Monday, July 28, 2008

DOSA WAHHABIY TERHADAP UMAT ISLAM - JUAL PALESTINE KPD YAHUDI




Siapakah yang menjual Palestine kepada Yahudi? Dan siapa pula yang membantu penyerahannya. Video ini menyingkap segala kerjasama berkenaan dengan paparan dokumen dan gambar eksklusif yg berkaitan.


Ketahuilah bahawa Penyerahan Palestin kepada Yahudi ditulis sendiri oleh Amir Abd Aziz Ali Saud dalam suratnya kpd british : "Saya Amir Abd aziz Ali saud bersetuju dan mengiktiraf seribu kali kepada Sir perry Cox bahawa tiada halangan bagi saya untuk menyerahkan palestine kepada Yahudi dan selainnya.."


Naskah asal surat ini dlm bentuk tulisan tangan seperti yang dilampirkan. Ia mengandungi cop dari Amir Abd Aziz sendiri. Surat ini boleh didapati di Pusat Dokumen British, London, Bahagian timur Tengah. Ia membuktikan adanya perhubungan dan perkaitan rapat antara British dan Kerajaan Bani Saud.


Usaha penyerahan bermula apabila Capt WHI Shakespeare (seorang agen British) di Kuwait menemui Amir Abd al-Aziz pada tahun 1910M dan mengatur pertemuan dgn Sir Perry Cox. Beliau merupakan Ketua SB British di Timur Tengah. Hasil pertemuan, mereka bersetuju untuk melantik seorang agen british, John Philby sbg penasihat kepada Amir Abd Aziz pada tahun 1915M.

Berlakunya Uqary Conference antara British dan Pemerintah Bani Saud. Amir Abd AZiz dianugerahkan 5000 pound sebulan = 60,000 pound setahun kerana khidmatnya pada British dan kemudiannya dianugerahkan gelaran Knight of Grand Commander of The Most Eminent Order of The Indian Empire. Lihatlah gambar perjumpaan amir Abd Aziz dengan Sir Pery Cox (pakaian seragam tentera). Lihatlah juga foto eksklusif perjumpaan Presiden US, Roselvelt Laknatullah di atas kapal bersama Amir Abd Aziz.


Akibat keakraban Amir Abd al-Aziz dengan British, muncul pula golongan Wahhabiy Ekstrem (Ikhwan al-Najdiy)untuk memberontak. Amir Abd Aziz meminta bantuan British untuk mematahkan pemberontakan berkenaan. Sebagai sokongan, Kerajaan British membekalkan 4 pesawat, 200 kenderaan tentera dalam operasi ini. Pemimpin pemberontak, Faisal al-Duuwaish telah ditangkap oleh British di Kuwait dan diserahkan kepada Amir Abd al-Aziz pada tahun 1930M.


Pada tahun 1931M, Philby membawa masuk jutawan Amerika Syarikat, Charles R. Crane & Karl Twithcell utk meneroka penemuan minyak di teluk. Pada tahun 1933M, Syarikat Standard Oil of California mendapat konsesi minyak selama 60 tahun dan dikenali dgn AramCo. Ini merupakan strategi Philby utk membawa campurtangan Amerika (proksi Yahudi) terhadap Saudi. Lihat gambar John Philby (lelaki berjambang putih)sbgmana yg dipaparkan. Justeru, tak kisah kan..jika harga minyak dunia dikawal yahudi kini.Inilah kesannya.


Seterusnya, Pemerintahan Bani Saud yang dibayangi gerakan Wahhabiy berjaya dibentuk secara rasminya pada tahun 1932M dengan gelaran negara Arab Saudi dengan lambang pedang bersilang dan sebatang pokok tamar.


Lihatlah paparan gambar Amir Abd Aziz Ali Saud bertemu dgn Eirlakh al-Yahudi (bekas Menteri Kewangan Israel) dengan penuh mesra pd tahun 1945.

Jangan sesekali lupa peranan T.E Lawrence terhadap Kerajaan Bani Saud. Sejarahwan Inggris, Martin Gilbert, di dalam tulisannya "Lawrence of Arabia was a Zionist" seperti yang dimuat di Jerusalem Post edisi 22 Februari 2007, menyebut Lawrence sebagai agen Zionisme.


Seterusnya, Lihatlah, bagaimana Jimmy Carter bersama al-Malik Fahd melakukan ikrar. Apakah ikrar mereka itu? Dan bagaimana pula mereka minum air kencing setan berjamaah? al-Malik Fahd juga dirakam bersama seorang primadona Lubnan dlm keadaan beliau cuba mengelakkan diri dari jurugambar. Inikah watak pemimpin dua tanah haram?


Anda juga harus tahu mengapa Kerajaan saudi enggan meghulurkan sumbangan/bantuan kepada Hizbullah yang berperang dgn Israel. Anda juga harus tahu kenapa Ibn Jibrin memfatwakan haram umat Islam memberi bantuan terhadap Hizbullah?

Anda juga harus tahu mengapa begitu erat hubungan atara kerajaan Saudi, US dan British hingga kini. Dan mengapa kerajaan Bani Saud hanya membantu umat Islam yang sefahaman dengan mereka sahaja serta begitu bersungguh2 menyebarkan fahaman Muhammad ben Abd Wahhab.


Apakah semua ini tidak dihitung kira oleh Allah? Apakah ia tidak berkait dengan kepentingan ummat sejagat? Dengan apa anda katakan wahhabiy tak salah? Banyak lagi paparan kami.Tunggu...Insya Allah.

Monday, July 21, 2008

WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ




Seorang tokoh ulamak terkenal mazhab al-Hanafi. Iaitu Imam Allamah Ibn Abidin di dalam hasyiahnya menegaskan bahawasanya Muhammad Ben Abdul Wahhab dan para pengikutnya sebagai khawarij pada zaman ini. Buktinya :

كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن من خالفهم مشركون, " واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم " عساكر المسلمين " عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف. إ.هـ.



Maksudnya: Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Di Zaman Kita.


"…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H..."

Kesimpulan :


1) Fahaman Wahhabiyyah difatwakan sebagai fahaman khawarij oleh al-Imam Ibn 'Abidin disebabkan mereka khuruj (keluar) dari mentaati pemerintahan Islam (Turki Uthmaniyyah) dan melancarkan peperangan terhadap khilafah.


2) Mereka digelar Khawarij kerana mereka menganggap diri mereka Islam yang sebenar. Manakala umat Islam lain dianggap sebagai ahli dhalal, ahli bid'ah @ musyrik. Na'uzubillah.


3) al-Wahhabiyyah sealiran dengan Khawarij apabila selalu gemar mengkafir @ menyesatkan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk. Nau'zubillah.


4) Golongan al-Wahhabiyyah bertanggungjawab sepenuhnya dalam membunuh ulamak dan umat Islam. Menyokong mereka beerti menyokong pemberontakan terhadap daulah Khilafah Uthmaniyyah, menyokong pembunuhan ulamak dan umat Islam.


5) Kenyataan ini adalah jelas. Ia tidak boleh dibeli, ditukar atau diubah dengan royalti minyak atau wang ringgit saudi.


Semoga kita semua diselamatkan Allah dari fitnah Najd dan kejahatan yang terbit dari tanduk syaitan. Aamiin.

UZBEKISTAN GOVERNMENT BACKS SUFISM


UZBEKISTAN
GOVERNMENT BACKS SUFISM
TO COUNTER WAHHABISM


In the wake of a visit between 15 and 20 May to the Uzbek city of Bukhara (500 kilometres or 300 miles west of Tashkent), the "capital" of the Sufi Naqshbandi order in Central Asia, Keston has learnt that currently the Uzbek authorities are not simply not opposing the spread of the Naqshbandi order but, on the contrary, are doing all they can to support it.


They are using Sufism as a distinctive counterweight to those Muslims who are independent of the authorities, the so-called Wahhabis (the name given in Central Asia to Islamic fundamentalist groups, which often have little in common with the Islam that predominates in Saudi Arabia) and the international Islamic party Hizb-ut-Tahrir, which campaigns for the unification of Muslims throughout the world into a single caliphate.


Bukhara is held to be the most significant Muslim holy site in Central Asia. It was in this city that Bahauddin Naqshbandi, founder of the Naqshbandi order, one of the most influential Sufi orders, was born in the 14th century.


Sufism is a mystical branch of Islam, rooted in the attempt to reach God through personal experience. The first Sufis are said to have been the ascetics who lived in Iraq and Syria at the end of the 8th century and the beginning of the 9th century, who strove to comprehend the "hidden" sense of the Koran's revelations, and who followed strictly the instructions of the Koran, held vigils, took vows, and observed additional fasts. The name of the movement is believed to derive from the Arabic word suf - meaning wool - as the Sufis wore cloaks made out of coarse wool.


From its origins in Bukhara, the Sufi Naqshbandi order (translated literally, an engraver of wooden stamps) now has followers in all the Muslim countries. During the war in the North Caucasus against Russian forces in the 19th century, it was members of the Naqshbandi order that made up the main part of the resistance movement. In 1940-42 an uprising against the Soviet authorities was also led by members of the Naqshbandi order. During the colonisation of Central Asia, Russian forces were also forced to confront not so much opposition from the local feudal lords, the state apparatus and the armies of local rulers, as resistance by members of the Sufi orders. Almost all the leaders of anti-Russian movements were Sufi sheikhs.


Now the official respect for Naqshbandi and his legacy is clear. In 1991 Bukhara's central street (called Lenin Street in the Soviet era) was renamed Bahauddin Naqshbandi street. In the Soviet era, Sheikh Naqshbandi's mausoleum (10 kilometres or 6 miles east of Bukhara) was used to store fertiliser. However, in 1991 the mausoleum was reopened and Naqshbandi's grave became a place of mass pilgrimage.
"In Soviet times it was even more dangerous to be a Sufi than simply to be a Muslim - the police got rid of such people right away," the imam-hatyb of the mosque next to Naqshbandi's mausoleum, Bobodzhon Rahmonov, told Keston on 16 May. "But now we do not have any problems with the state. For example, the chairman of the state committee for religious affairs, Fazil Sobirov, belongs to the Naqshbandi order.


Moreover, we are working with the state to show people how wrong the Wahhabi outlook is. We explain that the building of mausoleums in honour of holy Muslims - something the Wahhabis oppose - is not against Islam."
Teachers at Bukhara's Mir-Arab madrassah (the largest religious teaching establishment in Central Asia) expressed their full support for the state's policy towards believers. "'Sufism' is one way of reaching God. We have begun to teach Sufism as of this year as a separate subject," a teacher at the Mir-Arab madrassah, Abduhalil haji Niyazov, told Keston on 17 May. "Sixty hours in the year are allocated to the study of Sufism." In private conversations with Keston, students at the Mir-Arab madrassah reported that students suspected of supporting Hizb-ut-Tahrir were immediately expelled, while to profess Sufism was completely safe.


Significantly, the government is also trying to attract foreign Muslim communities in order to raise the authority of the Naqshbandi order in Uzbekistan. It maintains close contacts with the Islamic Supreme Council of America, which represents followers of the Naqshbandi order in the United States. The number of ISCA members is relatively small (in the tens of thousands), but Uzbek propaganda represents the ISCA as being one of the most influential Muslim organisations in the United States. ISCA leaders have visited Uzbekistan and have met President Islam Karimov, while the Uzbek government invited ISCA representatives to act as observers at the presidential elections in January 2000. The ISCA remarks on its web-site (www.Islamicsupremecouncil.org): "In January 2002, Islamic Supreme Council of America was honoured to have been the only American Muslim organisation to be invited to observe Uzbekistan's constitutional referendum. The invitation was a result of the ISCA's long-standing commitment to working with the moderate government of President Islam Karimov and supporting Uzbekistan's fight against religious extremism."


The government's support for followers of the Naqshbandi order may be explained by the fact that Sufism in Central Asia is quite closely linked with local, essentially pagan, customs. For example, one should only start with one's left foot when entering Naqshbandi's mausoleum. There are some shrivelled remains of a tree at the entrance to the mausoleum. According to folklore this tree grew when Bagauddin Naqshbandi was alive, and it is mystically linked with the founder of the order. It is said that if you walk three times around the shrivelled trunk of this tree, then your wish will be granted. The Uzbek government is primarily afraid of supporters of fundamentalist Islam, which has been imported from Arab countries and which calls for religion to be purified of regional and local customs. It therefore regards it as expedient that local Islam should be as distinct as possible from the religion preached by Muslims abroad.


The Tashkent government's current support for Sufism is reminiscent of the experience of the KGB's work in the Russian North Caucasian region of Chechnya-Ingushetia in the Soviet era. In the 1930s, 40s and 50s, the NKVD (the KGB's predecessor) murdered all the influential sheikhs of the Naqshbandi order. Those who inherited the leadership in the Sufi orders in Chechnya (the heirs to the sheikhs), could survive only if they co-operated with the NKVD and KGB.


When the Chechens and Ingush returned from exile in 1957, the Kremlin placed these same followers of the Naqshbandi order in leading positions in the republic. "The opinion spread among a significant section of religious authorities in the Naqshbandi order that it was necessary to co-operate with the atheist, communist authorities," one of the most influential theologians of Ingushetia, imam-hatyb of the Nasyr-Kurt mosque (a village in Ingushetia near the border with Chechnya) Salambek haji Ivloyev, told Keston in November 1996. "In the Soviet era the KGB tried to govern Chechnya, where the majority of the population remained law-abiding Muslims, with the help of the Naqshbandi order. The top level of Chechen-Ingushetia society was drawn from the formal adherents of this order." He noted that Doku Zavgayev (chairman of the Supreme Soviet of Chechnya-Ingushetia in 1990 and head of the "pro-Russian" government in Chechnya in 1996) was a member of the Naqshbandi order.

Igor Rotar

Source: Keston Institute

TAREKAT NAQSHABANDIYYAH AL-KHALIDIYYAH





Tarekat Naqshabandiyyah ialah sebuah kumpulan pengamalan kerohanian tasawuf yang di asaskan oleh Shaykh Muhammad Baha` al-Din bin Muhammad bin Muhammad al-Uwaisiy al-Naqshabandiy al-Bukhariy. Beliau dilahirkan di sebuah desa Qashr al-cArifan lebih kurang empat kilometer dari bandar Bukhara, Uzbekistan pada tahun 717H bersamaan 1317M. Beliau meninggal dunia pada tahun 791H bersamaan 1389M.


Semasa hayatnya, Shaykh Muhammad Baha` al-Din sempat belajar dan mengambil tarekat daripada Shaykh al-Sharif al-Amir al-Kulal bin Syed Hamzah yang wafat 772H bersamaan 1371M . Beliau juga sempat berguru dengan Shaykh Muhammad Baba al-Samasiy (wafat pada tahun 740H bersamaan 1340M) iaitu tuan guru kepada gurunya, Shaykh al-Amir al-Kulal. Susur galur silsilah pengamalan Shaykh Muhammad Baha` al-Din dikatakan mendasar kepada Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq .


Dengan ini dapatlah diandaikan bahawa pengamalan tarekat ini secara zahirnya dinisbahkan kepada Naqshabandiy mungkin disebabkan karamahnya yang terserlah dalam situasi pegangan agama masyarakat yang semakin goyah. Ataupun mungkin juga disebabkan oleh keahlian atau kemampuan beliau sebagai seorang mujtahid di dalam bidang dan zamannya yang tersendiri.


Menurut Shaykh Muhammad Amin al-Kurdiy, nama Naqshabandiyyah di ambil daripada dua lafaz arab iaitu نقش dan بند.. Lafaz نقش bermaksud ukiran yang dicop pada sesuatu benda. Manakala lafaz بند pula bermaksud layar atau bendera yang besar. Jadi, singkatan ini membawa maksud ‘gambaran yang tertera pada sesuatu samada pada bendera atau layar yang besar’.


Menurut sebahagian ulama Naqshabandiyyah, nama Naqshabandiy di ambil sempena dengan ahwal penyebarnya yang termasyhur iaitu Shaykh Muhammad Baha` al-Din al-Husainiy al-Naqshabandiy. Diriwayatkan juga bahawa beliau sentiasa melazimi berzikir mengingati Allah  dalam keadaan lafaz ism zat (lafaz al-Jalalah) terukir dihatinya tanpa terpisah sedikitpun. Sesetengah ulama Naqshabandiyyah mengatakan Naqshabandiy itu dinisbahkan kepada tempat kelahiran Shaykh Muhammad Baha` al-Din. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau pernah didatangi Rasulullah  secara rohani ketika berzikir. Lalu Baginda meletakkan tangannya ke atas dada beliau. Lanjutan dari peristiwa ini terukirnya ism zat dihati beliau secara berterusan.


Selebihnya, sebahagian ulama tarekat Naqshabandiyyah berpendapat Naqshabandiy adalah istilah yang lahir sahaja. Hakikatnya ialah gambaran dari lautan makrifat Allah yang tak bertepi diperlihatkan kepada mereka. Bagi penulis, hal seperti ini tentu sukar untuk digambarkan dengan dalil dan fikiran melainkan bagi mereka yang menempuh jalan dan benar-benar merasai geloranya sahaja yang akan mengerti.


Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa tarekat Naqshabandiyah adalah sejenis pengamalan kerohanian yang dinisbahkan kepada pengasasnya yang terkenal iaitu Shaykh Muhammad Baha` al-Din b. Muhammad al-Naqshabandiy al-Bukhariy. Di samping itu, boleh juga diandaikan bahawa penisbahan ini berlaku disebabkan oleh daya kebolehan dan keijtihadan beliau dalam bidang yang diceburinya. Manakala pengamalan kerohanian yang dipraktikkan pula merupakan kumpulan zikir yang bertindak sebagai wasilah untuk menyampaikan diri kepada Allah .


Al-Khalidiyyah pula dinisbahkan kepada cara pengamalan Shaykh Khalid cUthmaniy al-Kurdiy dalam tarekat al-Naqshabandiy. Beliau dilahirkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M di Kampung Karada, Kota Sulaymaniyyah, Iraq. Kepimpinan beliau di dalam tarekat al-Naqshabandiy diiktiraf sebagai mujtahid yang mujaddid pada kurun ke 13 H sehingga diberikan gelaran al-Mujaddidiyyah. Beliau dididik dan dibesarkan di Kota Sulaymaniyyah yang pada waktu itu pusat ilmu yang utama di Iraq. Beliau bermazhab al-Shaficiy dan berasal dari keturunan Sayyidina cUthman bin cAffan. Beliau mempelajari Al-Quran dan Tafsir Imam al-Rifaciy dan sangat masyur dengan gelaran seorang penyair. Ketika berumur lima belas tahun beliau mula hidup secara berzuhud.


Shaykh Khalid mula mempelajari ilmu dengan dua orang ulama besar iaitu Shaykh cAbd al-Karim al-Barzanjiy dan Shaykh cAbd Rahim al-Barzanjiy. Beliau juga belajar dengan Mulla Muhammad Saleh. Beliau juga turut mempelajari ilmu duniawi seperti ilmu hisab, falsafah dan mantiq. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad dan mempelajari pula kitab Mukhtasar al-Muntaha, iaitu satu ensiklopedia dalam bidang usul feqah.


Tidak cukup dengan itu, beliau mempelajari pula kitab-kitab karangan Imam Ibn Hajr al-cAsqalaniy, Imam al-Suyutiy dan Imam Ibn Hajr al-Haithamiy. Seluruh kitab tafsir al-Baidawiy dihafalnya. Dengan ilmunya, beliau dapat menyelesaikan banyak permasalahan feqah dengan mudah. Beliau dikatakan menguasai semua empat belas jenis qiraat dan menjadi masyhur di mana-mana sahaja dengan kemampuan ini.


Shaykh Khalid kemudiannya mula berkhalwat dan meninggalkan semua pengajiannya untuk mencari Allah dengan melakukan ibadat dan zikrullah samada secara jahr mahupun sir. Saat itu, dia mula menghentikan kebiasaannya menziarahi sultan-sultan dan menyendiri bersama murid-muridnya sehingga tahun 1220M bersamaan 1806M. Beliau kemudiannya berpindah ke India pada tahun 1224H/1809M melalui bandar Ray, Teheran dan beberapa kota lain di Iran. Di India, beliau telah dibaycah oleh shaykhnya iaitu Shaykh cAbd Allah al-Dahlawiy.


Beliau kemudiannya mempelajari ilmu hadis, tafsir, tasawwuf dan lain-lain ilmu dari Shaykh Abd cAllah al-Dahlawi. Beliau diberikan keizinan untuk mengajarkan ilmu-ilmu tersebut kepada murid-muridnya pula. Dia juga telah menghafaz kitab Imam Hadis Dua Belas. Dengan kemampuannya, beliau akhirnya telah diijazahkan dengan lima macam tarekat. Antaranya, tarekat Naqshabandiah, tarekat al-Qadiriyyah, tarekat Suhrawardiyyah, tarekat Kubrawiyyah dan tarekat Chistiyyah. Beliau meninggal dunia pada hari Jumacat 13 Zulqacedah 1242H bersamaan 1827M.


Selain penisbahan al-Khalidiyyah, terdapat juga penisbahan yang lain seperti tarekat Naqshabandiah al-Mazhariyyah. Iaitu penisbahan yang dibuat berdasarkan kepada keijtihadan dan kepimpinan Shaykh Shams al-Din Janjana Mazhar. Begitu juga dengan penisbahan tarekat Naqshabandiah al-Mujaddidiyyah al-Ahmadiyyah. Iaitu penisbahan yang dibuat bersempena dengan keijtihadan dan cara pengamalan Shaykh Ahmad Faruqiy al-Sirhindiy al-Mujaddidiyyah.


Akan tetapi, selepas daripada zaman Shaykh Khalid cUthmaniy al-Kurdiy, penisbahan ini amat sinonim untuk tarekat al-Naqshabandiah al-Khalidiyyah. Maka dengan kedudukan ini terbentuklah tarekat al-Naqshabandiah al-Khalidiyyah hingga sekarang . Maksudnya tidak berlaku apa-apa nisbah perubahan lagi terhadap pimpinan tarekat ini kerana syarat penisbahannya begitu ketat dikalangan mashaikh tarekat. Hal ini diambil kira bagi mengelak sebarang pengurangan, penambahan dan penyelewengan serta pandangan serong masyarakat terhadap aliran tarekat Naqshabandiah.


Kesimpulannya, penisbahan Naqshabandiah al-Khalidiyyah, Naqshabandiah al-Madhariyyah ataupun Naqshabandiyyah al-Mujaddidiyyah al-Ahmadiyyah sebenarnya dilihat bersifat cawangan sahaja daripada Naqshabandiah. Secara jelasnya, penisbahan itu berlaku disebabkan keijtihadan dan kewibawaan pemimpin berkenaan di dalam tarekat Naqshabandiah pada kedudukan dan zaman yang tertentu. Walau bagaimanapun, penisbahan tarekat Naqshabandiah al-Khalidiyyah dilihat lebih mononjol dan meluas rangkaiannya di alam Nusantara. Demikianlah rumusan mengenai tarekat Naqshabandiah al-Khalidiyyah yang menjadi fokus kepada kajian ini.

TAREKAT MENURUT ISTILAH SUFI



Pendahuluan :


Banyak konotasi yang diberikan oleh ulama tasawuf dalam menterjemahkan pengertian tarekat. Antaranya ialah, Shaykh Ahmad al-Khatib. Beliau mentakrifkan tarekat sebagai jalan kepada Allah  dengan mengamalkan ilmu tauhid, feqah dan tasawuf.


Shaykh al-Hafiz cAbd Allah bin al-Siddiq al-Ghumariy mentakrifkan tarekat sebagai satu ilmu yang bersumberkan wahyu Ilahi dalam gugusan yang diperturunkan sebagai agama kepada Nabi Muhammad . Beliau mengkategorikan tarekat sebagai menduduki maqam Ihsan iaitu salah satu rukun agama yang tiga selepas Islam dan Iman. Beliau menegaskan barangsiapa yang mencacatkan maqam Ihsan yang dinamakan tarekat maka pincang agamanya tanpa syak kerana meninggalkan salah satu dari rukunnya . . . . Selanjutnya beliau menyifatkan bahawa motif yang dibawa oleh tarekat ialah maqam Ihsan selepas sahihnya Islam dan Iman.


Seorang tokoh Naqshabandiah al-Khalidiyyah yang terkenal iaitu Shaykh Muhammad Amin al-Kurdiy mentakrifkan tarekat sebagai ketakwaan dan menghampirkan diri kepada Allah. Proses ini bermula dengan menempuhi rintangan dan menaikkan maqamat (kedudukan) darjat manusia.


Shaykh al-Sayyid al-Sharif Ali bin Muhammad bin Aliy al-Jurjaniy mengertikan tarekat sebagai satu perjalanan kerohanian yang khusus yang dilalui oleh orang-orang yang berjalan (al-Salikun) menuju kepada Allah, di mana dalam perjalanan tersebut mereka perlu merentasi pelbagai rintangan dan mengalami bermacam peningkatan kerohanian dalam pelbagai maqam.

Shaykh al-Junaid al-Baghdadiy pernah menegaskan: “Tarekat menuju kepada Allah semuanya tertutup kecuali bagi mereka yang mengamalkan sunnah Nabi .”


Berdasarkan kepada beberapa definisi di atas jelaslah kepada kita bahawa tarekat adalah satu jalan, cara atau ritual tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah  dengan mengamalkan ilmu tauhid, feqah dan tasawuf sebagai dasar utama. Ini bermakna bahawa pengamalan yang perlu dilaksanakan bagi memperoleh kejayaan dalam mencapai taraf kesufian itu diusahakan dengan penuh kesungguhan dalam lingkungan asas dan disiplin yang jelas. Maka tarekat itu diasas dan dikembangkan oleh masyarakat Muslim dalam tamadun mereka menjadi institusi yang khusus dengan diberikan ciri, kaedah dan peraturan yang tersendiri. Maka dengan itu tarekat perlu difahami sebagai himpunan sejumlah pegangan, tingkah laku serta adab yang diasas dan ditetapkan oleh kumpulan sufi : atau secara teknikal lagi istilah ini merujuk kepada metod memberi panduan dan tunjuk ajar akhlak dan kejiwaan yang digunakan oleh seorang shaykh dalam usaha mendidik para muridnya.


Hasilnya, bolehlah dikatakan bahawa istilah tarekat yang mempunyai institusi yang khusus ini merujuk kepada cara, kaedah atau peraturan-peraturan khusus yang diikuti dan dihayati tuntutan dan kehendaknya oleh seseorang murid di bawah naungan satu kumpulan kesufian yang mengikuti panduan daripada seorang shaykh yang terkemuka. Di samping itu, istilah ini juga boleh dirujuk kepada kumpulan individu dari kalangan para murid yang mengasosiasikan diri mereka dengan seseorang shaykh tertentu dan tunduk patuh kepada peraturan-peraturan yang cukup ketat dalam hubungan dengan suluk kerohanian.

TAREKAT MENURUT AL-SUNNAH


Pendahuluan :


Di samping Al-Qur’an, ketentuan Al-Sunnah juga merupakan petunjuk kedua terpenting terhadap penggunaan lafaz dan makna tarekat. Pembuktian dalam penggunaan lafaz tarekat menerusi hadis-hadis Baginda  sebenarnya turut menjadi neraca asas tentang kewujudan tarekat itu sendiri dari sumbernya yang asli. Walaupun lafaz tarekat itu diwujudkan dalam sabda-sabda suci Baginda , apakah lafaz tersebut menepati dengan istilah tarekat yang dijelmakan sekarang. Antara hadis-hadis yang menyebut tentang tarekat adalah seperti berikut :


1. Imam Muslim di dalam Sahihnya meriwayatkan :

حدثنا عمرو الناقد وابن أبي عمر واللفظ لابن أبي عمر قالا حدثنا سفيان عن أبي الزناد عن الأعرج
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن المرأة خلقت من ضلع لن تستقيم لك على
طريقة فإن استمتعت بها استمتعت بها وبها عوج وإن ذهبت تقيمها كسرتها وكسرها طلاقها.

Maksudnya : “Sesungguhnya perempuan itu dicipta dari tulang rusuk laki-laki yang bengkok. Ia tidak bersifat lurus bagimu di atas jalan yang satu. Jika kamu ingin berseronok dengannya kamu akan dapat keseronokan tersebut. Akan tetapi padanya terdapat simpang siur. Sekiranya kamu tidak mampu memperbetulkan (kebengkokannya dengan keras lalu ia akan patah) maka lepaskanlah dia dengan talak.”


2.Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak meriwayatkan :

حدثني محمد بن صالح بن هانئ ثنا يحيى بن محمد بن يحيى الشهيد ثنا عبد الله بن عبد الوهاب الحجبي
ثنا حاتم بن إسماعيل عن عبد الأعلى بن عبد الله بن أبي فروة عن قطن بن وهيب عن عبيد بن عمير عن
أبي ذر رضي الله عنه قال لما فرغ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم أحد مر على مصعب الأنصاري
مقتولا على طريقة فقرأ من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه.


Maksudnya : “Abu Hurairah  mengatakan : “Tatkala Rasulullah  pulang dari perang Uhud, Baginda  mendapatkan mayat Muscab bin Umayr al-Ansariy  yang mati dibunuh dalam peperangan Uhud di atas jalan yang benar. Lalu Baginda  membacakan ayat yang bermaksud : “Dikalangan orang mukmin itu terdapat lelaki yang benar terhadap apa yang dijanjikan Allah untuknya.”


3.Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak sekali lagi meriwayatkan :

حدثنا علي بن عيسى ثنا أحمد بن نجدة ثنا يحيى بن عبد الحميد ثنا قيس بن الربيع عن عاصم عن شقيق
بن سلمة قال خطبنا أبو موسى الأشعري فقال والله لئن أطعتم الله باديا وعبد الله بن قيس ثانيا لأحملنكم
على الطريقة

Maksudnya : “Abu Musa al-cAshcari mengatakan : “Demi Allah, sekiranya kamu mentaati Allah pada mulanya dan mentaati cAbdullah bin Qays yang keduanya maka sesungguhnya aku akan menanggungmu di atas jalan yang benar.”


4.Imam Ibn Hibban di dalam Sahihnya meriwayatkan :

أخبرنا أبو خليفة قال حدثنا إبراهيم بن بشار قال حدثنا سفيان عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي
هريرة ثم أن النبي صلى الله عليه وسلم أن المرأة خلقت من ضلع ولن تصلح لك على طريقة وإن
استمتعت بها استمتعت بها وبها عوج وإن ترد إقامتها تكسرها وكسرها طلاقها.


Maksudnya : “Abu Hurairah  mengatakan : “Sesungguhnya Nabi  bersabda : “Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Dan wanita itu tidak selamanya baik bagimu di atas satu jalan. Sekiranya kamu ingin berseronok dengannya kamu akan dapat keseronokan tersebut. Akan tetapi pada wanita itu terdapat simpang siur. Sekiranya kamu ingin meluruskannya (memperelokkan mereka) dengan kuat lalu patahlah ia. Kepatahan itu merupakan talaknya.”

5.Imam al-Haithamiy pula mentakhrijkan hadis daripada Imam Ahmad dan al-Tabraniy berbunyi :

رواه أحمد والبزار والطبراني في الكبير ورجال أحمد رجال الصحيح وعن عبد الله بن عمرو قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أن العبد إذا كان على طريقة حسنة من العبادة ثم مرض قيل
للملك الموكل به اكتب له مثل عمله إذا كان طليقا حتى أطلقه أو ألقيه

Maksudnya : “Seseorang hamba itu apabila dia berada di atas jalan yang benar daripada ibadatnya, kemudian beliau ditimpa jatuh sakit lalu dikatakan kepada malaikat yang mewakilinya :”Tulislah pahala baginya seperti mana amalannya sehingga penyakit itu berpisah dengannya atau Aku (Allah) melontarkan baginya penyakit itu.”


Berdasarkan kepada hadis-hadis yang dikemukakan di atas jelaslah kepada kita bahawa lafaz tarekat yang dipergunakan pada matannya bermaksud jalan. Ungkapan kepada maksud ini ada keserasiannya dengan makna tarekat dari sudut bahasa sebagaimana yang telah dikemukakan sebelum ini. Walaupun secara ainnya ia tidak merujuk kepada istilah ahli tasawuf, namun pemakaian kata dari sudut ini jelas mencerminkan makna asal bagi perkataan tarekat itu sendiri.


Imam al-Nawawiy ketika membahaskan hadis “Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad ” turut mengakui bahawa petunjuk itu bermaksud jalan (tarekat) dan mazhab yang dibuat petunjuk bagi umat Islam.


Fenomena yang sama juga turut dipergunakan oleh Imam Ibn Hajr al-Asqalaniy di dalam kitabnya Fath al-Bariy. Beliau mengertikan tarekat sebagai jalan, cara atau metod. Hal ini terbukti apabila kita membuka kitab ini kita akan dapati kata-kata beliau yang berbunyi : “Adapun tarekat al-Muhaddithin , ia merupakan isyarat kepada tarekat (jalan) Nabi  , “pendapat ini merupakan pendapat daripada tarekat (jalan) orang-orang yang terdahulu ” dan lain-lain lagi.


Akan tetapi, Imam al-Dhahabiy lebih banyak mensinonimkan penggunaan lafaz tarekat dengan tarekat al-Tasawuf. Ketika menterjemahkan biografi Abu Hafs al-Naisaburiy, beliau menuqilkan : “Menurut al-Sulamiy, Abu Hafs merupakan seorang tukang besi dan merupakan orang yang mula-mula sekali menzahirkan diri dengan tarekat al-Tasawuf di negeri Naisabur.”


Di dalam versi terjemahan biodata perawi Abu Yacla al-Sabuniy, Imam al-Dhahabiy mengatakan : “Dikatakan dia adalah seorang shaykh yang lurus dan thiqah (dipercayai) yang berdiri di atas tarekat al-Sufiah yang mendengar hadis di Naisabur, Hurrah dan Baghdad. Dan beliau dilahirkan pada tahun 375H.”


Kesimpulannya, berasaskan kepada keterangan di atas ia membuktikan kepada kita bahawa lafaz tarekat dipergunakan dalam konteks yang cukup luas mengikut kesesuaian dan keperluan laras sesuatu ilmu. Kadang-kadang ia dimaksudkan dengan jalan dan ada ketikanya pula difokuskan kepada tarekat sufiah. Pemfokusan lafaz tarekat kepada tarekat sufiah dirasakan merupakan rangkaian istilah yang paling tepat dan sinonim dalam perbincangan bab ini.


Hasilnya membuktikan kepada kita bahawa rangkaian tarekat sufiah bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam Islam. Malah ia telah mula diperagakan oleh Al-Qur’an dan al-Sunnah serta dipergunakan oleh ulama bahasa, ulama tasawuf dan juga muhaddithin. Justeru, penilaian secara menyeluruh itu amatlah diperlukan dalam mencari maksud sebenar tarekat.

Sunday, July 20, 2008

TAREKAT MENURUT AL-QUR'AN AL-KARIM


Pendahuluan :


Di dalam al-Qur`an, Allah  telah berfirman dengan menyebut lafaz طريقة sebanyak sembilan kali dalam lima surah yang mengandungi beberapa pengertian. Antaranya : Allah  berfirman di dalam surah al-Nisa` ayat 168 berbunyi :

 إن الذين كفروا وظلموا لم يكن الله ليغفر لهم ولا ليهديهم طريقا

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang ingkar dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni dosa mereka dan tidak pula akan menunjukkan jalan kepada mereka.”


Sejurus dari ayat di atas, Allah  berfirman pula di dalam surah al-Nisa` ayat 169 berbunyi :

 إلا طريق جهنم خالدين فيها أبدا وكان ذلك على الله يسيرا 

Maksudnya : “Melainkan jalan ke neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”


Selain itu, Allah  juga telah berfirman di dalam surah Taha ayat 63 berbunyi :
قالوا إن هذان لسحران يريدان إن يخرجاكم من أرضكم بسحرهما ويذهب
بطريقتكم المثلى 

Maksudnya : “Mereka mengatakan : Sesungguhnya dua orang ini ( Nabi Musa dan Harun  ) adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama.”


Telah berlaku perselisihan ulama di dalam mentafsirkan ayat ini. Namun, Imam al-Qurtubiy menyimpul dengan mengatakan : “Ayat ini bermaksud dua orang yang datang (sebagaimana yang dikatakan oleh Fircaun kepada para ahli sihirnya) untuk merosakkan agama kamu yang kamu anuti selama ini. Atau ia juga bermaksud (sebagaimana yang dikatakan Fircaun) aku takut kedatangan mereka (Nabi Musa dan Harun ) untuk menukarkan agama kamu atau melakukan kerosakan di muka bumi.”


Selanjutnya, di dalam surah yang sama dengan ayat yang berlainan, Allah  berfirman lagi di dalam surah Taha ayat 77 berbunyi :

 ولقد أوحينا إلى موسى أن أسر بعبادي فاضرب لهم طريقا في البحر يبسا
لا تخاف دركا ولا تخشى 


Maksudnya : “Dan sesungguhnya telah kami wahyukan kepada Musa : pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) pada malam hari. Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu. Kamu tidak perlu takut tersusul atau tenggelam.”


Lafaz طريقة dalam ayat ini bermaksud jalan di laut yang dijadikan Allah  untuk Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya secara memukul laut itu dengan menggunakan tongkat untuk melepaskan diri dari kepungan Fircaun.


Seterusnya, Allah  berfirman pula di dalam surah Taha ayat 104 yang berbunyi :
 نحن أعلم بما يقولون إذ يقول أمثلهم طريقة إن لبستم إلا يوما 

Maksudnya : Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka. : “Kamu tidak mendiami dunia ini melainkan sehari sahaja.”


Lafaz طريقة dalam ayat ini bermaksud lurus jalannya. Iaitu orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya di antara orang-orang yang berdosa itu.


Di dalam versi suci yang lain, Allah  berfirman di dalam surah al- Ahqaf ayat 30 berbunyi :

 قالوا يقومنا إنا سمعنا كتابا أنزل من بعد موسى مصدقا لما بين يديه يهدي إلى
الحق وإلى طريق مستقيم 

Maksudnya : “Mereka berkata : “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengar kitab Al-Qur’an yang telah diturunkan sesudah Musa  yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi memimpin kebenaran dan kepada jalan yang lurus.”


Seterusnya, Allah  berfirman lagi di dalam surah al-Mukminun ayat 17 berbunyi :
 ولقد خلقنا فوقكم سبع طرآئق وما كنا عن الخلق غفلين 

Maksudnya : “Dan sesungguhnya kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh lapis langit) dan kami tidaklah lengah terhadap ciptaan kami.”


Selain dari ayat-ayat di atas, Allah  juga turut berfirman di dalam surah al-Jin ayat 11 berbunyi :

 وإنا منا الصالحون ومنا دون ذلك كنا طرائق قددا 

Maksudnya : “Dan sesungguhnya di antara kami (golongan jin) ada orang-orang yang soleh dan ada pula yang sebaliknya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.”


Manakala pada ayat yang terakhir -- mengikut susunan surah -- Allah  berfirman di dalam surah al-Jin ayat 16 berbunyi :

 وألو استقاموا على الطريقة لأسقيناهم مآء غدقا 

Maksudnya : “Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu ‘Islam” kami benar-benar akan memberi minum kepada mereka air yang segar.”


Kesimpulan :

Demikianlah beberapa penjelasan makna tarekat dari segi penggunaan lafaz dan huraian ulama tafsir yang bersumberkan al-Qur’an al-Karim. Dengan keterangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa lafaz tarekat bermaksud “jalan”, “cara”, “kedudukan”, “keyakinan” dan “agama”. Makna perkataan ini secara jelasnya ada persamaan dengan pengunaannya dari sudut bahasa. Namun begitu, istilah tarekat juga seharusnya dinilai dalam konteks al-Sunnah al-Nabawiyyah yang menjadi sumber primer kepada perundangan Islam itu sendiri. Justeru, kita perlu menilai istilah ini dari kacamata ilmu yang luas supaya setiap konotasinya bersifat menyeluruh dan memperlihatkan kedudukannya yang asal.

APA SEBENARNYA TAREKAT?



Pepatah Melayu ada mengatakan : “Tak kenal maka tak cinta”. Begitulah perihalnya pengenalan kita terhadap sesuatu yang ingin dibuat pertimbangan minda. Maka selayaknya dapatlah dikatakan di sini bahawa pengenalan merupakan sepenting-penting perkara dalam mencari keputusan atau mendapatkan hasil kajian. Antara pengenalan yang dirasakan mampu memberi jawapan dalam bab ini ialah pengenalan tarekat dari sudut penggunaan bahasa, istilah serta pandangan Al-Qur’an dan al-Sunnah itu sendiri tentang lafaz dan makna tarekat.


Tarekat Menurut Bahasa


Secara umumnya, tarekat menurut bahasa Arab bermaksud “jalan”, “cara”, “garis”, “kepimpinan”, “keyakinan” dan “agama” . Menurut Kamus Dewan, tarekat diertikan dengan jalan untuk mencapai kebenaran dalam ilmu tasawuf atau ilmu sufi. Tarekat juga diertikan dengan tatatertib hidup yang mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan atau dikenali juga dengan perkumpulan penuntut ilmu tasawuf.


Imam Ibn Manzur di dalam Lisan al-cArab mengertikan tarekat dengan makna الرجال الأشراف iaitu “tokoh-tokoh terkemuka.” Tafsiran ini dijelaskan oleh beliau secara khusus ketika membahaskan makna طريقة yang terdapat pada ayat 63 surah Taha. Beliau juga mengertikan kata dasar tarekat ini sebagai السيرة iaitu “jalan”. Katanya lagi : “Jikalau dikatakan طريقة الرجل ia membawa maksud mazhabnya. Jika dikatakan seseorang itu berada di dalam tarekat yang satu, ia bermaksud “keadaan yang satu.” Dan dikatakan juga طريقة yang lafaz jamaknya طرائق itu bermaksud tasbih yang diperbuat daripada bulu suf atau bulu biasa yang mana panjangnya dalam empat atau lapan jengkal mengikut kadar tertentu.”


Manakala menurut Muhammad bin Abu Bakr al-Raziy, lafaz طريقة القوم bermaksud أماثلهم وجيادهم . Iaitu golongan pembesar dan yang terbaik di kalangan mereka.”


Berdasarkan kepada pengertian tarekat dari kedua-dua tokoh bahasa ini dapatlah disimpulkan bahawa tarekat menjurus kepada suatu tatacara yang berkepimpinan. Dan kepimpinan dalam ilmu tasawuf itu merujuk kepada tokoh-tokoh sufi yang memimpin tarekat. Mereka yang memimpin inilah yang disifatkan sebagai tokoh-tokoh terkemuka dan terbaik dikalangan mereka. Maknanya, hanya yang terbaik sahaja diangkat menjadi pemimpin. Justeru, dalam konteks ilmu tasawuf ianya merupakan satu nilai yang dipandang tinggi dan diutamakan. Manakala, pengertian yang bermaksud jalan dan tasbih itu merupakan simbolik dan bahan yang amat sinonim dengan ilmu tarekat atau tasawuf.


Kesimpulannya, walaupun tarekat mempunyai satu lafaz tetapi ia mempunyai tafsiran yang banyak bergantung kepada struktur ayat yang dipergunakan. Paling tuntas, bagi mencari erti kata ataupun konotasi yang jelas dan bersifat khusus terhadap tarekat maka ia perlu dirujuk dalam konteksnya sebagai istilah teknikal yang muncul dan berkembang, diguna pakai dalam lingkungan disiplin ilmu tasawuf atau kerohanian Islam.

KELANTAN LEBIH SYAR'IE



Langkah Kerajaan Kelantan menjadikan solat 5 waktu & Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baru, calon wakil rakyat serta jawatan politik lain dalam sektor awam di negeri ini merupakan langkah terbijak dinegara ni. Bahkan didunia sekalipun.


Apa tidaknya, solat adalah tiang agama. Solat yang ditunaikan dengan sempurna mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Penyelewengan dan salah laku dapat dibendung atau diminimumkan. Sekaligus mewujudkan persekitaran tadbir urus yang baik dan berintegriti. Allah SWT sendiri telah menjanjikan kejayaan yg cemerlang untuk mereka yang khusyuk dalam solat. Maka rebutlah jaminan yang dijanjikan.


Sepatutnya cadangan ini disambut baik oleh kerajaan pusat, semua kerajaan negeri dan syarikat swasta. Tetapi memandangkan Kelantan berideologi pembangkang, maka cadangan ini dilihat picisan politik oleh ahli sekular tegar. Bagi mereka, solat dan tak solat pun..boleh kerja jugak. Ya..tapi kerja sambil solat.. kerja dalam rahmat dan berkat. Selaku anak kelantan, kita semua patut berbangga atas inisiatif ini. Semoga ia benar-benar menjadi syarat SUK.


Bagi saya, inilah negeri yang pertama menyuarakan hasrat memartabatkan sunnah secara praktikal dlm perkhidmatan awam. Kearah menjadikan Kelantan benar-benar membangun menurut Islam. Ia berbeza dengan negeri perlis. Isytihar Darul Sunnah tetapi pemain bolanya disahkan menerima rasuah.Akhirnya, nama sunnah yang indah pun menjadi punah-ranah. Ternyata, Kelantan lebih syar'ie. Kepada negeri lain, jangan malu untuk meniru sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Tahniah Kelantan. Teruskan membangun ummah menurut Islam.

Wednesday, July 9, 2008

KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN MENGENAI FAHAMAN AL-WAHHABIYYAH (penting!)




KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN MENGENAI FAHAMAN AL-WAHHABIYYAH

KERAJAAN MALAYSIA SECARA RASMINYA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH BERDASARKAN:

1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,

2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,


3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,

4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,


5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,

6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,


7- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,

8- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,


9- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KEPUTUSAN MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH DIAMBIL KERANA AJARAN INI TIDAK BERSESUAIAN DENGAN PENDEKATAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA DIKHUATIRI IANYA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT.


KESANNYA :

1) PARA PENDAKWAH WAHHABIY/SYIAH @ AJARAN SESAT TIDAK DIBERIKAN TAULIAH @ KEBENARAN UTK MENGAJARKAN AGAMA ISLAM KPD MASYARAKAT

2) MENGAJAR TANPA TAULIAH (LEBIH2 LAGI WAHHABIY, SYIAH @ AJARAN SESAT) BOLEH DIDAKWA BERASASKAN AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1997 (AKTA) 559, SEKSYEN 11 (1)

3) MENYEBARKAN PENDAPAT YANG BERTENTANGAN DENGAN FATWA JUGA BOLEH DIDAKWA PADA AKTA 559, SEK 12.

4) PENYERAGAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ARUS PERDANA DIPERLUKAN BAGI MENJAMIN KEHARMONIAN PEGANGAN, AMALAN DAN FAHAMAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

Monday, July 7, 2008

ASRI TOHMAH ULAMAK



Sewaktu saya di timur tengah, saya diberikan senaskah Mingguan Msia oleh seorang sahabat bertarikh ahad 29 Jun 2008. Naskah ini mengandungi tulisan Dr Asri Mufti Perlis berjudul BOLEH JADI PENYAMUN JUAL PENYANGAK.



Lihat tajuk nampak kelakar. Tetapi menyerlahkan ketandusan idea penulisnya. Kerana seorang Mufti mengambil kata-kata P.Ramlee sebagai bahan penulisan dan dikaitkan pula dengan ketaksuban, kesempitan akal dan senario politik. Inilah sebahagian metod penulisan asri Mufti Perlis. Ulang benda yang sama je. Ia salah satu bukti kekontangan ilmunya. Saya pun tak kisah sangat ulang tanyangnya tu. Yang sedihnya ialah kutukan asri terhadap Imam al-Subki.



TOHMAHAN 1 : ASRI MENDAKWA PENDAPAT AL-SUBKI GANJIL :


Buktinya, selepas menukilkan kata2 Imam Taj al-Subki, Asri mengatakan : "Alangkah GANJIL penilaian yg seperti ini. Dimana pergi penilaian ilmiah tokoh mazhab al-Syafi'ie ini? Jika al-Subki masih hidup pada zaman ini dan melihat Masjid Nabi SAW dipegang oleh mereka yang bermazhab Hanbali, bagaimana pula beliau ingin mengulas? Apakah ini akan membuktikan pula Mazhab Ahmad Bin Hanbal lebih Allah redhai pada zaman ini?..."



Ulasan : Dimana ganjilnya pandangan Imam Taj al-Din al-Subki wahai asri? Kata2 Imam al-Subki : "Adapun Hijaz semenjak mazhab al-Syafi'ie muncul hingga ke hari ini kesemuanya berada di dalam tangan al-Syafi'iyyah. Mereka menguasai jawatan kehakiman, khatib masjid, imam di Makkah & Madinah. Orang ramai semenjak 563H berkhutbah dan bersolat di Masjid Rasulullah SAW atas mazhab (keturunan) sepupu Nabi SAW. Iaitu Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'ie. Mereka qunut semasa solat subuh, menjaharkan bacaan basmalah, menunggalkan bacaan iqamah dan berbagai-bagai lagi. Sementara Rasulullah SAW hadir mendengar dan melihat semua itu. Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi'ie adalah mazhab yang benar disisi Allah."



Fokus dakwaan Asri ada 3 :


1) Semenjak kemunculan mazhab al-Syafi'ie hingga ke zaman Imam al-Subki sebahagian besar jawatan penting dikuasai oleh ulamak mazhab al-Syafi'ie. Ganjil ke? Salah ke? Bahkan ia memang benar berlaku. Cuba belek sejarah lebih sikit le.



2) Bila orang ramai berqunut semasa solat subuh, menjaharkan basmalah, menunggalkan iqamah DLL..asri jadi pelik. Amalan ni ganjil ke asri? Atau anda menganggap ianya sebagi amalan bid'ah dholalah?



3) Imam al-Subki mengatakan : "Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi'ie adalah mazhab yang benar disisi Allah." Kenyataan ni biasa je. Tak ganjil pun. Imam Subki tak kata...mazhab al-Syafi'ie YANG PALING BENAR disisi Allah. Sebaliknya mazhab yang benar disisi Allah. Jadi, sebenarnya kata-kata Imam al-Subki tu tidak ada keganjilannya..Bahkan kamu yang MENGGANJILKAN pandangan ulamak berkenaan. Ternyata, asri mengganjilkan diri sendiri.



TOHMAHAN 2 : MENUDUH IMAM AL-SUBKI SEBAGAI TAKSUB



Buktinya, asri kata : "Al-Subki ketika cuba membuktikan kelebihan mazhab al-Syafi'ie beliau menyatakan semua mujaddid sehingga kurun ketujuh adalah bermazhab al-Syafi'ie...beliau hanya mengiktiraf mereka yang bermazhab al-Syafi'ie sebagai mujaddid dan melupai yang lain.



Ulasan : Kata-kata Imam al-Subki "semua mujaddid kurun ketujuh adalah bermazhab al-Syafi'ie" tu 'ala sabil aghlabiyyah (dinilai dgn faktor kebanyakkan). Bukannya ditangkap muat secara borong ('ala sabili ithlaq). Tengok siyaqul kalam la Tok Peti. Tak belajar ke kat Amman tu? Kata ambik lughah Arabiyyah. Takkan fasal Siyaqul Kalam pun tok gheti? Dalam bahasa melayu juga ada penggunaannya. Cth : "Semua Mufti alim-alim belaka". Namun ada juga yang jahil, barua atau pencacai. Afwan, kerana menggunakan uslub mumathalah (perbandingan).



Ulasan : Betul ke Imam al-Subki hanya mengiktiraf mereka yg bermazhab al-Syafi'ie sahaja dan melupai yang lain? Tak betul sama sekali! Buktinya, Imam Taj Abd Wahhab al-Subki mengatakan : "Mereka dikalangan ulamak al-Hanafiyyah, al-Syafi'iyyah, al-Malikiyyah dan fudhala' al-Hanabilah al-hamdulillah berada dalam akidah yang satu. Kesemua mereka berada dibawah naungan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka berpegang kepada (metodologi fahaman) agama yang dirintis oleh Shaykh al-Sunnah, Imam Abu Hassan al-Asy'arie dan tidak menyeleweng daripadanya kecuali..segelintir dari ulamak al-Hanabilah yang menyertai ahli Tajsim..." (Taj Abd Wahhab al-Subki, Mu'id al-Ni'am Wa Mubid al-Naqm, hlm 62)



Berdasarkan kpd keterangan di atas, jelaslah bahawa Imam al-Subki mengiktiraf Imam @ mujaddid yang lain dari mazhab2 Empat bahkan lebih dari itu. Beliau menyanjung mazhab al-Syafi'ie kerana di zamannya mazhab al-Syafi'ie lebih mendapat sambutan berbanding yang lain. Namun, itu tidak bermakna meminggirkan @ melupai ulamak yang lain sama sekali. Kalam yang kami nukilkan di atas adalah saksi yang sejelas2nya bahawa asri sengaja memburuk-burukan al-Subki dan mentohmahnya sebagai fanatik. Masya Allah.



TOHMAHAN KE-3 : AL-SUBKI & ULAMAK MEMBUNUH RASIONAL/ILMIAH



Kata Asri lagi : "..tokoh agamawan @ cerdik pandai sebesar mana pun mereka jika diselubungi dgn ketaksuban akan membunuh penilaian yang rasional dan ilmiah."



Ulasan : Asri semakin bersikap ganjil dan biadap terhadap ulamak apabila menjadikan Imam al-Subki sebagai simbol agamawan @ cerdik pandai yang diselubungi ketaksuban. Baginya, penilaian al-Subki telah membunuh penilaian rasional dan ilmiah. Bagi saya, tidak sepatutnya seorang mufti menulis dengan gaya bahasa yang biadap seperti itu.



Nak tahu kenapa Imam al-Subki dijadikan sasaran. Ini kerana Imam al-Subki merupakan antara tokoh ulamak yang paling lantang mengkritik metodologi Ibn Taimiyyah al-Harrani. Ibn Taimiyyah pula merupakan tokoh pujaan Asri. Justeru, tidak hairanlah jika asri begitu kuat mengecam Imam al-Subki dan menyifatkannya sebagai tokoh ulamak yang tidak rasional dan tidak ilmiah. Soalnya, antara al-Subki dan asri...siapa sebenarnya lebih ilmiah, alim, warak dan takutkan Allah? Bukankah Imam al-Subki seorang tokoh ilmuan besar dalam mazhab al-Syafi'ie. Seorang ulamak mujtahid Fatawa dan terdiri dari ashab al-Nuqqal al-Syafi'iyyah. Bahkan keimamamnya disepakati oleh ulamak al-Syafi'iyyah sendiri.



Kesimpulannya, Jika anda menelusuri tulisan asri dengan sedar dan insaf anda dapati fokus bicaranya hanya berkisar pada kritik ulamak, individu, kritik agensi agama, artis dan politik muzabzab. Dia jarang membentuk manusia. Apatah lagi untuk memandu manusia menuju kepada Allah. Sebenarnya, inilah lambang kesempitan akal sebagaimana yang dicanangkan beliau sendiri. Terlalu ghairah meludah ke langit, akhirnya terjatuh ke muka sendiri.
Apakah wajar apabila asri mentohmah ulamak..kita hanya mendiamkan diri sahaja. Ini adalah sebahagian rudud keatasnya. Semoga beliau sedar dan tidak perlu berbahagia dengan lemparan fitnah di atas. Pengikut asri tak perlu taksub dengannya. Doakanlah, semoga Allah memberi petunjuk kepadanya terhadap apa yang disukai Allah SWT. Aamiin.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo