Monday, September 29, 2008

SELAMAT PULANG KE FITRAH


PENDAHULUAN

Esok 1 Syawal 1429H, al-hamdulillah, kita akan menyambut Aidil Fitri sekali lagi. Ia bermaksud Hari Pulang Kepangkuan Fitrah. Walaupun anak bulan tidak kelihatan. Tetapi bapak bulan sentiasa mengambang. Dan Allah yang memerintah bulan sentiasa diagung-agungkan. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allah Akbar Wa Lillahil Hamd.


DEFINISI

FITRAH sebagaimana yang diisyaratkan hadis sahih bermaksud suci bersih. Al-Qur'an pula mengisyaratkan 'fitrah' sebagai satu agama yang lurus (al-Rum ayat 30). Kedua pengertian ini saling melengkapi antara satu sama lain. Yakni, kehidupan manusia itu akan tetap kekal suci bersih selagi berpedomankan Islam yang lurus. Justeru, pulang kepangkuan fitrah bermaksud pulang ke pangkuan Allah.


Apa tidaknya, segala keistimewaan ramadhan diharapkan dapat menyucikan segala salah silap dosa dan noda kita secara zahir dan batinnya. Ia merupakan satu kemuncak kegembiraan tabi'ie manusia apabila tibanya hari raya. Tak kira miskin-kaya, tua-muda, bandar-desa, hina-mulia. Pendek kata, semuanya turut gembira. Namun, hakikat hari raya bukanlah sekadar gembira dengan makanan, pakaian, hiburan dan berkumpulnya sanak saudara. Sebaliknya merupakan hari untuk manusia pulang kepangkuan Allah SWT. Selamilah tariqat dalam hayat. Nescaya terserlah hakikat ibadat.


CIRI-CIRI KEMBALI KE FITRAH

1) Kembali kepada akidah yang benar menurut prinsip Ahli al-Sunnah Wal-Jamaah yang datang dari Nabi SAW, para sahabat dan tabi'in ridhwanullah alaihim ajma'in. Ternyata akidah mereka pada Dzat dan Sifat merupakan Akidah Tanzih. Ia adalah Akidah Fitrah.


2) Kembali mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap aktiviti hidup sebagaimana yang terkandung dalam doa iftitah :"Sesungguhnya solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam" Sepatutnya, aku janji ini terus segar dan mekar dalam jambangan hati kita sentiasa. Walau saat berganti minit berganti jam berganti hari,bulan dan tahun. Kita kerja dengan Allah. Dia akan membayar segala gaji, bonus dan dividen kita walau sebesar zarrah.(al-Zalzalah ayat 7)


3) Kembali menjaga suruhan dan menjauhi laranganNya. Ia merupakan batasan yang amat sinonim dengan fitrah kejadian diri kita. Biarkanlah diri ini terpenjara dengan syariatnya. Kerna syariat itulah yang menjaga kepentingan kita semua termasuk jasad, aqal, roh, hati dan nafsu. Syariat juga adalah talian kasih dengan Pencipta. Kekalkan prestasi taqwa dimana jua kita berada.

4) Kembali kepada sifat kemanusiaan yang bersih dan terpuji sesuai dengan fitrah mutmainnah. Disinilah manusia berkemampuan mencapai kesejahteraan, kejayaan sebenar, kebahagiaan dan kepuasan hidupnya. Sebaliknya, jika kita melawan fitrah, manusia akan menempa kecelakaan, kegagalan, penderitaan dan rasa ketidakpuasan hidup secara total.



AMALAN DI MALAM ‘IDUL FITRAH

Banyakkan bersyukur kepada Allah di malam fitrah. Penggantian siang-malam tanda kebesaran Allah. Tunaikanlah solat secara berjamaah. Rawatib janganlah dipandang mudah. Iringilah dengan solat sunat awwabin untuk mengembalikan diri kepada Allah. Sujudlah syukur dua sajdah. Tadahlah doa dengan khusyuk dan ghairah. Kerna doa di malam raya dimustajabkan Allah. Harapkan limpah kurnia rahmat Allah. Tunaikanlah solat sunat tasbih dengan insyirah. Resapkan hati dengan kebesaran Allah. Jangan dilupakan zakat fitrah. Perbanyakkan alunan takbir, tahmid dan tahlil sebagai bukti rindukan Allah. هو الله هو الله أكبر Pujilah Allah dengan sepenuh makrifah. Bertadarrus dan berqiamlah walau seketika kerna itulah cara semulajadi kita mengungkapkan cinta kepadaNya. Tunaikanlah sunat I'dil Fitrah sebagai meraikan kepulangan kepada Allah. Murahkanlah hati untuk bersedekat di jalan Allah. Bermaaf-maafanlah atas silap dan salah. Kerna itu yang disukai Allah.


PENUTUP

Dikesempatan ini, saya hamba Allah yang hina mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri. Semoga kita benar-benar pulang kepada Ilahi. Ramadhan.. hadirmu dirindui, pemergianmu ditangisi. Ya Rabbi, adakah hari esok masih ada ramadhan untuk kita lagi. Semoga Allah menerima segala ketaatan kita. Kullu Am wa Antum Bikhayr. Kepada Ikhwan Syiah, Wahhabiy, Liberal atau Ahlul Dhalal..jemputlah ke rumah. Sunat bagi kita ziarah menziarah. Marilah kita bina ukhwah di jalan Allah. Hubungi Tuan Rumah di Kota Bharu : 012 2465518 untuk wahdah dan mahabbah.

Thursday, September 25, 2008

LAYLATUL QADR : MALAM KEMULIAAN

Kewujudan Laylatul Qadr adalah sesuatu yang wajib dipercayai. Mengingkarinya dikira kufur kerana ia tsabit berdasarkan qath'ie dilalah dari al-Qur'an al-Karim dan Sunnah yang Sahih lagi mutawattir. Surah yang paling jelas yang membicarakannya ialah Surah al-Qadr.
1)Surah al-Qadr merupakan surah ke-97 dari 114 surah. Dari kandungan 30 juzuk, 60 hizb, lebih 6000 ayat. Ia diturunkan sesudah surah 'Abasa dan mempunyai perkaitan dgn surah al-Bayyinah. Menurut Jumhur Ulamak ia adalah Makkiyyah. Sebahagian ulamak mengatakan ia adalah Madaniyyah. Ia mengandungi 5 ayat. Walaupun ada pendapat yg mengatakan 6 ayat, namun pendapt tersebut tersangat lemah. (Umar Sulaiman al-Ujaili, al-Futuhat al-Ilahiyyah,1996, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut)
2) Bilakah Laylatul Qadr?Ulamak berselisih pandangan dalam menentukan malam al-Qadr secara tepat. Khilaf panjang lebar. Ada pelbagai petanda pada siang dan malamnya. Cukuplah kalau kita beli borong dengan pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkannya. Kalau sebulan ramadhan lagi bagus. Yang penting kewujudannya jelas pada malam2 yang ganjil di sepuluh terakhir. Wujudkan perasaan rugi jika kita gagal merasai kehadirannya. Selamat bermujahadah untuk meraih makrifatullah.
3) Sebab turun ayat : Nabi SAW pernah menyebut2 tentang seorang dari Bani Israel yang berjuang fi Sabilillah menggunakan senjatanya selama 1000 bulan terus menerus. Sehingga ia dikagumi oleh kamu muslimin. Lalu Nabi SAW berasa teruja agar kebaikan ini turut diberikan kepada umat ini yang umurnya pendek dan sedikit beramal. Maka Allah SWT turunkan surah ini yang mana bonusnya lebih baik dari 1000 bulan dari pemuda Bani Israel.( Lubab al-Nuqul Fi Asbab al-Nuzul, al-Suyuthi, 1986,hlm 658)
4) Surah ini menjelaskan beberapa pemerincian :
i) Al-Qur'an diturunkan sekaligus dari Luh Mahfuz-Langit dunia pada malam Laylatul Qadr. di kali yg pertama. Kemudian Sayyidina Jibril menurunkannya pula kpd Nabi SAW dalam tempoh 23 tahun. Ini merupakan jangkamasa pembelajaran dan pengajaran Baginda SAW.
ii) Dinamakan Laylatul Qadr kerana ia mempunyai pelbagai kemuliaan, kesejahteraan dan ketetapan untuk makhluk yg hidup. Disebutkan juga dgn Laytul Taqdir, Laylatul Hukm, Laylatul Syarifah, Laylatus Salimah Dll.
5) Keistimewaan utama Laylatul Qadr ialah :
i)Ganjaran ibadah lebih baik dari 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan. Ternyata bonus Allah lebih baik dari bonus Kerajaan Pak Lah. Tahun sudah bonus tarak. Tahun ni sebulan je. Bonus minyak pun 10 sen. Amat jauh nilainya jika dibandingkan dengan bonus Kerajaan Allah.
ii) Turunnya Jibril dan 70, 000 Para Malaikat berbondong-bondong pada permulaannya. Diikuti gerobolan yang lain yang menduduki Muntaha. Malaikat tidak turun sekaligus kerana kedudukan bumi tidak mampu menampung kehadiran mereka serentah.Jibril turun dgn membawa 4 bendera. Dipacakkan di Kaabah, Maqam Nabi SAW, di Thur Sayna' & di Bayt Maqdis serta menyeru kpd para malaikat untuk round seluruh dunia dgn mengucapkan salam kpd hamba2 Allah.
iii) Malam Kesejahteraan berpanjangan hingga terbit fajar. Jibril AS mengucapkan salam kepada mereka yang sedang duduk beribadat. Manakala malaikat mengucapkan salam kpd mereka yang sedang tidur. (al-Gunyah, al-Jailani, t.th, hlm 16)Ada juga yang berjabat tangan dgn Malaikat. Imam Abd Qader al-Jailani mengatakan : Apabila Jibril turun dari Langit Dunia ke bumi, Jibril menyeru semua hamba2 Allah yg beriman dgn ucapan salam dan berjabat tangan dengannya.( al-Jailani, hlm 16) Petandanya ialah : Kulit dan bulu roma meremang, hati menjadi lunak dan mata mengalirkan airmata taqwa. (Siyar al-Salikin, al-Falembani,2002, hlm 271)al-Qurtubi mengatakan : Laylatul Qadr mengandungi kesejahteraan dan penuh kebaikan serta tiada kejahatan padanya sehingga terbit Fajar.
Kesimpulan:
1) Sebenarnya banyak bonus yang ditawarkan oleh Kerajaan Allah untuk kita semua. Marilah kita tingkatkan riadhah dan mujahadah dgn ibadah yang boleh menyampaikan hati kita kepada makrifatullah.
2) Kedatangan Ramadhan, Nuzul Qur'an, Laylah al-Qadar DLL tidak akan bermakna jika kita menyediakan lapangan hati yang suci bagi meraih cinta sejati terhadap Rabb al-Jalil. Terlepas atau bakal mendatang hanya.. Dia yang Maha Mengetahui.
3) Kesan segera 'bonus' ini tentunya ada perubahan pada qauli, fi'li dan qalbi. Ilahi anta maqsudi Wa ridhaka mathlubi...Selamat pulang kepangkuan Allah. Syukran

Tuesday, September 23, 2008

SIAPA Al-FATTAN?


Pagi ahad lepas,14hb Sept 09, seseorang menelefon saya bahawa dia telah mengikuti Bicara Mufti, 630 pg di saluran RTM. Dia cukup kesal dengan bicara Mufti Perlis yg mengitar semula pendaptnya : daging Korban/Akikah/Zakat boleh diberi kpd orang kafir.Kemudian mencabar pula..mana ada kitab atau ulamak yg melarang perbuatan sedemikian. Ramai yang keliru dgn pendapatnya itu. Bagi saya, Seseorang boleh membicarakan ilmu..tp biarlah pada tempat yang sesuai. Dan seseorang itu juga tidak patut mendakwa beliau sebagai sarjana (bersijil) dalam masa yang sama merendah-rendahkan kesarjanaan orang lain yang tidak bersijil. Sebabnya, ilmu itu bukan diukur dengan taraf pensijilan, bidang tugas atau profesionalisme jawatan. Akan tetapi, ilmu itu diukur dengan pemahaman mendalam, penguasaan disilpin ilmu, amalan berterusan dan sikap merendah diri dengan apa yang ada.


Jika anda teliti, kriteria ini tidak ada pada Dr MAZA. Ijazah kedoktorannya boleh dipertikai dan disemak semula. Lihatlah ucapan, tulisan dan sikapnya. Saban hari dan minggu..ada je kritikan, tohmahan, sindiran yang dilemparkan terhadap agensi agama, Para Mufti, alim-ulamak dan orang perseorangan. Seolah-olah dia dan pengikutnya sahaja yang benar. Yang Sunnah. Yang Tajdid. Manakala golongan yang tak sehaluan dengannya dikecam dgn jumud, ulamak konservatif, menolak perubahan, JAKUN dan macam2 tuduhan dilemparkan. Masya Allah!

Diriwayatkan dari Anas b Malik RA bahawa Hiram telah memendekkan solatnya ketika Muadz b Jabbal memanjangkan bacaannya dalam solat. Sesudah solat, Hiram bergegas untuk menyiram pohon kurmanya. Kes berkenaan diajukan kepada Muadz sesudah solat berjamaah. Lalu Muadz menyifatkan bahawa Hiram seorang munafik hanya semata-mata memendekkan solat utk menyiram pohon kurma. Apabila kata-kata itu sampai ke telinga Hiram, lalu Hiram pun menghadap Nabi SAW sedangkan Muadz turut berada bersama Baginda SAW. Beliau mengadu kes berkenaan kepada Baginda SAW. Yakni, beliau ingin cepat melakukan tugasan manakala Muadz memanjangkan bacaan. Lantas Rasulullah SAW bersabda : "Apakah engkau ini TUKANG FITNAH? Janganlah kamu memanjangkan bacaan jika bersolat dengan mereka. Bacalah surah Bismi Rabbik (al-Alaq), al-Syams dan sepertinya..(Riwayat Ahmad, al-Musnad hlm 124/3, al-Bazzar hlm 236/1. Imam al-Haitsami mengatakan bahawa periwayat hadis Ahmad adalah periwayat yang sahih)-Majma' al-Zawa'id hlm 71/2.

Jika Sayyidina Muadz yg memanjangkan bacaan dlm kes Hiram ini sudah dianggap sebagai nak jd Tukang Fitnah..ternyata ucapan, tulisan dan sikap Dr MAZA lebih aula untuk dikatakan Tuakng Fitnah. Justeru, tak hairanlah jika Dr MAZA meraih pelbagai anugerah diatas sikapnya itu. Antara anugerah yang digondolnya : Orang Terlebih Pandai (OTP) - dr SS Mufti Perak, Mufti Biadab (perlu diperadabkan) - dr Dato' KP JAKIM dan Anugerah Bapak Setan (ABS)- dr Dr Badrul Amin. Namun, bagi saya..semua ini cukup jika kita katakan beliau sebagai al-Fattan. Elok dikaji balik siaran Bicara Mufti melibatkan beliau. Ada beliau lebih baik dari tiada. Kata-katanya tidak banyak membantu umat memahami tuntutan agama. Sebaliknya menimbulkan huru-hara je.
Saksikan cebisan bukti di atas sebagai renungan. Kami bawakan disini sebagai satu medan untuk anda membentuk kematangan berfikir dan keluasan akal. Siapa sebenarnya al-Fattan (pemfitnah dan penghuru-hara umat Islam). Fikir-fikirkanlah.

Monday, September 15, 2008

AKIDAH SUNNIYYAH

Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah secara jelas meyakini bahawa Allah wujud tidak bertempat. Buktinya, Tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah, Imam Abu Hassan al-Asya'ri mengatakan di dalam Tabyin Kadzb al-Muftari:

كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان، وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه " اهـ أي بلا مكان ومن غير احتياج إلى العرش والكرسي. نقل ذلك عنه الحافظ ابن عساكر نقلا عن القاضي أبي المعالي الجويني. - تبيين كذب المفتري , ص/ 150
Maksudnya : "Wujud Allah. Tiada bertempat. Maka Dia mencipta Arasy dan Kursi , tiada pula Ia berhajat kepada TEMPAT , padahal selepas Ia menciptakan TEMPAT, adalah keadaanNya sama seperti sebelum menciptakan tempat berkenaan"- Yakni tidak bertempat dan tidak berhajat kepada Arasy dan Kursi.
Riwayat ini telah dinukilkan oleh al-Hafizh Ibn Asakir daripada al-Qodhi Abi Ma'ali al Juwaini- Tabyyin Kadzb al-Muftari, Imam Ibn Asakir, Cetakan ke-3, Dar al-Kitab al-Arabiy, 1984, hlm 150.

Thursday, September 11, 2008

SIMPULAN MINDA

Isu berbalas kenyataan di antara Dr asri dan Dato Ketua Pengarah JAKIM dapat dirumuskan seperti berikut :

1) Tindakan JAKIM, JAWI, MAIWP dan YADIM yang melaporkan kes Raja Petra kepada pihak polis merupakan langkah bijak dan tepat. Ini kerana badan2 ini bertindak dalam bidang tugas mereka untuk mengawal fahaman, terbitan dan sebaran yang bertentangan dengan Islam. Apatah lagi terhadap sebarang unsur yang disebarkan menghina Islam.


2) Dalam kes Raja Petra, laporan terhadap pihak berkuasa adalah amat perlu memandangkan sentimen agama yang dicetuskan oleh beliau dikhuatiri mengundang tindakan keras umat islam dengan membelakangi undang2. Disamping ingin menyelamatkan Raja Petra, ia juga bertujuan mengawal 'pasaran' sentimen agar tidak berlaku huru-hara atas nama agama. Sekaligus tindakan ini dilihat menelusuri pinsip undang2 dalam bidang kuasa pihak tertentu. Dan JAKIM telah memainkan peranannya yang dirasakan tepat.


3) Dr asri kelihatan suka mencampuri @ mengkritik tindakan badan2 Islam yang diiktiraf peranan mereka samada di peringkat glokal mahupun global. Macam beliau seorang sahaja yang bagus. Mungkin beliau terlebih bijak sehingga tak boleh ditumpang buah fikirannya. Usaha beliau sendiri pun tak sampai ke mana dalam kes ni. Sebaliknya, hanya idea kacau daun sahaja. Bahkan menghilangkan fokus terhadap peranan yang dimainkan badan2 Islam. Raja Petra dan gang liberal gak yang untung dalam kes ini kan?.


4) Sebagai Mufti, Dr Asri sepatutnya terbuka menerima teguran dari seniornya dalam peringkat umur, jawatan, kerjaya, keilmuan, kematangan dan kewarakkan. Beliau perlu sedar akan keceluparannya dalam membuat kenyataan @ membidas kenyataan seseorang. Sayangnya, beliau mudah melenting bila ditegur dengan baik dan menyifatkan orang sebagai buruk perangai dan tidak sesuai jadi pengarah. Dimana keterbukaan @ keluasan akal yang dilaung-laungkan?Masya Allah, inikah perwatakan seorang Mufti Darul Sunnah yang diwawarkan. Ternyata, sikapnya tidak sinonim dengan Sunnah yang diperjuangkan.


4) Kalau tak setuju pun, dr Asri tak perlu merendah-rendahkan JAKIM dan agensi2 lain yang membuat laporan. Kerana itu adalah hak dan bidang tugas mereka di peringkat persekutuan. Cubalah hormati hak dan tugasan orang lain. Di peringkat negeri..apa yang tuan lakukan? Tuan kata..tuan tak pernah menghina JAKIM..ingat tak..tuan pernah mencadangkan agar JAKIM ditukar namanya kepada JAKUN? Jgn lupa..Allah ada dan merekodkan perbuatan kita.


5) Medan terbaik Dr asri menyuarakan pandangan ialah di Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa. Bukannya di surat khabar. Tapi rekod kehadiran Dr Asri begitu buruk. Bahkan beliau sendiri mengaku secara terbuka bahawa beliau 'malas' dan 'segan' untuk menghadiri Mesyuarat Fatwa. Sedangkan Mesyuarat J/Kuasa Fatwa Kebangsaan tu salah satu dari bidang tugas Mufti. Takkan Mufti malas nak buat kerja?Ajaib kan? Masya Allah. Kenapa segan?...sebab dah banyak kali beliau mengecam, mengkritik keras dan mengapi-apikan JAKIM. Nanti..datang tak Mesyuarat Fatwa akan datang?. Kalau datang..macamana pula ya. Senang cerita..kita muhasabah diri sendiri. Ingat Allah ya akhi.


6- Sebaik-baiknya, dr asri menerima nasihat yang diberikan sebagai satu kesedaran dan penambahbaikan bagi dirinya. Bukankah nasihat/tazkirah itu bermanfaat untuk orang mukmin. JAKIM tidak menuduh tuan ujub. Sebaliknya bimbangkan keujuban tersebut ada dalam diri tuan yang bertaraf Dr, SS, pakar hadis dan mujaddid agama.

Semoga kemuliaan Ramadhan turut memuliakan kita apabila kita sanggup menerima teguran demi sesuatu kebaikan. Tidak rugi kita mengakauntabiliti diri sendiri untuk hari ini dan masa akan datang. Demikian antara simpulan minda yang boleh dikongsi bersama. Selamat meningkatkan riyadhah dan mujahadah dalam menuju Allah.

Tuesday, September 9, 2008

INSTITUSI MUFTI DICEMARI

Ketahuilah bahawa dr asri bukan pemegang ijazah Syariah & Pengajian Islam. Ijazah pertamanya hanya dalam bahasa arab dan kesusasteraan sahaja. Tanyalah beliau sendiri. Tesis MA dan Phd tu setakat menulis dan diseliakan. Jika penyelia se aliran dengannya..maka luluslah.. dan bergelar Dr. Beliau kelihatan cukup berbangga dgn jenama kedoktorannya. Kalau kita tengok kat UM, UKM n UIA..takdak pun @ jarang2 Profesor atau PMadya yg buka web/blog/e-mail guna gelaran dr. Tapi beliau tetap bangga dengan dr nya. Ni pun..tanda ujub jugalah. Saya diberitahu oleh seorang sahabat yang mengikuti lawatan Halal dgn rombongan Mufti Ke New Zealand & Australia dulu dimana dr Asri pernah menyifatkan bahawa Mufti2 lain tak setaraf dengan beliau sebab tiada PHD. Masih ingat ke tuan? Mulai dari hari tu, pegawai berkenaan jatuh tsiqah (tak percaya) dengan dr asri bin Abdul Talib @ Zainul Abidin. Jadi benarlah bahawa sikap ujub, riyak dan bongkak itu memang ada padanya. Masya Allah.


Walaupun beliau tidak mempunyai asas agama, namun beliau memiliki semangat gedebe yang lebih dan suka menonjolkan diri. Akhirnya berpaut pada kepartian dan dilantik menjadi Mufti walaupun tak layak. Hasilnya, macam-macam huru hara yang dicetusnya. Dia senantiasa mengkritik orang lain. Tetapi lupa pada dirinya sendiri. Lihatlah artikelnya. Sasaran tulisan beliau ialah JAKIM, badan agama, Para ulamak, Mufti2, Guru2 agama, Guru Pondok dan individu yang menentang pendapatnya. Dia juga banyak memperjuangkan hak bukan Islam. Sehinggakan hak istimewa umat Islam hendak diberikan kepada bukan Islam. Contohnya : Zakat boleh diberi kepada orang kafir. Daging korban & akikah boleh diberi kpd orang kafir. Najis babi & anjing tak perlu disamak. Saf kanak2 dibelakang merupakan khurafat yg disandarkan kepada feqah dan macama-macam ada. Mufti Islam ke bukan Islam ni?


Disamping itu, beliau juga adalah seorang Mufti yang fanatik. Tiada dinukilkan pendapat ulamak yang paling banyak kecuali IBN TAIMIYYAH DAN IBN QAYYIM AL-JAUZIYYAH. Apabila ada tokoh yang menentang pendapatnya dicop pula tokoh berkenaan sebagai fanatik mazhab, syiah atau ahbasyh. Fuyyooo..kelas gitu.


Masya Allah, amat malang rakyat dan Kerajaan Perlis kerana memiliki seorang Mufti yang bersifat kurang adab. Sebelum ni pun, Mufti Perak telah menegurnya, Dr Abdul Aziz Hanafi telah berdebat dengannya. Dr Badrul Amin telah menjelaskan kekeliruannya. Dr Haron Din telah tempelak mubahalahnya. Bahkan Majlis Fatwa yang bersidang di Teganu telah sepakat menolak mubahalah anjurannya. Syeikh Nuruddin Banjari telah menjawab tohmahannya..namun dia tetap berkeras kepala. Bagi saya, Dr Asri kini sama dengan asri urduniyyah yang dulu. Nasihat saya, Hati2 Tuan Mufti, jika anda tenggelam...ramai pengikut anda kelemasan nanti. Kita sebenarnya malas nak layan. Lagipun, banyak kerja yang lebih penting perlu ditumpukan. Tapi kalau tak dijelaskan fenomena 'Asrisme' ni..masalah jugak umat ini. Allahu akbar.


Justeru, Saya amat setuju jika beliau diperadabkan bersesuaian dengan adab2 seorang Mufti. Atau tibalah masanya, kontraknya dikaji semula. Lebih baik jika dilantik hamba Allah yang lebih bertakwa dari beliau. Demi keharmonian agama dan kesejahteraan ummat Islam di negara kita. Saya tidak mahu, kerana seekor kerbau membawa lumpur..habis institusi mufti dicemari. Ini sekadar nasihat dari seorang muslim kepada saudara seislamnya. Intabih ya khuwi. Syukran

ASRI KERAH KENG!

Akhbar semalam Isnin 98/9/08) melaporkan beliau (asri) berpendapat tindakan JAKIM membuat laporan Polis terhadap Raja Petra sebelum diwujudkan sessi dialog dan penegakkan hujah (iqamah al-hujjah) supaya dibetulkan (jika masih ada ruang) akidah pihak yang dianggap menghina Islam iaitu Raja Petra adalah kurang tepat.
Analisa :
Ketahuilah wahai para pembaca budiman bahawa dr asri seorang yang pakar dalam pemutar belit. Buktinya, pada hari minggu lalu (ahad) beliau mengatakan bahawa tindakan JAKIM yang melaporkan tindakan Raja Petra kepada polis adalah TIDAK TEPAT. (Sila rujuk Mingguan Msia, Dalam Negeri, Ahad 7 September, hlm 11) Tetapi setelah kenyataan beliau disanggah oleh KP JAKIM..beliau membuat kenyataan balas di webnya & web kroninya termasuk al-ahkam.net dengan mengatakan..tindakan itu KURANG TEPAT.
Hasilnya, terbukti disini bahawa dr asri masih tidak mengerti antara kalimah 'TIDAK TEPAT dan KURANG TEPAT. Atau beliau sebenarnya mengerti tetapi sengaja bermain kata secara dusta untuk menunjukkan kepada masyarakat ilmu kerah keng yang ada padanya. Amat memalukan bila seorang Mufti bersifat dusta dan jahat perangainya bersempena dengan kedatangan ramadhan yang mulia. Kalau rasa zamihan fitnah. Ayuhlah..sila saman zamihan al-ghari yang pernah kamu sifatkan sebagi syiah rafidhah ini.
Sedarlah saudaraku, Inilah akibatnya apabila kamu mengecam para ulamak, memfitnah mereka dan mendatangkan keributan terhadap umat Islam dengan pelbagai pendapat yang songsang. Kamu akan terima penyucurnya sebagai satu pelajaran yang amat berguna. Insya Allah.

MUJADALAH ASRI

Berikut adalah kenyataan balas dr asri yang dikemukakan dlm dr.maza.com dan web kroninya: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=110536


Semalam Akhbar Utusan melaporkan Dr. Mohd Asri menganggap perbuatan Raja Petra adalah biadap. Bahkan kenyataan asal Dr Asri menyebut sesiapa yang menghina Islam atau bersekongkol dengan orang menghina Islam–secara sedar dan faham apa yang dilakukannya- adalah terkeluar dari akidah Islam dan wajib bersyahadah semula. Akhbar semalam juga melaporkan beliau berpendapat tindakan JAKIM membuat laporan Polis terhadap Raja Petra sebelum diwujudkan sessi dialog dan penegakkan hujah (iqamah al-hujjah) supaya dibetulkan (jika masih ada ruang) akidah pihak yang dianggap menghina Islam iaitu Raja Petra adalah kurang tepat.
Hari ini Pengarah JAKIM, Dato Wan Muhammad (Utusan 8 Sep. 2008) membuat kenyataan sebagai membantah Dr. Mohd Asri seperti berikut: “Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian). Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut dita'dib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain”.
Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri mengulas kenyataan Pengarah JAKIM berkenaan:
Saya amat terkejut dengan bahasanya dalam puasa ini. Saya seakan membaca kata-kata yang amat tidak sesuai dengan kedudukan seorang Pengarah JAKIM. Saya hanya memberi pendapat bahawa tugasan JAKIM bukan sekadar membuat laporan Polis. Itu boleh dibuat oleh orang biasa, tidak memerlukan instutusi sebesar itu. Dalam bab aqidah, jika ada kes yang seperti ini, maka langkah yang awal adalah membetulkan kesalahan faham terhadap akidah Islam tersebut dengan cara yang dipanggil Iqamah al-Hujjah iaitu penegakkan hujjah. Setelah dia faham, tapi dia masih lagi kekal dengan kesalahan itu, maka hukuman ridah (murtad) atau selainnya boleh diputuskan. Selepas itu, tindakan secara kekuasaan boleh dibuat. Mana mungkin dalam perkara akidah seseorang dituduh tanpa dia dijelaskan hujah-hujah yang menunjukkan dia terkeluarkan dari akidah yang sahih. Saya tidak menghina JAKIM, cumanya memberikan pandangan yang berbeza. Apakah itu menjadi kesalahannya. Apakah dalam Islam di Malaysia ini seseorang diharamkan berbeza pendapat dengan Pengarah JAKIM?
Beliau membangkitkan saya tidak hadir beberapa mesyuarat, saya sebenarnya malas hendak mengulas. Banyak pun mensyuarat yang saya hadir dan aktif. Cumanya beberapa mesyuarat fatwa saya tidak hadir. Antaranya, ketika membincangkan hukum terkena dakwat pilihanraya. Maaf, saya rasa segan pada diri saya sendiri untuk datang jauh dari Perlis ke Putrajaya bagi membincangkan hal itu. Ada juga saya tidak hadir kerana terlalu mengejut, sedangkan jadual saya telah tersusun. Ada juga kerana bertembung dengan program negeri. Terbaru JAKIM buat mensyuarat di Trengganu pada tarikh Pilihanraya Permatang Pauh, sedangkan saya pengundi kawasan berkenaan.
Adapun dakwaan beliau saya hadir program kepartian, saya tidak pasti. Semua orang tahu, saya tidak pernah membuat sokongan terbuka untuk sesebuah parti. Memang, saya agak kerap hadir program jemputan Kerajaan Kelantan. Namun saya berbicara atas prinsip-prinsip umum Islam. Mereka menjemput saya dan saya hadir. JAKIM tiada hak dalam perkara itu. Saya bergerak atas prinsip, bukan untuk keredhaan sesiapa insya Allah. Jemputan pihak lain pun saya hadir. Apa salahnya. Adapun tuduhan beliau tentang ujub dan seumpamanya, pada bulan puasa ini saya serahkannya kepada Allah. Beliau lebih tahu siapa diri beliau.”
Dari kenyataan balas asri ini banyak perkara yang perlu diulas. Sila ikuti ulasan saya dalam posting akan datang. Anda semua akan tahu...siapa sebenarnya dr asri.

Raja Petra: JAKIM LAPOR POLIS



PUTRAJAYA 5 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam hari ini membuat laporan polis ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.


Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog tersebut turut dilakukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Balai Polis Putrajaya di sini pada pukul 12.30 petang. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang mengetuai kumpulan agensi tersebut berkata, pihaknya memberi perhatian berat terhadap beberapa artikel yang ditulis oleh Raja Petra antaranya yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam.


''Tulisan tersebut yang bersikap prejudis dan kelihatan bersuara bagi pihak orang lain yang tidak memahami Islam atau seperti pendekatan biasa media Barat. ''Ia seolah-olah menjadi penghubung kepada pihak berkenaan untuk menghina Islam, kita minta pihak berkuasa menyiasat tulisan tersebut agar ia menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan ambil tindakan tidak bertamadun," katanya kepa- da pemberita di sini hari ini. Turut hadir membuat laporan polis ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohd.; Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan YADIM, Dr. Abdul Ghani Mohamad.


Laporan tersebut membabitkan artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim dan ulasan-ulasan pada artikel bertajuk Not all Arabs are descendants of the Prophet yang didakwa menghina umat Islam dan Nabi Muhammad. Baru-baru ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat akses laman web Malaysia Today tetapi ia tetap boleh dilayari sehingga kini apabila pemiliknya menggunakan pelayar Internet yang lain.


Menurut Wan Mohamad, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak berkenaan kerana Jakim tidak akan berupaya mengawal kemarahan umat Islam sekiranya tulisan-tulisan menghina sedemikian terus disebarkan.
Beliau berkata, persoalan sama ada penulis blog berkenaan perlu menarik balik tulisan-tulisan atau ulasan dalam laman web itu adalah tidak penting kerana pihak berkuasa mempunyai peruntukan undang-undang untuk bertindak. Katanya: ''Apa yang menghalang dia membuka laman web atau saluran lain, kalau sekat Malaysia Today, dia boleh tulis dalam pelbagai bentuk. Jadi, terserah kepada pihak keselamatan yang lebih arif apa yang perlu diambil tindakan.


''Kita nak jalinkan hubungan baik dengan penganut agama lain tetapi kalau ada penulis perosak seumpama ini, ia boleh mengganggu hasrat melihat rakyat hidup harmoni dan memahami antara satu sama lain. ''Kita baru reda isu Majlis Peguam, tidak mahulah isu ini akan bertambah sebab yang rugi nanti bukan orang Islam sahaja tetapi semua rakyat Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Wan Mohamad berkata, Jakim sentiasa melakukan pemantauan terhadap artikel-artikel yang dilihat menghina Islam termasuk sudah mengenal pasti kelompok yang cenderung menyinggung perasaan dan maruah umat Islam.


''Sejak dari awal penubuhan Jakim, ini adalah sebahagian tugas kita memantau bahan-bahan penerbitan. Kita harap mereka tidak menjemput kita untuk membuat laporan polis dan bukan tugas kita untuk memberikan amaran kerana masing-masing memahami undang-undang.
''Mereka bebas menulis apa saja tetapi jangan menghina Islam dan mereka berhak dikenakan tindakan kalau melanggar undang-undang," katanya. Sumber: Utusan
ULASAN :
1) Tindakan JAKIM,JAWI, MAIWP dan YADIM melaporkan propaganda menghina Islam yang dikeluarkan oleh Raja Petra kepada pihak polis amat wajar. Ini kerana tindakan berkenaan masih berada di bawah bidang tugas JAKIM untuk memantau dan mengawal sebarang terbitan @ sebaran yang menghina Islam dan umatnya.
2) Laporan itu dibuat supaya pihak berwajib boleh mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengapi-apikan umat Islam dengan isu sensitif agama. Dikhuatiri ia dijadikan anjakan untuk mencetuskan tindakan tidak bertamadun, kekacauan serta mengancam keselamatan negara.
3) Sebelum ni pun, Raja Petra al-Librali sudah acap kali menghina Islam dan mencetuskan kemarahan umat ini. Kita masih boleh bersabar. Kesabaran pun ada tahapnya. Awaas! jangan sampai ada pihak tertentu yang mengambil tindakan sendiri secara irhabiy membelakangi undang2 negara. Ini tentu memburukkan keadaan. Bertindaklah wahai pihak keselamatan.
4) Saya menyeru kepada setiap warga yang beriman, adalah menjadi KEWAJIPAN anda semua untuk mempertahankan kesucian agama dari terus dihina oleh musuh-musuh Allah SWT.

Monday, September 8, 2008

AJARAN KAHAR NABI PALSU

Pada malam 29 Ogos 08 yang lalu Tuan Blog dan Dato Hj Mokhtar Syafi'ie diundang untuk menjadi ahli Panel bagi Forum Ajaran Sesat- Nabi Palsu di Kg Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Forum yang dihadiri SS Dato Mufti Selangor, SS Dato Timb Mufti Selangor, Dato Orang Kaya Daerah Gombak, YB Saari Sungib itu berlaku dengan rancak dengan host Us Hj Aluwi Parman bersama kehadiran pengikut Hj Kahar.
Walau dijawab berhujjah & berdalil oleh ahli panel, pengikut Ajaran Kahar ternyata masih tidak berpaus hati. Namun ketidakpuashatian mereka tidak disalurkan secara hujjah bil hujjah. Sebaliknya disampaikan oleh orang tengah sahaja. Bagi anda yang tidak pernah mengikuti kes Nabi Palsu Hj Kahar..boleh menonton video diatas. Inilah manusia yang mengaku sbg Rasul Melayu, mendakwa tak perlu solat, Surah Yaasin diturunkan kepadanya, Yakin sbg penduduk syurga dan macam2 kesesatan lagi. Perhatikanlah.
Bagi saya, walaupun Hj Kahar telah meletak jawatan sbg Rasul Melayu, namun pengikutnya di Kemensah masih fanatik dan masih mendakwa Hj Kahar sebagai rasul. Buktinya, selepas dari forum berkenaan, mereka menghujani saya dengan berpuluh2 e-mail sehari. Ketahuilah wahai pengikut Nabi palsu bahawa Zamihan sesekali tidak akan lemah dengan sebarang provokasi yang anda lakukan. Kami berikrar untuk menghapuskan pegangan anda yang sesat lagi kufur itu. Takbiir.

Thursday, September 4, 2008

TAKZIAH & PUJIAN

Ketua Pengarah JAKIM : Dato' Hj Wan Mohammad Dato' Syeikh Abd Aziz



Jenazah Syeikh Abdullah sewaktu dikelurkan untuk disemadikan berdekatan Masjid Jamik Abi Haydar, Bayrut



PERUTUSAN KHAS TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH: KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DATO' HJ WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ DI ATAS KEMBALINYA AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH

Y.Bhg Dato' mengucapkan :" Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan). Benarlah ungkapan: 'orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia'. Ta'ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah.- Wan Mohamad KP JAKIM " .

* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07pm waktu Malaysia.

Malah Mufti-Mufti lain turut mengucapkan takziah dan pujian terhadap Syeikh Abdullah. Antaranya SS Mufti Negeri Pahang, SS Mufti Terengganu, SS Mufti Selangor, SS Mufti Johor, YADIM, SS Mufti Australia dan lain-lain NGO Islam seluruh dunia.
Apakah mereka ini dikira sebagai 'Ahbash', Jamaah Takfir, Kumpulan sesat, Fanatisme Agama??? Hanya Wahhabiy @ mereka yang mengakses maklumat dari tokoh Wahhabiy yang menjenamakan mereka sedemikian. Jika Syeikh Abdullah tidak menentang doktrin Wahhabiy ternyata tak wujud gelaran sebegini. Ramadhan juga telah menyaksikan bahawa jutaan Umat Islam seluruh dunia menunaikan solat jenazahnya. Semoga Allah menyucikan sirnya. Aamiin.

UCAPAN TA'ZIAH OLEH MUFTI JOHOR ATAS PEMERGIAN SYEIKH AL-HARARI






PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH AL-WALI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH

Ucapan Dato' Mufti Johor:

" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Siang hari Selasa bersamaan 2hb Ramadhan 1429H baru ini umat Islam dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh ulama Islam yang berani mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah beliau adalah Al-Muhaddith Al-Allamah Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari terkenal dengan Al-Habasyi rahimahullah.
Dengan ini saya, keluarga saya, Jabatan Mufti Johor dan seluruh umat Islam di Negeri Johor memohon semoga Allah subhanahu wata'ala melimpahkan keampunan ke atas ruh Syeikh Abdullah Al-Harari dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada', para ulama, para muttaqin dan para ambiya'.
Ta'ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan hujah-hujah yang kental. Saya sendiri mengenali dan mengetahui perihal Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi dengan baik berdasarkan kitab-kitab dan karangan-karangan beliau yang cukup hebat. Kepakaran beliau dalam ilmu hadith pula membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ulama Al-Muhaddith dan juga merupakan seorang wali dan pejuang yang mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. Rahimakallah ya Syeikh Abdallah Al-Harari ".

* Sumber ucapan SS. Dato' Mufti Johor tersebut dipetik daripada perutusan khas beliau sendiri secara bertulis dan berlisan juga mengunakan bahasa arab yang dituturkan oleh beliau sendiri kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada hari Khamis, 4hb September 2008, jam 11:00am waktu Malaysia.


Tuesday, September 2, 2008

SYEIKH SUNNAH KEMBALI KERAHMATULLAH


Salah seorang pejuang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Pembela Mazhab al-Syafi'ie, Pakar Hadis mutakhir dan Syeikh Sufi dizamannya telah selamat kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 2 ramadhan 1429H = 2 September 2009M. Syeikh Abdullah al-Harari banyak menghabiskan masa, tenaga,usaha bagi mempertahankan Aqidah Ahl al-Haq. Beliau juga banyak mengarang kitab-kitab bermanfaat dan begitu lantang mempertahankan kebenaran walau terpaksa berhadapan dengan kawan dan lawan. Berkat usahanya, beliau berjaya melahirkan beribu-ribu para murid di seluruh dunia. Tuan Blog juga berkesempatan bertemu dan mengambil berkat dengannya.

Semoga Allah sentiasa mencurahkan belaian kasih sayang kepadanya bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang mulia. al-Faatihah dan bacakanlah Yaasin sebagai hadiah pahala untuknya. Ramadhan, hadirmu sering memanggil hamba2 yang berdekatan dgn al-Rahman. Mudah-mudahan, kita semua turut dijemput dalam kemuliaan. Aamiin.

MEMBONGKAR IDENTITI SEJARAH WAHHABIY



Bagi yang tidak tahu menahu tentang sejarah Wahhabi, kemungkinan paparan ini keterlaluan jika nak dibandingkan dengan gerakan Wahhabiy versi sekarang. Namun, jika anda menelusuri sejarah, terbukti bahawa Wahhabiy bukan setakat fahaman tetapi merupakan satu gerakan ketenteraan. Dengan Ketumbukan ketenteraan yang ada golongan ini bertindang menyerang dan membunuh umat Islam ketika mereka hendak menakluki Kota Thoif.


1- WAHHABI MENYERANG KOTA THOIF SETELAH MENGALAHKAN PEMERINTAHAN ASY-SYARIF GHOLIB, WAKIL PEMERINTAH KERAJAAN UTHMANIYYAH DI MAKKAH PADA ZUL QAEDAH TAHUN 1217H BERSAMAAN 1802M. DALAM SERANGAN INI, GERAKAN WAHHABI MEMBUNUH PENDUDUK THOIF TERMASUK WANITA DAN KANAK-KANAK SERTA WAHHABI TURUT MENYEMBELIH BAYI YANG MASIH DIPANGKUAN IBUNYA.( Sila rujuk : Kasyfu Al-Irtiyab Fi atba' Muhammad Abd Wahhab, Syeikh Muhammad Muhsin Al-Amin,Cet Ke-3, t.pt, t.thn, hlm 18 dan Umara' Fi Bilad al-Haram, Syeikh Ahmad Zayni Dahlan, Cet Dar al-Muttahidah li Nasyr, hlm 297


2- Tentera WAHHABI MEMBUNUH UMAT ISLAM DI DALAM MASJID, RUMAH, DAN WAHHABI BERTINDAK MENGEJAR SESIAPA YANG LARI DARI SERANGAN MEREKA LALU MEMBUNUH KEBANYAKAN MEREKA YANG MELARIKAN DIRI.(Umara' Fi Bilad al-Haram, Syeikh Ahmad Zayni Dahlan,hlm 297


3- TENTERA WAHHABI JUGA MENGUMPUL SEBAHAGIAN PENDUDUK THAIF DALAM SATU KAWASAN. KEMUDIAN DITETAK LEHER MEREKA HINGGA MATI. SEBAHAGIAN PENDUDUK THAIF JUGA DIBAWA OLEH TENTERA WAHHABI KE SATU LEMBAH BERNAMA WADI ALUJ (JAUH DARI PERKAMPUNGAN). LANTAS MEREKA DITINGGALKAN DI LEMBAH YANG KOSONG ITU DALAM KEADAAN BERBOGEL TANPA PAKAIAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN. ( Sila rujuk : Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah, Dr. Muhammad 'Audh Al-Khatib, hlm 178.


Kesimpulan :

1) Menyokong Gerakan Wahhabiy beerti menyokong pembunuhan dan kekejaman mereka terhadap umat Islam.

2) Islam tidak menghalalkan pembunuhan terhadap saudara seislam tanpa ketentuan syarak yang sah.

3) Tidak syak lagi bahawa fahaman Wahhabiy akhirnya membentuk kekuasaan & gerakan. Gerakan ini digunakan untuk melanyak umat Islam sendiri sehingga mengorbankan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa.

4) Sejarah membuktikan kepada kita bahawa gerakan Wahhabiy meletuskan kekacauan dan keganasan. Mula-mula kekacauan berfikir dalam kerangka agama. Akhirnya membawa keganasan yang menumpahkan darah.

5) Kemungkinan besar KMM, JI, TALEBAN, SIFAH E-SAHABAT, LASYKAR E-JANGAVI DAN AL-QAEDAH adalah versi dakwah bersenjata hasil produk Gerakan Wahhabiy. Inilah fitnah yang dibayangkan Nabi SAW dari negeri Najd. Maka Perhatikanlah.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo