MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam. Jgn beli barangan Amerika kerana keuntungannya disalurkan kepada Israel utk membunuh umat Islam!PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam. Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam. Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.
Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah. Hijrahnya Rasulullah, menandakan tamatnya segala penindasan ke atas golongan mustadafin (tertindas dan lemah) lantas membuka era baru perkembangan Islam - darinya juga bermula sebuah negara yang berlandas pimpinan Ilahiah. Namun bulan Muharam juga mengingatkan kita peristiwa besar yang terjadi dalam sejarah tamadun manusia selepas Rasulullah iaitu 10 Muharram 61 Hijrah yang menyaksikan cucu kesayangan baginda, Hussin bin Ali bersama rombongannya terbunuh di Karbala.
Jika Maal Hijrah, umat Islam bergembira, peristiwa 10 Muharam pula disaduri dengan kesedihan. Tetapi apabila disebut kita sambut 10 Muharam dengan ingatan pada peristiwa Karbala, ia sering kali dianggap suatu yang asing, sesat lagi menyesatkan. Benarkah begitu?
Kerana ia selama ini disambut dengan penuh emosi oleh pengikut Syiah dan Ahlul Bait tetapi tidak di sisi pengikut sunni amnya. Bagaimanapun tradisi di rantau ini yang Sunni begitu rapat dengan Asyura sebagaimana rapatnya masyarakat sebelah sini dengan ritual seperti tahlil dan marhaban yang didatangkan dari Hadratulmaut. Semuanya dikaitkan dengan ingatan terhadap Ahlul Bait.
Bergantung kepada budaya setempat, Asyura (versi Syiah?) disambut seperti di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan Lebanon, malah tidak ketinggalan di serata tempat termasuk Malaysia. Hari mereka berdukacita dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan ia berlanjutan selama 40 hari perkabungan (Arbaen).
Ya, semua itu tiada dalam al-Quran dan Hadis nabi secara berterus terang sebagaimana sambutan Maal Hijrah. Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat.Ia tidak seharusnya menjadi milik Syiah semata-mata tetapi ia milik seluruh umat yang cintakan perdamaian dan kebencian pada kezaliman. Kerana Ahlul Bait adalah warisan tinggalan Rasulullah buat pegangan seluruh umat selepas al-Quran.
Menyambut 10 Muharam dengan mengingati Hussin bukan bererti kita semua menjadi Syiah atau Rafidhah (sesat). Tetapi mengingati kesyahidannya di Karbala adalah sebahagian rasa cinta dan sayang pada belahan jiwa Rasulullah itu. Sebagaimana yang diulang sebut dalam tahlil kita, ''Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" (al-Ahzab:33).
Justeru wajarkah manusia-manusia yang dibersihkan oleh Allah itu dibunuh kejam. Layakkah insan yang dikasihi Nabi diperlakukan sebegitu rupa. Umat apakah kami ini, ya Allah?
Jadi wajarkah kita tidak mempunyai secebis rasa sedih meskipun tidak beremosi bila mengenangkan sejarah hitam itu. Ketika Hussin menyaksikan dengan matanya, Ali Akbar dipanah dalam keadaan tekaknya kering kehausan. Tidak cukup itu, bayi kecil, Ali Asghar yang merengek-rengek perlukan air tetapi panah pula yang dilayang ke tubuhnya. Bagi mereka yang begitu rapat dengan sejarah itu, emosinya membuak-buak, linangan air mata tidak dapat dibendung. Kadang kala kerana faktor budaya setempat, ada yang terdorong melukakan badan mereka, mungkin ingin merasai penderitaan Hussin dan keluarganya.
Apa peliknya jika Presiden, Gamal Abdul Naser mati dibunuh Khalid Islamboli, ada juga orang Mesir meratap hingga membunuh diri, inikan cucu Nabi yang dibunuh. Jadi tidak mustahil ada yang bertindak terlalu emosi dan meluahkan segala-galanya. Namun wajarkah mereka yang dikatakan sebagai pengamal bidaah itu dihapuskan dan dihalalkan darah mereka dengan aksi letupan bom sebagaimana sering terjadi di Pakistan dan juga Iraq apabila golongan Syiah beramai-ramai keluar menyambut Asyura secara terbuka selepas puluhan tahun dihalang rejim Saddam Hussein. Seharusnya umat Islam kini tidak lagi dibebankan dengan pertelingkahan sejarah lama. Ketika ada yang marah kerana sambutan Asyura, sebenarnya Karbala moden sedang berlaku dan Asyura terus menangis.
Bumi Gaza dibedil, dijarah sejak 27 Disember lalu. Serangan darat yang telah dimulakan oleh tentera Zionis tidak mengenal kanak-kanak, bayi dan wanita. Sasarannya membabi buta - masjid, hospital dan pasar. Tentera rejim itu tiada bezanya dengan kejamnya Umar bin Saad atau Syamir bin Dzi Al-Jausyan ketika di Karbala. Keadaannya juga sama, jika tiada seorang pun penduduk Kufah yang berani melawan kezaliman tentera Umayyah untuk menyelamatkan Hussin yang sepatutnya mereka baiah sebagai pemimpin dan ikutan.
Begitu juga Gaza, tiada penguasa atau negara yang mampu melawan Israel. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mampu berbuat apa-apa meskipun Palestin adalah isu yang melibatkan sama ada Sunni atau Syiah. Kita hanya mampu berdemonstrasi, melaung-laungkan ''Jahanam-jahanam Israel, Hidup-Hidup Islam' atau Hancur Amerika! dan setidak-tidaknya hulurkan bantuan kemanusiaan. Itu semua sekadar tindakan ad-hoc untuk Palestin.
Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah boleh bersuka ria dan bergelak ketawa di bulan Muharam ini. Tetapi Asyura membuatkan penderitaan Palestin terasa dekat di hati. Ahli sejarah al-Makrizi dalam al-Khuthath sebagaimana yang dipetik dari tulisan Jalaluddin Rakhmat menyebut; ''Dinasti Fatimiah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (mengenang kematian Hussin di Karbala)… Ketika Bani Ayub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira… Melanjutkan tradisi orang Syam yang dirintis oleh Al-Hajjaj pada zaman Abdul Malik bin Marwan.''
Untuk catatan sepanjang ratusan tahun Hijrah, mimbar masjid di zaman Umaiyah disuruh mengutuk Imam Ali sehinggalah ia ditamatkan oleh Khalifah Umar al-Abdul Aziz yang mengubahnya kepada kalimah ''Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu kepada keadilan dan ihsan.'' Jalaluddin dalam bukunya, Meraih Cinta Ilahi,Pencerahan Sufistik mengungkapkan setiap kali Asyura, pengikut Ali di Karbala merekonstruksi peristiwa itu dan merintih penuh nestapa. Mereka berteriak, ''Setiap hari adalah Asyura dan setiap bumi adalah Karbala. Kita baca ungkapan itu sebagai ''Setiap hari adalah perjuangan dan di mana saja kita berpijak itulah bumi perjuangan," Selawat…
Kezaliman:
Lantas Asyura bukan sekadar menjadi lambang penentangan kezaliman pemerintah dalam dinasti Umaiyah. Memandangkan Khilafah ketika itu mendokong aliran sunnah maka ada pihak yang menganggap sambutan Asyura adalah lambang penentangan kepada sunni.
Namun sebenarnya Asyura adalah sumbu penolakan kepada sebarang kekejaman dan penindasan ke atas mustadafin. Gelombang semangat Asyura jugalah satu ketika dulu menumbangkan Syahansyah Reza Pahlawi atau Shah Iran oleh pendukung garisan Imam Khomeini, meskipun raja segala raja itu adalah Syiah.
Lantas Asyura bukan sekadar menjadi lambang penentangan kezaliman pemerintah dalam dinasti Umaiyah. Memandangkan Khilafah ketika itu mendokong aliran sunnah maka ada pihak yang menganggap sambutan Asyura adalah lambang penentangan kepada sunni.
Namun sebenarnya Asyura adalah sumbu penolakan kepada sebarang kekejaman dan penindasan ke atas mustadafin. Gelombang semangat Asyura jugalah satu ketika dulu menumbangkan Syahansyah Reza Pahlawi atau Shah Iran oleh pendukung garisan Imam Khomeini, meskipun raja segala raja itu adalah Syiah.
Sambutan Asyura tahun demi tahun itulah menyalakan semangat penentangan ke atas tentera Israel oleh Hizbullah, pimpinan Hassan Nasrallah yang mengisytiharkan kemenangan dalam perang 34 hari dengan rejim itu pada 2006. Dan Hizbullah secara jelas mengiktiraf kepimpinan wilayah al-faqih di Iran. Dengan semangat menentang kezaliman itulah juga Presiden George Bush dimalukan oleh wartawan, Muntazer al-Zaidi, seorang Syiah dengan lontaran jamrah 'kasut but' saiz 10 itu.
Oleh itu, apabila membaca sejarah Karbala, ia sebenarnya terlalu dekat dengan apa yang telah berlaku sekarang dan mengajak kita berfikir bagaimana harus dilakukan untuk merubah nasib umat. Asyura adalah menyatakan rasa sedih dan meluahkan kecintaan mendalam pada Hussin dan ahli keluarganya, sebagaimana Nabi pernah menyatakan rasa sedemikian rupa pada cucunya itu.-Karya Asal : Cinta Asyura dan Karbala Oleh HELMI MOHD. FOAD(WARTAWAN UTUSAN)




34 comments:
AsSalam
sebelum saiyidina Husin radhiallahu anhu wafat di bumi karbala...baginda sempat memenggal kepala musuh seramai 34 orang...lalu gugur syahid...
famili saiyidina Husin kemudian dihantar ke kufah...di kufah famili Saiyidina Husin di hina dengan kata kata kesat
Akhirnya Famili Saiyidina Husin di hantar ke mesir...hidup di mesir...di sini bermula kisah hidup Saiyidatina Nafisah yang tersohor dalam kisah wali Allah yang di Anugerahkan oleh Allah dengan Karomah, kemulyo an selaku wali Allah di muka BUMI.
Banyak kisah Saiyidatina Nafisah dalam usaha dakwahnya termasuk kisah karomah yang di Anugerahkan Allah kepadanya.
Wallahu 'Alam
Assalamualaikum..
Jawapan balas Ustaz Aizam berhubung artikel ini.. Ustaz zamihan perlu lebih berhati2 dalam menyiarkan apa2 sahaja artikel ..
http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Jawab%20Syiah.pdf
Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM
Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’ tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari 2009. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan. Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala? Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?
Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah. Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. Justeru, apa pula ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan? Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri!
Bid’ah Asyura tajaan Syiah
Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari memperingati peristiwa Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Itulah cara memperingati hari Asyura, sesuai dengan apa yang telah diamal dan diajarkan oleh Rasulullah SAW beserta para sahabatnya dan sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Saiyidina Ali ra dan Saiyidina Husin ra serta seluruh Ahlul Bait dan keturunannya sampai kini.
Namun apabila syahidnya Saiyidina Husin ra di bumi Karbala pada 10 Muharram tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bid’ah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeris. Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).
Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah? Jawapannya mudah. Ini kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala!
Syiah pencetus peristiwa Karbala
Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj 'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal. 306)
Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-darah kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).
Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. 3
Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al'Uyun,hal 391).
Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan
bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34).
Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.
Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak
berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing.
Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau al-'Uyun, hal. 430)
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, “Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”.
Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie dalam pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-'Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37)
Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangan-tangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan kata-kata, “Tetapi peristiwa
penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”.
Tuduhan
Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan pembunuhan Saiyidina Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu Umar bin Saad bin Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al-Thabari jilid 4 m.s. 245)
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara zalim itu.
Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang meriwayatkan hadith
daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan lain-lain lagi”.
‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396)
Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang yang dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezaliman
terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar bin Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadith menerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam.
Larangan meratap
Setelah memahami isu di atas, kita boleh menyimpulkan tiada kena mengena sama sekali antara sambutan mengingati peristiwa Karbala anjuran Syiah dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis. Hari Asyura
yang berkonsepkan Karbala itu tidak pernah dan tidak akan menjadi tradisi di kalangan penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Malah tradisi Sunni ialah berpegang kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.
Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menampar-nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah
SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud ra bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”.
(Sahih Bukhari Kitab al-Jan’aiz dan Muslim Kitab al-Iman).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka”.(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).
Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tiada ulama di kalangan Ahli Sunnah yang
mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar.
Sunni pejuang bumi Palestin
Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya syiar perayaan Karbala itu terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran mencabar kebiadapan Amerika Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir Zionis di selatan Lubnan. Jika itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan golongan Sunni lebih berhak mendapat pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis hanya berjaya dibebaskan oleh golongan Sunni.
Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang membebaskan Palestin setelah ia diperintah selama 12 kurun oleh kerajaan Babilon, Yunani, Parsi dan Rom? Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah
yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis melalui satu penyerahan terhormat yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus pada tahun ke-17 hijrah bersamaan tahun 638 masihi. Panji Islam terus mengibar di
bumi suci ini sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq ra.
Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat sahaja, bagaimana ketika umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu. Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul Aziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455).
Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini
(hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. "
Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin?
Perhatikan pula, siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua selepas ia jatuh ke tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099? Sejarah mencatatkan sewaktu penaklukan berlaku, tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam
lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan yang melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru, siapakah akhirnya yang telah membebaskan bumi suci ini daripada tentera Salib? Adakah ia seorang Syiah?
Sekali-kali tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan. Kelahiran Sultan Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepada umat Islam pada zaman tersebut. Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis. Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib.
Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah melupai peranan Syiah Fatimiyyah Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana itu, sebelum melancarkan perang ke atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyyah.
Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar, seorang hakim dan salah seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi kepada tentera Salib dan mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan mengusulkan agar mereka (tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya nanti wilayah utara Syria berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin di bawah dominasi Fatimiyyah. Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, tentera Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099, pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar al-Daulah, penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak mengetahui sejarah ini?
Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan pengkhiatan Syiah terhadap kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang menjadi menteri kepada Khalifah al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah
manusia yang bertanggungjawab di atas pembunuhan umat Islam secara besar-besaran oleh tentera Monggol selama 40 hari berturut-turut. Setelah itu, kedua-dua mereka dilantik menjadi menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi
menjajah Baghdad. Ibnu Kathir menyebut, jumlah korban pada saat itu mencecah ke angka 800,00 atau satu juta orang.
Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua-dua manusia ini, mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin agung Syiah, al-Khomeini. Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah halaman 128, al-Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa kerugian di atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.
Apakah pencetus kepada penjarahan dan pembantaian ratusan ribu umat Islam Sunni dianggap satu khidmat buat Islam menurut fahaman Syiah?
Sebaliknya, siapakah yang akhirnya berjaya menyekat kemaraan menggila tentera Monggol serta berjaya mengembalikan Syria dan Palestin ke pangkuan umat Islam? Beliau ialah pemerintah Dinasti Mamalik, Sultan al-Muzaffar Saifuddin Qutz. Iaitu murid kepada seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah terkenal, Imam al-Izz bin Abdul Salam. Sesiapa sahaja yang membaca sejarah peperangan Ain Jalut sudah pasti akan mengetahui bagaimana kehebatan jundullah pimpinan Saifuddin Qutz menewaskan keangkuhan dan kesombongan tentera Tartar. Ia juga menjadi episod kekalahan demi kekalahan tentera Tartar serta pengembalian wilayah Palestin ke tangan umat Islam. Di manakah Syiah dalam peperangan ini?
Kenangkan juga, bagaimana kegigihan Sultan Abdul Hamid kedua, khalifah Islam Sunni Bani Uthmaniyyah yang terakhir dalam mempertahankan al-Quds. Ketika pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat ke Istanbul pada tahun 1901 dan
cuba bertemu dengan beliau.Beliau mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya menyampaikan pesanannya terkenal:
“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. (Lihat: Sahwah al-Rajul al-Maridh, Muwaffaq Bani al-Marjah)
Malah banyak lagi pengorbanan Sunni dalam mempertahankan bumi Palestin yang tercatat dalam sejarah. Jangan kita lupa kepada perang Arab-Zionis pada tahun-tahun 1947-1948. Lupakah kita terhadap kemenangan tentera-tentera sukarelawan
Mesir dan Syria dalam kalangan anggota gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka hampir sahaja berjaya menghapuskan terus kekuatan pengganas-pengganas Zionis.
Begitu juga perang Karamah 1968 di Jordan. Tentera Zionis telah dikalahkan dengan teruk dalam peperangan antara mereka dengan tentera Jordan. Sehingga hari ini, pada 21 Ogos setiap tahun, Jordan akan merayakan hari kemenangan tersebut.
Pengunduran tentera Zionis beserta penduduk Yahudi dari Gaza pada Ogos 2005 juga bukti kemenangan Sunni melalui gerakan Intifadah rakyat Palestin. HAMAS, Jihad Islami, briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan berhak menerima kredit untuk tujuan tersebut. Bukankah mereka Ahli Sunnah? Sekali lagi, Ahli Sunnah sememangnya mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan sekali, malah banyak kali, jauh lebih banyak daripada golongan Syiah!
Jika itu senario di Palestin, di tempat lain di serata dunia banyak lagi contoh yang boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang di Afghanistan sebagai contoh. Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan Rusia. Mereka bukannya puak Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk meluaskan pengaruh mereka di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus. Begitu juga di Bosnia dan Cechnya, pejuang Sunni hadir ke bumi tersebut semata-mata atas nama jihad mempertahankan agama Islam bukan kerana mazhab tertentu.
Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan tidak terletak pada Syiah atau tidaknya sesuatu kumpulan. Maka, adalah silap bagi mereka yang mempromosikan Syiah hanya kerana kejayaan seorang wartawan Syiah, Muntazer
al-Zaidi berjaya memalukan Presiden Bush dengan lontaran jamrah 'kasut but' bersaiz 10 itu. Apalah nilainya berbanding darah para syuhada Sunni yang telah mengalir sepanjang masa, zaman dan tempat bagi mempertahankan Islam yang suci ini.
Sambutan Asyura sempena memperingati peristiwa Karbala juga bukanlah jawapan untuk membangkitkan semangat menentang kezaliman. Apakah perbuatan Syiah mengumandangkan syair-syair mencaci maki Bani Umayyah dan para sahabat Rasulullah SAW atas tuduhan mereka sebagai perampas hak dan pembunuh Saidina Husin itu dianggap pencetus kebangkitan ummah? Adakah Syiah mahu melihat golongan Sunni mengungkap kembali dan membongkar segala titik hitam
pengkhianatan Syiah terhadap umat Islam termasuk ke atas Ahlul Bait sendiri? Benar, Syiah sememangnya berhak melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan sempena peristiwa Karbala tersebut. Tetapi tidak bagi Sunni. Mereka berlepas diri (bari’) dari kesemua perbuatan tersebut.
Malaysia bumi Sunni
Oleh itu, jangan jadikan isu kekejaman Zionis di bumi Gaza sebagai agenda mempromosikan Syiah. Jangan jadikan Malaysia seumpama apa yang berlaku di Iraq dan Pakistan. Jangan sengaja disemarakkan api perbalahan mazhab itu.
Ingatlah bahawa Malaysia ialah bumi Sunni dari segi tradisi, budaya dan perundangannya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997 telah memutuskan bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi memutuskan bahawa; Pertama, menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam” seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak”.
Oleh itu, kewarasan dan kebijaksanaan diperlukan dalam mendepani isu Palestin dan Zionis. Penggunaan fiqh awlawiyyat (keutamaan) perlu dipertimbangkan. Sunni dan Syiah perlu melihat kepada musuh mereka yang satu iaitu Zionis Yahudi. Mereka perlu dihancurkan sehancur-hancurnya. Ini bukan masanya untuk mempropagandakan doktrin masing-masing. Bagi Sunni, kita menyeru seluruh umat Islam bersatu tanpa mengira mazhab dalam menghapuskan penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Biarpun ia adalah penganut Syiah seperti Hizbullah, Sunni tetap menyokong dalam bahasa melenyapkan kerakusan Zionis. Bukan dalam bahasa mendokong doktrin aqidah pegangan Hizbullah. Jika syiar Karbala atau Asyura atau Wilayatul Faqih yang menjadi pegangan mereka, anutan itu tetap ditolak, ia tetap bid’ah di sisi Sunni, dan jangan sekali-sekali mendakyahkannya di bumi ini.
http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Jawab%20Syiah.pdf
pecah tembelang si dia ni minat dengan ajaran syiah rupanya. patut ler
Puak2 syiah tu geng demo ke tuan sheikh al-ghari?
aku rasa penulis blog nie berakidah kan atau pengagum Syiah.. hasil tulisan nya lebih mirip dan cendong kepada Syiah.
AsSalammualaikum
bawakan 4 saksi muttaqiin jika nak tuduh Ustaz zamihan syiah...khuatir tuduhan tersebut akan menimpa wajah anda kembali...
jika t5idak jangan buat fitnah di sini terhadap Ustaz Zamihan
tu sebarkan agama syiah melalui amalan karbala tu... artikel ni tajuk asalnya Cinta Asyura' & Karbala. al-Ghari ubah jadi Cinta Agama & Ahli Bayt.. Agama sapa ajar Karbala Huseiniyyat tu? SYIAH!!! memang menyeru ajaran syiah tu. Nasib ler badan, blog ni yang menjadi saksi tangan zamihan sebar syiah
Salam semua,
Masyaallah, sedih sekali dalam umat Islam ditindas di Palestin oleh rejim Yahudi, umat Islam masih ingin bergaduh sesama sendiri hal2 sebegini. Ini jelas bukan pegangan golongan salaf. Kalau nak di sesatkan semua orang yang simpati dengan Syiah, maka sesatlah Yusof Qaradawi & sesatlah juga AsSyahid Hassan Al Banna. Namun ana rasa, perlu jugaklah aliran Mazhab Muhd Wahab ni sesatkan pemimpin mereka di Arab Saudi sekarang yaitu Raja Abdullah yg dah nak berbaik-baik dengan Iran. Wahai kawan semua; marilah kita bersatu memerangi musuh yg utama iaitu kafir harbi & Yahudi laknat. Cukuplah ditipu oleh talbis iblis yg hasut buang tenaga anta semua buat komen perkara2 yg tidak membawa perkembangan positif seperti ini. Golongan Yahudi laknat ni, dia tak kira siapa anta - salaf ke khalaf ke, Syiah ke, Wahabi asal Islam semua dia anggap musuh. Dibanding antara Syiah & Yahudi/kafir laknat; mana yg fiqh awlawiyah sekarang ni! Jangan sampai Malaysia jadi macam Palestin baru nak bersatu.
"Who are his Ahlul-Bayt (that the Prophet was referring to)? Are they his wives?" Thereupon Zaid ibn Arqam said: "No, by Allah! A woman lives with a man (as his wife) for a while; he then divorces her and she goes back to her parents and her people. The Ahlul-Bayt of the Prophet are his lineage and his descendants (those who come from his blood)..." Sahih Muslim, 1980 Edition Saudi Arabia, Arabic version, v4, p1874, Tradition #37
**************
Hujan apa ? Darah
Siapa ? Mata
Bagaimana ? Siang-malam
Mengapa ? Karena duka
Duka karena siapa ?
Duka karena raja Karbala.
Jika kalian tidak suka
Usahlah kalian ucapkan selawat
dalam tahiyyat solat kalian
Terhadap Aal Muhammad....
astaghfirullahil'aziim....
apa nak jadi bangsa aku ini...
jaki dan dengki hati.. hasad tu bila suka tuduh menuduh tanpa bukti sahih..
bersatu lah korang dengan orang yang melaknat Abu Bakar Umar Aisyah dalam solat mereka. Hidup mereka ni x boleh berpisah dengan raja. Raja zalim dan khianat pun ikut je... Depa ni ambik raja sebagai manhaj kot. Pemimpin Mesir Saudi Iran Turki semua bekerjasama dengan Amerika menyerang Iraq. tang ni x sedar2 lagi.. Pi lah bersatu dengan kaum yang membunuh Sunnah di Iraq tu dengan slogan penghapusan etnik. Padan dok kena tipu bulat2 ngan Syiah je depa ni. Ajaran Syiah Imamiyyah tu pun x reti nak hurai.. pi lah ikut perayaan Karbala' yang diminati oleh Zamihan al-Ghari tu
kalau syiah ni betul nape kawan Zamihan di Jakim bernama Mohd Aizam bin Mas’od jawap artikel yang turut disiarkan oleh zamihan ni? hang pa x bleh berfikir ka?
Bersama siapakah jiwa kita!
Melihat Al-Husein terjatuh dan tak berdaya, Syimir dari pasukan Ibnu Ziyah turun dari kudanya, menginjak-injakkan kakinya ke dada Al-Husein, lalu menduduki dadanya dan menghunus pedang, kemudian menyembelih leher Al-Husein yang dalam kehausan, sehingga terpisah lehernya dari tubuhnya.
Duhai manusia yang mengaku umat Rasulullah saw, mengapa kalian tidak membela Al-Husein (sa)? Padahal Rasulullah saw pernah berpesan: “Puteraku ini (Al-Husein) akan dibunuh di Karbala, barangsiapa yang menyaksikannya, maka tolonglah dia.”
(Al-Ishabah, Ibnu Hajar, jilid 1: 68, hadis ke 266)
Menyaksikan pristiwa paling tragis itu Zainab, isteri Al-Husein dan anak-anak kecil menangis dan menjerit. Tidak hanya itu kekejaman Syimir, ia melemparkan kepala Al-Husein (sa) yang berlumuran darah ke dalam kemah Zainab. Semakin histeris tangisan Zainab dan keluarganya menyaksikan kepala Al-Husein yang berlumuran darah berada di dekatnya.
Zainab Al-Kubra (sa) menangis dan menjerit, jeritannya memecah suasana duka. Ia merintih sambil berkata: Oh… Husein, dahulu aku menyaksikan kakakku Al-Hasan meninggal diracun oleh orang terdekatnya, dan kini aku harus menyaksikan kepergianmu dibantai dan disembelih dalam keadaan haus dan lapar.
Berikan takhrij nas dan syarah kitab al-Isabah tu serta rujukannya sekali. Apa benar Yazid yang bunuh Husein atau Khawaraij mantan Syiah yang membunuhnya? Bayang2 Syiah dan makin jelas kelihatan... Ni bukan pembela Sunnah dah ni, pembela Sunnah Yahudi Karbala yang dimulakan oleh kaum Syiah Bani Buweih ader la... Good!!! teruskan pengakuan antum semua...
Ops Arjuna Surya... blog anda nurpencerahan.blogspot.com saya kenal pasti anda seorang Syiah
As Salam..
Takde sape nak report kat JAKIM ker pasal Ustaz Zamihan menyiarkan artikel syiah kat blognya?
Kita boleh lihat sendiri ..penyokong2 ustaz zamihan sorang pun tak tegur ustaz zamihan..
Sedih betul ..
Ketahuilah .. takde sape yg maksum kecuali Rasulullah s.a.w..
Cuba baca balik perenggan akhir komen ibnyaacob, wahai saudara Shahril/mohd shamsuddin (atau memang buat2 jahil?).
Sila lihat website Dr Yusuf Qaradawi berkaitan Syiah.
Itulah patutnya pegangan kita semua.
Apakah tuan2 ini agen Yahudi laknat yg memang suka umat Islam berpecah? Orang kafir kalau perang, semua umat Islam kena samada Wahabi,Syiah atau Sunni.
Sayang, kita begitu bersemangat nak tulis komen kritik Syiah
TAPI CUBA TINJAU BLOG BERKAITAN PALESTIN OLEH UST Z, BAIK SHAHRIL MAHUPUN MOHD SHAMSUDDIN LANGSUNG TIADA SUMBANGAN KOMEN.TAJUK NI JUGAK YG DIAORANG SEMANGAT SANGAT NAK KOMEN.
Inikah yang Nabi mahu? Cuba muhasabah diri balik!
Apa korang ni teruk betul ke akhlak; ingat Allah tak benci ke perangai korang ni?
Korang ni ngape jahil sangat dengan situasi dunia sekarang ni?
Takkan iblis dah tipu orang2 alim macam saudara ni?
pilah berbaik peluk cium Syiah Yahudi tu, sebar2kanlah Asyura' dan Karbala' tiru mereka kelar pedang kat tubuh badan sendiri tu, tirulah perangai mereka doa qunut laknat sahabat nabi tu... Baca statement Qaradawi satu artikel, pandangan-pandangan Qaradawi yang lain mengingatkan tentenag pegaruh syiah yang akan memecehbelah umat tu x nak baca pun... sedap mulut dia mensetankan orang,, pila ikut orang yang menuduh Abu Bakar dan Umar lebih jahat dari Iblis tu!!! = SYIAH!!! merepek je tau la
Korang x leh fikir ka, Iran yang bersama-sama Amerika rancang dan bersekongkol menjatuhkan Iraq dan bunuh (entah jutaan)rakyat Iraq tu nak disandarkan bela umat Islam Palestin.. tunggula beberapa tahun lagi apa Iran akan dedahkan apa yang mereka buat terhadap umat Islam.. seperti pengakuan mereka bersekongkol dengan Amerika jatuhkan Afghanistan dan Iraq... Kata Mohamad Ali al-Abtahi, bekas Naib Presiden kepada Khatami ; Jika tidak kerana Iran Kabul dan Baghdad Tak Akan Jatuh Ketangan Amerika dengan Mudah... kureng mengkaji dan membaca menggagau dalam gelap la, padanla mengigau
Syiah memang suka dengan orang kurang membaca ni, senang sikit nak dicucuk jarum taqiyyah mereka... umpama lembu dicucuk hidungla, bila korang berdebat dengan mereka terus kena sembelih awal2... syiah pun tertawakan korang macam salah seorang mufti yang telah dimalukan oleh mereka...
Kalau dulu bolehlah... asal sebut syiah orang kata sesat, asal sebut wahabi orang kata sesat. Sekarang ni adalah zaman ilmu, jadi sepatutnya kita menilai sesuatu dengan ilmu. Saya kesal kalau ada orang2 yg berilmu yg bersikap jumud, tak mahu membuka minda dan terus dengan tuduhan tanpa asas yg jitu.
Syiah sesat jika mereka mengkafirkan sahabat, malah hukum mengkafirkan orang lain adalah kafir itu kembali kepada penuduh. Tetapi jika Nabi yg menghukum kafir kepda orang yg memengggal kepada cucunya, apakah kita pula yg akan mengampunkan mereka (yg memenggal kepala saidina Hussein)?
jadi berhati2lah dengan sebarang tuduhan. Wahabi sesat kerana mereka selalu menuduh orang lain sesat, dan ada juga mengkafirkan orang. Jadi jika mana2 pihak termasuk dalam golongan mengkafirkan orang sedangkan tiada nas yg menyokong tuduhan maka tuduhan itu balik kpd mereka sendiri.
Saya lihat ada kecenderungan umat yg membuat bacaan melulu. Kenapa kecintaan kpd ahlu bayt dikaitkan dgn syiah? apakah ahli sunnah atau orang islam amnya tak boleh cintakan keluarga Nabi?
Soal meratap dan larangan meratap kematian memang ada. memang wajib diikuti oleh semua muslim, tapi jgn kerana perbuatan sesetengah umat yg 'berlebihan' dlm hal meratapi Saidina Hussein dijadikan modal untuk menghalang peringatn peritiwa pembunuhan itu.
Banyak lagi laku perbuatan umat melayu (islam) yg menyalahi syarak, umpamanya merayakan tahun baru masihi dengan Arak, zina dan musik. Kenapa pula perayaan karbala yg di lebih dikuatiri mnyelewengkan aqidah? pelik bunyinya..
Saya rasa sudah tiba masanya kita mengubah paradigma dari terkongkong dengan persepsi lama kepada paradigma baru yang melihat sesuatu perkara pada hakikat kebenarannya. Allahuaklam.
InsyaAllah saya akan ulas kedua2 rencana , ust zamihan dan sdr mohd aizam dan cc kpd semua menteri di JPM, jakin dll.. berani kerana benar.
Jadi yg duk berkokok menuduh ust zamihan sbg syiah dll jgnlah megah dgn jubah ijazah shj, kemukakan hujjah bertulis.. tak semestinya anda seorang ilmuan baru boleh menegur, cuma pastikan teguran bukan tuduhan!
opps, t rupanya saya pun tersalah baca. Sebenarnya ust zamihan tak buat apa2 komen pun, beliau hanya menyiarkan semula rencana yang di tulis oleh Helmi Mohd Foad di utusan... dan jawapan daipada Mohd Aizam adalah juga mengulas rencana HMF.
pasal apa pulak Ust zamihan yg kena hentam?
Hujjah Mohd Aizam sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya tentang Cinta Asyura dan Karbala yang diubahsuai oleh zamihan sebagai cinta Agama (Syiah)dan Ahli Bayt. Tulisan Mohd Aizam sudah terlebih ilmiah bagi menjawab artikel yang di'manipulate' sebagai Cinta Agama oleh Zamihan tetapi hakikatnya berupa Cinta kepada agama Syiah dan hari Karbala' dengan mengkambinghitamkan Ahli Bayt sebagai pelopor ajaran mereka.. Renung2kan tulisan pegawai JAKIM itu sebelum menulis dan membela seruan kepada agama Syiah oleh Zamihan al-Ghari ni. Tidak perlu mengulangi dengan tulisan secara ilmiah sedangkan tulisan yang sangat ilmiah Mohd Aizam tu pun belum lagi difahami oleh pembela al-ghari sekelian.. Tulisan Mohd Aizam menampakkan dia faham tentang fatwa JAKIM terhadap ajaran sesat Syiah. namun apa disebarkan oleh Zamihan menampakkan dia tidak faham akan fatwa JAKIM dan agama Syiah itu sendiri.. atau mungkin dia sendiri terjebak dengan aqidah Syiah sebenarnya. (Soalan ni zamihan kena jawab. Jika tak x kan Sunnah Karbala' tu dianggap cinta Agama? Kan penulis asal kata Cinta Asyura & Karbala dengan menggunakan hujah-hujah syiah dan rujukannya pun dari cendikiawan Syiah popular Indonesia - Kang Jalal = Jalaluddin Rachmat la tuh x kenal ke? baca tak artikel tu sebenarnya nih?. Dengan usaha yang zamihan buat ni, Apakah tidak patut saya mempersoalkan aqidah sebenar zamihan ? Dia kena jawab la. Satu lagi nak tanya Karbala' tu Sunnah ASWJ atau Sunnah Syiah Yahudi tu? pi lah ikut, jika rasa itu yang dianjurkan oleh agama anda. Jika ikut confirm la SYIAH tu..
Atau maybe, korang faham perayaan Karbala' ni Bid'ah Hasanah kot!!! Entah ler puak2 ni.. patut ler kena kencing bulat2 dek syiah Arjuna Surya
Salam Abu Sofiah Manzour;
Pembaca blog yg jujur mesti dah nampak akhlak tuan yg tak beretika bila bermuzakarah. Ana syorkan hayati buku 'Etika Dialog Dalam Islam' karya Sheikh Sayyid Thantawi. Cara anta ni bukan cara golongan salaf. Ana tak pernah nyatakan sokongan pada sambutan Syiah atas Karbala atau Asyura dalam tulisan ana. Camne boleh lari ke situ pulak tuduhan anta? Situ pun dah nampak kelemahan & ketidakjujuran, masyaallah.
Ana rasa cukuplah ana nyatakan disini jawapan Syeikh Ali Jum'ah, Mufti Mesir berkaitan Syiah dalam buku 'Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid 1 terbitan Jasmin.
Dan inilah pegangan yg sepatutnya.(Ini jawapan ana yg terakhir. Banyak lagi kerja lain yg lebih penting dari menjawab orang yg kurang akhlak dalam muzakarah ilmu).
(SILA BACA DENGAN JUJUR & BERETIKA)
'Bentuk persamaan antara kita dengan Syiah lebih daripada perbezaan yg ada. Kita sama-sama solat dengan mengadap ke Ka'bah yg sama, mushaf kita sama, nabi kita sama, Tuhan kita sama,solat kita sama 5 waktu sehari semalam & kita semua sama-sama puasa Ramadan.
Adapun masalah khilafiyah tentang fiqh seperti penambahan lafaz azan dengan Hayya ala Khairil Amal, menjama dua solat Zhur Asar, maghrib & Isyak serta masalah sujud atas tanah. Semua ini disebabkan Syiah menciptakan kaedah2 berdasarkan sunnah yg dijadikan oleh ulama sebagai syariat. Mereka telah meriwayatkan daripada Nabi saw Jaafar As Siddiq berkata 'Semua yg aku riwayatkan dari Rasulullah saw berasal daripada bapa2ku daripada Rasul saw.'
Jaafar Ash Shadiq di sini adalah Jaafar bin Muhammad bin Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Ali bin Abu Talib. Kita sebagai ahlussunnah mengagungkan dan menghormatinya. Akan tetapi menurut kita, Jaafar Ash Shadiq adalah seorang imam dan mujtahid tidak ubahnya seperti Imam Syafie,Ahmad,Malik dan yg lain. Sedangkan menurut mazhab Syiah,permasalahannya bukan demikian. Menurut mereka, Jaafar Ash Shadiq adalah seorang imam yg ma'shum, dia meriwayatkan apa-apa yg dia riwayatkan langsung dari Allah swt. Kita tidak boleh mengikuti selainnya ini.Inilah yg menjadikan perbezaan antara Ahlussunnah yg telah mengambil riwayat dari semua sahabt dan syiah yg hanya menerima riwayat dari ahlul bait. NAMUN KITA HARUS MEMPERDALAM PERSAMAAN DARIPADA PERSELISIHAN,PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN.'
Tentang tuduhan karut anta berkaitan Iran/Amerika & pegangan Qaradawi; cukuplah ana bawa di bawah ini berita kenyataan beliau berkaitan Iran & Syiah
(SILA BACA DENGAN JUJUR & BERETIKA)
Syaikh Qaradawi: Umat Islam Harus Bela Iran Jika Diserang Negara Lain
Friday, 19 September 2008
Ketua Persatuan Ulama Internasional Syaikh Yusuf Qaradawi menghimbau umat Islam untuk membela Iran, jika Iran diserang negara-negara Barat terkait program nuklir Negeri Para Mullah itu.
Qaradawi mengatakan, meski ia tidak mengkritik upaya-upaya kaum Muslim Syiah untuk menanamkan pengaruhnya di tengah komunitas Muslim Sunni, Ia dengan tegas membela hak-hak Iran untuk memiliki sumber energi nuklir dan menentang ancaman-ancaman Barat terhadap Iran.
"Iran adalah bagian dari bangsa Muslim. Umat Islam harus membela Iran, jika Iran diserang atau diinvasi oleh negara lain, " tukas Qaradawi.
Masalah Bid'ah:
Qaradawi mengatakan, Muslim Syiah yang menjadi mayoritas Muslim di Iran adalah bagian dari umat Islam, yang meyakini satu al-Aquran, meyakini Rasulullah Muhammad Saw dan salat dengan arah kiblat yang sama. Namun ia mengkritik salah satu tradisi kaum Muslim Syiah Imamah yang menyakiti diri sendiri ketika memperingati wafatnya Imam Hussein, cucu Rasulullah.
"Saya mengakui persatuan umat Islam. Tapi menampari muka sendiri, memukuli dada sampai berdarah-darah saat memperingari wafatnya Imam Hussein (cucu Rasulullah) adalah bid'ah, " kata Qaradawi seperti dilansir Islamonline.
"Mereka juga melakukan hal serupa ketika berziarah ke makam keturunan-keturunan Rasulullah, seolah-olah mereka meminta bantuan pada selain Allah, " sambung Qaradawi yang juga menjabat sebagai ketua persatuan ulama internasional.
Imamah adalah salah satu sekte dalam Muslim Syiah yang meyakini adanya 12 imam dan paling banyak pengikutnya dari kalangan Muslim Syiah.
Meski demikian, Qaradawi menegaskan bahwa MUSLIM SYIAH IMAMAH TETAP MUSLIM. "Siapa saja yang mengucap kalimat syahadat adalah Muslim, hanya saja ada tradisi mereka yang termasuk dalam katagori bid'ah. Tapi mereka tetap bagian dari umat Islam, " jelas Qaradawi. Ia juga mengatakan sudah mendiskusikan masalah ini dengan para pemuka Muslim Syiah. (ln/iol)
sumber : www.eramuslim.com
publisher : holidi dely
Sekian, moga Allah memberi taufiq & hidayah kepada saudara Abu.
Wassalam.
Bersama siapakah jiwa kita! (II)
Sudin tanya: Apa benar Yazid yang bunuh Husein atau ...?
Aku tanya: Apa benar Ehud Olmert (PM Israel)yang bunuh penduduk Gaza atau ...?
Abu kata: Korang x leh fikir ka, Iran yang bersama-sama Amerika rancang dan bersekongkol menjatuhkan Iraq...
Aku kata: Korang x leh fikir ka, Iraq yang bersama-sama Amerika rancang dan bersekongkol menjatuhkan Iran (dalam Perang Iran-Iraq)...
Sudin tanya lagi: Puak2 syiah tu geng demo ke tuan sheikh al-ghari?
Aku tanya lagi: Puak2 Takfiriyyah (golongan yg suka mengkafirkan orang lain yg tk sefahaman) tu geng demo ke tuan sheikh al-sudin?
Sudin kata lagi: pecah tembelang si dia ni minat dengan ajaran syiah rupanya. patut ler
Aku kata lagi: pecah tembelang si dia ni minat dengan ajaran Takfiriyyah rupanya. patut ler
Abu kata lagi: Atau maybe, korang faham perayaan Karbala' ni Bid'ah Hasanah kot!!!
Aku kata lagi: Atau maybe, korang faham mentakfirkan orang yg tak sefahaman ni Bid'ah Hasanah kot!!!
...Jika ikut confirm la ...tu..
... patut ler kena kencing bulat2 dek ... he he he! Good!!! teruskan pengakuan antum semua...
Namun al-Quran kata:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [al-Hujurat (49:10]
Rujukan lanjut:
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/70
2X5=5X2=
Owwwh, sememangnya kita ketahui puak2 Syiah memang rapat dengan Zamihan al-Ghari bagi bersatu dengan Sufiyyun vs mereka yang condong kepada salafiyyun..
Ingatlah pesan Setan Khomeini ini :
""Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahli Sunah...Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan."
[al-Khomeini, Al-Hukumat Al-Islamiyah, m.s. 83]
"Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis."
[al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jil.1, m.s : 118]
Dan ingat juga kata-kata Rafsanjani yang diminati oleh puak2 Kuburiyyun ini :
"Tentera Iran telah memerangi TALEBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALEBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN".
"... seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALEBAN!"
Khutbah Jumaat di Universiti Tehran, 8 Februari 2002
Atau ingatlah juga kata-kata bekas timbalan Presiden Iran ini :
Bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami :
“Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!”
Ucapan Perasmian Penutup Seminar Teluk : Cabaran dan Masa Depan di UAE, 15/1/2004
Syukran buat semua forumer,terima kasih atas semua komentar yang diutarakan hasil paparan aktikel Saudara HMF dlm blog saya. Ada sebahagian memberi komentar konstruktif. Sebahagiannya pula menyerang membuta tuli. Sebagaimana serangan Us Mohd Aizam Mas'od (MAM) terhadap saudara Helmi Mohd Fuad (HMF). Bagi forumer yang tidak tahu hujung pangkal, komentar yg diutarakan hanya menyerlahkan ketaksuban anda dalam menuduh seseorang.
Sebenarnya antara dua artikel boleh dianalisa seperti berikut.
1) HMF cuba membangkitkan semangat juang ummat Islam terhdp serangan yahudi keatas palestin sempena Peristiwa berdarah 10 Muharram @ Karbala. MAM pun sama. Tetapi penulisan MAM terbawa2 dgn rentak pertelingkahan Syiah VS Sunnah yg tak terkawal.
2)Ana kenal akhie HMF. Beliau graduat Pengajian Ilmu wahyu UIAM dan bertugas sbg wartawan Utusan Cawgn Putrajaya. Beliau bukan seorang syiah. Menulis hanya ingin membangkitkan semngat perjuangan Islam menentang kezaliman dan penindasan Yahudi. Tapi sayang, niat yg baik disalah sangka.Bukankah salah sangka itu sebhgn dosa.
3) HMF dan MAM kedua-dua sahabat ana. Mereka mempunyai maksud yg sama.Cuma berbeza pendekatan.HMF cuba imbasi sejarah Ahli Bayt dgn realiti semasa. Manakala MAM lebih melihat tafsiran Ahli Bayt menurut persepsi Wahhabiyyah. Pendek kata, HMF tajuk lain. MAM pula mengarang tajuk lain bermula dari persangkaan buruk kpd saudara HMF.
3) MAM tidak sepatutnya mencalitkan komentar artikel HMF dgn bahasa kasar dgn tuduhan syiah terhdp HMF.Beliau sepatutnya menghubungi HMF terlebih dahulu utk dptkan pendetailan.Bukannya mengambil sikap membantai secara ekstrem sebegitu.Ini bukan cara sunnah.
4) HMF sebenarnya bukan org lain dgn JAKIM.Beliau sentiasa naik turun JAKIM dlm mewawancara KP JAKIM dlm pelbagai isu agama. Sepatutnya, isu salah fhm diselesaikan secara gentleman. Ia lebih baik utk kita berlapang dada dan bersifat terbuka dlm mencari kebenaran.
5) Saya percaya bahwa, pimpinan atasan JAKIM belum sedar akan hal ini.Tulisan MAM di website JAKIM jika diperhalusi banyak mengundang negatif dari positive. Jika, MAM benar2 perjuangkan sunnah, kenapa pemimpin syiah masih berleluasa di Jejawi Dalam, Arau, Seberang Prai,Pokok Sena, Pensyarah syiah d UM, buku2 syiah. Hatta syiah Imam 12 di JAKIM sendiri tidak diambil tindakan.Alih2 ...tujukan persangkaan kpd indivdu tertentu?
6) Saudara,,perlu dibezakan antara dua subjek utama. Iaitu CINTAKAN AHLI BAYT & SYIAH adalah 2 perkara yg amat berbeza. Cintakan Ahli Bayt adalah kewajipan. Manakala syiah pula salah satu aliran pemikiran. Saya sendiri pernah mengarang tentang pertentangan syiah dgn Ahl Sunnah, berdebat dgn Ayatullah syiah Imam 12 d Pokok Sena. Tetapi saya tidak bersikap melampau terhdp mereka.Sbgamana tuduhan saudara2 forumer terhdp saya. Semoga Allah memaafkan saudara atas persangkaan buruk terhadap saya.Wallahu'alam
Salam~
Saya cuma ingin komen sedikit dan kalau boleh, malas nak berpolemik-polemik ni.
1. Dalam artikel Sdr. Helmi, saya rasa fakta yang betul ialah Leftenan Khalid Islambouli yang membunuh Anwar Sadat dan bukannya Gamal Abdul Naser.
2. Komen kepada Abu Sofiah Manzour, bila Amerika menyerang Iraq kali pertama dan kedua (Gulf War I & II), Iran bersikap berkecuali. Semasa perang Teluk I, Iraq sampai menyorokkan jet-jet MIG 29 di Iran kerana dia tahu yang MIG 29 tak kan mampu berhadapan dengan USA.
3. Darah ratusan ribu mahupun jutaan rakyat Iraq sepatutnya ditunding kepada Amerika, Britain dan sekutu-sekutu mereka pembesar negara2 Arab yang malah membenarkan negara2 mereka dijadikan pengkalan tentera 'Ahzab' Amerika. Iran malah bersikap berkecuali dalam perang itu.
4. Buat Abu Sofiah, Nawasib bagi Syiah bukannya bermaksud Ahlul Sunnah. Nawasib bagi SYiah ialah para musuh, penentang dan penzalim Ahlul Bayt. Sila baca Sahih Muslim. "Tidak membenci mu (Ali) kecuali munafiq dan tidak mencintaimu (Ali) kecuali beriman." Membenci Ali pun sudah dikira Munafiq apa lagi sampai bermusuh, menzalimi malah sampai berperang dengan Ali.
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya pon bersolawat ke atas Nabi, Wahai orang2 yang beriman berselawatlah serta sampaikanlah salam dengan sempurna.."
[color=green]ALLAHUMMASOLLIA'ALAMUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD WA 'AJJIL FARAJAHUM!![/color]
Salam,ust zamihan..Syabas teruskan usaha-usaha murni ini untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang kaum yang Zalim. SOLLUALANNABI WA AHLI BAITI AHMAD.
Post a Comment