Monday, March 17, 2008

KISAH BENAR MUFTI PERLIS

Gambar hiasan : Pengkritik Muslim bertauliah


Assalamualaikum warahmah,

Beberapa bulan lepas, saya ke kota Kinabalu Sabah untuk menghadiri satu mesyuarat penyelarasan Kursus Falak Qiblat peringkat Negeri Sabah . Rombongan kami tiba hampir jam 9.00 pagi. Kami difahamkan oleh pegawai Jabatan Mufti, bahawa SS Datuk Hj Ahmad Alawi bin Adnan, Mufti Sabah sedang berbincang dengan seorang SB tempatan berkenaan satu ceramah melibatkan Dr Asri Mufti Perlis. Kami rela menunggu sehingga selesai perbincangan mereka. Akhirnya, SS Datuk Mufti mengalu-alukan kedatangan kami. Kami bermesyuarat hampir dua jam bersama Unit Falak Syar'ie, Pejabat Mufti Sabah.


ANGIN DARI SABAH

AlHamdulillah, kami berjaya mencari kata sepakat untuk melaksanakan Kursus Falak Kiblat yang bakal di adakan bulan depan. Ini merupakan inisiatif kami bagi mengatasi kes lebih 100 buah masjid dan surau tersasar arah kiblatnya di negeri ini. Harapan kami, permasalahan (asas) umat Islam disini dapat diselesaikan dengan jayanya. Namun diakhir perbincangan hal-hal lain, Datuk Mufti Sabah mengeluh sendirian berkenaan satu ceramah melibatkan Mufti Muda Perlis di Sabah. Tanpa memperkenalkan diri, saya cuba bertanya.. untuk memahami situasinya. Beliau mula membuka bicara dengan nada kesal kerana Yayasan Suria (sebuah NGO yg dianggotai majoriti Imigran Indon di Sabah) ingin menjemput SS Muftin Perlis untuk menyampaikan ceramah bertajuk ISLAM ITU MUDAH DAN MUNASABAH.

Justeru, apa masalahnya Datuk?..tanya saya ingin merancakkan sedikit perbualan dan berkongsi masalah.SS Datuk Mufti menjelaskan bahawa Dr Asri tidak wajar membawa fahaman Wahhabi-Liberalnya ke Sabah. Kehadirannya dikhuatiri memberi kesan : Membawa fahaman baru, Memecahbelah masyarakat Islam di sana serta Menganggu agenda pembangunan dan dakwah negeri Sabah.
Saya mengangguk setuju dan Datuk Pengarah saya juga begitu. Pada hemat saya, memang ada kewajarannya. Lebih-lebih lagi SS Datuk Mufti sendiri yang meluahkannya.


SIKAP SEORANG MUFTI :

Selanjutnya, SS Datuk Mufti Sabah menceritakan sedikit sebanyak tentang sikap Mufti Perlis khususnya dalam Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Katanya, Dr Asri min juhala' wa qillatil Adab. Contohnya, apabila berbahas sesuatu permasalahan Dr Asri tidak menggunakan disiplin ilmu yang benar dan jelas. Dr Asri juga tidak meraikan pandangan panel lain. Demikian pendapat dan ulasannya.

Beliau menceritakan lagi bahawa pernah satu ketika, Dr Asri bertikam lidah dengan Dr Hayyi Shukor berhubung masalah solat kanak-kanak dibelakang saf. Dr Asri dengan keras mengatakan bahawa amalan ini adalah tafsiran sempit agama. Bahkan menganggapnya sebagai amalan khurafat yang disandarkan kepada feqah. Beliau berhujah membawa beberapa potong hadis. Tetapi hujah Dr Asri kemudiannya disangkal oleh Dr Hayyi yang membawa pandangan Imam Nawawi bersumberkan pelbagai dalil. Khususnya dari Sunan Abu Daud dan menjadi amalan mazhab al-Shafi'iyy.

Namun Dr Asri tetap berkeras dengan pendapatnya dan cuba berhujah menggunakan qiyas. Dakwanya, kulup kanak2 itu sama dengan najis orang dewasa dalam perut. Benarkah begitu? Dato' Soleh Hj Ahmad memberitahu saya bahawa kiasan Dr Asri tidak mencukupi syarat qiyas, kiasan beliau boleh disifatkan sebagai : qiyas ma'a al-Fariq.


Berasaskan senario di atas, Dato Mufti Sabah bertekad untuk membatalkan ceramahnya. Tetapi Mufti Perlis khabarnya berjaya juga dibawa masuk ke Sabah secara senyap dan menyampaikan ceramah dirumah individu tertentu secara tertutup. Dato' Mufti Sabah jelas kecewa dengan sikap Mufti Perlis setelah mengetahui tindakannya itu. Beliau menyifatkan Mufti Perlis sebagai 'budak tak tahu malu'. Masya Allah, bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi melibatkan seorang Mufti Sarjana. Jika tuan-tuan ragu, hubungi Pej Mufti Sabah, Tel: 088 - 218322 @ Faks : 088 - 263679 atau hubungi Us Jumat Abd Razak h/p : 019 - 536 7902


CERITA DARI MUFTI PENANG


Saya juga pernah diberitahu Syeikhuna Dato' Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang bahawa apabila Dr Asri tidak mampu menyanggah hujah2 Dr Hayyi kelihatan wajah hensemnya merah padam. Bahkan Dr Asri seringkali keluar awal @ menarik diri dari mesyuarat JawatanKuasa Fatwa dengan selamba jika sesuatu perbincangan itu tidak 'berkenan' dihatinya. Saya terfikir sendirian. : Inikah sikap seorang Mufti Sarjana?. Untuk ulasan yang panjang lebar bersama SS Dato' Hassan, hubungi : 04 - 2632975 atau faks : 04 - 2632 985.


KISAH BENAR DARI PAHANG


Ada seorang sahabat memberitahu ana bahawa SS Dato' Abd Rahman bin Hj Othman, Mufti Pahang juga tidak berkenan untuk menerima kunjungan Dr Asri ke sana. Buktinya, dalam 2-3 bulan yang lepas, Dr Asri dijadualkan bakal menyampaikan ceramah akidah di sebuah surau, Kg Sungai Ular, Kuantan, Pahang. Tetapi ceramah itu dibatalkan serta-merta atas arahan SS Dato' Mufti Pahang. Alasannya, pandangan yang dilontarkan Dr Asri dikatakan banyak menghuru-hara fahaman, pegangan dan amalan umat Islam disana.

Justeru, mereka menyimpulkan adalah lebih baik Dr Asri tidak dibenarkan memasuki Pahang. Di samping itu, pihak pejabat Mufti juga membayangkan bahawa mana-mana pihak yang menyebarkan fahaman ekstrem Wahhabi dan memecahbelahkan umat Islam bakal dikategorikan sebagai pengancam keselamatan negara. Dan boleh diklasifikasikan dalam kesalahan ISA. Pejabat Mufti Pahang juga telah menjelaskan identiti Wahhabi dalam siri khutbah yang dikeluarkan mereka baru-baru ini. Maklumat lanjut : sila hubungi Pejabat Mufti Pahang : 09 - 4224890 atau fax ; 04 - 4224887


KHABAR DARI JOHOR

Saya diberitahu secara peribadi oleh SS YB Mufti Johor, Dato Noh Gadut bahawa Dr Asri dilarang menyampaikan fahamannya yang pelik di Johor. Mana-mana pihak yang melanggar arahan itu akan ditangkap dan didakwa dibawah Enakmen Kesalahan Syariah, Seksyen 12, Mengajar Tanpa Tauliah. Malah Kerajaan Negeri Johor merupakan negeri yang paling aktif membasmi fahaman ekstrem Wahhabi hingga ke akar umbi.


Ketegasan Jabatan Mufti johor terbukti apabila mereka bertindak menangkap seorang Pendakwah Tegar Wahhabi Mujassim Msia, Us Rasul Dahri di sebuah rumah, Kampung Melayu Majidee 3 hari sebelum tarikh pilihanraya. Akibatnya, Us Rasul dikenakan ikat jamin sebanyak RM 2000 atas caj mengajar ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tanpa tauliah. Syabas dan tahniah buat SS YB Dato' Noh. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pej Mufti Negeri Johor : 07 - 228 2915 @ Faks : 07 - 2230 925


KISAH BENAR DARI TEGANU KITE


Semalam, (Ahad mlm Isnin 16/3/08) saya diberitahu seseorang bahawa Dr Asri diundang oleh KETENGAH untuk menyampaikan ceramah Maulid Rasul di Masjid al-Muktafi Billah, Bukit Besi, Paka, Terengganu. Tetapi ceramah itu khabarnya tidak diizinkan oleh SS Mufti Terengganu, Dato' Ismail Yahya. Beliau khuatir, jika Mufti Perlis menyelitkan unsur kewahhabiannya..nescaya masyarakat bertambah keliru. Kira-kira jam 3:30 ptg saya dikhabarkan bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan oleh Mufti Terengganu.


Namun, pada jam 7.00ptg semalam saya diberitahu bahawa ada orang dalaman KETENGAH yang bermati-matian mahukan Dr Asri berceramah. Sedangkan penaung program tidak tahu apa-apa. Kecoh seketika keadaannya.Memandangkan persiapan telah dibuat. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit.


Akhirnya, Jabatan Mufti terpaksa berdiplomasi dengan penganjur. Ceramah dibenarkan asalkan tidak menyentuh isu sensitif agama. Pada hemat saya, isu sensitif tersebut adalah 'unsur Salafiah Wahhabiyyah' yang diperjuangkan Dr Asri selama ini. Apa cerita.. Dr Asri sendiri ceramah Maulid Rasul yang dianggap bid'ah sebelum ini.? Bid'ah..bid'ah jugak. Tapi masyuukkk Syeikh..masyyuuukk..Tahniah! Dr Asri kerana tidak mudah patah semangat dalam menyuburkan perjuangan Salafi Wahhabi.


Beliau mula berceramah. Tetapi tetap dengan style biasa beliau. Sifat 20 tetap dikutuk. Dakwanya, mempelajari sifat 20 hanya melemahkan minda sahaja. Contohnya, Allah ada.. lawan tiada. Benarkah Tuan Mufti? Atau anda yang tidak mengerti dan tidak menguasai? Bagi saya, hujah sebegini hanyalah modal lama beliau. Orang yang tidak berilmu hanya mengitarkan modal lama sahaja. Bukti lemah minda.


Dr Asri juga mengatakan bahawa amalan sambutan MaulidRasul ini merupakan adat orang Kristian. Terperanjat segala hadirin termasuk VIP yang hadir. Masya Allah! Betul ke Syeikh! Yang entum pi sambut undangan ceramah sampai ke Tganu Kite tu guane pulok? Kecek dok ghok starang. Penganjur program membayangkan tidak lagi menjemput Mufti Muda ini dalam program mereka. Saya difahamkan bahawa pihak penganjur juga bercadang mengenakan tindakan terhadap 'org dalam' yang bertanggungjwb menjemput Mufti Huru Hara ini.


SEPATUTNYA :


Sepatutnya, seorang Mufti bertanggungjawab mendidik ummat. Memperkasakan iman dan jatidiri mereka sempena hari kebesaran Islam. Bahkan menyeru mereka menuju Allah. Bukankah ini sebahagian dari tanggungjawab beliau. Tetapi, kalau sekadar pusing modal lama..minda berskala kecil seperti ini ternyata tidak mampu berdaya saing dalam pasaran pemikiran global. Dan kita pasti ditakuk lama.

Saya khuatir, jika senario ini diketahui pimpinan baru Perlis, kemungkinan besar Dr Asri tidak mampu menyambung jawatan kontraknya. Elok juga beliau Pulang ke negeri asalnya untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam yang buta agama. Berbanding menghuru-harakan fahaman sesama umat Islam kita. Jika Dato' Seri Shahidan telah selamat Harakiri..bagaimana pula dengan Dr Mohd Asri?


KESIMPULAN :


1) Dr Asri perlu mengubah sikap dan fahaman ekstremnya supaya kehadirannya boleh diterima pakai oleh SS Samahah Mufti Negeri-negeri lain.

2) Pendekatan Dr Asri bukan sekadar merugikan diri sendiri, malah menyempitkan saluran dakwah dan tidak banyak membantu ummah.

3) Penyeragaman bidang kuasa pentadbiran dan pengurusan Islam amat penting supaya tidak berlaku pertindihan @ percanggahan antara agensi agama. Sekaligus mengelakkan sebarang kerencatan agenda membangun ummah. Bilakah semua ini dapat direaliti. Insya Allah jika negara diperintah oleh mereka yang benar-benar memahai agama dan memartabatkan Islam di mercunya. Takbiir! Allu akbar!



SELAMAT HARAKIRI


Friday, March 14, 2008

TURUNNYA SEORANG POLITIKUS

Dijulang ketika menang. Diturun ketika tidak diperkenan.




BERITA TERKINI :


Radio 24 melaporkan : Kira-kira jam 11 pagi tadi (Jumaat 14 Mac 2008) Dato Seri Shahidan Kassim dan rombongannya telah mengadap KDYMM Sultan Perlis di Istana Siraj untuk mendapat perkenan Tuanku bagi menyambung khidmatnya sebagai Menteri Besar. Usaha ini dilakukan setelah parti pimpinan beliau berjaya meraih majoriti mudah dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini di peringkat negeri Perlis.



Saya difahamkan akhbar bahawa Dato' Seri Shahidan terlebih dahulu telah mendapat restu dari PM untuk terus mentadbir Perlis. Sekaligus disandarkan harapan untuk menyatupadukan UMNO Perlis yang bergolak. Retak menanti belah.

HAJAT TAK TERCAPAI :

Namun, hajat Dato' Seri tidak kesampaian. Kemengadapan Dato' Seri ditolak oleh Tuanku Sultan. Sultan Perlis khabarnya betul-betul tidak berkenan Dato' Seri Shahidan kembali menyambung tugasannya. Kemungkinanan besar Tuanku dah cuak dengan cara dan gaya pentadbiran beliau. Lagipun, beliau sudah begitu lama diberi kesempatan memegang portfolio MB. Perlis tetap sama seperti dulu. Tiada perubahan yang benar-benar nyata dan menguntungkan hamba rakyat jelata. Sebaliknya, 'Darul Sunnah' yang direncana beliau dgn Sahibus Samahah Mufti Dr Mohd Asri pula glamour dengan isu-isu yang merugikan ummat. Sunnah Retotik, Sunnah Kulit, Sunnah Tempelan, Sunnah Wahhabi dan macam-macama jolokan kedengaran. Inilah akibatnya jika memahami Sunnah dengan tafsiran yang sempit.



JANGAN LUPA :

Jangan lupa Dato' Seri, Dato' Seri pernah mengapi-apikan kepimpinan JAKIM supaya membuang saya dari perkhidmatan ini. Entah berapa kali Dato' Seri menemui Ketua Pengarah JAKIM bagi membincangkan pemecatan saya. Isunya kerna saya mendedahkan tentang fahaman Wahhabi. Provokasi Dato Seri dan Mufti sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Dan saya benar-benar dizalimi. Sekarang, doa dan munajat orang-orang yang dizalimi itu dimakbulkan Allah.



TERIMALAH HAKIKATNYA :

Dato Seri, hati orang mukmin itu tidak gembira dengan apa yang ada. Dan tidak gusar bila terlucut sesuatu ditangannya. Jadikanlah redha itu sebagai santapan hati kita. Bukankah Takdir itu sudah ditetapkannya. Syeikh Abdul Qader al-Jaylani mengatakan : "Wahai kaumku, janganlah meminta yang lebih atau yang kurang. Janganlah terkedepan atau terkebelakang sebab takdir Allah itu meliputi segala sesuatu darimu secara berasingan. Tiada seorangpun diantara kamu melainkan baginya satu kitab (tertulis) yang khusus baginya."-al-Jaylani, Fath al-Rabbani Wa Faydh Rahmani, hlm 77

Bagi saya, segalanya telah selesai dalam ketetapan Allah SWT. Qadhaknya telah berlalu. Tiada seorangpun yang boleh memprotes keputusanNya. Ucaplah : "Tiada boleh ditanya dari hal apa yang diputuskanNya. Namun mereka nanti akan ditanya."- al-Anbiya' 23

Oleh itu, renunglah apa yang telah kita usahakan untuk hari muka. Jika kita menuai pahala kita selangkah kita ke syurga. Jika kita berkhidmat terpalit dosa masih ada ruang untuk kita bertaubat nasuha. Jika tiada, kita sedang mengatur langkah ke neraka. Na'uzubillah min zalik.

Walaupun Dato Seri tidak lagi memegang kuasa, Dato Seri masih berkesempatan untuk berdakwah. Boleh jadi Ustaz. Harta kurang..Tapi pahalanya banyak. Disamping itu, saya nak juga tahu bagaimana nasib Mufti Wahhabi seterusnya.


MANUSIA TIADA SELAMANYA HIDUP KEKAL DGN HARTA, KUASA DAN TAHTA

Wednesday, March 12, 2008

MUHASABAH PILIHANRAYA



HARI MENGUNDI :


Saya faqir yang hina berkesempatan membuang undi di DUN Galas, Gua Musang. Harapan saya dan semua pengundi agar calon muslim dan parti yang disokong mendapat kuasa dalam pilihanraya. Sekaligus mandat mulia ini dipergunakan untuk membela ummat dan mendaulatkan agama tercinta. Saya tiba di pusat mengundi kira-kira jam 10.00 pagi.

Pengundian di awal pagi sememangnya dirancang kerana saya perlu bergegas ke DUN Chempaka, Kota Bharu untuk memberi ruang kepada zaujah tercinta membuang undi bagi DUN Tok Guru. Namun, terpaksa beratur panjang di DUN Galas kerana pengundi saluran 3 begitu ramai. Maklumlah dibarisi orang muda yang pertama kali mengundi. Kelihatan mereka begitu teruja. Sungguh mereka teruja dengan hari mengundi! Apakah mereka juga teruja dengan hari Kiamat. Rukun Iman yang ke-5. Allahu Allah.



GELAGAT MANUSIA :


Saya memerhati pelbagai gelagat manusia yang berbaris. Ada yang menutup aurat. Dan ada juga yang tidak. Seseorang dua pula hampir telanjang walau berpakaian. Orang kampung yang berhijrah ke bandar katakan!. Ada juga golongan warga emas yang datang dengan bantuan petugas hari pegundian. Tahniah kepada warga emas yang bersusah payah datang mengundi. Apakah mereka juga sanggup bersusah payah untuk ke masjid menunaikan solat.

Ada pula si anak kecil yang merengek-rengek minta belas kasihan. Ibu-bapa pula terpaksa melayan karenah anak-anak mereka. Begitulah lumrahnya manusia, bila kecil menagih kasih sayang. Bila besar tiada belas kasihan.


BARISAN :

Melihat barisan beratur yang panjang. Teringat pula barisan manusia, binatang dan jin di padang Mahsyar. Pelbagai gelagat dan keadaan dipertontonkan. Diriwayatkan dari Sayyidatina Aisyah r.a : “Kamu akan dihasyar di padang mahsyar dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Aisyah bertanya : "Apakah manusia tidak berasa malu berpandangan sesama sendiri antara lelaki dan wanita pada hari itu? Rasulullah menjawab : "Wahai Aisyah, sesungguhnya (kesibukan) urusan Allah menyebabkan hilang perasaan malu manusia sesama manusia” -riwayat al-Baihaqi m/s 667 juz 1, al-Nasa'ie m/s 114 juz 4


Hari merdeka, hari raya atau hari mengundi kita dapati tidak ada manusia yang merayakannya berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Namun, hari akhirat menjanjikan segala kesulitan dan pelbagai kejutan besar.


Justeru, jika kita mampu melihat gelagat barisan nasional atau alternatif, lihatlah pula gelagat barisan kita di padang Mahsyar. Terdetik hati dengan nyanyian : 'Inilah barisan kita. Yang Ikhlas berjuang..siap sedia- berkorban. Untuk Rabbul Jalil."


MENUNGGU :

Menunggu untuk membuang undi 4 tahun sekali hanya seketika sahaja. Berbanding lamanya manusia perlu menunggu di padang mahsyar. Ada riwayat mengatakan kita terpaksa menunggu di Mahsyar selama 25 ribu tahun. Masya Allah. Dalam tempoh itu, setiap manusia tidak lagi mampu menunggu. Apatah lagi berdiri untuk ‘memberi undi.’ Kesemuanya termasuk Agung, Raja-raja, PM, TPM, Menteri, Menteri Besar, EXCO dan hamba rakyat tunduk dan akur pada pilihan Allah. Kerna Allah Maha Besar! Tunggulah saatnya nanti. Samada kita ini dipilih sebagai calon syurga atau calon neraka.


Oleh itu, jangan hanya terbayangkan calon DUN dan Parlimen sahaja. Bayangkan juga tentang pencalonan kita di akhirat sana. Insya Allah, bayangan ini sedikit sebanyak menjadikan iman kita bertambah lengkap dan sempurna.


PETUGAS :

Sempena pilihanraya, ramai petugas dilantik. Samada SPR, pihak keselamatan dan pemerhati wakil parti politik bertanding. Begitu juga keadaan di dunia dan di Mahsyar. Ramai juga tentera Allah bertugas pada saat ini dan hari berkenaan. Tentera Allah benar-benar adil. Keadilan mereka tidak seperti SPR, pengawal keselamatan atau petugas peti undi. Mereka sesekali tidak mendurhakai Allah. Dan bertugas mengikut bidang yang diperintahkanNya. Subhanallah.



CUAI TANGGUNGJAWAB:

Rukun Islam yang ke-2 ialah solat. Lihatlah berapa ramai umat Islam kita yang meninggalkan solat dengan sengaja kerana terlalu excited dengan pilihanraya. Saya dengar ada calon bertanding, anggota SPR, pengawal keselamatan, petugas peti undi, perayu undi dan pengundi tidak mendirikan solat. Allah akbar. Apa nak jadi dengan umat Islam kita. Sanggup berjuang mendirikan negara dengan meruntuhkan agama. Allahu Allah.Setakat ini, peratusan mereka yang meninggalkan solat sempena pilihanraya masih tiada kajian dan paparan. Maka selama itu juga masih tiada kesedaran. Justeru, walaupun menang. Masih juga tiada keberkatan dan pertolongan Allah Tuhan Sekalian Alam.



VARIASI PEMIKIRAN :

Sesetengah dari kita berpilihanraya secara sekular. Mengundi adalah hak kita. Dan terpulang kepada kita. Mereka tak fikir hak Allah SWT dan ketentuan baik-buruk, dosa-pahala, syurga dan neraka. Sebahagian kita pula berpilihanraya kerana dunia semata-mata. Bila ada barang diundi. Bila tiada habuan diketepi dan dikeji. Pemilih seperti ini hanya mengutamakan perut untuk hidup. Hidup untuk makan. Makan untuk hidup. Dan sesekali mereka tak terfikir bahawa hidup untuk dimakan. Tiada langsung kamus akhirat dalam hidup mereka. Apatah lagi untuk berfikir tentang kebangkitan hidup selepas kematian. Masya Allah.



PERAYU:

Diluar pusat mengundi terdapat perayu undi. Kemanakah hala tuju rayuan mereka. Ingatlah firmanNya : ‘Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat jahat. Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dan karuniaNya. Dan Allah Maha Luas kurniNya lagi Maha Mengetahui”- surah al-Baqarah 268


Kalau setakat rayuan undi di dunia ternyata ia tak sampai kema-mana. Tapi jika rayuan anda menuju Allah ia akan sampai ke pintu maghfirah dan kurniaNya. Insya Allah.


BENDERA PARTI :

Melihat bendera parti yang bertanding teringat pula kepada bendera mahsyar Liwa al-Hamd yang berwarna hijau. Bendera ini akan dibawa oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh golongan yang beriman. Mana-mana pejuang kafir, munafiq, fasiq, zalim dan pengikut mereka dihalang dari mengikutinya. Pada hari itu, Allah memisahkan darjat kedudukan mereka. Gembira dan mulialah golongan yang beriman. Celaka dan sengsaralah golongan yang sekutu dengan kekafiran.



SOKONGAN:

Pelbagai kempen dilancarkan untuk meraih sokongan. Gerombolan yang hidup di kota pulang menunaikan tanggungjawab. Perjalanan menjadi sesak. Jika Kesesakan perjalanan dunia sudah terasa. Bagaimana pula dengan kesesakan perjalanan kita ke alam Mahsyar. Bukankah semua makhluk terpaksa pulang ke sana dalam satu seruan, satu masa dan satu tempat sahaja. Jika kita bersedia balik mengundi, kita juga perlu bersedia untuk balik ke sana. Allahu Allah.



ANAK PERANTAU:

Ramai anak perantau balik mengundi. Ada pengundi pejuang, pengundi atas pagar dan pengundi hantu petualang. Di dunia, golongan ini memainkan peranan. Di akhirat, segala hantu-setan sedikitpun tidak diberi ruang. Semua terpaksa meletak jawatan. Ingatlah, merantau dari satu daerah ke daerah, satu negeri ke negeri adalah satu kebiasaan. Namun, bagaimana nasib perantauan dari dunia ke negeri akhirat. Tentu kita tiada pengalaman. Untuk itu, kita memerlukan pengetahuan dan keyakinan.

Saya tak kisah status golongan diperantauan. Saya juga anak perantau. Janji dalam perut pedal kita adanya iman. Dan semua perbuatan di balas oleh Allah Yang Maha memerhatikan.


ELAUN :

Bagi anak-anak diperantauan kepulangan mengundi dikampung halaman dijanjikan elaun perjalanan. Elaun dunia menjadi perhatian dan bualan. Sedihnya, bila elaun akhirat dilupa dan tidak dipedulikan. Sedarlah bahawa majikan kita adalah Allah. Dialah yang akan membayar segala kebaikan yang dilakukan.


PENGIRAAN UNDI:

Saya juga sempat mengikuti penjumlahan undi. Kita asyik mengira undi tetapi lupa pula untuk mengakauntabiliti diri sendiri. Muhasabalah diri sendiri sebelum kita dihisab Rabb al-Jalil. Calon pemenang diisytihar SPR. Jika pembangkang menang..keputusannya agak lewat. Bagi yang menang, wajah ceria terang bersinar. Calon yang kalah wajahnya pudar. Hatinya turut berpinar. Penyokongnya pula terkejut besar. Begitu juga peristiharan di akhirat. Wajah pemenang beriman penuh bercahaya. Wajah si kafir berdebu dan kehitaman pula. Itulah hakikat pembalasan dariNya.


KESIMPULAN :

Bersamalah kita muhasabah diri dengan memperkasakan rukun iman kita. Semoga pilihanraya ke-12 mendewasakan pemikiran dan kehidupan kini. Sekaligus mematangkan perjalanan kita menuju akhirat.

Al-Hamdulillah, kita selesai memilih. Dan Allah telah memberi kemenangan kepada sebahagian pejuang agamanya. Laksanakanlah amanah dengan sebaik-baiknya. Demi Agama, Bangsa dan Negara.


Saudaraku, sedarlah..bahawa kita masih ditahap buta akhirat. Hidup selesa tidak digunakan untuk mencapai hakikat. Sebaliknya digunakan untuk melanggar syariat. Bagaimana pula untuk mengecapi makrifat. Sekarang, tiba masanya pula untuk kita bersiap. Semoga Allah memilih kita dalam keadaan selamat dan terhormat. Dijauhkan dari kematian yang jahat. Aamiin.

Tuesday, March 11, 2008

REDHAILAH KETENTUANNYA



SUKAR DITERIMA

Pilihanraya ke-12 berlalu sudah. Semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sememangnya sudah diatur oleh Allah. Manusia mampu merancang. Tetapi Allah yang menentukan. Kalah menang adat pertandingan. Namun suratan takdir kehidupan amat sukar diterima oleh manusia walau kita dituntut untuk mengimaninya. Ia sebenarnya bergantung kepada kualiti keimanan kita.

Bagi mereka yang berada di terminal nafsu mutma’innah, keredhaan merupakan pakaian dalam kehidupan. Manakala bagi mereka yang berada di stesen ammarah dan lawwamah mereka sukar menerima kenyataan dan suratan ketentuan. Pelbagai alasan kekalahan diberikan. Sukar diterima dan diterjemahkan. Sebaliknya, hati yang redha mudah menerima segala suratan takdir dariNya setelah berhempas pulas berusaha.


TANDA-TANDA REDHA :

Syeikh Abdul Qader al-Jailani mengatakan : “Tanda redha ialah jangan sesekali engkau mencita-citakan sesuatu yang selain dari Allah. Seseorang yang memprotes Allah dari takdirNya adalah orang yang mati agama, tauhid, tawakal dan ikhlasnya. Hati orang mukmin itu tidak mengenal kenapa?Bagaimana? Tiada harus mukmin itu mengenalnya. Sebaliknya dia perlu mengatakan : “Jiwa itu memang tabiatnya suka menentang dan membantah. Maka barangsiapa yang mahu membetulkan jiwanya yang jahat itu hendaklah dia berjihad terhadapnya sehingga dia terselamat dari bahaya jiwanya. Ingatlah jiwa itu bahaya di atas bahaya. Apabila jiwa ditekan barulah ia menjadi baik atas kebaikan. Barulah ia mengikuti semua ketaatan. Meninggalkan semua kedurhakaan.” (al-Jaylani, Fath al-Rabbbani Wa Faydh Rahmani, hlm 34)

Situasi ini bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Fajr ayat 27-28 berrmaksud : “Wahai jiwa yang tenteram, Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.”

Kesimpulan, berilah sedikit ruang untuk hati kita menerima ketentuan sesuatu perkara. Alasan dan komentar sesekali tidak memuaskan hati manusia secar total. Namun jika hati diikat dengan kekuasaan dan kehendakNya jiwa pasti pasrah untuk menerima apa sahaja.


JIWA BOBROK:

Jiwa yang bobrok selalu terdetik kegusaran di dasarnya. Apabila beroleh kenikmatan mereka hadapi dengan kegembiraan. Namun apabila ditimpa kekalahan atau kesulitan mereka berada dalam kesedihan. Hatinya seringkali tiada kepuasan. Samada menerima kebenaran atau menghadapi kezaliman insan. Inilah sebahagian sindrom kecintaan hati terhadap mata benda dunia yang sementara. Kita sebenarnya tidak dicipta untuk memperhambakan diri kepada dunia. Tetapi hidup dunia merupakan pengabdian diri kepadaNya. Dan Pola penempatan hidup pasti beralih jua. Yakinlah dengan janji-janjiNya.


KESIMPULAN :

Apapun, hidup adalah satu tanggung jawab. Jika anda menanggung hidup, pandai-pandailah untuk menjawab di akhirat. Itulah hakikat disebalik perkataan Tanggung dan Jawab. Selamatlah bagi mereka yang tahu menanggung dan tahu untuk menjawab. Terimalah seadanya dan Redhailah ketentuanNya. Jadilah seperti hatimu seperti mawar, walau tumbuh berduri, indah dipandang dan harum mewangi.

Thursday, March 6, 2008

MUFTI PERLU BERADAB


Kenyataan TPM Datuk Seri Najib Tun Razak

Kenyataan Mufti Perlis Darul Sunnah


SENSASI :
Mufti Perlis, Samahah Syeikh Dr Mohd Asri Abdul Thalib @ Zainul Abidin sekali lagi mensensasikan dirinya. Dia kembali menggunakan skilnya untuk memperlekehkan pemikiran orang lain apabila mengeluarkan kenyataan tegas berbunyi : UNDI BERDASARKAN CALON BUKAN PARTI.

Tidak cukup dengan itu, beliau menyifatkan seseorang yang memilih parti bukannya calon sebagai cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud. (rujuk paparan scan diatas no:2) Beliau juga menisbahkan pemikiran seperti itu sebagai pemikiran kanak-kanak tadika. Subhanallah!

Sekarang mari kita lihat siapa yang dimaksudkannya itu. Sebenarnya orang yang mengeluarkan kenyataan versus Mufti Perlis ialah Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Buktinya, di dalam Utusan Malaysia, 26 Februari 2008, hlm 2 : Timbalan Perdana Menteri menjelaskan : Pilih Parti, bukan Personaliti. (ruk paparan scan no 1 di atas)

Bagi saya, walaupun isu pilih parti.. kurang tepat. Atau pilih calon bukan parti.. kurang tepat..Namun Dr Mohd Asri
tidak wajar menyifatkan TPM sebagai seorang yang mepunyai fikiran yang tidak berdaya saing dan jumud.

Selaku seorang Mufti, beliau juga tidak berhak menyifatkan seseorang yang setentang pendapat dengan beliau sebagai berfikiran kelas kanak-kanak tadika. Walaupun kita berlatarbelakang agama dan memegang autoriti agama kita tidak perlu merendah-rendahkan martabat saudara se-agama. Apatah lagi pemimpin tertinggi negara. Puncak ilmu dan iman adalah akhlak. Dimana akhlak dan adab kita?

JUSTIFIKASI :

1) Jikalau tuan-puan ingin tahu, inilah skill atau metodologi golongan Wahhabi sedunia. Mereka menganggap hanya mereka sahaja yang benar. Manakala pihak lain adalah salah. Tidak cukup dengan itu, mereka melancarkan provokasi yang buruk terhadap golongan yang tidak sependapat dengan mereka dengan perkataan yang berat seperti bid'ah-sesat, jumud, konservatif, berfikiran sempit dan sebagainya.

2) Jika orang-orang kenamaan dan para alim ulamak dikritik keras dan dituduh sembrono oleh mereka..Bagaimana kesudahannya dengan orang awam seperti kita. Renungkanlah.

3) Agamawan dan umat Islam sepatutnya mengimplimentasi akhlak yang baik dalam kehidupan. Menggunakan perkatan yang disenangi, berlemah lembut dan berhikmah walaupun berdepan dengan bukan Islam. Bukannya mengeluarkan kata-kata yang kasar dan keras. Inilah tuntutan Sunnah yang sebenar. Ingatlah bahawa semua anggota kita bakal menjadi saksi dihadapan Allah di hari Pilihanraya Mahsyar.

Saya bukan nak mengapikan keadaan. Tetapi sekadar mengingatkan Dr Asri supaya menjaga adab dalam menutur kata dan mengawal tulisannya. Menulislah..tapi elakkanlah diri dari madzinnatul fitnah. Perasaan manusia yang lain perlu dijaga. Ini hanyalah sekadar nasihat saudara seagama. Bukankah, tulisan dan kata-kata adalah manifestasi akhlak kita?. Jangan sampai masyarakat awam tidak respek kepada Institusi Tok Petti yang mulia. Jangan pula kerana mulut badan binasa. Justeru, Mufti perlu beradab. Dengan adab kita selamat. Selamat Mengundi buat semua.


Zamihan al-Ghari (012 -2465518)

AWASI PANDANGAN SEMBRONO


PENGENALAN :

Hati saya terdetik bila membaca kenyataan Dr Mohd Asri di dalam Sinar Harian, Selasa, Februari 2008, N 15 : UNDI BERDASARKAN CALON BUKAN PARTI. Beliau juga mengeluarkan kempen secara terang-terangan : “pilihlah calon, bukan parti.” Di akhir kesimpulan wawancara tersebut beliau sekali lagi menegaskan : “Maka pilihlah berdasarkan calon bukan parti.”

Di sudut yang lain Dr Mohd Asri menyifatkan seseorang memilih parti bukannya calon sebagai cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud. Beliau juga menisbahkan pemikiran seperti itu sebagai pemikiran kanak-kanak tadika. Subhanallah!

Tapi saya tak pelik. Ini style biasa beliau dalam melontarkan pandangan terbuka. Tulisan beliau menjadi saksi penting kepada kita dalam pembuktiannya. Kali ini, mari kita sekali lagi sama-sama menganalisa tulisannya itu.


ANALISA 1 :

Kenyataan Dr Mohd Asri bahawa pengundian berdasarkan calon bukannya parti tidak benar sama sekali. Ketentuan ini jelas salah apabila kita mengkaji keseluruhan aspek pilihanraya, parti dan calon yang bertanding.

SEDAR :

Perlu disedari, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen. Walaupun demokrasi tiada dalam Islam, namun ia satu-satunya sistem yang ada untuk kita mendapatkan kuasa pemerintahan sesebuah negara khususnya, Malaysia. Melalui kuasa dan pemerintahan, Insya Allah kita akan dapat mendaulatkan negara dengan agama. Sekaligus melakasanakan tuntutan yang terkandung di dalamnya.

SISTEM SYURA:

Sistem Pelantikan Khalifah berasaskan syura adalah yang terbaik. Ia berbeza sama sekali dengan sistem pilihanraya. Ada juga beberapa penulis cuba mengampu pemerintah kononnya sistem Demokrasi adalah Syura. Sebenarnya tidak ada persamaan antara keduanya. Kalau serupa pun, ia tetap tidak sama. Jika kita mengkaji, terdapat kebanjiran fakta di dataran akademik dalam masalah ini.

Tidak syak, umat Islam perlu kembali kepada sistem Syura. Mempraktikan urusan politik pemerintahan sebagaimana zaman awal peradaban Islam. Itulah yang sebaik-baiknya lantaran mengamalkan sesuatu yang telah dicontohi Nabi SAW, para sahabat dan tabi’in dan seterusnya.

REALITI :

Tetapi secara realitinya sistem itu tiada dalam diari pilihanraya kita. Namun, jika kita tak ambil peduli, bagaimana pula halnya dengan kuasa pemerintahan dan tanggungjawab agama di negara kita tercinta. Tentunya peluang ini dimanipulasi golongan bukan Islam atau juhalak muslim. Tentunya ‘power’ mereka nanti lebih merugi dan memudharatkan agama. Dan agama pula tidak akan tertegak kecuali dengan kuasa dan pemerintahan.

Jika kita berkempen menentang perlembagaan secara membuta tuli atas alasan perlembagaan penjajah, sistem sekular, jahiliyyah, bla-bla... Dok kene jugok. Nanti kita akan ditangkap, didakwa dan disabitkan kesalahan kerana melancarkan keganasan atau peperangan ke atas Yang Dipertuan Agung. Masuk ISA - Kamunting…gelap masa depan. Tiada langsung harapan untuk berdakwah. Apatah lagi mendirikan negara dan umat berasaskan tuntutan syarak.

Justeru, Jangan jadi macam Hizb Tahrir. Dahla pertubuhan mereka tidak didaftarkan, menyeru pula manusia supaya tidak mengundi kerana mengundi itu berasaskan demokrasi. Dan demokrasi di dakwa tiada dalam Islam. Ya, amat sukar bagi golongan yang tidak sudi mengerti. Ya Allah! Bukalah pintu hati kaum bangsaku gengan kebenaran. Hanya Dikaulah pembuka pintu hati manusia.

TIADA PILIHAN:

Oleh yang demikian, Kita tiada pilihan. Nak tak nak, terpaksa melibatkan diri dengan pilihanraya. Samada mendokong parti, menjadi calon, SPR atau menjadi pengundi. Walaupun bukan secara syura, demokrasi juga tidak menolak Islam secara total. Malah hak-hak asasi Islam diberi keutamaan. Dan ada keistimewaan yang lebih dari itu di negara kita. Al-Hamdulillah.

PILIHANRAYA DAN PARTI :

Kini pilihanraya datang lagi, penubuhan parti politik adalah salah satu cabang dari demokrasi. Kewujudan parti politik perlu berdaftar. Parti ‘haram’ tidak layak bertanding. Parti ‘ekspress’ dibenarkan walaupun bertujuan ‘kaca daun’ dalam pilihanraya.

Setiap parti ada ahli, carta organisasi, modal, ideologinya tersendiri. Ideologi parti mencorakkan manifesto terkini 5 tahun sekali. Manifesto dirangka untuk menambat hati pengundi. Sekaligus bertujuan menarik sokongan mereka. Dan sokongan dengan majoriti 2/3 memberi kuasa kepada parti politik yang menang menubuhkan kerajaan. Inilah realtinya. Pendek kata, hubungan antara parti dan calon begitu akrab dan sinonim.

Sejarah pula membuktikan kepada kita bahawa citarasa pengundi tetap berbeza. Walaupun ideologi parti dipersetujui mereka, namun qualiti calon juga turut diambil kira. Ada calon yang ‘matching’ dengan ideologi parti dan pengundi. Dan ada pula ‘calon terbang, calon import, calon lompat’ dalam parti. Moralnya, kedua-duanya adalah mekanisme penting pegundi.


KESIMPULAN :

1) Kenyataan pilih calon bukan pilih parti adalah tidak bersifat realiti. Bahkan tidak benar sama sekali. Ini kerana seseorang calon bertanding dicadang oleh parti. Setiap parti pula ada ideologi masing-masing. Apakah ideologi parti tidak dinilai dalam agama? Ada..dan anda tidak perlu mempersekularkan pemikiran manusia. Justeru, kedudukan parti dan calon sama penting dan perlu diambil kira dalam pembuangan undi.

2) Parti-parti politik di Malaysia mempunyai ideologi pelbagai. Ada yang berideologi Islam, ideologi Campuran (Islam, Sekular dan Liberal) Sekular, Liberal Demokratik, berasaskan kaum DLL. Kalu anda mengundi hanya semata-mata kerana calon. Bagaimana pula ideologi yang diperjuangkan calon tersebut.? Tentunya perjuangan calon berkenaan berasaskan ideologi parti? Kecuali calon daripada Kerajaan Langit Ripen Besut. Fikir-fikirkanlah!

3) Jika ideologi parti tidak menepati kehendak Islam, apakah kita masih lagi boleh memilih calon berkenaan hanya berasaskan kepada dua syarat calon yang Tuan Mufti cadangkan itu. Iaitu kekuatan (kemampuan, kewibawaan) dan kesolehan peribadi yang memelihara dirinya dari pelanggaran hukum. Oleh itu, jika ideologi parti tidak selari dengan tuntutan Islam tetap diperjuangkan calon ternyata kesolehan calon tersebut hanya kosmetik sahaja. Tambahan pula niat calon yang baik tidak sesekali menghalalkan matlamat (ideologi) yang salah.

4) Sepatutnya seorang Mufti yang bertugas sebagai Sahibus Sohafah lebih arif dari pegawai JAKIM yang sengkek ini. Kearifan dalam pelbagai bidang melambangkan status pengetahuan am kita sebenarnya. Justeru, jika anda tidak mempunyai pengetahuan, jangan mudah mengeluar kenyataan di khalayak awam. Kerana kenyataan seperti ini menterjemahkan kesembronoan ahli agama. Apatah lagi bertaraf Mufti. Bersama kita jadikan suarah al-Israk ayat 36 sebagai pedoman hati nurani.

5) Seseorang Mufti tidak perlu mencemuh orang lain dengan cemuhan berfikiran sempit, lagak budak tadika dan jumud. Bukankah Perkataan itu melambangkan kekerasan dan keegoan yang bersarang di hati seseorang. Sesungguhnya Allah tidak menyukai ucapan perkataan-perkataan yang buruk kecuali orang-orang yang dizalimi (Surah an-Nisa’ ayat 148). Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah amat membenci setiap perkataan yang kasar lagi berat..” –riwayat Ibn Hibban dan al-Baihaqi m/s 194 juz 10. Wallahu’alam.

JUSTIFIKASI :

Keterangan di atas menjustifikasikan kepada anda bahawa kenyataan Dr Mohd Asri tidak benar sama sekali. Bahkan tidak berpijak di bumi realiti. Kita juga mendapati bahawa lontaran idea beliau ini merupakan penanda aras pemikirannya. Maka awasilah diri anda dari sebarang pandangan sembrono. Kita bukan hanya melihat autoriti. Sebaliknya lihatlah kepada kualiti.
INGAT ALLAH, PILIH PARTI, PILIH CALON..INGAT ALLAH..BARU MENGUNDI
Zamihan Mat Zin al-Ghari (012 -2465518)

KISAH LAMA DARI UKM



SINOPSIS:

Kira-kira pada bulan Jun 2006 yang lalu, saya dihadiahkan oleh seorang sahabat dengan satu buku berjudul Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang Sebenar karangan Dr. Azwira Abd Aziz dan kroninya. Beliau merupakan salah seorang pensyarah di Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi. Setelah menelusuri buku tersebut, didapati kandungannya bukan sekadar mencemuh, mengecam dan menohmah saya, Tetapi secara jelas Dr. Azwira mempertahankan aliran pemikiran Salafiyyah al-Wahhabiyyah atau lebih dikenali dengan fahaman al-Wahhabi, Kaum Muda, Tajdid, Ittiba’ al-Sunnah dan jenama yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya buku yang ditulis oleh Dr Azwira di atas merupakan hasil responbiliti beliau terhadap buku saya yang berjudul Salafiah al-Wahhabiyyah Satu Penilaian. Dalam buku ini saya cuba membedah metodologi fahaman Salafi al-Wahhabi dan penyebaran dakwahnya di Malaysia. Setelah buku ini mendapat keizinan dari JAKIM dan disebarkan, akhirnya ia mendapat bangkangan dari mereka yang berfahaman al-Wahhabi.


Antaranya ialah Hafiz Firdaus Abdullah yang menulis Pembongkaran Jenayah Ilmiah penulis Salafiah al-Wahhabiyyah dan Dr Azwira yang menulis judul di atas. Apabila dianalisa, ternyata wujud permuafakatan dan kerjasama erat di antara Drebar Kapal Terbang dengan Dr. Azwira. Ini kerana penulis buku itu sendiri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang diberikan oleh Azwira dalam menyiapkan penulisan buku berkenaan. (Rujukan boleh dibuat pada muqaddimah buku Pembongkaran Jenayah Ilmiah Penulis Salafiah al-Wahhabiyyah oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah). Saya dinasihati oleh rakan-rakan peguam bahawa buku di atas boleh disaman malu kalau saya mahu.


TAKSUB :

Ketaksuban Dr. Azwira berfahaman al-Wahhabi begitu jelas sekali apabila beliau menerbitkan kertas kerja yang berjudul Nasihat Mukmin tentang Kesesatan Zamihan bin Mat Zin. Kononnya untuk menolak pendapat saya yang mengkritik fahaman al-Wahhabi. Kertas kerja ini telah diedarkan kepada mahasiswa/si di Fakulti Pengajian Islam. Dan ketika itu saya masih mengikuti program Sarjana di Fakulti Pengajian Islam pada tahun 2002.


Apabila dilihat kertas kerja beliau tidak mampu menyaingi hujah-hujah ilmiah saya yang mula mendapat tempat dalam kerajaan dan masyarakat, maka beliau dan rakan-rakannya mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang Sebenar-Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan al-Ghari keatas Pegangan Ahli Sunnah dan para Tokohnya. Walaupun buku ini banyak memuatkan pertuduhan dan penistaan terhadap saya, saya tenangkan diri menerima provokasi mereka.

PENGAJARAN CERITA LAMA:


Kira-kira pada pertengahan bulan Jun 2006 yang lalu, saya bersama Us Mohd Hapizi bin Sulaiman (Penolong Pengarah Dakwah, JAKIM) mengunjungi Prof Zakaria Stapa di Fakulti Pengajian Islam bagi melaksanakan tugasan rasmi bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Setelah berurusan, saya bertanyakan beliau beberapa perkembangan terbaru di Fakulti Pengajian Islam.

Memandangkan beliau seorang yang pakar dalam bidang akidah dan pemikiran, maka saya mengambil peluang untuk bertanyakan tentang fahaman al-Wahhabi di Malaysia hasil dari hebahan akhbar Mingguan Malaysia pada 27 Nov 2005 dan The Star pada 28 Nov 2005. Beliau memberi jawapan bercampur-baur dan mengikut posisi. Tetapi cukup memuaskan.


Saya diberitahu oleh pihak atasan Fakulti Pengajian Islam bahawa Golongan Salafi-Wahhabi UKM juga sedaya upaya untuk menafikan Mastrers Degree saya. Kalau boleh mereka tidak ingin saya dikurniakan Ijazah berkenaan. Dikhuatiri dengan Ijazah berkenaan dijadikan lesen untuk saya menyesatkan masyarakat. Wal ‘iyya zabillah. Namun begitu, saya tahu bagaimana cara untuk menamatkan konfrantasi ini secara terhormat.

Dalam pada itu, saya juga mengambil peluang bertanyakan tentang penulisan buku Dr. Azwira yang secara jelas mempertahankan fahaman al-Wahhabi dengan menggunakan jenama UKM. Isi kandungannya secara jelas bercanggah dengan Fatwa Kerajaan Malaysia untuk menyekat fahaman al-Wahhabi daripada menular.
[1] Prof Zakaria agak terkejut dengan pernyataan saya.

Saya tidak kisah jika Dr Azwira hendak memburuk-burukkan peribadi saya. Tetapi sikapnya yang fanatic mempertahankan fahaman al-Wahhabi perlu diperbetulkan. Dan saluran terbaiknya adalah melalui Prof Zakaria selaku Dekan Fakulti Pengajian Islam.

Selang beberapa minggu, Prof Zakaria membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Fakulti. Itupun dalam agenda : Hal-hal lain. Beliau menasihatkan Jabatan supaya tidak terikut2 dengan rentak sesetengah pensyarah yang ekstrem dalam sesetengah pendapat. Nama Dr Azwira turut disebut.

Sayangnya, selepas mesyuarat tertutup itu, ada ‘seseorang’ pula cuba bertindak sebagai ‘pembawa mulut’ kepada Dr Azwira. Lalu naik syeikh lah Dr muda berkenaan. Akhirnya, melalui surat peguam yang dilantik, Dr Azwira menuntut Prof Zakaria memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada beliau.


Kononnya Prof Zakaria telah memfitnah beliau berfahaman Wahhabi. Kandungan surat peguam itu juga menuntut RM 250, 000.00 dari Prof Zakaria. Jika Prof gagal membuat permohonan maaf secara rasmi setelah 14 hari dari tuntutan difailkan..Prof Akan disaman malu! Bravo! Seorang pensyarah begitu agresif untuk menyaman Dekan beliau sendiri semata-mata namanya disebut dalam mesyuarat Fakulti kerana mempunyai kaitan dengan Wahhabi.

Akhirnya, setelah dinasihati oleh Bahagaian Undang-Undang UKM, Prof Zakaria bertindak mencabar tuntutan Dr Azwira di mahkamah. Saya fikir, kerakusan Azwira mula reda selepas reaksi Prof Zakaria mencabar tuntutannya itu. Dan sampai ke hari ini tiada lagi kedengaran tuntutan kes berkenaan.


BUKTI KAJIAN:

Sebenarnya, sikap Dr Azwira yang fanatic mempertahankan fahaman al-Wahhabi begitu terserlah.Terdapat beberapa bukti yang menyokong pernyataan ini. Antaranya :

1) Dr. Azwira memberi respon yang agak keras terhadap buku saya yang mengkritik metodologi fahaman al-Wahhabi. Ini terbukti melalui kertas kerjanya : Nasihat Mukmin tentang kesesatan Zamihan Bin Mat Zin. Jika beliau tidak berfahaman al-Wahhabi, kenapa harus dijawab kritikan saya dengan kecaman dan tuduhan sesat terhadap saya.
2) Dr. Azwira memainkan peranan penting dalam menyiapkan penerbitan buku Pembongkaran Jenayah Ilmiah Penulis Salafiah al-Wahhabiyyah. Ini membuktikan bahawa beliau masih tidak berpuas hati dengan kecaman dan tohmahan beliau terhadap saya dan pihak lain yang mengkritik fahaman al-Wahhabi.

3) Di dalam bukunya Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar beliau memuatkan kandungan yang mempertahankan Muhammad Abd Wahhab. Antaranya :

4) Hujah Muhammad Abd al-Wahhab (al-Wahhabi) berasal dari Najd – negeri tempat munculnya tanduk Syaitan. Cuba dinafi, dipertahan dan diulas oleh beliau.

5) Tafsiran Syahadah oleh Muhammad Abd Wahhab yang dikritik sekian lama oleh para ulamak kita[2] diulas dan dibela oleh beliau. Bahkan beliau terus menyokong pandangan Muhammad Abd al-Wahhab dalam masalah ini.

6) Dr. Azwira memaksudkan Pendukung Sunnah di Malaysia ialah golongan Salafi al-Wahhabi. Ini sekian dari contoh tafsiran yang sempit. Bahkan bertentangan dengan definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

7) Dakwaan Azwira ini jelas di dalam huraian beliau pada sub tajuk : Tohmahan Ke-7, Ke-9 dan Ke-10 yang ditujukan kepada saya. (Pembongkaran Jenayah Ilmiah, Kapt Hafiz Firdaus Abdullah)

8) Disamping itu, Dr. Azwira juga secara terang-terangan membela Syeikh Nasiruddin al-Albaani dan begitu teruja mempertahankan kesilapan-kesilapan al-Baani. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa Syeikh Nasiruddin al-Albaani merupakan salah seorang tokoh Salafi al-Wahhabi yang masyhur di dunia Islam.

9) Selain itu, Dr. Azwira juga dilihat banyak membicarakan tentang isu-isu khilafiah-bid’ah. Hal ini terbukti pada sub tajuk : Tohmahan ke-9 yang berjudul : Pendukung Sunnah di Malaysia tidak faham Konsep Bid’ah. Sub Tajuk ini dibuat kononnya untuk menolak hujjjah saya. Sebaliknya, beliau tidak sedar bahawa beliau sedang dirasuk dengan permasalahan furuk. Dan permasalahan furuk ini dijadikan momentum untuk membid’ah dan menyesatkan umat Islam di Malaysia. Lihat tulisannya Hadis Palsu Menyesatkan Masyarakat.

10) Kemungkinan berlatarbelakangkan B.a dari Arab Saudi dan belajar secara percuma..beliau terhutang budi dengan aliran Salafi Wahhabi.Dan begitu teruja mempertahankannya. Mungkin kot!


KESIMPULAN :

Berasaskan kepada keterangan di atas, jelaslah bahawa Dr. Azwira Abd Aziz, Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM ini bermetodologi Salafi al-Wahhabi. Bagi saya, beliau nak berfahaman apa terpulang! Tetapi Jangan melampau. Disamping fahaman dan sikapnya itu perlu diluruskan dengan bimbingan dan nasihat oleh mereka yang mempunyai autoriti dalam bidang kerjayanya. Dan dilihat Dekan Fakulti Pengajian Islam merupakan saluran terbaik dalam merealisasikan hak itu. Hanya Allah jua yang mengetahui segala-galanya.

Saya akui bahawa segala butiran yang diperturunkan di sini adalah benar kerana Allah SWT. Dan saya bersedia dipertanggungjawabkan atas segala yang disaksikan ini. Jika Dr Azwira dan rakan-rakannya tidak berpuas hati. Hubungi saya : Zamihan Mat Zin al-Ghari 012– 2465518 @ 8921 8413 @ 8922 2696 utk tempahan diskusi, debat, seminar, forum, dan lain-lain. Wassalam.


[1] Sila rujuk Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Kali Ke-34, Dewan Persidangan Tingkat 2, Pusat Islam, Kuala Lumpur, 31 Mac 1994


[2] Antara ulamak tempatan yang mengkritik tafsiran Syhadah Muhammad Abd al-Wahhab ialah Prof Dr. Uthman el-Muhammadi. Hal ini boleh dirujuk dalam kertas kerja beliau berjudul Ajaran Ahl Sunnah Wal Jamaah dan Pendekatan Muhammad Abd al-Wahhab : Satu Penilaian Awal, Seminar Penerangan akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran JAIS, hlm 7

KITA SERING TERTIPU DEK NAFSU











PENDAHULUAN :

Liga Bolesepak Juara-juara Eropah hampir menuju kemuncaknya. Saingan semakin rancak ke pusingan kalah mati. Semalam dua malam kita dihidangkan aksi menarik 14 pasukan yang bertanding dalam pusingan kalah mati yang mendebarkan itu. Kecuali perlawanan Liverpool dan Inter Milan yang ditangguh seketika disebabkan Liverpool terlibat dengan perlawanan liga domestik Inggeris bertemu West Ham United.

RUGI MASA :

Mula lah peminat muslim di Malaysia bangun malam semata-mata untuk melihat aksi menarik bintang terkenal pujaan mereka. Tidak syak, kelibat Kaka', Lionel Messi, Ronaldinho, Ronaldo, Tevez, Cesc Fabregas, Adebayor, Kanoute menarik perhatian. Justeru, orang kita sanggup bangun awal pagi untuk menikmati siaran langsung bermula 3.30 - 5.00pg. Biar mengantuk..asalkan puas hati. Itulah gelagat nafsu.

KITA TERTIPU :

Sebenarnya kita tertipu, amat tertipu dengan kepenggunaan masa. Masa untuk berehat disalahgunakan untuk bersengkang mata. Waktu perdana ibadat (spt qiyamulail, berzikir dan berdoa) dibazirkan kepada perkara yang sia-sia. Masya Allah! Orang kita sanggup bangun malam kerana bola. Tapi tak sanggup bangun malam untuk qiyamulail. Ternyata, Nafsu memperbolakan kita. Allahu Allah.

Sesetengah dari kita syok menonton di kedai mamak. Kekadang berlanjutan sampai 6.00pg dek masa tambahan perlawanan. Balik rumah tak juga mendirikan solat. Pergi kerja dalam keadaan berat dan penat. Bila bekerja banyak menguap. Allahu akbar!


MEREKA MENANG KITA TEWAS :

Tahniah kepada pasukan yang menang dan layak ke suku akhir. Antaranya seperti Manchester United, Barcelona, Fenerbahce dan kemenangan bergaya Arsenal ke atas juara bertahan AC Milan 2-0 digelanggang lawan. Arsene Wenger mula terbayang kejuaraan menjadi milik mereka lantaran mereka berjaya menyingkirkan juara bertahan.

Perlawanan semalam pula menghidangkan kejayaan cemerlang Chelsea 3-0 ke atas Olympiakos. Kelab Porto disingkir Schalke 04 dek tendangan penalti 3-1 setelah seri 0-0 di saingan sebelumnya. Peminat Real Madrid nyata kecewa kerna kelab itu rebah ditangan AS Roma 2-1 di Santiago Barnabeu. Menjadikan aggregate ketewasan mereka 2-4. Ingat Ustaz JAKIM jumud ke?

HAKIKAT KALAH DAN MENANG:

Bagi pasukan yang menang, mereka terus mengaut keuntungan lumayan. Pasukan yang kalah tetap menang jualan tiket, penajaan dan royalti siaran liga Juara. Manakala Kelab, jurulatih dan pemain masing-masing terima habuan.

Rasionalnya, yang tewas secara hakikat adalah kita. Kalah judi/bertaruh 1-0. Kalah dgn masa rehat (tidur) 2-0. Kalah dengan qiyamulail 3-0. Kalah dengan sia-siakan waktu (nikmat Allah) 4-0. Kalah dengan bil elektrik 5-0. Kalah dengan bil astro 6-0. Kalah kepada mamak/tauke kedai 7-0. Kalah kepada kerja 8-0. Kalah kepada mengantuk 9-0 dan kalah kepada sms 10-0. Kalah bual 11-0 dan kalah sindir-menyindir 12-0. Kalau anda kalah secara total, terbukti anda tidak layak 'bermain'. Dan permainan anda itu amat memalukan. Allahu akbar!

Kalau perlu sedar .. kita sebenarnya yang kalah. Kalah besar dan memalukan. Benar kata orang klate : "Bo..lah" Maksudnya..berhentilah. Niat nak berhenti..tapi itulah nafsu. Seringkali nafsu bangkit mengajak kita untuk menghiburkan jiwa dengan perkara sia-sia. Justeru, Kita perlu bijak mendidik nafsu. Supaya ia kembali kepada Allah yang Satu.


RUGI WANG RINGGIT :

Peminat bolasepak semakin teruja dengan kejayaan pasukan mereka. Mereka mula menggayakan citarasa masing-masing termasuklah memakai jersi pasukan kebanggaan. Namun, tahukah anda bahawa jersi pasukan kebanggaan anda itu
ada simbolik yang bertentangan dengan Islam.

Jersi MU contohnya mengandungi Red Devils. Iaitu lambang 'setan puaka' yang menjadi pujaan dan kepercayaan mereka. Islam menegaskan bahawa Syaitan itu musuh Allah yang paling nyata.

Jersi Barcelona, AC Milan, Inter Milan, Porto dll (termasuk Brazil, England, Denmark, Sweden DLL) pula berlambangkan salib kristian yang jelas dilencana kelab mereka. Jersi Liverpool pula gah dengan Carlsberg sebagai penaja arak. Semua simbol ini diharamkan dengan sepakat ulamak.

Sayangnya, perlambangan syaitan, salib kristian dan arak ini tidak diambil endah sebahagian muslim kita. Mereka memakainya tanpa segan silu. Jatidiri dan identiti terhakis sedikit demi sedikit. Lebih malang lagi, ada yang menggunakan jersi berkenaan untuk menunaikan solat. Rupa-rupanya tindakan kita 'haram' secara diam. Melakukan tindakan haram menyebabkan kita terhijab dari rahmat Allah yang Rahman. Nau'zubillah.

Orang kita sanggup berkorban ribuan ringgit untuk membeli jersi yang bertentangan syariat Islam. Tapi jarang yang sanggup mendermakan ribuan ringgit untuk membangunkan Islam dan umatnya. Sekali lagi kita tertipu dengan permainan nafsu. Ingatkan.. Tipah je tertipu. Rupa-rupanya ramai juga profesional, pensyarah, ustaz, cikgu dan orang awam kita yang tertipu. Termasuk aku.

Inilah sebahagian dari permainan dunia yang menipu daya. Kita kehilangan banyak masa, tenaga, harta dan pahala semata-mata jadi hamba kepada dunia. Bukankah Rasulullah SAW berpesan : Sebahagian dari kecantikan Islam seseorang itu adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya-(al-Bukhari).

Ulamak sufi jua selalu mengingatkan kita agar berwaspada dengan daki-daki dunia supaya ia tidak melomorkan kekotorannya ke dalam tasik hati kita. Sekaligus mengeruhkan pandangan hati kita terhadap kewujudan, kebesaran dan keagungan Allah SWT.


KESIMPULAN :

Kesimpulannya, liga juara anda yang sebenarnya ialah Ilmu, Iman dan Taqwa. Jangan sesekali tertipu dengan nikmat dunia yang sementara. Tewas di liga dunia kemungkinan besar kita diisytihar sebagai calon neraka. Nau'zubillah min zalik.

Zamihan al-Ghari (Pej : 03-8922 2692 @ H/p 012-2465518)

Tuesday, March 4, 2008

PROVOKASI MUFTI PERLIS




LATARBELAKANG :

Apabila sesuatu aliran menguasai minda pemerintah. Ia akan cuba melebarkan ideologinya sedaya upaya yang boleh. Pelbagai cara, gaya dan tindakan dilakukan bagi mengukuhkan cengkaman pemikiran mereka. Walaupun dengan menggunakan taktik yang kotor dan membelakangi syariat Islam.

MANGSA :
Tuan blog tidak ketinggalan menjadi mangsa kerakusan fahaman liar ini. Kisahnya bermula apabila Us Zamihan al-Ghari menulis buku Salafiah al-Wahhabiyah Satu Penilaian. Buku ini mendedahkan polemik pemikiran Salafiah al-Wahhabiyah semasa. Merungkai penisbahan mereka terhadap golongan Salaf al-Soleh. Buku ini juga turut mencungkil pertentangan metodologi Salaf al-Soleh dengan Salafiah al-Wahhabiyah modern. Ternyata, ada perbezaan metodologi antara keduanya.

NOSTALGIA:
Buku ini disusun berdasarkan senario pelajar Malaysia di Jordan khususnya di Universiti Mu'tah lantaran terlalu asyik-masyuq dengan isu khilafiah bid'ah. Bahkan isu ini dijadikan anjakan sesetengah pelajar untuk membid'ah dan menyesatkan saudara seagama walaupun berkhilaf dalam soal-soal furuk dan ijtihadi. Fenomena ini hampir sama dengan apa yang berlaku dalam negara. Bahkan dimana jua negara umat Islam. Justeru, satu inisiatif diambil oleh Us Zamihan untuk mengurai kekusutan pemikiran yang berlaku dikalangan pelajar menerusi bukunya itu.

RESPON :
Namun, apabila dipasarkan dikhalayak awam. Ramai dari golongan yang mendakwa diri mereka sebagai Salafi melompat kepanasan melihat pendedahan eksklusif itu. Antaranya Dr Mohd Asri Abdul Thalib @ Zainul Abidin, Dr Azwira Abdul Aziz (Jabatan Al-Qur'an & al-Sunnah, UKM) Kapten Hafiz Firdaus Abdullah (Drebar Kapal Terbang MAS) dan lain-lain dari pemuka metodologi Wahhabi tempatan. Mereka berhempas pulang mengarang dan mencari idea untuk menolak paparan Zamihan. Ini kerana paparan Zamihan tidak secocok dengan ideologi mereka..walaupun paparan berfakta dan arus perdana.

USAHA PROVOKASI:
Dr Asri khususnya telah mengadakan pelbagai ceramah, rakaman dan menerbitkan tulisan untuk menyerang Us Zamihan. Termasuklah menuduh Us Zamihan sebagai penganut faham Syiah. Hujahnya, guru Ustaz Zamihan iaitu Syeikh Hassan al-Saqqaf dipercayai berfahaman syiah. Maka muridnya juga turut menyebarkan fahaman yang sama. Dalam masa yang sama beliau turut memprovokasi Us Zamihan dengan pelbagai keburukan termasuk dicop berideologi pembangkang, menyesatkan ulamak Arab Saudi dan bencikan Syeikh Ibn Taimiyyah. Benarkah begitu? Sebenarnya ini semua telahan liar yang bersarang diminda Dr Asri sahaja.

Lebih lanjut, Tuan-Puan boleh teliti penandasan hujah saya terhadap dakwaannya dalam sebuah buku : MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHHABIYYAH DI M'SIA. Sampai sekarang beliau tidak membalas hujah saya. Tetapi dalam isu-isu tertentu, ada beberapa 'barua' yang cuba membuat provokasi yang sama terhadap saya. Saya terima dengan terbuka. Sudah lumrah, jika anda mengkritik aliran ini, ana terpaksa 'membayarnya' dengan provokasi yang begitu mahal.

PROVOKASI POLITIK KEJAM:

Sebenarnya, usaha pihak pelampau tidak terhenti di stesen akademik sahaja. Malahan mereka menggunakan kuasa politik dan pemerintahan untuk menjatuhkan kedudukan Us Zamihan yang berkhidmat di sektor kerajaan, khususnya di JAKIM.

Buktinya, dalam Majalah MILENIA, JAN 2007, Bil 53, m/s 18 (lihat paparan scan no:3) Dr Mohd Asri memperlekehkan Zamihan dengan menyindir JAKIM : "Para pegawainya (JAKIM) juga perlu memiliki kesedaran yang benar-benar mendalam tentang agama Islam."

Analisa 1:

Berdasarkan kenyataan di atas, Dr Asri secara jelas mendakwa para pegawai JAKIM tidak mempunyai kesedaran yang mendalam tentang agama Islam. Subhanallah!

Tahukah Tuan Mufti bahawa rata-rata pegawai JAKIM datangnya dari skim S yang merujuk kepada perkhidmatan profesional dan sokongan. Mereka dipilih berdasarkan spesifikasi agama yang khusus untuk menganggotai JAKIM, JAIN dan MAIN samada secara tetap atau gunasama. Justeru, jika pegawai JAKIM yang berlatarbelakang agama dianggap tidak mempunyai kesedaran yang benar-benar mendalam tentang agama Islam...siapa yang lagi yang benar2 mempunyai kesedaran itu. Awak sorang je ke? Atau..kumpulan profesional Ustaz lompat yang menjadi pengikut saudara itu?Subhanallah. Diri sendiri sanggup diangkat sedangkan orang lain dihempap. Subhanallah!

Tegasnya disini, marahkan Zamihan..akhirnya pegawai-pegawai JAKIM yang tak bersalah turut dikecam. Uslub ini dipergunakan supaya Pegawai JAKIM bangkit menentang dan membenci Zamihan dari dalam. Teknik seperti ini sama dengan apa yang diamalkan oleh Fir'aun terhadap Nabi Musa yang setentang pandangan dengan beliau. Ternyata Fir'uan tiada integriti. Begitu juga Yahudi. Allahu Allah!

KONFRANTASI BERTERUSAN:

Tidak cukup dengan itu, Dr Asri terus melancarkan konfrantasi terhadap Zamihan al-Ghari melalui JAKIM sebagai majikannya. Buktinya, lihatlah paparan scan no : 4 yang disertakan di atas. Beliau mendakwa ..Us Zamihan Mohd Zain ke sana sini mencanangkan kesesatan ulamak Arab Saudi dan dakwaan terhadap ulamak Salafiah sebagai pengganas. Justeru itulah perkara yang sepatutnya dibanteras oleh JAKIM kerana Zamihan bergerak membawa imej JAKIM. maka dengan sendirinya maruah JAKIM turut di jaja."

Katanya lagi : "..perbuatan itu sepatutnya ditegah oleh pentadbir JAKIM memandangkan imej JAKIM telah dirosakkan oleh kakitangannya..." (rujuk paparan scan no:6)

Analisa 2 :
Ya Tuan Syeikh, buktikan satu ayat @ ceramah yang menunjukkan Zamihan menyesatkan ulamak Arab Saudi atau menuduh mereka sebagai pengganas.Tolong dapatkan kertas kerja, ceramah atau CD kalau ada. Bawak mai bukti tu. Kita kembali kepada kaedah Usul : "Orang yg mendakwa harus mengemukakan bukti. Dan orang yang ingkar perlu bersumpah." Khulasahnya, bawa dulu bukti kamu. Lepas tu aku akan bersumpah atas nama Allah. Jangan main propaganda secukup rasa sahaja. Samada anda Mohd Asri dan aku Zamihan..bersama kita renungkan surah Fushilat ayat 21-22 sebagai pedoman dan pelajaran. Kita kembali kepada Allah.

Analisa ke 3 :

Niat Dr Asri 'mengapikan' JAKIM boleh diragui. Apa sebenarnya yang diinginkan beliau? Nak minta JAKIM banteras Zamihan? Zamihan menjaja maruah JAKIM? Masya Allah..jahat sangat Zamihan. Ya..Zamihan memang orang jahat. Bahkan jahat sangat. Lebih jahat dari segala manusia. Puas hati kan..! Terpulanglah kepada Tuan-Puan untuk menilai.Tapi.. hanya satu ku pinta. Ayuh...buktikan kejahatan Zamihan secara sarjana. Dan jika Zamihan menyeleweng.. sesiapa sahaja..diminta tampil untuk membanteras penyelewengan Zamihan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Ahlan Wa Sahlan! Itu satu kebaikan. Tetapi, jelaskan penyelewengan Zamihan secara benar. Bukannya secara propaganda seperti Drebar Kapal Terbang dan Ustaz UKM.

Jika benar kelakuan dan sikap Zamihan menjaja imej dan maruah JAKIM. Sila buktikan. Sila ambil tindakan. Ketahuilah Tuan-Puan bahawa : "Aku datang ke JAKIM kerana Allah. Aku kerja kerana Allah. Majikan aku adalah Allah. Allah akan bayar gaji, bonus dan dividen ku. Dan aku boleh pergi dari sini kerana Allah."

Anda tidak perlu jadi 'batu api' untuk JAKIM mengenakan tatatertib kepada Zamihan. Kalau provokasi anda berjaya mungkin Zamihan kehilangan hak dunia. Tapi ingat hak akhirat..sebesar zarah..pasti dituntut jua. Sedarlah, sikap 'batu api' itu sendiri bukan calon syurga. Bahkan indikasi istimewa buat calon neraka. Berhati-hatilah dengan sabda Baginda SAW kepada kita.
Bagi saya, sepatutnya sikap dan pemikiran Dr Asri perlu dibanteras oleh Raj, Kerajaan negeri Perlis juga JAKIM. Ini kerana beliau selalu melancarkan kontroversi agama secara terbuka. Mengritik keras agensi agama, menohmah ulamak pondok, para asatizah serta cuba menukar wajah metodologi pengurusan Islam negara kita.

Sebenarnya, sudah berkali-kali MB Perlis dan Muftinya meminta jasa baik pimpinan JAKIM untuk 'menendang' Zamihan keluar dari JAKIM. Saya pun dah cuak dan masak. Tak percaya..tanyalah mereka berdua. Mintalah mereka bersumpah atas nama Allah kalau Zamihan menulis secara fitnah. Namun, Allah masih tidak mengizinkannya. Ketahuilah bahawa Aku sendiri lebih rela hilang kuasa, pangkat, harta dan glaomur..asalkan tidak bercerai kasih denganNya. Ibn Umar berpesan : Jika dunia diciptakan dari emas yang hancur binasa. Jika negeri akhirat dicipta dari batu-bata yang kekal selamanya. Nescaya aku akan memilih yang kekal berbanding sementara." Allahu akbar!

KESIMPULAN :

1) Melancarkan konfrantasi dan provokasi terhadap seseorang yang tidak sealiran dengan kita bukanlah sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Ia merupakan teknik jahiliyyah yang tidak bertamadun. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu menjauhkan diri dari teknik berkenaan.

2) Berpada-pada lah dalam mengasihi dan membenci. Jangan sampi kebencian kita terhadap seseorang menyebabkan kita tidak berlaku adil. Sebaliknya berlaku zalim, cenderung kearah kezaliman. Kelak nanti.. kita disambar api neraka. Wal 'iyya zabillah!

Alangkah cantiknya sekuntum mawar. Walau tumbuh berduri, indah dipandang, dicium wangi. Bertasbih dan tidak berdosa pada Ilahi. Berbanding manusia yang busuk hati. Kesana ke mari meninggi diri. Selesa bila dipuji. Rasa tercabar bila pemikiranya ditandasi.

Zamihan Mat Zin al-Ghari (012 2465518)















Monday, March 3, 2008

APAKAH BENAR DARUL SUNNAH?



LATARBELAKANG :

Nampaknya aliran pemikiran kontemporari di Malaysia sedang berlumba-lumba untuk mempengaruhi minda VVIP. Terutamanya aliran pemikiran ekstrem Wahhabiyyah Dan Syiah. Ini kerana kuasa politik dilihat satu prospek yang amat cerah bagi menyengatkan lagi bisa pemikiran yang ditaburkan.


CORETAN SEJARAH :

Jika kita menyusuri sejarah tamadun Islam. Bermula zaman Umawiyah, Abbasiyyah, Uthmaniyyah dan kerajaan Islam kecil yang lain..ternyata kuasa politik begitu mencengkam pengaruh ulamak. Sekaligus menjadi wadah pencetus pemikiran bangsa. Berasakan gambaran tadi, maka tidak hairanlah startegi Wahhabiyyah kini mula beralih kepada tokoh politik dan kenamaan berbanding masyarakat awam.

Saya teringat pula, sejarah awal kemunculan fahaman Muhammad Abdul Wahhab. Setelah dakwahnya ditentang oleh ayah dan abangnya sendiri juga para ulamak Haramain. Dan dakwahnya ditolak oleh masyarakat tempatan pada waktu itu. Beliau mula menukar strategi. Iaitu dengan mencari kongsi politik untuk cepat mendatangkan hasil dakwah. Akhirnya, Beliau bergabung dengan Uthman bin Hamad bin Mua'mmar. Uthman bertugas sebagai gabenor Uyainah pada waktu itu. Tetapi ingin benar untuk melebarkan pengaruhnya. Dan beliau melihat Muhammad Abdul Wahhab salah seorang rakan kongsi yang berdaya maju berasaskan slogan 'tajdid' yang dilaungkannya.

Akhirnya mereka bersatu. Namun, pakatan ini tidak bertahan lama. Setelah beberapa bulan, akhirnya berlaku perselisihan faham antara keduanya berhubung isu penyelesaian kes hukuman zina yang dilaksanakan oleh Muhammad Abdul Wahhab. Hukuman itu dikatakan begitu kejam. Dan masyarakat mula tidak mahu membayar cukai kepada gabenor. Lalu hancurlah kongsi politik yang pertama.

Tidak lama kemudian, Muhammad Abdul Wahhab mendapat kongsi politik yang ke-2. Iaitu melalui pakatannya dengan Muhammad Ben Sa'ud yang bertindak sbg 'amir Dar'iyyah pada waktu itu. Bahkan beliaulah Pengasas Monarki Arab Saudi sekarang ni. Pakatan ini bukan sekadar gerakan dakwah. Sebaliknya menjadi satu gerakan ketenteraan yang berpusat di padang pasir negeri Najad. Dan mereka melancarkan konfrantasi terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Beleklah sejarah, nilailah pro dan kontranya. Nescaya kita akan dihidangkan dengan kronologi gerakan Wahhabiy yang begitu panjang dan mendebarkan.


SENARIO M'SIA :

Apapun, berbalik kepada senario negara kita. Fenomena Wahhabiyyah Malaysia menggunakan metodologi yang hampir sama. Iaitu mendekati ahli politik, korporat, selebriti dan kenamaan. Menyebabkan ramai dari kalangan mereka sudah terpengaruh dengan faham liar al-Wahhabiyyah ini.

Paling ketara sebuah negeri di utara tanah air kita. Dulunya dikenali dengan Perlis Indera Kayangan. Kini bertukar wajah retorik: Perlis Darul Sunnah.


Antara ciri Sunnah yang dipraktikkan :

1) Mengkritik Agensi Agama melalui lisan Muftinya

2) Membid'ahkan atau menyesatkan masyarakat Islam dengan isu khilafiah- furu'iyyah

3) Tidak menghormati pendekatan mazhab yang diamalkan di negeri-negeri lain

4) Mempromosi fahaman agama berdasarkan metodologi Muhammad ben Abdul Wahhab dan pengikut2 mereka.

5) Menumpukan perhatian kepada blog pemikiran Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Baani DLL.

6) Mengecam tokoh-tokoh agama yang tidak sependapat dengan mereka.

7) Mengaku Darul Sunnah. Tetapi tidak melaksanakan tuntutan Islam secara keseluruhan. Seperti Perundangan Islam, Pembangunan Islam, Kewangan Islam, Pendidikan Islam DLL

8) Melancarkan provokasi terhadap individu yang bangkit mempertahankan aliran tradisional.


Apakah Perlis benar-benar Darul Sunnah?
Tepuk dada..tanyalah Iman dan Takwa.

DR MOHD ASRI PERLU SEDAR DIRI



SINOPSIS :

Jawatan Mufti amat mulia. Baik pada pandangan masyarakat mahupun agama. Ia sewajarnya dipilih dari mereka yang benar-benar layak untuk mendudukinya. Pendeka kata, status kealiman, kewarakkan, ketaqwaan dan kebijaksanaan adalah mekanisme asas dalam pemilihan mereka. Bukan hanya ditentukan oleh kerakusan kuasa politik dan individu tertentu. Akibatnya, siapa yang mendekati pemerintah atau ahli politik tertentu dia akan mendapat habuannya. Bahkan dilantik menjadi mufti walaupun tidak menguasai disiplin ilmu agama secara benar. Situasi ini menepati kisah benar sebagaimana yang dialami oleh Mufti Perli, SS Dr Mohd Asri bin Abdul Thalib @ Zainul Abidin.


DALIL 1 : DR ASRI MENGHINA INSTITUSI AGAMA

Buktinya : Dalam Majalah MILENIA, Januari 2007, Bil 53, m/s 18 : Dr Mohd Asri Abdul Thalib @ Zainul Abidin mengatakan : “Semua maklum bahawasanya JABATAN YANG PALING LEMBAP DI MALAYSIA IALAH JABATAN AGAMA.” – sila rujuk paparan scan no ; 1 yang disertakan di atas.

Analisa :

Sepatutnya beliau sedar intisari dan gaya bahasa percakapannya itu. Selaku Mufti, beliau sewajarnya menghormati JAKIM sebagai urusetia induk Majlis Kebangsaan Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh PM dan yang dinaugi Yang DiPertuan Agung. Oleh itu, mengkritik JAKIM ertinya mengkritik PM dan Yang DiPertuan Agung. Benarkah JAKIM LEMBAP? Tak berfungsi? Atau tahukah anda dengan fungsi JAKIM keseluruhannya?.


Peka :

Semua pihak perlu peka bahawa gaya bahasa umum yang diungkapkan Mufti Perlis juga menatijahkan kritikan yang keras terhadap Raja-raja Melayu sebagai ketua Agama Islam negeri-negeri di Malaysia. Hairan, beliau berkhidmat di bawah raja Melayu Islam..tetapi beliau sendiri mengkritik Jabatan dibawah naungan Rajanya. Bahkan begitu tega melancarkan kritikan keras kepada Jabatan Agama dinaugi Raja-raja negeri lain. Dr Mohd Asri sepatutnya lebih beradab dan sedar diri.


Kalau nak kritik silakan. Tapi kritiklah secara membina. Bukannya mengkritik SECARA MENGHINA. Gaya bahasa kritikan secara menghina jelas disini apabila anda menyifatkan JABATAN YANG PALING LEMBAP DI MALAYSIA IALAH JABATAN AGAMA.”
Kritikan anda begitu terbuka. Bagi bukan Islam, mereka teruja dengan kritikan anda. Bagi kaki Islam Liberal..andalah jaguh yang se-ideologi dengan mereka. Apakah anda berasa sungguh2 bangga dengan situasi ini. Bolehlah dikatakan bahawa anda senada dan seirama dengan mereka. Subhanallah.


Analisa Ke: 2

Kecaman Dr Asri terhadap Jabatan Agama sebenarnya tidak berfakta. (Rujuk no : 2 paparan scan di atas). Ini terbukti apabila beliau hanya merujuk kepada kes perceraian yang lebih 10 tahun tidak cukup utk dijadikan alasan Jabatan Agama Lembap. Cuba Tuan Mufti dapatkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Berapa banyak penisbahan antara kes tertangguh di mahkamah syariah dengan mahkamah sivil sebenarnya. Bahkan terdapat banyak kes di mahkamah sivil yang melebihi jangkamasa penangguhan di mahkamah syariah. Tetapi tidak dihighlight oleh beliau. Bila ingin mengkritik cukupkah hanya satu fakta. Di sudut realiti, tidak pula dikemukakan fakta. Berlaku adillah dalam mengkritik. Jangan main hentam kromo brader.


Analisa ke:3

Anda sepatutnya sedar bahawa anda juga sebahagian dari Jabatan agama yang anda maksud. Jadi luahan anda itu bolehlah diibaratkan seperti meludah kelangit. Akhirnya terjatuh kepada muka sendiri. Hingga ke saat ini, setakat mana pembaharuan yang anda lakukan untuk negeri yang didakwa sunnah itu? Saya pun setuju. Elok sangat lah dipraktikkan Sunnnah Nabi SAW. Soalnya, mana satu yang anda laksanakan? Sunnah kecil-kecilan (furuk). Atau Sunnah secara tempelan. Banyak mana kemajuan agama yang diwujudkan. Maju atau celaru? Bersama kita cermin hati dan muhasabah diri.


SIKAP KITA :

Sesiapa sahaja yang membaca artikel ini harus tenang. Ini bukan serangan peribadi. Sebaliknya satu analisa akademik tentang ketidakwajaran seseorang yang bergelar Mufti melancarkan kritikan yang tidak berhati perut kepada agensi agama. Bahkan agensi agama digambarkan sebagai paling lembap di Malaysia. Subhanallah. Mari tentukan sikap dan pendirian kita.


Kepada pengikut setia Dr Mohd Asri usahlah gelabah atau taksub secara sembrono. Terimalah kebaikan dan kekurangan beliau seadanya. Beri ruang kepada minda anda untuk meneliti fakta dan sikap idola anda itu. Perhatikan dengan mendalam idea dan pemikirannya. Jangan sampai idea, pemikiran dan penulisannya itu mencalar maruah agama tercinta.


KESIMPULAN:

1) Hati-hati mengkritik. Hari ini anda mengkritik, percayalah esok lusa.. anda juga dikritik. Kritiklah secara membina. Jangan menkritik secara menghina.


2) Sedarlah bahawa dengan bersikap rendah diri kita akan mulia. Dan bersikap 'besar diri' membuatkan kita dihina.


Zamihan al-Ghari (03 89222690 ext 8413) @ 012 2465518


Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo