Islam Afghanistan sudah menjadi mangsa. Dan kisah Lal Abdullah di atas adalah salah satu contoh kepada kekejaman Taliban.


3) Walaupun Isu Lal Abdullah adalah isu terpencil, namun kesannya begitu ketara. Dek kerana mengundi dalam pilihanraya je, telinga dan hidung beliau dipotong. Kenapa berlaku sedemikian. Ini kerana golongan Taliban berpendapat Pilihanraya itu tajaan Amerika, tidak ada zaman Nabi SAW, tidak Sunnah...lalu mereka memulaukannya dengan melakukan serangan, tembakan dan melancarkan peluru berpandu walaupun keatas umat Islam sendiri. Kalaulah Taliban tidak setuju dengan pilihanraya ini..mengapa umat Islam harus menjadi mangsa kekejaman mereka. Ternyata, mereka mengambil kebenaran dgn kekerasan. Mengapa tiada perasaan belas kasihan sesama Islam? Bahkan ingin diceroboh hak mereka sebagi muslim? Bukankah ini bertentangan hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Aku memerintahkan kamu supaya memerangi golongan kuffar (yg memerangi Islam) sehingga mereka mempersaksikan Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila mereka melakukan sedemikian, haramlah darah mereka dan harta benda mereka dengan sebab mereka memeluk Islam kecuali dengan cara hak yang ditentukan Islam dan perhitungan disisi Allah SWT."- riwayat al-Bukhari DLL.


4) Anda bayangkan jika situasi ini wujud dinegara kita. Sememangnya sudah ada golongan yang memboikot dan membid'ahkan umat Islam yang menyertai pilihanraya. Tetapi golongan mereka amat sedikit kerana baru mula berputik. Tetapi awas, bila mereka kuat...mereka akan mengkafir dan menyesatkan anda...Pabila mereka memiliki senjata..mereka akan mengancam keselamatan anda. Waspadalah terhadap sebahagian watak-watak militan modern yang berselimut ini. Diharapkan semua pihak mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Syukran.

Tuesday, September 1, 2009

3 SEKAWAN BAHAYA


Pemikiran Wahhabiyah tidak sesuai diamal kerana dikhuatiri boleh pecah belah ummah


FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman (Wahhabiy), Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh.


Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan (bahawa) masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara (ini) tidak didedahkan. "Ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden. (Mereka sebenarnya ingin memodenkan) masyarakat kepada aliran (pemikiran) Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan dengan fahaman yang betul mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah (pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan) nescaya kita akan berdepan pelbagai masalah termasuk boleh (memberi ancaman) kepada keselamatan negara," katanya.


Ketika ditanya, Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahhabiy dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi'ie. Beliau berkata, setakat ini JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan. "Pelbagai tindakan pencegahan dilakukan JAKIM dan JAKIM bagi mengelakkan fahaman itu menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di pelbagai peringkat masyarakat dan tindakan undang-undang terhadap penganut fahaman berkenaan," katanya.


Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum, khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah (dan banyak lagi penyelewengan).

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat. Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.

Bagaimanapun katanya, wujud fenomena liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa dipantau serta dikaji oleh pihak berkuasa agama. Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27 Julai 2006 membincangkan "Aliran Pemikiran Islam Liberal" dan memutuskan aliran itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. "Antara kesesatan pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad," katanya. Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya'irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi'ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani. Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahhabiy tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.


Nota : Di edit dari wartawan : Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Agama/20090825013128/Article/index_html
25/08/09. Tulisan dlm kurungan adalah editan dari Tuan Blog.


Kesimpulan :

1) Fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam Liberal adalah bertentangan dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Kewujudan aliran ini bukan sekadar mengganggu-gugat keharmonian fahaman dan amalan, tetapi tindakan mereka yang ekstrem mampu mengancam keselamatan negara. Oleh itu, ianya perlu dibendung sehingga ke akar umbi.


2) Bersama kita semarakkan program Pemantapan Akidah di semua peringkat dalam mendedahkan penyelewengan yang terdapat pada fahaman ini supaya masyarakat jelas dgn fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.


3) Tiba masanya undang-undang sivil dan syariah diperkasakan bagi tujuan mengawal kesucian akidah dan pematuhan kepada peraturan syarak dari dicemari oleh golongan ekstrem dan golongan yang tidak bertanggungjawab. Awas, TIGA SEKAWAN! Wahhabiy, Syiah dan Liberal, kami akan menggempur kamu! BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo