Monday, June 2, 2008

AWASI JUDI MODERN



Dewasa ini, aktiviti judi semakin canggih. Ditambah dengan pelbagai make-up dan aksesori untuk menarik minat manusia terjebak dengannya. Termasuklah dengan menggunakan nama 'peraduan' dan juga 'hadiah'. Semalam, Celcom Msia Sdn Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggannya menerusi peraduan 100 hari 100 kereta.Kononnya untuk menghargai pelanggan mereka selama ini.


Naib Presiden Kanan Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 unit berturut-turut kepada pemenang peraduan itu. Caranya, pelanggan hanya perlu menaip melalui SMS ke nombor 22222. Zalman berkata, pelanggan yang dapat menjawab sekurang-kurangnya satu soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.


Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu. Beliau berkata, pelanggan boleh mendapatkan mata dengan menghantar sekurang-kurangnya satu jawapan betul.


"Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5," katanya pada taklimat media dan pelancaran kempen `Celcom 100 Hari 100 Kereta'. Hadir sama, Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3juta pelanggan pra bayar.


Zalman berkata, pemenang kereta harian akan diumumkan menerusi SMS tahniah dan dihubungi menerusi telefon sebelum jam 12 malam keesokan harinya. Katanya, kad tahniah daripada Celcom yang menampilkan nama pemenang peraduan terbabit juga akan dipaparkan pada laman web http://www.100days100cars.com.


Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan. Katanya, kempen seluruh negara itu juga membolehkan Celcom mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti SMS dan segmen kandungan. Zalman berkata, kempen itu dilakukan dengan kerjasama Newsphone Hellas SA Audiotex dari Greece.


Ulasan :


1) Sebenarnya ini adalah satu salah bentuk judi modern yang menggunakan nama 'peraduan' atau 'hadiah' tertentu. Peraduan memang sinonim dengan perbuatan atau hal beradu; pertandingan (Kamus Dewan Edisi Ke-3). Jelas bahawa peraduan ini menggunakan khidmat SMS dalam masa sehari ke seratus hari. Dalam tempoh para peserta perlu menjawab soalan melalui SMS dengan segera kepada penganjur. Dlm kes ini, peserta terdedah kepada gharar (tipu muslihat) penganjur. Ini kerana peserta tidak mengetahui siapakah di antara mereka menjawab paling tepat dan paling pantas kecuali penganjur sahaja. Kebiasaannya, walaupun jawapan tepat, penganjur memaklumkan peserta berkenaan berada di rangking sekian-sekian dan hadiah telah dimenangi orang lain. Disamping beberapa soalan perangkap disediakan.


2) Peraduan ini tiada sistem dalam menentukan kemenangan. Katakan jika si A telah menjawab 10 soalan secara tepat dan memenanginya pada jam 9:15 pg ni. Apakah pihak penganjur tetap membuka peraduan itu walaupun status hadiah telah dimenangi si A tadi? Jika pihak penganjur masih membuka peraduan SMS itu hingga ke lewat petang/malam, nescaya pembukaan itu hanyalah sekadar tipu daya dalam mengaut keuntungan dari peserta yang menyertai sahaja. Jika pihak penganjur menolak penyertaan peserta lain (setelah pemenang diketahui) nescaya penganjur akan menanggung kerugian dengan kapasiti SMS hampir 8 juta pelanggan. Ini kerana caj satu SMS bernilai 5 ringgit. Cubalah tuan-puan hitung kira. Logiknya, tiada Syarikat yang ingin menanggung kerugian berjuta ringgit sekadar mendapatkan ratusan @ ribuan ringgit. Cuba bayangkan harga sebuah Camry = RM150,000.00 x 100 buah...dan syarikat anda pula perlu mengeluarkan RM150,000 untuk sebuah Camry hasil RM50 SMS di awal pagi.


3) Jika peraduan ini tidak mendatangkan keuntungan atau menjanjikan kerugian berjuta ringgit buat Celcom.. untuk apa Pengurusan Celcom beriya-iya untuk menawarkannya kepada pelanggan? Tentu ada keuntungan yang tersembunyi. Keuntungan yang disembunyikan adalah salah satu dari gharar yang digunakan untuk menipu peserta.


4) Pihak Celcom juga gagal memahami konsep 'hadiah' dalam Islam. Sedekah @ Hadiah dalam Islam bermaksud sesuatu yang diberikan dengan keikhlasan tanpa mengharapkan apa2 balasan @ ungkitan.(al-Baqarah 262, 264, al-Taubah 54 Dll). Ketidakfahaman ini menyebabkan Celcom mengenakan caj kepada peserta. Soalnya, bagaimana kita ingin menyifatkan ianya Hadiah atau ganjaran jika ia dikenakan caj SMS? Justeru, apa yang diistilahkan hadiah atau ganjaran dalam peraduan ini tidak benar sama sekali. Bahkan merupakan kosmetik semata-mata bagi menarik pengguna dan menguasai pasaran telekomunikasi berbanding pesaing mereka. Awasi judi modern.


Nasihat :


1) Ini sekadar nasihat agama buat saudara seagamaku. Jgn terpegun dengan kejelitaan dunia sehingga mengorbakan kesucian agama.


2) Berhati-hati, dapatkan nasihat dari pakar atau fahami agama anda sebelum anda memahamai isi hati anda.


3) Slogan Celcom : "HIDUP TANPA HENTI DI WILAYAH CELCOM 3G" bertentangan dengan akidah Islam. Bukankah al-Qur'an menaskan bahawa : "Setiap yang hidup pasti merasai mati"- Ini termasuklah di wilayah Celcom, Maxis @ DIGI. Justeru,Tiba masanya Celcom mendapatkan khidmat Pegawai/Eksekutif Hal Ehwal Islam bagi mengurus dan memperkembangkan produk yang ditawarkan mereka. Sekaligus menunaikan tanggungjawab sosial terhadap pengguna Muslim di negara kita.


4) Ingatlah, kita semua...dari jenis manusia yang baka mati. Tak kira samada Agung, Sultan, Raja, PM, Menteri, Dato' Seri, Polis Askar, guru atau orang kampung...maka pulanglah kepangkuan Allah dengan bertaubat kepadanya. Dia Maha mengampuni segala dosa dan noda. Astaghfirullah al-Azhim.

Sunday, June 1, 2008

ULAMAK DITOHMAH LAGI


Buku Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut takrifan & pemahaman Wahhabiy
karangan Dr Ismail Omar, Cetakan Pertama Julai 2003, Pusat Multimedia Kiblah : Kajang






Tohmahan 1-3 : Pelampau membandingkan Metodologi Ahli Sunnah ala Wahhabiy dgn rekaan dusta terhadap Ulamak al-Asya'irah



Tohmahan 4-6 : Tohmahan Dusta terhadap ulamak al-Asya'irah


Bukti Fitnah ke 7 & 8 dari Wahhabiy Melayu


Golongan pelampau tidak habis-habis mentohmah ulamak. Mereka begitu berani mengeluarkan Ulamak Asya'irah dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan membuat propaganda dengan menyebarkan ceramah, risalah, web dan buku untuk membuktikannya. Sebenarnya, usaha mereka itu tidak lain kecuali menampakkan kemelampauan mereka dalam menghancurkan khazanah ulamak. Khususnya ulamak yang mempelopori aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sendiri. Iaitu golongan ulamak al-ASya'irah. Nak jenamakan VERSUS Ahli Sunnah nampak ketara sangat sebagai musuh. Alih-alih..ulamak al-Asya'irah dihentam. Termasuklah hentam kromo yang dilakukan Wahhabiy melayu di atas. Kalau kena pada Zamihan..kita tak kisah sangat. Tapi, apabila terkena pada ulamak wajib atas kita untuk membela mereka.



Perhatikan buku "MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH karangan Ismail Omar di atas. Beliau secara jelas membezakan antara golongan al-Asya'irah dengan Ahli Sunnah dengan 5 tohmahan utama :

1) Dituduhnya golongan al-Asya'irah menggunakan akal sbg sumber pendalilan utama akidah. Jika bertembung antara akal dan naqal, al-Asya'irah mendahulukan akal berbanding naqal. Ditohmanya lagi bahawa al-Asya'irah menjadikan akal sbg sumber wahyu. Masya Allah!

2) Dituduhnya bahawa al-Asya'irah menetapkan kewujudan Allah berdasarkan dalil logik dari falsafah Yunani. Masya Allah!


3) Mendakwa Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah dibahagikan kpd 3 bahagian. Manakala al-Asya'irah ditohmah menetapkan sifat Allah hanya 7, 13 atau 20 sifat, mentakwil dan kurang memberi penekanan terhadap Tauhid Uluhiyyah. Masya Allah!


4) Melakukan pembohongan terhadap ulamak al-Asya'irah dgn mendakwa Ulamak al-Asya'irah menetapkan iman itu hanya di dalam hati. Serta menuduh mereka mentakwil sewenang2 nas2 yang berhubung dengan pnambahan dan pengurangan iman.

5) Melakukan pendustaan terhadap ulamak Asya'irah apabila mendakwa golongan al-Asya'irah menetapkan kalam Allah dengan makna bukan lafaz. Juga berdusta kerana mendakwa golongan al-Asya'irah berpendapat semua kalam Allah adalah makhluk.


6) Memfitnah al-Asya'irah dgn mendakwa al-Asya'irah berpendapat bahawa seseorang manusia itu dipaksa dalam bentuk diberi pilihan.

7) Terus berdusta dgn dakwaan bahawa al-Asya'irah mempercayai sihir dan nujum dari jenis mukjizat.
8) Menipu dengan sengaja apabila mendakwa golongan al-Asya'irah mengingkari secara mutlak aqal dan fitrah tidak berperanan mengetahui baik dan buruk.



Ulasan :
Subhanallah! Lihatlah tohmahan dan pendustaan di atas. Sebenarnya, tohmahan ini lahir dari Pelampau Wahhabiy Dunia. Kemudiannya dikutip balik semula oleh pengarang ke dalam bukunya. Walhal, dia sendiri tiada pengetahuan asas tentangnya. Tiada pula rujukan disertakan. Nukilan ini ternyata ditangkap muat secara kejam lagi zalim.



Apakah kita sanggup memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja terhadap apa yang dilakukan ini. Ketahuilah bahawa ulamak al-Asyai'rah merupakan pelopor kepada Metodologi Ahli Sunnah itu sendiri. Bahkan merupakan benteng dalam mempertahankan akidah yang diwarisi dari Nabi SAW dan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma'in. Buka kitab biar banyak sikit dan cari guru untuk memahaminya. Jgn dok buka kitab Wahhabiy jek.



Sepatutnya, Anda perlu kenal siapa Abu Hassan al-Asy'ari dan kaitannya dengan Abu Musa al-Asy'ari r.a. Anda juga harus tahu siapa murid-murid al-Asy'ari ini. Pengikut metod al-Asya'ri begitu ramai sekali. Antaranya : al-Baqillani, al-Ghazali, Ishaq al-Isfarayini, al-Nawawi, Fakhruddin al-Raziy, Taqiyuddin al-Subki, Ibn Hajr al-Haitsami, Ibn Hajr al-Asqalaniy dan ramai lagi. Metod ini kemudiannya dijadikan teras utama dalam memahami akidah di nusantara kita. Apabila Kaum Muda datang, diperangi metod ini habis-habisan. Masya Allah.



Jika anda ingin mendaptkan sumber hakikat ini, carilah...Ia tumbuh merata seluruh pelusuk dunia dan membanjiri pentas akademik. Namun, apabila anda mengenali agama ini melalui pintu Wahhabiy...anda tidak akan memandang yang lain kecuali Wahhabiy. Untuk meneguhkan metod anda pula...anda berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan metod yang tidak selari dengan anda. Termasuk mentohmah dan mendustakan mereka sepenuh kebencian. Tergamakkah anda mencari kebenaran dengan memfitnah berjuta ulamak yang berada di taman2 syurga. Patutkah anda yang baru memahami agama mencari ketenangan dengan meminum darah para ulamak.? Subhanallah. Semoga Allah melindungi kita dari virus pelampau Wahhabiy.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo